You are on page 1of 8

INVENTORI MINAT KERJAYA

1.0 PENGENALAN
Alat ukuran Self-Directed Search (SDS) telah dibina oleh John L. Holland. Alat ukuran ini
mengandungi 192 item yang mempunyai pilihan jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ untuk mengukur minat
kerjaya atau jenis personaliti seseorang. Walaupun alat ukuran SDS mempunyai 192 item
berbanding VPI 160 item, ia hanya mengandungi 6 sub-skala pengukuran iaitu Realistik (R),
Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan conventional (C).

Kebolehpercayaan dan kesahan bagi ujian ini dalam budaya asalnya (Amerika) didapati tinggi.
Holland (1971) telah mengemukakan data yang menunjukkan tiap-tiap skala SDS adalah konsisten
(kadar koefisien daripada Kuder Richardson formula 20 adalah daripada 63 hingga 87 dan
tertumpu pada 70). Penilaian yang berbeza ke atas dimensi yang sama, seperti aktiviti dan
kecekapan dalam jenis realistik menunjukkan korelasi yang positif. O’Conell dan Sedlecek (1972)
melaporkan satu kepercayaan daripada satu ujian yang diulangi semula yang mempunyai kofisien
0.92 bagi jangka waktu tujuh bulan. Sementara kesahan terjemahan dan adaptasi yang diperoleh
(Amla Salleh, 1984) adalah tinggi, iaitu 0.80.

2.0 PENTADBIRAN UJIAN SDS


Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan ujian ini perlu
diselesaikan dalam masa 20-30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa,
lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja, selain itu, segala arahan
yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil
ujian. Dan para responden perlulah menjawab berdasarkan minat mereka dan bukannya mengikut
pandangan orang lain.

3.0 PENGIRAAN SKOR UJIAN SDS


 Menjumlahkan skor mentah sahaja
 Menggunakan kod tiga huruf dan profil, mengikut huruf pangkal jenis personality
 Kod yang diperoleh menunjukkan gabungan personality.
 Pola gabungan menunjukkan keteguhan personaliti
4.0 KEGUNAAN UJIAN
 Untuk memilih pekerjaan
 Untuk tujuan penerokaan diri dan kerjaya
 Untuk membuat perancangan pendidikan dan kerjaya
 Untuk memperoleh maklumat kerjaya

5.0 PENTAFSIRAN PROFIL UJIAN SDS


Ujian SDS ini adalah berdasarkan Teori Tepologi Holland (John L. Holland). Menurut Holland
terdapat 6 jenis personaliti iaitu REALISTIK (R) ,INVESTIGATIF (I), ARTISTIK (A), SOSIAL
(S), ENTERPRISING (E) DAN COVENSIONAL (C).

Dan terdapat 6 jenis persekitaran iaitu REALISTIK (R) ,INVESTIGATIF (I), ARTISTIK (A),
SOSIAL (S), ENTERPRISING (E) DAN COVENSIONAL (C).

Menurut Holland lagi, individu akan mencari persekitaran yang akan membenarkan ekspresi diri.
Dan tingkah laku individu iaitu Motivasi, Pencapaian,Kepuasan, Produktiviti dan Stabiliti adalah
bergantung kepada darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran.

Realistik ® Investigatif (I)

Conventional © Artistik (A)

Enterprising( E) Sosial (S)


5.1 Jenis Personaliti Realistik

Jenis personaliti Realistik ini adalah jenis individu yang mempunyai kemahiran etletik dan
mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan dan binatang. Lebih suka
bekerja di luar bangunan daripada di dalam bangunan.
Contoh pekerjaan Realistik ialah : Jurutera awam, jurutera keratapi, jurutera automotif, jurutera
elektrik, operator mesin, mekanik kapal terbang, mekanik kereta, jurutera elektronik, ahli ilmu
perkebunan dan tukang kayu.

Antara ciri-ciri individu yang Realistik ialah :


 Tidak sosial  Materialistik
 Suka menyendiri  Akur
 Natural  Tidak fleksibel
 Jujur  Normal
 Berhemat  Tulin
 Keras hati  Tiada/kurang celik akal
 Keras kepala  Praktikal
 Tidak melibatkan diri

5,2 Jenis Personaliti Investigatif


Jenis Personaliti Investigatif adalah jenis individu yang suka membuat poemerhatian, mempelajari
sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui
penyelidikan. Indivudu jenis ini juga mempunyai kemahiran saintifik dan matematik yang tinggi
dan meminati kerjaya yang bercorak teknikal.
Contoh pekerjayaan Investigatif ialah : doktor perubatan, doktor gigi, ahli kaji cuaca, ahli biologi,
ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli kaji bumi, penyelidik sains
dan antropologis.

Antara ciri-ciri individu yang Investigatif ialah :


 Analitik  Tidak popular
 Rasional  Bebas
 Intelektual  Berhati-hati
 Kritikal  Menyisihkan diri
 Pendiam  Introspektif
 Pesimistik  Kompleks
 Ingin tahu  Rendah hati

5.3 Jenis Personaliti Artistik


Jenis Personaliti Artistik ini merupakan individu yang mempunyai kemahiran artistik dan inovatif.
Mereka mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang
berstruktur. Mereka juga tidak selesa dengan kerja yang berstruktur tinggi, rutin atau berulang-
ulang. Dalam kebanyak hal, mereka selalunya menggunakan imaginasi dan kreativiti.

Contoh pekerjaan artistik ialah : penyair, penyajak, pemimpin orchestra, penyanyi konsert,
pengubah lagu, pengarang, pelukis perdagangan, pelukis potret, wartawan, pelukis kartun, juruhias
dalaman, penghias rumah dan arkitek.

5.4 Jenis Personaliti Sosial


Jenis personaliti sosial adalah jenis individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.
Mereka berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang , mengubati serta
membuat kebajikan kepada orang lain. Mereka mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata
serta mahir dalam berkomunikkasi dengan orang lain. Matlamat utama mereka ialah membuat
kebajikan.
Contoh pekerjaan jenis personaliti social ini ialah, : ahli sosiologi, guru, pengetua sekolah,
pegawai perhubungan awam, pengarah kem belia, pengarah agensi kebajikan, kaunselor kerjaya
dan kaunselor peribadi.
Antara ciri-ciri Personaliti Sosial ialah:
 Berpengaruh  Suka menolong
 Bertanggungjawab  Bekerjasama
 Idealistik  Sosial
 Sabar  Empati
 Bijaksana  Peramah
 Baik hati  Memahami
 Pemurah  Pemujuk
 Mesra

5.5 Jenis Personaliti Enterprising

Jenis personaliti enterprising adalah jenis individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan
manusia. Mereka mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan
menguruskan individu lain. Matlalmat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi
dan keuntungan ekonomi.
Antara ciri-ciri Personaliti Enterprising Ialah:
 Sukakan pencapaian  Bertenaga
 Suka menggoda  Suka mengembara
 Suka menunjuk  Optimistik
 Mudah bersetuju  Mengembirakan
 Yakin diri  Bercita-cita tinggi
 Berusaha  Sosial
 Angkuh
 Suka bercakap  Ekstrovert
5.6 Jenis Personaliti Conventional
Jenis personaliti conventional ialah jenis individu yang suka bekerja dengan data dan nombor.
Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kemahiran dan
kebolehan dalam menggunakan nombor. Mereka selalunya melakukan sesuatu perkara dengan
terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.
Contoh pekerjaan yang sesuai bagi mereka ialah : setiausaha syarikat, penyimpan kira-kira, guru
perdagangan, guru perakaunan, akauntan, kerani bank, pakar cukai, kerani gaji, operator komputer,
penilai harta, jurujual insuran dan kerani insuran.
Antara ciri-ciri jenis personality Conventional ialah:
 Berhati-hati
 Memendam rasa
 Teliti
 Sopan santun
 Menurut perintah
 Cekap
 Tidak imaginative
 Sukar dilentur
 Akur
 Praktikal
 Mengikut arahan
 Defensive
 Cermat
RUJUKAN
Professor Madya Dr. Sidek Mohd Noah “Pentadbiran dan Pentafsiran Alat Ukur SDS
Amla Haji Mohd Salleh (2012). Penilaian Dalam Kaunseling Untuk Kaunselor dan
professional pembantu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

You might also like