You are on page 1of 29

PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

(KPD 4033)

TAJUK TUGASAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

KUMPULAN B (DPLI JAIS - KUMPULAN 6)


NAMA NO. ID

NURUL BALQIS BINTI LATFI L20211011624

NURUL IMAN BT MOHD TAHIR L20211011657

SYAFIAH BT MAULUD L20211011636

NAMA PENSYARAH
PROF MADYA DR. MD NASIR BIN MASRAN
PERKARA MUKA
SURAT
1. PENGENALAN 2

2. KEPENTINGAN RANCANGAN 3-4


PENGAJARAN HARIAN

3. JADUAL PENENTU KANDUNGAN 4-5

4. RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN MENGIKUTMOTIVASI, 6-9
GAYA BELAJAR, DAN GAYA
KOGNITIF

5. RUMUSAN 10

6. RUJUKAN 11

7. LAMPIRAN 12 - 27

1
1.0 PENGENALAN

Kita telah melihat beberapa perubahan dalam bidang pendidikan pada peringkat
sekolah bukan sahaja melibatkan perubahan ilmu tetapi juga melibatkan juga
perubahan kaedah penyampaian ilmu kepada murid. Kaedah penyampaian yang
pelbagai dan sesuai dengan murid dapat meningkatkan minat murid dan sekaligus
meningkatkan pencapaian akademik. Peranan guru sangat penting dalam membentuk
dan merancang pengajaran dengan cara membuat RPH (Rancangan Pengajaran
Harian) yang menarik dan afektif sesuai dengan keperluan murid.

RPH ialah satu dokumen penting kepada seorang guru profesional yang perlu
disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Selain itu, RPH juga ialah hasil
daripada kemampuan guru untuk merancang pengajarannya berdasarkan isi- isi
kandungan dari tajuk yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran (DSKP) yang
telah disusun dalam rancangan tahunan dan rancangan mingguan. Rancangan yang
dibina untuk setiap waktu pengajaran mengandungi maklumat pengajaran, langkah
pengajaran, masa pengajaran, aktiviti pengajaran dan catatan pengajaran. RPH
membantu guru dalam mengajar agar pengajaran guru menjadi lebih sistematik serta
mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran nanti.

Oleh itu, sebagai guru kita perlu tahu bahawa RPH ini sangat penting dan
berguna untuk kita menyampaikan input pembelajaran kepada murid. Persediaan guru
yang sistematik sebelum masuk ke kelas dapat membantu melahirkan murid yang
berkualiti baik dari segi sahsiah dan rohani. Selain itu, RPH juga bukti bahawa guru
telah membuat perancangan rapi sebelum masuk ke dalam kelas.

2
2.0 KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah suatu dokumen atau jadual yang
digunakan dalam merencana proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Ianya
mempunyai banyak kepentingan termasuklah :

2.1 Melicinkan proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) .

Setiap hari, para guru mengendalikan pelbagai kelas dengan subjek dan tajuk
yang pelbagai. Penyediaan rancangan pengajaran harian (RPH) dapat membantu para
guru menjalankan tugas mengajar dengan teratur dan berkesan. Rancangan pengajaran
harian yang mengandungi maklumat lengkap mengenai pelaksanaan sesuatu
pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru seperti hari, masa, subjek, tajuk,
objektif dan aktiviti .

2.2 Memastikan keberkesanan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Guru dapat merancang secara terperinci tentang apa yang hendak diajar dan
disentuh semasa proses pengajaran. Rancangan ini dilakukan secara terperinci
mengikut kepada tahap dan kategori murid- murid yang diajar. O leh itu, penyediaan
rancangan pengajaran harian dapat membantu para guru mengendalikan kelas dengan
baik seterusnya dapat memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai.

2.3 Mengelakkan penyelewengan dalam sesi pengajaran.

Perbincangan sepanjang berada di kelas semasa proses pengajaran dan


pemudahcaraan (PdPc) kadangkalanya meleret. Antara kepentingan lain rancangan
pengajaran harian ialah untuk memastikan agar proses pengajaran tidak tersasar dan
menyeleweng. Dengan perancangan RPH, para guru dapat fokus dengan proses
pengajaran seperti yang dirancang.

2.4 Refleksi seterusnya penambahbaikan proses pengajaran dan


pemudahcaraan (PdPc).

Refleksi merupakan salah satu item yang perlu diisi oleh guru dalam
rancangan pengajaran harian (RPH) selepas tamat sesi pengajaran. Item ini tidak

3
kurang pentingnya dengan item- item yang lain kerana implikasinya yang dapat
menambahbaik proses pengajaran guru untuk kelas yang akan datang. Melalui refleksi
menerusi rancangan pengajaran harian, pihak guru boleh membuat penilaian kendiri
seterusnya berfikir secara analitik, kreatif dan kritis tentang kaedah pengajarannya.
Kelemahan-kelemahan yang wujud pada sesi pengajaran lepas kemudian boleh diatasi
agar tidak diulangi untuk kelas seterusnya.

3.0 JADUAL PENENTU KANDUNGAN

Jadual Penentu Kandungan merupakan sebuah jadual yang membantu guru dalam
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Kumpulan kami telah
memilih subjek Feqah Pelajaran 2 (Hadas) bagi tahun 2 sebagai JPK dan rancangan
pengajaran harian tugasan ini.

Rancangan Aras Taksonomi Bloom


Pengajaran
Harian Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

Topik 1 :
Bahagian & Erti X X
RPH 1
Najis

Topik 2 :
Sebab-sebab X X
Hadas Kecil & X X
Hadas Besar RPH 2

Topik 3 :
Perkara-perkara
yang Dilarang X X X
Ketika Berhadas
Kecil & Besar RPH 3

Topik 4 :
Cara Bersuci
Daripada Hadas
X X X
Kecil & Besar

4
Aras Taksonomi Bloom
Bil. RPH Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

Topik 1 : Menyatakan bahagian


hadas & pengertian
Bahagian & Erti hadas kecil serta hadas
RPH 1
Hadas besar
Menyatakan Membezakan
Topik 2 : beberapa Memberikan sebab-sebab
Menilai
situasi
Sebab-sebab perkara yang sebab dalam seseorang
berdasarkan
Hadas Kecil & RPH 2 menyebabkan pembahagian berhadas kecil
pengalaman
Besar seseorang kategori dan berhadas
berhadas keci dan kisah
hadas. besar.
dan besar. benar.

Topik 3 : Mengetahui
Menyenaraikan dan
Perkara-perkara perkara yang
membezakanperkara
yang Dilarang dilarang
yangdilarang
Ketika ketika hadas
ketika hadas
Berhadas Kecil kecil dan
kecil & besar
& Besar besar
RPH 3
Topik 4 : Menyenaraikan serta
Cara Bersuci Membezakan menghubungkaitkan
Daripada Hadas cara bersuci cara-cara bersuci
Kecil & Besar daripada hadas dengan perkara-
kecil &hadas perkara yang
besar menyebabkan hadas
kecil dan besar &
perkara-perkara yang
dilarang ketika hadas
kecil dan besar.

Rajah 1: Jadual Penentu Kandungan

5
4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT MOTIVASI, GAYA
BELAJAR, KECERDASAN PELBAGAI DAN GAYA KOGNITIF

Rancangan pengajaran yang dipilih adalah subjek Feqah Pelajaran 2 (Hadas) iaitu bagi
Tahun 2. Rancangan Pengajaran harian yang dibuat adalah berdasarkan 3 item
pelajar iaitu berdasarkan motivasi, gaya belajar, dan gaya kognitif. Rancangan
Pengajaran Harian merujuk pada LAMPIRAN 1 – 3 .

4.1 Motivasi

Motivasi dalam pembelajaran dalam kelas adalah sesuatu yang seiring bagi
memastikan proses PDP yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berjaya. Menurut
Kamaruddin Hj. Hussin, 1993 motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran dianggap
sebagai suatu unsur penting untuk membolehkan murid melibatkan diri secara aktif di
samping menjadikan proses pembelajaran dapat berlangsung dalam keadaan
bermakna, berfaedah dan menggembirakan. Sebagai guru kita perlu peka dengan
perkembangan setiap murid. Guru perlu memerhati setiap perubahan dan
perkembangan murid. Sebagai contoh, terdapat seorang murid ini pada awalnya
sangat aktif dan cemerlang namun berubah menjadi seorang murid yang pasif maka
sudah pasti murid ini memerlukan motivasi yang afektif bagi memastikan murid ini
kembali aktif dan terus cemerlang dalam pembelajaran.

Guru boleh mengenalpasti kaedah pengajaran yang afektif dengan


menggunakan kaedah motivasi. Motivasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran
boleh dibahagikan kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
Motivasi intrinsik ialah dorongan dan minat yang terdapat dalam diri seseorang untuk
melakukan sesuatu tanpa mengambil kira ganjarannya. Ia merupakan sifat semula jadi
seseorang murid dengan unsur sedia ada dalam pembelajaran. Mereka belajar tanpa
diarah dan suka melibatkan diri dalam aktiviti dalam pembelajaran.

Motivasi ekstrinsik berbeza dengan motivasi intrinsik kerana ia tercipta


daripada faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan. Punca motivasi wujud daripada
persekitaran (Woolfolk, 2006). Motivasi ekstrinsik merupakan bentuk motivasi yang

6
sesuai untuk dijalankan untuk menjadikan murid lebih produktif. Murid lebih suka
untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang ada menyediakan ganjaran. Selain itu,
murid juga akan melaksanakan tugasan jika ada dendaan kerana mereka tahu dendaan
itu menyakitkan dan memalukan. Namun, kaedah ini boleh menghapuskan motivasi
intrinsik dalam diri pelajar untuk menyelesaikan tugas yang diberi berdasarkan
kesanggupan dan keralaan murid itu sendiri.

4.2 Gaya Belajar

Gaya belajar adalah cara seseorang menghadapi sesuatu maklumat, cara memproses,
cara menyerap dan cara menyimpan maklumat yang baru dan sukar. Setiap manusia
mempunyai kecenderungan gaya belajar masing- masing yang berbeza antara satu
sama lain. Gaya belajar ini boleh juga disebut sebagai “stail” belajar.

Dunn & Dunn mencadangkan kecenderungan pembelajaran dengan beberapa


unsur iaitu unsur persepsi, unsur persekitaran, unsur psikologi, unsur emosi, unsur
fisiologi, dan unsur sosiologi. Unsur-unsur ini dikaitkan dengan gaya belajar manusia
yang sebahagiannya cenderung apabila belajar secara keupayaan mendengar atau
melihat atau secara bergerak- gerak. Menurut Dunn & Dunn (1981) juga, sesetengah
individu dapat belajar dengan amat baik dan berkesan sekiranya berada dalam
persekitaran senyap, teratur dan sejuk. Sesetengah yang lain pula dapat mengikuti
pembelajaran berkesan dengan adanya muzik.

Umumnya, terdapat empat model gaya belajar yang boleh dirujuk iaitu i-
Model Dunn & Dunn, ii- Honey & Mumford : Learning Styles Questionnaire, iii-
Kolb Learning Styles Inventory dan iv- Hermaan : Whole Brain Learning Style
Preference. Kesemua model ini boleh digunakan namun gaya pembelajaran yang
dominan perlu diberikan focus adalah seperti gaya pembelajaran yang melibatkan
visual, kinestetik dan auditori.

Gaya VAK (Visual, Auditori, Kinestetik) banyak dibincangkan dan diaplikasi


oleh para guru kerana melibatkan penggunaan pancaindera kebanyakan manusia.
Russel (2011) menjelaskan model VAK merupakan suatu model pembelajaran yang
memanfaatkan potensi / gaya belajar yang dimiliki dengan cara melatih dan
mengembangkan secara optimum supaya pembelajaran dilakukan dengan efektif.

7
Kesimpulannya, tiada gaya pembelajaran yang lebih baik atau lebih buruk
memandangkan gaya pembelajaran dipilih bersesuaian dengan seseorang individu.
Sekiranya seseorang murid tersebut mendapat keputusan cemerlang, murid tersebut
mungkin sudah mendapat atau menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai
dengannya. Gaya pembelajaran ini seharusnya diberikan perhatian oleh setiap
pendidik agar setiap murid dapat belajar dengan berkesan.

4.3 Gaya Kognitif

Setiap individu dilahirkan dengan gaya yang berbeza, terutamanya gaya penerimaan
dan pemprosesan maklumat. Salah satu gaya yang penting ialah gaya kognitif. Setiap
pelajar mempunyai gaya kognitif yang berbeza. Banyak kajian yang telah dijalankan
(Witkin et al., 1977; Hayes dan Allison, 1998; Handal dan Herrington, 2004;
Jailani et al. 2007; Letchumanan dan Saleh ,2011; Hasnah, 2012) menyatakan
gaya kognitif mempunyai pengaruh yang amat tinggi terhadap pembelajaran
seseorang.

Gaya kognitif adalah satu aspek penting yang perlu diambil kira dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengaruh gaya kognitif ini tidak dapat disangkal kerana
banyak kajian yang telah membuktikan bahawa murid yang mempunyai gaya kognitif
yang berbeza menunjukkan pencapaian yang berbeza terhadap sesuatu kaedah
pengajaran.

Gaya kognitif ini umumnya terbahagi kepada dua iaitu gaya kognitif Field-
Independent (FI) dan Field-Dependent (FD). Gaya kognitif ini telah diperkenalkan
oleh Witkin dan Goodenough (1981). Mereka telah menghasilkan aktiviti
penyelidikan yang meluas dan digunakan dalam pendidikan dengan banyaknya.

8
Pengkaji Rumusan
FI FD
Liew (1995) Lebih cemerlang Lebih cemerlang
dalam kaedah dalam kaedah
pembelajaran pembelajaran rumus
penemuan
Brenner (1997) Sesuai untuk FI Sesuai untuk FD
(Pembelajaran
jarak jauh)
Letchumanan dan Lebih suka belajar FD suka belajar
Saleh (2011) secara individu berkumpulan

Ahmad Ebrahimi, FI lebih cenderung FD lebih cenderung


Shabnam Zeynali memilih kaedah memilih kaedah
dan Khaled pengajaran deduktif pengajaran induktif
Dodman (2013)

Rajah 2: Perbezaan antara Field-Independent (FI) dan Field-Dependent (FD)

9
5.0 RUMUSAN

Berdasarkan perbincangan ringkas di atas jelas membuktikan bahawa pelbagai


pengalaman pembelajaran ini adalah berpusatkan murid. Hal ini dapat mewujudkan
pengalaman yang dapat menarik minat murid serta menggalakkan penglibatan mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia dapat memberi peluang kepada
murid belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Kepelbagian pengalaman
pembelajaran ini diwujudkan agar penglibatan murid ketika sesi pembelajaran dapat
membentuk dan mengembangkan potensi diri mereka melalui proses yang berasaskan
kekuatan dan kelemahan murid.

10
6.0 RUJUKAN

Ahmad Ebrahimi, Shabnam Zeynali dan Khaled Dodman. (2013). The Effect of
Field Dependence\Independence Cognitive Style on Deductive/Inductive
GrammarTeaching. International Journal of Academic Research in Progressive
Education and Development. October 2013, Vol. 2, No. 4 ISSN: 2226-634

Hasnah Mohamed. (Ogos 2014). Pengaruh Gaya Kognitif Terhadap Pencapaian Pelajar.
https://www.researchgate.net/publication/270272732_PENGARUH_GAY
A_KOGNITIF_ TERHADAP_PENCAPAIAN_PELAJAR

Nota Gaya Kognitif.


http://eprints.utm.my/id/eprint/6265/1/bab6.pdf

Mohd Uzir Bin Zubir Rohaidah Kamaruddin Sharil Nizam Sha’ri. ( 2018). Motivasi
Dan Sikap Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Tingkatan Satu (Junior
One Loyalty), Sekolah Menengah Persendirian Kwang Hua : Kolej Universiti
Islam Melaka. Volume 3 2018: 82-91

Zaharah Che Isa Nurulwahida Hj Azid@Aziz. (2016). Pembinaan Dan Penilaian


Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Berasaskan Lapan Prinsip Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBL) Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu:
Kajian Di Malaysia : Universiti Utara Malaysia. Proceeding of ICECRS,
1(2016)1011-1022.

Inventori gaya pembelajaran.


http://www.learnactivity.com/assessment.html

Mustafa, Nor Musliza & Basri, Mokmin. (2015). Pembelajaran vak (visual, auditori dan kinestetik)

11
LAMPIRAN 1

RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
MENGIKUT:

MOTIVASI

12
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MINGGU 7 HARI RABU TARIKH 3 MAC 2021 MASA 9.30 – 10.40


MATAPELAJARAN FEQAH KELAS TAHUN 2
TAJUK HADAS KEHADIRAN 25 ORANG
SUB TOPIK BAHAGIAN & ERTI NAJIS ARAS TAKSONOMIBLOOM:

HASIL Pada akhir sesi pembelajaran murid dapat : 1. Pengetahuan /


PEMBELAJARAN 2. Kefahaman /
1. Menyatakan dua bahagian hadas dengan betul.
2. Menerangkan maksud hadas kecil dan hadas besar dengan 3. Aplikasi
tepat.

STRATEGI/AKTIVITI Gabungan pemusatan guru dan pemusatan murid. 4. Analisis

PENGETAHUAN Murid telah mempelajari maksud najis, bahagian najis dan cara 5. Sintesis

LALU mencuci najis. 6. Penilaian


SET INDUKSI
(10 MINIT) Guru memulakan kelas dengan membuat aktiviti ais breaking gajah dan semut. Guru meminta
pelajar untuk berdiri dan bergerak ke tepi kelas dan membentuk bulatan. Guru menerangkan
peraturan aktiviti. Aktiviti ini memerlukan daya fokus murid baik dari segi pergerakkan dan
pendengaran. Terdapat 2 pusingan dalam aktiviti ini. Pusingan pertama, guru akan memilih seorang
pelajar secara rawak. Apabila guru menyebut “Gajah” murid sebut “Besar” sambil tangan buat
bulatan besar, namun apabila guru menyebut “Semut” maka murid sebut “Kecil” sambil tangan
buat bulatan kecil. Pusingan kedua, guru menyebut “Gajah” murid sebut “Besar” sambil tangan
buat bulatan kecil, namun apabila guru menyebut “Semut” maka murid sebut “Kecil” sambil tangan
buat bulatan besar kecil. Pelajar yang melakukan kesalahan akan menjadi pembantu guru untuk
memerhati murid yang melakukan kesalahan

Aktiviti ais breaking ini merangsang minda dan menarik perhatian murid untuk lebih fokus dan mengajar murid
untuk berhati-hati dalam membuat keputusan.

(Penerapannilai : Muridakanberhati-hati dalam menjaga kesuciandiri dari hadas kecildanhadas besar)

OBJEKTIF Di akhir pembelajaran, murid dapat:


PEMBELAJARAN
1. Menyatakan dua bahagian hadas dengan betul.
2. Menerangkan maksud hadas kecil dan hadas besar dengan tepat.

13
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PERMODELAN
GAYA KOGNITIF Motivasi Intrinsik (Dalaman) Motivasi Ekstrinsik (Luaran)
(25 MINIT)

1. Guru memberi penerangan tentang 1. Guru membuka beberapa video yang


bahagian hadas di hadapan kelas. berkaitan bahagian hadas dan maksud hadas.
(BBM 1) (BBM 1)

2. Murid mengulang bacaan maksud hadas


bersama rakan-rakan.

Aktiviti 1: Aktiviti 1 :
2. Guru membahagikan murid kepada 5
kumpulan (1 kumpulan – 5 murid). Guru
memberi 3 minit untuk mereka berbincang 3. Guru membahagikan murid kepada 5
apa yang mereka faham berkaitan maksud kumpulan (1 kumpulan – 2/3 murid). Guru
hadas kecil dan hadas besar. Maksud memberi 5 minit untuk murid menghafal
merujuk kepada buku teks. (BBM 2) maksud hadas kecil dan hadas besar.

3. Guru memilih seorang murid w a k i l


4. Guru meminta murid membaca hafalan
s e t i a p k u m p u l a n untuk
mereka pada setiap kumpulan mereka yang
menceritakan semula apa yang mereka faham
ada. Murid diberi kepercayaan untuk
berdasarkan maksud hadas kecil dan hadas
mendengar hafalan dan memberi bintang
besar. Aktiviti ini ,menguji kefahaman dan
kepada kumpulan rakan mereka sementara itu
kecekapan mereka dalam mengeluarkan isi
guru membimbing murid-murid.
penting dalam ayat.

4. Guru memberikan pujian kepada 5 murid 5. Apabila tamat aktiviti guru mengutip bintang
tersebut dan meminta murid memberikan pada setiap kumpulan. Kumpulan yang
tepukan untuk diri mereka sendiri kerana menang iaitu kumpulan yang banyak
dapat menjelaskan semula maksud hadas mendapat bintang. Aktiviti ini membuatkan
mengikut olahan ayat mereka sendiri. murid mudah mengingati dan memahami
maksud hadas kecil dan besar.

(Penerapan nilai : Nilai keberanian dan (Penerapan nilai : Nilai keberanian,


keyakinanperluditerapkandalamdiri murid) k e r j a s a m a dan keyakinanperlu
diterapkandalamdirimurid)

14
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1. Guru meminta murid membuat latihan 1. Guru bertanya secara lisan kepada
dalam buku aktiviti (BBM 3) dan murid setiap kumpulan apa yang mereka
akan menjawab dalam tempoh yang telah faham berdasarkan aktiviti yang
SEMAK ditetapkan. sudah mereka lakukan.
KEFAHAMAN
MURID
(10 MINIT) 2. Guru meminta murid membuat
latihan dalam buku aktiviti (BBM
3) dan murid akan menjawab dalam
tempoh yang telah ditetapkan.

PANTAU DAN 1. Guru memantau murid dan memberi 1. Guru memantau pengerakan murid dan
UBAHSUAI bimbingan agar pemahaman mereka tidak memberi bimbingan agar pemahaman
(10 MINIT) tersasar. mereka tidak tersasar.

1. Berdasarkanbuku aktiviti, guru akan 1. Berdasarkan buku aktiviti, guru akan


memilih beberapa orang murid secara rawak memilih beberapa orang murid secara
untuk memberi jawapan secara lisan. rawak untuk memberi jawapan secara
2. Murid lain menyemak dan memperbaiki jika lisan.
PRAKTIS
TERTEMPOH ada kesalahan. 2. Guru mendengar dan jika ada kesalahan
guru memperbetulkan.
(20 MINIT)

1. Guru akan memberikan penjelasan lanjut bagi mengukuhkan kefahaman murid tentang
PENUTUP & hadas kecil dan hadas besar.
REFLEKSI
(5 MINIT) 2. Guru akan memberikan respon terhadap jawapan yang diberikan oleh murid dan
seterusnya memberikan pengukuhan terhadap jawapan tersebut.

15
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1. BBM 1 (SLIDE)

2. BBM 2 (BUKU TEKS)

BAHAN BANTU
MENGAJAR (BBM)

3. BBM 3 (BUKU AKTIVITI)

16
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

LAMPIRAN 2

RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
MENGIKUT:

GAYA BELAJAR
(V . A . K)

17
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MINGGU 8 HARI RABU TARIKH 10 MAC 2021 MASA 9.30 – 10.40


MATAPELAJARAN FEQAH KELAS TAHUN 2
TAJUK HADAS KEHADIRAN 25 ORANG
SUB TOPIK SEBAB-SEBAB BERHADAS KECIL DAN BESAR ARAS TAKSONOMI BLOOM:

HASIL Pada akhir sesi pembelajaran dan pemudahcaraan, murid


PEMBELAJARAN 1. Pengetahuan /
dapat :
1. Menyenaraikan sebab-sebab berhadas kecil dan besar. 2. Kefahaman /
2. Menghuraikan sebab-sebab berhadas kecil dan besar.
3. Aplikasi
3. Membezakan sebab-sebab hadas kecil dengan hadas
besar.
4. Analisis /
4. Mengeluarkan sebab-sebab tidak sah solat disebabkan
oleh hadas. 5. Sintesis
STRATEGI/AKTIVITI Gabungan pemusatan guru dan pemusatan murid.
6. Penilaian /
PENGETAHUAN Murid telah mengetahui pengertian hadas dan 2 jenis
LALU pembahagian hadas.

Set induksi
Guru memulakan kelas dengan penceritaan ringkas tentang 2 orang remaja. Pertama berkenaan
Danial yang berwudhuk kemudian bermain, makan dan membuang air kecil kemudian bersolat
setelah masuk waktu. Kisah kedua berkenaan Athirah yang berusia 12 tahun,selesai solat tetapi
terlihat darah haidh keluar sejurus selepas solat. Guru menceritakan bahawa solat mereka tidak
sah. Guru memberikan persoalan kepada murid “Mengapakah solat mereka tidak sah?”

KINESTATIK VISUAL AUDITORI


Aktiviti (15 minit) Aktiviti (15 minit) Aktiviti (15 minit)
1. Murid membuat 3 1. Guru mengedarkan 1. Murid menyebutkan 2
bahagian kumpulan kertas gambar yang bahagian hadas yang telah
2. Murid membuat carian mengandungi gambar dipelajari pada sesi lepas.
PERMODELAN potongan kertas (puzzle) berkaitan hadas kecil 2. Murid akan berlakon sebagai
mengikut warna contohnya : tandas, guru, datang ke hadapan kelas
AKTIVITI kumpulan masing- darah, lelaki, perempuan, dan memastikan jawapan
PEMBELAJARAN & masing. orang sedang tidur, otak yang ditampal oleh rakan-
PEMUDAHCARAAN
3. Murid mencantum dll rakan kumpulan kinestatik
(PdPc)
potongan tersebut 2. Murid perlu mewarnakan dan visual adalah betul.
membentuk 1 kata kunci gambar tentang kata Murid menghuraikan poin /
tentang sebab berhadas kunci tersebut dalam kata kunci kepada rakan-
besar. masa 2 minit. rakan.
4. Murid menampal hasil 3. Setelah selesai murid 3. Murid memberikan
kerja di papan putih perlu menampal gambar pandangan mereka tentang
mengikut pembahagian kata kunci di papan putih sebab-sebab berhadas kecil
yang betul (hadas besar) pada kategori yang betul dan besar kemudian menyoal
dengan memberikan (hadas kecil) dengan rakan-rakan kelas.
alasan kenapa mereka memberikan alasan 4. Guru memberikan rumusan /
meletakkan gambar di kenapa mereka pembetulan (sekiranya ada)
kategori tersebut. meletakkan gambar di tentang aktiviti yang
5. Guru memberikan kategori tersebut. dilakukan oleh18murid.
rumusan tentang aktiviti
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

yang dilakukan oleh 4. Guru memberikan 5. Guru memberikan pujian


murid. rumusan tentang aktiviti kepada jawapan yang betul
yang dilakukan oleh dan penghargaan kepada
6. Guru memberikan murid. murid-murid yang aktif serta
pujian kepada jawapan 5. Guru memberikan pujian berani.
yang betul dan kepada jawapan yang
penghargaan kepada betul dan penghargaan
murid-murid yang aktif kepada murid-murid
serta berani. yang aktif serta berani.

Semak kefahaman murid Semak kefahaman murid Semak kefahaman murid

Murid dikehendaki Murid dikehendaki Guru membuat soal jawab secara


membezakan sebab-sebab melukiskan peta minda yang lisan agar murid dapat
hadas kecil dengan menanda pecahan sebab berhadas membezakan tentang sebab-sebab
stiker merah dengan sebab- kecil dan sebab-sebab berhadas kecil dan sebab-sebab
sebab hadas besar dan berhadas besar. berhadas besar.
meletakkan stiker kuning.
Praktis tertempoh Praktis tertempoh Praktis tertempoh

Guru memberikan latihan Guru memberikan latihan Guru memberikan latihan dan
dan murid dibenarkan dan murid digalakkan murid dibenarkan berbincang
membuat latihan di sekitar meggunakan pensil warna untuk menyiapkan latihan.
kawasan kelas. dan alat tulis lain untuk hasil
yang menarik.
Penutup
Murid memberikan jawapan tentang persoalan yang dikemukakan semasa induksi dan
mendengar rumusan daripada guru.

BAHAN BANTU 1. Puzzle kata-kata kunci sebab -sebab 2. Kertas bergambar.


MENGAJAR (BBM) berhadas besar.

19
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

3. Kata kunci dan kad undian 4. Stiker berwarna

PENERAPAN NILAI 1. Usaha dan kerjasama 2. Kreatif dan berdaya 3. Berkeyakinan dan berani.
dalam kumpulan saing.
PENILAIAN DAN ✓ Lembaran Kerja  Pemerhatian  Latihan/kerja rumah
PENTAKSIRAN Tugasan projek Kuiz/Ujian Lain-lain

20
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

LAMPIRAN 3

RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
MENGIKUT:

GAYA
KOGNITIF

21
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MINGGU 9 HARI RABU TARIKH 17 MAC 2021 MASA 9.30 – 10.40
MATAPELAJARAN FEQAH KELAS TAHUN 2
TAJUK HADAS KEHADIRAN 25 ORANG
SUB TOPIK 1. PERKARA-PERKARA YANG DILARANG KETIKA ARAS TAKSONOMI BLOOM:
BERHADAS KECIL DAN BESAR.
2. CARA BERSUCI DARIPADA HADAS KECIL DAN
BESAR.
HASIL Pada akhir sesi pembelajaran dan pemudahcaraan, murid dapat : 1. Pengetahuan /
PEMBELAJARAN 1. Mengetahui perkara-perkara yang dilarang ketika hadas 2. Kefahaman
kecil dan besar. /
3. Aplikasi
2. Menyenaraikan dan membezakan perkara yang dilarang
ketika hadas kecil dan besar.
3. Membezakan cara bersuci daripada hadas kecil/besar
4. Menghubungkaitkan hubungan antara perkara-perkara yang
menyebabkan hadas kecil/besar dan cara bersuci.
5. Menghubungkaitkan hubungan antara perkara-perkara yang
dilarang ketika hadas kecil/besar dan cara bersuci.
STRATEGI/AKTIVITI Gabungan pemusatan guru dan pemusatan murid. 4. Analisis /
PENGETAHUAN Murid telah mengetahui: 5. Sintesis /
LALU (a) pembahagian hadas dan pengertian hadas kecil/besar 6. Penilaian /
(b) sebab-sebab hadas kecil/besar

SET INDUKSI Guru memulakan kelas dengan menunjukkan 2 gambar iaitu (1) gambar seseorang yang sedang mengambil
(5 MINIT) wuduk bersama gambar Al-Quran dan (2) gambar seseorang yang sedang mandi bersama gambar solat (BBM 1)
kepada murid. Guru bertanyakan kepada murid-murid, apa yang dapat mereka lihat dalam 2 gambar yang
dipaparkan.

Gambaryangdipaparkanmerangsangmindadanmenarikperhatianmuriddenganbertanyakansoalan berkaitan
gambar tersebut.

(Penerapannilai: nilaikebersihanyangperludititikberatkandalamdirimurid)

OBJEKTIF 1. Muriddapatmengetahuiperkara-perkarayangdilarangketikahadaskecildanbesar.
PEMBELAJARAN 2. Muriddapatmenyenaraikandanmembezakanperkarayangdilarangketikahadaskecildanbesar.
3. Muriddapatmembezakancarabersucidaripadahadaskecildanbesar.
4. Murid dapat menghubungkaitkan hubungan antara perkara-perkara yang menyebabkan hadas
kecil/besar dan cara bersuci.
5. Murid dapat menghubungkaitkan hubungan antara perkara-perkara yang dilarang ketika hadas
kecil/besar dan cara bersuci.

PERMODELAN FIELD-INDEPENDENT (FI) FIELD-DEPENDENT (FD)


GAYA KOGNITIF
(25 MINIT)

1. Guru memberi penerangan tentang topik 2. Guru membahagikan murid kepada 5


pembelajaran (perkara-perkara yang kumpulan (1 kumpulan – 5 murid)
dilarang ketika berhadas kecil/besar &
cara bersuci daripada hadas kecil/besar) 3. Guru ingin melakukan 2 aktiviti bersama
di hadapan kelas (BBM 2) murid-murid.

22
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

2. Guru memilih 5 murid untuk menceritakan 3. Aktiviti 1: (BBM 3)


semula apa yang mereka faham berdasarkan • Guru melukis kotak pembahagian
penerangan guru tentang topik yang kepada dua bahagian di papan putih
dibincangkan. Hal ini untuk menguji untuk murid melakukan aktiviti
kefahaman murid. menampal.
• Aktiviti 1 berkaitan dengan
3. Guru memberikan pujian kepada 5 murid membezakan atau
tersebut kerana dapat menjelaskan semula membandingkan perkara-perkara
topik tersebut mengikut olahan ayat mereka yang menyebabkan hadas
sendiri. kecil/besar dan cara bersuci.
• Kotak 1 (gambar seseorang sedang
(Penerapan nilai : nilai keberanian dan keyakinan berwuduk ditampal di sebelah atas) :
perluditerapkandalamdirimurid) murid hendaklah memilih poin yang
berterabur dan menampal jawapan
yang betul di bawah kategori kotak 1.
• Kotak 2 (gambar seseorang sedang
mandi wajib ditampal di sebelah atas)
: murid hendaklah memilih poin yang
berterabur dan menampal jawapan
yang betul di bawah kategori kotak 2.
4. Aktiviti 2: (BBM 4)
• Guru melukis kotak pembahagian
kepada dua bahagian di papan putih
untuk murid melakukan aktiviti
menampal.
• Aktiviti 2 berkaitan dengan
membezakan atau
membandingkan perkara-perkara
yang dilarang ketika hadas
kecil/besar dan cara bersuci.
• Kotak 1 (gambar seseorang sedang
berwuduk ditampal di sebelah atas) :
murid hendaklah memilih poin yang
berterabur dan menampal jawapan
yang betul di bawah kategori kotak 1.
• Kotak 2 (gambar seseorang sedang
mandi wajib ditampal di sebelah atas)
: murid hendaklah memilih poin yang
berterabur dan menampal jawapan
yang betul di bawah kategori kotak 2.

(Penerapan nilai : nilai kerjasama dalam kumpulan


perluditerapkandalamdirimurid)

23
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SEMAK 1. Murid akan diberikan edaran kertas 1. Guru bertanya secara lisan
KEFAHAMAN soalan (BBM 5), dan murid akan kepada setiap kumpulan apa
MURID menjawab dalam tempoh yang telah yang mereka faham berdasarkan
(15 MINIT) ditetapkan. 2 aktiviti yang sudah mereka
lakukan.

PANTAU DAN 1. Guru memantau murid dan memberi panduan 1. Guru memantau pengerakan murid
UBAHSUAI agar pemahaman mereka tidak tersasar. dan memberi panduan agar
(10 MINIT) perbincangan mereka tidak tersasar.

PRAKTIS 1. Guru meminta murid memilih satu jawapan 1. Guru meminta 1 wakil murid dari
TERTEMPOH berdasarkan soalan yang akan ditanya kumpulan masing-masing
(20 MINIT) secara rawak (soalan secara lisan) menunjukkan demonstrasi
bagaimana untuk mengambil wuduk
Contoh-contoh soalan:
(a) buang air besar, perlu wuduk atau dan mandi wajib dengan betul.
mandi wajib? 2. Guru memantau aktiviti demonstrasi.
(b) keluar darah haid, perlu wuduk atau
mandi wajib?
(c) bersentuhan laki dan perempuan, perlu
wuduk atau mandi wajib?
(d) keluar air mani, perlu wuduk atau
mandi wajib?

PENUTUP & 1. Guru akan memberikan penjelasan lanjut bagi mengukuhkan maklumat yang dibentangkan.
REFLEKSI 2. Guru akan memberikan respon terhadap jawapan yang diberikan oleh murid dan seterusnya
(5 MINIT)
memberikan pengukuhan terhadap jawapan tersebut.

BAHAN BANTU
MENGAJAR 1. BBM 1 (SET INDUKSI)
(BBM)

GAMBAR 1

24
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

GAMBAR
2

2. BBM 2 (BUKU TEKS)

25
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

3. BBM 3 (DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI 1 – KAD POIN)

Arahan: Klasifikasikan hubungan antara sebab-sebab hadas dan cara bersuci.


KOTAK 1 KOTAK 2

BERSENTUHAN KELUAR DARAH HAID


LELAKI & PEREMPUAN
YANG BUKAN
MAHRAM TANPA KELUAR DARAH NIFAS
LAPIK

BERSETUBUH
BUANG AIR BESAR

MELAHIRKAN ANAK
BUANG ANGIN
ATAU KEGUGURAN

TIDUR TIDAK TETAP KELUAR AIR MANI


PUNGGUNG

BUANG AIR KECIL

MENYENTUH
KEMALUAN DENGAN
TAPAK TANGAN

4. BBM 4 (DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI 2 – KAD POIN)

Arahan: Klasifikasikan hubungan antara perkara-perkara yang dilarang ketika


berhadas dan cara bersuci.
KOTAK 1 KOTAK 2

MEMEGANG AL-QURAN SOLAT

MEMBACA,
SOLAT MENYENTUH ATAU
MEMBAWA AL-QURAN
TAWAF

BERHENTI ATAU
SUJUD SYUKUR
DUDUK DI DALAM
MASJID

BERPUASA BAGI
PEREMPUAN YANG
HAID DAN NIFAS

26
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

5. BBM 5 (EDARAN KERTAS SOALAN)


Nama:
Kelas:

1. Antara berikut, yang manakah perkara yang dilarang ketika berhadas


kecil?

Memegang buku ( )
Memegang kawan ( )
Memegang Al-Quran (
)

2. Antara berikut, yang manakah perkara yang dilarang ketika keluar


haid?

Masuk rumah ( )
Masuk tandas ( )
Masuk masjid ( )

3. Adakah Ali boleh meneruskan solatnya selepas terkentut ketika


rakaat kedua solat Zohor?

Ya ( ) Tidak ( )

4. Senaraikan dua cara bersuci daripada

hadas(i)………………………..
(ii)……………………….

5. Jika selepas membuang air besar, bagaimanakah cara bersuci


darinya untuk menunaikan solat?

…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
……………………………………
6. Jika selepas didatangi haid, apakah yang perlu dilakukan oleh
Fatimah untuk meneruskan niatnya untuk berpuasa esok hari?

…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
………............................................

27
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

28

You might also like