You are on page 1of 7

Pendahuluan

Syair yang dipilih ialah Syair Nasihat Kepada Perempuan. Jenis syair
ini ialah syair nasihat kerana mempunyai unsur-unsur pengajaran
dan nasihat kepada perempuan. Syair ini berbentuk terikat yang
terdiri daripada sebelas rangkap. Setiap rangkap terdiri daripada
empat baris. Syair ini juga memakai skema rima a,a,a,a. Syair ini
mempunyai 4 patah perkataan sebaris dan mempunyai 8 hingga 13
suku kata.

Syair Nasihat Kepada Perempuan

Demikian wahai lagi perempuan,


Taatlah kepada suamimu tuan,
Jangan menderhaka jangan melawan,
Jadukan dirimu bersifat setiawan.

Jangan sekali berniat khianat,


Apalagi kurang amanat,
Pekerjaan wajib bukannya sunat,
Jika dilawan mendapat laknat.

Pertama di dunia mendapat malu,


Di dalam akhirat tubuh terpalu,
Masyhur khabar ke hilir ke hulu,
Sebab perangai tidak bermalu.

Sangatlah murka Rabbulizzati,


Perintah suami tidak dituruti,
Hendaklah taat bersungguh hati,
Kepada suamimu berbuat bakti.

Jangan takburkan rupamu elok,


Melebihi kebanyakan makhluk,
Menyangka dirimu tiada tertolok,
Jadilah suamimu diperolok-olok.

Jangan sekali takburkan bangsa,


Martabat tinggi di negeri dan desa,
Memandang suamimu seperti rusa,
Sombonglah tuan tutur bahasa.

Tiada menurut apa perintahnya,


Perkataan kasar selalu keluarnya,
Muka dimasamkan di hadapannya,
Jadilah suami pecah hatinya.

Jika diperbuat demikian itu,


Nyatalah kamu syaitan dan hantu,
Hargamu tiada serial batu,
Tiadalah harus dibuat menantu.

Dukalah tuan sehari-hari,


Suami pun benci tiada terperi,
Jika suamimu bijak bestari,
Duduklah dia mendiamkan diri.

Tetapi hatinya rosaklah sudah,


Kerana perbuatanmu yang haram jadah,
Jadilah suamimu berhati gundah,
Tiadalah kamu mendapat faedah.

Hanyalah dari balasan ngeri,


Dimurkai Tuhan waidul kahri,
Mendapat sengsara di dua negeri,
Celaka bertambah sehari-hari

Rangkap 1

Demikian wahai lagi perempuan,


Taatlah kepada suamimu tuan,
Jangan menderhaka jangan melawan,
Jadikan dirimu bersifat setiawan.

- Perempuan merupakan seorang manusia yang akan digelar isteri.


Setelah mendapat gelaran isteri maka seseorang perempuan wajib
mentaati perintah suaminya. Hal ini kerana, tanggungjawab isteri
untuk mentaati dan setia kepada suami adalah perintah daripada
Allah SWT. Di samping itu, hasil ketaatan isteri kepada suami juga
akan menyebabkan sesebuah keluarga menjadi bahagia dan harmoni.

Rangkap 2

Jangan sekali berniat khianat,


Apalagi kurang amanat,
Pekerjaan wajib bukannya sunat,
Jika dilawan mendapat laknat.

- Memegang amanah dan tidak melakukan khianat merupakan


suruhan Allah dan setiap muslim wajib menurutinya. Jika suruhan
tersebut dilanggar oleh manusia, maka janji Allah untuk
menimpakan azab kepada pelaku khianat akan terjadi. Di samping
itu, dengan memegang amanah dan tidak khianat dapat menjadikan
hidup seseorang lebih tenang dan bahagia.

Rangkap 3

Pertama di dunia mendapat malu,


Di dalam akhirat tubuh terpalu,
Masyhur khabar ke hilir ke hulu,
Sebab perangai tidak bermalu.

- Malu merupakan satu perasaan yang dapat disimbolkan sebagai


tanda harga diri. Hal ini kerana, dengan adanya perasaan malu,
seseorang akan cenderung untuk berfikir terlebih dahulu sebelum
melakukan sebarang tindakan. Sifat ini mampu menjauhkan
seseorang daripada perbuatan tidak bermoral. Ketiadaan sifat ini di
dalam diri akan menyebabkan seseorang mudah melakukan
perbuatan tercela dan secara tidak langsung akan dimurkai oleh
Allah SWT.

Rangkap 7

Tiada menurut apa perintahnya,

Perkataan kasar selalu keluarnya,

Muka dimasamkan di hadapannya,

Jadilah suami pecah hatinya.

- Isteri diperintahkan oleh Allah SWT untuk sentiasa taat dan patuh
kepada perintah suami. Bukan itu sahaja, seorang isteri hendaklah
sentiasa berlemah-lembut, sentiasa berkata sopan dengan suami dan
sentiasa bermanis muka apabila berhadapan dengan suami. Isteri
yang menderhaka kepada suami akan menjadikan seorang suami
terguris dan sifat seperti itu dimurkai oleh Allah SWT kerana syurga
seorang isteri berada di bawah telapak kaki suami.

Rangkap 8

Jika diperbuat demikian itu,


Nyatalah kamu syaitan dan hantu,

Hargamu tiada serial batu,

Tiadalah harus dibuat menantu.

- Rangkap syair ini memaparkan bahawa perempuan yang baik


adalah untuk lelaki yang baik. Apabila seorang perempuan itu
bersikap tidak baik, maka janganlah perempuan itu diambil sebagai
seorang menantu. Hal ini demikian kerana perempuan yang tidak
mempunyai akhlak yang bagus seperti digambarkan sebagai sifat
syaitan maka dia akan menjadi isteri dan menantu derhaka kepada
mentua dan suaminya apabila sudah berkahwin nanti.

Rangkap 9

Dukalah tuan sehari-hari,

Suami pun benci tiada terperi,

Jika suamimu bijak bestari,

Duduklah dia mendiamkan diri.

- Rangkap syair ini memaparkan situasi sepasang suami isteri


berkelahi antara satu sama lain dan sang isteri tidak mahu
berkomunikasi dengan suami kerana makan hati. Sebagai sang
suami yang bijak, sang suami hanya mendiamkan diri agar tidak
mengeruhkan keadaan. Hal ini demikian kerana kata-kata yang
terkeluar dari mulut orang yang murka akan mengguris perasaan
orang lain dan akan membawa luka yang dalam kerana terlalu
mengikut perasaan. Oleh sebab itu, sang suami memilih untuk
berdiam dan membiarkan sang isteri dengan rajukannya reda.

Rangkap 10
Tetapi hatinya rosaklah sudah,
Kerana perbuatanmu yang haram jadah,
Jadilah suamimu berhati gundah,
Tiadalah kamu mendapat faedah.

Rangkap ini menunjukkan tentang tanggungjawab menjaga hati


suami. Penyair menunjukkan perbuatan si isteri yang telah
menyebabkan suaminya berasa sakit hati. Sebagai seorang isteri, dia
sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga hati suaminya dan
mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang menyebabkan
suami marah dan berkecil hati. Selepas berkahwin, seorang isteri
perlu melayani suami dengan lembut dan mentaati kehendaknya
selagi tidak bertentangan dengan syarak.

Rangkap 11

Hanyalah dari balasan ngeri,


Dimurkai Tuhan waidul kahri,
Mendapat sengsara di dua negeri,
Celaka bertambah sehari-hari

Rangkap ini menunjukkan tentang akibat jika tidak menjalankan


tanggungjawab kepada suami. Penyair menunjukkan bahawa seorang
isteri yang berlaku derhaka dan tidak taat kepada suaminya akan
mendapat balasan yang buruk iaitu akan dimurkai oleh Tuhan.
Penyair ingin menyampaikan bahawa seorang isteri yang derhaka
akan mendapat balasan yang buruk di dunia dan akhirat. Hal ini
kerana, suami merupakan syurga bagi seorang wanita yang sudah
bergelar isteri. Keredaan suami menjadi sebab kepada keredaan
Tuhan. Isteri yang tidak diredai suami kerana perbuatan derhaka
akan mendapat kemurkaan Tuhan.

Penutup
Kesimpulannya, syair ini telah menyampaikan pemikiran tentang
tanggungjawab seorang perempuan yang bergelar isteri. Penyair ingin
menunjukkan bahawa peranan perempuan yang bergelar isteri tidak
boleh dipandang remeh kerana isteri memainkan peranan yang luar
biasa dalam mengurusi hal rumahtangga khususnya kepada
suaminya. Syair ini telah banyak menyampaikan nilai-nilai yang
dapat dijadikan sebagai pengajaran dalam kehidupan berumahtangga
dalam aspek tanggungjawab seorang perempuan.

You might also like