You are on page 1of 8

2.7.1 UJIAN MINAT KERJAYA.

Dalam melakukan penyelidikan ini, penyelidik menggunakan alat ukuran Vocational


Preference Inventory (VPI) yang dibentuk oleh John L.Holland. alat ujian ini
mengandungi sebanyak 160 senarai nama pekerjaan untuk mengukur minat
vokasional dan jenis personaliti seseorang.

Alat ini dibina berasaskan teori Holland yang mengandaikan bahawa individu
boleh dikumpulkan kepada enam jenis berdasarkan personalitinya. Setiap jenis
personaliti memperlihatkan minat dan kecekapan kerja yang tertentu.

Alat ukuran VPI mengandungi dua skala iaitu skala primer dan skala sekunder.
Keenam-enam jenis personaliti dan bidang minat kerjaya yang diukur oleh skala
primer ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E),
dan Conventional (C). sementara itu, lima pemboleh ubah yang diukur oleh skala
sekunder ialah Kawalan-Diri atau Self-Control (SC), Maskuliniti-Feminiti (MF),
Status (ST), Infrequency (INF) dan Acqueiscence (AC). Kesemua pemboleh ubah
tersebut dan enam jenis personaliti ini merupakan 11 subskala dalam inventori ini.

Skor yang tinggi pada mana-mana subskala menunjukkan bidang-bidang


utama yang diminati sementara skor yang rendah bagi subskala lain pula
menunjukkan bahawa personaliti seseorang itu tidak selaras dengan bidang minat
dan personaliti yang diwakili oleh subskala tersebut (Holland 1969).

Ward dan Walsh (1981) juga telah menguji kesahan serentak alat ukuran VPI
dengan menjalankan kajian ke atas 102 wanita berkulit hitam yang bekerja di dalam
keenam-enam bidang pekerjaan yang telah ditetapkan. Hasilnya didapati bahawa VPI
mempunyai kesahan serentak yang tinggi.

2.7.2 ALAT UKURAN MINAT KERJAYA VOCASIONAL PREFERENCE


INVENTORY (VPI)

Ujian minat adalah ukuran yang dapat mengenal pasti minat anda terhadap sesuatu
bidang pekerjaan. Alat ukuran VPI adalah alat ukuran yang mempunyai format
jawapan Ya dan Tidak. Alat ukuran VPI mempunyai 160 item dan umumnya
mempunyai dua skala iaitu skala Primer dan Skala Sekunder. Skala Primer
mempunyai enam subskala iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S),
Enterprising (E) dan Conventional (C). sementara Skala Sekunder pula mempunyai
lima subskala iaitu Kawalan-Diri (SC), Maskuliniti-Feminiti (MF), Status (ST),
Infrequency (INF) dan Acquiescense (AC).

2.8 TEORI KERJAYA HOLLAND

Teori kedua yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Holland yang merupakan
salah satu teori kerjaya yang penting. Fokus teori Holland tertumpu kepada dua
faktor, iaitu faktor personaliti dan faktor persekitaran. Dalam membincangkan
mengenai tret personaliti dan model persekitaran,

Holland (1973; 1985) telah mengemukakan empat andaian asas yang menjadi
teras dan tunjang kepada pembentukan teorinya iaitu:

Yang pertama, dalam budaya Amerika, kebanyakan individu boleh


dikategorikan kepada satu daripada enam jenis personaliti iaitu Realistik (R),
Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Conventional (C).
menurut Holland, setiap jenis personality ini adalah terbentuk hasil daripada interaksi
antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya,
pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal. Hasil
daripada interaksi antara individu dengan faktor-faktor ini seseorang individu itu
dikatakan akan menyukai aktiviti-aktiviti yang lain.

Seterusnya, aktiviti-aktivit ini akan semakin diminati dan minat ini akan
mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan yang tertentu. Akhirnya minat
dan kecekapan individu tersebut akan membentuk suatu sifat tertentu individu yang
mengarahnya untu berfikir, membuat tanggapan dan bertingkah laku dengan cara
yang tertentu.

Asas yang kedua, terdapat enam jenis persekitaran iaitu Realistik (R),
Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Conventional (C).
menurut Holland, setiap persekitaran ini akan didominasikan oleh personaliti tertentu
dan setiap persekitaran ini akan dikategorikan oleh kedudukan fizikal yang
menghasilkan masalah-masalah dan peluang-peluang tertentu.
Misalnya, persekitaran Realistik akan didominasikan oleh Individu jenis
Realistik, iaitu sebahagian besar peratusan populasi yang tinggal dalam persekitaran
Realistik adalah menyerupai jenis Realistik. Manakala persekitaran Conventional pula
akan dikuasai oleh individu jenis Conventional.

Asas yang ketiga pula Holland menyataka bahawa individu akan mencari
persekitaran-persekitaran yang membenarkan mereka peluang mengamalkan
kemahiran-kemahiran dan kemampuannya, melahirkan sikap dan nilai-nilai dirinya
dan mengambil segala permasalahan dan peranan yang dipersetujui yang wujud dalam
persekitaran tersebut. Sebagai contoh individu yang bersifat Realistik aka mencari
persekitaran yang Realistik, sementara individu yang bersifat Sosial akan mencari
persekitaran berbentuk Sosial sesuai dengan jenis diri masing-masing.

Manakala asas yang terakhir ialah Holland menyatakan bahawa tingkah laku
individu adalah ditentukan oleh interaksi antara personaliti da persekitaran. Sekiranya
kita mengetahui pola personaliti individu dan pola persekitarannya, secara prinsipnya,
dengan menggunakan pengetahuan mengenai jenis personaliti dan model
persekitaran,

kita boleh meramal beberapa perkara yang mungkin terjadi hasil daripada padanan
tersebut. Ini termasuklah pemilihan kerjaya, pertukaran kerjaya, pencapaian
vokasional, kecekapan personal, tingkah laku, pendidikan serta sosial.

Personaliti Realistik adalah jenis individu yang meminati aktiviti-aktiviti yang


menggunakan objek, perkakasan, mesin dan haiwan dan tidak suka aktiviti yang
banyak menggunakan fikiran. Tingkah laku pula cenderung kepada kerja-kerja
berbentuk manual, mekanikal, elektrikal, teknikal dan pertanian. Jenis personaliti ini
agak kurang melibatka diri dalam kegiatan sosial. Selain daripada itu, mereka juga
mempunyai sifat-sifat diri seperti pemalu, suka menurut perintah, berterus-terang,
materialistik, praktikal, jujur, pemurah dan tekun.

Personaliti investigatif adalah jenis individu yang suka kepada kerja-kerja


yang melibatkan penyelidikan, simbolik dan suka menyelidik hal-hal yang berhubung
dengan fenomena fizikal dan biogikal dengan tujuan memahami dan menguasai
fenomena tersebut. Sebaliknya mereka tidak suka kepada aktiviti-aktiviti yang bersifat
sosial. Oleh yang demikian mereka sangat cenderung dan meminati aspek-aspek
matematik dan saintifik. Mereka yang berpersonaiti jenis ini juga mempunyai sifat-
sifat khusus seperti suka membuat pemerhatian, sangat analitikal, berhati-hati,
kritikal, ingin tahu, bebas, introvert, rasional dan tidak popular.

Personaliti Artistik pula ialah jenis individu yang meminati aktiviti-aktivit


yang berbentuk bebas, tidak bersistematik dan kabur. Tingkah lakunya pula mirip dan
cenderung ke arah aktiviti-aktiviti seperti seni, muzik, drama dan juga penulisan.
Mereka lebih suka pekerjaan dan suasana artistik kerana pekerjaan dan suasana ini
membolehkan mereka melahirkan segala potensi dan kebolehan mereka dengan
bebas.

Kebolehan artistiknya digunakan untuk menyelesaikan masalah yang


dihadapi. Mereka menganggap dirinya sebagai ekspresif, original, lembut, tidak
terikut-ikut, tidak teratur, bebas dan mempunyai kebolehan di dalam artistik dan
muzik. Di samping menghargai nilai-nilai estetika, mereka sangat benci kepada
aktivit-aktiviti yng berstruktur, rutin atau pekerjaan yang berulang-ulang.

Personaliti sosial pula lebih mengutamakan aktiviti yang memerlukan dan


mempengaruhi orang lain kepada bentuk memberitahu, latihan, perkembangan,
pemilihan di samping mengelakkan diri daripada aktiviti yang sistematik dan teratur
yang melibatkan benda, perkakas dan mesin. Individu ini mempunyai kebolehan di
dalam hubungan sosial untuk menyelesaikan masalah.

Holland pula menyatakan bahawa personaliti jenis ini suka menolong orang
lain, mempunyai kecekapan mengajar tetapi kurang dalam bidang mekanikal dan juga
saintifik. Dengan itu, sudah tentulah mereka mempunyai sifat-sifat seperti kerjasama,
suka berkawan, murah hati, lemah lembut, suka menolong, idealistik, baik hati, daya
pujukan tinggi, bertanggungjawab serta saling memahami dan bijaksana.

Personaliti jenis Enterprising meminati aktiviti-aktiviti yang berbentuk


memanipulasikan orang lain untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu atau
keuntungan ekonomi. Mereka sangat bencikan aktiviti berbentuk simbolik dan
pemerhatian sistematik. Mereka mempunyai kebolehan dalam kepimpinan,
interpersonal dan juga daya pujukan tetapi kurang menyerlah di dalam perkara-
perkara saintifik.
Sifat-sifat menarik yang terdapat pada diri mereka ialah berusaha bersungguh-
sungguh untuk memperolehi sesuatu, suka mengembara, bercita-cita tinggi, suka
berbahas, ingin menguasai orang lain, suka menonjolkan diri dan suka bercakap.

Personaliti jenis Conventional pula sukakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan


data seperti menyimpan rekod, menyimpan dan mengeluarkan semula bahan-bahan,
mengendalikan mesin kira-kira dan memproses data untuk mencapai matlamat
ekonomi. Selain daripada itu, mereka tidak suka kepada perkara-perkara yang kabur,
bebas dan tidak sistematik.

Mereka mendakwa diri mereka sebagai berperaturan dan mengikut arahan di


samping mempunyai kecekapan perkeranian dan perangkaan. Sifat-sifat yang jelas
pada mereka meyesuaikan diri dengan keadaan, bersungguh-sungguh dan teliti, cekap,
tegas, sopan, tenang dan tidak khayal.

2.9 PENTAFSIRAN PROFIL UJIAN VPI

Realistic R

Individu yang mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal. Suka bekerja dengan
objek, mesin, peralatan, tumbuhan dan haiwan. Lebih suka bekerja di luar bangunan
dari dalam bangunan.

Contoh pekerjaan ialah Jurutera Awam, Jurutera keretapi, operator mesin,


Mekanik Kapal Terbang, Mekanik Kereta, Juruteknik Elektronik, Ahli Ilmu
Perkebunan, Tukang Kayu dan lain-lain.

Investigatif I
Individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisis,
menilai, dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mempunyai kemahiran
saintifik dan matematik serta meminati kerja-kerja saintifik dan beberapa kerjaya
bercorak teknikal.

Contoh pekerjaan ialah Ahli Kaji Cuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani, Ahli
Argonomi, Ahli Fizik, Ahli Kaji Bintang, Ahli Kimia, Ahli Kaji Bumi, Penyelidik
Sains, Antropologis dan lain-lain.

Artistik A

Individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mempunyai kebolehan


intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Tidak selesa
dengan kerja yang rutin atau berulang-ulang dan selalu menggunakan imaginasi dan
kreativiti.

Contoh pekerjaan ialah Penyair, Pemimpin Orkestra, Penyanyi Konsert,


Penggubah Lagu, Pengarang, Pelukis Perdagangan, Pelukis Potret, Wartawan, Pelukis
Kartun, Penghias rumah, arkitek dan lain-lain.

Sosial S

Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempunyai minat
dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat
kebajikan pada orang lain. Mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata serta mahir
berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama adalah membuat kebajikan.

Contoh pekerjaan yang sesuai bagi golongan ini antaranya Ahli Sosiologi,
Guru, Pengetua Sekolah, Pegawai Perhubungan Awam, Pengarah Kem Belia,
Pengarah Agensi Kebajikan, Kaunselor Kerjaya, Kaunselor Peribadi dan lain-lain.
Enterprising E

Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempunyai minat dan
berkebolehan dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus individu
lain. Pandai dan mahir memanipulasi orang lain. Matlamat akhirnya adalah untuk
mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Contoh pekerjaan ialah spekulator, Aktuaris, Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif


Perniagaan, Pengarah Syarikat, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus
Hotel, Pengurus Bank, Jurujual Insurans dan lain-lain.

konvensional C

Jenis individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mempunyai kemahiran
dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam
menggunakan nombor. Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan
mengikut arahan.

Contoh pekerjaan ialah Penyimpan Kira-kira, Guru Perdagangan, Akauntan,


Jurutrengkas, Kerani Bank, Pakar Cukai, Kerani Gaji, Operator Komputer, Penilai
Harta, Jurujual Insurans, Kerani Insurans dan lain-lain.

https://books.google.com.my/books?
id=xkcwxX1V7DAC&pg=PA74&lpg=PA74&dq=inventori+vpi&source=bl&o
ts=IbBmLZvT0t&sig=K3lF3qEkCnp6NyyW9A75v1LA37A&hl=en&sa=X&red
ir_esc=y#v=onepage&q=inventori%20vpi&f=false

https://books.google.com.my/books?
id=REG0v1C78nAC&pg=PA58&lpg=PA58&dq=inventori+vpi&source=bl&o
ts=wFalxdmMjv&sig=cLyHqjvCfMHxzpL4FnVGGkher3g&hl=en&sa=X&redir
_esc=y#v=onepage&q&f=false

You might also like