You are on page 1of 20

1.

0 Pengenalan
Menurut Abdullah Hassan dalam buku Morfologi bagi Siri Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu (2006:12) menyatakan bahawa morfologi merupakan salah satu bidang ilmu yang mengkaji
bentuk perkataan. Unsur-unsur bahasa dicantum-cantumkan bagi membentuk perkataan dan ayat dan unsur
bahasa itu ialah morfem dan kata. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang
bentuk tubuh haiwan dan
tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia.

Selain itu morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal perkataan iaitu
kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk kata. Menurut
Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi
boleh diertikan sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya.
Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa
yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan
perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi atau bentuk dan fungsinya. (Nik SafiahKarim, Farid
M.Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, TatabahasaDewan, Edisi Ketiga, halaman 43.).
Tuntasnya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata
dalam bahasa Melayu.

2.0 Maksud Proses Pembentukan Kata


Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang mana perkataan baru dibentuk. Menurut Siti
Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses
pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan
ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau derivative jenis
bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau
penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan
digabungkan serentak dengan kata dasar sama ada imbuhan itu mendahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau
mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.
Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan
pembentukan kata dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Hal ini demikian kerana dalam
bahasa Arab cara membentuk dan mewujudkan perkataan adalah melalui kejadian perubahan fonem
atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri iaitu berdasarkan golongan kata atau kasusnya.(Siti Hajar Abdul Aziz, Siri
Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, halaman 134).
Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua sumber iaitu melalui
asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber
yang diwarisi itu, sejumlah perkataanyang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini.
Kedua perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu juga wujud melalui proses-proses tertentu seperti akronim,
analogi, peleburan fonem, peluasan makna, pemberian makna khusus,peminjaman kata, penambahan,
penciptaan , penggemblengan, penyempitan makna dan penyingkatan.
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal,terbitan, majmuk dan gandaan.
Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus
sebagai rujukan. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat
kerana setiap bentuk perkataan itu berbeza dari segi makna dan mempunyai fungsi yang berbeza.
Oleh yang demikian, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan
dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Ada perkataan yang
berbentuk tunggal, misalnya perkataan satu, baik, sekolah dan panjat. Terdapat perkataan yang terbentuk hasil
2

daripada proses pengimbuhan misalnya perkataan berkawan, terjunam dan disarankan. Ada juga perkataan
yang terbentuk hasil daripada pemajmukan dan penggandaan misalnya buku tulis, gambar rajah,
kertas kerja, bahan-bahan, bukit-bukau dan bantu membantu.

2.1 Proses Pembentukan Kata


Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata iaitu kata tunggal, kata terbitan,kata majmuk, dan
kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan
proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.

Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan

Pemajmukan

Penggandaan

Rajah 1:Proses Pembentukan Kata

Akronim

2.1.1 Proses Pengimbuhan


Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk
kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan,akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini,
apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata
kerja dan kata adjektif.
2.1.1.1 Awalan
Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya. Misalnya ter-,
ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-,ke-, dan lain-lain.Misalnya ber-dalam ber+jalan dan
di- dalam di+ambil.
2.1.1.2 Akhiran
Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah katadasar) dalam
pemakaian. Misalnya -kan dalam jalan+kan dan i dalam akhir+i.
2.1.1.3 Apitan
Imbuhan yang hadir secara mengepit kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal
dan diakhir kata dasar misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalam di+ikut+i.
2.1.1.4 Sisipan
Imbuhan yang hadir dicelahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-, em- dan in-.
Misalnya el-dalam t+el+unjuk, -in-dalam s+in+ambung,-er- dalam s+er+uling dan em-, dalam
g+em+uruh.

Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan.


Imbuhan ( Awalan)
PemMem-per
-isme
-i
Peng-......-an
Men-.....-i
Ke-..-an
Ber-..-an
-er-em-

Kata Dasar
bawa
kuat
nasional
dekat
isytihar
ikut
sihat
lari
gigi
gilang

Kata Terbitan
Pembawa
memperkuat
nasionalisme
Dekati
pengisytiharan
mengikuti
kesihatan
berlarian
gerigi
gemilang

Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah
kecil kata akar misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- + tawa (ketawa ) dan ke- + mudi ( kemudi ).
Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata terbitan. Kata
terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali
kedua.
Berikut ialah beberapa contoh lain:
Kata Dasar
Libat
Lanjur
Balik
Sambung

Imbuhan
terlibat
terlanjur
terbalik
sinambung

Kata Terbitan
Keterlibatan
Katerlanjuran
menterbalikkan
kesinambungan

2.1.2 Proses Pemajmukan


Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang
terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh,kerusi dan malas masing-masing mempunyai makna
tersendiri tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi malas.Tidak dapat diselitkan apa-apa
5

unsur antara dua kata dasar ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan *kerusi yang
malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas.
2.1.2.1 Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara pengimbuhan kata majmuk
terdapat dalam dua bentuk iaitu apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran ejaannya tetap terpisah.
Contohnya :
urus niaga

- berurus niaga

cari gali

- mencari gali

reka bentuk

- direka bentuk

daya serap

- daya serapan

Apabila kata majmuk menerima apitan ejaannya menjadi bercantum.

Contohnya
lipat ganda

melipatgandakan

surat khabar

persuratkhabaran

urus niaga

diurusniagakan

ibu bapa

keibubapaan

2.1.2.2 Penggandaan Kata Majmuk


Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata majmuk melibatkan
penggandaan unsur pertama sahaja.

Contohnya
rumah sakit

- rumah-rumah sakit

guru besar

- guru-guru besar

Raja Muda

- Raja-raja Muda

Timbalan Naib Canselor

- Timbalan-timbalan Naib Canselor

Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah mantap.Dalam hal ini,
penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan.
Contoh:
setiausaha

-setiausaha-setiausaha

jawatankuasa

- jawatankuasa-jawatankuasa

tanggungjawab

-tanggungjawab-tanggungjawab

2.1.3 Proses Penggandaan


Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar sama ada secara penuh, separa atau
berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain terdapat tiga jenis penggandaan iaitu:
1. Penggandaan penuh,
2. Penggandaan separa dan
3. Penggandaan berentak.

2.1.3.1 Penggandaan penuh


Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua jenis
penggandaan penuh iaitu pertama yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa
imbuhan. Contohnya :

sekolah

-sekolah-sekolah

makan

-makan-makan

besar

-besar-besar

baju

-baju-baju

Manakala yang kedua adalah yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.
Contohnya:
pelari

pelari-pelari

perbualan

perbualan-perbualan

kekasih

kekasih-kekasih

kejadian

kejadian-kejadian

2.1.3.2 Penggandaan separa


Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja.Penggandaan
separa berlaku pada dua jenis kata dasar iaitu:

Pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta
letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini
mengalami proses pelemahan menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat digambarkan
seperti berikut :

laki
sungut
jari
siku
pohon

lalaki
susungut
jejari
sisiku
popohon

lelaki
sesungut
jejari
sesiku
pepohon

pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku hanya mengulangi kata dasar
dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlakupada kata kerja dan kata adjektif dan boleh
terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar.

Kata Dasar Berimbuhan


terbatuk
berlari
serendah
menolong
mencuit
menari
mengejar

Imbuhan
terbatuk-batuk
berlari-lari
serendah-rendah
tolong-menolong
cuit-mencuit
tari-menari
kejar-mengejar

2.1.3.3 Penggandaan Berentak


Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam
kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang
atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian penggandaan berentak terbahagi
kepada tiga jenis iaitu:
1) Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal
2) Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan
3) Penggandaan Berentak Bebas

1) Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas


Dalam penggandaan ini bunyi yang diulang ialah vocal iaitu yang mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal.
Contohnya :
kuih

- kuih-muih

gunung

-gunung-ganang

cerai

- cerai-berai

2) Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan

Dalam penggandaan ini penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi konsonan tertentu.
Contohnya:
kayu

- kayu-kayan

tanah

- tanah-tanih

simpang

- simpang-siur

2.1.4 Proses Pengakroniman


Pembentukan kata melalui akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan
yang kebanyakkannya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis tau dilafazkan sebagai satu kata
yang wajar. Proses ini banyak berlaku dalam bahasa Melayu pada hari ini. Contohnya:
JAIS

Jabatan Agama Islam Selangor

IPBA

Institut Perguruan Bahasa bahasa Antarabangsa

IPG

Institu Pendidikan Guru

UPSI

Universiti Sultan Idris

2.1.5 Pembentukan kata juga terbentuk hasil daripada proses-proses tersebut :


2.1.5.1 Analogi
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk kata
yang telah sedia ada yang telah digunakan sejak dahulu. Misalnya,perkataan tatabahasa memang telah sedia
ada dan melalui proses analogi diciptakan pula bentuk-bentuk seperti tatatertib, tatacara dan tatahias. Contoh
perkataan lain yang dibentuk melalui proses ini adalah seperti berikut:
10

Prasangka prasarana, prasekolah, prauniversiti


Jurunikah juruwang, juruaudit, juruacara, juruhebah
Lelabah gegelang, jejari, rerambut

2.1.5.2 Peleburan Fonem


Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan cara menggabungkan perkataan agar
menjadi suku kata dengan meleburkan atau menggugurkan fonem-fonem tertentu.Misalnya perkataan
benda + alir menjadi bendalir terbentuk setelah satu fonem vokal / a / digugurkan.
2.1.5.3 Peluasan Makna
Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah
sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Misalnya perkataan family
dalam bahasa Inggeris bermakna keluarga tetapi perkataan i,telah diperluaskan maknanya menjadi
famili yang bukan sahaja merujuk kepada manusia malahan kepada haiwan juga.
2.1.5.4 Pemberian Makna khusus
Dalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil kata-kata yang
telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah.Misalnya perkataan surih pada asalnya
bermaksud bekas atau kesan yang dilalui oleh sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput
di atas daun pisang. Melalui pemberian itu makna khusus surih juga membawa maksud meniru
atau melukis peta.

2.1.5.5 Peminjaman Kata


Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Ingggeris dan bahasa Arab sehingga
perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini
11

berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah
sedemikian. Contoh peminjaman kata daripada bahasa lain:
element

elemen

magistrate

majistret

diplomat

diplomat

2.1.5.6 Penambahan
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada kata akar suku
kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga. Bentuk kata jenis ini telah sebati
dalam masyarakat penutur bahasa Melayu. Contohnya kata akar satu suku kata bu merujuk kepada
benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain untuk menunjukkan benda-benda
tertentu yang berbentuk bulat seperti contoh yang berikut:
bu + kit

bukit

bu + lan

bulan

bu + luh

buluh

2.1.5.7 Penciptaan
Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau dihasilkan
tanpa disandarkan kepada perbendaharaan kata yang sedia ada. Dalam proses ini perkataan dicipta
berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau dikiaskan kepada sesuatu benda.Misalnya
perkataan kiwi merujuk kepada nama sejenis burung di New Zealand. Daripada makna tersebut dicipta
pula perkataan
mengiwi yang bermaksud perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakanbahan
khas.
2.1.5.8 Penggemblengan

12

Pembentukan kata dilakukan dengan cara menggabungkan dua perkataan atau lebih disamping
menggugurkan bahagian yang lain daripada perkataan tersebut:
Kugiran

- Kumpulan Gitar Rancak

Bernama

- Berita Nasional Malaysia

2.1.5.9 Penyempitan Makna


Pembentukan kata jenis ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia ada dan
kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih umum. Misalnya perkataan
tuan puteri mempunyai makna yang khusus iaitu panggilan bagi wanita bangsawan atau wanita
keturunan raja. Sebaliknya pada hari ini terdapat perkataan tuan sahaja yang merujuk kepada lelaki yang
patut dihormati. Malahan jika panggilan ini digunakan dalam urusan surat menyurat rasmi ia boleh merujuk
kepada panggilan hormat bagi lelaki dan perempuan.
2.1.5.10 Penyingkatan
Melalui proses penyingkatan ini perkataan- perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan sering
pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut:
:tv

televisyen

Dr.

Doktor

Prof.

Profesor

2.2 Pembentukan Kata Melalui Kata Pinjaman


Pembentukan kata melalui proses pinjaman kata sangat luas digunakan dalam bahasa Melayu dan
bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris, bahasa Arab dan
bahasa Sanskrit sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses
ini berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah
sedemikian.
13

Umumnya dalam bahasa Melayu terdapat unsur-unsur imbuhan daripada bahasa Inggeris, bahasa
Arab dan bahasa Sanskrit yang dapat membolehkan kita membezakan antara kata asli bahasa Melayu dengan
kata pinjaman. Dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba
Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar terdapat
beberapa perkataan pinjaman yang digunakan. Setelah dianalisis penggunaan kata pinjaman dalam petikan ini
melibatkan peminjaman unsur asing dari segi aspek peminjaman tulen bunyi-bunyi asing dan peminjaman
imbuhan.
Jadual di bawah menunjukkan perkataan pinjaman yang digunakan dalam Petikan Kursus Penataran
Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan
Bahasa Melayu dalam KalanganPelajar:

Kata Pinjaman dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar atau Petikan
Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pegembangan Bahasa Melayu dalam
Kalangan Pelajar.
Bil.
Aspek/Unsur Pinjaman
1.

Pinjaman tulen

Contoh perkataan dalam


Bahasa Inggeris

petikan
-auditorium
-program
-radio
-serius
-asper
-sesi
-input
-kreatif
-kategori
-unit
-kokurikulum

2.

Peminjaman bunyi-

Bahasa Arab dan Parsi

-aktiviti
- /sy/;syarikat

bunyi asing
Pinjaman Imbuhan

Bahasa Sanskrit
14

/kh/:khusus
tata-:tatabahasa

3.0 Proses pembentukan akronim


Akronim pada asasnya terbentuk daripada proses penggabungan singkatan beberapa
perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Menurut KamusTatabahasa Dewan ( 2008: 66 )
menyatakan akronim boleh terbentuk menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan
huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan kemudiannya dilafazkan menjadi seperti perkataan.
Menurut Asmah Haji Omar akronim merupakan singkatan yang terhasil daripada penggabungan
daripada huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan dua kata atau lebih. Menurut Asmah Haji Omar lagi,
akronim terdiri daripada kata selapis dan boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata selapis.
Pembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan
perkataan yang kebanyakkanya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu
kata yang wajar. Akronim adalah kata yang berbentuk kata nama tunggal dan dihasilkan melalui percantuman
bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada
huruf, suku kata, atau bahagian daripada perkataan.

3.1 Jenis-jenis akronim


Berdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan itu kata nama akronim boleh
dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis.(Nik Safiah Karim dan rakan-rakan Tatabahasa Dewan,
Edisi Ketiga, halaman 105.) Antara jenis akronim tersebut ialah seperti berikut:

3.1.1 Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan


Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan
kebanyakkanya terdiri daripada kata nama khas.Oleh itu dieja dengan huruf besar keseluruhannya. Contohnya :
ADUN

Ahli Dewan Undangan Negeri

IPTI

Institut Perguruan Temenggong Ibrahim


15

3.1.2 Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan
Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan.
Kata nama akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas.Oleh itu ejaannya bermula dengan huruf besar.
Contohnya:
Perhilitan

Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

Mara

Majlis Amanah Rakyat

3.1.3 Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan


Kata nama akronim jenis ini dibentuk melaluli percantuman suku kata awal sejumlah perkataan. Jikalau
yang terbentuk itu kata nama khas ejaanya bermula dengan huruf besar. Contohnya :
Bernama

Berita Nasional Malaysia

Tadika

taman didikan kanak-kanak

Cerpen

cerita pendek

3.1.4 Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian
lain perkataan yang mengikutinya.
Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama dengan bahagian
bukan awal perkataan yang lain. Contohnya :
asbut

asap kabut

debunga

debu bunga

purata

pukul rata

16

4.0

Rumusan
Morfologi adalah merupakan aspek terpenting dalam tatabahasa bahasa Melayu.
Tatabahasa pula ialah perkara pokok atau asas bagi sesuatu bahasa. Morfologi memfokuskan
kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu yang telah mengalami perkembangan yang
pesat terutamanya dalam bidang kosa kata atau pembendaharaan kata yang melibatkan
perubahan bentuk-bentuk kata.
Dari segi pembentukan kata pula, kemunculan bunyi-bunyi baharu serta bentuk imbuhan
baharu dalam bahasa Melayu menyebabkan berlakunya pembentukan kata baharu dalam
17

bahasa Melayu. Hasil daripada perkembangan ilmu dan ikhtisas tertentu, imbuhan yang
berstatus imbuhan pada asalnya tidak dianggap imbuhan kerana mengikut keperluan
mengayakan perbendaharaan perkataan bahasa Melayu bagi mendukung istilah-istilah tertentu.
Melalui proses perancangan dan pembinaan bahasa yang dilaksanakan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka proses pembentukan kata menjadi tersusun dan terarah. Oleh yang
demikian, begitu banyak perkataan baharu terbentuk dari semasa dari semasa sesuai dengan
hasrat kerajaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

5.0 Bibliografi
Buku
Abdullah Hassan(2002). Tatabahasa Bahasa Melayu:Morfologi dan sintaksis untuk gurudan
pelajar. PTS: Pahang.
Dr Ali Mahmood [et al.],(2011). HBML2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu.Malaysia: Open
University Malaysia.

18

Goay Teck Chong,Choo Say Tee dan Zainuddin Ahman. 2008. Teks Pra-U STPMBahasa Melayu Kertas 1.
Petaling Jaya. Pearson Longman
Nik Safiah Karim.1996.Pendahuluan dalam Unsur Bahasa Asing dalam Bahasa Melayu:Siri
Monografi Sejarah Bahasa Melayu.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, dan Abdul Hamid Mahmood.
2008.Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Bahasa Melayu 1.Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur.Oxford Fajar Sdn. Bhd

Laman sesawang
http://pgsrkent08.edublogs.org/2012/01/29/akronim/
http://www.scribd.com/doc/13626069/Kata-Pinjaman-Dalam-Bahasa-Melayu
http://www.scribd.com/doc/86482484/Takrif-Morfologi-Dan-Proses-Pembentukan-Kata

6.0 LAMPIRAN

19

20

You might also like