You are on page 1of 40

GSB1012

KM alaysia
esantunan

MNR2019
asyarakat
!
Peringatan
• Rekod Kehadiran
• Kerja kursus
• Kuliah ganti (jika ada)
• Schoology

MNR2019
KESANTUNAN
2
Bab

BERBAHASA

MNR2019
2
KANDUNGAN BAB

MNR2019
Takrifan Kesantunan (Tokoh
Dunia)

MNR2019
Takrifan Kesantunan (Tokoh
Dunia)

MNR2019
Secara berkumpulan anda diminta
menyediakan slide persembahan MS
PowerPoint bagi menjelaskan konsep
kesantunan berdasarkan model-model
berikut.

MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
• Model ini dipelopori oleh Geoffrey Neil
Leech, iaitu seorang pakar B. Inggeris dan
Linguistik.
• Menurut Leech (1983), terdapat 2 matlamat
dalam peraturan berbahasa, iaitu
beradab dan biadab.

Leech telah menyenaraikan6 prinsip yang
menjadi asas pembentukan kesantunan.

MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
• Merupakan tingkah laku yang memaksimumkan manfaat
kepada orang lain, tetapi meminimumkan kosnya.
• Perbuatan ini lebih berpusat kepada orang lain dan terbahagi
kepada 2 perkara yang utama iaitu –ve dan +ve.
• Negatif (-ve) bermaksud meminimumkan kerugian kepada
pendengar.
• Positif (+ve) bermaksud memaksimumkan manfaat kepada
pendengar.
• Penutur akan cuba sedaya upaya untuk menambah kuasanya
kepada orang lain dengan cara memaksimumkan manfaat
kepada orang lain.
• Prinsip ini juga digunakan sebagai salah satu platform atau
alat untuk menyampaikan puji-pujian kepada seseorang

MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
CONTOH DIALOG-Prinsip Santun

“Terima kasih untuk tawaran kenaikan pangkat. Namun begitu minta maaf,
saya rasa saya bukan orang yang sesuai untuk jawatan itu. Saya percaya
bahawa Dr Ghazali jauh lebih layak daripada saya.”

“Mengapakah anda mengatakan Dr Ghazali lebih sesuai


untuk jawatan ini? Boleh tolong jelaskan?”

“Saya menyatakan sedemikian atas dua sebab. Satu, kerana Dr Ghazali


merupakan senior saya. Kedua, beliau telah berjasa dengan BPG jauh lebih
lama daripada saya. Oleh itu, saya percaya bahawa Dr Ghazali ialah pilihan
yang tepat.”
MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
Cadangkan dialog lain yang boleh diungkapkan bagi
menjelaskan Prinsip Santun

MNR2019
Perbincangan

mengamalkan nilai-nilai
kesantunan

MNR2019
?
Pada pendapat anda, apakah punca
segelintir masyarakat masih tidak
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
• Merupakan tingkah laku yang memaksimumkan cacian atau
meminimumkan kata-kata pujian terhadap diri sendiri.
• Penutur akan berusaha sedaya upaya untuk merendahkan diri
sehingga kadang-kadang menyebabkan pendengar berasa
tidak selesa.
• Penutur seolah-olah mencaci dan menghina dirinya sendiri
yang merupakan suatu kelakuan larangan sosial, iaitu tidak
bercakap besar.
• Prinsip ini dapat dikesan berlaku melalui pengucapan yang
disampaikan menggunakan kata-kata yang bersifat merendah
diri.
• Prinsip ini banyak digunakan untuk maksud menimbulkan
mood perbualan yang harmonis dengan masing-masing tidak
memperlihatkan kehebatan atau kelebihan.

MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
CONTOH DIALOG-Prinsip Kerendahan Hati

“Hebat betul awak! Mampu membaca dokumen yang


berbahasa Mandarin itu kerana awak sudah mengetahui dan
memahami bahasanya. Tidak macam saya ini, mampu
membaca bahan yang berbahasa Melayu sahaja,” kata Ratna
kepada rakannya, Faizah.

MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
Cadangkan dialog lain yang boleh diungkapkan bagi
menjelaskan Prinsip Kerendahan Hati

MNR2019
?
Apakah pendapat anda situasi ini

MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
• Merupakan maksim yang memperlihatkan
kecenderungan seseorang untuk maksud melebih-
lebihkan akan persetujuan terhadap orang lain.
• Prinsip ini akan meminimumkan apa-apa juga
bentuk kerugian kepada pendengar, sebaliknya
akan memaksimumkan kerugian tersebut kepada
diri sendiri.
• Prinsip ini bertujuan menjaga air muka seseorang
semata-mata.
• Persetujuan yang dituturkan semata-mata untuk
menghormati penutur tersebut, dan bukan untuk
menyemak isi pertuturan tersebut.

MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
CONTOH DIALOG-Prinsip Persetujuan

Sila cadangkan dialog yang


sesuai untuk menjelaskan Prinsip
Persetujuan

MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
• Ialah tingkah laku yang cuba memaksimumkan rasa
simpati kepada orang lain dan meminimumkan rasa
benci antara diri sendiri dengan orang lain.
• Prinsip simpati melibatkan penutur yang akan berusaha
sedaya upaya untuk menghilangkan rasa benci atau
perasaan negatif yang lain terhadap diri orang yang
dilawan bercakap.
• Ia boleh digunakan untuk memberikan nasihat yang
dapat membantu untuk meringankan apa-apa juga
bentuk bebanan yang sedang ditanggung oleh pendengar
serta menyampaikan beberapa pesanan dan nasihat
yang berguna untuk pendengar.

MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
CONTOH DIALOG-Prinsip Simpati

“Kasihan sungguh Jalal, setelah kehilangan ibu dan ayahnya


akibat kemalangan yang dahsyat, dia terpaksa tinggal di
rumah anak yatim piatu.”

MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
Cadangkan dialog lain yang boleh diungkapkan bagi
menjelaskan Prinsip Simpati

MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
• Merupakan prinsip yang akan
meminimumkan sebarang bentuk cacian dan
memaksimumkan apa-apa bentuk pujian
terhadap orang lain.
• Prinsip ini bersifat mengampu, namun kurang
sesuai digunakan kerana bunyinya yang
kurang sopan dan memberikan konotasi
negatif.
• Prinsip ini digunakan untuk memuji dan
merestui perbuatan seseorang dengan
harapan individu berkenaan dapat berusaha
meningkatkan semangat.
MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
CONTOH DIALOG-Prinsip Sokongan

“Usah bimbang, Karim. Awak seorang yang pintar.


Asalkan awak terus berusaha, tentu awak dapat
mencapai impian untuk menjadi seorang pakar bedah
pada masa hadapan.”

“Baiklah, cikgu. Saya akan terus berusaha


supaya cikgu akan berasa bangga dengan
kejayaan saya.”

MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
Cadangkan dialog lain yang boleh diungkapkan bagi
menjelaskan Prinsip Sokongan

MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
• Merupakan tingkah laku yang
meminimumkan manfaat atau keuntungan
untuk dirinya sendiri.
• Pada masa yang sama akan berusaha
memaksimumkan kos untuk diri sendiri.
• Melalui prinsip ini, pernyataan seseorang itu
menjurus kepada suatu tawaran atau
ungkapan yang sopan seperti bantuan,
pertolongan dan kasih sayang.

MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
CONTOH DIALOG-Prinsip Kedermawanan
“Apa khabar, Bad! Lama tidak berjumpa.
Silalah masuk!”

“Terima kasih, kak. Saya masuk


dahulu.”

“Bad duduk dulu ya. Akak ke dapur sekejap


untuk sediakan sedikit jamuan untuk Bad.”

“Tak perlulah susahkan diri, kak. Saya singgah


sekejap sahaja untuk bersembang dengan akak.”

MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
Cadangkan dialog lain yang boleh diungkapkan bagi
menjelaskan Prinsip Kedermawanan

MNR2019
Prinsip Kesopanan Leech (1983)
RUMUSAN
• Menurut Leech (1983), walaupun beliau telah memperkenalkan prinsip tersebut
sebagai satu cara untuk mengawal sesuatu situasi perbualan, namun beliau
berpendapat bahawa prinsip tersebut bukanlah sesuatu rumus yang mutlak untuk
dipatuhi atau diikuti.
• Beliau memberikan tekanan hal ini terutamanya dalam prinsip yang lemah
sifatnya, seperti penambahan cacian terhadap diri sendiri semata-mata untuk
menunjukkan kesantunan kepada orang lain.
• Manusia tidak perlu merendah-rendahkan dirinya semata-mata untuk memperoleh
pujian dan sanjungan terhadap pihak lain.
MNR2019
Model Prinsip Kerjasama Grice
• Model ini dipelopori Herbert Paul Grice (1975)
• Matlamatnya adalah untuk menghasilkan
komunikasi yang berkesan dengan wujudnya
kerjasama kedua-dua belah pihak yang
mengambil bahagian dalam perbualan
tersebut.
• Beliau telah mengemukakan 4 prinsip, iaitu
prinsip kuantiti, prinsip kualiti, prinsip
pertalian dan prinsip cara.
• Daripada keempat-empat prinsip ini, Grice
menyatakan bahawa penutur lebih
menghargai prinsip kualiti.

MNR2019
Model Prinsip Kerjasama Grice
(1975)

MNR2019
Model Kesantunan Lakoff
• Model ini telah dibangunkan oleh Robin T. Lakoff
pada 1978 (1978)
• Model Kesantunan Lakoff menganggap kesantunan
sebagai suatu sistem perhubungan sesama manusia
yang dicipta bagi memudahkan proses komunikasi
dengan meminimumkan potensi konflik.
• Hal ini perlu supaya penutur dan pendengar dapat
berkomunikasi dengan baik dengan kedua-dua
pihak akan memperoleh situasi ‘menang-menang’.
• Lakoff telah menyarankan 3 peraturan yang perlu
dipatuhi sekiranya ingin melihat sesuatu perbualan
itu berjaya mencapai matlamatnya.

MNR2019
Model Kesantunan Lakoff
• Peraturan ini digunakan untuk mengekalkan
beberapa aspek yang ada kaitan dengan (1978)
kesantunan formal serta jarak sosial antara
pendengar dengan penuturnya.
• Dalam masyarakat Melayu, peraturan “jangan
paksa” semasa bertutur amat relevan dengan
budaya yang diamalkan selama ini kerana cara
pengucapan yang bersifat meninggi suara,
tingkah laku tidak sopan semasa bertutur dan
menengking semasa hendak mendapatkan
bantuan akan menyebabkan pendengar
“berjauh hati” untuk menghulurkan bantuan.

MNR2019
Model Kesantunan Lakoff
CONTOH DIALOG-Jangan Paksa (1978)
“Di manakah Fadhil, Izzati? Tolong panggil dia, ya.”

“Cepat-cepat panggilkan Aliff sekarang!”

MNR2019
Model Kesantunan Lakoff
• Peraturan ini dapat membuka peluang kepada
pendengar untuk membuat pilihan sama ada (1978)
menerima atau menolak sesuatu permintaan, cara
berfikir serta membuat pertimbangan.
• Peraturan ini juga merujuk kepada sikap bertolak
ansur yang bermaksud saling memberi dan
menerima.
• Dalam masyarakat Melayu, amalan memberikan
peluang kedua kepada pendengar untuk bertindak
juga dikaitkan dengan sikap tolak ansur.
• Peraturan ini sesuai untuk diterapkan kepada
pekerja bawahan kerana hal ini melatih mereka
mencari jalan penyelesaian sendiri.

MNR2019
Model Kesantunan Lakoff
CONTOH DIALOG-Berikan pilihan (1978)
“Terpulanglah sama ada hendak siapkan tugasan ini sekarang
atau esok.”

“Kena siapkan semua tugasan ini, sekarang juga!”

MNR2019
Model Kesantunan Lakoff
• Ia bertujuan merapatkan lagi hubungan baik yang
sedia ada antara penutur dengan pendengar. (1978)
• Maksud selesa adalah apabila pendengar berasa
sangat seronok, gembira dan sedia menerima
maklumat yang disampaikan oleh penutur
kepadanya.
• Pemilihan kata-kata yang hendak digunakan
semasa bercakap perlu dipertimbangkan dengan
sewajarnya.
• Kata-kata yang kesat, lucah, menyindir atau
bernada tinggi tidak sesuai diucapkan terutamanya
kepada kanak-kanak dan orang lebih tua daripada
penutur.

MNR2019
Model Kesantunan Lakoff
(1978)
CONTOH DIALOG-Jadikan pendengar selesa

“Awak dan saya, sama kelas, jadi kita sama-sama pelajar


Encik Nazri kan.”

“Kamu pelajar Encik Nazri atau bukan? Cakap ler!”

MNR2019
Model Kesantunan Lakoff

?
MAKSUD
(1978)
PERIBAHASA

&
MNR2019
RUMUSAN
• Terdapat banyak takrif yang diberikan oleh para sarjana Barat tentang kesantunan.
• Takrif dan konsep yang diberikan oleh tokoh barat merangkumi pelbagai bidang dan
skop yang berbeza-beza mengikut situasi, masa dan tempat.
• Ramai dalam kalangan para sarjana barat bersetuju untuk menyatakan bahawa
kesantunan itu sebagai kata-kata yang sopan dan beradab.
• Ada juga yang mentakrifkan kesantunan itu sebagai suatu sistem perhubungan antara
manusia dengan manusia, yang dapat mengurangkan pergeseran dalam interaksi.
• Kesantunan dapat membantu proses interaksi antara seseorang dengan seseorang
yang lain agar menjadi lebih mudah, mesra dan tidak bermasalah.

MNR2019
Sekian…terima
kasih
MNR2019

You might also like