You are on page 1of 4

PENGENALAN.

Hukum nun sakinah dan tanwin terbahagi kepada lima bahagian. Antaranya ialah
idgham. Idgham dari segi bahasa ialah memasukkan atau menggabungkan. Manakala,
dari segi istilah pula idgham bererti menggabungkan suara huruf yang sukun ke dalam
huruf yang berbaris.
Idgham bagi hukum nun mati dan tanwin terbahagi pula kepada dua bahagian.
Iaitu idgham maal ghunnah dan idgham bila ghunnah. Terdapat beberapa perbezaan
antara kedua hukum tersebut. Termasuklah dari segi huruf dan cara bacaan.
Selain itu, idgham juga ada membahaskan dalam segi bacaan. Iaitu idgham kamil
dan idgham naqis. Idgham kamil bererti sempurna. Ianya berlaku apabila bertemu
dengan huruf ( lam ), (nun ), ( mim ) dan ( ra ). Di mana tiada kesan suara nun yang
sukun ketika menyebutnya dan jelas kedengaran hanyalah suara idgham tersebut.
Tanda sabdu atau syaddah di atas empat huruf tersebut menunjukkan hukum idgham
kamil.
Namun, sebaliknya bagi idgham naqis. Yang mana naqis bermaksud tidak
sempurna. Ianya berlaku apabila bertemu dengan huruf ( wau ) dan ( ya ). Di mana
ianya masih meninggalkan sedikit kesan huruf nun sukun dengan mengeluarkan
sedikit suara dari rongga hidung. Tida tanda sabdu atau syaddah di atas kedua dua
huruf tersebut.

1
1.0 IDGHAM MAAL GHUNNAH

Idgham maal ghunnah ialah memasukkan huruf nun mati atau tanwin ke dalam
huru-huruf idgham. Huruf-huruf idgham maal ghunnah ada empat. Iaitu huruf ( ya ), (
wau ), ( mim ) dan ( nun ). Huruf idgham ini dihimpunkan dalam satu rangkai kata

seperti ( yauman ) ‫ يومن‬.


Selain itu, hukum bacaan idgham maal ghunnah berlaku apabila nun sakinah atau
tanwin disusuli dengan huruf-huruf idgham maal ghunnah.Seterusnya dari segi bacaan
idgham maal ghunnah pula dibaca secara dengung. Idgham membawa maksud
memasukkan atau menggabungkan dan maal membawa erti bersama dan kalimah
ghunnah pula bermaksud dengung.

Contoh ayat yang mengandungi hukum maal ghunnah : Tanwin.

‫حروف‬ ‫كليمة‬ ‫اية‬


‫و‬ ‫ال وعددة‬ 1) ‫الذي مجع ما ال وعددة‬
‫ي‬ ‫قريبا يوم‬ 2) ‫ان ا ان ذرنكم ع ذابا قريب ا‬

‫يوم ينظر املؤما قدمت يداه‬


‫م‬ ‫مرفوعة مطهرة‬ 3) ‫مرفوعة مطهرة‬
‫ن‬ ‫من نصرين‬ 4) ‫من نصرين‬

Contoh idgham maal ghunnah : Nun sakinah / Nun sukun.

‫حروف‬ ‫كليمة‬ ‫اية‬

2
‫ن‬ ‫فلن نزيدكم‬ 1) ‫فذوقو فلن نزيدكم اال عذابا‬
‫ي‬ ‫لمن يرى‬ 2) ‫وبرزت اجلحيم ملن يرى‬
‫و‬ ‫من واق‬ 3) ‫من واق‬
‫م‬ ‫من مصيبة‬ 4) ‫من مصيبة‬

2.0 IDGHAM BILA GHUNNAH


Idgham Bila Ghunnah bermaksud menggabungkan atau memasukkan suara
nun mati atau tanwin ke dalam huruf Idgham Bila Ghunnah. Hukum idgham ini
hanya ditemui dalam dua huruf sahaja iaitu ‫ ل‬dan ‫ر‬.
Tanda-tanda bacaan idgham adalah tiada sukun diatas nun sakinah dan tanda
tanwin yang tidak selari. Hal ini kerana terdapat tanda sabdu pada huruf ‫ ل‬dan ‫ ر‬yang

3
berikutnya. Setiap hukum tajwid mempunyai cara bacaan yang tersendiri, begitu juga
dengan idgam bila ghunnah. Cara bacaan idgham bila ghunnah ini ialah digabungkan
nun kedalam huruf selepasnya tanpa dengung. Pastikan suara huruf ‫ ل‬dan ‫ ر‬tidak
dipanjangkan untuk mengelakkan suara dengung.

Contoh ayat bagi tanwin yang mengandungi hukum idgam bila ghunnah:
‫اية‬ ‫حروف‬
‫توابا َرحيما‬ ‫ر‬
‫يوما الَ تجري‬ ‫ل‬

Contoh ayat bagi nun mati yang mengandungi idgham bila ghunnah:
‫اية‬ ‫حروف‬
‫من َرحمتي‬ ‫ر‬
‫يبيَن لَنا‬ ‫ل‬

Rujukan.
1) Susunan Abu Mardhiyah. Tajwid Al-Quran Asas Tahap 1&2, 2019. AL-
JENDERAKI ENTERPRISE.
2) Asas Ilmu Tajwid. Panitia Usuluddin SMU(A) Meheliah.
3) http://journalarticle.ukm.my/11952/1/20479-73995-1-PB.pdf

4) https://www.scribd.com/doc/313348251/Hukum-tajwid-pdf

You might also like