You are on page 1of 6

PENGHARGAAN

Saya amat bersyukur ke atas Allah S.W.T kerana tanpa izinnya saya tidak akan dapat menyiapkan tugasan
BMMB 1114 ini. Kerja kursus ini membincangkan dengan lebih terperinci dalam skop penulisan iaitu
berkenaan menganalisis sistem ejaan Jawi dan Rumi berdasarkan puisi atau teks ilmiah.

Semasa dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, saya telah menghadapi pelbagai rintangan dan
cobaan. Walau bagaimanapun, saya amat berterima kasih terutama sekali kepada pensyarah saya Encik
Yahya Bin Yassin yang memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya supaya kerja kursus ini dapat
disiapkan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kelas kerana turut sama
membantu saya dalam mencari sumber rujukan dan mengajari saya sedikit sebanyak cara untuk
melakukan tugasan ini. Tidak juga dilupakan kepada semua pensyarah dan ibu bapa saya sendiri, terima
kasih atas galakan dan sokongan yang telah kamu berikan.

Sekian, terima kasih.


1.0 PENGENALAN

Tulisan Jawi didapati adalah merupakan tulisan Arab yang telah diguna pakai dalam penulisan bahasa
Banjar, Melayu dan Minangkabau. Dalam kata lain, tulisan Jawi adalah merupakan tulisan bahasa Arab yang
telahpun diubahsuai dan berasal dari Sumatera. Tulisan Jawi juga dikenali sebagai tulisan Melayu ataupun
abjad Jawi yang turut diberikan nama seperti Pegon dan Gundhil di daerah Jawa, berbeza pula di Aceh
Darussalam ianya disebut dengan istilah Jawoë, daerah Pattani menyebutnya sebagai Yawi manakala
kawasan yang menggunakan istilah Jawi adalah seperti di kawasan Sumatera yang tergolong daripada Riau,
Sumatera Barat, Jambi dan Sumatera Selatan. Selain itu, Jawi turut digunakan di Malaysia serta Brunei
Darussalam. Berdasarkan Kamus Dewan, tulisan Jawi boleh membawa maksud huruf-huruf Arab dengan
adanya beberapa huruf tambahan yang diguna pakai untuk merujuk kepada bunyi dalam bahasa Melayu.
Huruf Jawi pula membawa maksud huruf Arab yang ditambah dengan beberapa huruf tambahan untuk
merujuk kepada bunyi-bunyi huruf dalam bahasa Melayu. Tulisan Jawi telah diiktiraf sebagai salah satu
sistem tulisan rasmi di Brunei dan telah digunakan sebagai sistem tulisan alternatif di Malaysia. Jika diikuti
sejarahnya, tulisan Jawi adalah merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi telah diganti oleh abjad Rumi
akibat daripada kemasukan penjajah. Hal tersebut sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada
penggunaan tulisan Jawi yang mana hanya terhad dalam hal ehwal keagamaan dan kebudayaan.

Abjad rumi pula dikenali sebagai abjad latin. Ia merupakan sistem tulisan abjad yang digunakan
secara meluas pada hari ini. Perkataan Rumi berasal daripada bahasa Arab iaitu, Rumiyah (‫ )رومية‬yang
membawa erti empayar Rom, huruf latin diberi gelaran sebagai abjad rumi disebabkan penggunaannya
awalnya dipraktikkan oleh empayar Rom. Abjad Rumi asas mengandungi sebanyak 26 huruf iaitu dari A
hinggalah Z. Negara-negara yang menggunakan sistem huruf tersebut telah mengesuaikan sistem tersebut
dengan negara mereka dan ianya digunakan untuk kebanyakan bahasa Eropah kecuali beberapa negara
Eropah Timur. Dipercayai bahawa orang Latin pada awalnya menggunakan abjad Cumae. Berasal daripada
abjad Cumae itulah telah membawa kepada kewujudan abjad Etruscan dan didapati orang-orang latin telah
mengguna pakai 21 daripada 26 huruf Etruscan asal. Seiring dengan penyebaran empayar Rom,
penggunaan abjad Rumi yang merupakan bahasa Latin turut tersebar dengan luas bermula dari
Semenanjung Itali ke tanah-tanah yang berdekatan Laut Mediterranean. Wliayah-wilayah yang masih
menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa pengantara mereka adalah berbeza berbanding kawasan lain
dan bermula daripada itulah penghasilan bahasa-bahasa Romawi yang kita kenali sekarang boleh berlaku.
Abjad Rumi juga sekian lama semakin diterima oleh bangsa Eropah Barat akibat daripada kesan peluasan
agama Kristian Barat sepanjang Zaman Pertengahan.

1
2.0 ANALISIS

Berikut merupakan analisis yang dilakukan berdasarkan hukum-hukum yang terkandung dalam sistem ejaan
Jawi dan Rumi.

2.1 Hukum Ejaan Jawi

Bil. Perkataan Hukum Analisis


1 ‫سا ن‬ Luar darlung Hukum luar darlung yang dikemukan bagi perkataan
tersebut adalah kerana terdapat perkataan yang
mempunyai suku kata praakhir dan akhir bunyi bunyi
vokal terbuka (a). Kebiasaannya, perkataan tersebut
akan diaplikasikan pada kata Melayu jati dan perkataan
yang bukan berasal daripada bahasa Arab. Perkara
yang paling penting sekali adalah jenis kata yang
diungkapkan hendaklah merupakan bunyi terbuka (a)
dan digabungkan bersama abjad-abjad yang berikut
pada suku kata akhirnya seperba (‫ )ب‬atau ta (‫ )ت‬atau pa
(‫ )ڤ‬atau ga (‫ )ݢ‬atau nun (‫ )ن‬atau sin (‫ )س‬atau nya (‫)ڽ‬
atau ca (‫ )چ‬atau ya (‫ )ي‬atau kaf (‫ )ک‬atau mim (‫ )م‬atau jim
(‫)ج‬. Hukum ini memerlukan huruf Alif digugurkan selepas
huruf-huruf tersebut. Seperti mana yang kita lihat huruf
Alif digugurkan untuk mengeja pekataan ‘sana’ pada
suku kata keduanya.

2 ‫بوروڠ‬ Homograf Homograf adalah merupakan dua kata atau lebih yang
sama ejaannya tetapi berbeza maknanya. Homograf
juga didapati boleh berlaku pada masa yang sama
dengan homonim (bunyi sama). Sebagai contoh, seperti
jaga (bangkit) dan jaga (pengawal keselamatan) yang
sebenarnya mempunyai bunyi yang sama sahaja dalam
sebutan baku. Homograf ternyata lebih banyak berlaku
dalam tulisan Jawi disebabkan tulisan Jawi hanya
mengandungi 4 huruf vokal dibandingkan dengan enam
huruf yang terdapat dalam tulisan Rumi. Walapun begitu,

2
terdapat jalan penyelesaian bagi masalah ini iaitu bagi
yang mempunyai ejaan lebih kurang sama, huruf vokal
akan sengaja tidak dihapuskan bagi memberikan
perbezaan untuk perkataan yang ejaannya adalah lebih
kurang sahaja. Sebagai contoh, huruf vokal (wau) ‫و‬
dikekalkan bagi suku kata kedua perkataan burung.

3 ‫بهاس‬ A-ha Hukuam A-ha adalah merujuk kepada setiap perkataan


yang memiliki dua suku kata ataupun lebih, dan pada
akhirnya diakhiri dengan bunyi A-ha (‫)اها‬. Hal tersebutlah
yang menyebabkan kenapa bunyi (a) sebelum suku kata
(ha) dihapuskan Alifnya. Seperi mana perkataan
‘bahasa’, Alif bagi suku kata (ba) dihapuskan kerana
sejurus selepas itu, terdapat suku kata (ha).

2.2 Hukum Ejaan Rumi

Bil. Perkataan Hukum Analisis


1 Murai Diftong Hukum diftong merupakan gabungan 2 bunyi vokal yang
disebutkan dalam satu suku kata disebabkan perubahan
kedudukan lidah. Kaedah diftong juga adalah merupakan
cara memasukkan (oi) ‫وي‬, (au) ‫ او‬dan (ai) ‫ اي‬bagi
memberikan perbezaan bagi perkataan-perkataan. Perkara
tersebut turut dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan
dalam kalangan pembaca sekaligus menunjukkan yang
Jawi ini juga mampu berdiri sama taraf dengan tulisan
lainnya kerana dengan mempunyai keunikannya yang
tersendiri. Seperti juga perkataan ‘murai’, terdapat
penggunaan suku kata (ai) pada suku kata kedua
perkataan tersebut. Perkara tersebutlah yang akan
menyebabkan pengekalan kedua-dua huruf vokal tersebut
dalam tulisan Jawi. Hal tersebut juga pada akhirnya
bertujuan bagi memudahkan pembacaan dan ianya adalah
merupakan satu langkah yang bijak untuk menyelesaikan
masalah barkaitan tulisan Jawi sebelum ini.

3
2 Gunung Digraf Digraf adalah merupakan dua huruf konsonan tidak
termasuk (a, e, i, o, u). Dua huruf konsonan ini juga perlu
hadir secara berturut-turut yang seterusnya menghasilkan
satu bunyi dalam satu-satu perkataan. Turut didapati
bahawa digraf adalah sama jika dibandingkan dengan
konsonan berganding iaitu merujuk kepada dua huruf
berturut yang menghasilkan bunyi. Sebagai contoh, ng, ny
dan sy. Perkataan-perkataan ini juga boleh dipanggil
sebagai dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap. Dalam
bahasa melayu terdapat lima huruf digraf atau disebut
sebagai dwihuruf yang berbeza antara satu sama lain untuk
membentuk konsonan. Seperi perkataan ‘gunung’,
wujudnya digraf iaitu huruf (ng). (Ng) ini pula mempunyai
cara bacaannya yang tersendiri iaitu dengan cara
sengauan velar.
3 Emas Pola keselarasan Terdapat beberapa pedoman bagi hukum pola keselarasan
vokal vokal ini iaitu pertama sekali ia perlu melihat keselarasan
atau kesesuaian dua huruf vokal dan seterusnya membina
dua suku kata pada kata dasar. Akhir sekali, terdapat
pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir yang
bersama dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.
Contoh perkataan yang menggunakan hukum ini adalah
‘emas’. Suku kata praakhir bagi perkataan ‘emas’ adalah
merupakan dalam bentuk e pepet manakala suku kata akhir
tertutupnya adalah merupakan huruf (a). Didapati juga
bahawa terdapat 18 pola keselarasan vokal dalam sistem
ejaan Rumi bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan yang
setiap perkataan mempunyai cara bacaannya yang
tersendiri.

3.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, sistem ejaan Jawi dan Rumi telah melalui satu revolusi dan kita dapat lihat berdasarkan
sejarah-sejarah yang telahpun tercatat. Kita juga dapat melihat proses-proses penambahbaikan yang berlaku
dalam sistem tulisan tersebut sehinggalah menjadi seperti sistem tulisan yang kita kenali pada hari ini. Kita
tidak dapat menyangkal bahawa tanpa adanya hukum-hukum yang dicipta oleh tokoh-tokoh bahasa pada
zaman dahulu pasti banyak masalah yang akan dihadapi dalam penggunaan sistem bahasa Jawi dan Rumi.
Oleh itu, sebagai tanda menghargai terhadap jasa tokoh terdahulu kita sebagai generasi muda perlulah
mempelajari dan memahirkan diri dengan hukum-hukum tulisan yang ada pada hari ini.
4
RUJUKAN

Abjad Rumi. (2022, May 15). Wikipedia. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Abjad_Rumi


Farra Shahirra. (2016, July 27). Kaedah diftong. Slideshare.
https://www.slideshare.net/NURSYUHADDA/kaedah-diftong
Haji Wan Mohd. Saophy Amizul Wan Mansor. (n.d.-a). Hukum a-ha. Klik Web DBP.
http://klikweb.dbp.my/?p=2101
Haji Wan Mohd. Saophy Amizul Wan Mansor. (n.d.-b). Hukum luar derlung. Klik Web DBP.
http://klikweb.dbp.my/?p=15080
Hijau, C. (2020, October 10). Digraf dan konsonan bergabung. Blogger.
https://www.cikguhijau.com/2014/07/digraf-dan-konsonan-bergabung.html?m=1
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU. (2014, August 27). Pola keselarasan vokal. Slideshare.
https://www.slideshare.net/mashudibahari/pola-keselarasan-vokal-38432129
Kamus Dewan. (2015). Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mohd Redzuan Rosbi Basir. (2011, September 18). Apa itu homograf dalam Jawi | PDF. Scribd.
https://www.scribd.com/doc/65391254/Apa-Itu-Homograf-Dalam-Jawi
Tulisan Jawi. (2022, May 7). Wikipedia. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi

You might also like