You are on page 1of 5

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini fokus kajian-kajian lepas yang dilihat adalah berasaskan kepada

permasalahan kajian yang dirangka iaitu ingin melihat kajian tentang minat

kerjaya, kajian tentang personaliti pelajar, kajian hubungan antara minat kerjaya

dan personaliti serta faktor demografi dan persekitaran.

2.2 Minat Kerjaya

Terdapat banyak kajian lepas yang memberi fokus kepada minat kerjaya. Marta

(2006) telah menjalankan kajian ke atas pelajar tahun pertama universiti

mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi minat dan perancangan kerjaya

para pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 150 pelajar dan menggunakan soal-

selidik yang berasaskan Career Interest Inventory (CII). Enam faktor yang

dikaji meliputi pengaruh ibubapa, pengaruh guru, pengaruh rakan sebaya, etnik

dan jantina, akademik dan peranan keadaan yang negatif. Hasil kajian

memperlihatkan tiga faktor iaitu pengaruh yang positif daripada ibubapa,

peristiwa negatif yang berlaku dalam masyarakat serta etnik dan jantina adalah

signifikan. Beliau mencadangkan diadakan kajian susulan bagi mendapatkan

hasil yang lebih baik lagi.

22
2.3 Personaliti

Kim dan Lopez (1994), telah membuat satu kajian bagi melihat sama ada

personaliti seseorang akan mempengaruhi mereka dalam memilih pekerjaan

berdasarkan dimensi rujukan pekerjaan iaitu minat dan prestij. Kajian ini

melibatkan 294 orang pelajar kolej. Alat yang digunakan bagi memungut data

ialah persekitaran kerja Holland. Keputusan yang diperolehi dari kajian ini

menunjukkan pelajar personaliti sosial dan artistik lebih mementingkan minat

berbanding dengan prestij dalam pemilihan kerjaya. Bagi pelajar yang

berpersonaliti enterprising pula mereka lebih mementingkan prestij daripada

minat.

2.4 Hubungan Minat Kerjaya dan Personaliti

Satu kajian bagi melihat hubungan di antara personaliti dan minat kerjaya telah

dijalankan oleh Geoffroy (1985). Beliau telah menjalankan kajian ke atas 105

orang pelajar kolej dengan menggunakan alat ukur SDS dan VPI, Barron Ego

Strengh Scale, Adult Nowickistrickland Internal-External Control Scale dan

juga Occupational Values Q Sort. Kajian ini bertujuan untuk melihat

sejauhmana wujudnya hubungan di antara kawalan dalaman (Locus of Control)

dengan personaliti dalam pemilihan pekerjaan untuk tujuan kepuasan kerja.

23
Hasil kajian ini menyokong teori Holland. Dapatan juga menunjukkan subjek

kajian mempunyai persamaan di antara personaliti dan juga minat kerjaya,

mempunyai kekuatan ego dan juga kawalan dalaman. Dengan itu, mereka akan

cenderung untuk mencari kepuasan dalam pekerjaan jika dibandingkan dengan

mereka yang tidak kongruens antara personaliti, minat kerjaya dan persekitaran.

2.5 Rumusan

Sebagai rumusan daripada kajian-kajian lepas yang melihat hubungan antara

minat kerjaya dengan personaliti, dapatan kajian oleh Salmee (2004) adalah

signifikan dengan penyelidik iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara

minat kerjaya dengan personaliti. Sedikit perbezaan dimana Salmee hanya

mengambil kira lima sahaja skala personaliti sedangkan penyelidik akan

mengambil semua sekali skala personaliti dalam IPS. Bagi kajian Ahmad

Jazimin (2000) dan Zunaini (2000) dapatan juga menunjukkan terdapat

hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dan personaliti, sedikit

perbezaan dari segi alat kajian untuk mengukur personaliti di mana keduanya

menggunakan Inventori Personaliti Warna (IPW). Banyak kajian yang melihat

hubungan antara personaliti dan minat kerjaya, cuma penggunaan alat ukuran

sahaja yang berbeza.

Kesimpulannya banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji

terdahulu di dalam dan luar negara bagi melihat tentang minat atau

24
kecederungan kerjaya, personaliti serta hubungan antara minat kerjaya dengan

personaliti sama ada di kalangan pelajar sekolah menengah, pelajar peringkat

matrikulasi atau pelajar pra-universiti dengan memperlihatkan pelbagai

keputusan. Antara dapatan kajian yang dijadikan asas oleh pengkaji seperti

dapatan kajian Salmee (2004) yang mendapati wujud hubungan yang signifikan

antara minat kerjaya yang berasaskan skala realistik dalam SDS dan juga

personaliti dalam IPS.

2.6 Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual bagi kajian ini dibina berasaskan kepada dua teori iaitu

Teori Pemilihan Kerjaya Holland dan Teori Personaliti Humanistik Maslow.

Personaliti sebagai pemboleh ubah dalam kajian ini diukur menerusi lima belas

aspek berpandukan kepada Inventori Personaliti Sidek (IPS) iaitu analitikal,

introvert, intelektual, struktur, agresif, autonomi, bergantung, ekstrovert,

kepelbagaian, ketahanan, kritik diri, menguasai, menolong, sokongan dan

pencapaian. Manakala aspek minat kerjaya yang diberi perhatian ialah realistik,

investigatif, artistik, sosial, enterprising dan conventional berdasarkan Teori

Pemilihan Kerjaya Holland. Perkara ini boleh dilihat dalam gambar rajah 2.

25
Gambar rajah 2 : Kerangka konseptual

Pola Personaliti

Analitikal
Introvert
Intelektual
Struktur Minat Kerjaya
Agresif
Autonomi Realistik
Bergantung Investigatif
Bergantung Artistik
Ekstrovert Sosial
Kepelbagaian Enterprising
Ketahanan Conventional
Kritik diri
Menguasai
Menolong
Sokongan
Pencapaian

Faktor Demografi

Jantina
Tahap Pengajian
Pekerjaan bapa
Pekerjaan Ibu
Tempat tinggal

26

You might also like