You are on page 1of 27

KAJIAN HUBUNGAN EMOSI DAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR

DENGAN TAHAP STRES PELAJAR TAHUN DUA DI PUSAT PENGAJIAN SAINS


KEMASYARAKATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Nur Ain Kamarol


nurainmek@gmail.com
132434

Nur Nabihah Norizal


nurrnabihah@yahoo.com
135765

Nazirah Yaakub
nazirahyaakub@gmail.com
132412

Shamirah A. Khlid
shamirahkhalid96@gmail.com
132469
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


Abstrak -
1.0 Pengenalan 1-3
2.0 Permasalahan Kajian 3-4
3.0 Objektif Kajian 4-5
4.0 Persoalan Kajian 5
5.0 Sorotan Literatur 5-9
6.0 Metodologi
6.1 Reka bentuk kajian 10
6.2 Rangka bentuk 11
6.3 Kaedah pengumpulan data 11
6.4 Kaedah persampelan data 12
6.5 Teknik analisis data 12
7.0 Dapatan Kajian 12-13
7.1 Objektif 1: Mengkaji tahap stres dalam kalangan pelajar tahun
dua Sains Kemasyarakatan. 14
7.2 Objektif 2: Mengkaji perhubungan antara emosi dan tahap stres
pelajar tahun dua Sains Kemasyarakatan. 15
7.3 Objektif 3: Mengenal pasti perhubungan antara pengurusan
kewangan pelajar dan tahap stres pelajar tahun dua
Sains Kemasyarakatan. 15-17
7.4 Objektif 4: Menilai perbezaan tahap stres pelajar mengikut major
Dalam jurusan Sains Kemasyarakatan. 17-18
8.0 Perbincangan Kajian 18
9.0 Implikasi dan Cadangan Kajian 19-20
10.0 Kesimpulan 20
11.0 Penghargaan 21
12.0 Rujukan 21
Lampiran -

1
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan emosi dan pengurusan kewangan
pelajar dengan tahap stres pelajar tahun dua serta perbezaan tahap stres pelajar mengikut
major dalam jurusan Sains Kemasyarakatan di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Kajian
ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam menentukan perhubungan antara kesemua
pemboleh ubah bersandar (tahap stres) dengan pemboleh ubah tidak bersandar (emosi dan
pengurusan kewangan). Sampel kajian ini telah diperoleh daripada pelajar-pelajar tahun dua
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) di Universiti Sains Malaysia (USM).
Sebanyak 40 sampel telah diperoleh oleh penyelidik untuk diuji dalam kajian ini. Setiap
hipotesis telah diuji dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences
(SPSS) Versi 22.0. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan pada tahap
sederhana, iaitu r = 0.607** di antara pemboleh ubah emosi dengan tahap stres pelajar,
hubungan yang signifikan pada tahap sederhana r = 0.228 di antara pemboleh ubah
pengurusan kewangan dan tahap stres pelajar. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat
hubungan antara punca stres emosi dengan tahap stres dan perbezaan major tidak memberi
kesan kepada tahap stres pelajar tahun dua Sains Kemasyarakatan.

Kata kunci: tahap stres, emosi, pengurusan kewangan, tahun dua

1.0 PENGENALAN
Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang
terhadap perubahan atau tuntutan. Sebagai manusia biasa, pastinya setiap daripada kita
pernah merasai pengalaman tertekan atau stres dalam kehidupan seharian. Pendek
kata, dalam kehidupan moden yang serba mencabar ini, stres menjadi makanan dan
pakaian kita. Sama ada kita suka atau tidak, hampir setiap hari yang dilalui kita perlu
berhadapan dengan situasi tertentu yang boleh mencetuskan stres. Menurut Robbins
(1993), menjelaskan definisi stres dalam bukunya sebagai suatu keadaan yang dinamik
yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan
terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan
hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut.
Stres menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka bermaksud keadaan resah, cemas, dan tegang akibat tekanan mental dan
fizikal. Oleh itu, golongan yang banyak menghadapi perasaan resah dan cemas adalah
mangsa stres. Pelajar universiti pada awal tahun pengajian, amat mudah terdedah

2
kepada stres disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka di universiti (Towbes
dan Cohen, 1996). Senario beginilah yang bakal berlaku sekiranya pelajar tidak dapat
menyesuaikan diri dengan perubahan besar apabila bergelar mahasiswa di IPTA yang
mana memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memperolehi keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan. Persaingan yang sengit dalam mengejar
kecemerlangan akademik akan memberikan tekanan yang tinggi kepada pelajar
dalaam merealisasikan impian mereka. Kehidupan sebagai pelajar dalam menuntut
ilmu pelbagai kemahiran di IPTA berkait rapat dengan stres. Golongan ini akan berasa
stres kerana mereka dihujani dengan pelbagai tugasan yang diberi oleh para pensyarah
dan pada masa yang sama, mereka terpaksa mengulangkaji pelajaran bagi setiap
subjek yang diambil untuk persediaan menghadapi ujian dan kuiz yang biasa diadakan
pada setiap sesi kelas.
Stres juga disebabkan oleh masalah kewangan yang biasa dialami oleh pelajar
di alam universiti. Sumber kewangan merupakan asset penting bagi seseorang pelajar
dalam menuntut ilmu dan melanjutkan pelajaran. Wang diperlukan untuk pembayaran
yuran, keperluan pengajian yang selesa dan sempurna serta kos sara diri pelajar.
Kesempitan wang boleh menyebabkan seseorang menjadi tertekan. Kajian Yunus
(1984) mendapati kesempitan wang menjadi punca berlakunya tekanan di kalangan
mahasiswa. Masalah kewangan adalah antara punca seseorang individu
menangguhkan untuk melanjutkan pelajaran. Situasi ini diakui oleh kajian Abdul Jalil
(1993) yang mendapati faktor kewangan merupakan salah satu permasalahan bagi
seseorang guru untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Faridah (1976)
dalam Ismeehan (2002) juga memperolehi hasil yang sama dalam kajiannya iaitu
pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran merasa bimbang dengan masalah
kewangan. Perasaan runsing dan bimbang yang berterusan akan menyebabkan stres
pada diri seseorang.
Perbezaan stres di kalangan pelajar juga adalah berbeza. Terdapat pelajar yang
berupaya berhadapan dengan stres tanpa mengalami apa-apa kesan fizikal, mental atau
emosi yang negatif serta boleh memotivasikan diri. Terdapat juga pelajar yang tidak
berupaya menguruskan stres apabila berada dalam pengajian di universiti. Stres yang
melebihi pada tahap tertentu sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan pelbagai
masalah kepada setiap individu (Romas dan Sharma, 2004). Kebiasaannya, stres akan
dialami dalam pelbagai keadaan seperti rasa kesunyian, kurang tidur, keresahan,
kebimbangan yang tinggi serta simptom-simptom fisiologi yang ditunjukkan kesan

3
daripada sesuatu peristiwa yang dialami (Wright, 1967). Oleh yang demikian, stres
boleh menyebabkan kehidupan dan pergaulan seharian seseorang pelajar terjejas
sehingga memberi impak negatif terhadap tahap kesihatan, personaliti, interaksi sosial
dan pencapaian akademik mereka.
Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stres dilihat dari aspek negatif
atau tekanan yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap
kesihatan dan pencapaian akademik seseorang pelajar. Oleh sebab stres di kalangan
pelajar merupakan satu fenomena yang membimbangkan pelbagai pihak sekiranya
tidak ditangani secara menyeluruh, maka adalah penting bagi mengenalpasti faktor-
faktor penyebab stres pelajar terlebih dahulu sebelum sesuatu program intervensi
direka bentuk. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji hubungan
emosi dan pengurusan kewangan pelajar dengan tahap stres pelajar tahun dua serta
perbezaan tahap stres pelajar mengikut major di Pusat Pengajian Sains
Kemasyarakatan.

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN


Stres merupakan satu kejadian yang sering dialami oleh seseorang individu.
Stres boleh mendatangkan gangguan ke atas pemikiran, perasaan dan aktiviti seharian.
Golongan mahasiswa tidak dapat dielakkan daripada isu stres kerana mereka sentiasa
berdepan dengan pelbagai cabaran di alam kampus. Hal ini demikian kerana universiti
merupakan persekitaran unik yang seringkali menuntut pelajar menyeimbangkan
pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Sekiranya tidak berjaya, mereka
akan mudah mengalami stres.
Stres dalam kalangan pelajar disebabkan oleh masalah kewangan. Sumber
kewangan merupakan asset penting bagi seseorang pelajar dalam menuntut ilmu dan
melanjutkan pelajaran. Wang diperlukan untuk pembayaran yuran, keperluan
pengajian yang selesa dan sempurna serta kos sara diri pelajar. Kesempitan wang
boleh menyebabkan seseorang menjadi tertekan. Stres ini bukanlah perkara yang tidak
bagus, ini kerana stres itu sendiri mempunyai dua jenis. Stres yang membina dan
mampu menyesuaikan diri dipanggil Eustress (positif) dan stres yang tidak dapat
menyesuaikan diri dipanggil Distress (negatif).
Pelajar yang banyak dibebani tugasan dari pensyarah merupakan satu contoh
stres yang baik. Ini kerana pelajar tersebut akan fokus dan belajar untuk menyiapkan
tugasan tersebut tanpa mengganggu kehidupan sehariannya. Bahkan hasil kerja yang

4
baik akan memberikan kelebihan berganda kepada mereka. Tanpa tekanan yang
positif, kebarangkalian pelajar tidak akan mampu menyiapkan tugasan yang diberikan
pada masa yang telah ditetapkan. Namun ia berbeza apabila pelajar yang banyak
dibebani tugasan menyebabkan pelajar mengalami tekanan emosi kerana tidak dapat
mengawal tekanan tersebut menyebabkan kehidupan menjadi lebih teruk dan tidak
teratur, ini dipanggil stres yang negatif.
Terdapat pelajar yang berupaya berhadapan dengan stres tanpa mengalami
apa-apa kesan fizikal, mental atau emosi yang negatif serta boleh memotivasikan diri.
Terdapat juga pelajar yang tidak berupaya menguruskan stres apabila berada dalam
pengajian di universiti. Maka seperti biasa, setiap perkara yang berlaku ada baik
buruknya, sama seperti stres ia boleh membina dan boleh menjatuhkan seseorang
pelajar di universiti. Dalam konteks ini masalah yang dipertengahkan oleh pengkaji
adalah hubungan emosi dan pengurusan kewangan pelajar dengan tahap stres pelajar
tahun dua serta perbezaan tahap stres pelajar mengikut major di Pusat Pengajian Sains
Kemasyarakatan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dijalankan untuk mencapai beberapa objektif seperti berikut:
OBJEKTIF UMUM
1. Mengkaji tahap stres dalam kalangan pelajar tahun dua Sains Kemasyarakatan.

OBJEKTIF KHUSUS
1. Mengkaji perhubungan antara emosi dan tahap stres pelajar tahun dua Sains
Kemasyarakatan.
2. Mengenal pasti perhubungan antara pengurusan kewangan pelajar dan tahap stres
pelajar tahun dua Sains Kemasyarakatan.
3. Menilai perbezaan tahap stres pelajar mengikut major dalam jurusan Sains
Kemasyaratan di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan.

4.0 PERSOALAN KAJIAN


Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap stres pelajar tahun dua Sains Kemasyarakatan?
2. Apakah hubungan antara emosi dan tahap stres pelajar tahun dua Sains
Kemasyarakatan?

5
3. Apakah hubungan antara pengurusan kewangan dan tahap stres pelajar tahun dua
Sains Kemasyarakatan?
4. Apakah perbezaan tahap stres pelajar tahun dua Sains Kemasyarakatan antara
major Perancangan dan Pengurusan Pembangunan, Antropologi dan Sosiologi,
Sains Politik dan Ekonomi?

5.0 SOROTAN LITERATUR


Menurut McNamara (2000), remaja pada masa kini lebih kerap mengalami
stres jika dibandingkan dengan remaja pada masa dahulu. Ianya jelas terbukti apabila
di United Kingdom, bantuan yang diperlukan oleh remaja untuk menangani stres
dalam kalangan mereka telah meningkat. Bilangan remaja yang mengalami stres
psikologikal iaitu kebimbangan, kemurungan dan kecelaruan makanan meningkat
secara mendadak pada tahap akhir remaja antara tahun 1980 hingga 1993.
Terdapat kajian yang dilakukan bagi melihat punca stres dalam kalangan
pelajar universiti. Menurut Kohn dan Frazer (1986), antara punca yang menyebabkan
seseorang individu mengalami stres dalam menjalani kehidupan sebagai seorang
pelajar universiti adalah disebabkan beban tugas yang diterima daripada pensyarah,
situasi di universiti itu sendiri, masalah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang
sibuk, konflik dan persaingan dalam pencapaian akademik. Pandangan mereka persis
dengan Yusuf Mohd Noor (1984) yang menyatakan pelajar universiti di Malaysia
terdiri daripada golongan elitis yang sentiasa menghadapi kegelisahan mengikut masa
dan peringkat pengajian mereka dan mereka ini juga tidak pernah sampai ke garisan
tenteram. Menurut Mucowski (1984) yang telah membuktikan bahawa terdapat enam
punca utama yang mengganggu pelajar dalam pembelajaran mereka iaitu rekod
akademik yang tidak memuaskan, krisis keluarga, tekanan kewangan, gangguan
sosial, kekeliruan matlamat hidup dan keadaan yang sedang dialami seperti masalah
kesihatan dan sebagainya.
Menurut D’Zurilla dan Sheedy (1991), dalam aspek universiti di mana pelajar
universiti cenderung mengalami stres disebabkan oleh peralihan daripada alam
persekolahan kepada kehidupan baru di kampus yang penuh dengan cabaran. Hal ini
demikian kerana, semasa di kampus mereka akan berhadapan dengan suasana baru,
belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sosial yang baharu,
mengurus diri sendiri seperti dalam hal urusan pembelajaran, kehidupan seharian,
berkomunikasi, urusan kewangan dan menguruskan masa dengan bijak. Kesemua

6
perkara ini adalah merupakan faktor penyebab berlakunya stres dalam kalangan
pelajar. Ditambah lagi dengan keinginan mendapatkan keputusan yang baik dalam
peperiksaan, tugasan yang diberikan oleh pensyarah, kemudahan pembelajaran dan
keadaan bilik kuliah yang kurang selesa.
Antara kajian lain yang dilakukan bagi melihat punca -punca stres dalam
kalangan pelajar universiti adalah kajian Archer dan Lammin (1985) mendapati punca
stres berkaitan akademik yang utama adalah mengikuti ujian, persaingan mendapatkan
gred yang baik, tuntutan masa, profesor dan persekitaran bilik kuliah. Bagi punca stres
berkaitan peribadi pula adalah perhubungan intim, konflik ibu bapa, masalah
kewangan dan konflik interpersonal dengan rakan. Abouserie (1994) juga mendapati
peperiksaan dan keputusan peperiksaan merupakan punca stres yang paling utama
diikuti dengan terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menghadapi
peperiksaan, beban kerja yang banyak, masalah kewangan, kekurangan masa bersama
keluarga dan rakan. Selain itu, punca stres utama dalam kalangan pelajar universiti
adalah berkaitan dengan isu konflik dan bebanan diri manakala reaksi fisiologo dan
emosi pula kerap dialami oleh mereka semasa dalam keadaan stres (Mahadir, Shazli
Ezzat, Normah dan Ponnusamy, 2004).
Suriani dan Suriani (2005) dalam kajian mereka dalam kalangan 94 orang
pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris mendapati punca stres akademik,
pensyarah, peribadi dan universiti dialami oleh lebih 70 peratus hingga 91 peratus.
Manakala punca stres berkaitan aktiviti kokurikulum, rakan, keluarga dan ibu bapa
dialami oleh lebih kurang 60 peratus hingga 70 peratus pelajar.. Namun, didapati
akademik merupakan punca stres yang utama terutamanya disebabkan terlalu banyak
tugasan, tidak cukup masa untuk mengulangkaji, mendapat markah yang lemah dalam
ujian, sukar memahami subjek yang diajar, tidak dapat menjawab soalan yang
dikemukakan oleh pensyarah, menunggu keputusan peperiksaan dan tidak dapat
memberi tumpuan dan perhatian kepada pelajaran.
Keadaan tertekan ini menimbulkan kecelaruan mental dan fizikal seperti stre,
kebimbangan, kemurungan, sakit kepala dan sakit perut (Hall and Torres, 2002 ; Jas
Laile Suzana Jaafar, 1996) serta memberi kesan terhadap pencapaian akademik
(Plucker, 1997). Kecelaruan ini akan menjadi lebih berat apabila ditambah dengan
punca-punca stres yang lain. Justeru, remaja perlu diajar kemahiran berdaya tindak
dan diberi sokongan sosial terutamanya daripada ibu bapa, adik - beradik, rakan dan
saudara mara semasa menghadapi sesuatu masalah supaya mereka terhindar daripada

7
kesan - kesan yang aversif (Jas Laile Suzana Jaafar, 1996; Plucker, 1997; Hall and
Torres, 2002).
Ball, Sharifah Muzlia dan Mosselle (1999) dalam satu kajian ke atas 392 orang
pelajar Kolej Melayu yang berumur antara 17 hingga 20 tahun menunjukkan pelajar
terlibat dalam kajian mengakui tidak mampu menangani stres yang dialami secara
berkesan. Simptom stres yang signifikan dan paling kerap dilaporkan seperti
kemurungan, sakit kepala, insomnia, kesunyian, kerinduan kepada keluarga
(homesickness) yang melampau dan peningkatan dalam jumlah aktiviti merokok.
Kajian juga menunjukkan bahawa punca stres yang paling berpengaruh ke atas stres
pelajar ialah konfrontasi harian sebagai pelajar universiti termasuk tugasan akademik,
perasaan tidak yakin sama ada bidang yang diambil dapat menjamin masa depan yang
baik, dan konflik keluarga yang tidak diselesaikan.
Beberapa kajian membuktikan terdapat hubungan yang signifikan antara punca
stres dengan stres, gangguan psikologi dan masalah pelajar (Abouserie, 1994; Diane
and Misty, 1997; Bojuwoye, 2002; Mahadir, Shazli Ezzat, Normah dan Ponnusamy,
2004; Najib, Che Su, Zarina dan Suhanim, 2005; Najeemah, 2005). Misalnya
Abouserie (1994) dalam kajiannya mendapati aktiviti akademik seperti peperiksaan,
terlalu banyak tugasan, kehendak diri untuk mencapai keputusan yang terbaik dan
melaksanakan projek kelas merupakan punca utama stres dalam kalangan pelajar.
Kajian ini juga mendapati pelajar yang mempunyai harga diri yang rendah juga
menjadi penyebab kepada tahap stres yang tinggi.
Selain aktiviti akademik, persekitaran pembelajaran juga berkait rapat dengan
masalah pelajar. Bojuwoye (2002) dalam kajiannya ke atas pelajar - pelajar di lapan
buah universiti di Afrika Selatan mendapati pelajar mengalami stres disebabkan oleh
persekitaran fizikal universiti. Suriani dan Suriani (2005) juga mendapati universiti
merupakan punca kedua yang menyumbang kepada stres pelajar. Keadaan di bilik
kuliah yang tidak selesa dan peraturan yang ketat antara punca berlakunya stres dalam
kalangan pelajar.
Mahadir, Shazli Ezzat, Normah dan Ponnusamy (2004) dalam kajian mereka
untuk melihat pengaruh stres hidup dan kesan daya tindak kepada distres psikologi
dalam kalangan pelajar universiti mendapati stres hidup secara keseluruhannya
menyumbang sebanyak 41 peratus kepada varian distres dan 38.9 peratus kepada
varian distres psikologi. Daya tindak yang tidak produktif pula menyumbang sebanyak

8
50.8 peratus kepada reaksi stres dan sebanyak 29.6 peratus kepada varian distres
psikologi.
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Najib, Che Su Zarina dan Suhanim
(2005) dalam kalangan seramai 1,923 pelajar Universiti Utara Malaysia mendapati
terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas dan stres akademik yang
dialami pelajar. Menurut mereka lagi, pelajar biasanya mempunyai banyak tugasan
yang perlu dilaksanakan pada satu - satu semester bagi setiap kursus. Maka secara
tidak langsung, bebanan yang dipikul ini menyumbang kepada stres yang lebih tinggi.
Selain itu, kajian mereka juga mendapati terdapat hubungan antara penghargaan
kendiri dan stres akademik. Dengan kata lain, semakin rendah penghargaan kendiri,
semakin tinggi tahap stres yang akan dialami.
Stres yang dialami pelajar disebabkan oleh punca stres yang dialami juga
berkait dengan keputusan peperiksaan pelajar. Dalam kajian yang dilakukan oleh
Najeemah (2005) mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan antara stres
minda, stres fizikal, stres sosial dan stres secara keseluruhan dengan keputusan
peperiksaan pelajar. Ini bermakna semakin tinggi stres yang dialami, semakin rendah
atau merosot keputusan peperiksaan pelajar.
Justeru, dalam usaha menangani stres, setiap individu akan menggunakan
strategi daya tindak yang berbeza (cox, 1978) (dlm Sabitha Merican dan Mahmood
Nazar Mohamed, 1997). Namun demikian, setiap strategi daya tindak itu mempunyai
tahap keberkesanannya yang tersendiri. Strategi daya tindak yang berkesan penting
diaplikasikan oleh seseorang dalam mengawal stres yang dialami (Quick and Quick,
1984; Maturi, 1992) (dlm. Sabitha Marican dan Mahmood Nazar Mohamed, 1997)
Mengikut Gans (1990) (dlm. Jas Laile Suzana Jaafar, 1996), hampir separuh
remaja dilaporkan menghadapi kesukaran berdaya tindak dengan situasi - situasi
menekan yang berlaku di sekolah dan rumah. Keadaan yang menekan ini termasuklah
perubahan yang besar dalam kehidupan (seperti ibu bapa bercerai, menukar sekolah,
seseorang yang paling disayangi jatuh sakit atau meninggal dunia), situasi - situasi
yang menekan (seperti kemiskinan, kesempitan hidup, cacat, konflik keluarga) dan
tekanan - tekanan harian (peperiksaan, diusik atau disindir kawan, bergaduh dengan
adik beradik atau ibu bapa).
Menurut Mc Cubbin dan Mc Cubbin (dlm. Plunckett, Radmacher and Moll -
Phanara, 2000), strategi daya tindak bermaksud usaha menggunakan tingkah laku
untuk menyelesaikan pelbagai tuntutan yang dihasilkan oleh punca stres. Plunckett,

9
Radmacher dan Moll-Phanara melihat strategi daya tindak dalam kalangan pelajar dari
dua sudut utama iaitu daya tindak produktif dan daya tindak tidak produktif. Daya
tindak produktif diwakili oleh tindakan seperti mendapatkan sokongan sosial,
melibatkan diri dengan aktiviti kolej, meluahkan masalah, mendapatkan nasihat,
meningkatkan daya kerohanian dan penyelesaian masalah.
Sementara daya tindak yang tidak produktif pula diwakili oleh tindakan
meluahkan stres dengan cara yang tidak patut seperti menyalahkan orang lain,
mencarut, menjerit, menafikan masalah, pengelakkan dan penyalahgunaan dadah.
Charles dan Michael (1994) pula berpendapat daya tindak terhadap stres boleh
dibahagikan kepada problem focused dan emotion focused. Problem focused merujuk
kepada usaha daya tindak untuk menghapusakn perkara atau situasi yang menggugat
atau menghilangkan kesan stres manakala emotion focused adalah usaha untuk
mengurangkan perasaan negatif yang meningkatkan respon terhadap ancaman.

6.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dan telah merangkumi perkara-
perkara berikut iaitu rangka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data, kaedah
persampelan data dan analisis data yang telah digunakan.

6.1 Reka bentuk kajian


Pada umumnya, reka bentuk kajian bertujuan untuk membantu dan
membimbing penyelidik untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan
dalam kajian. Kaedah tinjauan digunakan dalam penyelidikan dengan cara
pengumpulan data daripada kumpulan yang dikaji menggunakan satu set
soalan soal selidik. Kajian yang dijalankan ini merupakan satu penyelidikan
berbentuk deskriptif. Pendekatan kuantitatif diguna pakai bagi mendapatkan
data yang diperlukan melalui instrumen kajian iaitu soal selidik. Melalui
kaedah ini, penyelidik dapat mengumpul, menganalisis dan
menginterpretasikan data yang diperoleh dengan mudah. Semasa menjalankan
kajian, penyelidik menggunakan borang soal selidik. Kaedah ini
mengumpulkan jawapan terus dari subjek kajian, data dapat dikutip dengan
cepat dan keupayaan keputusan kajian untuk digeneralisasikan kepada
populasi dengan tepat dan berkesan (Chua Yan Piaw, 2006). Dalam kajian ini,

10
populasi terdiri daripada 100 orang pelajar dari empat jurusan major yang
berlainan di PPSK. Daripada populasi tersebut, seramai 40 orang sampel
dijadikan responden bagi kajian ini.
Kajian berbentuk tinjauan telah dilaksanakan dalam kajian ini di mana
pengkaji menggunakan satu set soal selidik yang dijawab sendiri oleh
responden sebagai alat utama bagi mengumpul maklumat berkaitan hubungan
emosi dan pengurusan kewangan pelajar dengan tahap stres pelajar tahun dua
serta perbezaan tahap stres pelajar mengikut major di Pusat Pengajian Sains
Kemasyarakatan. Populasi kajian adalah seramai 40 orang pelajar tahun dua
dari empat jurusan major yang berlainan telah dipilih sebagai responden
dalam kajian ini.

6.2 Rangka Bentuk Kajian

6.3 Kaedah pengumpulan data


Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kuantitatif. Kaedah pengumpulan data
kajian ini terbahagi kepada dua jenis iaitu data primer dan data sekunder.

6.3.1 Data Primer


Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah data primer yang
diperoleh melalui borang soal selidik. Seramai 40 orang pelajar dari
empat jurusan major utama iaitu Antropologi dan Sosiologi, Sains
Politik, Perancangan dan Pengurusan Pembangunan serta Ekonomi
dijadikan subjek kajian.

11
6.3.2 Data Sekunder
Data sekunder merupakan data yang telah sedia ada atau idea yang
diperolehi daripada mana-mana sumber yang digunakan semula untuk
dibuat kajian. Data sekunder adalah data tambahan yang diperolehi
daripada sumber bertulis dan sumber-sumber luaran seperti surat
khabar, majalah, jurnal, artikel, buku, internet dan sebagainya. Dalam
menjalankan kajian ini, penyelidik telah mendapatkan maklumat yang
diperlukan iaitu melalui buku rujukan, jurnal, artikel, tesis, internet dan
sebagainya.

6.4 Kaedah persampelan data


Seramai 40 orang pelajar tahun dua Sains Kemasyarakatan telah dipilih sebagai
responden. Pemilihan responden adalah berdasarkan kepada sampel bertujuan.
Pemilihan sampel berdasarkan ciri-ciri yang sesuai dengan objektif dan
persoalan kajian.

6.5 Teknik analisis data


Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) Versi 22.0. Kajian ini dikemukakan dalam dua
bahagian iaitu analisis deskriptif dengan menggunakan min, standard
deviation, kekerapan dan peratusan untuk menentukan tahap stres, tahap
masalah emosi dan masalah pengurusan kewangan yang telah dihadapi oleh
responden. Bahagian kedua pula menggunakan analisis kumpulan varians atau
‘One-way ANOVA’ untuk menentukan perbezaan tahap stres dengan major.

7.0 DAPATAN KAJIAN


Dalam persoalan kajian, terdapat empat tema yang ditanya dalam borang soalan soal
selidik kepada pelajar tahun dua Sains Kemasyarakatan iaitu tahap stres pelajar.
Seterusnya adalah hubungan antara emosi dan tahap stres pelajar dan hubungan antara
pengurusan kewangan, tahap stres pelajar serta perbezaan tahap stres pelajar antara
major

12
Demografi Responden
Analisis deskriptif telah dibuat menggunakan kekerapan dan peratusan yang
telah diformatkan untuk menentukan profil demografi (seperti jantina, umur, bangsa,
major, tahun pengajian dan status perkahwinan) daripada responden seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 1. Secara umumnya ia menunjukkan bahawa majoriti
responden adalah perempuan iaitu sebanyak 33 orang (82.5%) dan lelaki hanya tujuh
orang bersamaan 17.5%. Seterusnya, majoriti umur responden adalah 21 tahun iaitu
sebanyak 32 orang (80%). Bagi bangsa pula, majoriti responden adalah berbangsa
Melayu iaitu sebanyak 34 orang (85%) diikuti bangsa Cina dan seterusnya India.
Bilangan responden bagi major pula adalah sama iaitu 10 orang setiap major
bersamaan 25 peratus. Kesemua responden iaitu 40 orang (100%) adalah pelajar tahun
kedua dan berstatus bujang.

Jadual 1 : Demografi Responden

Demografi Kekerapan Peratus (%)

Jantina

Perempuan 33 82.5

Lelaki 7 17.5

Umur

20 tahun 5 12.5

21 tahun 32 80

22 tahun 2 5

23 tahun 1 2.5

Bangsa

Melayu 34 85

13
Cina 4 10

India 2 5

Major

Sains Politik 10 25
Perancangan dan Pengurusan
Pembangunan 10 25

Ekonomi 10 25

Antropologi dan Sosiologi 10 25

Tahun pengajian

Tahun Dua 40 100

Status Perkahwinan

Bujang 40 100

7.1 Objektif 1 : Mengkaji tahap stres dalam kalangan pelajar tahun dua
Sains Kemasyarakatan.
Bahagian ini mengandungi 9 soalan yang digunakan untuk mengukur
tahap stres yang dialami oleh pelajar tahun dua Sains Kemsyarakatan dalam
dua dimensi iaitu masalah emosi dan masalah pengurusan kewangan.
Responden diminta untuk menjawab mengikut lima pilihan jawapan berbentuk
skala likert, iaitu dengan skor 1 yang menyatakan bahawa mereka ‘tidak
pernah’ dan skor yang paling tinggi iaitu 5 dengan menyatakan bahawa mereka
‘sangat kerap’
Satu analisis deskriptif dengan menggunakan min, standard deviation,
kekerapan dan peratusan telah ditunjukkan untuk menentukan tahap stres yang
telah dialami oleh responden yang telah terlibat dalam kajian ini seperti yang

14
telah ditunjukkan dari jadual 2. Dari Jadual 2 dibawah, ianya jelas
menunjukkan bahawa min keseluruhan adalah sebanyak 2.8444 dengan
standard deviation sebanyak 0.82873. Kebanyakan responden (62.5%)
mengalami tahap stres yang sederhana, manakala 22.5% mengalami tahap
rendah dan hanya 15% mengalami tahap stres yang tinggi. Ini jelas
menunjukkan bahawa kebanyakan responden mengalami tahap stres yang
sederhana dan responden yang mengalami tahap stres yang tinggi adalah
sedikit.

Jadual 2 : Tahap Stres Responden


Standard
Pembolehubah Kekerapan Peratus(%) Min Deviation

Tahap stres 2.8444 0.82873

Rendah (1.00-2.32) 9 22.5

Sederhana (2.33-3.65) 25 62.5

Tinggi (3.66-5.00) 6 15

7.2 Objektif 2 : Mengkaji perhubungan antara emosi dan tahap stres pelajar
tahun dua Sains Kemasyarakatan.
Terdapat 10 soalan dalam soal selidik yang digunakan untuk mengukur
emosi. Responden telah diberikan soalan untuk dijawab berdasarkan lima
pilihan jawapan berbentuk skala likert dengan skor terendah 1, yang
menyatakan bahawa mereka ‘sangat tidak setuju’ dan skor tertinggi 5, yang
menyatakan bahawa mereka ‘sangat setuju’.
Analisis deskriptif yang menggunakan min, standard deviation,
kekerapan dan peratus adalah untuk menentukan tahap masalah emosi
responden seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3. Daripada jadual, kita
dapat lihat bahawa min keseluruhan bagi emosi adalah 2.6625 dengan
standard deviation 0.68301. Majoriti daripada responden (55%) berada dalam
tahap emosi sederhana manakala 35% berada dalam tahap rendah dan hanya

15
10% berada pada tahap emosi tinggi. Ini menunjukkan bahawa responden
berada pada tahap emosi sederhana dan sesetengah daripada mereka berada
dalam tahap rendah.

Jadual 3 : Emosi Responden

Standard
Pembolehubah Kekerapan Peratus(%) Min Deviation

Emosi 2.6625 0.68301

Rendah (1.00-2.32) 14 35

Sederhana (2.33-3.65) 22 55

Tinggi (3.66-5.00) 4 10

7.3 Objektif 3 : Mengenal pasti perhubungan antara pengurusan kewangan


pelajar dan tahap stres pelajar tahun dua Sains Kemasyarakatan.
Bahagian ini mengandungi 10 soalan yang digunakan untuk mengukur
perhubungan masalah pengurusan kewangan dan tahap stres yang dialami oleh
pelajar tahun dua Sains Kemasyarakatan. Responden diminta untuk menjawab
mengikut lima pilihan jawapan berbentuk skala likert, iaitu dengan skor 1 yang
menyatakan bahawa mereka ‘sangat tidak setuju’ dan skor yang paling tinggi
iaitu 5 dengan menyatakan bahawa mereka ‘sangat setuju’
Satu analisis deskriptif dengan menggunakan min, standard deviation,
kekerapan dan peratusan telah ditunjukkan untuk menentukan masalah
pengurusan kewangan yang telah dihadapi oleh responden yang telah terlibat
dalam kajian ini seperti yang telah ditunjukkan dari Jadual 4. Dari jadual
dibawah, ianya jelas menunjukkan bahawa min keseluruhan adalah sebanyak
3.9125 dengan standard deviation sebanyak 0.72684. Kebanyakan responden
(67.5%) menghadapi masalah pengurusan kewangan yang tinggi, manakala
30% menghadapi masalah pengurusan kewangan yang sederhana. Ini jelas

16
menunjukkan bahawa kebanyakan responden menghadapi masalah pengurusan
kewangan yang tinggi dan responden yang menghadapi masalah pengurusan
kewangan yang sederhana adalah sedikit.

Jadual 4 : Pengurusan Kewangan Responden

Standard
Pembolehubah Kekerapan Peratus(%) Min Deviation

Kewangan 3.9125 0.72684

Rendah (1.00-2.32) 1 2.5

Sederhana (2.33-3.65) 12 30

Tinggi (3.66-5.00) 27 67.5

Berdasarkan jadual 5, ia telah menunjukkan dengan jelas hasil setiap korelasi


pembolehubah bebas dan pembolehubah bergantung. Terdapat hubungan signifikan
yang positif dan sederhana antara masalah kewangan dan tahap stres (r =0.228, p =
>0.05).
Berdasarkan jadual 5 juga, dapat dilihat bahawa emosi mempunyai kaitan
dengan tahap stres manakala pengurusan kewangan tidak mempunyai kaitan dengan
tahap stres yang dialami atau dihadapi oleh responden.

Jadual 5: Hubungan antara pembolehubah bebas dengan tahap stres (n=40)

Pembolehubah Tahap stres

r p

Emosi .607** 0.000

Kewangan 0.228 0.158

17
*p<0.05; **p<0.01

7.4 Objektif 4 : Menilai perbezaan tahap stres pelajar mengikut major dalam
jurusan Sains Kemasyaratan di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan.
Satu cara antara analisis kumpulan varians atau ‘One-way ANOVA’
telah dijalankan untuk menentukan perbezaan tahap stres dengan major.
Responden dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut major (kumpulan
1: Sains Politik; kumpulan 2: Perancangan dan Pengurusan Pembangunan;
kumpulan 3: Ekonomi dan kumpulan 4: Antropologi dan Sosiologi. Keputusan
dalam jadual 6 melalui ujian ANOVA menunjukkan bahawa tiada perbezaan
yang ketara dalam tahap stres untuk empat kumpulan major tersebut
F(3,36)=3.013,p=0.56. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa perbezaan major
tidak memberi sebarang kesan pada tahap stres pelajar tahun 2 Sains
Kemasyarakatan.

Jadual 6: Keputusan ANOVA antara perbezaan major dan tahap stres (n=40)

Kumpulan n min SD F P

Major 3.013 0.56

Sains Politik 10 2.5222 0.88587

Perancangan dan Pengurusan


Pembangunan 10 2.9 0.73786

Ekonomi 10 3.4222 0.73831

Antropologi dan Sosiologi 10 2.5333 0.66626

*p<0.05; **p<0.01

8.0 PERBINCANGAN KAJIAN

18
Perbincangan kajian adalah untuk melihat hubungan antara sorotan literatur
dengan dapatan kajian. Mengikut Mc Namara (2000) remaja pada masa kini lebih
kerap mengalami stres jika dibandingkan dengan remaja dengan masa dahulu. Ianya
jelas terbukti apabila di United Kingdom, bantuan yang diperlukan oleh remaja untuk
menangani stres dalam kalangan mereka telah meningkat. Hal ini berbeza dengan
hasil kajian yang telah kami jalankan. Bagi objektif utama iaitu mengkaji tahap stres
pelajar tahun 2 Sains Kemasyaratan, didapati hasilnya berbeza dengan kajian lepas
kerana tahap stres responden yang terlibat berada pada tahap sederhana sahaja
(62.5%)
Menurut Mc Namara (2000) juga, bilangan remaja yang mengalami stres
psikologikal iaitu kebimbangan dan kemurungan meningkat secara mendadak pada
tahap akhir remaja antara tahun 1980 hingga 1993. Keputusan kajian yang kami
peroleh terdapat persamaan dengan kajian lepas bahawa adanya perhubungan
signifikan antara emosi dengan tahap stres. Hal ini dibuktikan melalui ujian korelasi
antara emosi dengan tahap stres apabila p <0.5 = 0.000.
Menurut Mucowski (1984) yang telah membuktikan bahawa terdapat enam
punca utama yang menganggu dalam pembelajaran mereka iaitu rekod akademik yang
memuaskan, krisis keluarga, tekanan kewangan, gangguan sosial, kekeliruan matlamat
hidup dan keadaan yang sedang dialami seperti masalah kesihatan dan sebagainya.
Berbanding dengan kajian yang telah kami lakukan, didapati tiada persamaan dengan
kajian lepas. Hal ini dibuktikan apabila ujian korelasi pengurusan kewangan dengan
tahap stres tidak signifikan apabila p > 0.05= 0.158.

9.0 IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN


Antara implikasi yang berkemungkinan terjadi terhadap responden adalah yang
pertama rekod akademik responden akan merosot. Hal ini demikian kerana apabila responden
itu mengalami stres maka ia juga akan memberi impak negatif kepada pembelajaran.
Responden akan berasa terbeban dengan pelajaran sehingga tidak dapat menumpukan
perhatian yang penuh kepada pelajaran dan akhirnya rekod akademik juga terjejas.
Selain itu, mengalami tekanan yang kronik juga merupakan implikasi daripada stres.
Perkara ini disebabkan responden tidak dapat mengendalikan stres yang dialami sehingga
menjadi lebih buruk. Apabila stres responden semakin bertambah maka ia akan menjadi
kronik dan kemungkinan akan menyebabkan gangguan mental kepada responden dan juga
terhadap orang sekeliling responden. Hal ini demikian kerana, individu yang tidak dapat

19
mengendalikan stres dengan baik akan menyalahkan orang sekelilingnya termasuk keluarga
dan rakan.
Implikasi yang seterusnya adalah individu yang mempunyai tahap stres yang tinggi
dan tidak dapat mengendalikan stres dengan baik akan menyebabkan individu tersebut tidak
berminat untuk bersosial dan berkomunikasi antara rakan-rakan, keluarga, orang sekeliling
mereka kerana responden yang menghadapi tekanan atau stres lebih lebih suka menyendiri.
Antara cadangan yang boleh dikemukakan dalam kajian ini adalah yang pertama
proses perkembangan maklumat kerjaya hendaklah dilakukan secara tidak formal melalui
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah. Pelajar perlu didedahkan oleh
pensyarah sama ada secara langsung ataupun tidak langsung terhadap isu-isu semasa yang
berkaitan kerjaya agar mereka mempunyai hala tuju yang lebih jelas, lebih-lebih lagi dalam
menghadapi cabaran kerjaya yang begitu sengit dan mencabar pada masa kini. Secara tidak
langsung, pelajar akan mampu menguruskan stres secara berkesan apabila berhadapan dengan
cabaran sedemikian.
Selain itu bagi pihak pelajar pula, mereka perlulah mempunyai kemahiran
menguruskan stres secara berkesan di universiti. Program berkaitan kemahiran pengurusan
stres anjuran peringkat universiti, fakulti, kolej, Pusat Kaunseling & Kerjaya, persatuan, kelab
dan sebagainya perlulah direbut peluang oleh setiap pelajar dengan mengamalkan sikap
proaktif. Terdapatnya pengurangan simptom-simptom psikosomatik dan peningkatan
kesihatan mental selepas menghadiri 10 minggu kursus pengurusan stres (Shellenberger et al.,
1986). Manakala, program intervensi yang lain seperti modifikasi tingkah laku, kemahiran
belajar, komunikasi berkesan dan pengurusan masa juga amat membantu dalam
meningkatkan kemahiran menguruskan stres dalam kalangan pelajar universiti.
Cadangan seterusnya adalah peranan pensyarah sebagai pembimbing atau Penasihat
Akademik amat signifikan dalam usaha membantu mengenal pasti pelajar yang mengalami
stres, terutama pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang kurang memuaskan.
Pertemuan bersama penasihat akademik secara berterusan dari semasa ke semasa amat
membantu dalam mengurangkan tahap stres pelajar. Justeru, bimbingan dan nasihat yang
diberikan bukan sahaja tertumpu kepada masalah akademik semata-mata, bahkan isu-isu
semasa lain yang sering dihadapi oleh pelajar seperti kerjaya, kewangan, persekitaran dan
sebagainya juga perlu diberi perhatian sepenuhnya.

20
10.0 KESIMPULAN
Berdasarkan keseluruhan hasil kajian, tahap stres pelajar tahun dua Sains
Kemasyarakatan telah dapat dinilai. Tahap stres pelajar tahun dua berada pada tahap
sederhana kerana kebanyakan stres hanya berpunca daripada emosi dan tiada masalah
yang besar. Hasil kajian juga mendapati majoriti pelajar menghadapi stres kerana
disebabkan emosi. Tahap stres yang sederhana ini dipengaruhi oleh banyak faktor
seperti rindukan seseorang, konflik dengan keluarga dan pensyarah, tidak dapat
menghubungi orang tersayang dan sebagainya. Pelbagai cadangan telah dikemukakan
untuk menangani masalah stres ini. Namun usaha-usaha perlu dilakukan oleh pelbagai
pihak di universiti bagi memastikan tahap stres pelajar adalah terkawal serta mampu
menguruskan pembelajaran di universiti secara efektif kerana pelajar merupakan aset
yang paling berharga di universiti, maka faktor penyebab stres dan kesannya kepada
mereka haruslah diberi perhatian secara komprehensif oleh pelbagai pihak di
universiti bagi memastikan kecemerlangan pelajar dalam pelbagai aspek seperti
mental, emosi, kerohanian dan fizikal tercapai agar selari dengan hasrat universiti
untuk menghasilkan graduan yang berilmu, kelas pertama yang berkualiti, berkaliber,
gemilang, cemerlang dan terbilang akan terlaksana.

11.0 PENGHARGAAN
Kami mengucapkan terima kasih kepada Dr. Maslina Binti Mohammed Shaed kerana
memberi penerangan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini. Terima kasih
juga diucapkan kepada rakan-rakan kelas SBW 208 dan semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu kajian ini dijalankan dengan sempurna
dan lancar.

12.0 RUJUKAN

Ahmad Yunus Mohd Nor, S. N. (2016). Pengurusan Stres Menurut al-Qur'an dan
Hadith. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Zaid Mustafa, A. S. (2009). Kajian Stres Dalam Kalangan Pelajar Wanita
Program Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).
International Conference On Teaching and Learning In Higher Education
2009 (ICTLHE 09). Kuala Lumpur: Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).

21
Noor, F. M. (2011). Faktor-Faktor Penentu Stres Dalam Kalangan Guru-Guru:
Kajian Di Sekolah Rendah Mubaligh di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Open
University Malaysia.
Rullhieda. (2008, April 11). Stres Di Kalangan Pelajar Ipt. Didapatkan dari
WordPress.com: https://rullhieda0612.wordpress.com/2008/04/11/stres-di-
kalangan-pelajar-ipt/
Sabitha Merican, (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Prentice
Hall / Pearson Malaysia.
Siti Nuur Haziratul Ghazali.(2012). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Stres dalam
kalangan Pelajar Kursus Secara Sambilan (KSS) Bidang Kejuruteraan di
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Tesis Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik). Kuala Lumpur: Universiti
Teknologi Malaysia.

22
13.0 LAMPIRAN

Kajian Stres Dalam Kalangan Pelajar Tahun Dua Pusat Pengajian Sains
Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia (USM).

Borang soal selidik ini mengandungi 4 bahagian iaitu bahagian A yang merangkumi latar
belakang responden manakala bahagian B, C dan D merangkumi soalan-soalan berkaitan
dengan kajian yang dijalankan.

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN


Jantina : Lelaki Perempuan
Umur :
Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain

Tahun Pengajian: Pertama


Kedua
Ketiga
Keempat

Jurusan Major: Antropologi dan Sosiologi


Sains Politik
Perancangan dan Pengurusan Pembangunan
Ekonomi

Status Perkahwinan: Bujang


Berkahwin
Lain-lain

23
BAHAGIAN B: TAHAP STRES PELAJAR
Setiap penyataan berikut menggambarkan tahap stres terhadap pelajar. Bagi setiap penyataan
yang diberi, sila tanda nombor skala yang menggambarkan tahap kekerapan anda alami kesan
yang dinyatakan.

Sila tandakan (/) dalam kotak yang disediakan mengikut skala yang diberikan.
1 2 3 4 5
Tidak pernah Jarang Sederhana Kerap Sangat kerap
kerap

Bil. Pernyataan 1 2 3 4 5
1. Saya tidak dapat menumpukan perhatian
dengan baik di dalam kuliah / tutorial
2. Saya berasa sangat letih dari segi fizikal
dan mental selepas belajar
3. Saya sering menangguhkan kerja-kerja
seperti kerja kursus dan sebagainya.
4. Saya sering mendapat keputusan
peperiksaan yang tidak memuaskan.
5. Saya tidak dapat memberi kerjasama
dengan baik dalam kerja berkumpulan.
6. Saya berasa lalai dalam pembelajaran.

7. Saya menghadapi masalah dalam


membuat keputusan.
8. Saya berfikiran secara negatif dalam apa
jua keadaan.
9. Saya akan mengalami perasaan tertekan
yang berpanjangan akibat dari masalah
yang berkaitan.

24
BAHAGIAN C: EMOSI
Berikut merupakan soalan yang menghubungkan masalah emosi dan tahap stress pelajar. Sila
tanda jawapan anda pada angka dari 1 hingga 5 berdasarkan pilihan yang anda rasakan sesuai.

Sila tandakan (/) dalam kotak yang disediakan mengikut skala yang diberikan.
1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak setuju Kurang Setuju Sangat setuju
setuju setuju

Bil. Pernyataan 1 2 3 4 5
1. Saya sangat merindukan orang tersayang.

2. Saya tidak dapat menghubungi orang


yang disayangi.
3. Saya menghadapi krisis dengan keluarga.

4. Saya tidak mempunyai masa yang cukup


untuk bersama keluarga dan rakan.
5. Saya mempunyai masalah atau konflik
dengan pensyarah.
6. Saya mempunyai masalah atau konflik
dengan rakan yang lain.
7. Saya menghadapi masalah dam
menguruskan masa.
8. Saya berasa tertekan apabila tidak
memahami apa yang diajar oleh
pensyarah.
9. Saya tidak mempunyai teman atau rakan
untuk belajar.
10. Saya berasa sangat bimbang mengenai
masa hadapan.

25
BAHAGIAN D: MASALAH KEWANGAN
Berikut merupakan soalan yang menghubungkan masalah kewangan dan tahap stress pelajar.
Sila tanda jawapan anda pada angka dari 1 hingga 5 berdasarkan pilihan yang anda rasakan
sesuai.

Sila tandakan (/) dalam kotak yang disediakan mengikut skala yang diberikan.
1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak setuju Kurang Setuju Sangat setuju
setuju setuju

Bil. Pernyataan 1 2 3 4 5
1. Saya perlu mencari kerja sambilan untuk
menampung kos pembelajaran.
2. Makanan di dalam kampus agak mahal.

3. Buku teks yang digunakan untuk belajar


agak mahal.
4. Saya perlu mendapatkan mata mycsd
yang banyak untuk memastikan saya
mendapatkan desa.
5. Saya perlu tinggal di desa untuk
menjimatkan kos perbelanjaan.
6. Saya hanya bergantung kepada wang
pinjaman PTPTN semata-mata.
7. Kadar sewa rumah di luar kampus agak
tinggi.
8. Kelengkapan seragan untuk menyertai
unit beruniform sangat mahal.
9. Saya tidak mempunyai simpanan untu
waktu kecemasan.
10. Saya perlu melakukan kerja lapangan
yang memerlukan kos yang tinggi.

26

You might also like