You are on page 1of 13

PENGGUNAAN INTERVENSI KAUNSELING DALAM MENANGANI MASALAH STRES

DALAM KALANGAN MURID: SATU KAJIAN KES

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Stres dilabel sebagai ‘Penyakit’ abad ke 20 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menjangkakan bahawa stres
merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada semua lima penyakit utama di dunia
iaitu penyakit jantung, kemurungan melampau, kemalangan jalan raya, strok dan penyakit
paru-paru yang kronik menjelang tahun 2020. Punca kepada masalah ini adalah disebabkan
tekanan atau stres melampau yang dihadapi oleh seseorang individu apabila masalah yang
dihadapi tidak dapat diselesaikan. Justeru stres yang dialami kanak-kanak dan remaja boleh
menjurus mereka mendapat kebimbangan dan kemurungan yang membawa kepada masalah
ini. Stres merupakan bebanan, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh,
kemurungan dan hilang daya (Mohd. Fadhilah, 2007). Jika stres dapat diatasi dengan baik,
ia akan mendatangkan kejayaan kepada individu. Walaupun begitu, stres yang tidak dikawal
dengan baik boleh menyebabkan gangguan kepada individu terlibat. Selain itu, stres juga
dilihat sebagai perubahan tindak balas terhadap tubuh badan samada secara fizikal, mental
mahupun emosi. Perubahan ini berlaku apabila seseorang individu berhadapan dengan suatu
keadaan yang melibatkan peluang, desakan, dan kekangan terhadap apa yang dihasratkan
(Robbin, 1993).

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (1996) menunjukkan kadar prevalen
kemurungan ialah pada 11%, kejadian bunuh diri yang tinggi iaitu 2,000 orang setahun
dengan purata 7 orang sehari. Kajian yang sama juga dijalankan buat kali kedua pada tahun
2004 mendapati bahawa 13% di kalangan kanak-kanak dan remaja di Malaysia mengalami
masalah psikiatri. Berdasarkan kajian lepas, golongan kanak-kanak yang mengalami masalah
kesihatan mental dan apabila tidak dirawat, mereka akan membesar menjadi golongan remaja
dan dewasa yang bermasalah dan tidak seimbang. Semasa saya menjalani praktikum fasa
kedua di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor dari bulan Julai hingga September, saya
mendapati bahawa masalah pengurusan stres merupakan masalah yang sangat besar dalam
kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor (SKBG). Oleh itu, saya akan
menjalankan penyelidikan atas faktor-faktor yang mempengaruhi murid-murid dalam
menghadapi stres dan langkah-langkah dalam mengatasi masalah tersebut dengan

1
pengaplikasian intervensi kaunseling dalam membantu menyelesaikan masalah murid
tersebut.

1.3 Matlamat Kajian

Secara umumnya, matlamat kajian ini adalah seperti berikut:

 Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan murid menghadapi masalah stres


 Membincangkan tentang langkah-langkah yang sesuai dapat diaplikasikan dalam
menangani masalah murid berkenaan dalam mengatasi masalah stres yang dihadapi.

 Membincangkan tentang keberkesanaan intervensi kaunseling yang dapat menangani


masalah murid yang tidak dapat menguruskan masalah stres dengan sebaik-baiknya.

1.3.1 Soalan Kajian

Tujuan kajian ini adalah:

i. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya stres dalam kalangan murid?

ii) Apakah langkah-langkah yang sesuai yang boleh diaplikasikan oleh murid bagi mengatasi
masalah stres?

iii) Adakah Pengunaan Intervensi Kaunseling dapat menangani masalah pengurusan stres
dalam kalangan murid?

2
1.4 Kerangka Konseptual

Stres

Inventori Kaunseling Individu

Depression Anxiety Teori Behaviouris


Stress Scale (DASS)

Output: Stres dengan kesannya


dari segi fizikal kepada murid

1.5 Skop Dan Batasan Kajian

Limitasi dalam kajian ini ialah dari segi tempat yang dilaksanakan kajian tersebut iaitu hanya terhad
kepada satu buah sekolah sahaja. Selain itu, kajian ini juga terhad kepada satu orang responden
sahaja.. Sesi ini hanya melibatkan selama satu bulan sesi intership yang akan dijalankan.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan merupakan kajian yang berfokuskan kepada masalah pengurusan stres
yang dihadapi oleh seseorang murid sekolah rendah . Oleh yang demikian kajian ini
dilaksanakan bagi tujuan membantu klien(murid berkenaan) supaya dia dapat kesedaran berkaitan
dengan kesan daripada pengurusan stres atau tekanan secara tidak baik dan teratur. Kepentingan
kajian ini juga boleh dibahagikan kepada lima bahagian yang penting iaitu Kementerian Pelajaran
Malaysia, sekolah, guru bimbingan dan kaunseling, pihak ibu bapa dan juga khususnya kepada
para murid.

3
i) Kementerian Pelajaran Malaysia

Kajian memainkan peranan yang sangat penting kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini
demikian kerana kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada mereka tentang
pengaplikasian sesi kaunseling dalam menangani isu murid-murid yang menghadapi masalah
stres.

ii) Pihak Sekolah

Bagi pihak sekolah pula seperti pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan juga yang lain dapat
berkongsi maklumat tentang kaedah menyelesaikan masalah murid stres.

iii) Guru Bimbingan dan Kaunseling

Kajian ini juga membantu para guru bimbingan dan kaunseling di sekolah memahami dan
mengaplikasikan kaedah dan teknik yang sesuai untuk masalah yang dihadapi oleh klien. Guru
bimbingan dan kaunseling juga dapat membincangkan kelebihan kajian ini antara mereka sebagai
sumbangan kepada tugas-tugas mereka dalam membantu para murid.

Iv) Pihak Ibu Bapa

Kajian ini juga akan menjadi pendorong kepada para ibu bapa pada zaman teknologi ini untuk
mengetahui peranan mereka dalam membantu anak-anak mereka dalam mengatasi masalah stres
yang dihadapi oleh anak-anak mereka.

1.7 Definisi Operasional

1.7.1 Stres

Stres merupakan bebanan, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan
dan hilang daya.

1.7.2 Intervensi

Memberi perkhidmatan awal bagi rawatan, pemulihan, bimbingan, khidmat nasihat, gabungan
pendidikan, penjagaan diri, interaksi sosial, perkembangan kemahiran motor dan sebagainya.

1.8 Rumusan
Kesimpulannya, bab 1 ini membincangkan keseluruhan tentang intipati kajian yang akan
dijalankan iaitu tentang stres.

4
BAB 2: KAJIAN TINJAUAN

Bab 2 ini membincangkan tentang kajian-kajian lepas tentang masalah stres dalam kalangan
murid-murid sekolah, pelajar-pelajar sekolah menengah dan juga pelajar-pelajar kolej serta
universiti tempatan. Dalam bab ini juga, pengkaji ada membincangakan tentang kajian-kajian
dari luar negara tentang masalah pengurusan stres dalam kalangan murid-murid serta pelajar-
pelajar. Dalam bab ini juga, kajian-kajian lepas tentang pengaplikasian teknik Teori
Behavouris dalam menangani beberapa isu murid sekolah rendah mahupun sekolah
menengah dan juga pelajar-pelajar kolej serta universiti.

2.2.1 Kajian Literatur yang lepas tentang isu (Masalah Pengurusan Stres Dalam

Kalangan Murid-murid Tahun 5)

(a) Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar Universiti

Kajian yang dilakukan oleh Shamsaadal, Wan Zaimah, Zahrul Akmal, Harliana, Hussain dan
Khairul Azman menjalankan kajian ini untuk mengetahui sejauhmana masalah stres yang
dialami dalam kalangan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Ia memfokus
kepada tiga faktor utama yang menyebabkan stres; akademik, pengurusan masa dan
hubungan sosial. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tindakan yang diambil oleh
pelajar bagi mengurus stres yang dialami. Sampel yang terlibat adalah seramai 260 orang
yang terdiri daripada pelajar tahun pertama yang dipilih secara rawak daripada enam fakulti
di UTHM. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Kaedah analisis data
bagi menjalankan kajian ini ialah statistik deskriptif menerusi frekuensi dan skor min. Hasil
dapatan daripada kajian yang dilaksanakan menunjukkan tahap stres yang dialami oleh
pelajar dari segi faktor akademik dan pengurusan masa adalah tinggi berbanding dengan
hubungan sosial yang menunjukkan tahap stres yang sederhana. Bagi mengatasi masalah
ini, pelajar dalam mengurus isu stres telah mengambil tindakan dengan memperuntukkan
masa dengan melakukan kerja mengikut keutamaan, merujuk kaunselor, berkongsi masalah
dengan rakan dan berehat.

(b) Punca Stress Di Kalangan Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajudddin

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau masalah stress di kalangan pelajar-pelajar di
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Aspek yang dikaji adalah faktor bebanan tugas,
faktor rakan sebaya, faktor jadual tugas, faktor persekitaran bilik kuliah dan faktor
penggunaan Bahasa Inggeris yang mempengaruhi tahap stress pelajar. Kajian ini melibatkan
seramai 358 orang pelajar PTSS yang terdiri daripada enam jabatan iaitu Jabatan

5
Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan
Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Jabatan
Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga
bahagian iaitu bahagian A maklumat demografi, Maklumat B dan C, pernyataan berkenaan
dengan stress telah diedarkan kepada responden untuk dijawab. Data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (versi 16).
Hasil kajian mendapati bahawa faktor yang menyumbang kepada berlakunya stress di
kalangan pelajar PTSS ialah bebanan tugas. Penyelidik menyarankan kepada pelajar agar
membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mereka melangkah kaki ke IPT kerana
bebanan tugas memberi implikasi yang besar kepada setiap pelajar

(c) Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan Kaedah Ganjaran


Dan Hukuman Untuk Murid-Murid Tahun 3.

Kajian yang dilakukan oleh Ngu Mee Kok adalah untuk menilai bagaimana Kaedah Ganjaran
dan Hukuman dapat membantu saya meningkatkan keberkesanan kawalan kelas.
Penyelidikan tindakan ini secara tidak langsung turut meningkatkan minat murid-murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran(P&P)saya. Responden dalam kajian ini terdiri
daripada 45 murid Tahun Tiga dari sebuah sekolah rendah di kawasan Bandaraya Kuching.
Data dikumpulkan melalui pemerhatian,soal-selidik dan temu-bual. Data-data yang dikumpul
kemudian dianalisis dari segi kandungan dan pola. Penyemakan data yang telah dikumpul
dan dianalisis pula dilaksanakan melalui traingulasi kaedah, masa dan sumber. Hasil kajian
menunjukkan KaedahGanjaran dan Hukuman yang dilaksanakan adalah berkesan dan
berupaya untuk membantu saya dari segi kawalan kelas. Secara tidak langsung, Kaedah
Ganjaran dan Hukuman ini turut dapat meningkatkan minat murid-murid dalam P&P saya

6
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

Bab ini mengandungi huraian mengenai kaedah kajian yang dijalankan. Ini termasuklah reka
bentuk kajian, reka bentuk kajian, persampelan, instrumen kajian, prosedur intervensi
kaunseling, kesahan dan kebolehpercayaan, prosedur pengumpulan data dan

3.1 REKA BENTUK KAJIAN


Kajian penyelidikan ini menggabungkan dua kaedah kajian yang merangkumi penyelidikan
kuantitatif dan penyelidikan kualitatif atau dikenali sebagai kaedah campuran. Menurut L.R. Gay
et.al(2009), kaedah campuran adalah reka bentuk penyelidikan k/ipendekatan campuran yang
menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif dengan memasukkan kedua-dua data
kuantitatif dan kualitatif dalam satu kajian.Tujuan kaedah campuran dibentuk adalah untuk
menghasilkan penyelidikan kuantitatif dan kualitatif yang kukuh untuk memahami fenomena kajian
dengan sepenuhnya berbanding dengan hanya menggunakan satu metod kajian sahaja. Di
samping itu,penyelidikan secara campuran ini juga adalah untuk memantapkan sokongan terhadap
sesuatu isu, hujah atau dapatan yang diperoleh daripada pelbagai perspektif sama ada kuantitatif
atau kualitatif. Contoh kaedah kualitatif yang akan digunakan oleh pengkaji ialah temubual dan
pemerhatian manakala kuantitatif pula soal selidik. Kaedah ini dipilih berdasarkan kepada
permasalahan dan matlamat kajian.

3.2 PERSAMPELAN
Semasa pengkaji menjalani praktikum fasa satu di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor dari
bulan Julai hingga September bersamaan dengan tiga bulan, saya mendapati bahawa
masalah pengurusan stres rumah merupakan masalah yang sangat besar dalam kalangan
murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor (SKBG). Oleh itu, saya ingin menjalankan
penyelidikan atas faktor-faktor yang mempengaruhi murid-murid SKBG dalam menghadapi
stres yang amat tinggi dan langkah-langkah dalam mengatasi masalah tersebut serta dengan
penggunaan intervensi kaunseling dalam mengatasi masalah tersebut(stres).

7
3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Depression, anxiety and stress scale (DASS) dicipta oleh Peter Lovinbond pada tahun 1995.
Versi asal DASS mengandungi 42 item. Manakala DASS yang telah diubahsuai dan
dipendekkan mengandungi 21 item. DASS yang mengandungi 21 item telah diadaptasikan
kepada Bahasa Melayu untuk kegunaan rakyat Malaysia. Penggunaan DASS adalah meluas
digunakan di premis-premis kesihatan di Malaysia. Alat ujian DASS digunakan sebagai
pengesanan awal kesihatan mental selain dapat dikenal pasti melalui pemerhatian dan
komunikasi. Bagi kaunselor, alat ini dapat digunakan sebagai petanda awal yang perlu dirujuk
jika diperlukan. DASS digunakan untuk mengesan tahap depression(kemurungan), anxiety
(kebimbingan) dan stress (tekanan).

DASS menggunakan skala pemarkahan four-point Likert-scale antara 0-3. Skala pemarkahan
0 menggambarkan penyataan yang tidak langsung menggambarkan keadaan klien. 1
mewakili penyataan yang sedikit atau jarang-jarang menggambarkan keadaan klien. Markah
2 menggambarkan pernyataan yang baik atau kerapkali menggambarkan keadaan klien. Dan
3, mewakili penyataan yang sangat banyak atau sangat kerap menggambarkan keadaan
saya. Depression mewakili item 3,5,10,13,16,17 dan 21. Anxiety mewakili item 2,4,7,9,15,19
dan 20. Stress pula mewakili item 1,6,8,11,12,14 dan 18. Kemudian, calon dikehendaki untuk
menjumlahkan item-item tersebut.

3.4 PROSEDUR INTERVENSI KAUNSELING


Sebanyak tujuh sesi kaunseling individu akan dijalankan bersama klien berturut-turut selama
tiga bulan iaitu sewaktu menjalani praktikum di sekolah. Setiap sesi yang dijalankan,
perbualan dan bimbingan antara guru bimbingan dan kaunseling dengan klien direkodkan
untuk tujuan transkrip. Sokongan kualititatif ini dari segi transkrip akan membantu serta
membuktikan keberkesanaan aplikasi teori dalam mengatasi masalah. Sesi kaunseling ini
akan dijalankan selama satu jam kecuali untuk sesi yang pertama iaitu pra sesi akan
dijalankan selama 45 minit sahaja. Sebelum menjalankan sesi kaunseling, saya akan
menjalankan ujian pra dengan klien dan selepas menamatkan ketujuh sesi kaunseling, saya
akan melaksanakan ujian pos bersama klien untuk melihat keberkesanaan teknik-teknik yang
diaplikasikan kepada klien sepanjang sesi diadakan.

8
3.4.1 PRA-SESI
Bagi klien yang datang dan membuat temu janji, kaunselor perlu bersedia untuk mengetahui
serba sedikit tentang profil klien demi memudahkan kaunselor membentuk hubungan dan
memberikan pertolongan.

3.4.2 MEMBINA HUBUNGAN


Dalam sesi ini, proses membina hubungan yang rapport dilakukan oleh pengkaji. Hal ini
demikian kerana klien memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dalam sesi
kaunseling. Dalam sesi ini, klien akan diberi kebebasan untuk menceritakan tentang nama,
hobi, cita-cita, adik beradik, tempat tinggal dan perhubungan dengan rakan-rakan dan guru
yang rapat dengan klien dilakukan. Apabila klien mula menunjukkan kepercayaan,saya cuba
melakukan penstrukturan informed consent iaitu persetujuan un1tuk dijadikan sebagai
klien.Pengkaji juga akan meminta kebenaran klien untuk merakamkan sepanjang sesi
kaunseling individu ini dijalankan bersama klien. Sesi yang ini dihabiskan untuk tujuan
membina hubungan sahaja.

. 3.4.3 PENEROKAAN & MENGANALISIS

Dalam sesi ketiga pula, fasa penerokaan akan dilakukan. Tujuannya ialah supaya kaunselor dan
klien dapat memahami permasalahan berkenaan dengan betul dan objektif khususnya dari aspek
pemikiran, perasaan dan perlakuan klien.

3.4.4 MENGENAL PASTI PUNCA MASALAH


Dalam sesi keempat ini, pengkaji akan membantu klien perlu dibantu supaya dia dapat
melihat di mana punca masalah bagi memudahkan proses intervensi dilakukan. Ini kerana
masalah selalunya kompleks dan berkait-kait sehingga tidak dapat dipastikan yang mana
punca utama dan yang mana masalah sampingan.Di peringkat ini juga kaunselor dan klien
berbincang mengenai pilihan atau alternatif yang boleh digunakan bagi mencapai
matlamat kaunseling.

9
3.4.5 MENGAMBIL TINDAKAN
Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan tindakan iaitu klien akan
melaksanakan pilihan yang telah dipersetujui bagi mengatasi masalahnya.

3.4.6 MENAMATKAN SESI


Sesi keenam merupakan sesi penamatan. Sesi penamatan akan dilakukan setelah
permasalahan yang dihadapi oleh klien dapat diselesaikan. Pada peringkat ini juga, klien akan
berasa berpuas hati dengan alternatif yang diambil olehnya. Pengkaji juga akan berasa puas
hati dengan langkah penyelesaian yang dipilih oleh klien. Klien juga akan berpendapat
bahawa pilihan alternatifnya akan membawa perubahan dalam kehidupan dan dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

3.4.7 TINDAKAN SUSULAN


Langkah susulan ini akan dilaksanakan selepas penamatan sesi dan merupakan khidmat
susulan daripada pihak pengkaji terhadap perkembangan klien. Pada peringkat tertentu
pengkaji boleh menjarakkan perjumpaan dengan klien sekiranya klien menunjukkan
kemajuan yang baik dan memuaskan.

3.5 PENGUMPULAN DATA

Cara pengkaji mengumpul data adalah dengan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Dalam
kaedah kualitatif pengkaji mengumpul data dengan menjalankan sesi kaunseling individu
manakala untuk kaedah kuantitatif adalah soal selidik DASS.

3.6 PENGANALISISAN DATA


Data melalui soal selidik DASS akan dikira skor saringannya. Bagi sesi kaunseling individu
pula, segala maklumat diberi oleh klien akan dicatat dan akan dianalisis oleh pengkaji.

10
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini memberi fokus terhadap huraian yang dibuat secara terperinci mengenai dapatan
kajian. Data diperoleh melalui dua sumber iaitu temu bual dan borang soal selidik. Responden
bagi kajian kes ini ialah hanya seorang klien.Bab ini juga melaporkan dapatan kajian
berdasarkan keputusan ujian dan tindak balas yang diberikan oleh responden terhadap soal
selidik yang dijalankan dalam menangani masalah stres yang dihadapi oleh klien dengan
penggunaan intervensi kaunseling. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan borang
soal selidik DASS dan juga sesi kaunseling individu selepas memberikan ujian inventori
tersebut.

4.2 PERBINCANGAN

Setelah menjalankan soal selidik DASS bersama-sama dengan klien, klien boleh dikatakan
berada di kategori stress. Hal ini kerana penganalisisan pengiraan telah dilakukan terhadap
borang soal selidik yang telah dijawab oleh klien dan klien didapati menghadapi tekanan
ataupun stres yang terlalu teruk. Selepas itu, proses kaunseling individu telah dijalankan
bersama klien untuk mengetahui lebih lanjut dan mendalam tentang apakah punca sebenar
yang menyebabkan klien menghadapi tekanan yang terlalu tinggi.

Menurut klien, punca yang menyebabkan klien menghadapi tekanan yang terlalu yang tinggi
ialah kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru di sekolah dan juga tekanan yang dihadapi
olehnya di rumah disebabkan oleh adik-adik kecil. Oleh kerana masalah-masalah klien tidak
dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh gurunya dan terpaksa kena marah dengan
guru-guru di sekolah.

Dalam perbincangan ini juga, pengkaji mendapati bahawa klien juga merupakan seorang aktif
dalam bidang sukan. Oleh itu, klien tidak dapat pandai dan bijak membahagikan masa antara
akademik dan bukan akademik. Oleh itu, beberapa langkah telah dibincangkan bersama klien
supaya klien dapat celik akal dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh dirinya dari
segi pengurusan masa yang cekap dan efektif. Antara langkah yang dibincangkan dalam sesi

11
ialah membuat jadual dan mengikuti jadual yang dibuat oleh klien itu sendiri. Selain itu, cara
relaksasi juga diajarkan kepada klien semasa menghadapi stres yang terlampau.

12
BAB 5
KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 KESIMPULAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan ke atas seorang murid sekolah rendah yang berada di kawasan
Gelugor. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan intervensi kaunseling dalam
menangani masalah stres dalam kalangan murid. Sehubungan dengan itu, alat kajian yang
digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian A
untuk mengukur tahap mental klien sama ada stres, kemurungan atau kerisauan. Bahagian B
pula untuk pengiraan skor hasil daripada jawapan dari soal selidik dan bahagian C pula untuk
mengetahui keputusaan terakhir bagi soal selidik tersebut. Hasil daripada soal selidik tersebut
klien didapati menghadapi masalah stres yang teruk.

5.2

13

You might also like