You are on page 1of 19

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK

SEPTEMBER 2022/SEMESTER 3

MPU3223_V2

KEUSAHAWANAN 2

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
1.0 PENGENALAN

Keusahawan digunakan untuk menentukan perniagaan yang dilakukan seorang


individu dan dijalankan dengan cara dan usaha sendiri dan berkat kepadanya, untuk
manfaat ekonomi yang dia laporkan bahawa ia kekalkan iaitu siapa pemancu, idea, usaha
tidak akan berfungsi dalam hubungan ketergantungan tetapi akan menjadi pemilik
perdagangan atau perniagaan mereka. Selain melaburkan sumber daya mereka, akan
mengambil alih jumlah biaya dan pendapatan yang diperolehi daripadanya, Bidang
keusahawanan telah lama wujud di Malaysia sejak bermulanya aktiviti perdagangan
menggunakan sistem barter. Kegiatan ekonomi ini terus dipelopori sebagai aktiviti
perniagaan secara kecil-kecilan sehingga berkembang kepada perdagangan antarabangsa
iaitu kedatangan pedagang asing dan perdagangan negara luar pada Zaman Kerajaan
Melayu Melaka (Nor Aishah 2002; Shukor 2003: Zafir & Fazilah 2003). Sejarah
menunjukkan bahawa wujud golongan pedagang dalam masyarkat melayu. Ciri-ciri
keusahawanan faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau keperibadian seseorang
semasa mengurus sesebuah perniagaan. Perilaku atau keperibadian seseorang memainkan
peranan penting sama ada menyumbang atau merosakkan urusniaga sesebuah perniagaan.
Kategori ciri-ciri usahawan dibahagikan kepada tiga komponen penting, komponen
tersebut ialah aspek pengetahuan(knowledge), kemahiran(skills) dan tingkah
laku(attitude).

1
Cleverland Eduitanment merupakan sebuah syarikat yang dipilih untuk menceritakan
tentang rancangan perniagaannya. Cleverland Playschool merupakan sebuah tadika yang
berada di Malaysia ianya merupakan tadika yang berasakan montesori yang dimilki oleh
Nadiyah Binti Noordin. Seorang usahawan muda yang membuka tadika pada usianya 27
tahun kini beliau telah memiliki 6 cawangan tadika yang bernama Cleverland Playschool
di Malaysia. Tadika tersebut terdiri daripada 6 buah cawangan antaranya di Saujana
Utama, Alam budiman, Cyberjaya, Putrajaya Presinit 15, Putrajaya Presinit 11 dan
Puncak Alam. Perniagaan ini merupakan perniagaan milikan tunggal yang dimiliki oleh
seorang pemilik di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Perniagaan ini didaftar di
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Visi tadika Cleverland Playschool ini ialah
’Cleverland Playschool provides and exceptional wholesome education of the child’s
intellectual, emotional, social, physical, spiritual, adaptive development through a
positive, safe and welcoming environment so taht children will achieve their highest
potential. Manakala bagi Misi pula, Cleverland Playschool is a world class Centre of
Academic Excellence that nurtures and inspires the leaders of tomorrow. Tadika ini
bermula di Saujana Utama, Sungai buloh dan pada masa itu jumlah pelajar terdiri
daripada 24 orang pada tahun pertama. Kini pada tahun 2022 tadika ini telah mencapai
pelajar hampir 210 pelajar pada keseluruhan cawangan. Tadika ini merupakan sebuah
tadika yang menerima pelajar berusia 4-6 tahun. Tadika ini adalah sebuah tadika yang
seimbangkan antara bermain dan belajar. Kerana kebanyyakan tokoh pendidikan
menegaskan bahawa sekolah merupakan tempat bagi kanak-kanak belajar kemahiran
asas, kawal emosi, komunikasi dan bersosial. Produk yang dihasilkan dalam perniagaan
ini ialah Oleh itu tadika ini mengajar menggunakan peralatan montessori untuk
pendekatan kanak-kanak dan pelbagaikan aktiviti yang melibatkan hands-on juga
dilakukan disini. Pengertian Produk adalah benda atau objek yang dihasilkan atau
dihasilkan, bahan yang dibuat secara semula jadi atau industri melalui proses, priduk
dihasilkan kegunaan individu. Walau bagaimanapun, produk dapat dibezakan mengikut
kitaran hidup yang mereka miliki, iaitu, berguna. Beberapa produk mempunyai jangka
waktu penggunaan yang panjang, seperti komputer, buku atau kenderaan, tetapi ada juga
produk yang cepat dihantar, seperti makanan, produk penggunaan peribadi, ubat-ubatan,
dan lain lain. Tjiptono (2008:98) menyatakan bahawa klasifikasi produk dapat

2
dilakukan dengan pelbagai macam sudut dan pandang. Produk dapat diklasifikasikan
kedalam tiga kelompok utama, antara lain barang tidak tahan lama (nondurable goods)
barang tidak tahan lama adalah barang berwujud yang biasanya habis dikonsumsi
dalam satu atau beberapa kali pemakaian. Barang tahan lama (durable goods) Barang
tahan lama merupakan barang berwujud yang biasanya bisa bertahan lama dengan
banyak pemakaian. Kebanyakan organisasi formal mempunyai Piagam Pelanggan
masing-masing, yang menjanjikan komitmen dari aspek kualiti perkhidmatan bagi skop
produk yang ditawarkan. Tadika yang bernama Cleverland Playschool antara produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan adalah pendidikan. Antara produk-produk yang dihasilkan
dalam tadika ini adalah Seperti buku-buku, peralatan Montessori, gym, aktiviti seni dan
kraf, Mini Play Carnival iaitu seperti bermain air, pasir, aktiviti memasak, menanam dan
pelbagai lagi.

Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan

3
Pengenalan kepada Cleverland Playschool

2.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN SYARIKAT


Tujuan utama rancangan diperlukan adalah untuk memberi keterangan atau maklumat
berkenaan dengan sesebuah perniagaan yang hendak dijalankan dan dilaksanakan. Selain
itu, dengan adanya rancangan perniagaan yang terperinci ini, akan menyaksikan para
pihak yang bekerjasama dengan syarikat termasuk pihak pemiutang iaitu institusi
kewangan dan pihak pembekal alatan atau bahan mentah perniagaan yang akan
dijalankan dapat dimajukan dan dapat diusahakan. Dengan penyelidikan terhadap saiz
pasaran dan persaingan yang dihadapi, syarikat boleh menyedikan rancangan yang
sepatutnya untuk menghadapi saingan di pasaran. Sektor industri pendidikan merupakan
sebuah sektor yang meluas di negara dan sektor pendidikan ini terdiri daripada banyak
cabang iaitu bermula daripada tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan
pelbagai lagi. Namun di negara sedang mengalami perubahan secara dinamis dan dikira

4
akan mempunyai banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21 yang
memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke
taraf dunia atau memperolehi perubahan dan kemajuan. Selari dengan tadika Cleverland
Playschool juga sedang berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan di
Malaysia. Walaupun kini banyak saingan dan sektor tadika tumbuh seperti cendawan
namun Cleverland Playschool akan tetap memastikan bahawa kualitinya terjaga. Tahun
demi tahun kualiti disini akan meningkat untuk memastikan kanak-kanak disini seronok
untuk datang kesekolah memastikan persekitaran yang selamat. Disini merupakan sebuah
tadika berasakan main. Kanak-kanak tidak perlu tertekan untuk belajar, penggunaan buku
yang sedikit dan kanak-kanak tidak terbeban dengan melakukan latihan yang banyak.
Disini guru-guru percaya bahawa pendidikan secara holistik untuk kanak-kanak
membuatkan mereka lebih tertarik. Selain itu, menjadikan mereka seorang insan yang
kreatif dan produktif. Nadiyah Binti Noordin yang merupakan pemilik tadika ini
berpendapat bahawa kanak-kanak tidak perlu terbeban dengan pembelajaran bahkan
mereka perlu banyakkan habis masa kanak-kanak mereka dengan keseronokkan. Oleh itu,
terhasilah sebuah tadika yang berkonsepkan `bermain sambil belajar`beliau juga
merupakan mempunyai latar belakang dalam pendidikan awal kanak-kanak. Bukan
sahaja itu, Dari segi peratus keuntungan kasar, didapati perniagaan tersebut mencatat
kadar yang berbeza. Secara purata, kadar keuntungan kasar yang diperolehi ialah 15%
hingga 50% sahaja. Manakala kadar keuntungan bersih pula ialah sekitar 10% sahaja.
Kadar keuntungan (kasar dan bersih) yang diperolehi memberi implikasi kepada
pulangan pelaburan dan kelangsungan perkhidmatan yang ditawarkan. Keuntungan yang
diperolehi membolehkan perniagaan diteruskan dan dikembangkan.

3.0 ANALISIS RANCANGAN PERNIAGAAN YANG DIMILIKI


Aspek pengetahuan meliputi ilmu atau maklumat yang dimiliki oleh seseorang yang
membolehkan mereka mengurus sesebuah perniagaan dengan jayanya. Manakala
kemahiran pula merujuk kepada kebolehan atau kepakaran yang dimiliki oleh seseorang
usahawan dan sangat berguna dalam membantu kebolehan mereka mengurus sesebuah
perniagaan. Tingkah laku pula merujuk kepada aspek dalaman diri atau perlakuan
seseorang usahawab semasa mengurus perniagaan. Dalam sesebuah syarikat mereka akan

5
pastikan analisi rancangan perniagaan mereka telah dihasilkan sebelum memulakan
sesebuah peeniagaan supaya pengurusan perniagaan mereka dapat berjalan lancar dan
mereka boleh mengenalpasti sendiri rancangan perniagaan mereka dengan lebih jelas.

3.1 PASUKAN PENGURUSAN/PEKERJA


Konsep pekerja adalah salah satu yang terpakai bagi semua orang yang
menjalankan beberapa jenis kerja atau aktiviti yang dibayar. Kebanyakkan kes, ia boleh
digunakan dalam ertikata umum untuk menetapkan seseorang yang melakukan pekerjaan
tertentu tanpa mengira sama ada mereka secara rasmi bekerja atau tidak. Keadaan pekerja
adalah salah satu yang paling penting bagi manusia sebagai individu kerana, dari kerja
dan dari prestasi aktiviti yang ditetapkan, ia bukan sahaja dapat bertahan tetapi juga
memiliki identiti, merasa berguna dan mengembangkan kemahiran tertentu. Menurut
Steers dan Porter. Pekerjaan merupakan suatu hal yang penting dalam setiap kehidupan
manusia kerana adanya timbal balik dalam bekerja seperti reward yang berupa wang.
Bekerja biasanya memberikan kita kemahiran bersosial. Hal ini kerana, dalam dunia
pekerjaan memberi kesempatan untuk bertemu dan mengenal orang-orang baru dan
memperluaskan jaringan. Pekerjaan yang seseorang geluti seringkali menjadi status sosial
dalam masyarakat luas, akan tetapi pekerjaan juga dapat menjadi sumber perbezaan
sosial. Di Cleverland Playschool kini mempunyai seramai 26 orang. Pada tahun 2014
iaitu pada tahun pertama pekerja di Cleverland Playschool hanya terdiri daripada 3 orang
sahaja termasuk pengusaha sendiri menjadi guru pada waktu itu. Namun tahun demi
tahun tadika ini telah berkembang dan memiliki banyak cawangan. Oleh itu, bilangan
pekerja juga semakin bertambah untuk memastikan semuanya terkawal bagi setiap
cawangan. Kebanyakkan guru-guru di Tadika ini mempunyai kelayakan seperti diploma
dan degree. Selain itu, pekerja disini juga sudah bekerja di Tadika Cleverland Playschool
hampir mencecah 5-6 tahun. Hal ini demikian, dapat menujukkan bahawa tadika ini
mempunyai pekerja yang lama berkhidmat dengannya dan dapat membantu dalam
pengurusan tadika. Bagi penetapan guru, mereka hanya perlu mengajar kelas yang
mempunyai kapasiti yang ditetapkan adalah 1:10 jadi bilangan pekerja kini adalah
seramai 26 orang. 5 orang tenaga kerja di cawangan Saujana Utama, 6 orang di Eco
Grandeur Puncak Alam, 3 orang di Alam budiman, 4 orang di Cyberjaya dan 3 orang di

6
Putrajaya. Manakala bagi pekerja admin pula seramai 5 orang. Bagi pekerja pula, Pihak
atasan ingin memastikan bahawa setiap guru disini memperolehi banyak manfaat
sepanjang mereka bekerja disini. Rancangan pengusaha bagi setiap guru yang bekerja
disini ianya ingin memberikan gaji maxima RM2000-RM2500 mengikut pengalaman dan
kebolehan masing-masing. Selain itu, pengusaha juga ingin mengurangkan waktu bekerja
guru supaya mental mereka sihat dan mereka seronok untuk kembali bekerja.
Kebanyakkan tadika di Malaysia mempunyai waktu kerja yang lama kerana kebanyakkan
ibu bapa bekerja dan sampai ditadika lewatb untuk mengambil anak-anak mereka. Jadi
sudah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk memastikan anak dibawah jagaan
mereka selamat diberi kepada ibu bapa mereka. Jadi kebanyakkan guru-guru sering
mengadu letih kerana waktu kerja yang panjang. Oleh itu, dengan penambahan pelajar di
setiap branch maka pengusaha dapat menambah lagi ramai pekerja dan mereka boleh
bergilir untuk pulang ke rumah lebih awal. Selain itu, sekiranya Cleverland Playschool
menjadi sebuah tadika yang terkenal maka dapat membantu membuka peluang pekerjaan
untuk orang ramai terutamanya graduasi yang masih menganggur sehingga kini dan
mengurangkan kadar pengganguran di Malaysia.

Carta organisasi Cleverland Playschoo

7
3.2 WAKTU OPERASI DAN PERKHIDMATAN
Cleverland Playschool juga menyediakan dua sesi persekolahan iaitu program
Half day iaitu pelajar akan dating sekolah pada pukul 8:00 pagi sehingga 12:00 tengahari.
Manakala pelajar full day pula akan hadir ke sekolah pada pukul 7:00 pagi sehingga 7:00
petang. Kebiasaanya pelajar yang mengambil sesi Full day adalah tergolong daripada ibu
bapa yang bekerja. Jadi pada waktu petang adalah waktu daycare dimana pelajar akan
mandi, makan, tidur disekolah disamping itu guru juga menyediakan aktiviti waktu
petang seperti kelas memasak, kelas seni, lego dan lain-lain. Waktu operasi tadika di
Cleverland Playschool juga merupkan salah satu taktik tarikan pelanggan supaya ibu
bapa yang bekerja tertarik dengan waktu kerja operasi tadika kerana kebanyakkan
daripada ibu bapa terpaksa keluar bekerja pada waku pagi dan pulang pada petang
terutamanya kehidupan di bandar yang banyak berlaku kesesakan lalu lintas. Namun, di
Cleverland Playschool mereka akan tutup pada sabtu ahad dan cuti umum. Seterusnya,
secara umumnya setiap ruangan yang hendak digunakan di tadika mestilah sesuai dari
segi keselesaan, reka bentuk, struktur dan juga keselamatan. Pada awal pembukaan tadika
Cleverland Playschool dar segi keceriaan, reka bentuk tidak begitu menarik kerana pada
masa itu, tadika Cleverland Playcshool baru mua bertapak. Namun, apabila permintaan
semakin ramai. Cleverland Playschool memperluaskan lagi ruang supaya kanak-kanak
selesa. Selain tu, hiasan dalaman yang disusun juga telah menaikkan lagi keceriaan
ditadika tersebut. Di setiap cawangan pengusaha akan hiaskan dengan hiasan yang sama
bagi selarasakan reka bentuk setiap cawangan. Selain itu, pengusaha akan sentiasa
memastikan bahawa tadika akan sentiasa kemas dan bersih dan perbaiki segala peralatan
yang rosak. Untuk dinding, pengusaha akan mengecatnya semula setiap tahun kerana ada
kalanya kanak-kanak suka menconteng dinding. Jadi pengusaha akan memastikan
bahawa tiada kesan contengan yang banyak ditadika untuk menjaga keceriaan tadika.
Pada masa akan datang, pengusaha ingin membeli cat yang boleh dipadam supaya lebih
memudahkan guru-guru untuk mencuci sekiranya ada kesan conteng di dinding.
Pengusaha juga akan memastikan bahawa cawangan-cawangan yang bakal dibuka pada
masa akan datang akan mencapai kualaiti yang maksima.

8
3.3 HARGA
Harga dalam konsep ekonomi adalah nilai sesuatu barang atau perkhidmatan
dengan kiraan wang. Harga merupakan satu pemboleh ubah penting dalam teori
pembahagian sumber. Ia juga penting dalam pemasaran di mana harga merupakan satu
daripada empat pemboleh ubah yang digunakan untuk merangka pelan pemasaran. Secara
umum harga terhasil daripada suatu pertukaran atau transaksi yang terjadi antara dua
pihak dan ia merujuk kepada apa yang sanggup diberikan oleh satu pihak iaitu pembeli
untuk memperoleh sesuatu yang ditawarkan oleh pihak lain iaitu penjual. Di Cleverland
Playschool terdapat dua program yang disediakan iaitu half day dan full day. Bagi setiap
program harga adalah berbeza. Cleverland playschool pernah menawarkan harga RM320
untuk half day dan RM520 untuk full day. Tetapi semenjak covid-19 pada tahun 2020
ramai ibu bapa yang terpaksa berhentikan anak-anak mereka kerana risau akan
keselamatan anak-anak mereka. Tadika pada masa itu tidak mendapat sambutan dan
kurang mendapat keuntungan dimana pengusaha perlu membayar gaji pekerja, sewa dan
bil utiliti untuk setiap cawangan. Pada tahun seterusnya pengusaha membuat keputusan
untuk menurunkan harga. Kerana pengusaha berpendapat bahawa kebanyakkan ramai
orang sedang mengalami kesusahan dek kerana mereka tidak boleh bekerja dan

9
menyebabkan pendapatan seisi keluarga berkurangan. Oleh itu pada tahun 2021,
pengusaha telah menurunkan harga iaitu RM290 untuk half day bagi cawangan Putrajaya
dan Cyberjaya. Manakala RM300 untuk cawangan Puncak Alam, Cyberjaya dan Alam
Budiman. Bagi harga full day pula adalah RM490 bagi Saujana Utama dan Putrajaya.
Manakala RM500 bagi Puncak Alam, Cyberjaya dan Alam Budiman. Setelah harga itu
dikeluarkan ramai ibu bapa yang tertarik dengan harga Cleverland Playschool. Hal ini
kerana, Cleverland Playschool mampu menawarkan harga yang mampu milik bagi
golongan sederhana. Tambahan pula, Cleverland Playschool merupakan sebuah tadika
yang menggunakan konsep montessori dengan harga yang rendah kerana kebanyakkan
tadika montessori menawarkan harga yang tinggi dan disini juga menawarkan kosept
islamic dan english. Hal ini menarik ramai minat ibu bapa untuk mendaftar anak mereka
disini.

Contoh harga Cleverland Playschool

3.4 STRATEGI PEMASARAN


Perkataan `strategi` menurut Kamus Dewan Edisi Keempat didefinisikan sebagai
rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan (Dewan Bahasa dan
Pustaka,2017). Manakala dalam Bisness Dictionary, ’strategy’ ditakrifkan sebagai kaedah
atau peyelesaian kepada masalah (Business Dictionary). Manakala maksud pengenalan
ialah menyalurkan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna akhir. Tujuannya ialah

10
untuk mencari keuntungan. Tujuan strategi pemasaran adalah untuk mendapatkan
pelanggan. Strategi pemasaran terbahagi kepada 2 iaitu sasaran pasaran dan campuran
pemasaran yang terdiri daripada produk, harga, tempat dan promosi. Bagi strategi
pemasaran pertama ialah produk. Produk ialah barangan atau perkhidmatan yang
disediakan. Cleverland Playschool menyediakan perkhidmatan dalam bidang pendidikan
kanak-kanak. Pn Nadiyah akan sentiasa memastikan kualiti di Cleverland Playschool
mencapai kepuasan maksima. Sebelum membuka banyak cawangan. Puan nadiyah akan
pastikan SOP tadika adalah lengkap, keselamatan terjaga, sekitaran yang selesa,
pembelajaran yang mengikut standard. Apabila beliau sudah menimba banyak
pengetahuan dan menyertai pelbagai kursus berkaitan pembukaan tadika dan pelbagai
lagi kursus yang melibatkan tadika. Puan Nadiyah semakin yakin untuk menambah
cawangan Cleverland Playschool dan ingin besarkan lagi Cleverland Playschool
setanding dengan tadika-tadika yang besar seperti Brainy Brunch, El Bambino dan lain-
lain. Seterusnya ialah dari segi kualiti iaitu kualiti tinggi untuk menjamin pasaran kepada
barangan tersebut dapat memuaskan hati pembeli dan pengguna. Jenama juga memainkan
peranan penting dalam sesebuah perniagaan. Penjenamaan membezakan antara satu
produk dengan yang lain. Bagi kualiti Pn Nadiyah telah menambahkan pelbagai
pembaharuan di dalam Cleverland Playschool iaitu seperti menyediakan pemakanan yang
sihat seperti mengikut piring Malaysia. Selain itu, dari segi keselesaan dan keselamatan
juga akan dipastikan mengikut piawai yang telah ditetapkan. Puamn Nadiyah juga
memastikan bahawa bilangan pelajar dalam satu kelas tidak terlampau ramai iaitu dengan
menetapkan 1 guru bersamaan 10 murid sahaja. Dengan itu, guru dapat menyampaikan
pembelajaran dengan mudah dan jelas kepada kanak-kanak yang berusia lingkungan 3
hingga 6 tahun. Jenama Cleverland Playschool kini berkembang dan semakin dikenali
oleh orang ramai. Selain itu, tempat atau lokasi merupakan elemen yang paling penting
bagi sesebuah perniagaan. Tempat yang dipilih untuk menubuhkan Cleverland
Playschool pihak-pihak atasan akan mengkaji secara mendalam lokasi sebelum mereka
menjalankan perniagaan. Antaranya di Saujana Utama Sg Buloh mempunyai populasi
yang ramai dan pengusaha telah mengkaji pendapatan isi rumah atau ketua keluarga
sebagai input sebelum menubuhkan sesebuah perniagaan. Di Saujana utama merupakan
sebuah kawasan yang besar oleh itu, ramai penduduk disitu dan kanak-kanak yang

11
berusia lingkungan 3-6 tahun. Tadika Cleverland Playschool di Saujana Utama hampir 8
tahun beroperasi dan setiap tahun cawangan di Saujana Utama mendapat sambutan.
Seterusnya pada tahun ini, Puan Nadiyah mengubah lokasi Alam Budiman supaya
mendapat sambutan yang tinggi. Di tempat baru sekarang lokasi yang beliau pilih
merupakan lokasi yang strategik kerana ianya berhampiran dengan kedai-kedai yang
ramai kunjunag seperti watson, pasar raya, Mr diy dan pelbagai lagi. Bagi Cyberjaya dan
Puncak Alam pula, lokasinya memudahkan ibu bapa untuk meletakkan kenderaan untuk
menghantar anak mereka kerana mempunyai tempat parking kereta yang luas dan dapat
menarik ibu bapa dengan harga yang murah disekitar situ. Era teknologi sentiasa
berkembang pesat menjadikan kehidupan manusia bertambah pantas dan cekap seiring
dengan Relovusi Industri 4.0 yang melibatkan kelajuan internet bagi memudahkan
rancangan perniagaan. Oleh itu, Cleverland Playschool sentiasa akan melakukan
perubahan agar rancangan pemasaran dapat mencapai dan berkembang sehingga lima
tahun akan datang.

4.0 KEMAMPUAN RANCANGAN PERNIAGAAN


Kemampuan sesebuah perniagaan untuk mengekalkan operasi perniagaannya
dalam industri meruapakan satu usaha yang bukan mudah dan ianya sangat memerlukan
visi misi dan objektif supaya memastikan bahawa syarikat tersebut tercapai dan mampu
mempertahankan perniagaan syarikat yang dipilih tercapai. Pada pendapat saya Tadika
Cleverland Playschool ingin dapat mencapai objektif yang mereka tetapkan kerana
Tadika tersebut semakin berkembang maju dari tahun meningkat tahun yang pada
awalnya bermula dengan 24 pelajar pada tahun 2014 kini berkembang kepada 200 pelajar
pada tahun 2022 dan kini terdiri daripada banyak cawangan. Tujuan Pn Nadiyah
menubuhkan tadika adalah bagi memberi peluang kepada kanak-kanak dan ibu bapa yang
tidak berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika montessori kerana
montessori merupakan sebuah tadika yang mempunyai kos pengajian yang tinggi. Oleh
itu, Puan Nadiyah menubuhkan sebuah tadika ’inspired montessori’ bagi memberi
peluang kepada orang ramai untuk mendapat pendidikan yang sama rata. Namun, Pada
masa akan datang pencapaian yang ingin dicapai dalam Cleverland Playschool ialah

12
mempunyai sebuah bangunan yang besar seperti diperingkat `sekolah antarabangsa`
dengan harga yang mampu dimiliki.

Selain itu, kekuatan dalam perniagaan ini merupakan kelebihan, keistimewaan


atau kebolehan yang dimiliki untuk mengembangkan lagi organisasi perniagaan tersebut.
Antaranya, ialah menawarkan harga yang berpatutan. Tadika Cleverland Playschool ini
menawarkan harga yang berpatutan dalam pasaran perniagaan tadika. Ekonomi yang
merosot kini menyebabkan kebanyakkan ibu dan bapa perlu mengurangkan kos
kehidupan. Namun, dengan penetapan harga yang telah ditetapkan iaitu sebanyak
RM500-RM520 sebulan dengan operasi masa 7:00pagi sehingga 7:00petang telah
membuatkan ibu bapa memilih tadika ini untuk memberikan pendidikan dan mereka juga
tidak perlu khuatir sehingga mereka selesai bekerja.

Seterusnya, pentadbiran organisasi yang kukuh. Kekuatan dalam pentadbiran


organisasi kerana setiap kakitangan dan guru telah diberi tugas untuk menjalankan
tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melicinkan aktivit pengurusan dan
pengajaran. Peranan yang telah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pekerja semasa
memulakan pekerjaan menjadi kekuatan utama dalam menguruskan syarikat ini.
Pengambilan kakitangan dan guru yang ditapis dari segi pengalaman, latar belakang dan
mempamerkan cara mengajar semasa temuduga.

Akhir sekali, lokasi yang strategik iaitu terletak di tengah pekan dan dikelilingi
oleh sekolah rendah, sekolah menengah, masjid, kedai dan juga berhampiran dengan
kawasan perumahan. Oleh itu, orang ramai sentiasa ternampak akan tadika Cleverland
Playschool kerana ianya dekat dengan kawasan-kawasan yang ramai orang. Terutamanya
ibu bapa yang mempunyai anak-anak disekolah rendah dan tadika. Lokasi antara tadika
dan sekolah tidak jauh. Selain itu, kawasan yang tidak sunyi menyebabkan ibu bapa lebih
tertarik untuk hantar mereka di tadika tersebut.

13
5.0 KESIMPULAN
Rancangan perniagaan adalah sesuatu yang sangat penting bagi sesuatu
perniagaan termasuklah Cleverland Playschool bagi kekalkan operasi bagi masa yang
akan datang. Rancangan perniagaan dapat dijadikan prosedur dalam mengurus
perniagaan supaya dapat mencapai objektif, visi dan misi. Oleh itu, segala keputusan
yang akan dibuat untuk melaksanakan sesuatu operasi yang ditetapkan perlu dirujuk
kepada sesuatu operasi strategi pemasaran yang lengkap. Berdasarkan rancangan
perniagaan yang telah dibuat, ia menunjukkan bahawa Cleverland Playschool mempunyai
peluang yang cerah dalam menjalankan perniagaan dalam bidang pendidikan.

14
BAHAGIAN II: PENYERTAAN DALAM TALIAN

15
16
RUJUKAN

https://cleverland.my/?gclid=EAIaIQobChMIxauflomO-
wIVwplmAh1c8QJSEAAYASAAEgL-XPD_BwE

HASHIM, N. (32(1)(2009)). Konsep Kesediaan Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes


di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia , 187-203.
Izatul Akmar Ismail, A. C. (kein Datum). Strategi E-pemasaran Dalam Transformasi
Pemasaran Produk usahawan Asnaf: Satu cadangan.

17
18

You might also like