You are on page 1of 15

HUBUNGAN KEPUASAN PENGISIAN MASA SENGGANG DENGAN ASPIRASI

KERJAYA

Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad, Izzati Mohd Yusop, Mohd Amar Md. Arif, Mahiran Mohamed
Fakulti Pendidikan, UKM
e-mail: mahzan@ukm.edu.my, razaq@ukm.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk melihat tahap kepuasan pengisian masa senggang dalam
kalangan mahasiswa universiti kebangsaan di Malaysia dan China. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti
sama ada terdapat hubungan antara kepuasan pengisian masa senggang dengan aspirasi kerjaya, membandingkan
kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya antara mahasiswa Malaysia-China dan mengenal pasti tahap
kepuasan pengisian masa senggang mengikut enam aspek iaitu fisiologikal, psikologikal, pendidikan, estetika, sosial
dan kesantaian. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang pelajar daripada kedua-dua buah universiti iaitu 40 pelajar
dari Malaysia manakala 40 pelajar lagi daripada China. Sampel pelajar yang dipilih dilakukan secara rawak. Data
dari pelajar diperoleh dengan menggunakan soal selidik. Soal selidik yang digunakan oleh pengkaji adalah soal
selidik yang dibina dan diubah suai dari beberapa instrumen yang terdahulu. Statistik deskriptif digunakan bagi
menjawab persoalan kajian manakala statistik inferens iaitu ujian korelasi digunakan untuk menguji hipotesis kajian.
Secara keseluruhan, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa kepuasan pengisian masa senggang memainkan
peranan yang penting dalam aspirasi kerjaya. Kepuasan pengisian masa senggang didapati mempunyai perkaitan
yang signifikan (α = 0.05) dengan aspirasi kerjaya. Kesemua aspek kecuali estetika menunjukkan tahap yang tinggi
bagi kepuasan pengisian masa senggang dalam kalangan pelajar Malaysia-China. Aktiviti masa senggang
menyediakan satu platform tambahan kepada pelajar-pelajar dalam memahami dan menentukan hala tuju kerjaya.
Implikasi untuk kaunselor-kaunselor kerjaya diperbincangkan.
Kata Kunci: Hubungan, kepuasan, pengisian, masa senggang, aspirasi, kerjaya

ABSTRACT

The purpose of this study was to examine the leisure satisfaction among students of national university in Malaysia
and China. The objectives of the study are to identify any existing relationship between leisure satisfaction and
career decision, comparing the leisure satisfaction and career decision making between students from both
universities and identifying the level of leisure satisfaction on all six aspects which is physiological, physcological,
education, esthetic, social and relaxation. Research samples comprised 80 students from both universities; 40
students from Malaysia while the other 40 students from China. These samples were chosen using the random
sampling method. Instrument was self-constructed and modified from various instruments. Instrument used was
survey questionnaires for students from both universities. Data were analyzed using descriptive and inferential
statistical test (Correlation). The findings of this study showed that there exist a significant relationship between
leisure satisfaction and career decision making (α = 0.05). All aspects except esthetic showed the high level of
leisure satisfaction among students in Malaysia-China. Leisure activity provide an additional lens to understanding
students in the throes of career decision making, some of whom are floundering and in need of professional
assistance. Implications for career counselors are discussed.
Keywords: Relationship , satisfaction , filling , leisure rime , aspirations , career
PENGENALAN

Kesenggangan sering dilihat sebagai aktiviti atau program masa lapang. Ia merupakan aktiviti pengisian
yang memberi keseronokan serta kegembiraan kepada individu yang terlibat. Aktiviti senggang adalah
masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberi kepuasan
kepada seseorang individu (Mohd Syamsul 2001). Senggang telah dikonsepkan dan dinilai dengan cara
yang pelbagai. Sebagai contoh, Weissinger dan Bandalos (1995) membangunkan motivasi intrinsik
senggang (subskala termasuk penentuan sendiri, kecekapan, komitmen, dan cabaran), alat teori yang
didorong untuk menilai ganjaran intrinsik yang diperoleh daripada aktiviti masa senggang. Witt dan Ellis
(1987) telah mengambil pandangan holistik masa senggang dengan menekankan '' keadaan fikiran''
sebagai kunci kepada pemahaman senggang. Pengisian masa senggang adalah satu aspek yang penting
kepada golongan belia kerana mereka dapat mengenali identiti diri, pembangunan kerjaya dan
menyediakan konteks pelengkap dalam pemahaman diri individu belia (Armstrong dan Pusingan 2008;
Munson dan Savickas l998). Minat yang ditonjolkan dalam aktiviti masa senggang berkait rapat dengan
kerjaya yang akan diceburi kelak (Staines 1980). Belia yang dapat merancang pilihan aktiviti masa
senggang masing-masing menunjukkan keupayaan untuk membuat keputusan yang boleh meningkatkan
proses komitmen kerjaya. Kerjaya merupakan satu perkara penting untuk difikirkan oleh setiap individu
kerana kehidupan masa hadapan seseorang berkait rapat dengan bidang kerjaya yang dipilihnya.
Pemilihan kerjaya adalah suatu proses yang berterusan bermula dengan persepsi kanak-kanak terhadap
dunia pekerjaan dan kemudiannya berkembang hingga ke peringkat remaja dan awal dewasa (Fouad dan
Bynner 2008). Aspirasi atau cita-cita menjadi daya penggerak yang pertama ke arah sesuatu bidang
kerjaya yang diinginkan.
Munson (1993) berpendapat bahawa domain senggang memberi peluang bagi seseorang untuk
menerima maklum balas mengenai diri dan belajar dari pelbagai kritikan. Pandangan Munson disokong
oleh penyelidik seperti Csikszentmihalyi (1981) dan Kelly (1990). Individu yang mengalami kebebasan
pada masa senggang lebih cenderung untuk mengalami tahap kecekapan, kawalan, dan motivasi intrinsik
yang lebih tinggi (Witt dan Ellis 1987). Mereka juga lebih cenderung untuk mengalami keseronokan
dalam semua domain dalam hidup mereka, termasuk kehidupan semasa bekerja (Kleiber, Larson, dan
Csikszentmihalyi 1986). Belia yang memiliki motivasi intrinsik diklasifikasikan sebagai seorang yang
cekap dan dapat mengawal pengalaman masa senggang mereka dengan baik kerana mereka juga
mendapat faedah daripada aktiviti-aktiviti masa senggang. Witt dan Ellis (1987) membuat kesimpulan
bahawa individu yang menggunakan masa senggang dengan baik tidak terdedah kepada tekanan luar dan
perasaan tidak berdaya. Menurut Witt dan Ellis lagi, kebebasan yang diperoleh daripada aktiviti masa
senggang boleh dikenal pasti dan objektif diukur untuk tujuan pemulihan. Pemulihan boleh menyebabkan
kecenderungan berkurangan kepada sikap tidak peduli, kemurungan dan jangkaan kegagalan dalam arus
kehidupan seseorang (Witt dan Ellis 1987).
Aktiviti masa senggang yang diikuti oleh pelajar di sekolah akan diambil kira untuk bersaing
dalam memilih kerjaya yang lebih baik. Keupayaan memimpin serta berkeyakinan mengurus yang
diperoleh dalam aktiviti masa senggang adalah satu kelebihan untuk memenuhi peluang pekerjaan.
Pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti masa senggang yang berfaedah akan diberi peluang dan
pertimbangan dalam membina kerjaya mereka seterusnya. Aktiviti masa senggang dapat memberi asas
kerjaya kepada pelajar. Ia juga dapat membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapat
menimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya pelajar. Pengetahuan dan kemahiran ini sangat
berguna apabila mereka memasuki dunia pekerjaan kelak. Aktiviti masa senggang ini boleh dijalankan
secara kumpulan atau individu dan tidak hanya terbatas kepada kemudahan dan peralatan atau kepakaran
yang ada di institusi itu sahaja.
Menurut Super (1980) kepuasan kerja dan kepuasan kehidupan adalah bergantung kepada sejauh
mana individu memperoleh jalan keluar yang mencukupi bagi menyalurkan kebolehannya, kehendak,
nilai, minat, tret-tret personaliti dan konsep kendirinya. Segalanya bergantung kepada kemantapan dalam
sesuatu jenis pekerjaan, situasi kerja dan cara hidup yang membolehkannya berperanan dan dianggap
sepadan dan sesuai dengan pengalaman ketika peringkat pertumbuhan dan penerokaan sesuatu bidang
kerjaya itu.

SOROTAN LITERATUR
Teori perkembangan kerjaya juga dikenali sebagai teori pendekatan proses, sesuai dengan gelaran yang
diberikan iaitu teori perkembangan, teori ini memberi penekanan kepada proses perkembangan kerjaya itu
sendiri berasaskan faktor masa. Antara teori yang dikategorikan sebagai perkembangan kerjaya ini ialah
Teori Pekembangan Kerjaya Ginzberg, Teori Perkembangan Kerjaya Ann Roe dan Teori Perkembangan
Kerjaya Super. Teori perkembangan kerjaya Ginzberg merupakan hasil usahasama empat orang pakar
daripada bidang ekonomi, sosiologi, dan psikologi (Ginzberg et al 1971). Mengikut teori ini, seseorang
itu bergerak mengikut beberapa peringkat yang berkaitan antara satu sama lain. Proses pemilihan kerjaya
yang merupakan suatu pilihan semasa dianggap sebagai perkara terpenting dan menjadi fokus dalam teori
ini. Nilai, keadaan persekitaran sebenar, atribut psikologi dan peluang pendidikan serta pencapaian
memberi kesan kepada proses pemilihan ini dan kerana itu faktor-faktor ini perlu diambil kira semasa
membuat pemilihan kerjaya.
Ginzberg et al (dalam Weinrach 1979) telah merumuskan teori perkembangan kerjaya mereka
yang mengandungi empat unsur penting. Unsur pertama ialah pemilihan kerjaya yang merupakan satu
proses perkembangan yang secara tipikal berlaku dalam satu jangka masa yang lebih dari sepuluh tahun.
Menurut Ginzberg (1979), pemilihan kerjaya merupakan satu proses perkembangan yang berlaku dalam
suatu jangka masa tertentu yang melebihi 10 tahun. Pernyataan ini menurut Super (1980) diambil
daripada satu kenyataan rasmi yang dibuat oleh the Principles and Practice of Vocational Guidance yang
asalnya dikemukakan oleh the National Vocational Guidance Association 25 tahun yang lalu. Hal ini
berkaitan dengan perbincangan tentang fakta bahawa pemilihan pekerjaan ialah satu proses yang mungkin
boleh berlaku dalam jangka masa panjang. Perkara ini bermakna perkembangan kerjaya hanya berlaku
pada tempoh tertentu dan akan berhenti apabila tiba masanya. Selain itu, unsur proses perkembangan ini
merupakan satu proses yang tidak boleh berpatah balik. Proses perkembangan itu tidak boleh berundur.
Menurut Super kesimpulan kedua Ginzberg telah digunakan oleh Charlotte Buhler’s dalam teori tahap
kehidupan, oleh Lehman dan Witty’s berkaitan dengan kajian mengenai minat permainan, oleh Pressy,
Janney dan Kuhlen’s tentang perbincangan perkembangan remaja dan orang dewasa, serta oleh Super
berkaitan dengan penyesuaian kerjaya.
Menurut Super (1980) pengalaman seseorang individu tidak dapat dilengkapkan tetapi
memerlukan pelaburan daripada segi masa, wang dan juga ego serta menghasilkan perubahan tertentu
pada diri individu. Hal ini menjadikan proses penyesuaian kerja sebagai satu proses yang berterusan dan
berlanjutan. Unsur seterusnya adalah proses pemilihan kerjaya berakhir apabila wujud kompromi di
antara minat, kebolehan, nilai dengan peluang. Proses pemilihan kerjaya akan berakhir apabila telah
berlakunya kompromi antara minat, kebolehan, nilai dengan peluang yang ada. Kesimpulan ketiga teori
Ginzberg ini pula, menurut Super telah digambarkan dengan baik dalam amalan mendiagnosis individu
yang diperkembangkan oleh Minnesota employment stabilization research institute 20 tahun lalu dan
telah diperjelas oleh Patterson dan Daley.
Demonstrasi dan penerangan tentang kesimpulan ini telah dibuat melalui kajian oleh Adjustment
Service, USA, 17 tahun lalu dan juga telah menjadi dasar kepada persembahan penggunaan teknik
diagnostik dalam teks seperti yang dikemukakn oleh Bingham’s dan Super sendiri yang kedua-duanya
telah muncul sebelum Ginzberg berjaya melengkapkan kajiannya. Frank Parson (1909), telah
membincangkan isu kompromi ini apabila beliau menyatakan bahawa kaunseling kerjaya ialah satu
proses membantu individu mengenal dirinya sendiri, mengenal dunia pekerjaan serta menyesuaikan diri
dengan peluang pekerjaan berdasarkan kemampuan, minat dan peluang yang ada. Beliau telah
menamakan proses akhir ini sebagai talukan sebenar atau true reasoning. Pemilihan kerjaya akan berakhir
apabila individu berjaya memilih kerjaya yang bersesuaian dengan diri dan keperluan pekerjaan. Unsur
yang keempat pula menyatakan terdapat tiga peringkat perkembangan kerjaya, iaitu peringkat fantasi (6
hingga 11 tahun), peringkat percubaan (11 hingga 18 tahun) dan peringkat realistik (17 hingga 20 tahun).
Jika dilihat daripada tahap perkembangan ini nampaknya perkembangan kerjaya tidak berlaku sebelum
individu berumur 6 tahun dan akan berhenti apabila berumur 20 tahun.
Walaubagaimanapun, setelah mendapat begitu banyak komen dan kritikan, Ginzberg et al.(1972)
telah membuat semakan terhadap teori yang telah dihasilkan oleh mereka. Melalui proses semakan ini
mereka membuat kenyataan baru iaitu proses perkembangan kerjaya bukan berakhir ketika individu
berumur 20 tahun sebaliknya,proses perkembangan kerjaya satu proses yang berlaku sepanjang hayat
individu. Teori asal Ginzberg menyatakan bahawa proses membuat keputusan yang berkaitan dengan
perkembangan kerjaya terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu peringkat fantasi, percubaan dan realistik.
Pada peringkat fantasi, individu berumur antara 6 hinnga 11 tahun. Pemilihan kerjaya kanak kanak adalah
berorientasikan permainan dan banyak dipengaruhi oleh orang dewasa yang signifikan dalam hidupnya
tanpa memahami keadaan realitinya. Implikasi daripada keadaan ini, kanak kanak akan memilih
pekerjaan sebagai guru semata-mata kerana ingin menjadi seperti ibunya atau ayahnya, bukan kerana
berminat kepada pekerjaan itu. Pada peringkat percubaan pula individu berumur antara 11 hingga 18
tahun. Peringkat ini dicirikan dengan individu mula membuat pemilihan kerjaya berdasarkan kepada apa
yang diminatinya, kemudian mereka mula memikirkan sama ada kerjaya itu sesuai atau tidak dengan
dirinya. Peringkat ini dipecahkan pula kepada beberapa peringkat yang lebih khusus,iaitu Peringkat Minat
Individu berumur antara 13hingga 14 tahun ketika individu telah mula memasukkan faktor minat dalam
pemilihan kerjaya, Peringkat Kebolehan Individu berumur antara 13 hingga 14 tahun, apabila individu
telah mula mengambil kira faktor kebolehan dalam pemilihan kerjaya, Peringkat Nilai Individu berumur
antara 15 hingga 16 tahun, ketika individu telah mula memasukkan faktor nilai dalam pemilihan kerjaya,
Peringkat Peralihan Individu berumur dalam lingkungan 17 tahun, ketika individu mula
menghubungkaitkan pemilihan-pemilihan kerjaya yang wujud dengan minat dan nilai yang ada padanya.
Di peringkat peralihan, individu mula bersedia ke arah realiti, iaitu membuat pemilihan kerjaya
yang sesuai dengan cita-cita mereka. Peringkat Realistik Individu berumur antara 17 hingga 20 tahun.
Pada peringkat ini, individu mula mendapatkan maklumat dan pengalaman-pengalaman yang dapat
membantu mereka dalam membuat pemilihan kerjaya. Di peringkat penghabluran, individu akan
membuat penilaian terhadap semua faktor dan mula terlibat secara langsung dengan sesuatu kerjaya yang
dipilih secara objektif, tetapi masih belum begitu jelas. Di peringkat ini individu mula membuat
pengkhususan dalam pemilihan kerjaya kerana mereka menyempitkan bidang pilihan kepada dua atau
tiga pilihan sahaja. Di peringkat ini individu akan menukar atau mengubah pilihan yang kurang tepat
kepada pilihan yang lebih tepat, sesuai dengan minat dan nilai yang ada padanya. Peringkat Penjelajahan
merujuk kepada semua peluang pekerjaan disiasat dan dihalusi. Semua pilihan yang ada disemak dengan
teliti. Peringkat Kebolehan merupakan peringkat ini individu menunjukkan kebolehan dan keupayaan
membuat pilihan dengan kompromi sebagai faktor yang penting diambil kira. Peringkat Ketentuan pula
merupakan peringkat di mana individu akan membuat ketentuan dan keputusan tentang kerjaya yang akan
dibuat. Perkara ini diikuti dengan langkah-langkah wajar di ambil untuk melaksanakannya.
Anne Roe (1988) mengintegrasikan teori personaliti dengan klasifikasi pekerjaan. Roe
merupakan ahli psikologi wanita yang cuba membincangkan peranan keluarga dalam teori kerjayanya.
Teori Pemilihan Kerjaya Roe menumpu kepada dua bahagian iaitu personaliti dan klasifikasi pekerjaan
bertujuan untuk melihat hubungan semua bidang pekerjaan dengan latar belakang keluarga dan
pengalaman layanan ibu bapa semasa kanak-kanak. Menurut Roe, pengalaman awal kanak-kanak di
rumah bersama ibu bapa merupakan asas kepada pembentukan personaliti dan sikap individu terhadap
pemilihan termasuklah pemilihan kerjaya. Kanak-kanak menjadikan peranan dan tingkah laku ibu bapa
sebagai model peranan dan tauladan. Hal ini bermaksud pengalaman-pengalaman yang berkaitan dengan
perhubungan pada masa lalu dengan orang yang signifikan adalah penting dan mempengaruhi pemilihan
kerjaya seseorang individu (Brown & Brooks 1984). Roe membuat spekulasi bahawa interaksi dan gaya
layanan ibu bapa yang diterima oleh seseorang individu adalah penting dalam menentukan orientasi
pemilihan kerjaya.
Daripada kajian yang telah dijalankan oleh Roe, beliau telah mengenal pasti bahawa ahli seni
lukis mempunyai tret-tret personaliti tertentu yang unik seperti pasif, sensitif dan mempunyai keupayaan
intelek yang tinggi. Roe (dalam Brown & Brooks (1984) juga menyatakan bahawa individu sebenarnya
boleh dikelompokkan kepada pelbagai jenis pesonaliti tertentu dan terdapat beberapa pekerjaan tertentu
yang sesuai dengan jenis personaliti yang dimiliki oleh individu. Dengan perkataan lain bolehlah
dirumuskan bahawa setiap individu di dunia ini memiliki personaliti yang unik yang membolehkannya
bekerja dalam beberapa jenis pekerjaan. Kedua-dua kenyataan di atas sangat penting dalam teori ini dan
merupakan intipati kepada teori ini. Teori Pemilihan Kerjaya Roe menyenaraikan tiga faktor yang
mempengaruhi pemilihan kerjaya individu. Faktor-faktor itu ialah latar belakang genetik, pengaruh tenaga
psikik, serta pengaruh genetik dan hierarki keperluan individu.
Latar belakang genetik mempengaruhi pembentukan minat, kecerdasan, sikap dan personaliti
individu yang akhirnya akan mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang individu. Selain itu, faktor
genetik juga mempengaruhi sifat fizikal individu seperti ketinggian, kecantikan dan kecacatan
individu.Individu yang rabun warna tentulah tidak seuai menjadi ahli kimia,sementara individu yang
rendah tentulah tidak sesuai menjadi pegawai tentera dan polis. Teori ini nampaknya percaya bahawa
faktor pewarisan atau biologi adalah penting dalam menentukan kerjaya individu. Perkembangan
keupayaan khas seseorang individu ditentukan oleh ke arah mana tenaga psikik diperkembangkan di luar
kawalan atau tanpa sedar.Arah perkembangan ini pula terlebih dahulu ditentukan oleh bentuk kepuasan
dan kekecewaan yang dialami oleh individu pada zaman kanak-kanak. Pada peringkat kanak-kanak,
keperluan yang paling asas ialah keperluan untuk rasa dimiliki dan ini akan kekal sebagai elemen-elemen
tidak sedar individu. Keperluan tidak sedar ini akan membentuk tenaga psikik dan seterusnya akan
mempengaruhi bidang kerjaya individu. Pengaruh faktor genetik dan perkembangan hierarki keperluan
mempengaruhi keputusan pemilihan kerjaya individu. Keperluan individu seperti yang dikemukakan oleh
Maslow melalui hierarki kepeluan sentiasa akan mempengaruhi individu. Antara keperluan utama yang
dikenalpasti oleh Maslow ialah fisiologikal, keselamatan, kasih saying, penghargaan kendiri dan
kesempurnaan kendiri. Apabila keperluan asas telah dipenuhi, keperluan yang lebih tinggi terbentuk dan
kepuasan ini akan terus meningkat sehingga mencapai keperluan yang paling tinggi, iaitu kesempurnaan
kendiri. Keperluan yang kuat untuk memenuhi sesuatu keperluan merupakan sumber motivasi yang
sangat kuat yang akan menggerakkan individu. Pengaruh genetik dan perkembangan motivasi individu
akan menentukan perbezaan-perbezaan dalam pencapaian pekerjaan seseorang.
Pernyataan utama yang berkaitan dengan teorinya yang telah dihasilkan oleh beliau berdasarkan
minat dan keperluan individu (dalam Brown & Brooks 1984). Antaranya adalah seperti pewarisan genetik
menentukan had potensi perkembangan semua ciri-ciri yang ada tetapi had perincian serta sifat kawalan
genetik keterbatasannya berbeza bagi ciri-ciri yang berlainan, darjah dan hala perkembangan ciri yang
diwarisi bukan sahaja dipengaruhi oleh pengalaman yang dialami oleh individu tetapi juga oleh semua
aspek latar belakang kebudayaan dan kedudukan sosioekonomi keluarga, corak perkembangan minat,
sikap, dan pemboleh ubah personaliti lain dengan kawalan genetik, yang secara realitifnya kecil atau tidak
spesifik pada asasnya ditentukan oleh pengalaman individu, corak tenaga psikik yang terjadi dari segi
pengurusan perhatian ialah penentu utama minat, kekuatan keperluan-keperluan ini, kepuasan mereka dan
organisasi mereka merupakan penentu-penentu utama darjah motivasi yang dinyatakan dalam bentuk
pencapaian serta gaya layanan ibu bapa terhadap individu akan mewarisi kecenderungan untuk
menyalurkan tenaga dalaman ke arah kerjaya yang tertentu.
Kecenderungan ini pula banyak dipengaruhi oleh gaya layanan yang diterima anak-anak daripada
ibu bapa mereka. Terdapat tiga teknik asas gaya layanan ibu bapa semasa mereka berinteraksi dengan
anak-anak mereka, iaitu gaya layanan mesra, dingin dan menumpu. Sehubungan itu, Anne Roe telah
mengemukakan lima hipotesis yang menghubungkan gaya asuhan dengan pembetukan orientasi dan
seterusnya pemilihan pekerjaan. Antara hipotesis-hipotesisnya adalah seperti ibu bapa yang bersifat
melindungi, menuntut dan pengasih akan menghasilkan anak-anak- yang berkecenderungan ke arah
berorienasikan manusia dan begitu juga dalam peilihan pekerjaan, ibu bapa yang menolak, mengabai dan
bersahaja akan menghasilkan anak-anak ke arah berorientasikan manusia dan begitu juga dalam
pemilihan pekerjaan, anak-anak yang terlampau dituntut serta dilindungi berkemungkinan berada dalam
keadaan helah bela diri dan menjadi tidak berorientasikan manusia, sesetengah ibu bapa yang mengelak
dan mengabai berkemungkinan akan memilih kerjaya yang berorientasikan manusia dan yang terakhir
adalah layanan yang mencukupi kepada anak-anak oleh ibu bapa yang pengasih yang bersahaja di
samping faktor lain seperti kebolehan individu mungkin menjadikan keperluan hubungan interpersonal
lebih daripada keperluan peribadi.
Teori Pemilihan Kerjaya Roe cuba menerangkan gaya layanan yang diterima dari keluarga,
keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi dan hubungannya dengan pemilihan kerjaya yang diceburi.
Menurut Roe, (dlm. Osipow 1973, dlm.Zunker 1981) orientasi pekerjaan boleh dikategorikan kepada dua
kumpulan utama, iaitu berorientasikan manusia dan tidak berorientasi kan manusia. Sehubungan dengan
itu,pekerja yang bekerja dalam sektor pekerjaan yang berorientasikan manusia selalunya datang daripada
keluarga yang mesra dan penuh kasih sayang serta diterima oleh kedua-dua ibu bapanya. Sementara itu,
pekerja yang bekerja dalam sektor pekerjaan yang tidak berorientasikan manusia pula datang daripada
keluarga yang mengalami suasana hidup yang dingin dan tidak dipedulikan dangan keperluan-keperluan
emosinya tidak dipenuhi dengan secukupnya.
Pada tahun 1952, Donald E.Super telah memperkenalkan teori ini yang bersumberkan konsep-
konsep kendiri yang ada dalam diri seseorang yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dan kepuasan
terakhir kerjaya seseorang.Pemilihan kerjaya yang dibuat oleh individu akan mencerminkan kesesuaian
dengan konsep kendiri seseorang dan akan dapat memberikan kepuasan maksimum bagi satu-satu
pengalaman alam kerjaya seseorang individu.teori ini asalnya dikatakan idea daripada rakan seangkatan
Super iaitu Ginzberg (1951), tetapi Super menjadikannya lebih kompleks dengan menambahkan beberapa
aspek seperti sosial, perkembangan dan psikologi. Menurut Super, konsep kendiri pekerjaan seseorang
terbina melalui pertumbuhan fizikal dan mental, pemerhatian terhadap kerja, mengenal pasti melalui
kerjaya orang dewasa dan pengalaman-pengalaman umum yang diperoleh mereka. Menurut Super lagi,
apabila pengalaman dan pengetahuan semakin berkembang dalam hubung kait dengan dunian
pekerjaan,maka semakin sukar konsep kendiri pekerjaan seseorang. Oleh sebab itu, Super lebih gemar
menggunakan pendekatan berbanding menggunakan teori. Super mencadangkan pendekatan yang
dibawanya boleh diberikan nama differential iaitu perbezaan, development iaitu perkembangan dan social
phenomenological psychology iaitu fenomena psikologi sosial. Super juga telah mengambil kira empat
unsur yang utama dalam pendekatannya iaitu peringkat hidup semasa mencari vokasional, kematangan
vokasional, pemindahan konsep kendiri kepada konsep kendiri vokasional dan corak kerjaya itu sendiri.
Menurut Super, konsep kendiri sebenarnya adalah penilaian individu terhadap dirinya sendiri
dengan mencari kekuatan dan kelemahan yang ada dari aspek kematangan fizikal, mental, emosi, potensi
diri, bakat semula jadi, minat, nilai, kendiri moral dan etika, kendiri keluarga, kendiri sosial, tingkah laku
dan kepuasan kendiri itu sendiri. Penilaian individu ini dilakukan secara semula jadi, kadangkala disedari
dan tanpa disedari. Dengan kata lain, individu akan mencari dirinya, memahami dirinya, dan akan
bertindak mengikut kemampuan dirinya. Oleh yang demikian, individu yang mempunyai konsep kendiri
positif akan selalu dikaitkan dengan pencapaian akademik yang tinggi, pemilihan kerjaya yang baik dan
gaya kepimpinan yang cemerlang manakala individu yang mempunyai konsep kendiri yang rendah akan
dikaitkan pula dengan pencapaian akademik yang rendah, kerjaya yang kurang baik dan dan tidak stabil
serta gaya kepimpinan yang lemah serta kucar kacir. Berdasarkan konsep dan fakta di atas, Super dalam
Brown & Brooks (1984) telah membahagikan perkembangan konsep kendiri kepada lima peringkat, iaitu
peringkat pertumbuhan (lahir - 14 tahun), peringkat penerokaan (15-24 tahun), peringkat pengukuhan(25-
44 tahun), peringkat pengekalan(45-64 tahun) dan peringkat penurunan(65 ke atas). Menurut Super,
peringkat-peringkat ini pula akan banyak mempengaruhi pemilihan dan kestabilan kerjaya seseorang
individu.
Jika peringkat-peringkat perkembangan konsep kendiri ini tidak berjalan dengan lancar, maka
individu dijangkakan akan menghadapi kesukaran dalam menentukan proses pemilihan kerjaya pada
peringkat seterusnya yang pada akhirnya individu sukar untuk memperoleh kepuasan dalam kerjayanya.
Sebaliknya, jika peringkat-peringkat ini berlaku dengan cemerlang, dengan individu mengalami proses
kematangan yang baik, maka individu dipercayai akan mudah membuat keputusan kerjaya yang
bersesuaian. Keputusan kerjaya yang tepat dan sesuai akan menentukan kepuasan dalam pekerjaan. Super
percaya bahawa proses kematangan konsep kendiri dalam perkembanan kerjaya ini boleh dijadikan
kurikulum yang harus dipelajari sejak dari individu lahir sehinggalah individu mengalami penurunan.
Oleh itu, untuk mencapai objektif ini, individu hendaklah bersedia seawal mungkin bagi menghadapi
sebarang kemungkinan.
Menerusi elemen perbezaan individu, Super melihat manusia ialah individu yang berbeza-beza
daripada segi minat, kecenderungan, kebolehan dan personaliti masing-masing. Manusia juga dikatakan
mempunyai kepelbagaian kemampuan dan keupayaan dalam menentukan jenis kerjaya yang
diceburi.Elimen ini penting dalam kaunseling kerjaya kerana setiap individu dikatakan mempunyai
potensi untuk berjaya dan mencapai kepuasan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Setiap pekerjaan yang
dilakukan dikatakan mempunyai corak-corak dan ciri-ciri tertentu yang didasari oleh kebolehan, minat,
dan tret-tret personaliti. Konsep ini berdasarkan analisis pengamal psikologi kaunseling yang mengenal
pasti perkembangan individu adalah melalui keluarga dan remaja lain atau individu-individu yang
signifikan dalam kehidupannya. Pada zaman kanak-kanak dan akhirnya akan membentuk minat kepada
sesuatu pekerjaan. Peranan model-model ini juga pada akhirnya menjadi contoh kepada perkembangan
konsep kendiri individu itu sendiri.
Proses pengubahsuaian yang berterusan antara konsep kendiri dengan sesuatu bidang pekerjaan
akan juga bergantung kepada situasi tempat tinggal dan tempat bekerja mengikut masa dan pengalaman
individu dalam membuat pilihan yang tepat. Elemen kesinambungan penyesuaian ini dikatakan sebagai
peringkat-peringkat dalam perkembangan kehidupan yang dikategorikan kepada peringkat pertumbuhan,
peringkat penerokaan,peringkat kemantapan,peringkat pengekalan dan peringkat penurunan. Manakala
bagi elemen peringkat-peringkat kehidupan banyak menekankan tahap-tahap perkembangan kerjaya.
Cadangan Super telah dikaji oleh ahli-ahli sosiologi dan psikologi dengan memerihalkannya sebagai satu
turutan yang dipanggil edaran mini dan edaran maksi atau dikenali dengan edaran jangka pendek dan
edaran jangka panjang. Keadaan ini bermula dengan peringkat pertumbuhan, diikuti peringkat eksplorasi
atau penerokaan, penubuhan atau pewujudan, pemeliharaan atau pengekalan dan akhirnya peringkat
penurunan. Peringkat pekerjaan yang dicapai dan urutannya, kekerapan dan jangka masa kerja percubaan
dan tetap ditentukan oleh tahap sosioekonomi ibu bapa, kebolehan mental, pendidikan, kemahiran, ciri-
ciri personaliti, kehendak, nilai, minat, tret dan konsep kendiri serta kematangan kerjaya juga ialah
peluang-peluang yang terdedah kepada individu.
Pada waktu peringkat pertumbuhan (0-14 tahun), individu dirujuk kepada perkembangan fizikal
dan psikologinya. Individu dikatakan membentuk sikap dan mekanisme tingkah lakunya yang akan
menjadi komponen penting dalam konsep kendiri untuk hidup seterusnya.Dalam pada itu,pengalaman
memberikan latar belakang pengetahuan terhadap dunia pekerjaan yang akhirnya akan digunakan untuk
membuat pemilihan terakhir. Peringkat ini bermula apabila individu mendapat kesedaran bahawa
pekerjaan ialah suatu aspek dalam kehidupan.Hal ini bermula pada peringkat fantasi dengan pemilihan
yang ditunjukkan selalunya tidak realistik dan berhubung rapat dengan cara hidup bermain-main.Sebagai
contoh, anak-anak ingin menjadi angkasawan, superman, batman dan idola yang difikirkan popular,
gagah, menarik, pandai, menawan hati dan sebagainya. Pemilihan seperti ini dilihat sebagai kabur,
bersifat sementara dan tidak begitu bererti bagi individu pada jangka masa panjang.
Peringkat penerokaan (15-24 tahun) terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa tentatif dan realistik.
Pada fasa tentatif, ketika dalam peringkat penerokaan, individu mula menyempitkan pemilihannya kepada
beberapa kemungkinan. Hal ini disebabkan oleh beberapa ketidakpastian tentang keupayaan, latihan yang
disediakan, peluang pekerjaan, senarai pemilihan yang mungkin juga akan menjadi terhad dan sempit.
Pada fasa realistik, masih dalam penerokaan, individu akan lebih menyempitkan pemilihan kerjayanya
kepada pekerjaan yang dapat dicapai olehnya dan dapat pula memberikan kesempatan atau peluang-
peluang yang baik yang dirasakan lebih mustahak kepadanya. Peringkat pengukuhan (25-44 tahun)
terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa percubaan dan stabil.Pada fasa percubaan,individu mula
memperlihatkan hubungan antara penemuan awal dengan pengalaman bekerja.Pada masa ini individu
mencuba,meninjau,dan menilai untuk memastikan pilihan dan keputusan yang dibuat pada peringkat
penerokaan boleh direalisasikan. Pada peringkat ini, individu mungkin sudah menjawat satu pekerjaan
dengan satu perasaan bahawa ia pasti akan menukar kerjayanya jika kerjaya itu tidak bersesuaian.
Secara beransur-ansur, individu mula menimba pengalaman dan bertambah cekap dan akhirnya
menjadi fasa stabil. Dari sinilah, aspek pekerjaan ini di bawa ke dalam konsep kendirinya dan pekerjaan
itu kemudiannya diterima sebagai sesuatu yang memberikan kepuasan dalam hidupnya.Bagi sesetengah
orang, tahun-tahun inilah yang merupakan tahun yang paling kreatif baginya. Peringkat pengekalan (45-
64 tahun) dicirikan dengan individu cuba berusaha untuk meneruskan dan membaiki situasi pekerjaannya.
Disebabkan pekerjaan dan konsep kendirinya mempunyai hubungan yang erat, maka proses perubahan
atau penyesuaian akan terus berlaku.Individu ini akan meneruskan situasi kerja yang dapat memberikan
kepuasan yang lebih kepada dirinya. Individu juga akan melihatnya kembali mengubah keadaan atau
aspek yang tidak menyeronokkan atau menyakitkan dirinya.Walau bagaimanapun hal ini tidaklah sampai
terus mengeluarkan individu tersebut dari dunia pekerjaannya.
Peringkat penurunan (65 tahun ke atas) dikaitkan dengan waktu hampir pencen atau bersara
dengan penekanan individu pada kerja, berfokus kepada melaksanakan tugasnya dengan output yang
minimum. Disebabkan kekuatan daya fizikal dan mental menurun, aktiviti kerja mula bertukar dari atas
ke bawah. Langkah dan cara bekerja mula tersangkut-sangkut, tugas mula berubah atau bentuk kerja juga
turut bertukar bagi menyesuaikan kebolehan yang mula menunjukkan penurunan. Peringkat-peringkat
perkembangan pekerjaan Super ini dapat membentuk satu rangka untuk tingkah laku dan sikap kerjaya
yang dinyatakan menerusi lima aktiviti yang kemudiannya dikenali sebagai tugas-tugas perkembangan
kerjaya. Perkara ini dapat dinyatakan seperti dalam jadual di bawah:

JADUAL 1.1: Tugas-Tugas Perkembangan Kerjaya Mengikut Super

Tugas-tugas perkembangan kerjaya


Umur Sifat-sifat umum

Dalam masa proses membentuk satu


matlamat umum kerjaya menerusi
Kristalisasi
14-18 tahun sumber-sumber kesedaran, minat,
nilai-nilai, dan merancang kerjaya
yang dikehendakinya.
Dalam masa bergerak dari pemilihan
Pengkhususan 18-21 tahun cadangan-cadangan kerjaya kepada
pemilihan satu kerjaya tertentu.
Dalam masa memenuhi latihan
Pelaksanaan 21-24 tahun kerjaya yang dibuat dan terus
memasuki bidang pekerjaan.
Dalam masa penetapan pemilihan
kerjaya oleh pengalaman bekerjanya
yang sebenar dan menggunakan
Pengukuhan 24-35 tahun
bakat untuk menunjukkan pemilihan
kerjaya itu sebagai suatu yang paling
tepat.
Dalam masa memperkenalkannya ke
Kestabilan >35 tahun dalam kerjaya yang berlanjutan
status,dan senioriti atau kekananan.

Semua faktor latar belakang pengalaman individu akan menyumbangkan sesuatu tindakan
terhadap sikap dan tingkah laku. Tahap sosioekonomi keluarga misalnya ialah faktor yang amat
signifikan kerana dalam lingkungan keluargalah hubungan awal individu dengan dunia pekerjaan berlaku
menerusi interaksinya dengan ibu bapa,keluarga dan kawan-kawan. Dengan menyaksikan kejayaan,
kegagalan, kekecewaan dan mendengar perbincangan tentang pengalaman kerja, perkara-perkara tersebut
akan memberikan pengaruh yang besar terhadap kerjaya individu pada masa depan. Begitu juga dengan
kebolehan mental yang merupakan faktor utama bagi kejayaan dalam bidang akademik, yang sudah tentu
akan lebih banyak membuka peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan individu.
Teori corak kerjaya ini merupakan kunci dalam pembentukan teori asas bimbingan kerjaya kerana
boleh membantu para kaunselor khususnya kaunselor kerjaya untuk melihat dengan lebih dekat tentang
aspek sosial, pendidikan, dan kebolehan atau mobiliti pekerjaan seseorang klien. Perkembangan dapat
dibimbing bermaksud biarpun ada bukti yang longgar menunjukkan keupayaan dan personaliti ialah
warisan sistem respondan endoktrin, ada juga bukti kukuh yang menunjukkan persekitaran juga turut
menyumbang ke arah kecerdikan dan personaliti yang berfungsi. Elemen ini juga telah menjadi asas
kepada teori yang menyatakan bahawa perkembangan kerjaya dapat dibimbing dengan mempercepat
proses kematangan, kebolehan dan minat dan sebahagiannya lagi dengan pengujian-pengujian realiti dan
memperkembangkan konserp kendiri individu itu. Dengan perkataan lain, individu dapat dibentuk untuk
menuju ke arah pilihan kerjaya yang memuaskan hatinya dengan dua cara iaitu membantu
memperkembangkan keupayaan dan minat; membantu individu mengenalpasti dan memahami kekuatan
dan kelemahan dirinya supaya dia dapat membuat pilihan kerjaya yang paling tepat. Di sinilah letaknya
peranan sekolah, guru dan kaunselor yang boleh memberikan motivasi, maklumat kerjaya dan
mengadakan ujian-ujian minat dan sebagainya. Perkembangan adalah hasil interaksi merupakan proses
perkembangan kerjaya sebenarnya contohnya proses pembentukan dan pelaksanan konsep kendiri. Proses
ini juga merupakan tatacara sintesis dan kompromi, iaitu konsep kendiri ialah hasil interaksi antara
warisan kecerdasan, penampilan fizikal, peluang untuk memerhati dan memainkan pelbagai peranan serta
penilaian mengenai sejauh mana hasil tindakan yang dipersetujui oleh ketua dan rakan sejawat.
Semasa waktu pembelajaran, sebelum memasuki dunia pekerjaan yang sebenar, seseorang
individu akan menjangkakan pekerjaan yang memainkan peranan penting dalam perkembangan konsep
kendiri mereka. Setiap individu akan cuba mengekalkan atau mengembangkan konsep kendiri yang
disukainya dan menjurus ke arah aktiviti yang akan membenarkannya dikekalkan atau diperbaiki imej
kendiri yang ingin dimiliki itu. Pada masa yang sama, desakan dalaman yang kuat akan menolak individu
ke arah konsep kendiri yang ideal. Keadaan ini akan akan mempertemukan konsep kendiri ideal dengan
konsep kendiri sebenar. Jika ini berlaku sudah tentu akan berlaku halangan seperti pembatasan minda,
pengalaman, minat ataupun aspek batasan diri daripada persekitaran luaran. Faktor-faktor ini
kemudiannya akan mengganggu proses pencapaian konsep kendiri ideal dan akan berakhir dengan
individu. Itu berkompromi atau menerima sesuatu yang kurang sedikit daripada yang ideal.
Super(1980) memerihalkan rajah pelangi kerjaya kehidupan,dengan rajah tersebut menekankan
perbezaan peranan yang dimainkan oleh setiap individu semasa jangka hayatnya dan pengaruh peranan-
peranan ini terhadap gaya hidup dan kerjaya.Peranan tipikal bagi kebanyakkan orang termasuklah kanak-
kanak,pelajar,warganegara,pekerja,pasangan,pembuat rumah,ibu bapa dan individu yang telah
pencen.Peranan-peranan ini menekankan aspek sepanjang hayat perkembangan kerjaya. Mungkin tidak
banyak yang mengetahui corak kerjaya yang dinamik.Walau bagaimanapun,terdapat beberapa
kajian,antaranya yang telah dijalankan oleh Terman (31 kajian) yang menceritakan kecerdasan, Strong
(26 kajian) tentang minat bdan Hollinghead (11 kajian) tentang status sosial. Namun begitu, tidak ada
kajian yang dibuat berkenaan dengan interaksi perkara-perkara ini dengan faktor-faktor lain untuk
menegaskan sama ada individu yang dikaji akan mempunyai corak kerjaya yang tipikal atau tidak tipikal
dengan paras sosioekonomi ibu bapanya. Berdasarkan sebab inilah satu kajian tentang corak kerjaya telah
dilancarkan di Middleton, New York.
Sehubungan dengan interaksi individu dengan persekitarannya semasa perkembangan ini juga,
Super telah mengemukakan satu lagi usul. Menurut Super, proses kompromi antara individu dengan
faktor-faktor sosial dan antara konsep kendiri dengan realiti merupakan satu permainan peranan, sama
ada peranan yang dimainkan itu secara khayalan seperti dalam proses temu duga kaunseling atau pun
dalam aktiviti kehidupan sebenar seperti di dalam kelas di sekolah, di kelab-kelab pekerjaan separuh masa
dan pekerjaan tetap. Pengubahsuaian aspek kerjaya oleh konsep kendiri dapat berlaku dengan pelbagai
cara. Disebabkan dunia pekerjaan sangat kompleks dan keperluan kemasukan dalam banyak bidang
adalah sangat sukar, perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan. Untuk tujuan menguji dulu
dengan menceburkan diri dalam setiap kerjaya pada situasi kerja sebenar adalah agak mustahil. Atas
sebab ini, dengan mewujudkan satu keperluan untuk memadankan konsep kendiri dengan tuntutannya
terhadap apa-apa bidang pekerjaan yang ditawarkan pada situasi yang sebenarnya abstrak mungkin
diperlukan. Walaupun tuntutan ini menjadi seolah-olah menjadi mimpi pada siang hari, tetapi dengan
melibatkan usaha untuk mencari pembantu professional melalui kaunseling atau mencari pengalaman
yang berkaitan boleh membantu individu menilai kesesuaian pekerjaan dengan konsep kendirinya.
Seseorang individu yang berasa seronok dan puas semasa bekerja merasakan demikian kerana
kedudukannya membenarkannya menonjolkan ciri-ciri dan nilainya yang dilihat sebagai penting. Dengan
erti kata lain, pengalaman yang digarap semasa bekerja boleh dibandingkan dengan imej mental dirinya
yang memberikan peluang yang mengcukupi untuk menjadi seperti apa yang digambarkan oleh dirinya
seperti yang diingininya. Sekiranya pekerjaan yang diperlihatkan itu tidak memberikan keuntungan dan
kepuasan kepadanya seperti yang digambarkan olehnya, maka ia akan berasa tidak puas hati.
Ketidakpuasan ini akan mendorong individu mencari situasi kerja yang memungkinkan dirinya
berperanan seperti yang diidamkannya. Konsep kerjaya sebagai satu cara hidup merupakan fokus terakhir
dalam pembentukan teori ini, yang secara meluasnya diterima dan ditekankan oleh ahli sosiologi dan
psikologi dan merupakan satu perkara yang tidak asing lagi kepada kaunselor. Satu bentuk penyesuaian
kerjaya dan personaliti yang sewajarnya akan terhasil apabila sifat semulajadi kerjaya itu sendiri dan
gaya hidup seseorang yang merangkumi komuniti, rumah, aktiviti masa lapang, kawan-kawan dan lain-
lain yang berjalan seiring dengannya adalah serasi dan sepadan dengan kecerdasan, minat dan nilai
individu tersebut. Hal inilah yang dikatakan kerja sebagai satu cara hidup yang menjadi elemen asas
kepada teori perkembangan kerjaya.
Pemilihan kerjaya dan kecekapan,situasi tempat individu tinggal dan bekerja serta konsep kendiri
individu berubah mengikut masa dan pengalaman dan kaedah ini menjadikan proses pemilihan dan
penyesuaian sebagai satu proses yang berterusan. Proses perubahan ini bolehlah dikatakan sebagai
peringkat-peringkat kehidupan yang dikategorikan sebagai peringkat
pertumbuhan,penerokaan,pengukuhan,pengekalan,dan penurunan. Peringkat-peringkat ini boleh
dibahagikan kepada peringkat-peringkat yang lebih khusus, misalnya peringkat penerokaan; fantasi,
tentatif dan realistik dan peringkat pengukuhan; percubaan dan kestabilan. Corak semula jadi kerjaya iaitu
peringkat pekerjaan yang dicapai dan urutannya, kekerapan serta jangka masa kerja percubaan dan tetap
adalah ditentukan oleh paras sosioekonomi ibu bapa, kebolehan mental, ciri-ciri personaliti dan peluang-
peluang yang terdedah kepada individu.
Perkembangan dalam peringkat kehidupan boleh dibimbing sebahagiannya dengan mempercepat
proses kematangan, kebolehan dan minat dan sebahagiannya lagi dengan membantu pengujian realiti dan
perkembangan konsep individu. Proses perkembangan kerjaya sebenarnya ialah proses pembentukan dan
pelaksanaan konsep kendiri iaitu satu proses kompromi dengan konsep kendiri adalah hasil daripada
interaksi kecenderungan, warisan sistem neutral dan endoktrin, peluang-peluang untuk memainkan
beberapa peranan dan penilaian tentang sejauh mana hasil peranan dipersetujui oleh ketua dan rakan
sejawat. Proses kompromi antara individu dengan faktor-faktor sosial dan antara konsep kendiri dengan
realiti ialah satu permainan peranan, sama ada peranan yang dimainkan itu secara khayalan seperti dalam
temu duga kaunseling atau dalam aktiviti kehidupan sebenar seperti di dalam kelas di sekolah, di kelab-
kelab pekerjaan separuh masa dan pekerjaan tetap. Kepuasan kerja dan kehidupan hidup bergantung
kepada sejauh mana individu memperoleh jalan keluar yang mencukupi untuk menyalurkan
kebolehannya, minatnya, tret-tret personalitinya serta nilai-nilainya, juga bergantung kepada kemantapan
dalam sesuatu jenis pekerjaan, situasi kerja dan cara kehidupan yang membolehkannya untuk memainkan
beberapa peranan yang dianggap sepadan dan sesuai dengan pertumbuhan dan pengalaman–pengalaman
penjelajahannya.

KAEDAH KAJIAN

Kajian yang dijalankan merupakan satu penyelidikan berbentuk deskriptif yang dilakukan secara tinjauan.
Rekabentuk ini dipilih kerana ia bersesuaian untuk mendapatkan maklumat tentang satu peristiwa yang
sedang berlaku . Menurut Ahmad Lisot (1988) kajian berbentuk ini adalah sesuai digunakan dalam
penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Dalam kajian
ini persoalan yang dikaji adalah hubungan kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya. Kajian ini
dijalankan di dua buah universiti kebangsaan di Malaysia dan China dan memberi tumpuan kepada
mahasiswa daripada pelbagai jurusan dan peringkat pengajian. Dalam melaksanakan kajian ini, kumpulan
penyelidik memberikan tumpuan subjek terdiri daripada golongan pelajar lelaki dan perempuan yang
berumur antara bawah 18 hingga 31 tahun dan ke atas. Reka bentuk persampelan yang digunakan adalah
persampelan jenis rawak. Persampelan ini sesuai kerana terdapat keseragaman yang tinggi mengenai ciri
populasi yang dikaji. Penyelidik telah memilih 40 orang yang terdiri daripada 20 pelajar lelaki dan 20
pelajar perempuan untuk sampel kajian bagi setiap lokasi kajian. Tahap pendidikan bermula dari
peringkat sekolah tinggi (SPM/STPM), diploma, ijazah dan sarjana / PhD. Kajian ini menggunakan
kaedah soal selidik sebagai instrumen yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A-Maklumat
Demografi, Bahagian B-Pemilihan Kerjaya, Bahagian C-Kepuasan Masa Senggang. Soal selidik yang
digunakan dalam kajian ini menggunakan kaedah Skala Likert 4 poin dengan skor (1) Sangat tidak setuju,
(2) Tidak setuju, (3) Setuju dan (4) Sangat setuju. Sebelum kajian dijalankan , penyelidik membuat
tinjauan dari segi masa dan hari yang sesuai di mana lokasi kajian yang dipilih menjadi tumpuan pelajar
universiti. Ini adalah bertujuan untuk penyelidik mendapatkan responden yang lebih tepat dan sampel
yang dipilih secara rawak. Data yang telah dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan kaedah
‘Statiscal Package For Social Severees.’ (SPSS) dan dipersembahkan dalam bentuk min dan sisihan
piawai. Cara ini bertujuan untuk memperoleh perkaitan hubungan antara hasil kajian dengan jumlah
responden dalam setiap pembolehubah (item) yang disediakan.

DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 menunjukkan hubungan frekuensi, min dan peratusan dalam kepuasan masa senggang
berdasarkan penilaian mahasiswa China. Konstruk kepuasan masa senggang terbahagi kepada enam
aspek iaitu fisiologikal, psikologikal, sosial, pendidikan, estetika dan kesantaian. Aspek kesantaian
mempunyai skor min yang tertinggi iaitu 3.48, yang diikuti oleh aspek fisiologikal (3.42), pendidikan
(3.37), sosial (3.32), psikologikal (3.23) dan akhir sekali aspek estetika (2.99). Berdasarkan skor min,
mahasiswa China mempunyai tahap kepuasan masa senggang yang tinggi. Aspek dengan frekuensi skor
min tinggi yang tertinggi adalah psikologikal manakala aspek dengan frekuensi skor min rendah yang
tertinggi pula adalah kesantaian. Hal ini menunjukkan ramai mahasiswa China berpuas hati dengan aspek
psikologikal masa senggang mereka. Mahasiswa China juga kurang berpuas hati dengan aspek kesantaian
masa senggang.

Jadual 1.0 : Skor min, frekuensi & peratusan aspek-aspek dalam kepuasan masa senggang berdasarkan penilaian mahasiswa
China
Frekuensi & Peratusan
Skor min
Aspek Skor min Skor min Skor min Tahap Pengisian
1.00 – 1.99 2.00 – 2.99 3.00 – 3.99 Masa Senggang
(rendah) (sederhana) (tinggi)
Fisiologikal 17 (42.5%) 0 (0%) 23 (57.5%) 3.42 Tinggi
Psikologikal 12 (30%) 3 (7.5%) 25 (62.5%) 3.23 Tinggi
Sosial 14 (35%) 2 (5%) 24 (60%) 3.32 Tinggi
Pendidikan 16 (40%) 2 (5%) 22 (55%) 3.37 Tinggi
Estetika 9 (22.5%) 8 (20%) 24 (57.5%) 2.99 Sederhana
Kesantaian 20 (50%) 1 (2.5%) 19 (47.5%) 3.48 Tinggi

Jadual 2 menunjukkan hubungan frekuensi, min dan peratusan dalam kepuasan masa senggang
berdasarkan penilaian mahasiswa Malaysia. Konstruk kepuasan masa senggang terbahagi kepada enam
aspek yang sama iaitu fisiologikal, psikologikal, sosial, pendidikan, estetika dan kesantaian. Aspek
psikologikal mempunyai skor min yang tertinggi iaitu 3.34, yang diikuti oleh aspek pendidikan (3.28),
fisiologikal (3.26), estetika (3.23), kesantaian (3.22) dan akhir sekali aspek sosial (3.17). Berdasarkan
skor min, mahasiswa Malaysia mempunyai tahap kepuasan masa senggang yang tinggi. Aspek dengan
frekuensi skor min tinggi yang tertinggi adalah sosial dan pendidikan manakala aspek dengan frekuensi
skor min rendah yang tertinggi pula adalah fisiologikal. Hal ini menunjukkan ramai mahasiswa Malaysia
berpuas hati dengan aspek sosial dan pendidikan masa senggang mereka. Mahasiswa Malaysia juga
kurang berpuas hati dengan aspek fisiologikal masa senggang.
Jadual 2.0 : Skor min, frekuensi & peratusan aspek-aspek dalam kepuasan masa senggang berdasarkan penilaian mahasiswa
Malaysia
Skor min Skor min Skor min
Tahap Pengisian
Aspek 1.00 – 1.99 2.00 – 2.99 3.00 – 3.99 Skor min
Masa Senggang
(rendah) (sederhana) (tinggi)
Fisiologikal 0 (0%) 1 (2.5%) 31 (77.5%) 3.26 Tinggi
Psikologikal 0 (0%) 4 (10%) 36 (90%) 3.34 Tinggi
Sosial 0 (0%) 3 (7.5%) 37 (92.5%) 3.17 Tinggi
Pendidikan 0 (0%) 3 (7.5%) 37 (92.5%) 3.28 Tinggi
Estetika 0 (0%) 4 (10%) 36 (90%) 3.23 Tinggi
Kesantaian 0 (0%) 3 (7.5%) 36 (90%) 3.22 Tinggi

Analisis yang digunakan bagi melihat hubungan antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya
adalah Korelasi Pearson (r). Ujian ini akan digunakan bagi menguji hipotesis berikut:

H0 : Tidak terdapat hubungan antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya.
H1 : Terdapat hubungan antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya.
Jadual 3 pula menunjukkan hubungan antara dua pembolehubah kajian berdasarkan mahasiswa
China. Bagi mahasiswa China, nilai Korelasi Pearson yang diperolehi antara kepuasan masa senggang
dengan aspirasi kerjaya adalah -0.039 (r p < 0.05). Nilai ini berjaya menolak H 0 dan menunjukkan wujud
hubungan negatif antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya. Ini menunjukkan terdapat
hubungan antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya bagi mahasiswa China.
Jadual 3.0 : korelasi antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya mahasiswa China
Aspirasi Kepuasan Masa
Kerjaya Senggang
AspirasiKerjaya Pearson Correlation 1 -.039
Sig. (2-tailed) .813
N 40 40
KepuasanMasaSenggang Pearson Correlation -.039 1
Sig. (2-tailed) .813
N 40 40

Jadual 4 pula menunjukkan hubungan antara dua pembolehubah kajian berdasarkan mahasiswa
Malaysia. Bagi mahasiswa Malaysia, nilai Korelasi Pearson yang diperolehi antara kepuasan masa
senggang dengan aspirasi kerjaya adalah 0.193 (r p > 0.05). Nilai ini gagal menolak H0 dan menunjukkan
tidak terdapat hubungan antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya. Maka bolehlah
disimpulkan bahawa tidak terdapat hubungan antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya
bagi mahasiswa Malaysia.
Jadual 4.0 : korelasi antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya mahasiswa Malaysia
Kepuasan Masa Aspirasi
Senggang Kerjaya
KepuasanSenggang Pearson Correlation 1 .193
Sig. (2-tailed) .234
N 40 40
AspirasiKerjaya Pearson Correlation .193 1
Sig. (2-tailed) .234
N 40 40

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI


Pengisian masa senggang adalah satu aspek yang penting kepada golongan belia terutamnaya kerana
mereka dapat mengenali identiti diri, pembangunan kerjaya dan menyediakan konteks pelengkap dalam
pemahaman diri individu belia (Armstrong dan Pusingan 2008; Munson dan Savickas l998). Kesan baik
atau buruk aktiviti senggang yang dilakukan bukanlah menjadi faktor utama kepada pemilihan aktiviti
masa senggang itu, tetapi nilai kepuasan yang diperoleh oleh individu merupakan faktor utama
mendorong kepada bentuk atau jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan.
Gaya atau trend terbaru yang dapat diperhatikan pada ketika ini adalah mengenai bagaimana
aktiviti senggang itu sendiri telah berubah kepada sesuatu yang lebih bermanfaat. Aktiviti masa senggang
yang hanya memenuhi kepuasan dan minat individu semata-mata berubah kepada aktiviti yang memberi
nilai samping iaitu lebih kepada perkara-perkara yang membangunkan karier. Hal ini adalah kerana
aktiviti masa senggang yang dilakukan adalah berkaitan dengan minat yang seterusnya mendorong
kepada pembinaan kerjaya. Merujuk kepada hasil dapatan kajian perbandingan mengenai perkaitan antara
tahap kepuasan pengisian masa senggang dan insiprasi kerjaya yang dilakukan terhadap pelajar di
Malaysia dan China, jelas menunjukkan bahawa pengisian masa senggang mereka pada masa kini lebih
menjurus kepada bidang kerjaya yang diceburi oleh diri masing-masing. Secara umumnya, minat yang
ditonjolkan dalam aktiviti masa senggang berkait rapat dengan kerjaya yang akan diceburi kelak (Staines
1980).
Dalam konteks kajian yang telah dijalankan, terdapat dua konstruk yang mewakili pembolehubah
dalam kajian yang terkandung dalam soal selidik yang telah diedarkan kepada 80 orang responden dari
Malaysia dan China. Konstruk kedua dalam soal selidik ini yang mewakili pembolehubah iaitu kepuasan
masa senggang telah dirangka berdasarkan skala yang dipetik daripada Leisure Satification Scala (LSS)
dimana telah menguji keterlibatan enam aspek dan diletakkan dalam sub konstruk iaitu faktor estetika,
pembelajaran, fisiologikal, psikologikal, kesantaian dan juga sosial. Dapatan menunjukkan bahawa bagi
pelajar yang mewakili responden di China, mahasiswa-mahasiswa ini mempunyai tahap kepuasan masa
senggang yang tinggi. Aspek dengan frekuensi skor min tinggi yang tertinggi adalah kesantaian dengan
min 3.48 manakala aspek dengan frekuensi skor min rendah yang tertinggi pula adalah estetika iaitu 2.99.
Manakala bagi aspek-aspek lain dalam konstruk iaitu aspek fisiologikal. Sosial, psikologikal dan
pendidikan menunjukkan bacaan min yang tinggi untuk penilaian keseluruhan.
Bagi pelajar yang mewakili responden di Malaysia pula, dapatan menunjukkan bahawa kesemua
enam aspek penilaian yang diselitkan dalam konstruk soal selidik yang dijalankan menunjukkan min
yang tinggi untuk tahap kepuasan masa senggang mereka, iaitu dengan skor bacaan min 3.0 dan ke atas
bagi kesemuanya. Berdasarkan min-min yang telah diperoleh daripada keseluruhan min bagi aspek dalam
konstruk tahap kepuasan masa senggang, Korelasi Pearson yang telah dibuat dan dikenalpasti antara
kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya adalah 0.193 bagi mahasiswa Malaysia manakala bagi
mahasiswa China nila Korelasi Pearson yang diperoleh adalah – 0.039. Merujuk kepada nilai signifikan
(α=0.05) Nilai ini gagal menolak Hipotesis Nol bagi mahasiswa Malaysia ( 0.193 > 0.05) manakala bagi
mahasiswa China pula Hipotesis Nol berjaya ditolak ( -0.039 < 0.05) dan ini menunjukkan wujud
hubungan antara kepuasan masa senggang dengan aspirasi kerjaya bagi kedua-dua wakil responden
mahasiswa bagi setiap negara.
Berdasarkan dapatan yang telah dikemukakan, dapatlah dinyatakan bahawa aspirasi dalam
kerjaya atau karier berkait rapat dengan kepuasan dalam hidup yang seacra umumnya akan dikaitkan
dengan pengisian masa senggang, seperti mana yang telah dinyatakan oleh Super (1980) iaitu kepuasan
kerja dan kepuasan kehidupan adalah bergantung kepada sejauh mana individu memperoleh jalan keluar
yang mencukupi bagi menyalurkan kebolehannya, kehendak, nilai, minat, tret-tret personaliti dan konsep
kendirinya. Segalanya bergantung kepada kemantapan dalam sesuatu jenis pekerjaan, situasi kerja dan
cara hidup yang membolehkannya berperanan dan dianggap sepadan dan sesuai dengan pengalaman
ketika peringkat pertumbuhan dan penerokaan sesuatu bidang kerjaya itu.
Walaupun keenam-enam aspek yang diselit dalam konstruk bagi pengujian menunjukkan bahawa
terdapat hubungan signifikan antara dua pembolehubah kajian, namun terdapat aspek-aspek terpenting
yang ditekankan seperti aspek kesantaian bagi mahasiswa China dan juga aspek psikologikal bagi
mahasiswa Malaysia berdasarkan catatan min tertinggi yang diperoleh. Hal ini adalah kerana wujudnya
faktor latar belakang pengalaman individu akan menyumbangkan sesuatu tindakan terhadap sikap dan
tingkah laku. Perbezaan-perbezaan dari segi aspek yang mendorong kepada aspirasi kerjaya mereka
dilihat dari kaca mata yang berlainan kerana ianya bergantung pengalaman sedia ada dan lingkungan
kehidupuan masing-masing. Jika dilihat dari konteks negara lain yang mungkin negara lebih miskin,
tahap sosioekonomi keluarga misalnya mungkin menjadi faktor yang amat signifikan kerana dalam
lingkungan keluargalah hubungan awal individu dengan dunia pekerjaan berlaku menerusi interaksinya
dengan ibu bapa,keluarga dan kawan-kawan, (Super. 1980).
Implikasi daripada dapatan kajian ini adalah tahap kepuasan masa senggang yang baik salah
satu perkara yang penting dalam menentukan hala tuju dan menjadi aspirasi kerjaya bagi setiap individu.
Ini adalah kerana, seperti mana yang dilihat dari sudut pandangan Super (1980) iaitu perkembangan
individu adalah melalui lingkungan persekitaran kehidupannya seperti keluarga, rakan sebaya atau
sesiapa sahaja yang singnifikan dalam kehidupannya. Pada zaman kanak-kanak yang akhirnya akhirnya
akan membentuk minat kepada sesuatu pekerjaan. Peranan model-model ini juga pada akhirnya menjadi
contoh kepada perkembangan konsep kendiri individu itu sendiri. Maka tidaklah terikat bagi mana-mana
individu untuk menentukan apakah perkara pada masa senggang yang dilakukan asalkan perkara itu
adalah sesuatu perkara yang diterima oleh norma dirinya sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada
selaras dengan pendapat yang dinyatakan oleh Super (1980). Tahap kepuasan masa senggang penting dan
perlu sentiasa dikenalpasti oleh individu untuk dipertingkatkan. Implikasinya adalah apabila tahap
kepuasan masa senggang mereka meningkat, maka kualiti kerjaya atau aspirasi dalam kerjaya mereka
akan berkembang baik seterusnya memberi nilai yang positif dalam kehidupan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya memberikan satu hubungan atau perkaitan yang jelas tentang
tahap kepuasan masa senggang yang dinilai dari kaca mata mahasiswa di Malaysia dan China iaitu
fokusnya yang untuk melihat keterlibatan perkara itu dalam aspirasi kerjaya mereka walaupun aspek
penting yang dilihat masing-masing menunjukkan perbezaan berdasarkan latar belakang masing-masing.
Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang signifikan antara aspirasi
kerjaya dengan tahap kepuasan masa senggang bagi mahasiswa dua negara. Kajian ini memantapkan dan
memartabatkan nilai kesenggangan dalam kehidupan. Hal ini adalah kerana ianya dapat menjelaskan dan
menentukan hala tuju kerjaya bagi individu pada masa kini. Pembolehubah-pembolehubah dalam kajian
ini iaitu aspirasi kerjaya dan tahap kepuasan masa senggang dilihat bersatu dan saling memerlukan.
Dapatan kajian memberi sumbangan yang amat berguna dalam bidang pengurusan pendidikan dan
kerjaya terutamanya bagi para kaunselor dalam membantu dalam pemilihan dan aspek-aspek yang sesuai
dalam mendorong kepada hala tuju kerjaya generasi hari ini.
RUJUKAN

Frank Parson (1909). Choosing a vacation. Houghton Miffin Company


Anne Roe (1988). The Career Development Quarterly. 36: 208–210.
Ginzberg. E (1979). Good Jobs, Bad Jobs, No Jobs .Harvard University Press
R. Larson (2000). Toward a psychology of positive youth development, American Psychologist, 55: 170-183.
Weissinger, E., & Bandalos, D. L. (1995). Development, reliability and validity of a scale to measure intrinsic
motivation in leisure. Journal of Leisure Research. 27: 379–400.
Witt, P. A., & Ellis, G. D. (1987). Leisure diagnostic battery and user’s manual. State College, PA: Venture.
Ellis, G. D., & Witt, P. A. (1994). Perceived freedom in leisure and satisfaction: Exploring the factor structure of
the perceived freedom components of the Leisure Diagnostic Battery. Leisure Science, 16, 259–270.
Armstrong, P. I., & Rounds, J. (2008). Linking leisure interests to the RIASEC world of work map. Journal of
Career Development. 35: 5–22.
Staines, G. L. (1980). Spillover versus compensation: A review of the literature on the relationship between work
and nonwork. Human Relations. 33: 111–129.
Fouad, N. A., & Bynner, J. (2008). Work transititons. American Psychologist. 63: 241–251
Munson, W. W. (1993). Perceived freedom in leisure and career salience in adolescence. Journal of Leisure
Research. 25: 305–314.
Csikszentmihalyi, M. (l981). Leisure and socialization. Social Forces. 60: 332–340.
Kelly, J. R. (1990). Leisure (2nd edition). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Lehmann, I. S., & Konstam, V. (IN PRESS). Growing up perfect: Perfectionism, problematic Internet use, and
career indecision in emerging adults. Journal of Counseling and Development.
Gati, I., Osipow, S. H., Krausz, M., & Saka, N. (2000). Validity of the career decision-making difficulties
questionnaire: Counselees’ versus career counselors’ perceptions. Journal of Vocational Behavior. 56: 99–113.
Osipow, S. H. (1999). Assessing career indecision. Journal of Vocational Behavior. 55: 147-154.
Super, D. E. (1957). The psychology of careers. New York, NY: Harper & Row.
Super, D. E. (1990). A life-span, life-spaced approach to career development. In D. Brown, L. Brook, &
Associates (Eds.), Career choice and development: Applying contemporary theories to practice 2:
197–261. San Francisco, CA: Jossey-Bass.
Super, D. E. (1980). A life-span, life-space approach to career development. Journal of Vocational Behavior. 13:
282-298.

You might also like