You are on page 1of 16

1.0 PENDAHULUAN 1.

1 LATAR BELAKANG KAJIAN Kajian ini bertujuan memberi gambaran yang lebih jelas mengenai perkembangan manusia . Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa wujud perbezaan dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral di kalangan individu. Menurut Marimuthu (1990), pencapaian akademik pelajar adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah faktor diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan persekitaran pelajar. Faktor diri sendiri seperti di atas adalah terkandung dalam personaliti seseorang individu atau murid. Menurut Cattel (dalam Engler, 2003) walaupun fizikal pasangan kembar seiras dilihat sama namun mereka hakikatnya mempunyai perbezaan. Perbezaan nyata yang boleh dilihat ialah personaliti. Menurut Cattel (dalam Engler, 2003) lagi, perbezaan personaliti kedua-dua kembar seiras sebenarnya disebabkan oleh kesan genetik dan pengalaman hidup yang dilalui oleh kedua-duanya adalah berbeza. Ini menunjukkan faktor genetik dan persekitaran hidup seseorang sebenarnya saling mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang (Feist dan Feist, 1998). Oleh itu corak pemikiran bagi setiap individu juga adalah berbeza selaras dengan personalitinya yang berbeza. Perbezaan individu dihubungkaitkan dengan pelbagai aspek di dalam kehidupan. Personaliti juga dihubungkaitkan dengan teori pembelajaran. Oleh itu pencapaian akademik murid- murid berbeza iaitu seorang mempunyai pencapaian akademik rendah dan seorang mempunyai pencapaianakademik yang tinggi. Persoalannya di sini adakah semua murid yang memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang tanpa sebarang masalah? Dalam kehidupan harian, ciriciri personaliti yang dimiliki oleh seorang murid akan menentukan cara penyelesaian masalah hidupnya. Masalah-masalah ini termasuklah masalah pembelajaran sama ada tekanan yang dihadapi semasa belajar atau sebaliknya. Oleh sebab itu, mengetahui ciri-ciri personaliti sendiri adalah penting bagi setiap murid supaya mampu membantu mereka memahami diri sendiri.

Dengan itu, kajian ke atas perkembangan manusia adalah amat penting, khasnya dalam memotivasikan diri murid untuk mencapai tahap pencapaian akademik yang cemerlang. Persoalannya di sini, apakah ciri-ciri yang ada pada murid-murid di sekolah? Adakah wujud perbezaan antara mereka? Adakah personaliti sememangnya berkaitan dengan pencapaian akademik? Terdapatkah suatu bentuk corak personaliti bagi murid yang cemerlang atau kurang cemerlang di dalam akademik. Maka semua ini akan dikaji oleh penyelidik di dalam kajian hubungan personaliti dengan tekanan belajar dan pencapaian akademik. Sememangnya tidak semua murid di sekolah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang. Ini disebabkan setiap individu mempunyai pencapaian akademik yang berbeza-beza. Menurut pendapat Smith (2003) personaliti mempunyai kesan yang signifikan terhadap cara seseorang berfikir. Oleh itu, murid yang mempunyai personaliti yang positif pada kebiasaannya akan memperolehi pencapaian akademik yang jauh lebih cemerlang berbanding murid yang memiliki personaliti yang negatif berikutan daripada cara pemikiran yang berbeza. Secara keseluruhannya, banyak kajian dan teori menunjukkan personaliti yang berbeza banyak mempengaruhi tingkah laku murid di dalam pembelajaran khususnya tekanan belajar dan pencapaian akademik. Personaliti boleh diibaratkan sebagai serampang dua mata yang boleh memberikan kesan yang baik terhadap pencapaian akademik dan pada masa yang sama boleh menyebabkan kesan buruk seperti berlakunya tekanan di dalam belajar. Maka perbezaan personaliti seperti inilah yang cuba dirungkaikan melalui kajian ini. 1.2 TUJUAN KAJIAN Apakah maksud sebenar perbezaan individu? Pertanyaan ini seringkali ditanya oleh seseorang apabila membincangkan mengenai pertumbuhan dan perkembangan. Adakah perbezaan individu mempunyai kaitan dengan

perkembangan manusia? Oleh itu, di dalam kajian mengenai tajuk perbezaan individu ini, saya akan membincangkan mengenai konsep perbezaan individu yang sebenar berdasarkan daripada pendapat-pendapat beberapa ahli psikologi terkenal seperti Jean Piaget, Arnold Gesell, Erik Erikson, Lawrence Kohlberg dan Sigmund Freud. Selain itu, saya akan mengkaji mengenai

Di dalam kajian ini kita akan melihat mengenai teori psikoanalisis yang diasaskan oleh Sigmund Freud dan membincangkan mengenai perkembangan personaliti berdasarkan teori psikoanalisis serta aplikasi teori ini di dalam bilik darjah di mana semua guru harus mempraktikkannya. Di dalam kajian ini juga kita akan turut membincangkan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti dan bagaimanakah faktor-faktor ini mempengaruhi personaliti seseorang? Oleh itu, aspek terakhir yang akan dikaji di dalam tugasan ini adalah mengenai pengaruh personaliti terhadap pembelajaran serta bagaimana cara guru menghadapi personaliti yang berbeza-beza di kalangan murid. Maka dengan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat perbezaan dua bentuk personaliti iaitu ekstrovert dan introvert dalam kalangan murid pintar. Memandangkan setiap manusia dilahirkan dengan ciri-ciri yang berbeza antara individu maka dalam konteks kepelbagaian murid ini amatlah penting bagi guru dalam memahami tingkah laku dari setiap muridnya. Ini kerana, bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berkesan. Perbezaan individu dapat dilihat dengan jelas melalui kajian personaliti. Menurut Borich (2002) di dalam buku Psikologi Pendidikan menyatakan bahawa terdapat dua jenis perbezaan individu yang boleh dikenal pasti iaitu melalui interindividu dan intraindividu. Beliau mengulas ciri-ciri interindividu merupakan

perbezaan yang wujud di dalam diri individu yang dipengaruhi oleh masa, tempat dan keadaan. Manakala, intraindividu pula merujuk kepada perbezaan yang jelas dipamerkan dan boleh dibezakan antara satu individu dengan individu yang lain. Atan Long (1978) menjelaskan bahawa perbezaan individu sememangnya memberi kesan yang besar terhadap kepelbagaian tingkah laku dan gaya pembelajaran di dalam kelas. Diharapkan, kajian ini sedikit sebanyak mampu memberi kefahaman terhadap konsep personaliti yang sebenar serta diharapkan kajian ini juga mampu membantu bakal pendidik untuk mengaplikasikan konsep personaliti ini di dalam proses pembelajaran agar falsafah pendidikan kebangsaan dapat diteruskan untuk generasi di masa hadapan.

1.3 DEFINISI PERBEZAAN INDIVIDU Menurut Khairul Yusri ( 2007 ) perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidksamaan individu daripada norma kumpulannya samada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku,sosial ata bakat dan aspek aspek yang lain mungkin terdapat sesame individu dalam sesuatu kumpulan. Kamus Dewan Edisi Ketiga personaliti secara ringkasnya adalah keperibadian atau perwatakan seseorang. Oleh itu, secara umumnya personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang. Personaliti selalu disebut untuk menyatakan tingkah laku seseorang. Definisi personaliti adalah berbeza mengikut setiap ahli psikologi. Definisi seperti mana yang diberikan oleh Hergenhan dan Olson (1999), iaitu personaliti membolehkan seseorang itu lebih efektif untuk bersosial kerana individu tersebut dilihat sebagai orang yang mempunyai personaliti yang menarik, teruk atau langsung tiada personaliti. Menurut bahasa latin, personaliti dikaitkan dengan perkataan asalnya iaitu persona yang bermaksud topeng, personaliti lebih mencerminkan aspek diri sendiri yang dipilih untuk dipamerkan kepada dunia. Definisi ini juga membawa maksud bahawa beberapa aspek penting bagi seseorang manusia itu cuba disembunyikan atas sebab-sebab tertentu. Menurut Gordon Allport di dalam buku Psikologi Personaliti, personaliti adalah sebagai penyusunan sistem psikofizikal yang dinamik di dalam diri seseorang individu di mana ia menentukan tingkah laku dan penyesuaiannya terhadap alam sekeliling. Istilah dinamik itu sendiri diberikan adalah bermaksud sesuatu yang berkembang dan akan berubah-ubah dari semasa ke semasa mengikut situasi. Samalah seperti system psikofizikal, ia merujuk kepada unsur-unsur pemikiran serta yang berkaitan terhadap keadaan fizikal seseorang. Fiest dan Fiest (2002) menyatakan bahawa personaliti merujuk kepada perbezaan dalam berfikir, emosi dan perlakuan seseorang terhadap persekitaran dunia luar. Manakala Hans Eysenk (1967), menjelaskan definisi personaliti sebagai keseluruhan tingkah laku sesuatu organisma yang meliputi pelbagai aspek contohnya perangai, peribadi, intelek dan juga bentuk badan yang stabil. Sigmund Freud yang terkenal dengan teori psikoanalisisnya menjelaskan personaliti adalah hasil integrasi struktur-struktur dalaman seperti id, ego dan superego. Menurut Freud lagi, keperluan manusia bukan hanya setakat makan dan minum sahaja tetapi ia meliputi keperluan yang lebih luas seperti kasih sayang,
4

keselamatan dan juga seks. Oleh itu, bagi mencapai faktor yang diinginkan maka manusia akan menunjukkan personaliti dalam mencapai tahap kepuasannya. Melalui definisi-definisi yang diberikan jelas menunjukkan bahawa personaliti bukanlah hanya terhad kepada sesuatu aspek sahaja tetapi ia meliputi pelbagai aspek yang mana ianya boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang. Personaliti seseorang dilihat sebagai sesuatu yang unik dan aspek yang membezakannya dengan seseorang individu yang lain adalah dipanggil perbezaan individu. 2.0 KAJIAN LALU 2.1 Pengenalan Teori psikoanalisis ini merupakan sebuah gerakan falsafah dan juga cabang psikologi yang diasakan oleh Sigmund Freud (6 Mei 1856 23 September 1939). Freud merupakan ahli neurologi Austria dan ahli psikologi dalam aliran psikoanalisis. Beliau menghembuskan nafas terakhir di London pada tahun 1939 pada umur 83 tahun. Freud dalam buku Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar menjelaskan bahawa setiap remaja mempunyai tahap komponen personaliti yang berbeza. Komponen yang dimaksudka ialah Id, ego dan superego. Id membawa sifat kebinatangan, manakala ego terbentuk daripada pengalaman dan superego terbentuk daripada baka serta persekitaran. Sekiranya seseorang remaja lebih menonjolkan Idnya, maka remaja ini akan mengutamakan keperluannya sahaja tanpa mengira keperluan orang lain. Manakala remaja yang mengutamakan egonya lebih daripada Id remaja ini akan membuat pertimbangan-pertimbangan sebelum melaksanakan sesuatu tindakan. Sebaliknya, remaja yang mempunyai kawalan superego yang tinggi akan sentiasa mengawasi tindak-tanduknya mengikut norma masyarakat sekeliling. 2.2 Kajian dalam Negara Kajian yang dilakukan oleh Prof. Madya Dr. Bhasah Hj. Abu Bakar dan Akma Hj. Abd. Hamid dari Universiti Pendidikan Sultan Idris mengenai peranan nilai dan

kaitan personaliti ekstrovert-introvert dengan perlakuan pelajar sekolah menegah. Sampel kajian terdiri daripada 350 orang pelajar Tingkatan dua yang dipilih berdasarkan perlakuan mereka yang direkod oleh pihak sekolah. Hasil kajian awal
5

menunjukkan penggantungan nilai dengan perlakuan wujud disamping personaliti ekstrovert-introvert mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan nilai dan dua dimensi nilai agama dan moral. Terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar yang mempunyai personaliti ekstrovert-introvert, berdisiplin dan tidak berdisiplin dengan nilai. Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati personaliti ekstrovert-introvert mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan nilai dimana personaliti mempunyai pergantungan yang kuat dengan tahap nilai keseluruhan pelajar sama ada berada pada tahap nilai yang baik, sederhana mahupun lemah. Dapatan kajian menunjukkan hanya dimensi nilai agama dan moral sahaja mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan personaliti. Kajian ini menjelaskan bahawa personaliti bukan merupakan faktor utama yang menjadikan seseorang pelajar berdisiplin atau tidak, banyak faktor lain yang mempunyai hubungan dengan tingkah laku berdisiplin atau tidak berdisiplin pelajar antaranya faktor diri pelajar sendiri, ibu bapa, sekolah, rakan sebaya dan masyarakat. Faktor personaliti ekstrovert-introvert bukanlah merupakan faktor yang signifikan mempengaruhi pelajar menjadi seorang yang berdisiplin atau tidak, jika mereka tidak mempunyai kekuatan diri yang kental, maka mudahlah mereka untuk mengikut arus dan terpengaruh dengan pelbagai pendedahan negatif yang mereka lihat di hadapan mata mereka. Keputusan kajian menunjukkan secara keseluruhan terdapat perbezaan nilai yang signifikan di antara pelajar personaliti ekstrovert-introvert. 2.3 Kajian Luar Negara Kajian yang dibuat oleh Woodul et.al. (1999-2000) pula, membuktikan bahawa kaedah pengajaran berbantukan komputer (Computer Asisted Instructions - CAI) telah membawa perubahan positif terutama ke atas individu yang mempunyai personaliti introvert di mana kajian beliau mendapati bahawa pelajar jenis ini lebih menikmati dan menghargai persekitaran online kerana ia memberi ruang dan privasi yang mereka tidakperolehi dalam persekitaran terbuka. Kajian ini dibuktikan pula oleh Livinggood (1995) di mana internet telah banyak membantu mereka yang pendiam berkomunikasi dalam bentuk yang mereka suka iaitu dialog dalam bentuk penulisan dan boleh berhenti seketika untuk berfikir dan menganalisis. Walau bagaimanapun, internet juga amat bermanfaat bagi
6

individu ekstrovert seperti kajian Owen dan Liles (1999) yang mendapati individu yang ekstrovert lebih banyak menggunakan internet kerana ia banyak memberi peluang untuk berhubung dengan lebih ramai orang dan dapat memenuhi kehidupan mereka yang lebih suka dengan kerja kumpulan. 3.0 KAEDAH KAJIAN 3.1 Pengenalan Dalam menyiapkan kajian ini saya telah menggunakan kaedah diskriptif untuk mendapatkan maklumat terhadap subjek kajian. Kaedah ini merupakan kajian tinjauan iaitu untuk meneliti fenomena yang berlaku ke atas subjek kajian. 3.2 Reka bentuk Kajian Saya telah menggunakan kaedah temubual tidak berstuktur iaitu merupakan aktiviti perbualan dan soal jawab yang mementingkan penerokaan idea atau perasaan lebih daripada mendapatkan fakta-fakta tertentu. Soalan-soalan terbuka (open-ended questions) dikemukakan dan pelbagai jawapan boleh diperolehi dan peserta atau respondan.Saya memilih kaedah ini kerana ianya memberi peluang kepada saya meneroka secara mendalam dan memberi kesempatan kepada murid mengambil masa berfikir, berbual-bual dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri. Adakalanya, murid boleh meminta penjelasan dan guru ataupun menyoal guru.Temubual tidak berstruktur itu lazimnya diadakan dalam situasi yang tidak formal. Pada masa temubual itu, saya boleh juga melakukan pemerhatian tentang tingkahlaku murid dan memberi komen serta menyoalnya secara spontan iaitu tidak menggunakan soalan yang telah disediakan terlebih dahulu. 3.3 Limitasi Kajian Limitasi Kajian ialah membataskan kajian kepada beberapa skop. Kajian ini hanya dijalankan kepada dua orang murid lelaki dari tahun yang mempunyai personaliti yang berbeza. Pemerhatian dibuat dalam lima situasi yang berbeza. 3.4 Subjek Kajian

Saya telah memilih 2 orang murid lelaki dari tahun dua sebagai subjek kajian. Murid tersebut mempunyai personaliti yang berbeza. 3.5 Alat Kajian Alat kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah temubual, dokumen peribadi dan hasil kerja murid. Semua alatan ini didapati dari guru kelas dan guru mata pelajaran pelajar tersebut. 4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati personaliti ekstrovert-introvert mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan nilai dimana personaliti mempunyai pergantungan yang kuat dengan tahap nilai keseluruhan murid sama kajian menunjukkan hanya dimensi nilai agama dan moral sahaja mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan personaliti. Kajian ini menyatakan bahawa personaliti bukan merupakan faktor utama yang menjadikan seseorang itu berdisiplin atau tidak, akan tetapi banyak faktor lain yang mempunyai hubungan dengan tingkah laku berdisiplin atau tidak berdisiplin murid antaranya kfaktor diri murid sendiri, ibu-bapa, sekolah, rakan sebaya dan masyarakat. Faktor personaliti ekstrovert-introvert bukanlah merupakan faktor yang signifikan mempengaruhi murid menjadi seorang yang berdisiplin atau tidak, sekiranya mereka tidak mempunyai kekuatan diri yang kental, maka mudahlah mereka untuk mengikut arus dan terjebak dengan pelbagai pendedahan negatif yang berada di hadapan mata mereka. Keputusan kajian menunjukkan secara keseluruhan terdapat perbezaan nilai yang signifikan di antara murid personaliti

ekstrovert-introvert. Murid ekstrovert menunjukkan aras nilai secara total yang lebih tinggi. Ini disebabkan oleh cirri-ciri dan sifat personaliti mereka yang semula jadi seperti suka bersosial, bercakap, berani, responsif dan mudah meluahkan perasaan. Ciri-ciri ini dapat meningkatkan nilai keseluruhan diri murid. Berbeza dengan murid introvert yang lebih pendiam, segan, tidak suka bersosial dan sukar mengekspresikan dirinya kepada orang lain. Ini mendorong kepada pengasingan diri dan takut untuk berinteraksi dan bergaul dengan orang ramai menyebabkan keseluruhan tahap nilai di dalam diri mereka juga lemah. Hanya nilai estetika dan sosial sahaja menunjukkan perbezaan yang signifikan. Kedua-dua
8

dimensi nilai ini menunjukkan personaliti ekstrovert mempunyai tahap nilai estetika dan sosial yang lebih baik berbanding estetika dan skor min nilai sosial. Trait personaliti yang berbeza antara murid ekstrovert-introvert menjadikan mereka mempunyai tahap nilai yang berbeza di dalam dua dimensi nilai iaitu estetika dan sosial ekonomi, agama, moral, kesihatan dan kewarganegaraan. 4.2 Huraian Deskriptif Watak dan personaliti merupakan dua istilah yang boleh kita bezakan secara jelas. Pesonaliti merujuk kepada organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang individu. Daripada huraian ini jelas bahawa watak itu hanya merupakan sebahagian daripada personaliti. Pada kebiasaannya watak merupakan satu bentuk penilaian yang dibuat oleh ahli-ahli masyarakat dan adalah berdasarkan nilai-nilai budaya masyarakat. Watak juga biasanya merangkumi trait-trait seperti kejujuran, toleransi, hormatpersonaliti introvert, iaitu skor min nilai

menghormati, belas kasihan dan sebagainya. Kesemua ini adalah berdasarkan nilainilai yang ditentukan oleh sesuatu masyarakat. Manakala trait pula adalah cirri personaliti yang agak kekal. Selain daripada trait-trait yang dinyatakan, trait-trait lain termasuk kerjasama, agresif, pasif, cemas, tenang, terbuka, bertanggungjawab, mudah mesra dan sebagainya. Ciri-ciri personaliti tersebut digunakan untuk menilai personaliti seseorang. Personaliti merangkumi unsur-unsur yang ditentukan oleh alam sekitar termasuk perangai,

cara seseorang individu itu bertingkah laku, bercakap dan bergerak balas. Sebaliknya, watak lebih merupakan suatu penilaian seseorang individu yang ditentukan oleh anggota-anggota masyarakat atau alam sekitar. Carl Jung, seorang ahli psikologi terkenal pula melihat personaliti dari aspek cara manusia bersosialisasi. Menurut beliau, perbezaan dapat dilihat sama ada seorang itu bersifat ekstrovert ataupun introvert. Jika seseorang bersifat ekstrovert, individu itu lebih mahir bersosialisasi atau bercampur gaul berbanding dengan rakannya yang bersifat introvert. Personaliti merupakan kualiti-kualiti individu yang menunjukkan keperibadian dan perwatakannya. Setiap orang akan mempunyai

pelbagai tabiat dan pembawaan sifat semula jadi yang akan membezakan seseorang individu dengan individu yang lain Ekstrovert ialah individu yang gemar kepada kegembiraan, suka, berseronok, relaks, aktif dan suka bercampur gaul dengan rakan serta masyarakat. Manakala introvert pula merujuk kepada individu yang pendiam, pasif, terlampau banyak berfikir dan kurang bertindak serta tindak tanduk perlakuannya kurang mahu menanggung risiko. 4.2.1 Fokus Kajian FoKus kajian saya adalah banding beza dua personaliti murid yang bersifat ekstrovert dan introvert. Ciri-ciri personaliti dua orang murid tersebut dibuat pemerhatian secara khusus di dalam kelas sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Perlu diketahui juga latar belakang mereka secara ringkas. Setiap dari mereka mempunyai cirri-ciri yang berbeza begitu jua tahap kecergasan dan IQ mereka. 1. Murid Ekstrovert Muhd Iqmal bin Muhd Hafiz merupakan pengawas bagi kelas 2 perdana. Iqmal merupakan anak kedua dari empat orang adik dan abangnya bersekolah di sekolah yang sama dengannya. Abangnya berda di darjah empat dan adiknya pula darjah satu. Faktor perbezaan usia yang tidak jauh antara mereka memudahkan komunikasai dan pergaulan sesama sendiri.

Ayah Iqmal bekerja sebagai pembantu hospital di sebuah hospital kerajaan manakala ibunya pula bekerja sebagai pembantu klinik wanita di Taman Universiti. Ibunya hanya bekerja dari pagi hingga petang sahaja memungkinkan perhatian lebih pada Iqmal serta adik beradiknya yang lain pada sebelah malam. Iqmal seorang pelajar yang aktif di dalam kelas mahupun di luar kelas sebagai seorang pengawas Iqmal menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Di dalam kelas Iqmal kerap berkomunikasi dengan guru-guru yang mengajarnya ini menjadikan Iqmal seorang yang mudah bertanya dan suka bercerita mengenai keluarganya. Dia juga amat suka bersembang sesame rakan dan kadang kala mengganggu

10

pembelajaran di dalam kelas, kadang-kadang Iqmal tidak menghiraukan arahan dari gurunya. Pencapaian akedemik Iqmal agak memuaskan maklumlah Iqmal berada di kelas yang pertama. Dia berpotensi untuk Berjaya serta mempunyai kepimpinan yang baik namun perlu lebih mendisiplinkan diri dan usaha lagi untuk lebih Berjaya. Kesimpulannya ciri-ciri personaliti ekstrovert amat ketara dilihat pada Iqmal. Sikapnya yang aktif, yakin dan mudah bergaul dengan rakan-rakan memudahkan interaksinya di dalam kelas. Dari sudut positif, guru mudah melibatkan Iqmal di dalam aktiviti berkumpulan dan menjadi ketua kerana kebolehannya bercakap di hadapan. Namun dari sudut negatifnya pula apabila Iqmal mendatangkan masalah kepada guru-guru ketika proses pembelajaran berlaku kerana sikapnya yang suka bersembang dan bermain di dalam kelas. 2. Murid Introvert Zafran Yaqzan bin Kamarudzaman, merupakan anak kelima dari enam adik beradik. Ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan ibunya pula bekerja sebagai operator pengeluaran. Komunikasi antara Zafran dan ibu bapanya agak terbatas keran Kesibukan bekerja yang kadang-kadang balik lewat malam Zafran seorang seorang yang sangat pendiam. Zafran begitu sukar untuk berinteraksi di dalam kelas apabila ditanya guru dia tidak pernah menjawab kadang-kadang hanya angukan kepala menjadi jawapan kepada setiap pertanyaan. Namun Zafran amat patuh kepada arahan guru zafran sikapnya yang pemdiam memudahkan guru untuk mengawal tingkah lakunya di dalam kelas. Zafran tidak mempunyai ramai kawan dia lebih suka mendiamkan diri hanya memerhatikan kawan-kawan yang lain bermain dalam kelas. Pencapaian akedemik Zafran juga agak memuaskan memnadangkan Zafran berada di kelas yang kedua dia tergolong dikalangan pelajar pintar. Menurut guru kelasnya ujian lisan Zafran tidak begitu memuaskan kerana dia

11

begitu sukar untuk berkomunikasi dengan gurunya. Berulang kali ditanya barulah dijawabnya Banding beza murid Ekstovert dan murid Introvert dalam 5 situasi. BIL 1 SITUASI Di dalam kelas MURID EKSTROVERT 1. Memberi masa tumpuan pertama pada mula MURID INTROVERT 1. Memberitumpuan dengan baik dan senyap. 2. Tidak pernah bertanya. Hanya menunggu soalan dari guru. 3. Agak lambat menyiapkan menyiapkan tugasan dan antara yang paling akhir menghantar tugasan. Apabila dapat siapkan awal Zafran akan menunggu kawan yang lain hantar dahulu. 2 Di padang (PJK) 1. Bergerak aktif dan begitu seronok untuk ke padang. Berada di barisan hadapan 2. Memberi cadangan aktiviti kepada guru. Menjadi 1. Agak pasif dalam aktiviti PJK. Berada di barisan paling belakang 2. Hanya menunggu arahan guru kadang-kadang

berbual pada masa kedua kerana Iqmal cepat bosan 2. Akan bertanya apabila dia tidak faham 3. Selesaikan

tugasan Iqmal akan mula bermain sehingga dan berborak

mengganggu

proses pembelajaran

ketua dalam kumpulan. 3. Begitu teruja melakukan aktiviti, memberi sokongan kawannya.

mengecualikan diri dari melakukan aktiviti 3. Hanya memerhatikan kawan-kawanya bermain

Ketika diperhimpunan

1. Sebagai pengawas Iqmal menjaga lain, mengusik berborak 2. Menyanyi lagu dengan barisan sempat kawan murid juga dan

1. Patuh

arahan

beratur

dengan senyap 2. Tidak menyanyi hanya mengerakkan sahaja. 3. Tekun mendengar guru mulut

12

semangat. 3. Tekun mendengar guru

berucap

dan

senyap

sehingga habis ucapan. 4. Habis perhimpunan

berucap tetapi bila guru berucap agak lama mula akan berborak 4. Habis perhimpunan berlari ke kelas 4 Di kantin 1. Berlari ke kantin 2. Makan sambil beramai-ramai berbual kadang-

berjalan dalam barisan ke ke kelas

1. Berjalan dengan lambat 2. Makan dengan hanya sahaja

seorang kawan

kadang mengusik kawan yang lain 3. Membeli kantin 4. Menggunakan kuasanya makanan di

dan makan di meja yang jauh dari murid lain 3. Membawa rumah 4. Tidak berbual dengan bekal dari

sebagai pengawas untuk memotong barisan 5. Habis kelas 5 Di perpustakaan 1. Duduk di meja bersama kawan-kawannya. 2. Selalu ke rak buku untuk mencari buku yang lain. 3. Apabila bosan membaca buku Iqmal mula bermain. Iqmal buku menyusun menjadi bukuseperti rehat berlari ke

rakan sebelahnya 5. Berjalan seorang diri

masuk ke kelas

1. Memilih meja yang tiada orang. 2. Hanya membaca buku

yang ada di meja 3. Tekun membaca buku

kadang-kadang

senyum

sendirian mungkin ada sesuatuyang melucukan di dalam buku yang

bangunan dan membuat pelbagai bentuk.

dibaca.

5.0 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

13

Kajian tentang personaliti ini telah menghasilkan berbagai teori personaliti yang dapat membantu kita memerhati dan menerangkan berbagai aspek tentang personaliti. Teori-teori personaliti tersebut adalah dapatan daripada kajian-kajian yang telah dijalankan terhadap berbagai personaliti manusia. Memandangkan manusia merupakan makhluk yang sangat kompleks, maka kewujudan berbagai jenis teori personaliti akan dapat membantu kita memahami personaliti manusia yang berbeza-beza. Secara kesimpulannya, bolehlah dikatakan bahawa personaliti merupakan ciri-ciri keseluruhan tingkah laku seorang manusia sama ada yang dapat dilihat ataupun sebaliknya. Seseorang yang mempunyai konsep kendiri yang positif dan boleh diterima oleh masyarakat. Teori personaliti boleh dilihat dan dibahagikan mengikut beberapa bahagian seperti teori personaliti, teori trait dan sebagainya. Walaupun berbeza istilah yang diberikan oleh psikologi Barat namun ia tetap memberi maksud yang sama. Di dalam pembentukan personaliti ini terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan personalti iaitu faktor baka dan persekitaran. Personaliti seseorang pelajar akan mempengaruhi kaedah pembelajaran mereka apabila dipengaruhi oleh lima aspek yang utama iaitu aspek persekitaran, aspek emosi, aspek sosiologi, aspek fisiologi, dan aspek psikologi. Kelima-lima aspek ini mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami dan berinteraksi serta bertindak balas kepada persekitaran pembelajaran. para pelajar perlu mempunyai keazaman, motivasi, tanggungjawab, dan struktur bagi membolehkan pembelajaran mereka berjalan dengan baik dan berkesan. Pelajar yang mempunyai kekuatan dalam aspek ini akan lebih berasa stabil dan tidak akan mengalami gangguan emosi ketika dalam pembelajaran mereka. Jadi, memang benarlah apa yang dikatakan oleh pakar psikologi yang memberikan pendapat mereka sendiri mengenai konsep personaliti seperti Mishel, Allport, Eysenck, Kagen J, Segal J, dan Watson. Oleh itu, personaliti merupakan satu elemen yang amat penting bagi seseorang individu dan tingkah laku seseorang itu melambangkan personaliti masing-masing.

14

Masalah perbezaan individu terutama dikalangan pelajar adalah perkara biasa dialami oleh guru. Untuk menangani masalah ini guru haruslah

menitikberatkan atau memberi pertimbangan kepada aspek-aspek tertentu semasa merancang atau melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memahami tingkah laku muridnya agar persefahaman dan perhubungan yang baik di antara murid dan guru dapat dicapai. Guru akan bersifat lebih bertimbang rasa dan bersimpati dengan murid setelah memahami tingkah laku, kebolehan serta minat murid yang berbeza. Dengan itu guru dapat merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini dengan memberi bimbingan yang

sewajarnya.Guru harus memahami bahawa setiap pelajar itu unik dan berbezabeza. Oleh itu guru juga haruslah sentiasa bertolak ansur dengan para pelajarnya dalam apa jua keadaan. Misalnya, guru telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan paling bersesuaian setelah mempertimbangkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, namun masih ada muridnya yang tidak dapat mencapai objektif pelajaran atau yang lebih teruk lagi ada di kalangan pelajar ekstrovert yang menimbulkan gangguan semasa guru melaksanakan pengajaran itu. Jika berhadapan dengan perkara ini, guru haruslah bersabar melayani karenah anak muridnya. 6.0 REFLEKSI Pada permulaan kajian sedikit kesukaran yang saya hadapi dengan kekangan masa, tambahan tugasan di sekolah juga banyak yang perlu dibuat. Tugasan dari subjek lain juga agal banyak dan saya perlu membahagikan masa untuk kesemua tugasan tersebut. Semua ini saya anggap perkara biasa bagi seorang pelajar dan terpulang pada inividu itu sendiri untuk menanganinya.

15

Untuk mencari bahan subek saya telah meminta pandangan guru-guru lain dan mereka mencadangkan untuk memilih dua orang pelajar tersebut iaitu Iqmal dan Zafran. Jadual kelas yang penuh menyukarkan saya untuk menemubual subjek, saya terpaksa mencuri masa untuk berjumpa dan menemubual mereka. Setelah hampir siap tugasan ini saya semakin seronok menjalankan kajian banyak ilmu yang saya dapat dari kajian ini.

Pemasalahan tingkahlaku di kalangan murid sewaktu berjalannya proses P&P di dalam kelas adalah lumrah yan mesti dihadapi oleh setiap guru. bagi mengatasi masalah tersebut maka tugasan ini dilihat sebagai satu langkah awal untuk saya sebagai guru baru mengenal siapa, kenapa dan bagaimana murid yang saya temui bertindak balas dengan proses P&P di dalam kelas. Pada permulaan kajian saya membuat pemerhatian terhadap dua pelajar yang mempunyai personaliti yang berbeza. Selepas itu kajian diteruskan dengan membuat kajiselidik menemubual guru kelas dan guru mata pelajaran yang lain. Di dalam temubual dengan guru-guru didapati dua pelajar ini mempunyai cirri-ciri introvert dan ekstrovert. Temubual secara langsung dengan pelajar tersebut lagi membantu saya untuk mengenal pasti ciri-ciri personaliti yang mereka miliki. Perbezaan ketara personaliti mereka berdua dapat dilihat apabila saya membuat bandingbeza di dalam lima situasi yang berbeza. Perlakuan, percakapan, pergaulan mereka amat berbeza masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan, sebagai guru saya seharusnya tahu bagaimana untuk menangani pelajar sebegini.Akhirnya, saya dapati kajian ini mengajar saya untuk mengenal siapa murid kita, bagaimana sifatnya dan kaedah pengajaran yang bagaimana yang patut diberikan kepada pelajar supaya proses P&P dapat dilaksanakan dengan berkesan.

16

You might also like