You are on page 1of 17

KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

(Multiculturalism in Organization)
(DCE3418)

UNIT 4- 8

Assoc. Prof. Dr. Azizan Asmuni

Department of Professional Development & Continuing Education


(JPPPL)
Faculty of Educational Studies,

Tel: office: 03-89471194 hp:019-2196581


azizanas@gmail.com
azizanas@upm.edu.my
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM

KANDUNGAN

UNIT 4 CIRI-CIRI MASYARAKAT KOLEKTIVISME DAN MASYARAKAT


INDIVIDUALISME
UNIT 5 DEFINASI DAN KEPENTINGAN BUDAYA ORGANISASI
UNIT 6 KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN PENGARUH BUDAYA
UNIT 7 DIMENSI ANGGAPAN DASAR DAN NILAI DALAM KEPELBAGAIAN
UNIT 8 AMALAN PENGURUSAN ORGANISASI DI MALAYSIA

ii
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM

UNIT 4 CIRI-CIRI MASYARAKAT KOLEKTIVISME DAN MASYARAKAT


INDIVIDUALISME

Objektif:
Pelajar dapat:
1. mengenalpasti dan membezakan persamaan dan perbezaan masyarakat
Kolektivisme dan masyarakat Individualisme.
2. Menghuraikan ciri-ciri Masyarakat Kolektivisme dan masyarakat
Individualisme.

Isi Penting:

Bagi memahami sesuatu budaya dengan lebih jelas, kita perlu mengkaji
anggapan dasar dan nilai yang mereka percaya dan pegangi. Anggapan
dasar selalunya tidak jelas dan tidak boleh nampak tetapi dimensi inilah yang
menjadi asas kepada cara mereka melihat, berfikir, merasa dan bertindak.
Pemahaman yang baik terhadap dimensi anggapan dasar kita sendiri dan
juga yang lain boleh membantu kita meningkatkan kemahiran kepelbagaian
budaya di mana kita boleh mengenalpasti persamaan dan perbezaan budaya.
Pertembungan konflik boleh berlaku sekiranya sesorang tidak memahami
anggapan dasar masing-masing.
Oleh itu, berasaskan kepada dimensi anggapan dasar, masyarakat dunia
boleh dibahagikan dengan ketara kepada dua kategori klasifikasi iaitu
Masyarakat Kolektivisme dan Masyarakat Individualisme

a) Masyarakat Kolektivisme
- Masyarakat Kolektivisme adalah sepeti masyarakat Malaysia, India,
China, Jepun dan Asia amnya
- Masyarakat Kolektivisme mempunyai ikatan sosial yang kuat di mana
individu mengharap orang lain dalam kumpulan mereka untuk menjaga
dan melindungi mereka seperti dalam sebuah keluarga.
- Seseorang individu itu sama ada tergolong dalam satu atau lebih
kumpulan yang terdekat di mana kumpulan itu dicipta dan berdasarkan
aktiviti-aktiviti yang seterusnya (Hofstede,1983).
- Penglibatan individu dalam kumpulan/masyarakat adalah lebih mesra

iii
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM

- Matlamat kumpulan lebih dipentingkan atau diutamakan berbanding


matlamat individu
- Mereka mempercayai arahan dari dalam kumpulan.
- Identiti mereka berpandukan kepada sistem sosial masing-masing
- Kebebasan perasaan hanya berlaku dalam konteks kumpulan atau
masyarakat.
- Kumpulan yang akan membekalkan kemahiran, arahan, tanggungjawab
dan keselamatan kepada ahli bukannya individu masing-masing.

b) Masyarakat Individualisme
- Masyarakat Individualisme adalah seperti masayarakat Barat/Anglo-
Saxons seperti Amerika, Australia, England dan Kanada)
- Masyarakat lebih suka bertindak sebagai individu daripada sebagai secara
berkumpulan. Masyarakat tidak disandarkan untuk menjaga dan
melindungi individu
- individu akan lebih menjaga kepentingan diri sendiri terlebih dahulu serta
keinginan anggota keluarga mereka yang terdekat
- menjaga kepentingan diri sendiri serta lebih ingin mencapai matlamat
sendiri daripada matlamat kumpulan.
- Setiap individu mempunyai hak keatas kehidupan persendirian dan
mengambil berat tentang diri sendiri serta mempunya arah tuju yang
tersendiri, tidak dikawal oleh ahli kumpulan masyarakat.
- Individu mempunyai kebebasan perasaan untuk berusaha sendirian,
mengutamakan hak persendirian, autonomi dan keputusan sendiri.

c) Ciri-ciri Masyarakat Kolektivisme dan masyarakat Individualisme.

- Ciri-ciri Masyarakat Kolektivisme dan masyarakat Individualisme akan


dihuraikan berdasarkan kepada lapan perkara dalam dimensi anggapan
tersirat seperti diterangkan dalam Unit 3.
- Lapan perkara tersebut ialah Harmoni/Kawalan, Hubungan/Tugas,
Hierarki/Samarata, Malu/Rasa Bersalah, Komunikasi berkonteks
tinggi/Komunikasi berkonteks rendah, Masa berorientasi polikronik/Masa
berorientasi monokronik, Kami&Kita/Saya, dan Keugamaan/Sekular.
- Berikut adalah ciri-ciri masyarakat Kolektivisme:-
1. Harmoni adalah lebih penting daripada kawalan
2. Pentingkan berorientasi hubungan daripada berorientasi tugas
3. Pentingkan konsep hierarki daripada samarata.

iv
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM

4. Pengaruh malu melebihi dari rasa bersalah


5. Komunikasi berdasarkan kepada konteks yang tinggi
6. Penekanan kepada masa polikronik daripada masa monokronik
7. Pentingkan semangat kekitaan (kita & kami) (kolektivisme) berbanding
saya (diri sendiri)
8. Keagamaan lebih penting dari sekular

Seperti diketahui dimensi anggapan dasar akan membentuk nilai yang akan
dipegang dan seterusnya memacu mengenai ritual yang akan diamalkan,
simbol yang digunakan dan wira yang akan disanjung.
Oleh itu, untuk menghuraikan siri-ciri kedua-dua masyarakat, berikut
diterangkan bangaimana kelapan perkara tersebut dapat menentukan
anggapan dasar dan seterusnya nilai-nilai yang berkaitan dengan anggapan
dasar tersebut.

v
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM

UNIT 5 DEFINASI DAN KEPENTINGAN BUDAYA ORGANISASI

Objektif: Pelajar dapat menjelaskan makna budaya organisasi dan


dimensi budaya

Isi Penting:

a) Definasi budaya organisasi

Beberapa definasi budaya organisasi telah diberikan oleh beberapa pakar


pembangunan sumber manusia.
Schein (1997) mendefinasikan budaya organisasi merupakan andaian dan
kepercayaan asas yang dikongsi oleh ahli dalam organisasi. Ia merupakan satu set
corak andaian asas yang direkacipta, ditemui dan dibangunkan oleh sesebuah
organisasi semasa menghadapi masalah pengubahsuaian luaran dan pengintegrasi
atau adaptasi dalaman.
Hofstede (2005) mendefinasikan budaya organisasi sebagai satu pemprograman
minda secara kolektif (keseluruhan pola pemfikiran, perasaan dan
tindakan/perbuatan) yang membezakan antara ahli dalam sesebuah organisasi
dengan organisasi yang lain. Hofstede telah mengenalpasti empat dimensi iaitu
Jarak Kekuasaan, Pengelakan Keadaan Yang Tidak Menentu, Individualisme dan
Kolektivisme, dan Kejantanan dan Kewanitaan.
Asma (2006) pula mendefinasikan budaya organisasi sebagai penyataan suatu set
anggapan dasar/asas dan nilai yang berakar umbi yang dicipta, ditemui ataupun
dibangunkan oleh sesuatu kumpulan dalam mempelajari bagaimana untuk
menangani dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Definasi budaya organisasi oleh Asma (2006) inilah yang digunakan dalam modul ini
untuk menerangkan dan membuat penialain terhadapa pengaruh kepelbagaian
buadaya dalam organisasi.
Setiap organisasi mempunyai nilai, kepercayaan, norma, dan tradisi yang tersendiri
dibentuk sejak penubuhannya. Semua pemegang taruh organisasi termasuk
pengasas, pengurus, ketua dan pemegang saham telah menenerima baik budaya
organisasi tersebut. Mereka semua membawa budaya masyarakat masing-masing
untuk membentuk budaya organisasi.

vi
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM

Oleh itu, budaya organisasi yang dibentuk adalah berasaskan kepada budaya
masyarakat masing-masing. Ini bermakna lima dimensi budaya masyarakat (simbol,
ritual/amalan, wira, nilai dan anggapan dasar) juga di dapati dalam budaya
organisasi.
Dimensi nilai dalam organisasi adalah penting sebagai panduan utama dalam
mempengaruhi perilaku pekerja dan kaedah mereka menjalankan kerja. Andaian
dasar dan nilai menjadi panduan untuk membentuk struktur organisasi, sistem
pentadbiran, etika kerja, budaya kerja, tindakan, dasar, prosedur dan sebagainya
yang diamalkan setiap masa. Semua pekerja akan belajar untuk menghayati dan
mengamalkan budaya organisasi berkenaan.

b) Dimensi budaya organisasi

Budaya organisasi terdiri dari lima dimensi iaitu simbol, ritual/amalan, wira, nilai dan
anggapan dasar seperti dimensi budaya dalam masyarakat (Asma, 2006).

- Anggapan Dasar

Setiap organisasi mempunyai elemen-elemen dimensi anggapan dasar yang


akan menentukan nilai dan amalan pengurusan yang dijalankan bersama
oleh semua pekerja.
Anggapan dasar dalam organisasi terdiri dari environmen luaran organisasi
termasuk harapan oleh semua pemegang taruh terhadap kepentingan
wujudnya sesebuah organisasi. Visi dan misi organisasi serta kecekapan
asas tenaga pekerja juga merupakan anggapan dasar organisasi.

- NILAI

Nilai yang terdapat di organisasi adalah dibentuk berasaskan kepada


anggapan asas organisasi tersebut. Nilai ini menjadi panduan atau piawaian
supaya perkerja patuh dan dapat menjalankan kerja selaras dengan visi dan
misi organisasi. Nilai akan membentuk ritual/amalan pengurusan dalam
organisasi.

vii
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM

Nilai dalam organisasi boleh wujud dalam bentuk bertulis atau pun tidak di
mana semua pekerja sedar dan faham akan kewujudannya.

Contoh nilai:
- Bekerja kuat, jujur, semangat berpasukan, ketetapan masa
- Tonggak Dua Belas Kakitangan Awam
1. Menghargai Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
3. Keseronokan Bekerja
4. Kemulian Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
7. Pengaruh Teladan
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9. Kebijaksanaan Berhemat
10. Keutamaan Kesabaran
11. Peningkatan Bakat
12. Nikmat Mencipta

- RITUAL/AMALAN

Ritual ialah aktiviti yang berlaku dalam organisasi pada setiap hari secara
tersusun dan telah diatur. Ritual juga merujuk kepada segala aktiviti atau
amalan yang sudah menjadi kebiasaan.
Ritual bertindak sebagai standard kesopanan yang perlu dipatuhi dan
diamalkan dalam organisasi. Segala ritual yang dibentuk dengan tersusun
dan sistematik akan dapat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan
pencapaian objektif organisasi.
Setiap pekerja perlu mengetahui dan menghayati segala ritual yang
diamalkan dalam organisasi supaya dapat memainkan peranan lebih
berkesan.

Contoh ritual: pengambilan kakitangan, latihan, komunikasi, mesyuarat,


hubungan email, pengurusan konflik, kaunseling, motivasi.

viii
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM

- WIRA

Wira merupakan role model (model peranan) kepada sesuatu organisasi yang
merupakan simbol ‘hidup’ mengenai tingkah laku yang dapat diterima oleh
pekerja dan untuk diikuti. Wira melambangkan nilai yang ada pada sesuatu
organisasi dimana meraka akan mewujudkan dan membentuk nilai organisasi.
Pada kebiasaannya, pengerusi, pengurus, pentadbir, atau penyelia merupakan
wira kepada organisasi dan juga pemimpin kepada organisasi. Wira
melambangkan kekuatan organisasi berdasarkan pencapaian mereka dalam
aktiviti kerja. Kelakuan dan tingkah laku wira amatlah penting yang akan menjadi
ikutan kepada pekerja.

Contoh wira: Penagarah Urusan, Pengerusi, Ketua Pengarah, Pengarah, dan


Ketua Unit.

- SIMBOL

Simbol ialah sesuatu yang boleh kita lihat dan dengar seperti benda fizikal,
artifaks, objek, pergerakan, pakaian, peralatan, logo, slogan. Simbol dapat
membangkitkan semangat dan motivasi untuk pekerja menjalakan tugas masing-
masing seperti pakaian seragam dapat meningkatakan semangat kekitaan
selain membantu pekerja mendapatkan pakaian percuma.

Contoh:
Piagam pelanggan, logo syarikat, susunan pejabat, gambar pekerja
cemerlang.

ix
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM

UNIT 6 KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN PENGARUH BUDAYA

Objektif:
Pelajar dapat: Mengenalpasti organisasi pelbagai budaya (intra, inter dan silang
budaya)

Isi Penting:

a) Jenis organisasi pelbagai budaya (intra, inter dan silang budaya)

Organisasi Malaysia amat dipengaruhi oleh masyarakat yang terdiri daripada


pelbagai kaum pelbagai etnik termasuk Melayu, China, India, Iban,
Kadazandusun dan sebagainya. Keadaan ini membuatkan organisasi
mempunyai pekerja dari pelbagai etnik.
Memahami dimensi budaya bagi setiap etnik amat penting untuk meningkatkan
pembangunan sumber manusia dengan lebih cekap dan mampan.
Persamaan dan perbezaan dalam anggapan dasar dan nilai serta amalan
pengurusan pekerja yang terdiri pelbagai etnik perlu diteliti supaya strategi yang
berkesan dapat diadakan untuk menangani kepelbagaian budaya ini.
Semua individu pekerja samada di peringkat atasan atau bawahan, akan
membawa budaya masyarakat masing-masing ke organisasi. Istilah ini
dinamakan Bagasi Budaya (cultural baggage).

Bagasi Budaya (cultural baggage).


Bagasi budaya ialah kecenderungan bagi seseorang untuk membawa nilai dan
amalan budaya masyarakat masing-masing ke tempat kerja. Pekerja akan
membawa bersama budaya masyarakat mereka kepada organisasi.
Kecenderungan ini meresapi pemikiran, pertuturan dan tingkah laku tanpa
individu berkenaan menyedari akan penyerapan tersebut.
Kecenderungan ini menjadi faktor penting apabila seseorang dari satu budaya
menemui seseorang dari budaya yang lain. Konflik boleh berlaku apabila terjadi
pertembungan budaya yang berbeza termasuk salah faham, tidak mengetahui
rasional sesuatu amalan atau simbol yang digunakan.

x
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM

Contoh:
1. Pengurus Melayu akan membawa budaya Melayu apabila mengurus
syarikat yang dimilkinya.
2. Pekerja Jawa akan membawa budaya jawa apabila bekerja di syarikat
yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
3. Pengarah etnik China akan meletakan simbol naga ditempat kerja.
4. Pengurus dari Jepun (contoh,Sony Corporation) akan membawa
membawa nilai-nilai budaya Jepun dalam bentuk sistem, prosedur dan
sebagainya (seperti 5S, Genba, kebersihan, patuh) apabila bekerja di
Malaysia

Organisasi pelbagai budaya di Malaysia boleh dikategorikan kepada tiga jenis


iaitu intra, inter dan silang budaya. Ketua atau pemimpin organisasi perlu
mewujudkan budaya kerja yang berdasarkan kepada suatu set nilai dan ritual
yang dapat diterima bersama dan akan terus berkembang dalam persekitraan
pelbagai budaya.,

Berikut adalah keterangan menganai setiap jenis pelbagai organisasi:


.
Organisasi Intra Budaya

Organisasi Intra Budaya adalah organisasi yang mempunyai pekerja hanya satu
etnik samada Melayu atau China atau India atau Iban atau Kadazandusun. Di
dalam organisasi ini nilai dan ritual/amalan amatlah jelas difahami oleh pekerja
oleh kerana terdiri dari satu etnik sahaja.
Suasana tempat kerja adalah suka berjenaka, hubungan erat, sopan
santun,tenang, semangat kekitaan, ramah mesra, kesederhanan, tidak secara
terus (berliku)
Sebagai contoh:
- Jabatan Agama Islam Kelantan (nilai dan amalan Melayu)
- Persatuan Penanam Sayur China (nilai dan amalan China)
- Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (nilai dan amalan India)

Organisasi Inter Budaya

xi
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM

Organisasi Inter Budaya ialah adalah organisasi yang mempunyai pekerja


terdiri dari dua atau lebih etnik Malaysia samada Melayu dengan China, atau
Melayu, China dan India, atau Melayu dengan China atau Iban. Kesefahaman
tentang dimensi budaya masing-masing amatlah perlu. Komunikasi perlu diterima
oleh kesemua pekerja dari pelbagai etnik. Code switching merupakan strategi yang
selalu diamalkan dalam kalangan pelbagai etnik.
Suasana tempat kerja adalah membina hubungan baik, Code switching ,
persamaan, berkongsi pengalaman, toleransi, hormat ketua, more (majlis makan).
Sebagai contoh:
- TNB (nilai dan amalan pelbagai etnik Malaysia)
- Sekolah (nilai dan amalan pelbagai etnik Mal`aysia)
- Persatuan Badminton Malaysia (nilai dan amalan pelbagai etnik Malaysia)

Organisasi Silang Budaya (Cross-Cultural).

Organisasi Silang Budaya ialah adalah organisasi yang mempunyai pekerja


terdiri dari etnik Malaysia dengan etnik luar negara. Budaya organisasi terdedah
kepada budaya masyarakat luar negara yang boleh jadi bersesuaaian atau pun
berbeza dengan budaya Malaysia. Perbezaan persepsi boleh berlaku yang
menyebabkan ketegangan atau konflik antara pekerja.
Suasana tempat kerja adalah ketepatan masa, Kepentingan Bahasa Inggeris,
kejelasan, terus terang, tidak formal dan objektiviti.
Sebagai contoh:
- Sony Malaysia (nilai dan amalan Jepun dan Malaysia)
- Shell Malaysia ((nilai dan amalan Eropah dan Malaysia)
- TECH MAHENDRA ((nilai dan amalan India dan Malaysia)

xii
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM

UNIT 7 DIMENSI ANGGAPAN DASAR DAN NILAI DALAM KEPELBAGAIAN


BUDAYA ORGANISASI

Objektif:
Pelajar dapat: Menghuraikan dimensi anggapan dasar dan nilai dalam organisasi
pelbagai budaya Malaysia.

Isi Penting:

Bagi memahami budaya organisasi Malaysia dengan lebih jelas, kita perlu mengkaji
anggapan dasar dan nilai yang organisasi percaya dan pegangi. Anggapan dasar
selalunya tidak jelas dan tidak boleh nampak tetapi dimensi inilah yang menjadi asas
kepada cara mereka melihat, berfikir, merasa dan bertindak.
Pemahaman terhadap dimensi anggapan dasar organisasi dan nilai boleh
membantu kita meningkatkan kemahiran kepelbagaian budaya di mana kita boleh
mempertingkatkan produktivitii organisasi dengan kurangnya salah faham dan
pertembungan konflik.
Oleh itu, berasaskan kepada lapan ciri-ciri Masyarakat Malaysia (Kolektivisme),
maka dimensi anggapan dasar dan nilai akan diterangkan bersama dengan
pengaruhnya kepada organisasi. Berikut adalah keterangan terperinci:
1. Harmoni adalah lebih penting daripada kawalan
Nilai:
- Status quo/suka keadaan sedia ada
- Luwes/Fleksibel
- Mengelak Konflik
- Kerjasama
- Ketenteraman

2. Pentingkan berorientasi hubungan daripada berorientasi tugas


Nilai: Peribadi, Toleransi, Kemesraan , Berkompromi

3. Pentingkan konsep hierarki daripada sama rata.


Nilai: Menghormati orang tua, Status dan Kuasa, Protokol dan keraian,
Sopan santun
4. Pengaruh malu melebihi dari rasa bersalah
Nilai: menjaga maruah/air muka, malu, akuntabiliti kumpulan

5. Komunikasi berdasarkan kepada konteks yang tinggi

xiii
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM

Nilai: Hubungan tidak terus (indirect) , tidak spesifik, membuang masa,


persetujuan secara kolektif

6. Penekanan kepada masa polikronik daripada masa monokronik


Nilai: Multitasking, fleksibel,

7. Pentingkan semangat kekitaan (kita & kami) (kolektivisme) berbanding


saya (diri sendiri)
Nilai: Perihatin terhadap kesejahteraan orang lain, salain
kebergantungan, patuh dan taat, sanggup berkorban

8. Keagamaan lebih penting dari sekular


Nilai: Keagamaan, kerja sebagai satu ibadah

xiv
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM

UNIT 8 AMALAN PENGURUSAN ORGANISASI DI MALAYSIA


Objektif:
Pelajar dapat:
1. mengenalpasti dan menganalisa amalan pengurusan dalam organisasi di
Malaysia

Isi Penting:

Setiap organisasi mempunyai nilai, kepercayaan, norma, dan tradisi yang tersendiri
dibentuk sejak penubuhannya. Pemimpin dalam organisasi seperti pengurus, ketua
bahagian pembangunan sumber manusia, pentadbir dan pengarah perlu memainkan
peranan sebagai penggalak atau pemankin untuk menggalakkan suasana tempat
kerja yang kondusif di mana pekerja boleh memberi sumbangan terbaik dalam
setiap amalan pengurusan.
Amalan pengurusan yang biasa diamalkan dan amat dipenagruhi oleh pelbagai
budaya adalah seperti komunikasi, memimpin, memberi motivasi, membuat
keputusan, pengambilan pekerja baharu, bimbingan kaunseling, pengagihan kerja,
pengurusan konflik, membina kumpulan kerja, pengurusan mesyuarat, pengurusan
perubahan, latihan, penilaian prestasi dan sebagainya.

Secara amnya segala amalan pengurusan organisasi perkara berikut amatlah


dititikberatkan ia itu Jaga Maruah (Preserving Face), Budi Bahasa
(Language of Character), Mesyuwarah dan Gotong Royong (Consensus-seeking
and Cooperation),Tolong Satu Sama Lain (To Help One Another) dan Sistem Kawan
(Member System).

Berikut diterangkan beberapa amalan pengurusan yang penting di organisasi di


Malaysia.

1) Komunikasi
Komunikasi amatlah bergantung kepada tata susila kesopanan samada dalam
bentuk lisan dan bukan lisan (non-verbal). Di dalam lisan, penggunan kata–kata
hormat dan kata-kata yang berlapik/tidak terus seperti peribahasa dan pantun
adalah perlu dititikberatkan. Manakala dalam bukan lisan, gaya isyarat yang tidak

xv
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM

menonjol, terkawal, intonasi yang betul, dan pergerakan yang perlahan dan lembut
adalah sesuai.
Di dalam berkomunikasi dengan pekerja dalam organisasi, nilai berikut amatlah
penting aitu:
a) Sopan santun- cakap lemah lembut dan berbudi bahasa, cuba fahami apa
niat atau tujuan bagi komunikasi bukan lisan.
b) Menjaga maruah – guna komunikasi tidak langsung dalam memberi
maklumbalas negatif, guna orang ketiga, elakkan perbalahan terbuka.
c) Kerjasama – gunakan kata ganti nama mengikut pangkat atau orang lebih
tua/senior, elak komen secara terbuka, tundukan sedikit kepala bila berbicara.

Contoh perkaitan dimensi budaya mengenai komunikasi:


• simbol: Bahasa Melayu (Bahasa Melayu dan lain-lain), mimik muka (non
verbal), menunjuk dengan ibu jari.
• ritual: Berdiam diri/tidak menjawab sekiranya jawapannya tidak atas sesuatu
perminta.
• wira - Ibu bapa, Pengurus, Perdana Menteri
• nilai: Sopan santun, berbudi bahasa, hormati orang tua, Halus
• Aggapan dasar: Gaya komunikasi –hierachy

2) Kepiminan
Pemimpin pada dasarnya bergantung kepada status yang diberikan dan juga
dari keluarga mana dia dilahirkan. Pemimpian yang dihormati terutamanya
dalam budaya Melayu sekiranya Individu berasal dari status sosial yang
tinggi, datang dari keluarga bangsawan, faham adat dan resam, mempunyai
kepribadian yang tinggi serta dikagumi oleh pengikutnya.
Ciri-ciri kepimpinan yang dikagumi termasuk lah Yang mulia, Berbudi bahasa,
Baik tutur bahasa, Murah hati, Berusaha, Tajam pemikiran, gigih, rendah diri,
perihatin dan warak alim. Contoh kata–kata tentang kepimpinanadalah seperti
ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya, Cakap mestilah serupa bikin
(you have to "walk your talk").
.Pengurus dalam organisasi perlu memainkan peranan sebagai wira atau
model peranan untuk menyampaikan tindakan dengan kata-kata yang wajar.
Mereka perlu mengaitkan bukan sahaja bidang kuasa atau pangkat yang
mereka tetapi juga keperibadian yang baik.

xvi
DCE3418- KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI PJJ,UPMET/ UPM

Di dalam kepimpinan dengan pekerja dalam organisasi, nilai berikut amatlah penting
aitu:
a) Menjaga maruah – Sopan santun- cakap lemah lembut dan berbudi bahasa,
elak komen di kalayak ramai
b) Mendidik – tunjukan keperihatinn kepada pekerja dan keluarga mereka, didik
pekerja seperti ibu bapa, benarkan pengikut memberi idea dengan bimbingan
pegawai senior
c) Rendah diri – ikhlas dalam pertuturan dan perbuatan, dengan pandangan
pengikut, mohon maaf sekiaranya tersilap
d) Semangat berkumpulan – benarkan rakan membantu ketika sibuk, ambil
berat keluarga dan kawan-kawan pengikut.
e) Hubungan yang erat – bina kemahiran berkomunkiasi secara harmoni dalam
kumpulan, sopan santun bila bercakap lemah lembut dan berbudi bahasa

3) Motivasi
Motivasi pekerja adalah didorong oleh hubungan mereka dengan kumpulan,
keluarga dan individu. Mereka akan bertindak balas lebih baik jika mereka
dapat melihat manfaat bukan sahaja kepada organisasi tetapi juga kepada
keluarga, masyarakat, Negara dan ugama.
Di dalam memberi motivasi dengan pekerja dalam organisasi, nilai berikut amatlah
penting aitu:
a) Menjaga maruah – sopan santun, cakap lemah lembut dan berbudi bahasa,
b) Semangat berkumpulan
c) Ganjaran yang konkrit dan boleh nampak sebagai simbol kejayaan seperti
tambang menunaikan umrah, kereta, tanah
d) Hubungan yang erat
e) Kepentingan pengaruh rakat sepejabat dan pengikut

xvii

You might also like