You are on page 1of 20

TEORI PSIKOANALISIS

2.1 Pengenalan

Psikoanalisis dikenali juga dengan istilah lain seperti psikodinamik, psikoanalitik atau psiko terapi.
Signmund Freud adalah tokoh yang mempelopori teori ini. Psikoanalisis yang diperkenalkan oleh Freud
merupakan sebuah teori keperibadian dan psikopatologi. Selain darpada itu ia juga merupakan teori yang
menekankan kaedah terapi. Terapi ini digunakan untuk merawat gangguan-gangguan keperibadian yang
dialami oleh seseorang.

Psikoanalisis mula dikenali pada tahun 1909 apabila Freud membentangkan teori beliau dalam
Persidangan Antarabangsa di Amerika. Persidangan tersebut dianjurkan oleh beliau sendiri. Beberapa
konsep diperkenalkan di dalam teori ini seperti alam sedar dan alam tidak sedar. Justeru, pendekatan teori
ini adalah untuk mengkaji mengkaji pemikiran dan perasaan individu yang tidak disedari oleh individu
itu sendiri.

Psikoanalisis digunakan sebagai kaedah untuk merawat individu yang mempunyai masalah emosi.
Kaedah ini sangat sesuai membantu individu yang mempunyai masalah yang terpendam untuk sekian
lama. Pendaman yang adalah suatu alam tidak sedar yang dialami oleh seseorang. Oleh kerana
itu, psikoanalisis didapati kurang sesuai untuk membantu seseorang mengatasi masalah semasa.
Nama sebenarnya ialah Sigismund Schlomo Freuddan dilahirkan pada 6 May 1856dan meninggal dunia
ketika usia beliau 83 tahun pada -23 September 1939. Beliau dilahirkan di Freiberg di
Mhren, Moravia, Austrian Empiresekarang dikenali sebagai Pbor, Czech Republic. Beliau adalah
warganegara Austria. Bidang kepakaran beliau ialah
dalam Neurology, psychology, psychotherapy dan psychoanalysis.

Sigmund Freud

2.2 Latar belakang Sigmund Freud

Sigmund Freud merupakan warganegara Jerman berketurunan Yahudi. Freud adalah


seorang atheist iaitu tidak percaya tentang kewujudan Tuhan. Beliau memulakan kerjayanya sbagai
seorang doktor perubatan. Beliau telah mengkaji tentang kecelaruan saraf dan bidang ini tidak begitu
popular di abad ke 18. Ketika merawat pesakit mental, beliau telah menggunakan kaedah hipnosis.
Kawan Freud bernama Joseph Breur telah mempengaruhi Freud tentang teknik perbualan untuk
mengubati pesakit-pesakitnya.

Freud telah mengkaji dan mencuba uji tentang teknik tersebut sehingga beliau menerbitkan bukunya yang
pertama 'The Interpretation of Dreams' pada tahun 1900. Buku tersebut telah dijadikan teras aliran
pemikiran dalam aliran psikologi psikoanalisis. Freud telah memperkenalkan manusia mengalami alam
tidak sedar atauunconscious mind yang menyebabkan manusia menghadapi masalah.

Beliau juga telah memperkukuhkan lagi teori psikoanalisis pada tahun 1902 dengan memperkenalkan
teori perkembangan psikoseksual dan menerbitkan buku Theory of Psychosexual Development. Teori
ini menekankan bahawa faktor yang mendorong manusia melakukan sesuatu tingkahlaku adalah semata-
mata untuk memenuhi dorongan seksualiti.

2.3 Pandangan terhadap manusia

Freud melihat manusia secara fitrahnya mempunyai desakan naluri semenjak seseorang dilahirkan.
Beliau menegaskan bahawa manusia manusia adalah tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan
desakan yang merosakkan dirinya. Manusia juga dianggap sebagai individu yang tidak dapat membawa
arah dan nasib kepada diri manusia itu sendiri. Berdasarkan kepada pandangan ini lahirlah konsep
antirasionalisma dalam segala gerak-geri manusia.

Freud juga melihat tingkahlaku manusia adalah untuk memenuhi desakan naluri yang lebih bersifat
kehaiwanan. Di dalam pandangan beliau jelas menyatakan bahawa desakan naluri manusia adalah
semata-mata untuk memenuhi kepuasan nafsu swadiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri
seorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan
yang jahat ini.

Menurut pandangan teori ini segala desakan jahat perlu dibendung melalui norma, nilai dan sistem
masyarakat termasuk ikatan kekeluargaan. Oleh itu ciri-ciri dan sistem dalam sosialisasi akan
membendung kepada tingkahlaku berunsurkan desakan ke arah kejahatan. Peraturan dan undang-undang
dalam sistem tersebut akan memandu tingkahlaku yang sesuai dengan kehendak masyarakat.

2.4 Konsep asas

Asas teori psikoanalisis adalah bermula dari tenaga semulajadi yang ada pada manusia
dikenali sebagai tenaga psike. Tenaga psike ini meliputi kepada penentuan psike dan tahap bawah sedar
individu.

Penentuan Psike

Penentuan psike bererti sesuatu tingkahlaku setiap individu mempunyai sebab dan tujuan yang tertentu.
Lumrahnya tingkahlaku individu mempunyai kaitan dengan aktiviti interaksi dengan individu yang lain.
Tingkahlaku individu juga dilakukan kerana ada desakan untuk memenuhi kepuasan seksual yang
dikenali sebagai libido. Kepuasan seksual perlu dilihat kepada aspek yang lebih luas khususnya untuk
memenuhi kepusan keperluan kehidupan individu. Beliau berpendapat bahawa terdapat desakan lain yang
ada pada manusia. Desakan ini lebih kepada suka menyakiti diri sendiri dan orang lain. Beliau menggelar
desakan ini ini sebagai thanatos iaitu desakan untuk mati. Menurut Signmund Freud, desakan ini adalah
desakan naluri semulajadi yang wujud ketika seseorang itu dilahirkan. Desakan ini ada kaitan dengan
konsep penentuan psike iaitu seseorang tidak mampu menentukan nasibnya sendiri. Desakan ini juga
sangat dominan dalam pembentukan tingkahlaku manusia. Ia merupakan desakan biologikal yang sangat
kuat. Menurut Signmund Freud, tenaga manusia ini tidak akan mati. Ia diperlukan untuk meneruskan
kehidupan individu. Tenaga ini dikenali sebagai eros.

Dalam kaunseling mengikut fahaman psikoanalisis, proses yang mustahak adalah bagi
memberi fokus kepada konflik yang belum selesai yang berasal dari pengalaman semasa kecil. Dalam
fahaman psikoanalisis, bagi mengubah haluan proses kaunseling, kaunselor perlu mengkaji latar belakang
dan sejarah pengalaman kliennya.

Tahap kesedaran

Konsep ini adalah penting dalam teori psikoanalisis, selain dari Penentuan Dalam pemikiran manusia,
keadaan sedar merupakan satu tahapyang paling rendah dari segi keutamaan tahap
kesedaran. Psikoanalisis menyatakan bahawa ada tiga tahap kesedaran:

o Alam sedar (Concious)

Tahap atau peringkat kesedaran ini penting dalam kerja-kerja kaunseling psikoanalisis. Tahap sedar
tergolong segala aspek tingkahlaku, tindakan, perasaan yang mana disedari oleh individu. Rasa sepi,
suka, menulis tugasan, berlari, makan, minum dan sebagainya.

o Prasedar(Preconcious)

Tahap Prasedar tergolong dari keadaan pemikiran yang berkaitan dengan perasaan, pemikiran kita yang
boleh dipanggil secara swadiri supaya dapat dirasai kenyataannya dalam keadaan sedar. Sungguh pun
pada asalnya perasaan, pemikiran itu tidak merupakan sebahagaian dari tahap sedar tadi. Contoh, Pada
masa tertentu, kita akan rasa lapar-boleh dipanggil secara swadiri dan tindakan selanjutnya adalah
kehendak untukmakan. Contoh yang lain, panas, sejuk dapat difikirkan kekuatannya. Tahap panas, sejuk
mempunyai tahap tertentu bagi diri seorang mengikut pengalaman masing-masing.

o Bawah sedar(Unconcious)

Menurut teori ini, pembentukan tingkahlaku didorong oleh desakan naluri semulajadi seseorang. Ia juga
merupakan tenaga psike. Pembentukan tingkahlaku berada di tahap bawah sedar seseorang. Oleh kerana
itu, tahap bawah sedar dianggap peringkat yang sangat penting dalam teori psikoanalisis.

Tahap Bawah Sedar merupakan peringkat yang paling penting dalam proses psikoanalisis. Peringkat
bawah sedar inilah yang memainkan peranan dalam pembentukan tingkahlaku seseorang itu selain dari
desakan naluri yang semulajadi seperti tenaga psike.
Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran perasaan yang mana seorang tidak
dapat mengeluarkannya secara swadiri. Oleh yang demikian, peralihan dari tahap bawah sedar kepada
tahap sedar akan memerlukan bantuan daripada kaunselor.

Pada biasanya perasan pemikiran bawah sedar ini melalui proses repressi yang di sekat
dari kenyataan. Keadaan ini berlaku oleh kerana individu itu biasanya beranggapan atau pun individu
tidak dapat menerimanya sendiri, atau ia mempunyai satu persepsi bahawa masyarakat juga tidak dapat
menerimanya.

Dalam psikoanalisis, bahan bahan yang dimaksudkan dalam bawah sedar ini meliputi
kata-kata tersasul; mimpi; fantasi atau khayalan seseorang individu. Kesemua ini merupakan satu
manifestasi kepada galakan yang tersirat di dalam tahap bawah sedar individu. Penekanan terhadap tahap
bawah sedar inilah yang membezakan antara lainnyadi antara kaunseling psikoanalisis dengan teori lain
yang baru yang lebih menumpukan kepada tingkah laku semasa yang dapat dicerap.

2.4.2 Personaliti manusia mengikut psikoanalisis

Selain dari penghuraian tentang konsep kesedaran ini dan kesannya terhadap perkembangan personaliti,
psikoanalisis juga telah membahagikan personaliti manusia itu kepada tiga struktur iaitu id, ego dan super
ego.

2.3.2.1 Id

Id diandaikan semua gejala yang neutral dalam pemikiran seorang individu. Dalam pandangan
psikoanalisis, ciri id seseorang itu sudah wujud semasa ianya dilahirkan. Id dianggap sebagai satu elemen
struktur yang semulajadi, satu elemen yang diwarisi, satu elemen yang sedia ada dalam diri manusia. Id
merupakan satu gejala bawah sedar. Id merupakan satu tenaga yang primitif. Id tidak teratur, tidak
rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Id merupakan sumber LIBIDO. Tujuan
utama id adalah bagi mendapatkan kepuasan swadiri secara mendadak (immediate gratification). Itulah
sebabnya id tidak mempunyai penyatuan dari segi maksud tidak teratur dan tidak bermoral. Sebagai satu
daya tenaga yang begitu primitif, id merupakan penggerak psikologikal yang tidak payah dipelajari.

2.3.2.2 Ego
Ego berbeza dengan id. Ego tidak wujud semasa kelahiran. Sebaliknya, ego berkembang secara
berperingkat. Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan
boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan. Perkembangan ego adalah melalui hubungan secara
sosial dan identifikasinya dengan orang lain, objek di dalam alam sekelilingnya. Sebagai alat
memperkukuhkan swadiri pada tahap sedar, ego memainkan satu fungsi yang penting dalam struktur
tingkahlaku dan personaliti individu.

Identifikasi. Sebagai satu konsep terapan yang disedari, identifikasi memainkan peranan yang
penting semasa mengubahkan haluan tenaga psike daripada id kepada ego. Antara fungsi ego adalah ego
dapat bertindak terhadap acara yang mendatangkan kecemasan, biasanya konflik atau pertentangan antara
id dengan super ego. Ego mempunyai dua cara untuk bertindak dalam keadaan kecemasaan.

Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta kebolehan tenaga pemikiran yang nyata
atau yang sebenar. Seterusnya, ego boleh bertindak terhadap tingkahlaku penyelesaian masalah
berasaskan pengalaman dan sosialisasi.

Ego boleh menggunakan kaedah menentang, menolak, tipu-helah dengan memesongkan


keadaan sebenar atau kebenaran. Apabila kaedah ini bergerak dan mengambilalih tingkahlaku, keadan ini
ternyata sebagai mekanisma beladiri ego. Antara mekanisma beladiri adalah pendaman, rosotan,
sublimasi.

2.3.2.3 Super Ego

Super ego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkahlaku psikoanalisis. Super ego lebih
menyerupai hati nurani atau 'conscience' seseorang individu. Super ego merupakan akar tunjang dari
aspek peneguhan moral yang baik. Moral yang dipelajari, dikenal pasti daripada ibu dan bapa, mahupun
masyarakat. Moral yang demikian dipelajari hasil daripada asuhan semasa seorang individu itu masih
kecil peringkat umurnya dan berkembang dengan penerapan moral sebagai sebati dengan hati nuraninya.

Super ego mengawal ego dan id. Super ego bertindak seakan-akan seperti ibu bapa seorang individu,
saling mengingatkan keadaan, suasana, peristiwa, persepsi, pemikiran, emosi, perasaan, sikap, tingkah
laku. Di sebalik super ego sentiasa wujud imej pengawalan. Sebagai contoh, lazimnya di kalangan orang
Melayu, apabila hendak keluar dari rumah, secara otomatis terlintas bagi memakai kasut. Keadaan
menanggalkan kasut sebelum memasuk ke dalam rumah kediaman juga menjadi kelaziman adat orang
Melayu.

2.3.3 Perkembangan personaliti


Terdapat lima peringkat perkembangan personaliti mengikut teori psikoanalisis. Peringkat tersebut
adalah seperti berikut:

1. Peringkat oral (lahir- 18 bulan)

Kepuasan yang mula dirasai oleh seorang bayi adalah keseronokan yang dikecapi di mulut. Peringkat
ini bermula semenjak dilahirkan. Hampir semua objek dibawa ke mulut oleh seorang bayi. Mereka
merasa puas apabila dapat menghisap. Aktiviti menghisap berlaku dalam tempoh 18 bulan semenjak
dilahirkan. Selepas itu kanak-kanak mula pandai menggigit. Mengikut fahaman psikoanalisis, keadaan ini
menyebabkan keadaan lekatan sebagai mekanisma bela diri semasa dewasa yang boleh membawa kepada
trait yang passif, optimis dan ingin mengetahui.

2. Peringkat anal. atau dubur ( 2- 4 tahun )

Pada tahun kedua, kanak-kanak mula berkembang dan berupayamengawal fungsi biologi terutama
membuang air. Pada peringkat ini kanak-kanak bukan lagi mendapat kepuasan melalui mulut lagi. Pada
peringkat ini, kanak-kanak perlu dilatih cara yang sesuai bagi melaksanakan kehendak pembuangan
najisnya. Kanak-kanak akan memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar supaya
diterima dan dikasih oleh ibubapa. Pelaksana psikoanalisis berpendapat bahawa latihan yang dilalui akan
mempengaruhi sasiahnya apabila meningkat dewasa.

3. Peringkat falik(kubul) 4- 6 tahun


Mengikut pendapat psikoanalisis, pada peringkat ini, kanak-kanak mula berseronok dengan organ
jantinanya. Pada peringkat ini juga kanak-kanak dilihat selalu memegang organ kejantinaan
untuk mendapatkan kepuasaan. Peringkat ini juga merupakan permulaan berkembangnya kompleks
oedipus dan kompleks elektra. Kompleks oedipus berlaku pada kanak-kanak lelaki apabila tanpa disedari
ianya tertarik kepada ibunya. Kartasis penarikan ini juga berlaku terhadap kanak-kanak perempuan
kepada bapanya, sealiran dengan kompleks elektra. Rasa tidak puas terhadap sama ada ibu oleh kanak-
kanak perempuan dan terhadap bapa oleh kanak-kanak lelaki menyebabkan kanak-kanak mengikut serta
mendapatkan perhatian kepada ibu atau bapanya. Peringkat paling kritikal ini akan menentukan
kepesatan seksual yang berkembang dalam diri seorang individu.Oleh itu ibubapa mesti memain peranan
penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.

4. Peringkat pendaman (6-12 tahun)

Pada peringkat ini kasih sayang dan keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanak-kanak yang
berjaya mengatasi dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik.
Pada umur lima hingga dua belas tahun, kehendak seksual terpendam. Maka bermulalah gejala
penyekatan seksual dalam diri individu. Walau bagaimanapun, peringkat ini juga penuh dengan suasana
menguatkan sifat serta ciri kelakian atau pun kewanitaan. Peringkat ini juga penuh dengan keupayaan
berkawan sesama rakan sama ada dari jantina lelaki atau pun wanita.

5. Peringkat genital (kejantinaan) 12 tahun ke atas

Peringkat ini dikatakan awal remaja, mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan
jantina. Menurut Freud, tenaga seks (labido) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu
di luar keluarga mereka.

Sebaik sahaja kanak-kanak menghampiri akhir baligh, kehendak seksual diganti dengan struktur ego
yang mengambil alih semula perkembangan diri. Pada masa ini, objek yang jitu dari segi perkembangan
diri menjadi lumrah dengan kematangan yang berfungsi. Ego yang terbentuk dijaga dan dikembangkan
secara pengalaman yang baru serta bermakna bagi diri individu. Individu mula dengan peranan
sosialisasi, perlaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikan interaksi seksual dan persedian
perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional. Zaman kanak-kanak ditinggalkan dan bermula
dengan peringkat kedewasaan.

2.3.4 Mekanisma bela diri

Mekanisme bela diri berlaku bagi menjaga pembentukan ego yang sedia ada dalam pengalaman seorang
individu. Mekanisme bela diri berpandukan kepada pengalaman yang tersirat pada peringkat bawah sedar
dalam struktur ego. Seorang individu belajar hasil dari pengalamannya tentang segala contoh dan kegiatan
berkaitan naluri diri bagi memuaskan kehendaknya. Apabila fungsi ego yang sedia ada tidak dapat
menyesuaikan dengan keadaan sekeliling, seorang individu akan secara tanpa sedar menggunakan
mekanisme bela diri bagi menagani keadaan yang dihadapi. Antara mekanisme bela diri yang digunakan
adalah seperti berikut:

2.3.4.1 Jenis-Jenis Helah Bela Diri

Terdapat dua jenis helah bela diri iaitu helah bela diri aktif dan helah bela diri pasif.

v Helah bela diri aktif


Terdapat tujuh helah bela diri aktif iaitu rasionalisasi, sublimasi, pemindahan atau penyaluran, projeksi,
introjeksi, pembentukan reaksi, kompensasi dan fantasi.

o Rasionalisasi
Pendaman merupakan mekanisme bela diri yang asas dalam struktur personaliti seorang
individu. Pendaman merupakan pengenepian desakan sebagai perwakilan idea daripada tahap
sedar. Perkara ini berlaku apabila ada desakan yang menyebabkan kepincangan yang tidak sangup
ditangani. Kesannya mengakibatkan berlaku keresahan sekiranya timbul pada tahap sedar. Ciri
pendaman yang berterusan akan memakan diri di samping pengaliran tenaga ego bagi tujuan membela
diri.

Untuk menyembunyikan tujuan dan perkara yang sebenar demi menjaga maruah dan harga diri, individu
akan memberikan sebab musabab. Rasionalisasi digunakan untuk membuktikan bahawa tindakannya
adalah betul dan sesuai serta perlu diterima oleh orang lain. Melalui penjelasan ini, individu akan merasa
lebih tenang dan tidak terancam.
Sebagai contoh, Syazwan tidak menang dalam satu pertandingan melukis. Beliau mengatakan bukan
beliau tidak pandai melukis tetapi segaja untuk memberi peluang kepada rakannya Shaffiq tidak tidak
pernah memenangi sebarang hadiah dalam pertandingan melukis. Ini dilakukan adalah kerana untuk
mengelakkan bahawa sebenarnya lukisannya tidak cantik pada hari pertandingan tersebut.
o Sublimasi
Satu bentuk pindahgantian yang berunsur seksual, apabila desakan seksual dialihkan ke arah tindakan
yang berbentuk sosial dan mernunafaat serta kreatif. Contohnya, menyanyi, melukis, drama dan semua
kegiatan kreatif dan kesenian. Sekiranya pindahgantian berunsurkan desakan yang ganas maka sublimasi
berbentuk kegiatan yang ganas akan mengambil alih seperti sukan berbentuk lasak.
Individu yang akan menyalurkan tingkahlaku yang kurang disenangi dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang
lebih memberi manfaat dan diterima oleh orang lain. Sebagai contoh, individu yang suka lepak dan
menyanyi ditepi jalan dengan menyalurkan aktiviti tersebut kepada menyertai pertandingan menyanyi dan
dijadikan sebagai kerjaya yang lebih mendatangkan faedah.
o Pemindahan atau penyaluran
o Keadaan ini merupakan satu proses mengalirkan tenaga psike dari sumber atau objek yang tidak dapat
diakses kepada satu objek lain. Keadaan ini akan mendatangkan satu bentuk kartasis atau kelegaan dalam
diri. Pada biasanya sikap serta perasaan yang asal tetap akan terserap, hanya emosi yang baru digantikan
ke arah objek yang lain. Contohnya, kemarahan terhadap seorang diganti dengan satu kegiatan yang
kasar tetapi membena seperti membelah kayu api atau mencangkul membuat batas tanaman sayur.

Pemindahan atau penyaluran digunakan oleh individu dengan menyalurkan tindakan kepada sasaran lain
yang lebih selamat dibanding dengan sasaran asal. Sebagai contoh individu yang dimarahi oleh guru akan
melepaskan tingkahlakunya kepada rakanya. Ini disebabkan individu tidak mampu melawan
semula gurunya tetapi dipindahkan kepada rakannya.
o Projeksi
Projeksi adalah cara melindungi dirinya daripada kualiti atau keinginan-keinginan yang tidak dapat
dipenuhi. Sebaliknya individu bertingkahlaku untuk menyalahkan orang lain di atas kegagalan atau
keinginan yang tidak dapat dicapai atau dipenuhi.
Sebagai contoh, individu yang gagal dalam peperiksaan akan menjelaskan bahawa gurunya tidak
mengajar topik tersebut untuk mengelakkan orang lain mengatakan bahawa dia tidak pandai.
o Introjeksi
Suatu keadaan dimana seorang individu menghimpun dalam dirinya semua sikap afektif dan bukan afektif
berkaitan dengan objek atau orang luaran. Mekanisme ini penting sebagai asas kepada proses
pengenalpastian dalam peranan superego.

Introjeksi ialah satu cara bagaimana individu melakukan sesuatu dengan cuba menyifatkan dirinya seperti
orang lain. Mereka akan mengambil ciri-ciri orang lain untuk dijadikan ciri-ciri dalam dirinya. Tujuannya
ialah untuk menyamakan diri dengan orang yang lebih berkebolehan atau mempunyai status yang lebih
baik. Sebagai contoh, Shaffiqah membuat atau melakukan ciri-ciri peribadi seorang artis yang menjadi
idolanya.
o Pembentukan reaksi
Proses ini merupakan satu perkembangan sikap yang bertentangan dengan perkara yang telah
dipendam. Keadaan ini berasaskan kepada prinsip bertentangan polariti. Contohnya, desakan melakukan
kegiatan `mengotorkan' bertentangan dengan desakan kegiatan `bersih' yang ada dalam pendaman
Pembentukan reaksi ialah satu cara bagaimana individu melakukan sesuatu yang bertentangan untuk
menidakkan keinginannya. Ia adalah satu strategi individu untuk mempertahankan dirinya dari ancaman.
Sebagai contoh, Ali sangat dibenci oleh adik beradiknya tetapi Ali membentuk reaksi dengan membalas
kebencian mereka dengan berbuat sangat baik dengan adik beradiknya.

o Kompensasi
Kompensasi ialah perlakuan yang hampir-hampir sama yang dilakukan oleh individu terhadap sesuatu
yang tidak mampu dilakukannya.
Apabila seseorang itu melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama dengan tujuan menggantikan sesuatu
aktiviti yang tidak berupaya dilakukannya.
o Fantasi
Seseorang itu cuba mengurangkan ketegangannya dengan cara berkhayal dan membentuk suatu situasi
lain dalam imaginasinya yang tidak begitu mengancam dan lebih selesa daripada keadaan sebenar.
v Helah bela diri pasif
o Represi
Represi digunakan oleh individu untuk menghilangkan pemikiran dan perasaan yang menganggu alam
sedar dalam dirinya. Individu akan melupakan atau memendamkan khususnya sesuatu yang tidak
menyeronokkannya dan disimpan dalam alam tidak sedar. Sebagai contoh individu melupakan kegagalan
percintaannya yang tidak ingin diingati kerana kesan yang sangat menyakitkan.
o Penafian
Penafian ialah salah satu cara bagimana individu enggan menerima menerima sesuatu yang menimpa
pada dirinya dengan membuat sesuatu yang menidakkannya. Ia bertujuan mengelak ancaman yang terjadi
pada dirinya. Sebagai contoh, Boy telah dimaklumkan oleh doktor bahawa dia mengidap penyakit yang
merbahaya. Boy akan membuat penafian dengan mengatakan bahawa dirinya adalah sihat dan mampu
menjalani kehidupan seperti biasa.
o Agresi
Agresi ialah satu bentuk tingkahlaku agresif yang dilakukan oleh individu untuk melepaskan ancaman
atau tekanan yang dialaminya. Tingkahlaku ini boleh memudaratkan orang lain seperti mencederakan
atau merosakkan sesuatu objek. Sebagai contoh, Hamzah telah menumbuk majikannya kerana
memarahinya di hadapan orang ramai sehingga mencalarkan maruah dan harga dirinya.
o Regresi
Regresi adalah satu cara bagaimana individu melepaskan tekanan atau ancaman yang terjadi pada dirinya
dengan melakukan tingkahlaku seperti kanak-kanak. Ini seolah-oleh menunjukkan perlakuan individu
tersebut kembali semula ke peringkat perkembangan awal kanak-kanak. Ini diistilahkan sebagai
pengunduran kepada tingkahlakau terdahulu sebelum mencapai kematangan. Sebagi contoh, Amin yang
menghadapi tekanan yang amat sangat menangis seperti kanak-kanak.

2.4 Pendekatan Psikoanalisis


Diperkenalkan oleh Sigmund Freud yang berlatar belakangkan kehidupan Yahudi. Beliau telah
memperkenalkan konsep perkaitan-bebas (free-assosiation) selepas berjaya dalam amalan hipnotisa
(hypnosis). Freud menggunakan kaedah perkaitan untuk menerokai minda tidak sedar manusia. Dalam
pendekatan psikoanalitiknya, Freud memberikan penegasan dan percaya bahawa personaliti individu
dapat diketahui melalui kajian minda tidak sedar yang dipunyai.

Pada pandangan Freud, manusia secara fitrahnya bersifat dinamik iaitu terdapat perpindahan atau
transformasi dan pertukaran tenaga dalam pembentukan personaliti manusia. Pendapat-pendapat yang
diutarakan oleh Freud terbukti secara saintifik kini.

Rugayah menyatakan, kaunselor profesional yang mengamalkan pendekatan psikoanalitik akan


menggalakkan klien mereka memerihalkan dan bercakap apa sahaja yang datang dalam ingatan, terutama
sekali peristiwa-peristiwa yang dilalui semasa berada di tahap kanak-kanak. Melalui pendekatan ini
kaunselor cuma membentuk persekitaran atau atmosfera di mana klien akan merasai bebas untuk
melahirkan isi hatinya.
Pendekatan inu mempunyai pelbagai komplikasi dan kompleksiti. Arlow (1984) menyatakan bahawa
pendekatan psikoanalitik berjaya digunakan untuk mengatasi mereka yang mempunyai pelbagai
kecelaruan termasuklah gangguan histeria, narcissism, reaksi obsessif-kompulsif, kecelaruan peribadi,
ketakutan, phobia dan kecelaruan seksual.

11.0 KAUNSELING MENGIKUT PENDEKATAN PSIKOANALISIS

Rasional bagi perubahan. Struktur personaliti yang dikemukakan oleh Freud sangat penting difahami
bagi seorang kaunselor yang ingin melaksanakan rawatan sejajar dengan pendekatan
psikoanalisis. Kefahaman tentang peranan id, ego dan superego dalam diri seorang insane akan dapat
menentukan tahap kecelaruan yang sedang dialami oleh klien. Kaunseling pendekatan Psikoanalisis
menumpukan kepada analisis tentang perimbangan antara id, ego dan superego yang berlaku dalam diri
seorang insan. Mengikut fahaman psikoanalisis, seorang individu itu berada dalam kecelaruan mental
kerana tidak berlakunya perimbangan id, ego dan superego dalam dirinya.

Proses kaunseling. Proses kaunseling secara pendekatan psikoanalisis melibatkan interaksi antara
kaunselor dengan kliennya. Interaksi secara bersemuka adalah perlu dan digalakkan bagi menjaga
kepentingan proses hormat menghormati antara kaunselor dengan kliennya. Proses kaunseling juga
melibatkan perbualan yang ikhlas antara kaunselor dengan klien.

Dalam pendekatan psikoanalisis, kaunselor akan menerima kliennya secara ikhlas dan tanpa
bersyarat. Penerimaan tanpa bersyarat atau keredhaan penerimaan ini memang penting dalam iklim
kaunseling. Walaupun dalam proses kaunseling psikoanalisis yang traditional, klien digalakkan baring di
atas kerusi kauch, praktis ini sudah kurang diamalkan. Memadailah klien boleh duduk dengan selesa di
atas kerusi yang berdekatan dengan kaunselor dalam interaksi kaunseling.

Dalam proses kaunseling psikoanalisis, rintangan perbualan dan berinteraksi merupakan perkara pokok
yang diguna oleh kaunselor bagi mendapatkan maklumat tentang tahap bawah sedar klien. Bagi
kaunselor, kefahaman dan keupayaannya membuat analisis tentang struktur tahap bawah sedar klien
merupakan punca permulaan bagi merawat klien tersebut.

Desakan id biasanya merupakan punca kegelisahan dan penyebab kecelaruan dalam perimbangan struktur
personaliti klien. Di samping itu, rintangan dan mekanisme bela diri seorang individu juga akan
meningkatkan kerumitan yang dialami oleh klien.

Sehubungan ini, desakan id dan rintangan yang berpunca daripada mekanisme beladiri ego seorang klien
boleh mempengaruhi pemikiran dan emosi klien.
Dalam proses psikoanalisis, kaunselor bertanggungjawab bagi membantu klien menimbulkan ke
tahap kesedaran segala hal yang terpendam dalam tahap bawah sedar kliennya. Proses pemangkin ini
akan hanya dapat dijelmakan melalui teknik yang spesifik dalam kaunseling psikoanalisis.

2.4 Matlamat kaunseling

Setiap proses kaunseling mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Kaunseling pendekatan


psikoanalisis tidak terkecuali dari kehendak ini. Berasaskan kepada tahap kesedaran, matlamat penting
dalam proses kaunseling psikoanalisis adalah bagi menjelmakan wawasan kepada akal pemikiran
kliennya. Hasil ini akan hanya tercapai apabila timbul perseimbangan antara struktur personaliti yang
merangkumi id, ego dengan superego.

Wawasan psikologi yang dimaksudkan merangkumi segala kepekaan kefahaman tentang daya
pemikiran dan kesedaran diri. Dalam erti kata yang luas, wawasan mencakupi keupayaan seorang
individu itu menyedari kederiaan pemikirannya serta afektif secara mendalam hingga berupaya
mewujudkan suatu pemilihan yang wajar untukkebahagian dirinya. Proses perimbangan struktur
personaliti ini wajar dilakukan secara sengaja serta teratur oleh kaunselor. Perlaksanaan perimbangan ini
boleh diuruskan melalui teknik perkaitan bebas; pentafsiran dan analisis persepsi, terutamanya
mekanisme bela diri; pentafsiran dan analisis mimpi.

2.4.1 Matlamat psikoanalisis

Ada dua matlamat utama psikoanalisis:


a. membentuk semula watak individu agar segala yang terpendam di alam tidak sedar dapat
dialami di alam sedar.
b. Menguatkan ego, agar individu dapat berfungsi menurut prinsip realiti, tanpa dikongkong
atau didorong oleh desakan-desakan id, atau pun superego.

Bagi mencapai kedua-dua matlanat ini, kaunselor dan klien mempunyai peranan yang tersendiri bagi
menghidupkan kembali zaman kanak-kanak agar segala pengalaman di masa kecil itu dapat dirasai dan
dialami sekarang. Melalui pengalaman sebegini adalah diharapkan yang individu itu akan memperolehi
kefahaman dan celik akal mengenai masalah yang dihadapinya. Dan seterusnya berusaha untuk
mewujudkan watak yang sewajarnya bagi mengendalikan hidup yang norlmal dan sihat.

2.5 Proses dan teknik kaunseling


Perkaitan bebas. Perkaitan bebas sebagai satu teknik berkehendakkan agar klien meluahkan apa sahaja
yang terlintas dalam pemikirannya tanpa menapis susunan logik perbualannya dengan kaunselor. Teknik
ini mula distrukturkan oleh Freud bagi tujuan mengingati semula pengalaman serta emosi yang lampau
pernah dialami oleh klien. Kaunselor biasanya memberi satu sikap interaksi yang menggalakan supaya
klien boleh bertindak secara bebas tentang perkara yang hendak diluahkan. Disebalik asas teknik ini
adalah kefahaman bahawa dalam diri individu memang tersemat pendaman sebagai satu factor
mekanisme bela diri. Tujuan perkaitan bebas adalah bagi melepaskan ke tahap sedar pendaman yang lama
sehinga dapat diluahkan. Pendaman yang banyak tersimpan menjadi tekanan desakan diri. Sehingga
pendaman tersebut dikeluarkan ke tahap sedar, kecondongan pendaman tersebut tidak boleh disesuaikan
dengan alam realiti.

Transferens. Transferens diguna oleh kaunselor bagi memberi galakan kepada klien bahawa kaunselor
sememangnya bersedia untuk memberi bantuan. Konsep transferens meletakkan klien dalam satu
keadaan minda bahawa kaunselor sebenarnya adalah ibubapa atau orang signifikan lain dalam
pengalaman hidupnya yang lampau. Dalam proses transferens, seorang klien itu akan menghidupkan
semula tanpa disedari segala tingkahlaku patogeniknya kepada kaunselor. Keadaan ini sangat perlu
difahami oleh kaunselor bagi menangani proses analisis dan pentafsiran mekanesime bela diri klien.

Pentafsiran. Dalam proses kaunseling psikoanalisis, pentafsiran penting bagi menimbulkan


wawasan psikologikal kepada diri klien. Transferens sahaja tidak mencukupi bagi mengerakkan klien ke
arah kelegaan dan tingkahlaku yang baru. Analisis dan pentafsiran tentang mekanisme bela diri klien
akan memudahkan klien memahami kerumitan yang sedang dihadapinya. Tugas kaunselor adalah untuk
menjelmakan satu kartasis atau kelegaan dalaman yang boleh dinikmati klien. Pentafsiran dapat
mengerakkan segala kefahaman superego yang lama kepada satu tahap kesedaran baru. Pengalaman dan
kefahaman baru ini selanjutnya akan diganti dengan kesedaran ego baru dan bergerak ke arah penerimaan
superego yang lebih sesuaidengan keadaan semasa sealiran dengan klien.

Dalam proses kaunseling secara psikoanalis ini berbagai rintangan mungkin akan timbul diantara interaksi
kaunselor dengan klien. Pentafsiran yang dikemukakan oleh kaunselor tidak semestinya diterima oleh
klien. Hasil pentafsiran mungkin menimbulkan satu reaksi kepincangan dan kaunselor wajar bersedia
menerima hakikat bahawa tidak semua analisisnya mudah diperlakukan oleh klien. Apabila keadaan ini
berlaku maka kaunselor wajar sedar bahawa klien mungkin berada dalam keadaan transferens dan
menganggapnya sebagi orang signifikan yang pernah dialami dalam hidupnya yang lampau. Ada kalanya
juga rintangan tidak semestinya berlaku hasil daripada proses transferens. Ada kemungkinan juga
rintangan berlaku hasil dari satu penolakan sebenar pentafsiran yang diberi oleh kaunselor. Tanda seperti
ini memberi isyarat bahawa klien belum bersedia untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan yang
sebenar.

Othman mengingatkan bahawa kaunselor perlu faham bahawa dirinya juga terpengaruh dengan
keadaan pemindahan persepsi minda terhadap kliennya. Keadaan tanpa disedari ini mengerakkan satu
proses kaunter transferens. Fokus kaunselor terhadap klien seolah-olah sudah terpisah ke arah klien
sebagi seorang yang biasa didekati dalam pengalaman kaunselor masa lampau. Kaunselor wajar dapat
mengawal keadaan seperti ini dalam dirinya secara sedar dan cepat kembali kepada alam kaunseling.

2.5.1 APLIKASI TEORI SIGMUND FREUD DALAM BIMBINGAN

Dalam Opini Kusmawati, apabila menyemak konsep kunci dari teori kepribadian Sigmund Freud, maka
ada beberapa teorinya yang dapat aplikasikan dalam bimbingan, yaitu:

Pertama, konsep kunci bahwa manusia adalah makhluk yang memiliki kebutuhan dan
keinginan. Konsep ini dapat dikembangkan dalam proses bimbingan, dengan melihat hakikatnya
manusia itu memiliki kebutuhan-kebutuhan dan keinginan-keinginan dasar. Dengan demikian konselor
dalam memberikan bimbingan harus selalu berpedoman kepada apa yang dibutuhkan dan yang diinginkan
oleh konseli, sehingga bimbingan yang dilakukan benar-benar efektif. Hal ini sesuai dengan fungsi
bimbingan itu sendiri. Mortensen (dalam Yusuf Gunawan) membagi fungsi bimbingan kepada tiga yaitu:
(1) memahami individu (understanding-individu), (2) preventif dan pengembangan individual, dan (3)
membantu individu untuk menyempurnakannya.
Memahami individu. Seorang guru dan pembimbing dapat memberikan bantuan yang efektif jika mereka
dapat memahami dan mengerti persoalan, sifat, bantuan yang diperlukan, minat, dan kemampuan
kliennya. Sebab itu bimbingan yang efektif menuntut secara mutlak pemahaman diri anak secara
keseluruhan. Karena tujuan bimbingan dan pendidikan dapat dicapai jika programnya didasarkan atas
pemahaman diri anak didiknya. Sebaliknya bimbingan tidak dapat berfungsi efektif jika konselor kurang
pengetahuan dan pengertian mengenai motif dan tingkah laku konseli, sehingga usaha preventif dan
treatment tidak dapat berhasil baik.
Preventif dan pengembangan individual. Preventif dan pengembangan merupakan dua sisi dari satu
mata uang. Preventif berusaha mencegah kemorosotan perkembangan anak dan minimal dapat
memelihara apa yang telah dicapai dalam perkembangan anak melalui pemberian pengaruh-pengaruh
yang positif, memberikan bantuan untuk mengembangkan sikap dan pola perilaku yang dapat membantu
setiap individu untuk mengembangkan dirinya secara optimal.
Membantu individu untuk menyempurnakan. Setiap manusia pada saat tertentu membutuhkan
pertolongan dalam menghadapi situasi lingkungannya. Pertolongan setiap individu tidak sama. Perbedaan
umumnya lebih pada tingkatannya dari pada macamnya, jadi sangat tergantung apa yang menjadi
kebutuhan dan potensi yang ia meliki. Bimbingan dapat memberikan pertolongan pada anak untuk
mengadakan pilihan yang sesuai dengan potensi dan kemampuan yang dimilikinya.
Jadi dalam konsep yang lebih luas, dapat dikatakan bahwa teori Freud dapat dijadikan pertimbangan
dalam melakukan proses bantuan kepada klien, sehingga kaedah dan bahan yang digunakan sesuai
dengan keperluan dan keinginan individu.
Kedua, konsep kunci tentang kecemasan yang dimiliki manusia dapat digunakan sebagai wahana
pencapaian tujuan bimbingan, yakni membantu individu supaya mengerti dirinya dan lingkungannya;
mampu memilih, memutuskan dan merencanakan hidup secara bijaksana; mampu mengembangkan
kemampuan dan kesanggupan, memecahkan masalah yang dihadapi dalam kehidupannya; mampu
mengelola aktivitasnya sehari-hari dengan baik dan bijaksana; mampu memahami dan bertindak sesuai
dengan norma agama, sosial dalam masyarakatnya.
Dengan demikian kecemasan yang dirasakan akibat ketidakmampuannya dapat diatasi dengan baik dan
bijaksana. Karena menurut Freud setiap manusia akan selalu hidup dalam kecemasan, kecemasan karena
manusia akan punah, kecemasan karena tidak dapat bersosialisasi dengan lingkungan dan banyak lagi
kecemasan-kecemasan lain yang dialami manusia, jadi untuk itu maka bimbingan ini dapat merupakan
wadah dalam rangka mengatasi kecemasan.
Ketiga, konsep psikolanalisis yang menekankan pengaruh masa lalu (masa kecil) terhadap perjalanan
manusia. Walaupun banyak para ahli yang mengkritik, namun dalam beberapa hal konsep ini sesuai
dengan konsep pembinaan dini bagi anak-anak dalam pembentukan moral individual. Dalam sistem
pemebinaan akhlak individual, Islam menganjurkan agar keluarga dapat melatih dan membiasakan anak-
anaknya agar dapat tumbuh berkembang sesuai dengan norma agama dan sosial. Norma-norma ini tidak
bisa datang sendiri, akan tetapi melalui proses interaksi yang panjang dari dalam lingkungannya. Bila
sebuah keluarga mampu memberikan bimbingan yang baik, maka kelak anak itu diharapkan akan tumbuh
menjadi manusia yang baik.
Dalam hal ini sebuah hadis Nabi menyatakan bahwa Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah,
hingga lisannya fasih. Kedua orang tuanyalah yang ikut mewarnainya sampai dewasa. Selain itu seorang
penyair menyatakan bahwa Tumbuhnya generasi muda kita seperti yang dibiasakan oleh ayah-ibunya.
Hadis dan syair tersebut di atas seiring dengan konsep Freud tentang kepribadian manusia yang
disimpulkannya sangat tergantung pada apa yang diterimanya ketika ia masih kecil. Namun tentu saja
terdapat sisi-sisi yang tidak begitu dapat diaplikasikan, kerana pada hakikatnya manusia itu juga bersifat
baharu.
Keempat, teori Freud tentang tahapan perkembangan kepribadian individu dapat digunakan dalam
proses bimbingan, baik sebagai materi maupun pendekatan. Konsep ini memberi erti bahwa bahan,
kaedah dan pola bimbingan harus disesuaikan dengan tahapan perkembangan kepribadian individu,
karena pada setiap tahapan itu memiliki perwatakan dan sifat yang berbeza. Oleh karena itu kaunselor
yang melakukan bimbingan haruslah selalu melihat peringkat-peringkat perkembangan ini, bila ingin
bimbingannya menjadi efektif.
Kelima, konsep Freud tentang ketidaksedaran dapat digunakan dalam proses bimbingan yang
dilakukan pada individu dengan harapan dapat mengurangi impuls-impuls dorongan Id yang bersifat
irrasional sehingga berubah menjadi rasional.

2.5.2 TEKNIK DAN TATACARA PSIKOANALISIS

Terdapat enam teknik utama yang digunakan di dalam psikoanalisis, iaitu:


a. perkaitan bebas
b. pentafsiran
c. takbir mimpi
d. analisa penahanan
e. analisa permindahan
f. ujian projektif

Melalui teknik-teknik ini kita akan dapati yang seseorang klien itu akan melalui proses:
a. bercakap terus-menerus mengenai peristiwa-peristiwa masa lampau, khususnya semasa ia kecil, serta
orang-orang tertentu
b. katarsis
c. celik akal
d. memahami perasaan dan pengalaman tidak sedar Setelah melalui proses-proses ini barulah klien
dapat memahami dirinya secara intelektual dan emosi.

a. Perkaitan bebas
Perkaitan bebas merupakan teknik utama psikoanalisis. Sebelum dari itu, sewaktu merawat kes-kes
histeria, Freud mengguna hipnosis, tetapi setelah ia bertemu dengan perkaitan bebas, inilah yang
menjadikan teknik utamanya. Kadang-kadang ia dinamakan talking cure. Bila mengguna teknik ini, klien
akan berbaring di atas kaus, manakala kaunselor akan duduk di belakangnya atau dihujung kepalanya.
Klien akan digalakan menyatakan apa sahaja yang dirasai dan dialaminya tanpa sebarang tapisan. Apa
sahaja yang terlintas di fikirannya masa itu tanpa memperhitungkan nilainya - baik buruk, kecil-besar dan
sebagainya, hendaklah diluahkan.

Melalui proses sebegini, pintu hati dan fikiran yang selama ini memendam dan menekan berbagai-bagai
perasaan dan pengalaman akan terbuka. Dengan mengikuti curahan isi hati dan pengalaman ini serta
sekatan-sekatan yang dialami oleh klien semasa mencurahkan isi hati dengan bebas inilah kaunselor dapat
memahamiu perkara yang telah menyebabkan masalahnya. Ia akan cuba menjelaskan perkara-perkara ini
kepada kliennya sehinggalah ia memahami dan mndapat celik akal, kerana selama ini ia tidak
memahaminya. Kaunselor akan bersifat pasif di dalam interaksinya dengan klien, melainkan sekala-
sekala sahaja untuk mendorong kliennya meneruskan curahan isi hatinya itu.

b. Pentafsiran

Pentafsiran merupakan suatu alat atau tatacara asas yang digunakan oleh kaunselor untuk menganalisa
mimpi, perkaitan bebas, penahanan dan pemindahan dan kemudiannya menjelaskan kefahamannya itu
kepada klien.

Di dalam membuat tafsiran ini kaunselor perlulah melakukannya pada ketika-ketika yang sesuai.
Misalnya, pentafsiran hanya diberikan ketika klien berada di tahap sedar, supaya bahan yang hendak
ditafsirkan itu boleh difahami dan diterimanya. Kedua, pentafsiran yang mudah-mudah hendaklah
mendahului pentafsiran-pentafsiran yang kompleks. Ketiga, klien hendaklah memahami sesuatu
penahanan atau helah bela diri sebelum menerang kepadanya akan konflik yang dialaminya.

c. Takbir Mimpi

Bagi Freud, mimpi merupakan jalan diraja ke alam tidak sedar, kerana di dalam mimpilah terdapat
manifestasi-manifestasi berbagai-bagai perkara atau peristiwa yang tidak biasa muncul di dalam alam
dunia sedar dapat melahirkan keinginan-keinginan, keperluan-keperluan, impian-impian, kebimbingan-
kebimbingan dan sebagainya. Di dalam masa bermimpi, tidak semua yang dimimpikan itu lahir di dalam
bentuk yang mudah difahami. Ada peristiwa-peristiwa yang begitu berat dan hebat di dalam hidup kita
sehingga bila ia menjelma di dalam mimpi, peristiwa-peristiwa ini akan lahir di dalam bentuk simbolik
atau lambang yang memerlukan pentafsiran yang lebih sofistikated. Kadang-kadang perkara yang
menjelma di dalam mimpi itu timbul di dalam masa perkaitan bebas, dan dengan memberi perhatian yang
sewajarnya dapatlah seseorang kaunselor itu membuat kesimpulan-kesimpulan tertentu.

e. Analisa dan Pentafsiran Penahanan

Semasa kaunselor membantu klien memahami akan berbagai-bagai perkara yang tidak disedarinya, yang
telah menyebabkan masalahnya, terdapat keadaan di mana klien tidak bersedia untuk melahirkan sesuatu
perasaan atau pengalaman, kerana jika ia melahirkan juga perasaan dan pengalaman itu, ia akan
mengalami sesuatu kerisauan yang hebat sekali. Keadaan tidak mahu atau tidak berupaya melahirkan
perasaan sebegini dinamakan penahanan.Penahanan ini boleh mengambil bernagai-bagai bentuk- dari
simpel kepada yang kompleks.

e. Analisa dan Pentafsiran Pemindahan

Seperti yang dihuraikan dengan ringkas di bahagian awal bab ini, di dalam pemindahan klien akan
memindahkan perasaan dan pengalamannya yang dirasainya semasa ia kecil-kecil dahulu kepada
kaunselor yang bersikap neutral, objektif dan pasif. Kaunselor cuba memahami curahan isi hati dan
pengalaman ini, dan kemudiannya mentafsirkannya kepada kliennya agar ia benar-benar memahami
sebab-sebab mengapa ia sering bertindak secara tidak rasional.
Melalui kefahaman dan celik akal sebegini bolehlah ia berkembang dengan sewajarnya dari segi
intelektual dan emosi.

f. Ujian-ujian Projektif
Ada beberapa jenis ujian yang coraknya agak taksa dan subjektif. Ujian ini boleh berbentuk titik-titik
dakwat (ink blots) seperti Rorscharch Inkbloty Test atau pun gambar-gambar lukisan seperti yang terdapat
di dalam ujian yang dinamakan Thematic Apperception Test. Klien akan diminta menatap gambar-gambar
atau tanda-tanda dakwat ini dan menyatakan kepada persepsi dan kesimpulannya.

Dari huraian klien yang bersifat subjektif itu, bolehlah kaunselor membuat tafsiran-tafsiran tertentu
mengenai peribadi-peribadi atau peristiwa-peristiwa lampau yang mempunyai pengaruh-pengaruh tertentu
ke atas diri kaunselingnya. Melalui huraian seperti ini klien akan memahami faktor-faktor yang
menyebabkan masalahnya dan akan berusaha mengatasinya.

2.6 Peranan kaunselor dan klien

Antara fungsi kaunselor dalam proses kaunseling secara psikoanalisis adalah untuk bertindak kepada
tahap kesedaran kliennya. Di sini kaunselor dikehendaki menarik perhatian klien dan memberi kesedaran
kepada pemikiran bawah sedarnya yang telah disekat dari kenyataan secara mekanisma bela diri
REPRESSI. Secara repressi, individu itu telah dapat menunjukkan kenyataannya dalam bentuk
tingkahlaku yang 'tak sesuai' tetapi kaunselor juga dikehendaki membantu kliennya bekerja keras bersama
sama bagi cuba menyelesaikan konflik yang belum dapat dibereskan.

Caranya:
(1) Pendedahan
(2) Meneroka
(3) Pentafsiran

Selain daripada penekanan kepada tahap bawah sedar, kaunseling secara psikoanalisis juga tertumpu
kepada kaedah penerokaan dan pendedahan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah kaunselor itu akan
membantu kliennya dengan mendedahkan sebab sebenar masalah yang dihadapinya. Pada biasanya,
percubaan untuk mendedahkan sebab asas masalah ini akan melalui dengan penuh rintangan kerana
wujudnya mekanisma bela diri klien. Klien akan sedaya upaya menghalang sebab masalahnya itu
didedahkan.

Melalui pentafsiran seseorang kaunselor dapat bersemuka dengan makna yang sebenarnya disebalik
huraian komunikasi yang dibuat oleh klien. Pentafsiran merupakan elemen terapi yang kuat dalam
pendekatan psikoanalisis. Oleh kerana pentafsiran dapat membantu klien memahami apakah yang beliau
sedang alami disebalik tahap bawah sedarnya dan juga bagaimana beliau telah memesongkan persepsinya
terhadap acara semasa. Apa yang telah diperkatakan tadi merupakan konsep disebalik kaedah pendekatan
psikoanalisis. Konsep yang kaitannya dengan tahap kesedaran itu sangat rapat.
17.0 KESIMPULAN DAN PENILAIAN

Teori Freud adalah satu teori yang terlalu abstak kerana mengandungi pelbagai konsep bertukar ganti.
Walau bagaimanapun, teori ini adalah asas kepada pembinaan teori-teori yang terkemudian. Justeru teori
ini juga menyumbang di dlam aspek-aspek seperti:

a. kefahaman yang diberikan kepada kita tentang dinamika-dinamika yang sering berinteraksi di
dalam jiwa sehingga membawa kepada kerisauan.
b. kaedah-kaedah yang dianjurkannya membantu kita di dalam memahami penahanan,
pentingnya perhubungan antara kaunselor dengan klien, nilai-nilai pemindahan, serta helah bela diri.
c. peringkat-peringkat perkembangan personality dan masalah-masalah yang berkaitan
dengannya serta juga kepuasan-kepuasan dan watak-watak yang akan terhasil lantaran terlekatnya
perkembangan itu di sesuatu peringkat tertentu.
d. sifat semula jadi manusia yang sering didorong oleh naluri kearah nafsu semata-mata.

Melalui kefahaman yang dibentangkan Freud ini dapatlah kita mengendalikan kaunseling dengan lebih
berkesan lagi. Namun begitu, tidaklah dapat dinafikan bahawa bukan semua pendapatnya itu boleh
diterima dan akan diterima. Oleh sebab itulah timbul berbagai-bagai teori yang cuba meminda dan
membaharui serta membaiki setengah-setengah konsepnya itu.

You might also like