You are on page 1of 11

Topik Personaliti

4
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan personaliti daripada tiga aspek iaitu definisi, jenis serta
perubahan;
2. Mengenali personaliti seseorang daripada pelbagai perspektif; dan
3. Menerangkan personaliti pelajar yang bermasalah.

PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan bincangkan tentang personaliti. Bagaimanakah corak
personaliti anda? Tidak ramai dalam kalangan kita yang suka berkongsi
maklumat personaliti kita dengan orang lain. Jadi apakah yang dimaksudkan
dengan personaliti?

Personaliti daripada aspek psikologi bermaksud corak tingkah laku, pemikiran


dan emosi seseorang individu itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara
sesama individu lain. Terdapat banyak teori yang menerangkan tentang
personaliti individu manusia. Antaranya ialah teori psikoanalitik Sigmund
Freud.

Mengikut Freud, minda manusia boleh dibahagikan kepada tiga komponen


yang signifikan iaitu id, ego dan superego. Komponen ini bekerjasama dalam
membentuk personaliti seseorang individu itu. Sementara itu, aspek psikoanalisis
memberi penekanan kepada motivasi yang berlaku tanpa disedari dan konflik
antara dorongan kendiri dan sistem sosial sendiri.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


100 TOPIK 4 PERSONALITI

B. F. Skinner pula telah mencadangkan bahawa personaliti individu terbina dari


rangsangan dari luaran. Dalam teori behaviorisme, personaliti berubah dengan
persekitaran yang baru. Terdapat banyak lagi perspektif teori personaliti yang
melibatkan idea yang berbeza-beza.

Secara umumnya, topik ini membincangkan kaitan di antara dua pendapat


berhubung dengan personaliti. Dengan meneruskan pembacaan anda, mudah-
mudahan anda boleh mengenali diri anda, pelajar anda dan masyarakat
persekitaran anda.

4.1 MEMAHAMI PERSONALITI


Kita akan membincangkan personaliti dari aspek-aspek berikut:

(a) Definisi dan Elemen Personaliti


Menurut Abdul Majid (1997), personaliti ialah perkaitan antara pemikiran,
emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Personaliti menggambarkan
sifat keperibadian seseorang. Ia dikaitkan dengan perwatakan. Personaliti
seseorang boleh dikaji melalui tingkah laku, percakapan dan cara
menyelesaikan masalah. Sementara itu, Murugian (1996) pula telah
menghuraikan personaliti sebagai perwatakan yang lahir daripada diri
seseorang tanpa dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Kebolehan dan kecerdasan kognitif dalam kalangan pelajar pintar cerdas


sering dikaitkan dengan personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat
mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka.
Eysenck & Cookson (1961) telah membuat kajian di kalangan pelajar
sekolah rendah di Staffordshire dan beliau mendapati pelajar yang
mempunyai kecerdasan yang tinggi adalah berpersonaliti ektrovert.

Gordon Allport (1980) telah menjelaskan konsep personaliti sebagai


tingkah laku individu yang dinamik iaitu sentiasa berubah-ubah mengikut
keadaan dan persekitaran dan yang dapat menyesuaikan dirinya dengan
alam sekeliling mengikut cara yang tersendiri. Menurut Boon & Ragbir
(1998), konsep personaliti dapat disimpulkan sebagai jangkaan tingkah
laku secara keseluruhan yang boleh diperhatikan dan dinilai secara objektif
oleh orang lain. Ia menggambarkan keseluruhan diri seseorang yang
dinamik dan unik pada sesuatu ketika.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERSONALITI 101

Personaliti berasal dari perkataan Latin pesona, yang membawa maksud


topeng atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran
seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi
pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan,
kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.

Allport (1961) dalam Mischel (1999) menyatakan bahawa konsep


personaliti merujuk kepada organisasi dinamik di mana sistem psikofizikal
setiap individu menentukan tingkah laku dan pemikiran.

Sementara definisi oleh Pervin (1996) dalam Mischel (1999) adalah:

Personality is the complex organization of cognition, affects, and


behaviors that gives direction and pattern (coherence) to the
persons life. Like the body, personality consists of both structures
and processes and reflects both nature (genes) and nurture
(experience). In addition, personality includes the effects of the past,
including memories of the past, as well as constructions of the
present and future.

(b) Jenis Personaliti


Setelah kita mengetahui definisi dan elemen personaliti, kita akan teruskan
dengan membincangkan jenis personaliti. Terdapat pelbagai jenis
personaliti. Personaliti mengikut Carl Jung boleh diklasifikasikan kepada
tiga jenis iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert seperti dalam Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Klasifikasi personaliti mengikut Carl Jung

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


102 TOPIK 4 PERSONALITI

Pelajar sekolah rendah didapati lebih ekstrovert serta mampu memperolehi


pencapaian akademik yang cemerlang (Elliot, 1972; Anthony, 1977; dan
Riding, 1979). Dalam kajian lain, Johnson (1997) mendapati bahawa
terdapat korelasi yang signifikan antara faktor personaliti dengan
pencapaian akademik. Melalui kajian, pelajar lelaki secara umumnya
dilihat lebih agresif berbanding dengan pelajar perempuan. Kajian awal
Eysenck (1965) ke atas kanak-kanak berumur 7 sehingga 16 tahun
menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki lebih ekstrovert daripada pelajar
perempuan.

Bagi pelajar yang introvert, Rita Dunn et al. (1989) menunjukkan bahawa
pelajar pintar cerdas terdiri daripada pelajar yang introvert di mana mereka
lebih cenderung belajar bersendiri daripada belajar berkumpulan.

Personaliti introvert merupakan personaliti seseorang di mana dia kurang


menyenangi bersama orang lain, dia lebih suka menyendiri, tidak suka
dengan orang baru, tidak suka berbicara di depan umum, kurang percaya
diri, pemalu dan pendiam.

(c) Perubahan Personaliti


Mari pula kita melihat faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perubahan
personaliti. Perubahan yang berlaku pada personaliti seseorang itu
dipengaruhi oleh banyak faktor.

Antaranya ialah:

(i) Genetik

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1987), bentuk tubuh badan


boleh mempengaruhi personaliti secara langsung dan tidak
langsung.

Kecerdasan memainkan peranan penting dalam pembentukan


personaliti seseorang kerana membolehkan seseorang itu
menyelesaikan masalah harian. Individu yang mempunyai
kecerdasan tinggi biasanya lebih bijak dalam membuat sesuatu
keputusan sementara individu yang mempunyai kecerdasan yang
rendah akan mengalami perkembangan personaliti yang negatif.

Emosi juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi


personaliti kerana ia menindak balas terhadap rangsangan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERSONALITI 103

(ii) Persekitaran

Daripada aspek persekitaran, peranan rakan sebaya, pengaruh


sekolah dan guru, pengaruh keluarga, masyarakat serta
pengalaman awal kanak-kanak amat penting dalam membawa
perubahan kepada personaliti seseorang itu.

AKTIVITI 4.1

Sebagai seorang guru bagi pelajar yang terdiri dari pelbagai


kecerdasan, pengalaman serta personaliti, apakah jenis personaliti yang
kadang-kadang berubah berlaku disebabkan oleh faktor yang
mempengaruhi mereka?

4.2 PERSONALITI DARIPADA PELBAGAI


PERSPEKTIF
Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan personaliti dari aspek-aspek
yang berikut:

(a) Perspektif Psikodinamik


Daripada perspektif Teori Psikodinamik, tingkah laku manusia adalah
hasilan daripada bentuk interaksi di antara pelbagai komponen personaliti.
Mengikut Freud, personaliti manusia terdiri daripada tiga komponen yang
signifikan iaitu id, ego dan superego (Rajah 4.2).

(i) Id
Id diandaikan semua gejala yang neutral dalam pemikiran seorang
individu. Dalam pandangan psikoanalisis, ciri id seseorang itu sudah
wujud semasa ianya dilahirkan. Id dianggap sebagai satu elemen
struktur yang semula jadi, satu elemen yang diwarisi dan satu elemen
yang sedia ada dalam diri manusia. Id merupakan satu gejala bawah
sedar. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi
berkehendakkan kepuasan.

(ii) Ego
Ego berbeza dengan id. Ego tidak wujud semasa kelahiran.
Sebaliknya, ego berkembang secara berperingkat dan berada pada
tahap sedar. Ego juga penuh dengan persepsi. Perkembangan ego
adalah melalui hubungan secara sosial dan identifikasinya dengan
orang lain serta objek di dalam alam sekelilingnya.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


104 TOPIK 4 PERSONALITI

(iii) Super Ego


Super ego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkah
laku psikoanalisis. Super ego lebih menyerupai hati nurani atau
conscience seseorang individu. Super ego merupakan akar tunjang
dari aspek peneguhan moral yang baik. Super ego berfungsi
mengawal ego dan id. Super ego bertindak seakan-akan seperti ibu
bapa seorang individu, saling mengingatkan keadaan, suasana,
peristiwa, persepsi, pemikiran, emosi, perasaan, sikap dan tingkah
laku. Super ego juga sentiasa wujud sebagai imej pengawalan.

Rajah 4.2: Komponen personaliti mengikut Freud

(b) Perspektif Tret dan Sosial Behavioristik


Mengikut American Psychiatric Association, tret personaliti adalah aspek
personaliti yang prominen yang ditonjolkan dalam konteks sosial yang
pelbagai. Dengan kata lain, seseorang individu itu mempunyai perwatakan
yang boleh menentukan tingkah laku masing-masing. Sebagai contoh,
seorang individu yang peramah biasanya boleh menjadi pendengar yang
baik dan berminat dengan apa yang diperkatakan oleh individu lain.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERSONALITI 105

Gordon Allport telah mengutarakan tiga jenis tret dengan tahap yang
berbeza: tret cardinal, tret pusat dan tret sekunder. Dalam kajian lain
tentang personaliti, Raymond Cattell telah mengutarakan struktur
personaliti dengan 16 faktor primer dan lima faktor sekunder. Berdasarkan
Teori Cattell, Goldberg pula telah mencadangkan lima dimensi dalam
model personaliti juga dikenali sebagai The Big Five iaitu:

Rajah 4.3: Model personaliti The Big Five

Sila layari laman web ini untuk maklumat lanjut:

http://psychology.about.com/od/personalitydevelopment/a/bigfive.htm

John L. Holland telah mengutarakan model RIASEC iaitu model personaliti


yang banyak digunakan di dalam kaunseling vokasional.

Model RIASEC
Realistik (Realistic) Fizikal, orientasi bahan, maskulin
Penyelidik (Investigate) Saintifik, teknikal, metodologi
Artistik (Artistic) Menulis, melukis, menyanyi dan sebagainya
Sosial (Social) Asuhan, sokongan, bantuan, pemulihan
Enterprising (Enterprising) Menyusun, mengaktifkan, motivasi
Konventional (Conventional) Perkeranian, orientasi mendalam

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


106 TOPIK 4 PERSONALITI

Behavioris pula menerangkan personaliti daripada aspek tindak balas


terhadap rangsangan luaran. Mengikut Skinner, tingkah laku manusia
diperolehi daripada pelaziman operan yang menitikberatkan pengukuhan
selepas setiap tindakbalas dilakukan oleh individu itu.

(c) Perspektif Kognitif dan Humanistik


Dari aspek kognitif, tingkah laku manusia boleh diterangkan sebagai
dipandu oleh kognisi masing-masing mengenai dunia di persekitaran
mereka, terutama yang berkaitan dengan manusia itu sendiri.

Mengikut psikologi kemanusiaan, individu memainkan peranan yang aktif


dalam menentukan tingkah laku mereka sendiri. Psikologi humanistik memberi
penekanan kepada pengalaman subjektif individu tersebut dan bukan kepada
penentuan tingkah laku. Antara yang mempelopori pendapat ini adalah
Abraham Maslow dan Carl Rogers.

SEMAK KENDIRI 4.1

Bezakan pandangan mengenai personaliti di antara perspektif kognitif


dan humanistik.

4.3 MEMAHAMI PERSONALITI PELAJAR


Personaliti pelajar boleh difahami dan dibincangkan daripada aspek berikut:

(a) Memahami Pelajar Bermasalah


Ada banyak komitmen yang perlu dilaksanakan oleh pelajar dalam
memenuhi tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. Di samping itu,
mereka tidak dikecualikan dari sebarang masalah dalam konteks suasana
sebagai seorang pelajar. In termasuklah rakan sebaya yang mengelilingnya
dan juga konteks persekitaran yang berbeza. Dengan itu, sudah tentunya
mereka menghadapi masalah. Bagaimanapun masalah mereka ini boleh
diringankan jika pelajar itu atau guru memahami diri sendiri dan masalah
yang sedang dihadapi, tidak kira masalah itu sebagai pelajar, masalah
sebagai remaja atau masalah sebagai individu.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERSONALITI 107

Guru perlu memahami bahawa ada kalanya pelajar mempunyai perasaan


ingin disayangi atau ingin bermanja. Ada juga dalam kalangan mereka ini
yang tidak mendapat perhatian secukupnya. Kadang-kadang, ini
menyebabkan mereka mengambil tindakan yang boleh memudaratkan diri
sendiri.

(b) Pendekatan Menangani Pelajar Bermasalah


Untuk menangani pelajar bermasalah, usaha menarik perhatian mereka
amat penting. Kaedah yang sesuai perlu digunakan dalam memperbetulkan
kesilapan mereka dan kaedah komunikasi yang juga sesuai dengan
personaliti pelajar tersebut perlu dilaksanakan.

Pelajar bermasalah ini juga merupakan individu yang mempunyai


personaliti yang tersendiri, tingkah laku yang lazimnya mereka lakukan
dan pemikiran yang membawa kepada setiap perlakuan yang tertampil.
Oleh itu, dalam menangani masalah mereka, guru seharusnya menggunakan
komunikasi berkesan yang sesuai dan yang tidak menjatuhkan maruah
sehingga membentuk personaliti negatif dalam diri. Guru juga harus peka
terhadap perkembangan yang dilalui oleh pelajar terutamanya di sekolah.
Selain itu, guru harus mempunyai sikap terbuka dan boleh mendengar
keluhan mereka.

(c) Strategi Mewujudkan Perkembangan Konsep Diri yang Positif dalam


Darjah
Pandangan pelajar mengenai diri pada masa kini belum dapat dibanggakan.
Tidak ramai pelajar membudayakan konsep pengiklanan diri iaitu dapat
menyatakan dengan spesifik tentang matlamat hidup, cita-cita, keperluan,
perasaan, kebolehan, perancangan dan kemahiran diri.

Pembinaan konsep kendiri pelajar adalah amat penting dan perlu


dimulakan paling awal di sekolah rendah lagi. Ini akan melahirkan pelajar
yang berkualiti, berdaya tahan diri, yakin diri, mempunyai daya maju diri
yang tinggi dan sanggup bersaing, dinamik, kental serta mempunyai
matlamat diri yang jelas untuk mencapai cita-cita diri, masyarakat dan
negara malahan tidak mudah dipengaruhi dengan perkara-perkara yang
negatif.

SEMAK KENDIRI 4.2

Apakah strategi yang boleh digunapakai untuk meningkatkan


konsep diri yang positif untuk pelajar dalam bilik darjah?

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


108 TOPIK 4 PERSONALITI

Secara asasnya, personaliti boleh dikaitkan dengan sifat keperibadian


seseorang dan dikaitkan dengan perwatakan. Personaliti seseorang boleh
dikaji melalui tingkah laku, percapan dan cara menyelesaikan masalah.

Carl Jung mengklasifikasikan personaliti kepada ekstrovert, introvert dan


ambivert.

Personaliti juga boleh berubah. Di antara faktor-faktor yang


mempengaruhinya ialah baka dan persekitaran.

Personaliti boleh dilihat daripada pelbagai perspektif, seperti dari perspektif


psikodinamik yang melihatnya sebagai hasil interaksi antara id, ego dan
super ego.

Personaliti pelajar harus difahami kerana ia penting untuk menangani


masalah mereka dan membantu mereka membentuk personaliti yang baik.

Ambivert Model RIASEC


Ekstrovert Personaliti
Introvert

1. Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti?

2. Nyatakan konsep yang diutarakan oleh Teori Psikodinamik.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERSONALITI 109

Bagi memantapkan kefahaman anda, jawab soalan-soalan di bawah:

1. Terangkan personaliti berdasarkan tiga komponen signifikan yang


diutarakan oleh Sigmund Freud.

2. Jelaskan model personaliti The Big Five.

Mischel, W. (1999). Introduction to personality (6th ed.). Fort Worth, Texas:


Harcourt Brace.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

You might also like