You are on page 1of 31

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan ke atas sebuah yang tidak asing di Kuala Penyu iaitu Kedai
Sedap Corner. Objektif kajian ini ialah menganalisis ciri-ciri usahawan Kedai Sedap
Corner, mengetahui bagaimana usahawan Kedai Sedap Corner memulakan
perniagaan, mengkaji peranan usahawan Kedai Sedap Corner dalam melaksanakan
fungsi pengurusan dalam organisasi dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi
usahawan Kedai Sedap Corner dalam perniagaan. Kaedah kajian yang digunakan oleh
pengkaji dalam kajian ini ialah pengumpulan data melalui data primer dan data
sekunder. Pengkaji mendapat maklumat mengenai definisi-definisi perkataan
menggunakan carian internet serta penggunaan kamus. Bagi mendapatkan hasil
kajian, pengkaji menggunakan kaedah temubual secara spontan melalui panggilan
telefon dengan pengurus Kedai Sedap Corner bagi memenuhi setiap objektif yang
perlu dipenmuhi didalam kajian. Pemerhatian juga dilaksanakan terhadap proses
perniagaan yang dijalankan Kedai Sedap Corner.
PENGHARGAAN
Pada kesempatan ini, saya
ingin merakamkan ribuan
terima kasih kepada
pengetua
SMK Dato Ahmad iaitu
Tuan Haji Termizi Megat
Adnan dan kepada Guru
Penolong Kanan
Tingkatan Enam SMK
Dato Ahmad iaitu Cik
Azura Binti Abdul Aziz
kerana telah memberi
peluang serta kelulusan
kepada saya untuk

1
melakukan kajian ini.
Saya juga ingin
mengucapkan setulus
ikhlas terima kasih
kepada Guru Pengajian
Perniagaan iaitu Cik
Sukariah Binti Mustafa
dalam membantu saya
menyiapkan kajian
kerja kursus ini. Di
kesempatan ini juga,
saya ingin berterima
kasih kepada kedua ibu
bapa saya yang telah
menyumbangkan bantuan
dari segi kewangan.
2
Malah, ucapan jutaan
terima kasih juga kepada
rakan seperjuangan dan
pihak yang terlibat
secara langsung dan
tidak langsung dalam
penyiapan kerja kursus
ini. Sekian, terima kasi
1.0 PENGENALAN

Marcapada ini, usahawan merupakan pemangkin utama ekonomi negara. Ia


menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan
keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan kadar
per kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga melibatkan perubahan kepada struktur
perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan
pengeluaran. Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan
inovasi(pembaharuan) adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam
membina produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Aktiviti pembaharuan
(inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam
peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses pembaharuan (inovasi)
mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan
ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar
pengangguran.

Dalam bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai "Entrepreneur".


Perkataan iniditerjemahkan dari perkataan Perancis "entrepremdre" yang membawa

3
maksud memikul tugasatau mencuba. Dalam Bahasa Melayu, usahawan membawa
maksud orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan.

Menurut McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan


kehendakpencapaian tinggi (high need for achievement). Usahawan berjaya
cenderung ke arahmengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan
dalaman yang tinggi. Manakala menurut Schumpeter (1934) pula, mentakrifkan
usahawan sebagai individu yangmelakukan pembaharuan atau inovasi untuk
kesejahteraan organisasinya sendiri.

Tokoh Richard Cantillon, ahli ekonomi Perancis dan Irish dianggap oleh
Schumpeter (1934) ialah orang pertama yang mengeluarkan konsep keusahawanan.
Menurut beliau, usahawan ialah sebagai ejen yang membeli alat-alat pengeluaran
untuk hasilkan barangan yang oleh dipasarkan.

Menurut Coulter (2000), usahawan adalah satu proses di mana individu atau
sekumpulan individu menggunakan usaha-usaha dan perantara untuk mencari peluang
mencipta nilai dan pertumbuhan melalui memenuhi keperluan dan kehedak. Ianya
perlu inovasi dan keunikan tidak kira apa jua sumber kawalan yang ada digunakan.
Usahawan juga merupakan seseorang yang mencipta dan mengoperasikan perniagaan
secara aktif.

Kao (1995) percaya bahawa keusahawanan adalah proses penciptaan kekayaan


dan usahawan-usahawan tersebut adalah individu yang terlibat dalam proses ini.
Selain itu, keusahawanan juga adalah satu proses mencipta sesuatu yang baru (kreatif)
dan berbeza (inovatif) bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah
nilai untuk masyarakat.

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses


dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung
risiko besar didalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai
untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru
dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan,
psikologi dan sosial. Usahawan juga menerima manfaat dari segi kewangan,
kepuasaan peribadi dan kebebasan.

4
Scaborough dan Zimmerer (1988) mendefinisikan usahawan sebagai:
“Seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu keadaan yang
tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan (perkembangan)
dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya.
Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan selalunya idea yang
mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan idea tersebut kepada
perniagaan yang bersesuaian.”1

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, usahawan adalah orang yg mengusahakan


sesuatu perusahaan, pengusaha; keusahawanan (segala-gala) yg berkaitan dgn
usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan.2

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke–4, objektif adalah sesuatu yg khusus yg


ingin dicapai, matlamat, tujuan, berasaskan kenyataan atau fakta sebenar, tidak di-
kuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri.

Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama berkenaan usahawan
Kedai Sedap Corner:

a) Menganalisis ciri-ciri usahawan Kedai Sedap Corner


b) Mengetahui bagaimana usahawan Kedai Sedap Corner memulakan dan
menjalankan perniagaan
c) Mengkaji peranan usahawan Kedai Sedap Corner dalam melaksanakan fungsi
pengurusan dalam organisasi
5
d) Mengenal pasti cabaran yang dihadapi usahawan Kedai Sedap Corner dalam
perniagaan

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kedai Sedap Corner merupakan perniagaan yang ditubuhkan pada tahun 2020
selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri dan diasaskan oleh Puan Puspa Ayu Binti Saini.
Selain daripada menjadi usahawan, tokoh dikaji juga merupakan bekerja sebagai
seorang guru. Sebelum membangunkan kedai mereka di Pekan Kuala Penyu, mereka
telah berniaga secara kecil-kecilan di tepi-tepi jalan dan stesen minyak.

Kedai Sedap Corner ialah perniagaan yang menjalankan pembuatan dan


penjualan pelbagai jenis makanan. Premis perniagaan yang dipilih terletak di lokasi
yang strategik dikawasan Pekan Kuala Penyu mendorong perniagaan yang dijalankan
mendapat sambutan yang mengalakkan dari penduduk setempat. Hasil temubual saya
bersama pengurus Kedai Sedap Corner yang menyatakan bahawa nama kedai tersebut

6
diinspirasikan daripada nama kedai yang bernama Sedap di Kota Kinabalu. Mereka
pun suami isteri memutuskan untuk menamakan perniagaan mereka Sedap Corner.

Sebelum memulakan usaha untuk membangunkan perniagaan ini, pengurus


kedai ini telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan ilmu
kemahiran berkaitan perniagaan dan pemasaran melalui tunjuk ajar rakan-rakan dan
penyertaan kursus berniaga. Proses untuk memantapkan diri dengan pelbagai
kemahiran berkaitan bidang yang diceburi dapat menjadikan beliau lebih bersedia
untuk menempuhi cabaran yang akan ditempuhi. Dengan minat yang mendalam dan
semangat yang tinggi untuk menceburi bidang perniagaan, beliau menggunakan
modal sebanyak Rm 10,000 serta mendapatkan bantuan perniagaan daripada bank
serta inisiatif kerajaan.

Objektif Kedai Sedap Corner ditubuhkan adalah untuk membantu peniaga-


peniaga kecil di Kuala Penyu terutamanya suri rumah yang tidak bekerja untuk
mendapatkan pendapatan sampingan. Hal ini agar mereka dapat meningkatkan taraf
hidup penduduk di Kuala Penyu.3

4.0 KAEDAH KAJIAN

Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian


ini. Kaedah yang berlainan digunakan untuk untuk memastikan maklumat yang
diperoleh adalah betul dan tepat. Dalam kajian ini, data yang digunakan adalah
dengan menggunakan data primer dan data skunder yang dianalisis secara kualitatif.
Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat.

Kajian kualitatif ditafsirkan sebagai kaedah penyelidikan yang bukan


melibatkan pengiraan oleh Nik Safiah Karim dan Arbak Othman dalam Kamus
Komprehensif Bahasa Melayu, Shah Alam: Oxford Fajar, 2005. Kajian yang
dijalankan adalah dalam bentuk mengkaji ciri-ciri, sifat-sifat, keadaan dari kualiti
setiap produk yang dikaji.

7
Data primer didefinisikan sebagai data yang dikumpulkan sendiri oleh
individu atau oleh suatu organisasi secara langsung dari objek yang diteliti dan untuk
kepentingan kajian yang berkaitan yang dapat berupa pemerhatian atau mendapatkan
maklumat secara perbualan bersemuka. Definisi data primer diakses pada 27 Dis 2021
dari http://www.pengertianahli.com. Data primer digunakan oleh pengkaji untuk
mendapatkan maklumat secara lebih tepat yang terperinci. Penggunaan data primer
membantu dalam menyelesaikan persoalan tentang produk yang dikaji dengan lebih
jelas.

Data Sekunder didefinisikan sebagai data yang diperoleh atau dikumpulkan


dan disatukan oleh kajian-kajian sebelum ini atau yang diterbitkan oleh pelbagai
agensi-agensi lain. Biasanya sumber tidak langsung berupa data dokumentasi dan
arkib-arkib rasmi.Data Sekunder digunakan oleh pengkaji dalam mendapatkan
maklumat tambahan dan gambar-gambar produk yang dipasarkan oleh syarikat yang
dikaji.

Instrumen digunakan untuk melaksanakan penyelidikan, pengkaji telah


menentukan instrumen kajian sebelum memulakan kajian. Instrumen kajian dipilih
daripada alat yang sedia ada, diubahsuai daripada alat yang diperoleh atau dibina
sendiri. Instrumen kajian dalam penyelidikan melibatkan proses pembinaan soalan-
soalan untuk menebual pengurus Sedap Corner bagi mengetahui maklumat yang
berkaitan objektif yang dikaji. Terdapat beberapa instrumen yang telah digunakan
untuk menjalankan kajian iaitu temubual, rujukan perpustakaan, jurnal, laman
sesawang dan pemerhatian.

Temubual merupakan sesi temubual langsung dengan pihak tertentu untuk


mendapatkan maklumat. Pengkaji telah menemubual pengurus Kedai Sedap Corner
bagi mendapatkan maklumat berkaitan kajian yang dijalankan untuk mencapai
matlamat perniagaan. Pengkaji telah mengunakan kaedah ini untuk mendapatkan
maklumat yang jelas dan tepat dimana pengurus kedai adalah individu yang
mengetahui segala pengerakkan dalam perniagaan. Pengkaji telah menemubual
pengurus mengikut jadual yang dirancang oleh pengkaji dan pengurus untuk
memastikan pengurus dapat memberi komitmen semasa pengkaji ingin mendapat
maklumat tentang kajian yang dijalankan. Temu bual dijalankan dengan mengajukan
soalan spontan kepada pengurus Kedai Sedap Corner. Data yang diperolehi direkod

8
dan dianalisis secara manual. Temubual bersama pengurus dijalankan mengikut pada
tarikh yang ditetapkan. Dapatan kaedah ini dibentangkan dalam bahagian latar
belakang dan dapatan kajian yang merangkumi empat objektif sebagai bahan bukti
yang menyokong kajian ini.

Kaedah pemerhatian digunakan untuk memerhatikan situasi setiap proses


berjalan mengikut aturan secara sistematik dan terancang. Kaedah ini direkod dalam
dapatan kajian dalam menjelaskan cara penghasilan produk yang berkualiti dan
promosi melariskan produk yang dijalankan berdasarkan objektif kajian. Pemerhatian
yang direkodkan mengikut elemen iaitu proses penghasilan produk dari sudut
kepentingan kualiti dan keseragaman, proses penetapan harga oleh pengurus mengikut
kategori yang telah ditetapkan dan kaedah promosi yang digunakan untuk
memasarkan, memperkenalkan produk sama ada yang sedia ada atau produk baru
untuk menarik dan mengekalkan pelanggan. Pengkaji telah mengunakan kaedah ini
untuk memenuhi objektif bagaimana usahawan Kedai Sedap Corner memulakan dan
menjalankan perniagaan dari kajian yang dijalankan.

Dalam kaedah ini pengkaji telah menggunakan pelbagai rujukan dari


perpustakaan seperti buku dan majalah. Pengkaji telah menggunakan buku terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991 yang berjudul Pengenalan Pengurusan Perniagaan
oleh Mohd Pishal Ab. Raub dan Rozhan Othman untuk menjelaskan fungsi
pengurusan perniagaan Kedai Sedap Corner. Pengkaji turut merujuk buku terbitan
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2020 oleh Moha Asri Hj. Abdullah,
Juhary Ali dan Faoziah Idris berjudul Pengurusan Perniagaan Kecil. Pengkaji
menggunakan kaedah ini untuk menerangkan definisi perniagaan, status pemilikan
perniagaan serta kaedah memulakan perniagaan.

Instrumen-instrumen yang digunakan oleh pengkaji banyak membantu dalam


mendapatkan maklumat tentang elemen campuran pemsaran yang diamalkan oleh
syarikat yang dikaji. Data atau maklumat yang diperoleh dimuatkan dalam latar
belakang, pengenalan dan dapatan kajian oleh pengkaji. Pengkaji mrnggunakan
pelbagai instrumen bagi memastikan ketepatan dan kesahihan terhadap maklumat
yang diperoleh.

9
5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Ciri-Ciri Usahawan Berjaya Pengurus Kedai Sedap Corner

5.1.1 Sifat-Sifat Peribadi Usahawan Berjaya

1. Kebolehsuaian
Sifat perniagaan sentiasa berubah. Keusahawanan adalah proses yang
berulang dan cabaran serta peluang baharu muncul pada setiap masa. Hampir
mustahil untuk bersedia untuk setiap senario. Usahawan perlu menilai situasi
dan menyesuaikan diri supaya perniagaan mereka dapat terus maju apabila
perubahan yang tidak dijangka berlaku.

10
Pengurus Sedap Corner sedar betapa tinggi permintaan perkhimatan
perniagaan makanan. Hal ini disebabkan gaya hidup kini menyebabkan
kebanyakan orang kesuntukan masa untuk menyediakan makanan di rumah
khususnya bagi wanita bekerjaya yang sudah berkeluarga. Oleh itu, makanan
siap sedia adalah yang termudah untuk dinikmati golongan tersebut.
Seterusnya, sambai bila-bila pun semua orang selalu memerlukan makanan. Di
samping itu, kebayakkan penduduk Malaysia, tidak kira warna kulit, muda
atau tua suka akan makanan ringan ketika bersama keluarga. Jadi kita boleh
katakan, bidang perniagaan ini mempunyai pengguna dengan nombor dan
segmen yang mencapai banyak kumpulan.

2. Toleransi Risiko
Keusahawanan sering dikaitkan dengan risiko. Walaupun benar
bahawa usaha niaga memerlukan usahawan untuk mengambil risiko, mereka
juga perlu mengambil langkah untuk meminimumkannya. Walaupun banyak
perkara boleh menjadi salah apabila menjalankan usaha niaga baharu, banyak
perkara boleh menjadi manfaat. Kuncinya, menurut Entrepreneurship
Essentials , adalah untuk usahawan mengurus secara aktif hubungan antara
risiko dan ganjaran, dan meletakkan syarikat mereka untuk "mendapat
manfaat daripada peningkatan."

Dalam hal ini, pengurus Kedai Sedap Corner perlu mengambil


keputusan yang berisiko dalam mengembangkan perniagaan mereka. Beliau
merancang untuk membangunkan sebuah café ala ala Tealive bagi
menambahkan kepelbagaian perkhidmatan makanan di Kuala Penyu. Tidak
dapat disangkal bahawa keputusan ini memerlukan keberanian yang tinggi dan
kebersediaan untuk kegagalan.

3. Selesa dengan Kegagalan


Di samping mengurus risiko dan membuat keputusan yang secara
berhemah, keusahawanan memerlukan tahap keselesaan tertentu dengan
kegagalan. Dianggarkan hampir 75 peratus pemula baharu gagal . Sebab

11
kegagalan adalah luas dan merangkumi segala-galanya daripada model
perniagaan yang cacat kepada kekurangan tumpuan atau motivasi. Walaupun
banyak risiko ini boleh dielakkan, ada yang tidak dapat dielakkan. Usahawan
yang berjaya menyediakan diri mereka untuk selesa dengan kegagalan.
Daripada membiarkan ketakutan menahan mereka, kemungkinan kejayaan
mendorong mereka ke hadapan.
Seperti yang dikatakan sendiri oleh Pengurus Sedap Corner “ Bidang
perniagaan ada jatuh bangunnya”. Tidak semua yang dirancang akan berjalan
seperti yang diingini. Begitulah mindset yang telah ditetapkan sendiri dalam
kepala beliau. Bagi usahawan Kedai Sedap Corner, kegagalan merupakan
perkara biasa dalam dunia perniagaan. Tidak setiap hari keuntungan mengalir
dalam perniagaan tersebut. Adakalanya mereka mengalami kerugian yang
agak teruk kerana kurangnya pelanggan. Namun, beliau mengganggap perkara
tersebut sebagai peluang untuk memperbaiki kelemahan perniagaan yang
dijalanakan agar dapat meningkatkan kualiti jualan.4

5.1.2 Tabii Orang Yang Berjaya

1) Fikirkan Sama-Sama Menang (Think Win-Win)

Win-win melihat kehidupan sebagai arena kerjasama, bukan satu yang


berdaya saing. Bukan bermaksud tidak perlu bersaing dengan pengusaha lain.
Menang-menang adalah pemikiran dalam hati yang sentiasa bertujuan untuk
mendapatkan faedah bersama dalam semua interaksi manusia. Think Win-Win
adalah membuat sesuatu keputusan yang boleh memberi kebaikan atau
manfaat kepada semua pihak. Perjanjian atau penyelesaian menang-menang
akan saling menguntungkan dan memuaskan semua pihak. Keputusan yang

12
diambil perlulah tidak menjejaskan kedua-dua pihak. Persepakatan yang
positif, adil dan tidak berat sebelah juga dapat mengelakkan perbalahan.

Pengurus Sedap Corner juga berusaha untuk meningkatkan taraf


ekonomi masyarakat Kuala Penyu terutamanya golongan peniaga-peniaga
kecil dan suri rumah yang tidak bekerja. Dengan membantu menjual produk-
produk daripada golongan tersebut, Kedai Sedap Corner dapat meringankan
beban golongan tersebut serta bersama-sama dapat memajukan diri dalam
bidang perniagaan. Kedai Sedap Corner hanya mengambil komisen sebanyak
10% bagi jualan sesuatu produk. Sebagai contoh, sesuatu barang dijual dengan
harga sebanyak Rm 50, maka Kedai Sedap Corner hanya mengambil hasil
jualan sebanyak Rm 5 sahaja. Keuntungan yang diraih oleh peniaga-peniaga
kecil serta suri rumah masih lumayan dan Kedai Sedap Corner masih
mendapat pendapatan yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan.

2) Fahami Orang Sebelum Orang Memahami Kita (First Seek To Understand


Then To Be Understood)

Komunikasi adalah kemahiran yang paling penting dalam kehidupan.


Komunikasi ialah satu proses pertukaran maklumat, perasaan, idea dan fikiran
yang berlaku antara seseorang individu kepada individu yang lain dan kadang-
kala melibatkan kumpulan yang ramai. Ia merangkumi dua hubungan iaitu
hubungan linguistik dan bukan linguistik. Hubungan linguistik ialah
komunikasi yang terhasil melalui percakapan, penulisan, dan bahasa isyarat.
Hubungan bukan linguistik pula bermaksud komunikasi yang melibatkan
pegerakan anggota badan seperti tangan, kaki, kepala, muka, dan sebagainya.

Mendengar secara empati merupakan satu kemahiran yang perlu dibentuk.


Empati menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud daya menyelami
dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Apabila kita mendengar secara
empati, bermaksud kita cuba memahami dan menyelami perasaan seseorang
apabila dia sedang cuba menyampaikan sesuatu. Ini bermakna apabila A
sedang bercakap, kita sebagai pendengar empati perlu mendengar dan
memahami, bukan menghakimi atau memikirkan ayat seterusnya yang perlu
dilemparkan kepada A.

13
Sebagai contoh, berlaku rungutan mengenai servis yang kurang baik
diberikan oleh pekerja Kedai Sedap Corner. Bagi menangani masalah ini,
pengurus Sedap Corner akan menyiasat perkara ini dengan bertanya secara
terus dengan pekerja dan berbincang secara baik dengan pelanggan yang
memberikan rungutan. Dalam sesi pertanyaan, pengurus Sedap Corner mesti
mendengar secara empati daripada pekerja agar tidak mengambil keputusan
yang boleh memburukkan nama Kedai Sedap Corner serta nama pekerja itu
sendiri. Oleh itu, konflik yang lebih besar dapat dielakkan dengan memahami
masalah yang dihadapi pekerja dan pelanggan dengan meletakkan diri beliau
dalam keadaan mereka.5

5.2 Kaedah Permulaan Dan Menjalankan Perniagaan Kedai Sedap Corner

Perniagaan adalah sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk
menyediakan barangan atau perkhidmatan, atau kedua-duanya, kepada pelanggan,
perniagaan dan entiti-entiti kerajaan. Perniagaan adalah ekonomi kapitalis yang
utama. Kebanyakan perniagaan adalah milik persendirian. Satu perniagaan lazimnya
dibentuk untuk mencari keuntungan yang akan menambah kekayaan pemiliknya dan
membesarkan perniagaan tersebut dengan sendirinya. Pemilik-pemilik dan pengendali
suatu perniagaan mempunyai satu daripada objektif utama iaitu penerimaan atau
penjanaan satu pengembalian kewangan di dalam pertukaran bagi kerja dan
penerimaan risiko. Pengecualian penting termasuklah perusahaan kerjasama dan

14
perusahaan milik negara. Perniagaan juga boleh dibentuk menjadi tanpa keuntungan
atau menjadi perusahaan milik negara.6

Sebelum sesuatu perniagan dapat dimulakan, bakal usahawan perlu membuat


keputusan tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan serta jenis barang atau
perkhidmatan yang hendak dipasarkan. Bagi menentukan aspek ini, kajian perlu
dibuat terutamanya terhadap keperluan perniagaan, kajian pelanggan, lokasi,
persaingan, kemudahan-kemudahan awam serta aspek undang-undang

5.2.1 Kaedah Yang Digunakan Pengurus Sedap Corner Dalam Memulakan Dan
Menjalankan Perniagaan

5.2.1.1 Memulakan sendiri

Usahawan perlu memilih dan memutuskan jenis perniagaan yang ingin


diceburi dengan tepat dan berkeyakinan dalam usaha memulakan sesautu
perniagaan baharu. Usahawan memilih kaedah ini kerana memiliki kebebasan
untuk membuat keputusan mengenai perniagaan misalnya bebas memilih
lokasi strategik dan kemudahan fizikal yang diperlukan, berpeluang untuk
membangunkan imej yang baik sejak awal perniagaan ditubuhkan,
membentuk kaedah pengurusan yang tersendiri, terdapat galakan dan
dorongan kerajaan.

Dalam hal ini, Pengurus Sedap Corner memilih untuk memulakan


perniagaan secara sendiri. Hal ini disebabkan kerana beliau boleh mempunyai
masa sendiri apabila berniaga, boleh meluangkan masa bersama keluarga atau
kawan-kawan sekiranya perniagaan anda dijalankan dengan baik. Ramai orang
sentiasa mengadu tidak mempunyai masa yang cukup bersama keluarga
kerana terlalu sibuk bekerja. Kadang-kadang hujung minggu juga perlu kerja.
Selain itu, beliau juga bebas memiliki lokasi perniagaan yang difikirkannya
sesuai. Pemilihan lokasi yang tepat bakal menjamin kejayaan perniagaan yang
dijalankan atau sebaliknya. Bagaimanapun, pemilihan lokasi perniagaan
bergantung kepada modal yang dimiliki dan kesesuaian produk atau
perkhidmatan yang akan dipasarkan. Seterusnya, pengurus Sedap Corner
mempunyai kebebasan untuk membuat sesuatu keputusan. Ini adalah penting

15
supaya seseorang usahawan itu dapat melakukan sesuatu bagi menentukan
hala tuju perniagaannya tanpa melibatkan campur tangan pihak lain.
Kebebasan membuat keputusan termasuklah menentukan jenis perniagaan,
lokasi perniagaan, jenis produk atau perkhidmatan yang akan ditawarkan dan
juga hal-hal berkaitan pengambilan pekerja dan pemilihan pembekalnya.7

5.2.1.2 Sumber Modal Perniagaan

Modal ialah wang atau kekayaaan yang diperlukan sesebuah


perniagaan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Modal boleh
diperoleh melalui pelbagai alternatif seperti pinjaman, simpanan peribadi,
menjual saham atau mungkin berbentuk aset seperti bangunan. Modal
diperlukan untuk membiayai perbela6njaan perniagaan seperti sewa bangunan,
membeli peralatan serta bahan mentah dan membayar gaji pekerja. Modal
yang digunakan dengan cekap dan berhemah akan dapat menjamin
kelangsungan serta kekayaan perniagaan.

Antara sumber modal Pengurus Kedai Sedap Corner adalah melalui


simpanan sendiri. Simpanan biasanya diperoleh daripada simpanan peribadi
pemilik itu sendiri atau daripada jualan asset peribadi beliau. Dengan cara ini,
beliau tidak perlu membuat permohonan untuk mendapatkan dana,
menghubungi bank atau insitusi kewangan, membuat kertas kerja dan
membuat sebarang bayaran faedah. Modal yang digunakan untuk
membangunkan perniagaan Kedai Sedap Corner di Pekan Kuala Penyu adalah
sebanyak Rm 10,000.

5.2.1.3 Kemudahan & Bantuan Yang Diterima

Pada tahun 2020, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah


Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penyebaran Virus Covid-19 secara
mendadak. Hal ini telah menyebabkan pelbagai sektor dalam negara ditutup
bagi mengekang wabak tersebut. Impaknya, sebilangan rakyat kehilangan
kerja akibat kerugian dalam organisasi atau syarikat. Oleh itu, rakyat mencari
alternatif sumber pendapatan lain seperti berniaga. Terdapat pelbagai bantuan

16
serta kemudahan yang telah ditawarkan bagi peniaga-peniaga kecil selaras
untuk membantu perkembangan ekonomi negara. Pengurus Sedap Corner
tidak terlepas peluang untuk mendapatkan bantuan perniagaan seperti
PENJANA iaitu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara yang ditawarkan
kerajaan.
Selain itu, beliau juga mendapatkan bantuan daripada Program
Pembiayaan Agro Bank iaitu Kemudahan Skim AgroMakanan (PENJANA).
Program ini bertujuan menyokong keperluan kewangan bagi sektor pertanian
dan makanan negara terutamanya usahawan mikro dan komuniti B40 yang
terjejas akibat daripada pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP), Agrobank telah menyediakan skim pembiayaan khas di
bawah Skim AgroMakanan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
(PENJANA). Jumlah pembiayaan maksimum dalam inisiatif ini adalah Rm
50,000 bagi setiap pelanggan.

5.3 Peranan Usahawan Sedap Corner Dalam Melaksanakan Fungsi Pengurusan


Organisasi

Apa itu organisasi ? Organisasi adalah satu unit sosial yang mengandungi
individu yang bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi
mencapai matlamat setiap individu itu dan organisasinya. Antara ciri-ciri organisasi
ialah mempunyai identiti sendiri, mempunyai hierarki atau tingkat autoriti,
mempunyai struktur atau pembahagian kerja, mempunyai peraturan, dasar, prosedur
dan sistem hubungan bagi menjalankan aktiviti organisasi.

17
Definisi bagi pengurusan pula terdiri daripada pengarahan dan pengawalan
sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan
menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu
matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan,
dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk
kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.

5.3.1 Perancangan

Perancangan bermaksud setiap tindakan awal dalam sesebuah organisasi yang


diambil untuk menyediakan organisasi tersebut kepada keadaan masa hadapan. Dalam
bidang pengurusan, merancang merupakan fungsi pengurusan yang utama. Tanpa
perancangan fungsi-fungsi lain seperti penyusunan, pimpinan dan pengawalan tidak
akan dapat dijalankan dengan sempurna. Rata-rata perancangan dijalankan di semua
peringkat pengurusan. Untuk melaksanakan perancangan, maklumat yang tepat dan
sesuai seperti masa, ruang, tenaga manusia dan kewangan bagi membolehkan
keputusan-keputusan tertentu dapat dibuat sangat-sangat diperlukan.

Perancangan dilakukan agar pengurus Sedap Corner mengetahui tentang


keperluan dan memudahkan pencapaian matlamat. Selain itu, perancangan dapat
menjadi kayu pengukur prestasi agar beliau dapat mengenalpasti sama ada Kedai
Sedap Corner sudah atau belum mencapai matlamat dengan sepernuhnya. Di sini juga
pengurus Sedap Corner dapat mengenal pasti peluang-peluang yang mungkin terbuka
pada masa hadapan. Dalam hal ini bukan sahaja peluang dapat dikenal pasti malah
ancaman-ancaman yang bakal mendatang.

Antara matlamat yang telah dijadikan keutamaan Kedai Sedap Corner adalah
membantu peniaga-peniaga kecil serta suri rumah tidak bekerja di Kuala Penyu. Hal
ini demikian kerana ramai masyarakat Kuala Penyu yang amat terkesan dengan
pandemik covid-19. Pandemik tersebut telah menyebabkan pelbagai sektor
perindustrian terpaksa dihentikan disebabkan kerugian yang tidak dapat ditanggung
oleh organisasi. Walaupun kemelut Covid-19 telah mula reda di negara kita, namun
SOP yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia masih lagi berkuatkuasa
agar keadaan kekal stabil. Terdapat sektor yang hanya membenarkan sebahagian
pekerja mereka bekerja mengakibatkan pekerja yang tidak bernasib baik dibuang

18
kerja. Oleh itu, ramai golongan mula berpindah ke dalam bidang perniagaan bagi
menyara hidup mereka.

Bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan, pengurus Kedai Sedap Corner
membantu peniaga-peniaga kecil serta suri rumah yang tidak bekerja menjual produk
yang dihasilkan oleh mereka. Namun, sebelum produk mereka dapat diterima untuk
dijual di Kedai Sedap Corner, ujian akan dilaksanakan oleh Pengurus Kedai Sedap
Corner sendiri. Antara ujian yang dilakukan ialah ujian merasa dan melihat cara
persembahan makanan disediakan. Jika setiap ciri tersebut dapat dipenuhi peniaga,
barulah produk mereka dapat dijual di Kedai tersebut.

5.3.2 Pengorganisasian

Pengorganisasian didefinisikan sebagai pembahagian kerja yang perlu


dilakukan dan pembentukan struktur untuk memastikan segala kerja disiapkan dengan
cara yang teratur, cekap dan menjimatkan. Menurut Mahashim Bajuri (1985:31),
pengorganisasian adalah aktiviti yang memperseimbangkan segala sumber organisasi
dan menentukan kerja-kerja dilaksanakan mengikut peraturan, cekap dan
menjimatkan. Fungsi ini penting supaya Pengurus Kedai Sedap Corner dapat
menentukan kerja yang mesti dijalankan bagi mencapai objektif yang telah dirancang,
membahagi-bahagikan kerja kepada tugas untuk membolehkan pengkhususan serta
mewujudkan saluran komunikasi yang dapat menyelaraskan semua kerja supaya
berjalan lancar seperti yang dirancang.

Antara cara untuk membuat pengorganisasian adalah menggunakan carta


organisasi. Hal ini supaya setiap pekerja sedar tentang kedudukannya dan fungsi
masing-masing. Melalui cara ini juga dapat mengurangkan berlakunya seperti
komunikasi dan arahan tidak mengikut saluran yang betul. Rajah ini menunjukkan
kedudukan secara formal tenaga pekerja dalam Kedai Sedap Corner.

Puspa Ayu Binti Sani

Pengurus Kedai Sedap Corner

19 Pekerja D
Pekerja A Pekerja B Pekerja C
Rajah 1 : Carta
Organisasi
Kedai Sedap Corner

Skop pengurus Kedai Sedap Corner adalah merancang dan mengurus segala
aktiviti yang perlu dilaksanakan dalam aktiviti perniagaan Kedai Sedap Corner.
Misalnya, Puan Ayu perlu menentukan setiap barang yang perlu dibeli setiap hari,
pekerja yang perlu membelinya serta mengira budget yang digunakan dalam
pembelian barang-barang. Bagi pekerja Kedai Sedap Corner pula, bidang tugas
mereka adalah pelbagai dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh Puan
Ayu. Sebagai contoh, pekerja A dan B ditugaskan untuk membeli barangan dapur
manakala pekerja C dan D menjaga Kedai Sedap Corner sebagai juruwang dan
penjual.

5.3.3 Kepimpinan

Kepimpinan merupakan proses merealisasikan objektif organisasi melalui


dorongan, panduan dan tunjuk ajar kepada subordinat. Bagi memastikan yang
pimpinan dilakukan dengan sebaik mungkin, sikap kepimpinan yang baik harus
dimiliki oleh seseorang pemimpin atau pengurus syarikat. Seperti yang kita ketahui,
seseorang pengurus atau penyelia tidak dapat membuat semua tugasnya tanpa
memberikan sebahagian daripada tugas tersebut kepada orang bawahannya. Dalam
hal ini, beliau terpaksa melakukan penugasan dengan harapan bahawa individu yang
menggantikan tempat dan peranannya dapat melaksanakan tugas tersebut seperti yang
diharapkan. Di sini kebolehan dan keupayaan orang bawahannya merupakan satu
aspek penting yang menjadi asas penilaian pengurus berkenaan. Tetapi kebolehan dan
keupayaan semata-mata tidak memadai kerana kejayaan penugasan itu tadi juga
bergantung pada kualiti kepimpinan yang dimiliki oleh pengurus tersebut. Pendek
kata, perkataan kepimpinan di sini bolehlah diertikan sebagai kebolehan atau
keupayaan seseorang pengurus mempengaruhi orang lain.

Gaya kepimpinan yang digunakan oleh pengurus Kedai Sedap Corner adalah
secara demokratik iaitu keputusan diambil dengan mengambil kira pandangan orang

20
lain atau orang bawahan. Misalnya, jika pekerja Kedai Sedap Corner mempunyai
masalah atau kesilapan, pengurus Kedai Sedap Corner akan cuba berbincang untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi atau memperbaiki kelemahan pekerja. Hal ini
agar pengurus membenarkan pekerja berkongsi di dalam membuat keputusan dan
mencari jalan penyelesaian serta digunakan bagi memberi peluang kepada pekerja
untuk membangun dan meningkatkan pembangunan personaliti dan kepuasan kerja
bersama.

5.3.4 Pengawalan
Pengawalan ialah tatacara untuk menilai dan membandingkan pencapaian
dengan objektif perancangan serta mengadakan pembaikan. Pengawalan penting
supaya tidak berlaku penyelewengan daripada apa yang ditetapkan. Ini bukan sahaja
terhad pada mengawal tingkah laku manusia, tetapi juga dilakukan terhadap sesuatu
aktiviti, misalnya kawalan inventori, kawalan kualiti, kawalan pesanan, kawalan
pengeluaran dan sebagainya. Satu aspek penting dalam fungsi pengawalan ialah
ketepatan masa berlakunya sesuatu kawalan itu. Ini disebabkan dalam banyak
keadaan, jika kawalan tidak dilakukan tepat pada masa diperlukan, kesan atau hasil
kawalan tidak dapat memberikan faedah yang optimum. Dalam hal ini masa-masa
kawalan boleh dibahagikan pada tiga peringkat.

Pertama, Kawalan sebelum proses lebih dikenali dengan nama kawalan


pencegahan atau penyelenggaraan pencegahan. Kawalan jenis ini biasanya diamalkan
bagi aktiviti yang membabitkan input seperti tenaga kerja dan bahan mentah. Oleh
sebab itu, amat penting untuk memastikan kelancaran sesuatu barisan penghasilan,
bahan mentah dan alat masakan sebelum mula beroperasi. Pengurus Kedai Sedap
Corner memastikan bahan mentah yang dibeli pekerja mencukupi dan berkualiti untuk
menjalankan perniagaan. Bekas plastik air dan tempat meletak air juga akan
dipastikan bersih dan tidak mengalami sebarang kerosakan. Dengan cara ini, Puan
Ayu dalam mencegah apa-apa masalah yang berpotensi untuk menimpa ketika
berniaga,

Seterusnya adalah kawalan semasa proses, Kawalan jenis ini digunakan bagi
aktiviti pengeluaran sesuatu keluaran. Kawalan ini dibuat dengan tujuan untuk
mengawal kualiti keluaran yang ingin dikeluarkan serta menyisih barang cacat

21
daripada proses dan mematuhi proses kerja yang ditetapkan. Pendek kata kawalan
jenis ini dilakukan ketika proses pengeluaran sedang berjalan. Semasa proses
penghasilan makanan dan air di Kedai Sedap Corner, Puan Ayu akan memastikan
pekerja-pekerja mematuhi peraturan kebersihan dalam penyediaan makanan untuk
menjaga kesihatan pelanggan yang membeli di kedai tersebut. Jika terdapat makanan
yang sudah rosak atau basi, pekerja akan membuangnya dan menggantikan dengan
yang baru. Impaknya, walaupun terdapat masalah semasa menjalankan perniagaan,
pengurus Kedai Sedap Corner masih boleh melakukan langkah pembetulan.

Akhir sekali, kawalan selepas proses dilaksanakan. Kawalan jenis ini pula
lebih sesuai untuk menilai keberkesanan apa yang telah dilakukan dalam mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Kawalan ini biasanya dilakukan selepas tamat
sesuatu kegiatan. Melalui kawalan jenis ini juga, pengurus Kedai Sedap Corner boleh
pada masa yang sama menimbang keperluan memberikan ganjaran atau sebaliknya
terhadap pekerjanya. Selepas selesai aktiviti perniagaan, Puan Ayu akan menilai
prestasi pekerja-pekerjanya dan keuntungan dalam sehari bagi mengenalpasti
kelemahan yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan kualiti servis dan perniagaan.
Beliau juga akan mengesan sama ada keseluruhan aktiviti berjalan dengan betul dan
mencapai matlamat yang ditetapkan hari tersebut.

5.4 Cabaran Yang Dihadapi Usahawan Kedai Sedap Corner Dalam Perniagaan
Menjadi seorang usahawan bukanlah satu perkara yang mudah. Untuk menjadi
seorang usahawan yang berjaya pelbagai dugaan dan rintangan yang perlu ditempuhi.
Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa ada usaha untuk mendapatkannya. Hanya
individu yang tabah dan cekal mampu untuk bertahan di dalam dunia perniagaan yang
penuh dengan cabaran ini. Tambahan pula di zaman perkembangan teknologi masa
kini, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan haruslah seiring dengan pemodenan
agar dapat bersaing dengan pasaran luar disamping memenuhi keperluan dan

22
kehendak pengguna yang pelbagai. Terdapat dua jenis cabaran yang perlu ditempuh
usahawan Kedai Sedap Corner iaitu halangan dalaman dan halangan luaran.

5.4.1 Halangan Dalaman


Halangan dalaman adalah halangan yang wujud dalam diri usahawan itu
sendiri atau dalam syarikat usahawan. Persekitaran dalaman terdiri daripada faktor-
faktor seperti pesaing, pembekal, pelanggan, pekerja, pemegang saham. Dengan kata
lain, persekitaran dalaman adalah kumpulan semua kekuatan yang dekat dengan
organisasi perniagaan. Lebih-lebih lagi, faktor-faktor ini memberi kesan jangka
pendek kepada organisasi. Terdapat dua halangan dalaman yang dihadapi oleh Kedai
Sedap Corner semasa menjalankan aktiviti perniagaan iaitu pekerja dan pesaing.

1) Pekerja
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, pekerja bermaksud orang yg
bekerja (lazimnya utk mendapat bayaran atau memperoleh pendapatan), orang
yg memegang sesuatu jawatan (dlm perkhidmatan awam atau swasta). Secara
ringkasnya, pekerja adalah individu yang diupah oleh majikan untuk
melakukan pekerjaan tertentu. Pekerja itu diupah oleh majikan selepas
permohonan dan proses temuduga hasil dalam pemilihannya sebagai pekerja.
Pemilihan ini berlaku selepas pemohon didapati oleh majikan untuk menjadi
pemohon yang paling berkelayakan untuk melakukan pekerjaan tersebut.

Sumber ini tidak dinafikan merupakan yang peling penting untuk


menjalankan sesuatu perniagaan namun juga boleh menjadi faktor
kemerosotan sesebuah organisasi. Kedai Sedap Corner turut tidak terlepas
daripada menghadapi masalah ini. Cabaran yang dihadapi oleh pengurus
Kedai Sedap Corner dari segi pekerja adalah sikap pekerja. Usahawan Kedai
Sedap Corner pernah melaporkan beberapa kes kelewatan pekerjanya ke
tempat kerja dan juga ada yang langsung tidak datang. Hal ini menyebabkan
aktiviti perniagaan Kedai Sedap Corner menjadi tidak lancar kerana
kekurangan beberapa pekerja dalam tempoh masa tertentu.

2) Pesaing

23
Pesaing adalah pesaing yang berusaha untuk memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan yang sama. Organisasi mesti membangunkan strategi
untuk membina kelebihan daya saing yang mampan. Jika berjaya, mereka
akhirnya boleh menjual lebih banyak produk dan membuat lebih banyak
keuntungan. Jika organisasi gagal menganalisis kekuatan, kelemahan, strategi
dan bidang kelemahan pesaing, prestasi mereka akan menjadi kurang
optimum. Atas sebab sedemikian, organisasi perlu menghabiskan sebahagian
besar masa mereka mengkaji pergerakan strategik dan bahagian pasaran
pesaing. Kemudian, mereka menggunakan hasil analisis untuk merangka dan
mencari strategi untuk melawan.
Perkhidmatan penyediaan makanan adalah antara servis perniagaan
yang paling tinggi dilaksanakan di Malaysia termasuklah Kuala Penyu.
Terdapat banyak pesaing perkhidmatan makanan dan minuman di Kuala
Penyu yang perlu dihadapi oleh Kedai Sedap Corner. Antara pesaing mereka
yang menyediakan yang serupa adalah The Barista Café yang terletak
bersebelahan dengan Kedai Sedap Corner di Pekan Kuala Penyu. The Barista
Café menyediakan perkhidmatan yang hampir serupa dengan Kedai Sedap
Corner seperti penjualan air. Melalui pemerhatian yang dilakukan, produk
yang dijual dan reka bentuk Kedai The Barista Café kebanyakan terinspirasi
dengan francais besar seperti Tealive dan Starbucks yang mampu menarik
minat Generasi Z. Walaupun mempunyai saiz premis yang kecil, tempat yang
disediakan adalah amat selesa dan terdapat penghawa dingin untuk
menyejukkan suasana.

5.4.2 Halangan Luaran


Halangan Luaran perniagaan merujuk kepada faktor luar yang mempengaruhi
prestasi organisasi, membuat keputusan dan strategi semua perniagaan. Ia tidak hanya
mempengaruhi satu entiti perniagaan tetapi memberi kesan kepada kumpulan
perniagaan yang serupa pada masa yang sama. Halangan ini juga mempengaruhi
keputusan perniagaan yang akan dibuat dalam jangka masa panjang, mempengaruhi
secara tidak langsung dan merupakan unsur yang tidak boleh dikawal. Terdapat dua

24
halangan luar Kedai Sedap Corner iaitu politik dan undang-undang serta sosio-
budaya.

1) Politik dan Undang-Undang


Politik atau siasah adalah proses dan cara membuat keputusan untuk
sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada
kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik,
agama, dan institusi lain. Manakala undang-undang adalah sesuatu peraturan
atau keseluruhan peraturan yg digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti
dipatuhi oleh masyarakat yg berkenaan: dlm sesebuah negara demokrasi,
parlimen membuat ~ yg mesti diikut oleh setiap orang serta peraturan yg
digubal utk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dll) oleh orang-
orang tertentu. Pendek kata, cabaran ini berkait rapat dengan dasar dan
peraturan kerajaan.

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan


Malaysia, peniaga makanan dikehendaki untuk mengambil suntikan tifoid
supaya tiada jangkitan penyakit bawaan makanan dilaporkan. Hal ini
menyebabkan Usahawan Kedai Sedap Corner serta pekerjanya perlu
mengambil suntikan tersebut bagi meneruskan perniagaan. Harga bagi
mendapatkan suntikan typhoid di pusat kesihatan adalah Rm 70.00 dan keatas.
Menurut Akta Makanan 1983, pengendali makanan boleh didenda tidak
melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun jika tidak mematuhi dasar tersebut.

25
Gambar 1 : Kad Pengesahan Suntikan Typhoid Kedai Sedap Corner

2) Sosio-Budaya
Sosial adalah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan
masyarakat dan kemasyarakatan manakala budaya adalah tingkah laku sosial
dan norma yang terdapat dalam masyarakat manusia. Sosio-budaya ialah
amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir
dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai
bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup
masyarakat itu.
Ekoran daripada peningkatan jumlah kes yang mendadak pada bulan
Mac 2020, kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 di seluruh negara. Hal ini
menyebabkan ramai individu yang kehilangan pekerjaan disebabkan
penutupan sektor-sektor tertentu. Impaknya, golongan berpendapatan tinggi

26
dan sederhana semakin kurang di Kuala Penyu. Oleh itu, usahawan Kedai
Sedap Corner perlu menyelaraskan harga makanan dan minuman yang sesuai
dengan demografi penduduk Kuala Penyu. Dengan cara ini, mereka dapat
menarik lebih ramai pelanggan dengan tawaran produk yang lebih berpatutan.

27
6.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan pengkaji terhadap usahawan
Kedai Sedap Corner telah mencapai kesemua objektif yang ingin dicapai serta
informasi yang diberikan adalah lengkap.
Pengkaji mendapati bahawa usahawan Kedai Sedap Corner memiliki sifat
peribadi usahawan berjaya seperti kebolehsuaian, toleransi risiko dan selesa dengan
kegagalan serta tabii orang berjaya iaitu fikirkan sama-sama menang dan fahami
orang sebelum orang memahami kita.
Dalam aspek lain, walaupun pengurus Kedai Sedap Corner menghadapi
pelbagai cabaran dalam menjalankan perniagaan, setiap satunya dapat diselesaikan
disebabkan kebolehan usahawan dalam kebolehsuaian.
Menurut kajian yang dijalankan, pengkaji bercadang kepada usahawan Kedai
Sedap Corner untuk membuka premis yang lebih besar seperti kafe moden yang
mempunyai perkhidmatan wifi percuma serta dilengkapi penghawa dingin. Selain itu,
Puan Ayu juga boleh membuka lebih banyak cawangan di luar kawasan pekan Kuala
Penyu seperti di Kawasan Menumbok agar dapat mencapai sasaran pasaran yang
lebih ramai.
Tuntasnya, pengkaji berharap cadangan yang dikemukakan dapat membantu
dalam perkembangan perniagaan Kedai Sedap Corner serta pengkaji lain yang ingin
melanjutkan kajian dalam topik yang sama.

28
29
1
http://empireazlayan.blogspot.com/2013/01/apakah-maksud-usahawan-dan-keusahawanan.html
2
Kamus Dewan Edisi Ke-4
3
Temubual Bersama Pengurus Kedai Sedap Corner
4
https://online.hbs.edu/blog/post/characteristics-of-successful-entrepreneurs
5
Temubual Bersama Pengurus Kedai Sedap Corner
6
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perniagaan
7
Buku Pengurusan Perniagaan Kecil

You might also like