You are on page 1of 52

Disampaikan oleh:

Tengku Norhani binti Tengku Besar


Pensyarah
Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
IPG Kampus Darulaman, Jitra,Kedah
 Konsep personaliti
 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan personaliti
 Penilaian personaliti
 Pendekatan psikometrik
 Pendekatan projektif
Pengenalan

 Personaliti berasal dari perkataan Latin iaitu ‘Pesona’ yang membawa


maksud topeng atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan
luaran seseorang individu.

 Merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak,keupayaan,


kepercayaan, kecerdasan, motivasi,kebiasaan dan sebagainya.
Pengenalan

 Ramai ahli psikologi memberi berbagai-bagai definisi mengenai


personaliti dan kebanyakan mereka bersetuju bahawa ia berkaitan
dengan keunikan dan perwatakan tingkahlaku (Zimbardo, 2000)

 Guilford (1959)menyatakan bahawa personaliti merupakan satu ‘pola


tret´ yang unik yang ada pada individu.
Pengenalan

 Personaliti turut melibatkan perwatakan individu, termasuklah keunikan


individu yang wujud dalam bentuk kepelbagaian tingkahlaku, sama ada
nampak (overt) atau tidak nampak (covert).

 Selain itu, personaliti dapat membezakan seseorang itu dengan individu


yang lain. Setiap individu memiliki keistimewaan yang tersendiri yang
mungkin tidak ada pada orang lain. Keistimewaan ini dimilikinya secara
genetik, ataupun pengaruh persekitaran
Definisi Personaliti

 Corak tingkah laku yang konsisten


 Proses intrapersonal yang berasal dari dalam diri individu
 Alder ( 1948 ) -personaliti adalah gaya hidup seorang.
 Gordan( 1961 ) -personaliti adalah organisasi sistem psikologikal yang
dinamik di dalam jiwa individu itu sendiri.
Definisi Personaliti

 Crow ( 1983 ) menyatakan personaliti adalah perwatakan fizikal ,corak


pertuturan dan daya penarik yang dimiliki oleh individu itu sendiri.
 Gage dan Berliner ( 1984 ) pula menyatakan personaliti adalah
segala aspek tingkah lakumanusia kerana ia merupakan
motif,sikap,pendapat ,kepercayaan ,pemikiran kognitif,emosi danciri-ciri
seorang.
Definisi Personaliti

 Gordon Allport (1980) telah menjelaskan personaliti sebagai tingkah


laku individu yang dinamis iaitu sentiasa berubah-ubah mengikut
keadaan dan persekitaran, dan dapat menyesuaikan dirinya dengan
alam sekeliling mengikut cara yang tersendiri.
Definisi Personaliti

 Personaliti aspek yang boleh dilihat daripada watak seseorang, ia


menarik perhatian orang lain.
Konsep Personaliti

 Boon dan Ragbir (1998), konsep personaliti ialah jangkaan tingkah


laku secara keseluruhan yang boleh diperhatikan dan dinilai secara
objektif oleh orang lain. Menggambarkan keseluruhan diri seseorang
yang dinamik dan uni pada sesuatu ketika.
 Allport (1961) –konsep personaliti sebagai organisasi dinamik sistem
psikofizikal setiap individu yang menentukan tingkah laku dan
pemikiran.
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Perkembangan Personaliti
 Baka
 Bentuk Tubuh Badan
 Keadaan Fizikal
 Kecerdasan
 Emosi
 Pengalaman Awal Kanak-Kanak
 Faktor Keluarga
 Pengaruh Kebudayaan
Baka

 Faktor-faktor genetik menghasilkan pembawaan atau potensi untuk


perkembangan dan bukan menghasilkan trait-trait badan dan tingkahlaku
secara langsung.
 Dipercayai bahawa baka meletakkan had-had yang tidak dapat dilintasi
untuk perkembangan seterusnya walaupun persekitaran yang diberi
sangat baik.
Baka

 Sebagai contoh , ujian kecerdasan tidak dapat mengesan potensi


yang diwarisi. Ujian itu hanya menunjukkan taraf perkembangan
potensi tersebut pada masa ujian diambil.
Bentuk Tubuh Badan

 Menurut Sheldon (1985), ciri personaliti seseorang adalah berkait rapat


dengan bentuk tubuh badannya. ‡ Beliau telah menggolongkan
bentuk badan manusia kepada tiga kategori, iaitu endomorf, mesomorf
dan ektomorf, yang berkaitan dengan ciri-ciri personaliti.
Endomorf
JENIS BENTUK RUPA BENTUK CIRI-CIRI
BADAN BADAN PERSONALITI
Endomorf Bulat dan lembut Suka bergaul dan
cepat mesra
Mesomorf
JENIS BENTUK RUPA BENTUK JENIS
BADAN BADAN PERSONALITI
Mesomorf Otot-otot kuat, Tegas, agresif,
berkemahiran suka riadah,
psikomotor sedia hadapi
cabaran
Ektomorf
Jenis Bentuk Rupa Bentuk Personaliti
Badan Badan
Ektomorf Kurus dan Tidak suka
tinggi bergaul,introver
t, tidak suka
aktiviti fizikal
Bentuk Tubuh Badan

 bentuk tubuh badan menentukan perkara-perkara yang dapat dibuat


dan tidak dapat dibuat
 bentuk tubuh badan mempengaruhi personaliti dengan cara
menentukan perasaan individu tentang tubuh badannya.
Keadaan Fizikal

 Perubahan-perubahan keadaan fizikal seseorang individu akan


membawa perubahan tingkahlaku yang mungkin tidak kekal atau
kekal, sedikit atau banyak.
 Individu yang kurang bertenaga kerana sakit teruk akan bertingkahlaku
malu, pendiam, mudah marah,murung dan tidak bersosial.
Kecerdasan

 Kecerdasan yang sederhana membolehkan individu menyesuaikan


dirinya dengan agak berjaya jika keadaan lain adalah baik.
 Namun begitu kecerdasan yang sangat rendah atau sangat tinggi
akan menjejaskan penyesuaian sosial.
 Individu yang terlalu pandai atau terlalu bodoh biasanya terosak
sedikit daripada segi psikologi kerana ia membentuk konsep kendiri
yang menentang penyesuaian yang sempurna.
Emosi
 Emosi akan menyebabkan keadaan tidak seimbang daripada segi fizikal
dan akan menjejaskan tingkahlaku kanak-kanak tersebut.
 Tindakbalas seseorang kanak-kanak terhadap sesuatu rangsangan akan
menimbulkan sesuatu emosi dan bergantung kepada pengalamannya
yang lalu. Emosi tersebut akan mempengaruhi cara-cara penyesuaian
dirinya.
 Emosi dominan yang dialami oleh kanak-kanak biasannya lebih
mempengaruhi personaliti kanak-kanak jika dibandingkan dengan emosi
ketegangan yang menyeluruh.
 Persekitaran pula sering menggalakkan pola-pola emosi yang tidak baik.
Pengalaman Awal Kanak-Kanak
 Pengalaman ketiga kanak-kanak dan ingatan tentang pengalaman ini
meninggalkan kesan-kesan terhadap personaliti individu yang kekal.
 Kekurangan kemesraan ibu atau penjaga ketika awal kanak-kanak
serta deprivasi emosi akan mempengaruhi perkembangan personaliti
kanak-kanak.
Pengalaman Awal Kanak-Kanak

 Kajian menunjukkan bahawa tindak balas , sikap dan emosi ibu di


dalam keseluruhan konteks kebudayaan di dala persekitaran kanak-
kanak dan faktor-faktor lain di dalam pengalaman kanak-kanak penting
dalam menentukan pola-pola personalitinya.
 Sikap ibu yang menyebabkan kanak-kanak merasa bimbang dan
bersalah khususnya ketika membuang air kecil atau besar, pasti akan
menjejaskan personalitinya.
Pengaruh Keluarga

 Keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak


menaruh minat terhadap anak-anak,bercerai, terdapat kematian dan
perpisahan akan membawa keadaan emosi dan penyesuaian kanak-
kanak yang tidak stabil.
 Keluarga dan ahli keluarga yang mesra, demokratik dan ibu bapa yang
memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian
kanak-kanak tersebut.
 Kanak-kanak yang yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapannya
akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan
ketekunan.
Pengaruh Keluarga

 Sikap ibu bapa yang positif terhadap perkembangan personaliti kanak-


kanak ialah yang bercorak memahami perasaan, kasih sayang dan
minat terhadap kanak-kanak itu sebagai seorang individu.
Pengaruh Kebudayaan

 Di dalam setiap kebudayaan, kanak-kanak tertekan agar membentuk


pola personaliti yang sesuai dengan standard kebudayaannya.
 Setiap kebudayaan mepunyai pola-pola personaliti yang diterimanya.
 Mereka mempunyai personaliti asas yang berlainan.
 Sejak kecil lagi ibu bapa melatih anak-anak menerima pola-pola
personaliti yang sama.
Pengaruh Kawan
 Apabila di sekolah, kanak-kanak akan membentuk trait personaliti yang
disanjung oleh kawan-kawannya. Perihal popular atau tidak popularnya
seseorang kanak-kanak itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat
penting dalam perkembangan personalitinya.
 Kanak-kanak yang kadang-kadang memegang kedudukan pimpinan di
dalam pimpinannya akan mebentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat
tenang.
 Kanak-kanak yang tidak disukai oleh kawan-kawannya akan merasa
inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah terhadap kawan-kawan
yang tidak menghiraukannya.
Pengukuran Personaliti

 Personaliti manusia sebenarnya boleh diukur.


 Bagi mengenal pasti ciri-ciri, atau tret, personaliti individu, pengukuran
personaliti perlu dilakukan
 Pengukuran personaliti, atau ujian personaliti, ini terdapat dalam
pelbagai jenis yang disebut sebagai ‘Inventori-Inventori Personaliti´
Pengukuran Personaliti

 Mengikut Andres (1983), inventori-inventori personaliti dianggap sebagai


‘Ujian Objektif´ kerana ia mempunyai dua ciri berikut:
 (a) Inventori-inventori personaliti yang dibentuk dan hasil-hasil skor
adalah berdasarkan ciri-ciri individu yang memberi gerak balas.
 Menggunakan rangsangan-rangsangan yang jelas dalam bentuk soalan
YA atau TIDAK tentang tret-tret peribadi dan tingkahlaku subjek
(individu yang diuji).
Pengukuran Personaliti

 Penilaian Personaliti membolehkan kaunselor:

 Memahami tingkah laku individu


 Membantu kaunselor membuat keputusan intervensi yang sesuai pada
masa hadapan
 Membantu kaunselor membuat jangkaan tentang tingkah laku
seseorang
Pengukuran Personaliti

Psikometrik
Pengukuran
Personaliti
Projektif
Projektif

 Terdapat tiga (3) jenis cara untuk mengukur personaliti manusia, iaitu
Alat Projektif
 Alat ini berpandukan kepada konsep projektif (dalam Mekanisme Bela-
diri) Freud. Alat ini, lazimnya, digunakan untuk mengkaji personaliti
peribadi bawah sedar seseorang individu.
 Konsep ini menyebut bahawa manusia sering menunjukkan niat,
kehendak, keperluan dan sifat-sifat lain dalam pelbagai bentuk pada
Tahap Bawah Sedar
Projektif

 Personaliti ini boleh diketahui jika rangsangan yang boleh


mengeluarkan tindak balas yang diperlukan itu cukup untuk
meningkatkan tahap kebimbangan individu itu. Ini membolehkan motif
pada Tahap Bawah Sedar itu dapat dibawa ke peringkat Sedar.
 Terdapat dua 2 alat yang amat popular dan sering digunakan oleh
pakar-pakar psikologi, iaitu alat Thematic Apperception Test (TAT) dan
alat Rorshach.
Projektif
ALAT THEMATIC APPERCEPTION TEST (TAT)
 Alat TAT direka oleh Henry Murray.
 TAT mengandungi lebih daripada 20 keping gambar lukisan. Setiap
keping gambar membawa maksud yang berlainan dari satu individu ke
individu lain
 Subjek perlu bercerita berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan
kepadanya. Ahli terapis akan menganalisis cerita tersebut mengenai
apakah bentuk motif, atau konflik, yang sedang dihadapi oleh subjek
tersebut.
Projektif

 TAT mengandaikan manusia sentiasa meluahkan perasaan,


pengalaman dan fantasi secara berselindung. Jika mesej yang sama
dapat diperoleh daripada beberapa cerita di atas kad-kad yang
berlainan, maka ahli terapis akan dapat menggambarkan personaliti
individu berkenaan.
Projektif
ALAT RORSHACH

 Alat ini berupa tompok-tompok dakwat berwarna-warni yang simetri di


atas kertas putih.
 Penyelidik akan menunjukkan kad bertompok-tompok itu satu demi satu
mengikut susunan yang betul
 Subjek pula dikehendaki memberitahu apa yang dilihatnya pada
tompok-tompok tersebut.
 Jawapan yang diberi biasanya berbezabeza berdasarkan apa yang
dilihat oleh subjek. Ada yang nampak gambar kupukupu, kelawar, rusa,
lipas dan sebagainya yang mungkin terdapat unsur-unsur fantasi di
dalamnya.
Projektif
 Jawapan-jawapan ini akan dikelaskan oleh Rorshach kepada tiga 3
kategori utama :
1. Kategori Lokasi Iaitu sama ada subjek memberi jawapan terhadap
seluruh tompok dakwat yang dilihatnya atau sebahagian sahaja.
2. Kategori Penentu Iaitu jawapan mengenai rupa bentuk, warna atau ciri
terperinci tompok itu.
3. Kategori Kandungan Iaitu apa yang dapat tersirat di sebalik tompok-
tompok itu.
Projektif

 Pada amnya, alat Rorshach berguna dalam psikologi. Ahli terapis


perlu menginterpretasi cerita yang diutarakan oleh subjek, dan
seterusnya, mengesan masalah yang dihadapi oleh subjek berkenaan.
PSIKOMETRIK
(UJIAN PERSONALITI )
 Kebanyakan ujian personaliti adalah melibatkan soal selidik secara
bertulis. Soal selidik ini dikatakan lebih objektif atau tersurat berbanding
kaedah temubual dan pemerhatian.
 Selain itu, item-item, cara pentadbiran dan pemarkahan adalah
seragam. Justeru ia tidak dipengaruhi oleh unsur prasangka dan
pendapat daripada penilai.
PSIKOMETRIK
(UJIAN PERSONALITI )
 Namun demikian, alat ujian itu dikatakan masih lemah melainkan
setelah diadakan ujian kesahan dan kebolehpercayaannya
 Sesuatu alat ujian yang berkualiti adalah alat ujian yang memiliki
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
 Kebolehpercayaan alat ujian bergantung kepada keputusan ujian yang
sama atau hampir sama setiap kali ujian itu dilaksanakan terhadap
subjek yang sama.
PSIKOMETRIK
(UJIAN PERSONALITI)
 Kesahan alat ujian pula berpandukan kepada sejauhmana ia dapat
mengukur apa yang ingin diukur.
 Terdapat banyak alat ujian personaliti atau inventori personaliti pada
masa kini.
 Antaranya ialah Guilford-Zimmerman Temperement Survey, Junior
Eysenck Personality Inventory, Tennessee Self-Concept Scale
(TSCS), dan Minnesota Multiphasic Personality Inventory -2 (MMPI-2).
PSIKOMETRIK (UJIAN
PERSONALITI)
 Mengikut Andres (1983), inventori-inventori personaliti dianggap
sebagai ujian objektif kerana ia mempunyai dua 2 ciri berikut :
1. Inventori-inventori personaliti dibentuk dan hasil-hasil skor adalah
berdasarkan ciri-ciri individu yang memberi gerak balas.
2. Ia menggunakan rangsangan-rangsangan yang jelas dalam bentuk
soalan YA atau TIDAK tentang tret-tret peribadi dan tingkahlaku
subjek
Minnesota Multiphasic Personality
Inventory (MMPI-2)
 MMPI-2 asalnya dicipta oleh Hathaway dan McKinley (1942).
 Merupakan inventori personaliti yang paling luas penggunaannya.
 Dibentuk berdasarkan kepada suatu senarai tanda-tanda kecelaruan
psikiatrik.
 Penggunaannya lebih bertujuan untuk menilai dan mendiagnosis
penyakit mental.
Minnesota Multiphasic Personality
Inventory (MMPI-2)
 Namun demikian, lebih 200 skala telah dikembangkan daripada MMPI
untuk penggunaan dalam pemilihan pekerjaan, kaunseling dan penyelidikan
psikologi.
 MMPI-2 mengandungi 567 item dan soalannya memerlukan jawapan Benar
atau Salah.
 MMPI-2 memiliki 10 skala iaitu :Hs (Hypochondriasis), D (Depression), Hy
(Hysteria), Pd (Psychopatic Deviate), Mf (Masculinity-Feminity), Pa
(Paranoia), Pt (Psychasthenia), Sc (Schizophrenia), Ma (Hypomania), dan
Si (Social Introversion).
Minnesota Multiphasic Personality
Inventory (MMPI-2)
 Item-item di dalamnya meliputi berbagai-bagai perkara, bermula dari
keadaan fizikal subjek hingga kepada moral, sikap dan sosial
 Selain itu, MMPI-2 mengandungi 4 skala pengesahan, iaitu :(1)
Cannot Say, (2) Lie, (3) F (Infrequency), dan (4) K (Defensive).
Tennessee Self-Concept Scale
(TSCS)
 Alat ukuran Tennese Self-Consept Scale TSCS) telah dibentuk oleh
William H. Fitts pada tahun 1965. Menurut Fitts(1965), alat ini sesuai
digunakan terhadap individu berusia 12 tahun ke atas. TSCS boleh
digunakan terhadap orang yang normal dan orang yang mengalami
kecelaruan (maladjusted).
 Inventori ini dikatakan mudah digunakan, luas penggunaannya dan
memberi penerangan secara multi-dimensional tentang konsep kendiri.
Tennessee Self-Concept Scale
(TSCS)
 Ia mengandungi 100 item yang memerlukan jawapan berbentuk
µskala likert¶ lima mata (daripada sangat benar kepada tidak benar
sama sekali).
 Alat ukuran TSCS dapat mengesan 8 komponen yang membentuk
konsep kendiri, iaitu Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri, Tingkah laku
Kendiri, Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Sosial, Kendiri
Peribadi, dan Kendiri Keluarga.
KAEDAH TEMU BUAL
 Antara cara lain untuk mengukur personaliti adalah melalui kaedah
Temubual.
 Melalui teknik ini, orang yang ditemubual akan dapat mengeluarkan
perasaan dan buah fikirannya kepada orang bertanya.
 Melalui hubungan secara langsung itu, penemu bual dapat meneliti
perkara atau masalah yang ditanyakan dengan lebih mendalam serta
memberikan penilaian mengenai personaliti individu tertentu semasa soal
jawab tersebut berlangsung.
KAEDAH TEMU BUAL
 Tujuan temubual diadakan ialah bagi mendapat gambaran personaliti
individu secara keseluruhan, selain daripada memberi peluang kepada
individu berkenaan kebebasan untuk menyatakan pendpatnya berkaitan
dengan kelebihan dan kekurangan yang ada padanya.

 Temubual menjadi lebih realistik apabila dilakukan secara lisan tanpa


melakukan banyak catatan pada ketika itu.
Sekian, terima kasih….

You might also like