You are on page 1of 22

BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA

Minggu 3
Model Kesantunan Berbahasa
Pensyarah: DR. ZANARIAH BINTI HAMID
Topik Kuliah:

◈ Model Prinsip Kerjasama Grice (1975)


◈ Model Kesantunan Lakoff (1975)
◈ Prinsip Kesantunan Leech (1983)

2
Model Prinsip Kerjasama Grice (1975)
◈ Dipelopori oleh Herbert Paul Grice yang merupakan ahli
falsafah Inggeris.
◈ Mengetengahkan penggunaan implikatur (implicature)
perbualan dalam meneroka sistem ujaran dengan
berpegang pada prinsip atau tatacara yang perlu
dipatuhi oleh penutur dalam perbualan mereka.
◈ Matlamatnya untuk menghasilkan komunikasi yang
berkesan dengan wujudnya kerjasama kedua-dua belah
pihak yang terlibat dalam perbualan. 3
Implikatur (Implicature)
◈ Implikatur merujuk kepada penggunaan bahasa yang
tersurat untuk menyampaikan mesej secara tersirat dan
pendengar perlu memprosesnya berdasarkan konteks
ujaran penutur. 
◈ Mesej tersirat yang cuba disampaikan dalam perbualan
(Nor Hasyimah Jalaluddin, 1992)
◈ Penggunaan implikatur juga merupakan seni berbahasa
bagi orang Melayu
4
Prinsip Kerjasama Grice (1975)

Kualiti Kuantiti
PRINSIP
KERJASAMA

Cara Pertalian
5
Prinsip Kualiti
◈ Penutur menyampaikan maklumat yang betul,
tepat dan benar-benar pasti.
◈ Penutur mengelakkan penyampaikan maklumat
palsu.

6
Prinsip Kuantiti
◈ Penutur menyampaikan maklumat mengikut
keperluan sahaja.
◈ Penutur tidak menyampaikan maklumat secara
berlebihan dan menyampaikan maklumat yang
betul-betul penting.

7
Prinsip Pertalian
◈ Penutur memastikan segala maklumat yang hendak
disampaikan mempunyai kesinambungan dan saling
berkait antara maklumat.
◈ Menekankan aspek kerelevanan dan perhubungan
antara setiap maklumat.

8
Prinsip Cara
◈ Penutur mengelakkan diri daripada memperkatakan
sesuatu yang tidak jelas.
◈ Mesej atau maklumat yang hendak disampaikan
haruslah teratur dan tidak mempunyai kesamaan
◈ Penutur menyampaikan maklumat dengan singkat
dan mudah untuk difahami.

9
Model Kesantunan Lakoff (1975)

◈ Kesantunan merupakan perlakuan yang


mengurangkan pergeseran dalam
sesuatu interaksi
◈ Mewujudkan situasi ‘menang-menang’

10
3 Peraturan Kesantunan Lakoff
Jadikan Pendengar
Jangan memaksa Berikan Pilihan
Selesa
• Ujaran berbentuk • Membuka peluang • Pilih perkataan yang
paksaan, kepada pendengar sesuai ketika
meninggikan suara untuk membuat bercakap
dan tingkah laku pilihan dan • Guna intonasi sesuai
tidak sopan pertimbangan
menyebabkan dalam situasi tidak
pendengar ‘berjauh formal
hati’. • Bertolak ansur
• Pendengar tidak
tertekan 11
Prinsip Kesantunan Leech
(1983)
◈ Kesantunan berupa perlakuan yang
mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan
diri dalam sesuatu interaksi sosial.
◈ Bukan sekadar berbaik-baik tetapi untuk
menjalinkan prinsip kerjasama dengan
menghubungkaitkan maksud dan kuasa.
◈ Melibatkan strategi mengelakkan konflik. 12
Prinsip Kesantunan Leech (1983)

MAKSIM MAKSIM MAKSIM


KEBIJAKSANAAN KEDERMAWANAN PENGHARGAAN
Berbudi bahasa Murah hati Ucapan ekspresif

MAKSIM MAKSIM MAKSIM


KERENDAHAN HATI PERMUAFAKATAN SIMPATI
Fokus kepada orang lain Keserasian Cakna

13
1. Kebijaksanaan

 Mengurangkan keuntungan diri sendiri


dan memaksimumkan keuntungan orang
lain.
Contoh:
Tuan rumah: Silakan makan, kami dah makan tadi.
Tetamu : Terima kasih. Marilah makan sama-sama. 14
1. Kebijaksanaan … samb.
 Memberi pertimbangan terhadap pendapat/
kelakuan orang lain dengan memaksimumkan
rasa senang orang lain.
Contoh:
Ayat 1: Bagus cadangan awak tetapi untuk kali ini kita kena
fikirkan cara yang lain.
Ayat 2: Cadangan awak salah! 15
2. Kedermawanan

 Memaksimumkan keuntungan orang lain


dengan menambah beban kepada diri
sendiri.
 Murah hati
Contoh:
Anas : Mari saya cucikan pinggan.
Yahya : Tak perlulah, saya akan cuci selepas awak. 16
3. Penghargaan

 Berkaitan ekspresif (perbuatan, tulisan,


lukisan dan lain-lain yang melahirkan
maksud perasaan)
Contoh:Selamat petang!
Terima kasih!
Cantiknya awak hari ini!
Tahniah! 17
3. Penghargaan … samb.

 Mengungkapkan ucapan pujian dan


mengurangkan cacian kepada orang lain.
Contoh:
Anas : Baguslah pembentangan idea awak tadi!
Yahya : Terima kasih, cadangan yang awak berikan tadi
pun sangat membantu saya.
18
4.. Kerendahan hati

 Mengurangkan pujian atau menambah


unsur kekurangan kepada diri sendiri.
Contoh:
Anas : Nanti awak baca doa makan, ya.
Yahya : Okey, boleh. Tapi, suara saya tak sedap.

19
5. Permuafakatan

 Memaksimumkan keserasian dan


meminimumkan ketidaksesuaian.
Contoh:
Anas : Selepas kelas kita pergi makan, nak?
Yahya : Boleh, saya tunggu awak di kafe.

20
6. Simpati

 Memaksimumkan sikap simpati kepada


pihak lain.
Contoh:
Anas : Penghuni bilik sebelah kena COVID-19.
Yahya : Ya, Allah … kasihannya!

21
Ada sebarang soalan?

Terima kasih!

You might also like