You are on page 1of 7

Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru antaranya ialah : 1. Miskonsepsi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam konsep geometri ianya memerlukan pelajar mempunyai daya kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu keadaan bentuk. Kefahaman ini hanya boleh dibina oleh pelajar melalui aktiviti manipulatif yang memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka pemahaman mereka tentang konsep geometri. Ramai di kalangan pelajar tidak dapat membuat pentafsiran yang betul terhadap konsep pemahaman tentang geometri kerana mereka kurang didedahkan dengan latihan manipulatif. Di sekolah rendah, terdapat 4 subtajuk dalam geometri yang perlu dikuasai oleh murid iaitu elemen titik, garis dan plane, ciri-ciri bentuk 2 dimensi, ciri-ciri bentuk 3 dimensi dan pengukuran. Manakala kesukaran atau miskonsepsi yang berkemungkinan dialami oleh murid adalah pelbagai. Antaranya ialah kesukaran mengenalpasti dan keliru nama-nama bentuk 2D dan 3D, kesukaran melibatkan kedudukan rajah, kesukaran memahami ciri-ciri bentuk rajah, kesukaran membayangkan bentangan dan banyak lagi. Miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku ini merupakan cabaran besar yang perlu ditangani secara bijak oleh guru-guru. Sebagai contoh, murid tidak dapat membayangkan objek yang tersembunyi (garis, permukaan, kubus) di dalam rajah atau dengan kata lain ialah kurang keupayaan visualisasi. Contoh: Pepejal ini terdiri daripada 2-cm kubus, cari jumlah isipadu pepejal.

Jawapan murid ialah : Isipadu = 2 x 2 x 2 x 9 = 72cm3

Sepatutnya : Isipadu = 2 x 2 x 2 x 11 = 88cm3 Bagi mengatasi cabaran miskonsepsi di atas, guru boleh meminta murid menggunakan unit kubus untuk membina lapisan-lapisan pepejal, supaya murid sedar terdapat lapisan yang tersembunyi. Dalam situasi soalan di atas, murid harus disedarkan bahawa ada 2 kubus yang tersembunyi, jadi jumlah semua kubus ialah 11 bukannya 9.

Kebanyakkan pelajar mempelajari geometri di dalam bilik darjah adalah secara hafalan (Mayberry, 1981; Fuys et al, 1988). Teknik yang sedemikian tidak memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam proses kemahiran berfikir bagi topik geometri. Pelajar yang belajar secara menghafal cenderung untuk melupai maklumat-maklumat yang telah dihafal, keliru, ataupun tidak mampu untuk mengaplikasikan maklumat tersebut kepada situasi yang berbeza. Contohnya murid sukar untuk mengingat dan keliru dengan nama-nama bentuk 2D dan 3D sekiranya guru hanya menunjukkan rajah atau gambar sahaja kepada murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi mengatasi cabaran di atas, guru mestilah menggunakan bahan bantu belajar(BBM) konkrit/maujud yang ada di sekeliling murid dan selalu digunakan dalam kehidupan seharian mereka untuk menyampaikan konsep geometri. Contohnya benda, lukisan dan bongkah atau pepejal sebenar . Guru juga boleh mempraktikkan kaedah belajar sambil berhibur (elemen didik hibur) sebagai pengayaan bagi mengukuhkan lagi ingatan murid.

Contoh:

Gunakan elemen didik hibur-(Boria Lagu Bongkah) sebagai pengayaan.http://www.youtube.com/watch?v=GzadMAR16SM Menurut Schuman (1991) apabila pelajar belajar memanipulasi bentuk-bentuk yang dihasilkan dengan pengalaman sendiri maka pelajar dikatakan dapat belajar dengan lebih berkesan di mana pembelajaran terhadap pemahaman terhadap sesuatu konsep dapat diperkukuhkan melalui celik akal. Pelajar diberi peluang untuk menjalankan eksperimen matematik melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan terhadap bentuk-bentuk geometri dengan sendiri. Melalui pengalaman empirikal yang telah dilalui oleh pelajar, membantu untuk menajamkan pemahaman terhadap konsep dan sifat sesuatu objek geometri. Pembelajaran geometri memberikan pengalaman dalam membantu pelajar memperkembangkan pemahaman terhadap sesuatu ciri, rupa dan bentuk. Ia juga membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dan mengaplikasikannya dalam situasi dunia sebenar.

2.

Subjek yang digeruni kerana melibatkan penggunaan rumus.

Kurikulum Matematik di sekolah rendah dalam topik bentuk dan ruang melibatkan penggunaan rumus dan formula yang digunakan bagi mencari luas, perimeter dan isipadu menimbulkan kesukaran dan kekeliruan murid terutama melibatkan murid yang sederhana dan lemah. Guru haruslah menggunakan pendekatan atau kaedah yang bersesuaian untuk menolak persepsi murid yang menganggap matematik adalah subjek yang susah kerana penggunaan rumus dan formula ini.

Bagi mengatasi cabaran di atas, guru hendaklah mengaplikasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengaitkan konsep luas, perimeter dan isipadu dengan persekitaran murid. Murid meneroka dan membilang jumlah lantai mozek dan kaitkan dengan rumus luas. Guru hendaklah menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid seperti inkuiri penemuan dan pembelajaran kontekstual supaya murid boleh meneroka sendiri aktiviti mencari luas, perimeter dan isipadu dalam aktiviti berkumpulan. Contohnya mengira luas lantai mozek yang berukuran 1 kaki darab 1 kaki.

Membilang = (3 x 3 = 9)

= 9 jubin

Murid dibimbing mengaitkan jumlah jubin dengan konsep luas seterusnya mengira dengan algoritma. Luas = Panjang X Lebar = 3 x 3 = 9 jubin Apabila murid sudah menguasai konsep luas secara membilang dan mengira dengan algoritma melalui aktiviti yang dijalankan sendiri secara tak langsung membantu guru menyangkal persepsi murid yang matematik adalah subjek yang susah dan digeruni kerana melibatkan penggunaan rumus. Pembelajaran konsep matematik dengan betul adalah tidak susah sekiranya diaplikasikan dengan cara dan kaedah yang sesuai seperti yang disarankan dalam Model Van Hiele terutamanya mengikut aras pembelajaran yang ditetapkan. Selain itu, guru boleh mengaplikasikan konsep merentas kurikulum iaitu dengan menggabungjalinkan pembelajaran matematik dengan mata pelajaran lain. Contohnya subjek

sejarah boleh dikaitkan dengan bentuk 3D iaitu piramid yang terdapat di Mesir. Guru boleh menayangkan slaid powerpoint tentang bentuk-bentuk piramid. Contohnya :

3. Penggunaan Bahasa dan Istilah Matematik Bahasa matematik juga menimbulkan kesukaran kepada pelajar kerana ia berbeza dengan bahasa biasa. Bahasa matematik mempunyai makna yang tersendiri dan di gunakan dalam konteks matematik yang tertentu. Bahasa dan ayat Matematik yang khusus melibatkan penjelasan polapola, hubungan, hukum-hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Di samping itu, banyak istilah matematik yang digunakan dalam kurikulum matematik tidak dapat di fahami oleh pelajar. Kekeliruan tentang istilah juga merupakan satu masalah yang di hadapi oleh pelajar yang menyebabkan mereka tidak dapat memahami maksud istilah tersebut.

Menurut Radatz (1979), perwakilan menggunakan simbol-simbol, tatatanda dan istilah-istilah Matematik merupakan bahasa asing kepada pelajar kerana mereka perlu menghafal dan memahami simbol yang jarang digunakan dalam kehidupan mereka seharian. Matematik adalah mata pelajaran yang abstrak, maka pembentukan sesuatu konsep matematik tidak akan berjaya dengan kaedah penghafalan sahaja. Masalah sebegini mungkin tidak akan dihadapi oleh pelajar yang berada pada aras kebolehan yang tinggi. Namun bagi para pelajar yang berada pada aras kebolehan yang rendah, mereka merasakan Matematik ini adalah sukar untuk dikuasai dan membosankan (Mohd Salahuddin Salleh, 2006).

Dalam konteks mempelajari tajuk geometri, bahasa geometri melibatkan terminologi-terminologi yang khusus dan memerlukan perhatian dan kefahaman yang betul sebelum digunakan dengan berkesan. Kesilapan penggunaan terminologi geometri yang betul akan membawa kepada miskonsepsi. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor & Moore 1991). Contoh-contoh terminologi yang menjadi kekeliruan murid sekolah rendah ialah: Terminologi Geometri poligon kubus pentagon hexagon vertex Bahasa Mudah bentuk yang mempunyai garis lurus sahaja kiub bentuk sisi lima bentuk sisi enam bucu

Pepejal(bentuk 3D)

bongkah

Oleh itu, adalah menjadi cabaran bagi guru-guru untuk memilih dan menggunakan istilah dan bahasa matematik yang sesuai dengan kematangan umur murid semasa mempelajari konsep geometri dengan berkesan. Bagi mengatasinya, guru-guru digalakkan memperkenalkan istilah dan bahasa matematik daripada mudah kepada kompleks dan mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Jadi, guru-guru mestilah menggunakan bahasa yang mudah difahami murid dan mengikut aras pemikiran mereka serta boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian.

4. Kaedah pendidikan Tradisional Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia , Datuk Abdul Rafie Mahat, mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah memerlukan kaedah yang sesuai supaya tidak menimbulkan rasa takut di dalam diri pelajar.(Hairulazim,2002). Oleh itu, guru perlu bijak menggunakan kreativitinya serta inovatif dalam menyampaikan isi pengajaran terutamanya tentang penyelesaian masalah agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif dan kondusif. Kemahiran kognitif pelajar perlu dijana dengan baik agar mereka dapat menggunakan kemahiran yang sedia ada untuk menyelesaikan masalah Matematik. Menjadi cabaran bagi guru-guru untuk lari dari menggunakan kaedah pendidikan tradisional yang hanya menggunakan buku teks dan papan putih. Selain menjadikan pembelajaran geometri bersifat hambar, murid juga tidak dapat mengasah kemahiran visualisasi dan komunikasi dalam pembelajaran geometri. Kaedah ini perlu diubah dengan memberi peluang kepada murid itu sendiri untuk menyiasat dan meneroka geometri bagi membolehkan mereka memahami geometri dan menjadikannya berkait dengan bidang matematik yang lain. Guru perlulah kreatif mencipta aktiviti yang menarik dan sesuai dengan isi pelajaran supaya bermakna kepada murid. Bagi mengatasi cabaran di atas, salah satu cara untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran geometri yang menarik dan bermakna ialah melalui kaedah pembelajaran secara kaedah inkuiri penemuan dan kontekstual. Kaedah Inkuiri Penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui jawapan melalui pengalaman murid meneroka sendiri dengan guru sebagai pemudahcara atau fasilitator. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri sama untuk membuat generalisasi. Dalam pembelajaran matematik, murid-murid boleh memahami sesuatu konsep matematik melalui aktiviti menyiasat, mengumpul maklumat dan menganalisa maklumat ( Mok Soon Sang, 1996 ). Murid lebih mudah memahami sesuatu konsep matematik jika mereka sendiri yang menjalankan penyiasatan untuk mencari jawapan kepada masalah yang mereka hadapi. Kaedah inkuiri penemuan akan membantu murid lebih mudah memahami sesuatu konsep dan dapat menyimpan pengetahuan itu dalam ingatan mereka bagi tempoh masa yang lama jika mereka sendiri yang bertindak untuk mendapatkan jawapan atau jalan penyelesaian. Keberkesanan kaedah inkuiri penemuan yang digunakan akan membantu pelajar memahami konsep matematik dengan lebih jelas. Contohnya:

Aktiviti kumpulan dilaksanakan bagi meneroka ciri-ciri bentuk 3D. Penggunaan bongkah dalam aktiviti berkumpulan akan membantu murid memegang, mengenalpasti nama bongkah, mengira ciri-ciri seterusnya mencari isipadu menggunakan rumus yang sesuai.

Guru juga boleh merancang pembelajaran secara kontekstual. Pembelajaran kontekstual merupakan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan konsep dengan kehidupan nyata, dan mendorong murid membuat hubungan antara pengetahuannya dan kehidupannya sehari-hari. Contohnya:

Aktiviti mencari perimeter. Guru boleh memulakan pengajaran dengan menyuruh murid berjalan atau berlari mengira keliling kebun atau padang. Murid akan mendapati terdapat empat sisi yang perlu dijumlahkan. Kontekstual pembelajaran di sini ialah dengan cara mengukur sisi luar yang ada.

Mengikut Jean Piaget, pelajar pada peringkat umur 7 hingga 10 tahun peringkat kognitif mereka masih lagi berada di tahap operasi konkrit. Jadi, guru-guru hendaklah menggunaan objek konkrit contohnya kertas petak (square paper) untuk membantu murid supaya lebih jelas konsep perimeter. Keadaan kertas tersebut yang mempunyai garisan lurus serta petak-petak kecil yang sama besar akan memudahkan murid melukis bentuk dengan mudah walaupun tanpa menggunakan pembaris.

KESIMPULAN Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik pada peringkat sekolah rendah ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh pihak-pihak terlibat dalam sektor pendidikan terutama sekali guru-guru. Kelemahan dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik di peringkat sekolah rendah tentunya memberi kesan pula apabila mereka berada di sekolah menengah sekiranya tidak ditangani dari awal. Pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan oleh guru-guru bagi mengatasi kesukaran dan miskonsepsi di kalangan murid-murid dalam tajuk bentuk dan ruang atau geometri. Sama ada faktor kecuaian atau kesukaran murid memahami konsep ataupun faktor guru sendiri yang tidak menguasai Pedagogy Content Knowledge (PCK). Sesetengah murid tidak berminat untuk belajar dan lantas tidak memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Pembelajaran tentang konsep geometri dan penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah adalah perkara penting di dalam pendidikan matematik. Kebolehan mengenalpasti sesuatu bentuk geometri, tidak bermakna bahawa pelajar tersebut menguasai tentang ciri-ciri asas sesuatu bentuk. Kebiasaanya pengajaran geometri di sekolah rendah murid hanya memberi penekanan terhadap mengenalpasti bentuk dan ciri sesuatu bentuk geometri melalui gambarajah tanpa melibatkan konsep yang lebih kompleks di mana, memerlukan pemahaman pelajar terhadap hubungan atau perkaitan antara bentuk dan ciri sesuatu geometri. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk berusaha mencari kaedah, teknik, dan strategi yang sesuai dan menarik agar murid faham dan tidak menghadapi kesukaran atau miskonsepsi dalam pengajaran dan pembelajaran geometri. Cabaran-cabaran ini harus ditangani sebaik mungkin demi memantapkan penguasaan modal insan negara dengan pengetahuan lengkap dalam bidang sains dan matematik yang menjadi pemangkin kepada kemajuan sesebuah negara.

You might also like