You are on page 1of 4

1.

0 Pengenalan
2.0 Latar belakang pengasas
Latar belakang pengasas yang bijak lagi bijaksana, bagi model proses
kaunseling yang terkenal bahkan kebanyakkan kaunselor
mengaplikasikannya di dalam sesi kaunseling yang dijalankan iaitu Model
Mizan dan Halimatun (2002). Di sini penulis menyampaikan beberapa
maklumat berkaitan latar belakang pengasas model ini iaitu Profesor Puan Sri
Datuk Dr. Hajah Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah
Mokhtar.

2.1 Profesor Puan Sri Datuk Dr. Hajah Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim
Y.Bhg. Profesor Puan Sri Datuk Dr. Hajah Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim
dilahirkan pada tanggal 25 Februari 1949 dan beliau memulakan pendidikan
awal di Sekolah Rendah Kuala Pari, Ipoh, Perak Darul Redzuan. Seterusnya
beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menegah Anderson dan Sekolah
Menengah Tunku Abdul Rahman (STAR) Ipoh. Beliau merupakan pensyarah
di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia
( USIM ) dan juga Mantan Pengarah Kolej PERMATA Insan. Beliau juga
menerima gelaran Profesor Emeritus Profesor Puan Sri Datuk Dr. Hajah
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim.

Sepanjang perkhidmatan beliau di USIM, sumbangan beliau sangat


meluas dalam bidang pendidikan am dan kaunseling. Beliau
mengintegrasikan bidang kaunseling dan psikologi dengan ilmu naqli dan aqli.
Malahan beliau juga sangat menekankan aspek ilmu pskilogi dan Islam.
Hasilnya terbentuk dalam pelbagai bidang akademik seperti penyelidikan,
pengajaran dan pembelajaran, penerbitan dan penglibatan komuniti.Bukan itu
sahaja, keterampilan dan keupayaan beliau turut terserlah apabila beliau
diamanahkan untuk menjawat portfolio pentadbiran sebagai Dekan FKP
semenjak tahun 2004 sehingga 2010 serta beliau menggalas jawatan sebagai
Pengarah Program Permata Insan dari tahun 2010 hingga 2015.
Di samping itu, beliau juga turut aktif dalam penglibatan bersama
dengan komuniti dan masyarakat sehingga beliau pernah menggalas
beberapa jawatan anataranya sebagai Setiausaha Program Semai BAKTI di
Bawah Badan Amal dan Kebajikan Isteri Menteri (BAKTI), Ahli Penasihat
Lembaga Kaunselor Malaysia, Pengerusi Rumah Kanak-Kanak Istimewa
Kuala Langat, Pengerusi Koperasi Wanita Jaya Kuala Langat, Pengerusi
Yayasan Bestari Kuala Langat dan Ahli Lembaga Pelawat Kompleks
Penyayang Sungai Buloh. Profesor Puan Sri Datuk Dr. Hajah Mizan Adiliah
Ahmad Ibrahim telah menerbitkan beberapa buah buku berkaitan pendidikan
dalam kaunseling. Antaranya ialah Kaunseling dalam Islam edisi kedua
keluaran USIM dan Kaunseling Individu : Apa dan Bagaimana keluaran Fajar
Bakti Sdn.bhd.
3.0 Proses kaunseling
Proses kaunseling menurut mizan dan halimatun (2002) terbahagi kepada
enam peringkat atau langkah yang perlu diambilkira oleh seseorang
kaunselor bagi menjalankan sesi kaunseling. Antara enam peringkat tersebut
ialah menyediakan prasesi, membina hubungan dengan melayan, mendengar
dan memahami klien, meneroka dan menganalisis masalah, mengenalpasti
punca masalah, mengambil tindakan serta peringkat terakhir ialah
menamatkan sesi kaunseling tersebut.

3.

You might also like