You are on page 1of 34

HMEF5043_V2

FAKULTI
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER / TAHUN
SEMESTER JANUARI / 2016

KOD KURSUS
HMEF5043_V2
TAJUK KURSUS
PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI

CGS01263806

NO. KAD PENGNEALAN

790104105720

NO. TELEFON

0128066880

E-MEL

790104105720@oum.edu.my

HMEF5043_V2

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU

HMEF5043_V2

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

HALAMAN

BAHAGIAN A
1.0

PENGENALAN

1.1 Konsep Gaya Pembelajaran Kognitif

1.2 Definisi Gaya Pembelajaran Kognitif


1.2.1 Gaya Pembelajaran Kognitif Menurut Ausubel

1.2.2 Gaya Pembelajaran Kognitif Menurut Piaget

1.3 Gaya Pembelajaran Kognitif Yang Ditetapkan

2.0

CIRI-CIRI PELAJAR MENGIKUT GAYA


PEMBELAJARAN YANG DITETAPKAN

3.0

CIRI-CIRI PERWATAKAN GURU MENGIKUT GAYA


PEMBELAJARAN YANG DITETAPKAN

12

4.0

HUBUNGKAIT ANTARA GAYA PEMBELAJARAN


MURID DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
MEREKA

14

5.0

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

17

6.0

KESIMPULAN

18

BAHAGIAN B
1.0

2.0

PENGENALAN

20

1.1 Ciri-Ciri Gaya Pembelajaran Field Dependent

20

1.2 Ciri-Ciri Gaya Pembelajaran Field Independent

22

KONSEP DAN IDEA AKTIVITI PENGAJARAN YANG


SESUAI
2.1 Pengajaran 1

23

2.2 Pengajaran 2

24

2.3 Pengajaran 3

25

2.4 Pengajaran 4

26

2.5 Pengajaran 5

27
i

HMEF5043_V2

MENILAI KESESUAIAN AKTIVITI PENGAJARAN


3.0

SAMA ADA DI DALAM ATAU LUAR KELAS

28

Kaedah : Pendapat daripada guru-guru berpengalaman


4.0

KESIMPULAN

29

5.0

RUJUKAN

30

BAHAGIAN A
1.0 PENGENALAN
ii

HMEF5043_V2

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, gaya bermaksud cara atau kelakuan. Gaya
bermaksud stail atau cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada stail
atau carapembelajarannya. Dibawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran
ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses
maklumat untuk membentuk konsep dan prinsip.
Peterson (1971) dalam Aneeza Baharum (2012), mentakrifkan gaya
pembelajaran sebagai pendekatan yang digemari oleh seseorang pelajar. Dunn dan
Dunn (1978), dalam buku Teaching Students Through Their Individual Learning
Styles : A Practical Approach, merujuk gaya pembelajaran sebagai cara seseorang
individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu
maklumat atau kemahiran baru. Didalam buku mereka Learning Style Inventory
Development and Research (1982), Dunn dan Dunn menghuraikan gaya pembelajaran
sebagai

cara

bagaimana

unsur-unsur

daripada

lima

rangsangan,

iaitu

persekitaran,emosi, sosial, fisiologi dan psikologi dapat mempengaruhi keupayaan


seseorang individu untuk memahami, berinteraksi dan bertindak balas kepada
persekitaran pembelajarannya.
(Gregor, 1979) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai tingkah laku yang
dimanifestasikan

oleh

seseorang

individu

apabila

menggunakan

mindanya

berinteraksi dengan persekitaran, kemudian mengumpul dan memproses maklumat


daripadanya. (Gregor, 1985) menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya
pembelajaran yang tersendiri. Warisan baka dan persekitaran memainkan peranan
yang penting dalam pembentukan gaya pembelajaran seseorang.
Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu
belajar dalam memperolehi pengetahuan (Dr Rabbir Kaur Joginder Singh, 2012).
Pembelajaran pula merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat, merekod
dan failkan maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk digunakan. Selain itu
gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap
dunia disekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya berinteraksi dengan
persekitarannya.

iii

HMEF5043_V2

Tiada ada satu gaya pembelajaran yang dikatakan paling baik atau buruk. Oleh
itu, gaya pembelajaran yang dipilih adalah bergantung dengan individu tersebut. Gaya
pembelajaran harus diberikan perhatian kepada murid-murid yang merupakan
individu yang berbeza oleh seseorang pendidik supaya murid dapat belajar dengan
lebih berkesan. Setiap individu mempunyai strategi belajar yang berbeza dan kadar
pembelajaran adalah tidak sama dengan individu yang lain,walaupun umur mereka
adalah sama. Mengikut Dictionary of Psychology (1973) dalam (Santhi Suppiah,
2000), perbezaan individu dihuraikan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu
daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah
laku sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat dikalangan individu
dalam suatu kumpulan.
Kesimpulannya gaya pembelajaran merupakan stail atau cara belajar
seseorang individu yang bertindak dengan persekitarannya supaya memproses,
mentafsir dan memperoleh maklumat, ilmu pengetahuan atau kemahiran yang
diingini. Gaya pembelajaran individu sendiri seperti jantina, umur dan personaliti,
disamping pengaruh-pengaruh warisan baka dan persekitaran, iaitu pengaruh daripada
cara pengasuhan ibu bapa, budaya dan komuniti sekolah.
1.1 Konsep Gaya Pembelajaran Kognitif
Gaya kognitif dan gaya pembelajaran adalah dua konsep yang dianggap oleh
orang sebagai sama. Sebenarnya dua konsep ini adalah berlainan. (Woolfolk,
1998) mengatakan gaya kognitif ialah cara individu mempersepsi dan menyusun
maklumat mengenai persekitarannya. Gaya kognitif

dirujuk sebagai cara

individu memperoses maklumat. Gaya dihuraikan sebagai mod tipikal pemikiran,


mengingat ataupun menyelesaikan masalah seorang individu. Memiliki
keupayaan ini dianggap berfaedah sementara memiliki gaya kognitif yang khusus
pula melambangkan kecenderungan bertingkah laku dalam beberapa keadaan.
Gaya

kognitif

lazimnya

dihuraikan

sebagai

dimensi

personaliti

yang

mempengaruhi sikap, nilai dan interaksi sosial individu.


Teori kognitif dari segi psikologi boleh didefinisikan sebagai gaya
manusia yang menjadi pendorong untuk bertindak mengikut pemikiran mereka.
iv

HMEF5043_V2

Menurut Stanley dan Hopkins (1990), pengetahuan kognitif termasuklah


kegiatan-kegiatan yang berhubungan dengan proses mengingat dan mengenal
pasti maklumat. Menurutnya lagi, pengetahuan kognitif wajar dianggap sebagai
asas kepada kurikulum dan perkembangan pendidikan.
Secara umumnya, teori kognitif merupakan satu teori yang terpenting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dimana proses penekanan prinsip
pembelajaran kognitif akan menghasilkan perubahan tingkah laku dalam proses
pembelajaran. Teori kognitif amat menekankan pengalaman lalu sebagai agen
pembelajaran yang berkesan dalam merangsang ingatan lalu setiap individu. Teori
kognitif lebih menumpukan kepada aspek pemikiran individu.Setiap individu
mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan
semula segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Menurut
Bloom (1950), tahap pengetahuan terbahagi kepada enam iaitu pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Pada tahap pengetahuan,
proses yang berlaku ialah mengingat kembali, mengenal idea, mengumpul fakta
asas, mendefinisi, belajar teori dan hukum baru, mengingat tarikh dan peristiwa
daripada pembelajaran lepas.
Setiap individu mempunyai perwatakan yang berbeza-beza. Oleh kerana
itu, cara seseorang dalam bertingkah laku, menilai, dan berfikir akan berbeza.
(Labunan, 2004) ada menyatakan setiap individu memiliki cara-cara tersendiri
yang dilakukan dalam menyusun pemikirannya, apa yang dilakukan, dilihat,
diingat dan apa yang difikirkan. Setiap Individu mempunyai cara yang berbeza
atas pendekatan yang dilakukannya terhadap situasi belajar, dalam cara mereka
menerima, mengorganisasi, serta menghubungkan pengalaman-pengalaman
mereka dalam cara mereka merespon kaedah pengajaran tertentu. Perbezaan ini
bukanlah suatu tahap kemampuan seseorang, namun merupakan suatu bentuk
kemampuan individu dalam memproses dan menyusun informasi serta cara
individu untuk memberi tanggapan terhadap stimulus yang ada di lingkungannya.
Perbezaan-perbezaan yang ada pada setiap individu dalam cara mengolah
informasi dan menyusunnya dari pengalaman-pengalaman adalah dikenali
sebagai gaya kognitif.

HMEF5043_V2

Gaya

kognitif

adalah

cara

setiap

individu

dalam

menerima,

mengorganisasi, merespon, mengolah informasi dan menyusunnya berdasarkan


pengalaman-pengalaman yang dialaminya berdasarkan kajian psikologi. Menurut
Nurdin (2005), ada perbezaan cara orang memproses dan mengorganisasi
aktivitinya, dengan demikian perbezaan tersebut akan mempengaruhi kuantiti dan
kualiti dari aktiviti yang dilakukan, termasuk aktiviti yang dilakukan oleh pelajar
di sekolah. Perbezaan inilah yang disebut dengan gaya kognitif.
Menurut Ast (1998), dalam usaha menyesuaikan pembelajaran murid
dengan sistem pengajaran guru, guru harus diberi maklumat dan kemahiran
tentang pelbagai teori dan aplikasi gaya kognitif dan gaya belajar yang dimiliki
oleh setiap pelajar. Manakala pelajar pula perlulah diberi peluang untuk belajar
dalam pelbagai situasi, sumber dan kaedah penyampaian sehinggalah mereka
dapat mengenalpasti kaedah manakah yang sesuai bagi mereka.
Kognitif merupakan proses penanggapan, pembinaan konsep, penaakulan,
penilaian dan penyelesaian masalah. Manakala psikologi kognitif ialah satu
pendekatan kajian bertujuan memahami bagaimana manusia menyusun dan
melaksanakan aktiviti mental yang melibatkan proses perolehan, penyusunan,
perwakilan, penyimpanan, pengulangan dan penggunaan pengetahuan yang
membantu manusia memahami dan menyelesaikan masalah demi menyesuaikan
diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah-ubah dan merancang bagi
menghadapi masa depan.
Menurut Robert L Solso (1998), psikologi kognitif adalah satu kajian
sains mengenai penumpuan dan proses pemikiran bagaimana penerimaan
maklumat dijalankan dan bagaimana ia digunakan untuk menyelesaikan masalah
dan bagaimana cara kita menuturkannya. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2005), kognitif bermaksud segala perkara yang berkaitan dengan
proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu seperti proses
pembelajaran, pemahaman dan perolehan pengetahuan.
Bagi tahap kefahaman, setiap individu mengubah sesuatu kefahaman dari
satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea menggunakan pemahaman
vi

HMEF5043_V2

sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf.


Manakala pada tahap aplikasi, proses menggunakan maklumat dalam dimensi
yang berlainan termasuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan prinsip,
hukum, teori, kaedah dan formula serta membina graf daripada data yang
didapati. Tahap analisis pula merupakan tahap di mana setiap individu telah dapat
membezakan perkara yang kompleks dan memecahkan kepada sesuatu yang
kecil, membezakan antara fakta dan pendapat, mengenalpasti kaitan antara
bahagian dan mengenali struktur organisasi. Pada tahap sintesis, keupayaan untuk
menyatukan dan mencantumkan idea menjadi satu, berusaha menyelesaikan
masalah, berkeupayaan membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Pada tahap
penilaian, setiap individu berkebolehan menilai sesuatu idea, konsep, prinsip,
kaedah, prosedur atau tindakan. Kesemua tahap pembelajaran memainkan
peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya
pengetahuan berkaitan, dapat membantu guru mengembangkan tahap kognitif
pelajar kepada tahap maksima.
Selain itu, dengan mengetahui tahap dan kebolehan yang boleh dicapai
oleh individu secara maksima akan memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang akan berlaku. Proses pemahaman dan berfikir secara kritis
dapat diterapkan kepada setiap individu dengan lebih berkesan. Teori kognitif
dapat diaplikasikan dengan lebih menyeluruh dengan tahap kebolehan dan
keupayaan individu itu. Proses pembelajaran dijalankan mengikut peningkatan
tahap umur, kebolehan dan perkembangan individu. Dengan ini, pembelajaran
secara teori dan amali dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan. Ini
kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan mencakupi kesemua kebolehan
dan keupayaan mental dan fizikal setiap individu mengikut tahap perkembangan
mereka. Implikasi yang didapati dengan pembelajaran berasaskan teori kognitif
antaranya dapat membantu setiap individu mengingat semula apa yang telah
tersimpan dalam ingatan mereka dan mengaplikasikannya untuk menyelesaikan
masalah.

1.2 Definisi Gaya Pembelajaran Kognitif


vii

HMEF5043_V2

1.2.1

Gaya Pembelajaran Kognitif Menurut Ausubel

Belajar adalah proses perubahan tingkah laku yang berupa pengetahuan,


sikap, dan keterampilan. Perubahan ini bersifat menetap dalam tingkah laku
yang terjadi sebagai suatu hasil latihan atau pengalaman. Proses belajar
bersifat individual dan kontekstual, artinya proses belajar terjadi dalam diri
individu sesuai dengan perkembangannya dan lingkungannya. Pembelajaran
adalah sesuatu yang dilakukan dan bukan dibuat oleh pelajar. Pembelajaran
pada hakikatnya adalah suatu proses interaksi antara pelajar dengan
lingkungannnya baik antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan sumber
belajar, maupun pelajar dengan pendidik.
Kegiatan pembelajaran ini akan menjadi bermakna bagi pelajar jika
dilakukan dalam lingkungan yang selesa dan memberikan rasa keselesaan
bagi pelajar. Pembelajaran pada dasarnya merupakan tugas pendidik untuk
membantu pelajar dalam melaksanakan kegiatan belajar, demi mencapai
objektif yang memuaskan. Pembelajaran akan mempunyai erti apabila antara
pengetahuan yang baru dengan pengetahuan yang lama memiliki perkaitan.
Inilah teori David P. Ausubel, pembelajaran bermakna, seorang ahli psikologi
pendidikan. Pembelajaran bermakna adalah suatu proses pembelajaran
dimana informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah
dimiliki seseorang yang sedang melalui pembelajaran. Pembelajaran
bermakna terjadi apabila pelajar boleh menghubungkan fenomena baru ke
dalam struktur pengetahuan mereka. Ertinya, bahan subjek itu mesti sesuai
dengan keterampilan pelajar dan mesti relevan dengan struktur kognitif yang
dimiliki pelajar. Oleh karena itu, subjek mesti dikaitkan dengan konsepkonsep yang sudah dimiliki para pelajar, sehingga konsep-konsep baru
tersebut benar-benar terserap olehnya.
Dalam proses pembelajaran bermakna ini pun ada tiga faktor yang
memiliki pengaruh, iaitu struktur kognitif yang ada, kestabilan, dan kejelasan
pengetahuan dalam suatu bidang pembelajaran tertentu dan pada waktu
tertentu. Sifat-sifat struktur kognitif menentukan validitas dan kejelasan ertierti yang timbul waktu informasi baru masuk ke dalam struktur kognitif itu,
viii

HMEF5043_V2

demikian pula sifat proses interaksi yang terjadi. Jika struktur kognitif itu
stabil dan diatur dengan baik, maka erti-erti yang jelas akan timbul dan
cenderung bertahan. Tetapi sebaliknya jika struktur kognitif itu tidak stabil,
meragukan, dan tidak teratur, maka struktur kognitif itu cenderung
menghalang untuk belajar dan mengekalkannya.
1.2.2

Gaya Pembelajaran Kognitif Menurut Piaget

Jean Piaget adalah seorang ahli biologi dan psikologi yang mempunyai
sumbangan besar dalam pemahaman terhadap perkembangan intelektual
anak-anak. Dalam rangka memahami proses dan tingkat perkembangan
intelektual anak ini, Piaget telah melakukan pemerhatian bertahun-tahun
sejak tahun 1920-an terhadap perkembangan intelektual yang terjadi pada
anak-anak. Ia mulai melakukan pemerhatian dan temuduga pada tiga orang
anaknya, kemudian anak-anak lain dan para remaja melalui perbagai
pemberian tugas intelektual, kemudian mencatat jawapan-jawapan yang
diperolehnya. Melalui penelitian yang ekstensif akhirnya secara terperinci,
Piaget dapat menggambarkan teori proses perkembangan intelektual yang
terjadi pada anak mulai dari bayi sampai remaja.
Teori kognitif lebih mementingkan proses belajar dari pada hasil
belajarnya. Teori ini mengatakan bahawa belajar tidak sekadar melibatkan
hubungan antara stimulus dan respon, melainkan tingkah laku seseorang
ditentukan oleh persepsi serta pemahamannya tentang situasi yang
berhubungan dengan tujuan belajarnya. Teori kognitif juga menekankan
bahawa bahagian-bahagian dari suatu situasi saling berhubungan dengan
seluruh konteks situasi tersebut. Teori ini berpandangan bahawa belajar
merupakan suatu proses internal yang mencakupi ingatan, pengolahan
maklumat, emosi, dan aspek-aspek kejiwaan lainnya. Belajar merupakan
aktiviti yang melibatkan proses berfikir yang sangat kompleks.

1.3 Gaya Pembelajaran Kognitif Yang Ditetapkan


ix

HMEF5043_V2

Untuk tujuan tugasan ini, saya ingin mengetengahkan Teori Pembelajaran


Kognitif sebagai fokus utama bagi membicarakan hubung kaitnya dengan gaya
pembelajaran murid dan sekaligus perkembangan kognitif murid yang
mempengaruhi tahap kecerdasan mereka.
Teori Piaget merupakan teori perkembangan kognitif yang masih kekal
menjadi perdebatan. Pembentukan konsep di peringkat kanak-kanak yang
berkaitan dengan kecerdasan adalah idea asal yang dikemukakan oleh Piaget
yang mencadangkan bahawa penyelidik boleh mempelajari perkembangan intelek
kanak-kanak yang dialami secara berterusan. Berdasarkan pemerhatian yang
dilakukan oleh beliau, satu sistem yang logikal yang mudah dan berstruktur
mendasari

pemikiran

kanak-kanak,

dan

keadaan

ini

berbeza

dengan

perkembangan intelek orang dewasa. Menurut beliau, dengan meningkatnya


umur seseorang, maka semakin kompleks susunan sel sarafnya dan semakin
meningkat pula kemampuannya. Ketika individu semakin mendekati alam
kedewasaan, mereka akan mengalami proses adaptasi biologi yang akan
menyebabkan

perubahan

kualitatif

dalam

struktur

kognitifnya.

Piaget

menyimpulkan bahawa kekuatan daya fikir kanak-kanak akan berubah mengikut


usianya, yang mana ia juga akan berubah secara kualitatif.
Piaget menyebut struktur kognitif itu sebagai skemata. Seorang individu
itu dapat mengingat, memahami dan memberi respon akibat daripada tindak balas
skemata ini. Skemata ini berkembang secara kronologi hasil daripada interaksi
dengan individu lain. Oleh itu, individu dewasa mempunyai struktur kognitif
yang lebih lengkap berbanding ketika dia masih di peringkat kecil.
Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku melalui
empat peringkat utama iaitu deria motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi
formal. Bagaimanapun, pengkelasan bagi setiap tahap adalah bergantung pada
kemampuan

berfikir

individu

tersebut.

Piaget

percaya

bahawa

tahap

perkembangan adalah bersifat bergantung antara satu sama lain. Sekiranya


seseorang individu mencapai keseimbangan kognitif pada peringkat awal, ini

HMEF5043_V2

akan memastikan perkembangan pemikiran yang sempurna untuk tahap yang


seterusnya.
Teori pembelajaran Piaget menjelaskan bagaimana seorang kanak-kanak
berimaginasi bagi menzahirkan peristiwa yang beraku di sekitar mereka. Dalam
teori ini, dinyatakan bahawa perkembangan kognitif setiap individu adalah
bercorak tetap dan pada akhirnya mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan
baik.
2.0 CIRI-CIRI PELAJAR MENGIKUT GAYA PEMBELAJARAN YANG
DITETAPKAN
Davis (1993) berpendapat bahawa tiada satu pun gaya pembelajaran yang berjaya
mempamerkan cara terbaik berbanding yang lain. Perkara yang paling utama adalah
strategi pengajaran yang berkesan yang sesuai dengan satu-satu gaya pembelajaran.
Kenyataan ini menunjukkan bahawa suatu gaya pembelajaran mempunyai kaedah
yang tertentu dalam menjadikan suatu pengajaran itu memenuhi objektif pelajaran.
Keberkesanan suatu kaedah itu juga bergantung pada kesesuaian pemilihan aktiviti
yang menjurus kepada pematuhan keperluan seseorang pelajar itu.
Menurut Model Myers-Biggs Type Indicator, manusia dikelaskan kepada 4
kecenderungan personaliti, iaitu Extrovert dan Introvert, Deria dan Gerak hati
(intuisi), Pemikiran dan Perasaan dan Penilaian dan Pengamatan. Individu yang
bersifat Extrovert adalah cenderung untuk bergaul dan menonjol di khalayak ramai
selain mempunyai keberanian untuk mengeluarkan hujah tanpa merasa gentar di
hadapan umum. Manakala, individu yang cenderung kepada penggunaan deria rataratanya menggunakan maklumat daripada sumber yang kukuh, jelas dan nyata.
Mereka juga sentiasa peka dengan perkongsian pengalaman dengan individu lain.
Secara perbandingan, individu yang memiliki personaliti bersandar intuisi adalah
cenderung menggunakan maklumat yang sumbernya adalah tidak dapat dipastikan.
Individu ini juga adalah jenis yang suka berkhayal tentang apa yang berlaku.
Mengikut model ini juga, individu yang mempunyai personaliti cenderung kepada
pemikiran membuat sesuatu keputusan berdasarkan kepada fakta yang kukuh dan
xi

HMEF5043_V2

logik selain sentiasa tegas dalam mengutarakan keputusan. Sebaliknya, personaliti


perasaan pula menjadikan seseorang individu itu cenderung untuk menilai aspekaspek nilai peribadi sebelum membuat sesuatu keputusan. Pertimbangannya selalu
bersandarkan kepada sebab dan akibat daripada sesuatu kejadian. Individu yang
tergolong dalam personaliti penilaian cenderung menjadi seorang yang sistematik,
teratur dan berjadual dalam melaksanakan segala tindak tanduknya. Mereka juga
adalah golongan yang tidak suka melaksanakan sesuatu tugasan di saat-saat akhir.
Manakala individu yang mempunyai personaliti pengamatan tidak suka kepada
perancangan yang fleksibel, yang tidak mempunyai piawaian yang tetap. Kepekaan
mereka sentiasa membuatkan mereka bertenaga melakukan suatu tugasan di saat
akhir.
Gaya Pembelajaran Field Dependence (FD) dan Field Independence (FI) yang
dipelopori oleh Herman Witkin pada tahun 1962 mencadangkan bahawa personaliti
individu dapat dikategorikan kepada dua gaya belajar utama. Menurut beliau, medan
latar bersandar (Field Dependence) adalah individu yang mempunyai ciri
kebergantungan yang tinggi. Individu pada kumpulan ini memproses maklumat secara
global atau keseluruhan, di mana perhatian tidak bertumpu kepada suatu butiran dan
sentiasa kurang memberi perhatian kepada perincian sesuatu fakta. Murid yang
memiliki personaliti ini hanya menerima sesuatu maklumat itu tanpa membuat
penambahan ataupun mengubahsuai mengikut keperluan. Golongan ini juga suka
bersosial dan menyukai aktiviti yang melibatkan kumpulan. Pada suatu tahap,
golongan ini juga membuat suatu keputusan dengan mengambil kira kritikan yang
diberikan oleh orang lain. Dengan kata lain, tidak mempunyai pendirian yang tetap.
Dari segi pencapaian matlamat, individu Field Dependence amat memerlukan
pendapat orang lain bagi membolehkannya membuat sesuatu keputusan. Sebaliknya,
personaliti medan latar tidak bersandar (Field Independence) melihat suatu perkara itu
secara berfokus. Segala butiran diambil kira dan mempunyai kepekaan terhadap
perincian butiran berkenaan. Selain itu, golongan ini juga bersifat individualistik.
Adalah amat payah untuk mendapatkan kepercayaan mereka kerana mereka lebih
mempercayai kekuatan diri berbanding pengaruh luaran. Individu Field Independence
mempunyai cara kerja berstruktur dan sentiasa menyusun maklumat agar
menjadikannya selaras dengan kehendak diri sendiri. Golongan ini juga jarang sekali
xii

HMEF5043_V2

dipengaruhi oleh kritikan dek kerana pegangan prinsip kebolehpercayaan diri yang
begitu utuh. Mereka juga mempunyai matlamat yang telah dirancang dan ditentukan
sendiri.
Gaya Pembelajaran V.A.K. (Visual, Auditori, Kinestetik) mencadangkan
bahawa individu terbahagi kepada personaliti yang banyak dipengaruhi oleh tiga
pemboleh ubah utama, iaitu visual (penglihatan), audio (pendengaran) dan juga
kinestetik (pergerakan). Dari aspek visual, murid yang tergolong dalam kategori ini
mempunyai kecenderungan untuk belajar dengan cara melihat sesuatu berbentuk teks,
gambar, diagram dan sebagainya. Individu dalam kategori ini lebih mudah untuk
mengingat dan faham akan sesuatu rangsangan dengan cara melihat dana membaca
teks. Mereka tidak memerlukan penerangan yang panjang lebar dan memiliki
kebolehpercayaan dapatan maklumat sebanyak 75% hanya dengan melihat atau
membaca sesuatu rangsangan itu. Mereka yang peka kepada audio adalah cenderung
untuk belajar sesuatu melalui mendengar sesuatu maklumat. Mereka mudah untuk
mengingati sesuatu penerangan melalui bacaan atau meneliti pergerakan bibir.
Golongan ini dapat mengingati 75% maklumat yang didengar dan dipertuturkan.
Manakala individu yang memiliki personaliti kinestetik cenderung untuk mempelajari
sesuatu dengan merasai sendiri pengalaman berkenaan. Mereka perlu turut serta
melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti bagi memudahkan mereka mengingati sesuatu
fakta dengan berkesan. Golongan ini juga adalah lebih mudah untuk memahami dan
mengingati sesuatu dengan cara membuat dan merasai dengan deria rasa sesuatu
aktiviti itu.
Satu lagi gaya pembelajaran kognitif yang menjadi rujukan ahli psikologi
adalah Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn. Gaya pembelajaran ini
mencadangkan personaliti seseorang murid ditentukan oleh fungsi otak manusia yang
terbahagi kepada dua bahagian, iaitu kiri dan kanan. Menurut model ini, individu yang
mempunyai personaliti yang menjurus kepada penggunaan otak kiri adalah cenderung
kepada persekitaran dan cahaya yang terang serta sentiasa terdorong oleh tempat
yang tersusun. Mereka juga tidak sukakan gangguan dan sering melakukan sesuatu itu
dengan berstruktur. Murid yang berperwatakan begini tidak suka mengambil makanan
atau minuman ketika sedang belajar. Selain itu, mereka juga adalah jenis yang mudah
xiii

HMEF5043_V2

memproses maklumat terutamanya yang berkaitan dengan nombor dan penganalisaan.


Manakala, individu yang sentiasa mengoptimumkan otak kanan mereka lebih
cenderung mendengar muzik semasa belajar dan boleh melaksanakan beberapa
tugasan pada satu masa. Ketika sedang belajar juga mereka suka mengunyah makanan
selain sentiasa berusaha sendiri tanpa perlu pengawasan. Golongan ini juga biasanya
adalah terdiri daripada mereka yang kreatif dan berjiwa seni.
Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun
mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit
kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada
kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus mengikut perkembangan
fizikal individu. Mengikut Piaget, pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah
laku.
Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses
akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan
situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung
kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakkan mereka melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Joyce, Weil dan Slavin (ahli-ahli mazhab
neokognitif konstruktivisme) menyaran dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran
dan pembelajaran yang berdasarkan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif.
3.0 CIRI-CIRI PERWATAKAN GURU MENGIKUT GAYA PEMBELAJARAN
YANG DITETAPKAN
Bagi menangani keperluan belajar murid, guru juga seharusnya mempunyai
perwatakan yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid. Bagi murid-murid
yang introvert, guru hendaklah sentiasa bersemangat dan aktif dalam mereka bentuk
rancangan pengajaran yang membolehkan murid-muridnya sentiasa bergerak dan
seronok semasa belajar. Sesi sumbang saran sekali sekala adalah perlu bagi
memastikan murid yang pendiam ini mengambil bahagian dalam menyalurkan idea
mereka. Guru juga mestilah berperwatakan sentiasa merangsang idea murid dan
membuatkan mereka ingin menyumbangkan idea. Guru yang sentiasa ceria sudah
xiv

HMEF5043_V2

tentu akan disukai oleh ramai murid dan mereka akan menurut kata guru mereka
apabila diminta untuk membuat sesuatu, seperti bercakap tentang gejala-gejala
ketagihan internet. Selain itu, teknik lakonan (role play) boleh diaplikasikan oleh guru
bagi membantu murid-murid mengembangkan bakat mereka. Manakala bagi muridmurid yang extrovert, guru hendaklah merangka pengajaran yang bersifat penerokaan
kendiri dengan bantuan dan tunjuk cara daripada guru berkenaan. Sedikit tunjuk ajar
daripada guru dan selebihnya murid-murid ini akan dibiarkan dengan kawalan, untuk
merasai sendiri pengalaman. Sebagai contoh apabila murid dikehendaki untuk
melaksanakan kerja projek. Mereka diberi kebebasan untuk menentukan sendiri
medium yang mereka perlukan untuk menyiapkan tugasan berkenaan. Guru hanya
akan masuk campur apabila mereka memerlukan nasihat dan bimbingan. Guru juga
hendaklah sentiasa bersifat terbuka dalam mengetengahkan pendapat dan tidak terlalu
mengongkong.
Bagi murid-murid yang cenderung kepada personaliti Field Dependence, guru
hendaklah mengamalkan sikap keterbukaan di mana guru harus menggalakkan
interaksi sesama murid dengan mengamalkan sikap tidak pilih kasih dan mendengar
apa yang ingin dikatakan oleh murid-muridnya. Pada masa-masa tertentu juga, guru
haruslah bertegas bagi memastikan maklumat yang disampaikan dapat dijana dan
difahami dengan baik. Dalam berdepan dengan personaliti ini, guru hendaklah rajin
membuat kajian dan carian bagi membantu muridnya sentiasa dilengkapi dengan
pengetahuan yang kemas kini. Kaedah berpusatkan murid hendaklah diterapkan bagi
menggalakkan murid mengalami sendiri pembelajaran mereka dan guru pula sentiasa
mendorong mereka untuk menjadi lebih kreatif. Manakala bagi murid-murid yang
bersifat Field Independence, guru hendaklah sentiasa memberi ruang kepada
muridnya untuk berdikari dalam mendapatkan maklumat pembelajaran. Guru haruslah
bersikap saksama dan sentiasa memberi alternatif dan menjadi pakar rujuk kepada
murid-muridnya. Kerajinan guru juga amatlah dituntut bagi menyediakan murid
dengan bahan rujukan yang mencukupi. Guru sebagai pemudah cara akan
melancarkan lagi proses belajar murid. Guru hendaklah sentiasa peka dengan
keperluan tugasan murid, di bahagian mana mereka perlukan bantuan serta dalam
masa yang sama menggalakkan mereka untuk bekerjasama sebagai satu pasukan.

xv

HMEF5043_V2

Dalam mengaplikasi model VAK, guru hendaklah bertindak sebagai penyedia


bahan bantu belajar yang bersesuaian bagi memenuhi personaliti murid-murid agar
objektif pelajaran dapat dicapai. Bersikap proaktif dengan mencari dan menyediakan
bahan pelajaran merupakan satu kewajipan kepada guru supaya sesi pelajaran
berikutnya dapat dijalankan dengan lancar dan penuh sedia. Selain itu, guru juga
harus menjadi pemangkin kepada murid-muridnya dengan mempelbagaikan bahan
bantu belajar dan seterusnya memberi motivasi dalaman kepada mereka untuk
meneruskan pelajaran. Selain itu, guru juga dapat bertindak sebagai pemberi dorongan
dengan memberi galakan kepada murid-muridnya untuk menyertai aktiviti
pembelajaran dengan menyediakan pelbagai alternatif bahan bantu belajar mengikut
keselesaan masing-masing. Sebagai pemudah cara, guru boleh memberi tunjuk ajar
tatacara yang betul untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Dengan cara ini, murid akan
berasa lebih berminat untuk turut serta dalam proses pelajaran.
4.0 HUBUNGKAIT ANTARA GAYA PEMBELAJARAN MURID DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK MEREKA
Honey dan Mumford (1992) berpendapat bahawa perubahan tingkah laku akibat
wujudnya pembelajaran dipengaruhi oleh kecenderungan seseorang individu itu.
Kecenderungan itu termasuklah mempunyai pengalaman dalam mempelajari sesuatu
dan juga kebolehan untuk mengingati semula apa yang telah dipelajari. Manakala
Dunn & Dunn (1978) pula menyokong bahawa gaya pembelajaran adalah dipengaruhi
oleh faktor seperti persekitaran, fisiologi dan psikologi. Jadi, secara umumnya,
berdasarkan tinjauan literatur daripada para pengkaji di atas, dapatlah disimpulkan
bahawa sama ada seseorang murid itu mencapai tahap cemerlang, sederhana mahupun
lemah bukanlah didorong oleh gaya pembelajaran yang dimilikinya. Terdapat
beberapa faktor lain yang mempunyai pengaruh yang besar yang menyumbang
kepada prestasi akademik seseorang murid.
Satu kajian ilmiah yang dipelopori oleh Azizi Yahya et. al. (2002) telah
mendedahkan bahawa faktor penyumbang kepada pencapaian akademik seseorang
pelajar bukanlah dipengaruhi oleh gaya pembelajarannya. Dalam kajian yang
melibatkan pelajar seramai 60 orang dari sebuah sekolah menengah di Johor,
xvi

HMEF5043_V2

kebanyakan daripada mereka mengamalkan gaya belajar reflektif dan teoris. Daripada
analisis gaya belajar pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik, didapati
bahawa kesemuanya menunjukkan indeks korelasi yang negatif. Senario itu
menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pencapaian akademik
pelajar dengan gaya pembelajaran mereka.
Dalam kajian lain, Misnan et. al. (2004) menyatakan bahawa gaya
pembelajaran pelajar banyak dipengaruhi oleh motivasi dalaman yang seterusnya akan
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Dalam kata lain, perbezaan gaya
pembelajaran bukanlah faktor penentu dalam pencapaian akademik. Malahan gaya
pembelajaran itu sendiri dipengaruhi oleh faktor luaran yang lain, seperti motivasi
diri. Teori pembelajaran kognitif Piaget memberi penekanan kepada sistem
pembelajaran yang berpusatkan murid. Melalui teori ini, proses pembelajaran lebih
terarah kepada penemuan kendiri (discovery) yang aktif. Kecerdasan berkembangan
melalui proses asimilasi dan akomodasi. Oleh yang demikian, guru seharusnya
merancang pengajaran yang boleh merangsang dan membuka peluang kepada proses
asimilasi dan akomodasi. Sebagai contoh, aktiviti yang berbentuk kumpulan akan
menggalakkan murid untuk berinteraksi dengan pelbagai tahap kognitif yang berbeza.
Ini secara tidak langsung akan merangsang minda mereka untuk menjadi lebih kreatif
dan berkembang ke arah yang lebih matang.
Melalui teori ini, kanak-kanak di awal usia mereka perlu dikenal pasti oleh
guru bagi membolehkan mereka mencari, memanipulasi, melakukan percubaan,
bertanya dan cuba untuk mencari sendiri jawapan ke atas kemusykilan yang timbul.
Sungguhpun

begitu,

mereka

tidak

seharusnya

dibiarkan

meneroka

semua

pembelajaran dengan tanpa bantuan daripada guru. Guru yang lebih peka dengan
perbezaan individu ini perlu menyusun strategi untuk mengukur kemampuan,
kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh murid-muridnya. Guru boleh
memainkan peranan dengan mereka pengajaran yang bercorak mencabar pemikiran
mereka, menggalakkan mereka berkomunikasi, mengambil bahagian dalam sesi
sumbang saran serta meneroka permasalahan dengan mengkaji secara meluas dan
bijak. Contoh yang paling mudah ialah dengan mengadakan sesi forum dalam
kumpulan kecil ataupun berskala besar. Selain itu, guru juga boleh mewujudkan
xvii

HMEF5043_V2

persoalan dalam diri murid dengan memberikan tugasan individu berdasarkan soalan
berkenaan sesuatu tajuk. Dalam hal ini, murid akan cuba untuk menyenaraikan sendiri
alternatif jawapan mereka dan cuba untuk berhujah apabila pendapat mereka diminta.
Teori pembelajaran Piaget memfokuskan kepada kognitif ataupun intelektual
yang mempunyai hubungan rapat dengan belajar. Dengan cara belajar, kognitif murid
akan terangsang dan akan menuju ke arah kematangan sehingga akan menunjukkan
perubahan tingkah laku. Wujudnya pembelajaran mengikut Piaget adalah hasil
gabungan empat konsep asas iaitu skema, asimilasi, akomodasi dan keseimbangan.
Piaget menganggap pembelajaran itu satu proses kognitif yang menggalakkan usaha
dan pengadaptasian terhadap persekitaran. Menurut Piaget lagi, pembelajaran tidak
hanya berlaku secara lisan, tetapi juga secara berstruktur mengikut tahap
perkembangan kognitif seseorang. Bagi memastikan suatu pembelajaran itu lebih
bermakna, guru perlu merangka pengajaran yang bersifat merangsang pemikiran
murid dan sentiasa membuatkan mereka berfikir secara aktif. Menurut Piaget,
pembelajaran bercorak hafalan dan latihan semata-mata tidak akan menghasilkan
perkembangan kognitif yang optimum.
Kesimpulannya proses kognitif secara keseluruhan boleh mempengaruhi
pembelajaran individu terbabit. Pelajar perlu sentiasa belajar dalam keadaan aktif bagi
memastikan pemikiran mereka berubah ke arah kematangan. Guru sebagai
pembimbing perlu berperanan untuk memastikan pengajaran bersifat mencabar
pemikiran murid-murid. Pembelajaran secara umumnya melibatkan proses hubungan
mental yang tidak dapat diukur dan dilihat. Pengetahuan yang di perolehi semasa
pembelajaran di susun secara sistematik dalam otak manusia. Proses pembelajaran
juga melibatkan integrasi maklumat yang sedia ada bersama dengan maklumat yang
baru dipelajari. Dengan maklumat yang ada ini pelajar akan dapat melakukan amali
dengan berteraskan teori yang diajar sebelumnya. Contohnya kebolehan untuk
mengukur kefahaman fungsional operasi matematik, konsep asas geometri dan
kebolehan

menggunakan

prinsip matematik

dalam

menyelesaikan

masalah.

Kebolehan kognitif ini juga berkaitan dengan kemahiran menganggar nisbah, kirakira,

pencapaian

matematik,

penaakulan

matematik,

penyelesaian

masalah,

penambahan, penolakan, pengiraan, penyusunan nombor, algebra dan algoritma.


xviii

HMEF5043_V2

Sekaligus meningkatkan kebolehan pelajar dalam menganggarkan hubungan antara


nombor dan kecekapan mengendalikan konsep nombor.
5.0 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengetahuan berkenaan perbezaan individu oleh guru adalah amat penting supaya
seseorang guru itu lebih sensitif terhadap keperluan pembelajaran muridnya. Guru
harus menerima hakikat bahawa setiap murid dilahirkan berbeza, dan dengan
perbezaan ini akan mewujudkan jurang akademik di antara mereka. Oleh itu adalah
menjadi tanggungjawab guru untuk menyelami, mempelajari serta mempersiapkan
diri untuk menangani segala kekurangan yang terdapat pada murid-muridnya.
Pemahaman terhadap kepelbagaian gaya pembelajaran membolehkan guru
mereka pengalaman pembelajaran bagi setiap muridnya. Ketekunan serta kefahaman
guru yang mendalam akan dapat membantu murid-murid tersebut meningkatkan tahap
pengetahuan mereka. Selain itu juga, pengetahuan berkenaan gaya pembelajaran
murid menyediakan satu semangat kerja yang positif dalam diri guru berkenaan.
Motivasi seperti ini adalah penting bagi memastikan murid merasai pengalaman
belajar yang bermakna pada setiap masa dalam proses pembelajaran.
Kefahaman terhadap gaya pembelajaran ini juga akan menyebabkan guru lebih
sensitif terhadap faktor-faktor sampingan lain yang menjadi penyebab kepada
kekangan pembelajaran. Faktor seperti psikologi dan persekitaran juga menjadi
penyumbang kepada pencapaian akademik pelajar. Oleh yang demikian, pengetahuan
terhadap gaya pembelajaran akan membolehkan guru mengetahui serta memahami
muridnya lebih dalam dan berupaya mengambil tindakan susulan untuk membantunya
dalam pelajaran.
Dengan mengetahui gaya pembelajaran murid, guru boleh melaksanakan
pengajaran menggunakan pelbagai teknik kemahiran belajar. Teknik ini kemudiannya
boleh digunakan untuk membantu mereka berada di tahap penguasaan pelajaran yang
lebih baik pada masa-masa akan datang. Kemahiran belajar yang berkesan dapat

xix

HMEF5043_V2

meningkatkan pengetahuan sedia ada seterusnya meningkatkan lagi motivasi mereka


untuk belajar.
Bagi memastikan proses perolehan ilmu di tahap optimum, guru boleh
mengaplikasikan inventori-inventori seperti Myers-Briggs Type Indicator, Model
Pembelajaran Kolbs dan Instrumen Herman Brain Dominance bagi mengenal pasti
gaya pembelajaran murid. Model-model tersebut dapat menghuraikan lebih terperinci
tentang kedudukan seseorang murid dalam sistem akademik. Dengan menggunakan
model-model berkenaan, guru bukan sahaja dapat melaksanakan satu kajian bertumpu
dalam skala kecil, malahan berupaya untuk mengembangkan ilmu pedagogi dan sekali
gus dapat berkongsi dengan rakan-rakan guru yang lain.
6.0 KESIMPULAN
Konsep pembelajaran adalah set konstruk konsep-konsep dalam teori pembelajaran
yang membawa kepada perubahan tingkah laku. Ia adalah proses berterusan bagi
individu mengasimilasikan, mengintegrasikan dan membezakan pengalaman dan
maklumat baru. Perspektif kognitif pula menumpukan pada proses bagaimana
individu membuat pengamatan, pemilihan dan organisasi, membentuk imej mental
dan menaakul.
Pengetahuan serta pemahaman berkaitan konsep pembelajaran dan perspektif
kognitif penting bagi menyediakan peluang-peluang pembelajaran kepada para
pelajar. Ia adalah sumber dan kemahiran yang mencerminkan cara individu
memperoleh pengetahuan, memproses, mentafsir dan menggunakannya dalam
kehidupan seharian. Ia juga memberi peluang kepada kita memahami pelbagai domain
ilmi pengetahuan. Dan seterusnya ia membenarkan kita membuat penilaian,
generalisasi dan pemilihan kaedah serta strategi pembelajaran yang bakal digunakan
dalam kegunaan dalam kehidupan seharian.
Kaedah pengajaran yang dibentuk sebaik-baiknya berupaya memberi peluang
kepada para pelajar supaya memerhati, mencerap, melibatkan diri, meneroka dan
menggunakan strategi dengan berkesan. Melalui kaedah pengajaran yang berkesan,
xx

HMEF5043_V2

para pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan serta maklumat baru ke dalam situasi
dan persekitaran baru malalui proses pemindahan pembelajaran. Keberkesanan
pengajaran ditentukan apabila individu berupaya menggunakan, kemahiran dan
pengalaman bagi menyelesaikan masalah pembelajaran dan kehidupan seharian.
Kefahaman terhadap gaya pembelajaran ini juga akan menyebabkan guru lebih
sensitif terhadap faktor-faktor sampingan lain yang menjadi penyebab kepada
kekangan pembelajaran.

xxi

HMEF5043_V2

BAHAGIAN B
1.0 PENGENALAN
Individu field dependent (FD) cenderung melihat satu elemen daripada gambaran
keseluruhan. Individu FD suka memfokuskan pada satu aspek dalam satu situasi,
menggambarkan secara global, boleh bekerja dengan baik dalam informasi soaial
dan gemar pada subjek seperti kesusasteraan dan sejarah. Manakala individu
field independent (FI) pula adalah sebaliknya. Mereka lebih cenderung
memisahkan

suatu

perkara

kepada

perkara-perkara

kecil

daripada

keseluruhannya. Ini membolehkan individu itu menganalisis komponenkomponen kecil. Individu FI tidak cenderung pada aktiviti pertalian sosial seperti
individu FD, tetapi mereka melakukan dengan baik dalam matematik dan serius
dalam melakukan aktiviti menganalisis secara analitis.
Proses pengajaran dan pembelajaran individu FI dan FD juga berbeza.
Para reformis dalam bidang pendidikan menyokong program pendidikan yang
mencerminkan gaya kognitif individu dengan tepat. Ini berdasarkan faktor semua
pelajar tidak mempunyai gaya kognitif yang sama dan mereka sebaik-baiknya
tidak mendapat pengajarn dan pembelajaran yang sama. Menurut Dunn (1987)
dan Dunn & Dunn (1878), individu mempunyai perbezaan dalam personaliti, cara
menyusun

dan memproses maklumat serta keadaan mereka dapat belajar

denganbaik. FI lawan FD adalah contoh terbaik dalam perbezaan ini. Keadaan ini
memberi kesan pada pencapaian di sekolah. Oleh itu, pengubahsuaian pada
strategi dalam persekitaran bilik darjah perlu dibuat bagi memastikan sekolah
memperoleh pencapaian akademik yang baik. Gaya kognitif yang diperkenalkan
oleh Witkin ini menghasilkan banyak penyelidikan dan diaplikasikan secara luas
dalam dunia pendidikan masa kini. Witkin dalam menjelaskan maksud FI dan FD
memperkemaskan lagi definisi FI dan FD iaitu cara mempersepsi alam sekeliling
secara analisis (FI) berlawanan secara global (FD).
1.1 Ciri-Ciri Gaya Pembelajaran Kognitif Field Dependent
Daripada kajian yang telah dibuat, individu FD lebih suka bersosial, banyak
memberi perhatian pada bidang sosial dan mengaplikasikan bidang sosial
xxii

HMEF5043_V2

bagi membentuk trait-trait personaliti diri. Ini menyebabkan individu FD


mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti rakan sebaya, jiran-jiran
dan mereka yang hampir dengannya juga kritikan. Individu FD
berorientasikan personal, memandang sesuatu secara holistik iaitu kurang
beri perhatian kepada butiran) dan lebih bergantung pada hal atau faktor yang
lain. Kesimpulannya, individu FD lebih fokus pada trait personaliti
interpersonal.
Pelajar FD belajar secara pengalaman, penilaian kendiri dan guru
perlu menyediakan persekitaran pembelajaran sosial supaya pelajad FD
berpeluang berinteraksi dengan orang lain. Pelajar FD lebih mudah
menunjukkan kebolehan pada isi kandungan mata pelajaran sosial. Pastikan
guru memberi arahan dengan jelas. Pelajar yang bersifat FD juga
memerlukan pengukuhan dan matlamat yang ditakrifkan daripada luar. Ini
bermaksud, pelajar FD lebih memerlukan bantuan daripada luar bagi
menetapkan matlamat dan menyelesaikan masalah.
Dalam proses pembelajaran juga kerap ditemui pelajar FD melalui
kesukaran apabila mempelajari suatu yang tidak berstruktur. Mereka sukar
membina struktur sendiri.

Guru perlu banyak menggunakan contoh dan

gambaran. Mereka lebih cenderung mempelajari sesuatu yang sudah


disediakan terlebih dahulu dan memerlukan arahan daripada luar bagi
menyelesaikan masalah. Guru perlu memastikan jenis pelajar sebelum
hukuman dan dendaan dijatuhkan.
Pelajar FD sukar hendak menyediakan dan menyusun sendiri bahan
pelajaran. Mereka memerlukan masa yang lebih, tetapi sedikit sahaja yang
betul. Mereka lebih kepada menerima maklumat tanpa perlu menganalisis
dan membentuk semula maklumat awal yang diterima. Mereka melihat
secara global tetapi tidak mampu untuk mengorganisasikannya. Pelajar FD
kerap membuat pilihan akademik yang tidak sesuai dengan kognitif.
Pencapaian mereka di aliran sains dan matematik adalah kurang baik
berbanding di aliran sains sosial.
xxiii

HMEF5043_V2

1.2 Ciri-Ciri Gaya Pembelajaran Kognitif Field Independent


Individu FI pula lebih cenderung memisahkan suatu perkara kepada perkaraperkara kecil daripada keseluruhannya. Ini membolehkan individu FI
menganalisis komponen-komponen kecil. Individu FI tidak cenderung pada
aktiviti-aktiviti pertalian sosial tetapi mereka melakukan dengan baik dalam
matematik dan serius dalam melakukan aktiviti menganalisis secara analitis.
Mereka cepat dan dapat mengasingkan bentuk geometri mudah daripada
suatu bentuk geometri kompleks. Pelajar FI boleh mengatasi kesan unsurunsur latar belakang yang mengganggu. Mereka kurang terpengaruh dengan
kritikan.
Pelajar FI berkemahiran membina struktur daripada struktur yang
tidak mempunyai struktur. Guru hanya perlu menyediakan persekitaran
pembelajaran yang membolehkan mereka berdikari. Mereka hanya perlu
dibekalkan dengan bahan rujukan dan diberi bimbingan yang minimum.
Mereka juga hanya memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan
sesuatu tugasan tanpa banyak melakukan kesilapan. Namun demikian,
mereka memerlukan bantuan orang lain supaya lebih fokus pada perkara
yang melibatkan kepada aktiviti sosial.
Dalam proses pembelajaran kita akan menemui pelajar FI yang
mempunyai prestasi yang kurang baik berkaitan isi pengajaran sosial. Oleh
itu, guru sebaik-baiknya memberikan tumpuan yang lebih kepada pelajar FI
yang mengambil subjek sosial seperti pengajian am. Pelajar FI tidak
bermasalah untuk membuat penetapan matlamat dan membuat penyelesaian
masalah daripada dalam diri mereka sendiri. Dalam proses pembelajaran juga
mereka boleh berusaha mencari sesuatu walaupun belum mempunyai
struktur. Mereka berusaha membina struktur mereka sendiri tanpa bantuan
orang sekeliling (Willerman, 1979). Pencapaian mereka di aliran sains dan
matematik adalah sangat baik berbanding di aliran sains sosial.

xxiv

HMEF5043_V2

2.0 KONSEP DAN IDEA AKTIVITI PENGAJARAN YANG SESUAI


2.1 Pengajaran 1 ( Pelajar Field Independent)
Mata pelajaran

Pendidikan Islam

Pelajar / Masa

Tahun 6 / 30 minit

Tajuk

Kalam

Objektif Pengajaran

1. Menerangkan pengertian Allah bersifat Kalam


2. Menerangkan Dalil Naqli dan ertinya
3. Menyatakan hukum meyakini Allah bersifat Kalam
4. Menganalisis kesan meyakini Allah bersifat Kalam dalam kehidupan
Bahan Bantu Belajar

Buku teks, lembaran peta i-think, pautan


laman sesawang

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Aktiviti 1

Aktiviti 1

1.

1. Murid membuka buku teks


mengikut arahan guru dan
membaca teks sekali lalu
2. Murid membaca teks sekali lagi
untuk menggaris jawapan kepada
perkara yang telah disebut oleh
guru.
3. Murid menyalin semula jawapan
dan menyusun semula maklumat
dalam lembaran peta i-think
yang disediakan

2.
3.

Guru mengedarkan lembaran


peta i-think
Guru mengarahkan murid-murid
membuka buku teks halaman 8385
Guru menyebut perkara-perkara
penting yang perlu di cari oleh
murid dalam teks tersebut.
a. Erti
b. Hukum beriman
c. Dalil naqli
d. Kesan meyakini

Aktiviti 2

Aktiviti 2

1.

1. Murid menyalin pautan laman


sesawang yang guru berikan
untuk menyelesaikan tugasan
tersebut di rumah

Setelah selesai, guru memberi


pautan laman sesawang agar
murid mencari dalil naqli lain
yang berkaitan di rumah.

xxv

HMEF5043_V2

2.2 Pengajaran 2 (Pelajar Field Dependent)


Mata pelajaran

Pendidikan Islam

Pelajar / Masa

Tahun 6 / 30 minit

Tajuk

Khat Riqah

Objektif Pengajaran

1. Menulis huruf vokal mengikut kaedah Khat Riqah


2. Menulis bentuk huruf menegak
Bahan Bantu Belajar

Slaid, Gambar huruf-huruf, Pensel khat,


lembaran kerja

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Aktiviti 1

Aktiviti 1

1. Guru menayangkan slaid imejimej tulisan khat Riqah


2. Guru menayangkan slaid cara
menulis huruf
3. Guru meminta murid menyebut
nama tempat atau bangunan yang
terdapat tulisan khat seperti
tayangan slaid

1. Murid menonton tayangan slaid


dengan bersungguh-sungguh dan
teruja
2. Murid menjawab soalan guru

Aktiviti 2

Aktiviti 2

1. Guru mengedarkan lembaran dan


contoh huruf dalam khat Riqah
2. Guru mengarahkan murid untuk
menulis huruf berdasarkan
contoh dalam lembaran yang
disediakan.
3. Guru sentiasa memberi
bimbingan kepada murid
4. Guru memberi pujian kepada
murid yang berjaya
menghasilkan tulisan khat yang
menarik dan bimbingan kepada
yang lemah.

1. Murid memerhatikan semula khat


Riqah bagi huruf vokal dan
huruf menegak berdasarkan
contoh yang diberi.
2. Murid menulis semula hurufhuruf tersebut dalam lembaran
yang disediakan.
3. Murid berasa gembira atas pujian
dan bimbingan guru dan
bersemangat untuk menulis huruf
yang lain pula.

xxvi

HMEF5043_V2

2.3 Pengajaran 3 (Pelajar Field Dependent)


Mata pelajaran

Pendidikan Islam

Pelajar / Masa

Tahun 6 / 30 minit

Tajuk

Perjanjian Hudaibiah

Objektif Pengajaran

1. Menerangkan latar belakang peristiwa Perjanjian Hudaibiah


2. Menghuraikan isi-isi Perjanjian Hudaibiah
3. Memperincikan kesan daripada Perjanjian Hudaibiah
Bahan Bantu Belajar

Tayangan slaid, lembaran peta i-think,

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Aktiviti 1
1. Guru menayangkan slaid
peristiwa Perjanjian Hudaibiah
2. Guru menerangkan perjalanan
cerita secara ringkas
3. Guru mengajukan beberapa
soalan ringkas berkaitan cerita :
a. Bila ia berlaku?
b. Berapa ramai yang terlibat?
c. Dari mana hendak kemana?

Aktiviti 1
1. Murid menonton tayangan slaid
dengan bersungguh-sungguh dan
teruja
2. Murid menjawab soalan secara
kelas

Aktiviti 2
1. Guru membahagikan murid
kepada beberapa kumpulan
2. Setiap kumpulan mendapat
tugasan yang sama iaitu membuat
urutan cerita daripada peristiwa
Perjanjian Hudaibiah
menggunakan peta alir
3. Guru menyenaraikan perkara
yang perlu ada dalam aliran
cerita.

Aktiviti 2
1. Murid duduk dalam kumpulan
yang telah diagihkan oleh guru
2. Murid membahagikan tugas
sesama ahli kumpulan untuk
mencari isi penting berkaitan
cerita
3. Murid menulis isi yang berkaitan
didalam lembaran yang
disediakan

Aktiviti 3
1. Guru memilih secara undian
kumpulan yang akan membuat
pembentangan dihadapan kelas
2. Guru memberi pujian atas setiap
pembentangan dan hasil kerja
murid.

Aktiviti 3
1. Ketua kumpulan membuat
pembentangan sambil dibantu
oleh ahli kumpulannya
2. Murid berasa gembira kerana
hasil kerja mereka dihargai.

xxvii

HMEF5043_V2

2.4 Pengajaran 4 (Pelajar Field Dependent)


Mata pelajaran

Pendidikan Islam

Pelajar / Masa

Tahun 6 / 60 minit

Tajuk

Solat Jenazah

Objektif Pengajaran

1. Memperincikan panduan melaksanakan solat jenazah


2. Melakukan simulasi solat jenazah
Bahan Bantu Belajar

Slaid, senarai semak, replika jenazah

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Aktiviti 1
1. Guru menayangkan slaid kaifiah
pelaksanaan solat jenazah
2. Guru menerangkan semula
kepada murid
3. Guru meminta murid ulang
semula semua kaifiah
melaksanakan solat jenazah

Aktiviti 1
1. Murid menonton tayangan slaid
dengan bersungguh-sungguh
2. Murid membuat latih tubi
menyebut kaifiah melaksanakan
solat jenazah secara kelas

Aktiviti 2
1. Guru membahagikan murid
kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberi beberapa
borang senarai semak
3. Guru menerangkan pelaksanaan
aktiviti kepada setiap kumpulan

Aktiviti 2
1. Murid duduk dalam kumpulan
masing-masing
2. Setiap kumpulan akan membuat
simulasi solat jenazah mengikut
giliran dan dinilai oleh kumpulan
yang lain berdasarkan senarai
semak
3. Aktiviti diteruskan sehingga
semua kumpulan selesai
membuat simulasi

Aktiviti 3
1. Guru memilih beberapa
kumpulan untuk membentang
hasil penilaian
2. Guru memberi sedikit maklum
balas berkaitan aktiviti simulasi
3. Guru mengucapkan tahniah
kepada semua kumpulan dan
meminta murid untuk
melaksanakan solat jenazah
sekiranyaada kematian di tempat
masing-masing.

Aktiviti 3
1. Kumpulan yang terpilih membuat
pembentangan hasil penilaian
2. Murid berpuas hati dengan
aktiviti simulasi dan maklum
balas dari guru
3. Murid akan mempraktikkan solat
jenazah dalam kehidupan
seharian

xxviii

HMEF5043_V2

2.5 Pengajaran 5 (Pelajar Field Independent)


Mata pelajaran

Pendidikan Islam

Pelajar / Masa

Tahun 6 / 30 minit

Tajuk

Solat Jenazah

Objektif Pengajaran

1. Pengertian dan hukum solat jenazah


2. Memperincikan panduan melaksanakan solat jenazah
Bahan Bantu Belajar

Slaid, lembaran carta alir

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Aktiviti 1
1. Guru menayangkan slaid solat
jenazah
2. Guru bersoal jawab dan
bersumbang saran bersama
murid berkaitan slaid yang
dipertontonkan :
a. Pernahkah ikut sama atau
nampak orang solat jenazah?
b. Pengertian solat jenazah?
c. Hukum melakukan solat
jenazah?
d. Cara pelaksanaa?
e. Kaifiah melaksanakan?

Aktiviti 1
1. Murid menonton tayangan slaid
dengan bersungguh-sungguh
2. Murid bersoal jawab bersama
guru tentang slaid
3. Murid membuat latih tubi tentang
kaifiah melaksanakan solat
jenazah secara individu

Aktiviti 2
1. Guru mengedarkan lembaran
carta alir
2. Guru membuat pertandingan
antara murid. Siapa yang siap
dalam tempoh yang ditetapkan
dan tepat adalah pemenang.
3. Guru memberi tiga bintang bagi
setiap pemenang.
4. Bagi murid yang tidak dapat
menyelesaikan tugasan, diminta
sambung dirumah

Aktiviti 2
1. Murid berusaha bersungguhsungguh untuk menyelesaikan
tugasan
2. Murid menyelesaikan tugasan
mengikut masa yang ditetapkan.
3. Apabila masa tamat, murid
berhenti menulis
4. Para pemenang berasa gembira
dengan bintang yang diperolehi
5. Murid yang tidak berjaya
menyelesaikan tugasan akan
menyambung tugasan tersebut
dirumah.

xxix

HMEF5043_V2

3.0 MENILAI KESESUAIAN AKTIVITI PENGAJARAN SAMA ADA DI


DALAM ATAU LUAR KELAS
Kaedah : Pendapat daripada guru-guru berpengalaman
Beberapa siri perbincangan telah dijalankan bersama beberapa orang guru yang
mempunyai

pengalaman

yang

luas

didalam

bidang

berkaitan.

Melalui

perbincangan berkenaan Pn. Jumani Abdullah telah menyatakan pendirian beliau


bahawa seharusnya aktiviti pembelajaran yang dirangka hendaklah bertepatan
dengan gaya pembelajaran seseorang atau sekumpulan murid itu. Sebagai contoh,
murid introvert yang mempunyai sifat kebergantungan (field dependent), perlu
dilibatkan dengan aktiviti yang melibatkan penonjolan bersifat sosial. Ini
bermakna, murid berkenaan perlu bekerjasama didalam satu-satu kumpulan untuk
melaksanakan sesuatu tugasan bagi memberi mereka peluang untuk berinteraksi
dengan murid yang lain. Ini secara tidak langsung akan menjadikan mereka lebih
kerap berkomunikasi dan sekaligus keyakinan diri akan meningkat. Aktiviti
pengajaran boleh sahaja dijalankan didalam atau diluar kelas, tetapi yang penting
adalah keselesaan murid.
Bagi En. Razlan Salleh pula, aktiviti pemusatan pelajar adalah sesuatu yang
dapat membantu murid itu untuk memahami isi pelajaran dengan lebih jelas
melalui pemahaman mereka sendiri dengan bantuan guru yang minima, lebihlebih lagi bagi kumpulan pelajar FI. Pelajar FI berkemahiran membina struktur
daripada struktur yang tidak mempunyai struktur. Guru hanya perlu menyediakan
persekitaran pembelajaran yang membolehkan mereka berdikari. Mereka hanya
perlu dibekalkan dengan bahan rujukan dan diberi bimbingan yang minimum.
Melihat daripada aktiviti pengajaran 1 dan pengajaran 2, guru boleh menyerahkan
tugasan kepada murid tanpa perlu memberi bimbingan yang banyak. Guru hanya
memberi kata kunci, selebihnya akan diselesaikan oleh murid. Aktiviti pengajaran
1 sesuai dilaksanakan di bilik komputer bagi memudahkan murid untuk
mengakses internet semasa mencari bahan pembelajaran. Manakala, aktiviti
pengajaran 2 sesuai dijalankan dikelas, bilik Alat Pandang Dengar (APD) atau di
surau.

xxx

HMEF5043_V2

Menurut Pn. Normah Baco pula, aktiviti pengajaran perlu dirancang


mengikut perbezaan gaya pembelajaran murid FI juga FD. Bagi pelajar FD,
mereka sukar apabila mempelajari suatu yang tidak berstruktur dalam kata lain
mereka sukar membina struktur sendiri. Guru perlu banyak menggunakan contoh
dan gambaran. Mereka lebih cenderung mempelajari sesuatu yang sudah
disediakan terlebih dahulu dan memerlukan arahan daripada luar bagi
menyelesaikan masalah. Baginya, aktiviti yang dirancang seperti pengajaran 2,
pengajarann 3 dan pengajaran 4 adalah bersesuaian bagi pelajar dalam kelompok
FD. Aktiviti pengajaran perlu lebih banyak kepada contoh yang boleh dilihat dan
dipegang. Pelajar akan berasa gembira dan lebih bersemangat apabila diberi pujian
dikhlayak ramai. Bagi beliau ketiga-tiga aktiviti pengajaran ini sesuai
dilaksanakan di kelas, bilik APD juga di surau.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kelima-lima aktiviti pengajaran yang dirancang telah berjaya
dilaksanakan. Bagi murid FI mahupun murid FD, mereka dapat mengikuti
keseluruhan sesi pembelajaran dengan baik dengan bantuan atau tanpa bantuan guru.
Bagi murid FI, mereka boleh menyelesaikan tugasan yang perlu dibawa kerumah pada
masa itu juga memandangkan sesi pengajaran masih berlangsung contohnya, melayari
internet untuk mencari pautan laman sesawang yang diberi oleh guru untuk tugasan
yang seterusnya.
Hasil daripada aktiviti pengajaran yang sesuai, pelajar berasa lebih seronok,
fokus dan mereka dapat mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Pujian dan
hukuman dapat diberikan secara adil. Walaupun aktiviti pengajaran yang beg,
memerlukan sedikit masa untuk berfikir, merancang dan mengolah aktiviti yang
sesuai mengikut gaya pembelajaran pelajar, namun hasilnya amat memuaskan. Murid
menjadi semakin suka untuk belajar dan semangat bekerjasama dengan rakan sekelas
yang lain juga bertambah baik.

xxxi

HMEF5043_V2

RUJUKAN Akhbar/Buku
Akhiar Pardi Shamsina Shamsudin, (2009). Rancangan Pengajaran Harian dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: CIPTA Printing & Publishing (M)
Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya, Fawziah Yahya. (2005). Aplikasi
Kognitif Dalam Pendidikan. Bentong: PTS Professional Publisher Sdn. Bhd.
Dr. Ragbir Kaur Joginder Sigh, ( 2010). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI
Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd
Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2006). Psikologi
Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
Lee Shok Mee, (1996). Psikologi Pendidikan 2 Teori dan Aplikasi Psikologi Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

RUJUKAN INTERNET Jurnal/Artikel

Ahmad Johari Sihes. Teori pembelajaran. 24.02.2016.


http://eprints.utm.my/10358/1/bab11.pdf.
Aneeza Baharum Shah. (2012). Gaya Pembelajaran. 25 Februari 2016.
http://psikologiduniaku2012.blogspot.my/2012/08/gaya-pembelajaran.html
Suzana Sanusi.Teori Pembelajaran, 25.02.2016.http://cikguanashazana.blogspot.com/

xxxii

You might also like