You are on page 1of 22

1.

0 TAJUK, ABSTRAK, PENGENALAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri, kaedah memulakan perniagaan,


peranan dan cabaran Mohd Kasila dalam menjalankan perniagaan Hajar Hafsyah
Enterprise.

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti ciri-ciri usahawan yang dimiliki oleh Mohd
Kasila dalam mengorganisasikan perniagaannya. Kajian ini juga berkaitan dengan kaedah
yang digunakan oleh Mohd Kasila semasa memulakan perniagaan kedai burger tersebut.
Peranan dan cabaran yang dihadapi oleh Mohd Kasila turut dikaitkan dalam kajian ini bagi
mendapatan hasil kajian yang lebih tepat. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan
kaedah data primer iaitu pemerhatian di premis perniagaan Hajar Hafsyah Enterprise dan
menemubual usahawan Mohd Kasila berkaitan dengan perniagaannya dan kaedah data
sekunder iaitu rujukan perpustakaan berkaitan dengan perniagaan ikan segar.

Kajian ini adalah mengenai tentang seorang usahawan tempatan yang menjalankan
perniagaan ikan segar bagi kelangsungan hidupnya. Beliau telah memulakan perniagaan
tersebut pada tahun 2015 bagi mengembangkan bakat beliau dalam dunia perniagaan selain
mengaut keuntungan yang maksimum. Selain itu, beliau berharap, dengan perniagaan yang
dijalankan ini, beliau dapat berkhidmat kepada semua golongan masyarakat dan negara.

1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama berkaitan usahawan tempatan
bagi premis perniagaan Hajar Hafsyah Enterprise. Objektif-objektif tersebut ialah;

2.1 Mengenalpasti ciri-ciri usahawan Mohd Kasila dalam mengorganisasikan premis Hajar
Hafsyah Enterprise.

2.2 Menganalisis kaedah usahawan memulakan perniagaan Hajar Hafsyah Enterprise.

2.3 Membincangkan peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam


organisasi Hajar Hafsyah Enterprise.

2.4 Menentukan cabaran usahawan dalam mengorganisasi perniagaan Hajar Hafsyah


Enterprise.

2
3.0 LATAR BELAKANG

Mohd Kasila seorang usahawan tempatan yang mempunyai sifat inisiatif yang tinggi
dalam melakukan sesuatu perkara. Beliau juga seorang yang sanggup berkorban demi
mencapai matlamat yang ditetapkan. Beliau juga seorang individu yang bijak dalam
mengambil peluang demi mengaut keuntungan yang maksimum semasa
mengorganisasikan premis perniagaan beliau iaitu Hajar Hafsyah Enterprise.

Bagi memajukan perniagaan ikan segar beliau, Mohd Kasila mengamalkan tabiin orang
yang berjaya dengan bersikap proaktif. Beliau sentiasa berusaha untuk mencari idea-idea
baharu yang bernas untuk menambahbaik perniagaannya. Mohd Kasila memulakan
perniagaan tersebut dengan berorientasikan matlamat beliau iaitu ingin menjadi seorang
usahawan yang berjaya di kampung halamannya. Bagi mengelakkan sebarang kerugian
berlaku, beliau lebih gemar berfikiran 'menang-menang' dengan semua pihak seperti
pesaing, pemborong, pembekal dan pelanggan beliau.

Kaedah memulakan perniagaan yang digunakan oleh Puan Mastura adalah memulakan
sendiri. Bagi menubuhkan perniagaan ikan segar ini, beliau berusaha untuk mendaftarkan
perniagaan, mencari lokasi yang strategik dan membuka perniagaannya dari peringkat
awal. Alasan Mohd Kasila dalam membuka perniagaannya adalah supaya beliau
mendapat kebebasan dan imej perniagaan beliau dapat dipertingkatkan.

Peranan usahawan yang dijalankan oleh Mohd Kasila dalam menguruskan perniagaan ikan
segar tersebut adalah perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan.
Beliau sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat beliau dengan melakukan aktiviti yang
efektif bagi mencapai matlamat tersebut. Selain itu, beliau juga sentiasa akan memantau
proses aktiviti perniagaan beliau supaya perancangan yang dibuat dapat dicapai.

3
4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian dijalankan bertujuan untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil
kajian. Bahagian ini menerangkan tentang kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji
dalam melaksanakan kajian ini dengan lebih baik. Kaedah kajian yang digunakan oleh
pengkaji adalah dengan menggunakan dua sumber data iaitu data primer dan data sekunder.

4.1 DATA PRIMER

Data primer menunjukkan data yang dikumpul dan direkod oleh pengkaji secara langsung
dari sumber kajian.

4.1.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan alternatif yang ada dalam pengumpulan


maklumat yang memerlukan pengkaji memerhati situasi sebenar di kawasan
kajian dan premis perniagaan yang ingin dikaji

4.1.2 Temubual

Kaedah temubual merupakan perbualan dua hala yang bertujuan untuk


mengumpul maklumat kajian dengan lebih tepat. Melalui kaedah ini,
pengkaji akan memperolehi data kajian daripada responden secara lisan.
Selain itu, kajian ini juga dapat membantu pengkaji menganalisis tentang
premis perniagaan yang dikaji dengan lebih luas dan tepat.

4.2 DATA SEKUNDER

Data sekunder adalah merupakan data yang diperoleh daripada bahan rujukan seperti buku
jurnal, akhbar dan majalah. Pengkaji telah membuat rujukan seperti mengenalpasti ciri-ciri
yang perlu ada pada seseorang usahawan berdasarkan pemerhatian terhadap usahawan
yang dikaji.

Dengan kaedah ini juga, ia dapat membantu pengkaji menganalisis kaedah permulaan
perniagaan, peranan usahawan dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan dalam memimpin
dan mengurus sesebuah organisasi.

4
5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007), dapatan kajian
bermaksud sesuatu yang didapati atau diketemui hasil daripada penyelidikan dan
penemuan seperti menyediakan laporan tentang beberapa daripada kajian yang dijalankan.

Di bahagian dapatan ini, pengkaji akan menghuraikan tentang hasil penyelidikan yang
ditemui mengenai usahawan Mohd Kasila yang menjalankan perniagaan ikan. Antaranya
adalah ciri-ciri usahawan berjaya yang dimiliki oleh beliau, kaedah beliau memulakan dan
menjalankan perniagaan, peranan beliau dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam
organisasi dan seterusnya cabaran yang dihadapi oleh beliau dalam menjalankan
perniagaan.

5.1 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

Ciri-ciri usahawan berjaya merujuk kepada sifat-sifat peribadi yang dimiliki oleh seseorang
usahawan dalam usaha membangunkan sesuatu perniagaan miliknya. Ciri-ciri ini
termasuklah sifat-sifat peribadi usahawan yang berjaya, ciri-ciri yang efektif dan memiliki
faktor kejayaan seimbang. Contoh ciri-ciri usahawan yang berjaya adalah
bertanggungjawab dan berani dalam mengambil risiko.

5.1.1 SIFAT-SIFAT PERIBADI USAHAWAN BERJAYA

Antara sifat-sifat peribadi usahawan Berjaya yang dimiliki oleh usahawan Mohd
Kasila adalah mempunyai sifat inisiatif yang tinggi, sanggup berkorban dan
bijak merebut peluang perniagaan yang ada bagi memajukan perniagaan yang
dijalankan.

5.1.1.1 MEMPUNYAI SIFAT INISIATIF YANG TINGGI

Sifat ini merujuk kepada tindakan usahawan dalam melaksanakan


tanggungjawab tanpa diarah dan dipaksa. Usahawan mempunyai
kecenderungan dalam mengenalpasti dan menganalisis sesuatu situasi dan
seterusnya mengambil tindakan secara proaktif. Melalui temubual, isteri
usahawan mengatakan bahawa ketika pandemik melanda pada tahun 2020,
suaminya iaitu usahawan Mohd Kasila, terpaksa mencari inisiatif lain bagi

5
membolehkan perniagaannya berjalan seperti biasa. Mereka tidak
dibenarkan berniaga di mana-mana tempat. Jadi, usahawan Mohd Kasila
membuat keputusan untuk menjual ikan tersebut di rumahnya buat
sementara waktu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dijalankan. Sepanjang tempoh ini, beliau menawarkan perkhidmatan Cash
On Delivery (COD) di mana beliau mengambil tempahan dari Facebook
dan Whatsapp, kemudian menghantar tempahan tersebut ke rumah
pelanggan. Hal ini demikian bagi mengelakkan penyebaran wabak covid-
19.

Gambar 1: Isteri Mohd Kasila mempromosikan jualan di laman


'Facebook'

5.1.1.2 SANGGUP BERKORBAN

Sifat ini merujuk kepada seorang usahawan yang sanggup berkorban dari
segi masa, kewangan dan tenaga dalam menghadapi cabaran dan halangan
dalam perniagaan. Melalui pemerhatian yang dijalankan, pengkaji
mendapati bahawa usahawan Mohd Kasila merupakan seorang usahawan
yang sanggup berkorban masanya demi melancarkan urusan perniagaan
miliknya. Pengkaji diberitahu bahawa usahawan Mohd Kasila akan mula
bangun pada pukul 4pagi untuk ke Kuala Terengganu bagi mengambil ikan
daripada pembekal. Setelah itu, beliau akan tergesa-gesa pulang dan

6
berniaga di pasar pagi. Hal ini kerana, ikan yang dijual oleh beliau amat
dinanti-nantikan oleh pelanggan di sekitar kawasan bandar kerana harga
ikan yang dijual oleh beliau agak berpatutan. oleh sebab ini, beliau sanggup
berkorban asalkan pelanggannya berpuas hati dengan perniagaannya.

5.1.1.3 BIJAK MEREBUT PELUANG PERNIAGAAN

Sifat ini merujuk kepada seseorang usahawan yang dapat meramal dan
menganalisis peluang yang boleh membawa kepada keuntungan. Melalui
temubual, pengkaji diberitahu bahawa usahawan Mohd Kasila agak bijak
dalam merebut peluang yang ada. Jika tiba musim harga makanan laut
murah, seperti ketam, lala dan kerang, beliau akan terus mendapatkan
bekalan tersebut daripada pembekalnya di Kuala Terengganu tanpa
berlengah. Hal ini kerana, beliau sudah peka dan sedia maklum, jika beliau
berlengah dan menunda perkara tersebut, bekalan produk tersebut akan
habis dibeli oleh peniaga-peniaga lain. Hal ini boleh mendorong beliau ke
arah satu kerugian kerana produk makanan laut itu merupakan salah satu
produk kegemaran yang banyak dibeli oleh pelanggannya.

Gambar 2: Produk yang dijual oleh Mohd Kasila

7
5.1.2 TABII ORANG YANG BERJAYA

Orang yang berjaya mempunyai beberapa tabiat yang membuatkan mereka berbeza
daripada orang lain. Lama-kelamaan tabiat efektif ini akan membuat mereka
berbeza. Melalui temubual, pengkaji dapat memerhatikan bahawa usahawan Mohd
Kasila turut mempunyai tabii beliau yang tersendiri. Antaranya adalah beliau lebih
bersikap proaktif, berfikiran menang-menang dan berorientasikan matlamat.

5.1.2.1 BERSIKAP PROAKTIF

Proaktif ialah sikap seseorang yang mempunyai inisiatif yang tinggi serta
tanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas. Melalui pemerhatian yang
dijalankan, usahawan Mohd Kasila merupakan seseorang yang bersikap
proaktif. Hal ini kerana beliau merupakan seorang individu yang suka
bekerja. Sebelum pandemik Covid-19 melanda, beliau melakukan
perniagaan ikan sambil bertani. Beliau menanam beberapa jenis sayur-
sayuran seperti timun batang, kacang panjang, terung dan kacang buncis.
Sayur-sayuran ini akan dijual bersama dengan ikan di pasar pagi. pada
waktu lapang, beliau akan membersihkan lori dan semua kotak ikan yang
digunakan semasa berniaga. Hal ini kerana, beliau tidak sukakan
persekitaran yang kotor.

5.1.2.2 BERFIKIRAN MENANG-MENANG

Abu Bakar Hamed (2005) mengatakan bahawa berfikiran ‘menang-


menang’ mereka yang boleh bertindak sebagai satu pasukan dengan bekerja
sama-sama secara harmoni untuk mencapai kejayaan bersama. Semasa sesi
temubual, pengkaji diberitahu bahawa, usahawan Mohd Kasila pernah
bergaduh dengan pesaingnya kerana merebut tapak perniagaan di pasar
pagi. Ianya bermula apabila pesaing beliau membuka khemah mereka
sehingga memasuki kawasan tapak perniagaan beliau kerana tapak
perniagaan mereka agak sempit. Namun begitu, usahawan Mohd Kasila
merupakan seorang individu yang tidak suka memanjangkan sesuatu
perkara yang tidak berfaedah. Dengan itu, Mohd Kasila mula mengeluarkan

8
sebuah persetujuan dimana, beliau mengizinkan pesaingnya memasuki
kawasan perniagaannya, dengan syarat untung yang bakal diperoleh oleh
mereka harus dikongsi sebagai bayaran tapak perniagaan.

5.1.2.3 BERORIENTASIKAN MATLAMAT

Dengan mengingati matlamat, bermakna seseorang individu atau usahawan


dapat memahami dengan jelas tentang destinasi yang hendak dituju.
Seseorang usahawan yang efektif akan menetapkan matlamat, sasaran atau
objektif terlebih dahulu dalam segala tindakan yang dirancang. Melalui
temubual bahawa usahawan seseorang yang bermatlamat. Beliau akan
sentiasa berusaha melakukan apa saja perkara agar matlamat beliau
tercapai. Contohnya, matlamat utama beliau menjalankan perniagaan ini
adalah untuk mengubah kehidupannya kepada yang lebih baik. Hal ini
kerana, kata beliau, perniagaan ikan ini mempunyai banyak kelebihan.
Antaranya adalah untung yang diperolehi lebih banyak dan jangka masa
penjualan ikan lebih panjang. Dengan ini, beliau bermatlamat untuk
mengaut keuntungan yang maksimum supaya beliau dapat beri kehidupan
yang senang kepada keluarga kecilnya.

5.2 MEMULA DAN MENJALANKAN PERNIAGAAN

Memula dan menjalankan perniagaan merujuk kepada idea yang dikenalpasti sebelum
memulakan sesebuah perniagaan. Ianya melibatkan kaedah memulakan perniagaan,
pembiayaan dan sumber modal dan kemudahan bantuan.

5.2.1 MEMULAKAN SENDIRI

Kaedah memulakan perniagaan sendiri merujuk kepada seseorang usahawan yang


membina perniagaan baharu bermula dengan berusaha mendaftarkan perniagaan,
mencari lokasi dan membuka perniagaan bermula daripada peringkat awal.

Melalui kaedah temubual, pengkaji diberitahu bahawa usahawan Mohd Kasila


merupakan seorang yang suka berniaga. Beliau mula berniaga pada tahun 2013

9
bersama ibu dan isterinya di pasar malam. Antara produk yang dijual olehnya
adalah air tebu, gula-gula kapas dan ‘popcorn’. Pada tahun 2014, selepas banjir
besar melanda negeri Kelantan, beliau mula berniaga apam balik di hadapan Bank
Rakyat. Keuntungan yang diperolehi olehnya adalah sebanyak RM3800 selama
14hari berniaga. Berbekalkan keuntungan ini, beliau mencabut sebanyak RM2500
bagi dijadikan modal tangga untuk memulakan perniagaan ikan.

Pada tahun 2015, beliau mula mendaftar SSM sebagai langkah pertama memulakan
perniagaannya. Kemudian beliau mencari pembekal yang dapat membekalkan stok
ikan segar kepada beliau. Beliau mendapatkan stok bekalan ikan segar di LKIM
perikanan di Kuala Besut yang merupakan pembekal utama ikan segar.

Alasan beliau memulakan perniagaan sendiri adalah untuk mendapat kebebasan.


Beliau bebas untuk membuat sebarang keputusan terhadap perniagaannya dalam
menentukan jenis produk yang ingin dijual. Selain itu, beliau ingin meningkatkan
imej perniagaan beliau sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana perniagaan.

Gambar 3: Sijil SSM yang didaftar oleh Mohd Kasila

10
5.3 PERANAN USAHAWAN DALAM MELAKSANAKAN FUNGSI
PENGURUSAN DALAM ORGANISASI

Fungsi pengurusan merujuk kepada melaksanakan sesuatu kerja melalui sumber-sumber


organisasi, iaitu manusia, kewangan, bahan mentah dan modal kea rah mencapai matlamat
dan objektif yang telah ditetapkan secara cekap dan berkesan. Mohd Kasila memainkan
peranan dalam merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal perniagaan
miliknya.

5.3.1 PERANCANGAN

Perancangan membawa maksud sebagai satu proses yang menentukan


matlamat organisasi yang ingin dicapai dan membentuk tindakan yang
paling sesuai untuk diambil bagi mencapai matlamat tersebut. Melalui
temubual, pengkaji diberitahu bahawa Mohd Kasila seseorang yang
sentiasa menetapkan matlamatnya dan akan berusaha sebaik mungkin
supaya matlamatnya tercapai. Contohnya, beliau ingin mengaut keuntungan
yang maksimum. Bagi mencapai matlamat tersebut, beliau akan membuat
perancangan seperti menjual ikan pada harga yang berpatutan. Dengan ini,
beliau dapat menarik lebih ramai pelanggan ke premis perniagaannya.

5.3.2 PENGORGANISASIAN

Pengorganisasian merujuk kepada satu proses penyelarasan atau


pengagihan sumber manusia dan sumber lain dalam organisasi untuk
melaksanakan tugas atau rancangan yang telah ditetapkan bagi mencapai
matlamat organisasi. Melalui pemerhatian, pengkaji dapat memerhatikan
bahawa Mohd Kasila dapat menyelaras tugas pekerja dengan baik. Pekerja
yang dilantik akan diberitahu tentang perkara yang perlu dilakukan dan
perkara yang tidak perlu dilakukan. Pekerja akan diagihkan tugas mengikut
kemahiran masing-masing. Contohnya, pekerja yang mahir mengira akan
ditugaskan untuk menjaga duit jualan dan pekerja yang mahir dalam
menarik minat pelanggan akan melayani pelanggan. Mohd Kasila akan

11
memahami dan mengenal kelebihan dan kekurangan yang ada pada
pekerjanya bagi mewujudkan pekerja yang lebih efektif.

5.3.3 KEPIMPINAN

Kepimpinan bermaksud satu proses yang mempengaruhi gelagat pekerja


agar mereka dapat melaksanakan tugas atau rancangan yang telah dibuat
dengan cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Melalui
temubual, pengkaji diberitahu bahawa usahawan suka memberi motivasi
kepada pekerjanya agar dapat membantu menaikkan semangat dalam
kalangan pekerja. Mohd Kasila akan sentiasa memberi contoh tauladan
yang baik kepada pekerja beliau. Contohnya beliau akan bersemangat
dalam melakukan tugas beliau disamping bersikap amanah terhadap diri
sendiri. Dengan ini, pekerja juga akan dilatih untuk bersikap amanah dan
bertanggungjawab terhadap perniagaan. Jika terhadap keuntungan
perniagaan yang lebih, Mohd Kasila akan membayar gaji dan bonus yang
lebih kepada pekerjanya. Hal ini adalah untuk menghargai pekerjanya.

Gambar 4: Pekerja Mohd Kasila melayani pelanggan

5.3.4 PENGAWALAN

Pengawalan membawa maksud satu proses memantau aktiviti dan


pencapaian supaya perancangan yang dibuat mencapai matlamat atau
sasaran. Melalui pemerhatian yang dilakukan, Mohd Kasila akan sentiasa

12
membuat pengawalan terhadap perniagaannya. Beliau akan sentiasa
memantau keadaan kualiti dan kuantiti yang dipamerkan kepada pelanggan.
Jika terdapat ikan yang buruk, atau rosak, beliau akan membuangnya atau
memberinya kepada haiwan seperti kucing dan anjing bagi mengelakkan
pembaziran. Kawalan ini dibuat adalah untuk menjaga kualiti produk yang
dijual supaya pelanggan sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang
disediakan oleh beliau.

Gambar 5: Bekalan stok ikan

5.4 CABARAN DALAM PERNIAGAAN

Cabaran merupakan suatu situasi atau keadaan yang dapat mempengaruhi prestasi
perniagaan secara langsung dan tidak langsung. Dalam perniagaan, cabaran terbahagi
kepada dua aspek iaitu aspek persekitaran dalam dan aspek persekitaran luaran.

5.4.1 ASPEK PERSEKITAN DALAMAN

Aspek ini merupakan pihak-pihak berkepentingan bagi sesebuah organisasi perniagaan


yang akan memberi pengaruh secara langsung dan dapat memberi kesan kepada operasi
dan prestasi perniagaan.

5.4.1.1 PESAING

Pesaing merujuk kepada perniagaan lain dalam industri yang sama yang
mengeluarkan atau menawarkan barang dan perkhidmatan yang hampir

13
sama dalam pasaran yang sama. Melalui temubual, pengkaji diberitahu
bahawa Mohd Kasila memiliki ramai pesaing dalam bidang perniagaan
tersebut. Pesaing beliau sentiasa mahu bersaing rapat dengan beliau. Jika
beliau mempunyai produk makanan laut, pesaing beliau juga akan berusaha
untuk memiliki produk tersebut. Cara beliau mengatasi cabaran ini adalah,
beliau menetapkan harga produk yang lebih berpatutan. Sebagai contoh,
jika harga pasaran untuk ikan Selayang adalah sebanyak RM12, beliau akan
menjualnya sebanyak RM7. Hal ini adalah kerana, beliau yakin, pesaingnya
yang lain tidak berani untuk meletakkan harga jualan yang sebegitu.

5.4.1.2 PEMBEKAL

Pembekal membawa maksud pihak yang membekalkan bahan mentah,


barang separuh siap dan barang siap kepada perniagaan untuk
mengeluarkan barangan serta perkhidmatan yang diperlukan oleh
pelanggan. melalui temubual,pengkaji diberitahu bahawa, cabaran yang
dihadapi daripada pembekal adalah, produk yang dibekalkan adakalanya
produk yang tidak berkualiti. Selain itu, apabila tiba musim hujan,
pembekal tidak dapat membekalkan produk kerana tiada stok. Hal ini
kerana nelayan tidak akan turun ke laut untuk menangkap ikan jika tiba
musim hujan ekoran risiko yang tinggi.

Gambar 6: Pusat perikanan yang merupakan pembekal utama Mohd Kasila

14
5.4.2 ASPEK PERSEKITARAN LUARAN

Merupakan satu persekitaran di luar organisasi yang memberikan tekanan dan kesan tidak
langsung terhadap operasi dan prestasi sesebuah perniagaan.

5.4.2.1 PERSEKITARAN EKONOMI

Merujuk kepada keadaan ekonomi, sistem ekonomi yang diamalkan, kuasa


beli pengguna, perubahan harga barang, dinamik, pasaran, keadaan risiko
dan ketidakpastiaan dalam ekonomi dan pasaran dan lain-lain. Melalui
temubual, Mohd Kasila mengatakan bahawa keadaan ekonomi pada masa
sekarang amat membimbangkan beliau. Hal ini kerana keadaan ekonomi
mampu mempengaruhi kenaikan harga pasaran ikan. Jika harga pasaran
ikan naik, usahawan Mohd Kasila terpaksa menaikkan harga jualan ikan.

5.4.2.2 PERSEKITARAN PERSAINGAN DAN JARINGAN

Persaingan merupakan firma-firma atau perniagaan lain dalam industri atau


pasaran yang sama. Hal ini merupakan ancaman terhadap perniagaan kerana
perlu bersaing dengan perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama
atau produk pengganti dalam pasaran yang sama. Melalui temubual, Mohd
Kasila ada mengatakan bahawa, suatu ketika, pesaingnya yang lain juga
turut menghasilkan produk yang berkualiti. Keadaan ini turut menggugat
perniagaannya. Oleh sebab itu, beliau mula menetapkan objektif baharu
bagi mengubah strategi perniagaan beliau. Contohnya seperti masa
pembukaan gerai beliau di pasar. Biasanya beliau akan membuka gerainya
lebih awal berbanding pesaingnya yang lain. Hal ini justeru bagi
meyakinkan pelanggan bahawa premisnya mampu menjual produk yang
berkualiti.

15
6.0 PENUTUP

Di bahagian ini, pengkaji akan mengrumuskan hasil dapatan kajian yang diperoleh secara
menyeluruh. Selain itu, pengkaji akan mencadangkan beberapa cadangan yang boleh
digunakan oleh usahawan bagi menambahbaik perniagaannya.

6.1 KESIMPULAN

Usahawan merupakan seseorang yang memulakan sesuatu perniagaan atau


sentiasa mencuba atau mencipta sesuatu yang baharu dalam perniagaan.
Usahawan harus memiliki ciri kreatif dan inovatif bagi menghasilkan
sesuatu yang baru. Menurut Rosli Mahmood et al (2010), beliau
menyatakan bahawa usahawan ialah seseorang yang mengusaha sesuatu
perniagaan sehingga berjaya mencapai matlamat keuntungan disamping
mengamalkan amalan strategik untuk terus berjaya.

Usahawan yang dipilih oleh pengkaji ialah Mohd Kasila yang mengusaha
sebuah perniagaan ikan segar. Sebab pengkaji memilih beliau adalah kerana
beliau memiliki sifat-sifat yang baik sebagai seorang usahawan. Beliau
merupakan seorang usahawan yang sentiasa bersikap proaktif dalam
melakukan sesuatu perkara. Sebagai bukti, beliau sentiasa bersemangat
ketika menjual ikan segar di pasar. Beliau akan sentiasa membekalkan ikan
yang segar kepada pelanggannya. Hal ini demikian adalah supaya
pelanggan beliau sentiasa berpuas hati dengan produknya. Selain itu, beliau
juga mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi yang mendorong beliau
untuk sanggup mengambil risiko terhadap apa-apa jua keadaan. Sebagai
contoh, beliau tidak takut untuk menghadapi cabaran pesaing beliau. Beliau
sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran yang bakal dihadapi olehnya.
Cara beliau mengatasi pesaingnya adalah dengan menetapkan harga yang
berpatutan.

16
6.2 CADANGAN

Cadangan merujuk kepada sesuatu perkara atau usul yang dicadangkan bagi
membolehkan penambahbaikan dilakukan. Di bahagian ini, pengkaji akan
menyatakan tentang beberapa cadangan yang telah dicadangkan kepada usahawan
Mohd Kasila. Cadangan ini bukan sahaja dapat dijadikan sebagai idea tambahan,
malah cadangan ini juga dapat membantu usahawan untuk mengatasi permasalahan
yang bakal dihadapi oleh beliau pada masa hadapan.

6.2.1 Membuat logo atau sticker perniagaan sendiri

Tujuan pengkaji mencadangkan cadangan sebegini kepada usahawan


adalah kerana logo bisnes merupakan muka depan bagi sesebuah syarikat.
Logo bisnes ini akan menjelaskan siapa kita dan apa yang kita lakukan.
Dengan adanya logo bisnes juga, masyarakat akan tahu mengenai 'value'
atau 'standard' yang ada pada premis perniagaan kita yang dapat memberi
kelebihan kepada mereka ketika menggunakan perkhidmatan daripada
premis perniagaan kita.

Selain itu, dengan adanya logo bisnes, ia dapat menarik minat pelanggan
yang baru. Apabila logo bisnes diletakkan di laman sosial media dan
website perniagaan, pelanggan yang melihatnya akan tertarik dan akan cari
tahu lebih lagi mengenai premis perniagaan kita. Pastikan logo bisnes yang
kita miliki tidak semestinya perlu nampak mewah dan mahal. Cukup
sekadar memenuhi ciri dan mempunyai identity perniagaan yang
dijalankan.

6.2.2 Membuat penambahan bahan jualan

Sebab pengkaji mencadangkan perkara ini adalah kerana, Mohd Kasila


hanya lebih memfokuskan kepada perniagaan barangan basah seperti ikan
segar dan makanan laut seperti kerang dan lala. Keperluan dan kehendak
pelanggan akan lebih terbatas. Contohnya seperti pelanggan yang
memerlukan barangan kering seperti keropok, sayur-sayuran dan barangan
dapur yang lain. Jika beliau membuat penambahan bahan jualan seperti

17
menjual sayur-sayuran, buah-buahan, barangan kering, pelanggan akan
lebih tertumpu dan tertarik kepada premis perniagaan beliau.

Hal ini demikian kerana, dengan adanya bahan jualan yang pelbagai,
pelanggan tidak lagi perlu mengunjungi banyak gerai jualan. Tambahan
pula, beliau seorang peniaga yang suka menetapkan harga barangan yang
lebih berpatutan. Dengan ini, beliau dapat mengaut keuntungan yang
maksimum.

6.2.3 Membuka premis kedai perniagaan sendiri.

Sebab pengkaji mencadangkan cadangan tersebut adalah kerana apabila


beliau memiliki premis kedai sendiri, beliau bukan sahaja dapat mengaut
keuntungan yang lebih tinggi, beliau juga dapat menjalankan peranan beliau
sebagai seorang usahawan yang berjaya kepada semua masyarakat.
Contohnya, beliau dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada
masyarakat setempat bagi membantu meningkatkan taraf hidup merek.

Selain itu, dengan adanya premis sendiri, beliau juga dapat menyediakan
pelbagai barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak
serta cita rasa masyarakat.

18
7.0 SENARAI RUJUKAN

7.1 Buku

Dr. Mokhtar Bin Pet. (2021). Nota Komprehensif Pengajian Perniagaan


Semester 3. Selangor: Local Publication (M) Sdn. Bhd

Dr. Mokhtar Bin Pet. (2016). Pengajian perniagaan (Pengurusan) STPM


Penggal. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Dr. Mokhtar Bin Pet. (2013). Pengajian Perniagaan (Perniagaan) STPM


Penggal 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

7.2 Facebook

Hajar Hafsyah

7.3 Laman Web

Thanushah. 2015. Dicapai April 25, 2022. Contoh Kerja Kursus Pengajian
Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) (KFC Malaysia).

http://thanushahsoniyasee96.blogspot.com/2015/11/contoh-kerja-kursus-
pengajian.html?m=1

19
LAMPIRAN

Gambar 7 & 8: Gambar usahawan bersama keluarga dan sijil SSM

Gambar 9 & 10: Pembekal utama Mohd Kasila

20
Gambar 11: Antara produk yang dijual oleh Mohd Kasila

Gambar 11 & 12: Jenis Ikan yang dijual

Gambar 13 & 14: Pekerja Mohd Kasila

21
Gambar 15 & 16: Borang temubual dan temubual bersama isteri Mohd Kasila

22

You might also like