You are on page 1of 8

LATAR BELAKANG TOKOH

Terapi reality yang diasaskan oleh William Glasser yang merupakan seorang ahli psikologi
di California dalam tahun 1965. Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun
1925. Beliau merupakan anak yang ketiga dan yang bongsu dalam keluarganya. Bagi
Glasser, zaman kanak-kanak merupakan zaman yang menggembirakan dan semasa di
sekolah beliau sangat berminat muzik dan dalam bidang sukan. Pada tahun 1922, ketika
berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang kejuruteraan
Kimia.
Beliau menyiapkan Medical Internship di University of California, Los Angeles (1954-57)
dan pada tahun 1961, beliau diiktiraf oleh Lembaga Psikiatri.
• Kini beliau adalah Profesor Adjung Kaunseling di University of California State,
Northridge.
• 1956, Perunding Psikiatri di Ventura School Girls, sebuah institusi yang dikendalikan
oleh Kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar
peraturan atau undang-undang.

KONSEP UTAMA TERAPI


Pandangan tentang Kejadian Manusia
Menurut Glasser (1967), terdapat tiga andaian terhadap kejadian manusia berdasarkan
Terapi Realiti. Di antaranya ialah:
• Manusia berfungsi pada tahap atau keadaan kesedaran tanpa dipengaruhi oleh
kuasa tidak sedar.
• Dalam diri setiap manusia terdapat dorongan yang sihat. Dorongan ini mengandungi
dua tahap iaitu dalam bentuk fizikal dan psikologi. Bentuk fizikal merupakan satu
keperluan asas kepada manusia seperti makan, minum dan tidur. Manusia juga dipengaruhi
oleh keinginan untuk kelangsungan hidup. Manakal bentuk psikologi pula terbahagi kepada
empat bahagian.
i. Rasa kepunyaan seperti keperluan kepada rakan, keluarga dan kasih sayang.
ii. Kuasa iaitu satu keperluan penghargaan kendiri, dihargai dan bersaing.
iii. Kebebasan iaitu satu keinginan untuk membuat pilihan dan keputusan.
iv. Keseronokan iaitu satu bentuk keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira
dan lain-lain.
• Keempat-empat keperluan ini akan membawa kepada identity diri seseorang
individu dan tercapai apabila individu itu diterima oleh orang lain atau masyarakat.
• Menurut Glasser (1984), individu yang tidak ada rasa dicintai akan mengalami
kegagalan identiti, personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa.
• Amir Awang (1987), telah menyokong andaian tentang kejadian manusia bahawa
semoa orang berusaha ke arah mencapai identiti untuk berjaya kerana ia akan memberikan
kepuasan dan keselesaan, manakal identity gagal akan membawa perasaan-perasaan yang
negatif serta menyakitkan. Menurutnya lagi, manusia mempunyai segala keupayaan untuk
mengubah identitinya. Baik buruk seseorang itu ditentukan oleh dirinya sendiri dan dia
bertanggungjawab bagi mencapai apa juga identity yang ada pada dirinya.
• Mengikut Amir Awang (1987), Terapi Realiti berbeza dengan teori-teori kaunseling
dan psikoterapi yang lain kerana ia tidak mempunyai konsep-konsep tertentu.
Walaubagaimanapun ia mempunyai cirri-ciri tertentu. Di antaranya ialah:
i. Terapi realiti menekankan tingkah laku yang tidak siuman disebabkan pengabaian
tanggungjawab. Menurutnya, apabila individu itu tidak melaksanakan tanggungjawanya
maka akan timbul tingkah laku yang bilazim.
ii. Terapi Realiti juga member penumpuan kepada tingkah laku dan bukannya
perasaan dan sikap. Menurut terapi ini apabila tingkah laku itu berubah maka sikap dan
perasaan akan turut berubah.
iii. Tumpuan peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas klien adalah apa yang berlaku
pada masa kini, peristiwa yang lampau dan pada masa hadapan tidak diberi perhatian
kerana sejarah lalu tidak boleh diubah.
iv. Menekankan aspek positif seperti potensi individu, kejayaan, kelebihan dan kualiti
positif yang ada pada individu tersebut. Terapi ini melihat individu secara positif dan
beroperasi dan bukan sebaliknya.
v. Terapi Realiti menitikberatkan tanggungjawab. Sikap bertanggungjawab perlu
dipelajari secara terus menerusi sepanjang kehidupan.
vi. Persetujuan di antara kaunselor dan klien perlu dipatuhi bagi mencapai matlamat
dan memenuhi keperluan individu tersebut.
Glasser telah mencadangkan “selain perasaan dan sikap, kesedaran terhadap tingkah laku
semasa adalah aspek yang penting dalam terapi.” Mengikut Gibson dan Mitchell dalam
Schmidt (1996), Terapi Realiti menunjukkan bahawa kaunseling adalah kaedah pengajaran
yang istimewa atau latihan mengajar individu tentang apa yang sepatutnya dipelajari
semasa kehidupan normal pada masa yang singkat.
Wubbolding (1991) menggunakan akronim WDEP untuk menerangkan prosedur yang
digunakan dalam terapi realiti.
• Kehendak (Wants)
Kaunselor meneroka, keperluan dan persepsi klien. Kaunselor bertanya soalan seperti “Apa
yang anda kehendaki?” kemahiran menyoal digunakan kaunselor untuk menggalakkan
klien menyedari, mendefinisikan dan menghalusi bagaimana klien boleh memenuhi
kehndaknya. Kaunselor member peluang kepada klien untuk meneroka setiap bidang
kehidupan. Ini termasuk apa yang dikehendakinya daripada keluarga, rakan dan
tanggungjawab.

• Arahan (Direction) atau Lakukan (Doing)


Diperingkat ini, kaunselor merasakan perlu mengajak klien membincangkan arah tuju
kehidupannya secara keseluruhannya. Ini termasuk kemana hendak dituju, apa akan jadi
sekiranya klien mengubah tingkah laku. Terapi reality menumpukan perhatian kepada
perubahan timgkah laku secara keseluruhan.

• Penilaian (Evaluation)
Tanpa penilaian, sukar bagi klien untuk berubah. Proses penilaian tingkah laku, perasaan,
fikiran dan fisiologi merupakan komponen tingkah laku keseluruhan klien dan adalah
merupakan tanggungjawab klien.

• Perancangan dan Penglibatan (Planning and Commitment)


Setelah klien pasti apa yang perlu dilakukan untuk berubah, ini bermakna mereka telah
bersedia untuk meneroka apakah tingkah laku yang perlu ada untuk membentuk satu
perancangan. Perancangan yang dibentuk adalah hasil bersama antara kaunselor dan klien.
Apabila perancangan telah dibuat, satu penglibatan untuk menjayakan perancangan
tersebut perlu ada. Kejayaan sesuatu perancangan yang dibuat banyak bergantung kepada
komitmen atau penglibatan klien terhadap perancangan yang telah dibuat.
SUARA

Suara merupakan alat komunikasi, oleh itu melalui nada suara klien kaunselor dapat mengesan
perasaan dan permasalahan klien. Dalam berinteraksi dengan klien adakalanya klien
menyembunyikan sesuatu maklumat penting daripada kaunselor. Kemahiran kaunselor menjejak
atau mengesan maklumat yang penting yang tertinggal dan dengan sengaja sembunyikan oleh
klien, merupakan alat yang penting didalam membantu klien. Kemampuan kaunselor membina
hubungan dengan klien(building rapport) seperti kaunselor menunjukkan minat mendengar apa
yang di tutur oleh klien, pertanyaan yang lembut dan bertanya khabar terhadap klien ia merupakan
satu tarikan kepada klien untuk mendekati kaunselor.

Nada suara membantu dalam memahami kontak dan situasi perkara yang dirundingkan. Dengan
mendengar nada suara, kaunselor dapat memahami klien dengan lebih tepat. Nada suara selalunya
membawa emosi yang terkandung di dalam sesuatu perkataan atau ayat. Contohnya perkataan
‘sayang’ jika disebut dengan nada yang lembut bererti sayang yang sebenar. Tetapi jika ‘sayang’
yang disebut dengan nada yang keras, mungkin bererti marah. Adalah penting bagi kaunselor
mendengar nada suara kerana ia akan memberi peluang kepadanya untuk memahami emosi klien
seperti nada tegang, geram atau marah dan sebagainya.

SENTUHAN
Merupakan satu cara fizikal bagi menunjukkan rasa kasih sayang seseorang kepada orang lain,
Sentuahan yang menunjukkan kemesraan kepada klien seperti memegang tangan, atau menepuk
bahu klien bagi mempersilakan masuk ke bilik kaunseling serta berjabat tangan dengan klien
KEMAHIRAN MEMFOKUS
Memfokus bermakna memberi perspektif terhadap sesuatu yang baru sahaja dinyatakan oleh klien.
Ia membantu klien untuk menumpukan perhatian kepada suatu isu denagn lebih tepat dan jelas
justeru dapat mengelak dari sesuatu kekeliruan serta ketidakpastian. kemahiran ini membantu
ketua kelompok atau pengamal kaunseling mengarah trafik perbincangan mengikut apa yang
diinginkan (bagi mencapai matlamat oleh klien).

Memfokus juga menunjukkan ketua kelompok menyatakan minatnya terhadap isu sedang
diperbincangkan. Kemahiran memfokus membolehkan ketua kelompok menggalakkan melihat
kepada 'pokok' dan bukannya 'ranting' yang melengkapkan pokok berkenaan. Ia juga sering
digunakan apabila klien kerap kali berpindah atau bertukar tajuk yang kemudiannya agak
menganggu pencapaian matlamat sesi. Kebanyakan klien melihat keluar dari dirinya seperti
berbincang tentang orang lain atau situasi yang diluar kawalannya. Dengan menggunakan
kemahiran memfokus, ketua kelompok atau pengamal kaunseling boleh menarik balik perhatain
dan fokus klien kepada "dirinya‟ serta isu yang sedang diperbincangkan.

Kemahiran memfokus boleh dilakukan samada memfokus kepada klien atau memfokus
kepada tema utama isunya.
Contoh :

Kaunselor: "Saudari telah menceritakan tentang keluarga, rakan dan kerjaya. Boleh
saudari beri tumpuan kepada perkara yang benar-benar menekan jiwa
saudari sekarang ini." (Fokus kepada klien)

kaunselor: "Boleh kita berhenti sebentar. Tadi saudara menyatakan bahawa ibu bapa
selalu memihak kepada abang long saudara dan sentiasa mencari salah
saudara. Saya ingin saudara mendalami perasaan saudara mengenai apa
yang baru sekejap saudara perkatakan “. (Fokus kepada klien)
kaunselor: “Banyak perkara sedih telah anda kongsi bersama saya, bagaimana semua
perkara ini mematangkan diri anda...jelaskan kepada saya”. (Fokus isu
klien).

DRAWING OUT
Proses drawing out ialah lawan bagi proses cutting off. Ketua kelompok dengan sengaja akan
bertanya ahli kelompok yang dilihat sebagai agak pasif untuk bercakap. Melalui teknik ini, ketua
kelompok membantu ahli kelompok merasa lebih hampir dengan ahli lain. Antara kebaikan teknik
ini ahli akan menjadi lebih terlibat dan membantu ahli-ahli yang bersifat pasif.

You might also like