You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Pengenalan 1

Maksud dan Konsep Entiti Perniagaan 2

Penjelasan dan Aplikasi Konsep Entiti Perniagaan 3- 4

Persekitaran Perniagaan 5-8

a. Analisis Elemen Persekitaran Pihak Berkepentingan


b. Analisis Elemen Persekitaran Pihak Umum

Entiti Perniagaan

a. Perbandingan Entiti Perniagaan 9-10

Rujukan 11

0
PENGENALAN

Popular Book Co. Sdn Bhd (POPULAR) ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang terletak
di F-101, First Floor, 1 Borneo Hypermall, Jalan Sulaman Highway, 88450 Kota Kinabalu,
Sabah. POPULAR merupakan perniagaan yang menawarkan penjualan buku, alat tulis dan
bahan multimedia kepada pengguna-pengguna di kawasan tersebut. Tujuan utama perniagaan
ini ditubuhkan adalah untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang mengguna alat
tulis, buku dan bahan multimedia dengan menawarkan berbagai-bagai jenis barang niaga. Selain
itu, perniagaan ini ditubuhkan untuk memaksimumkan keuntungan untuk memastikan
perniagaan terus wujud dan kekal di dalam pasaran.

1
MAKSUD DAN KONSEP ENTITI PERNIAGAAN

POPULAR merupakan salah satu jenis perniagaan syarikat berhad. Ia merupakan perniagaan
yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ia terikat dengan Akta Syarikat
1965.

Ahli bagi POPULAR ialah pemilik saham atau pemegang syer syarikat. Bilangan pemegang
saham minimum dalam syarikat POPULAR ialah 2 orang dan had maksimum bilangan
pemegang saham ialah 50 orang.

Modal syarikat POPULAR terdiri daripada unit saham yang mempunyai nilai yang tertentu
yang dipanggil nilai tara atau nilai par. Modal disumbangkan melalui pelaburan dalam saham
syarikat POPULAR oleh pemegang saham.

Liabiliti pemegang saham adalah terhad kepada pelaburan yang disumbangkan kepada syarikat
POPULAR. Ini bermaksud aset peribadi pemegang saham tidak boleh diambil untuk
menjelaskan tuntutan pemiutang perniagaan.

Dasar syarikat POPULAR ditentukan oleh Lembaga Pengarah yang biasanya terdiri daripada
pemegang-pemegang saham yang dilantik oleh pemegang-pemegang saham lain dalam
mesyuarat agung tahunan. Pengurusan syarikat dikendalikan oleh pengurus profesional yang
dilantik oleh Lembaga Pengarah.

Untung syarikat POPULAR disalurkan kepada pemegang saham menerusi pemberian dividen.
Kadar dividen ditentukan mengikut jumlah keuntungan yang dicapai oleh syarikat POPULAR.

Syarikat POPULAR merupakan organisasi perniagaan yang kekal dan berterusan. Dari segi
undang-undang, syarikat POPULAR merupakan satu entiti yang sah dan terpisah dari
pemiliknya.

Syarikat POPULAR boleh memiliki harta, membuat perjanjian atas namanya, mendakwa atau
didakwa oleh orang lain.

Saham-saham syarikat POPULAR tidak disenaraikan di bursa saham kerana ia hanya


didedahkan dalam pelabur sahaja.

2
PENJELASAN DAN APLIKASI KONSEP ENTITI PERNIAGAAN

Entiti perniagaan ialah satu badan perniagaan yang mempunyai fungsi tersendiri. Oleh itu,
perniagaan boleh dikelaskan berdasarkan bentuk pemilikan perniagaan, aktiviti perniagaan yang
dijalankan, sektor industri di mana perniagaan itu beroperasi, jenis keluaran yang diterbit dan
dipasarkan dan juga peringkat perniagaan dalam aliran industri.

POPULAR merupakan sebuah syarikat sendirian berhad. Bilangan pemegang saham minimum
dalam syarikat POPULAR ialah 2 orang dan had maksimum bilangan pemegang saham ialah 50
orang.

Liabiliti perniagaan ialah tanggungan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh perniagaan
mulai tempoh masa perniagaan mula beroperasi. Pada dasarnya, liabiliti perniagaan dibahagikan
kepada dua jenis yang utama iaitu liabiliti terhad dan liabiliti tidak terhad. Liabiliti pemegang
saham adalah terhad kepada pelaburan yang disumbangkan kepada syarikat POPULAR. Liabiliti
terhad merupakan tanggungan perniagaan yang terhad kepada jumlah pelaburan yang dilaburkan
dalam perniagaan. Sekiranya pemilik perniagaan tidak mampu menjelaskan segala tanggungan
perniagaan apabila perniagaan gulung tikar, maka aset peribadi pemilik perniagaan tidak akan
terlibat langsung dalam melunaskan tanggungan perniagaannya. Ini bermaksud pemilik
perniagaan yang berliabiliti terhad hanya akan kehilangan jumlah modal yang dilaburkan dalam
perniagaan sahaja bagi tujuan melunaskan liabiliti perniagaan.

Syarikat POPULAR menjalankan perniagaan menjual buku, alat tulis dan bahan multimedia
kepada pengguna-pengguna di kawasan tersebut. Buku-buku yang ditawarkan adalah dalam
bahasa yang pelbagai antaranya adalah bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina, Bahasa KadazanDusun, dan lain-lain. Terdapat pelbagai varieti buku juga yang
dijual seperti novel, buku rujukan, buku latihan, komik, majalah dan sebagainya. Alat-alat tulis
seperti pen, pensel, pemadam, pembaris dan lain-lain dijual dari pelbagai jenama dari seluruh
negara. Ini meluaskan pilihan para pengguna untuk membeli alat tulis mengikut pilihan dan cita
rasa masing-masing. Antara bahan multimedia yang ditawarkan POPULAR adalah mesin
pencetak, CD-Rama, alat pembesar suara, alat mendengar lagu dan lain-lain. Bahan-bahan
multimedia ini juga disediakan dalam pelbagai jenis jenama yang terkemuka di seluruh dunia.
Secara holistiknya, POPULAR menawarkan barangan yang berkualiti kepada pengguna pada
harga yang berpatutan.

Dasar syarikat POPULAR ditentukan oleh Lembaga Pengarah yang biasanya terdiri daripada
pemegang-pemegang saham yang dilantik oleh pemegang-pemegang saham lain dalam
mesyuarat agung tahunan. Pengurusan syarikat dikendalikan oleh pengurus profesional yang
dilantik oleh Lembaga Pengarah. Perancangan POPULAR yang sangat strategik dan terurus
menyebabkan syarikat mampu beroperasi dengan lancar serta mudah. Ketiadaan dasar atau dasar

3
yang tidak strategik hanya akan memudaratkan operasi serta kendalian syarikat POPULAR.
Maka, bagi memastikan tiada kemelut berlaku dalam operasian syarikat POPULAR, syarikat
POPULAR senantiasa memastikan dasarnya sentiasa terkawal dan terurus.

Usahawan-usahawan yang menceburi diri dalam bidang perniagaan sering menghidapi


pelbagai risiko. Usahawan syarikat POPULAR juga tidak terlari daripada risiko ini. Antara risko-
risiko yang berpotensi adalah kerugian dari segi jualan, kekurangan jualan dalam satu tempoh
masa, dan banyak lagi. Oleh itu, bagi mengelakkan berlakunya masalah sebegini berlaku, pihak
POPULAR sememangnya sentiasa berusaha mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan
jualannya bagi memuaskan kepuasan pengguna tahap minima. Pengurusannya yang cekap juga
secara langsungnya mempernipiskan kemungkinan syarikat POPULAR menghadapi masalah
perniagaan yang banyak.

4
PERSEKITARAN PERNIAGAAN

A)Analisis elemen Persekitaran Pihak Berkepentingan

1.Masyarakat
Syarikat POPULAR membuat kajian tentang masyarakat di sekitar kawasan perniagaan
sebelum memulakan perniagaan di F-101, First Floor, 1 Borneo Hypermall, Jalan Sulaman
Highway, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. Kajian tentang demografi masyarakat di Sulaman dan
yang berdekatan dengannya membantu pihak POPULAR menentukan jumlah pengguna dalam
komuniti tersebut. Antara maklumat-maklumat yang pihak POPULAR telah kaji termasuklah
kuasa beli pengguna, taraf pendidikan, jenis pekerjaan, tahap pendapatan dan banyak lagi. Pihak
POPULAR juga peka terhadap tren populasi terkini untuk membolehkan perniagaannya
mencapai tahap kematangan di pasaran dan mampu bersaing di pasaran.

2.Pelabur/Pemodal
Merupakan pemilik yang menyumbangkan modal dalam perniagaan bagi mendapatkan
keuntungan. Pemodal POPULAR membeli saham syarikat dan inginkan pulangan dalam bentuk
dividen. Pelabur POPULAR terdiri daripada individu, syarikat, institusi dan badan-badan yang
ditubuhkan oleh kerajaan. Perniagaan POPULAR akan dapat diperluaskan hasil sumbangan
modal pelabur. Kedudukan kewangan syarikat yang kukuh member keyakinan kepada pelabur
untuk membuat pelaburan ke dalam syarikat.

3.Pembiaya
Pihak yang mengeluarkan dan membiayai modal sesebuah perniagaan. Pembiaya akan
memastikan syarikat perniagaan yang ingin dibiayai mempunyai prestasi yang baik dan
berpotensi mendapat untung. Contoh-contoh pembiayai POPULAR termasuklah bank, syarikat
kewangan, dan sebagainya. Pembiaya mendapat keuntungan dengan mengenakan kadar faedah
tertentu kepada peniaga iaitu peminjam.

4.Pekerja
Individu yang menyumbang kemahiran untuk melaksanakan aktiviti syarikat dan mendapat
upah sebagai ganjaran. Syarikat POPULAR mengupah sejumlah pekerja bagi membolehkan
perniagaan beroperasi dengan lancar. Pekerja-pekerja di syarikat POPULAR menyumbang
kemahiran mereka untuk melaksanakan aktiviti syarikat dan mereka mendapat upah sebagai
ganjaran. Pekerja di syarikat POPULAR terdiri daripada golongan mahir dan golongan separuh
mahir. Semangat kerjasama para pekerja di syarikat POPULAR membantu syarikat mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Gelagat pekerja-pekerja di syarikat POPULAR pula akan
mempengaruhi kejayaan atau kegagalan syarikat serta menggambarkan imej syarikat. Pekerja-

5
pekerja syarikat POPULAR yang berkemahiran dan berpengetahuan dapat menyumbang kepada
pertumbuhan perniagaan syarikat POPULAR.

5.Pelanggan
Syarikat POPULAR yang terletak di lokasi yang strategik di pusat membeli-belah One Borneo
membolehkannya mendapat pelanggan yang maksimum setiap hari. Pengguna merupakan
individu yang membeli dan menggunakan barang niaga yang ditawarkan syarikat. Kejayaan serta
kegagalan syarikat POPULAR ditentukan oleh pemutusan pembelian pelanggan. Citarasa
pengguna yang asyik berubah mempengaruhi jenis keluaran barang niaga, harga dan kualiti
keluaran syarikat POPULAR. Ia juga menggalak inovasi syarikat POPULAR untuk terus
meningkat dari masa ke semasa. Setiap pengguna mempunyai citarasa yang berbeza yang
menyebabkan mereka membuat keputusan untuk membeli pelbagai barangan yang ditawarkan
syarikat POPULAR.

6.Pembekal
Pihak yang menawarkan segala keperluan kepada POPULAR misalnya bahan mentah, pekerja
dan pengangkutan. Perniagaan POPULAR menjalinkan hubungan yang baik dengan pembekal
supaya bekalan dapat dihantar kepada peniaga apabila diperlukan pada harga yang berpatutan.
Ini juga untuk menjamin operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Sekiranya bekalan
yang dibekalkan adalah berkualiti, imej perniagaan akan meningkat dengan produk yang
berkualiti di pasaran.

7.Pesaing
Perniagaan lain yang mengeluarkan produk yang sama atau hampir sama dengan POPULAR
dalam satu industri yang sama. Tindakan atau strategi pesaing boleh mempengaruhi harga dan
kualiti produk yang dihasilkan. POPULAR melakukan inovasi untuk mengatasi saingan pesaing.
Strategi dan perancangan yang dibentuk untuk mengatasi persaingan membolehkan perniagaan
menjadi lebih kompetitif.

8.Kerajaan
Perniagaan POPULAR perlu mematuhi undang-undang dan kod etika yang diluluskan oleh
kerajaan. Cukai keuntungan yang dikenakan oleh kerajaan perlu dibayar oleh perniagan. Tugas-
tugas kerajaan termasuklah memberi lesen, menggubal dasar, menyediakan prasana, memastikan
perniagaan dijalankan mengikut prosedur, membuat kutipan cukai perlesesan, cukai perniagaan
dan lain-lain. Sebarang dasar dan perubahan dasar akan mempengaruhi aktiviti usahawan.

6
B)Analisis elemen Persekitaran Pihak Umum

1.Ekonomi
Merujuk kepada situasi ekonomi di dalam dan di luar negara. Kestabilan ekonomi sesebuah
negara akan menjamin perkembangan syarikat POPULAR tetapi jika berlaku kemelesetan
ekonomi, perniagaan akan mengalami masalah kerana kuasa beli pengguna yang menurun. Jika
permintaan meningkat, keuntungan syarikat POPULAR juga meningkat. Begitu juga jika
permintaan menurun, keuntungan syarikat POPULAR juga menurun.

2.Teknologi
Merujuk kepada kaedah baru untuk melakukan sesuatu kerja. Perkembangan teknologi
memberi kesan di mana perniagaan yang menggunakan teknologi terbaru dapat meningkatkan
produktiviti , menjimatkan masa pengeluaran dan mengurangkan kos perniagaan. Syarikat
POPULAR peka terhadap perkembangan teknologi semasa bagi menjamin kemandirian
perniagaan yang dijalankan.

3.Sosiobudaya
Merujuk kepada satu set nilai norma yang dipegang dan diamalkan oleh sesuatu kelompok
masyarakat. Setiap individu mempunyai corak kehidupan budaya yang berbeza dari segi agama,
adat resam dan cara hidup. Corak sosiobudaya sesebuah masyarakat memaksa syarikat
POPULAR menyesuaikan barangan dan perkhidmatan mengikut kehendak masyarakat.

4.Politik dan Undang-Undang


Politik ialah sistem dan parti yang memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara. Undang-
undang ialah peraturan dan dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah. Keadaan politik
yang stabil dapat membentuk dasar dan undang-undang yang akan menjamin aktiviti sesebuah
perniagaan berjalan dengan lancar. Kerajaan menggubal undang-undang dan peraturan untuk
kepentingan semua untuk memastikan wujud persaingan yang sihat di kalangan perniagaan,
melindungi pengguna dan mengawal aktiviti perniagaan daripada melakukan penyelewengan.
Undang-undang dan peraturan sesebuah negara seperti Malaysia menetapkan Akta Jualan
Langsung 1993, Akta Barangan Kawalan, Akta Kontrak dan sebagainya. Syarikat POPULAR

5.Global
Global ialah persekitaran di dunia yang merangkumi politik, undang-undang dan ekonomi
dunia yang mempengaruhi sesebuah perniagaan. Perniagaan perlu bersaing di peringkat
antarabangsa. Perniagaan global membolehkan peniaga sentiasa mementingkan kualiti dan

7
menjada imej syarikat serta negara. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh sesebuah negara
membolehkan peniaga menjalankan perniagaan di negara-negara asing.

6.Fizikal/Semulajadi
Meliputi semua sumber semula jadi seperti bahan galian, hasil tanaman , air, udara dan lain-
lain sumber asli yang diperlukan sebagai input untuk pengeluaran barangan. Pemasar perlu
menyedari pelbagai tren dalam persekitaran semulajadi iaitu kekuranan bahan mentah,
peningkatan harga sumber input, peningkatan populasi dan campurtangan kerajaan dalam
pengurusan sumber semulajadi.

8
ENTITI PERNIAGAAN

A) Perbandingan Entiti Perniagaan


Bagi milikan tunggal, bilangan pemilik hanya seorang sahaja. Pemilik dibantu oleh beberapa
ahli keluarga atau pekerja. Bilangan pemilik bagi perkongsian sekurang-kurangnya dua orang
dan had maksimum ialah 20 orang. Bilangan pemegang saham minimum dalam syarikat
sendirian berhad dan syarikat awam berhad ialah 2 orang. Had maksimum bilangan pemegang
saham dalam syarikat sendirian berhad ialah 50 orang. Tiada had maksimum bagi bilangan
pemegang saham syarikat awam berhad. Jumlah minimum ahli dalam koperasi ialah 50 orang
dan tiada had maksimum.

Bagi milikan tunggal, pemilik perniagaan itu sendiri yang melaburkan wang ke dalam
perniagaan sebagai modal. Modal yang dilabur biasanya kecil dan terdiri daripada simpanannya
atau daripada pinjaman. Modal perniagaan perkongsian disumbangkan oleh setiap pekongsi.
Pinjaman juga boleh dibuat daripada pekongsi, bank dan institusi kewangan jika modal tidak
mencukupi. Modal syarikat berhad terdiri daripada unit saham yang mempunyai nilai yang
tertentu yang dipanggil nilai tara atau nilai par. Modal disumbangkan melalui pelaburan dalam
saham syarikat oleh pemegang saham. Modal koperasi diperolehi menerusi penjualan saham
kepada ahli-ahlinya dan juga pungutan yuran daripada ahli.

Bagi milikan tunggal, pemilik berhak menerima semua keuntungan dan menanggung segala
kerugian. Pembahagian untung atau rugi dalam perkongsian ditentukan oleh Ikatan Perkongsian
yang dibuat semasa perniagaan ditubuhkan. Sekiranya tiada, untung atau rugi dibahagikan sama
rata seperti dalam Akta Perkongsian 1961. Untung syarikat disalurkan kepada pemegang saham
menerusi pemberian dividen. Kadar dividen ditentukan mengikut jumlah keuntungan yang
dicapai syarikat. Keuntungan koperasi diagihkan secara adil kepada ahli-ahli dalam bentuk
dividen.

Liabiliti perniagaan milikan tunggal adalah tidak terhad. Ini bermaksud pemilik
bertanggungjawab ke atas semua risiko perniagaannya. Jika perniagaan menjadi bankrap, aset
peribadinya mungkin perlu digunakan untuk menjelaskan semua hutang. Liabiliti bagi
perniagaan perkongsian juga tidak terhad dan kesannya sama seperti perniagaan milikan tunggal
iaitu pekongsi bertanggungjawab ke atas semua risiko perniagaannya. Liabiliti pemegang saham
adalah terhad kepada pelaburan yang disumbangkan kepada syarikat. Ini bermaksud aset peribadi
pemegang saham tidak boleh diambil untuk menjelaskan tuntutan pemiutang perniagaan.
Liabiliti bagi koperasi ialah terhad bergantung kepada modal yang dilaburkan.

Jangka hayat perniagaan milikan tunggal tidak kekal dan terbubar sekiranya pemilik meninggal
dunia, kerugian dan sebagainya. Perniagaan perkongsian juga tidak kekal kerana terpaksa

9
dibubarkan sekiranya terdapat perubahan dalam Perjanjian Perkongsian seperti salah seorang
pekongsi meninggal dunia, menarik diri, menjadi bankrap, atau menjadi tidak siuman.
Perkongsian juga boleh dibubarkan sekiranya terdapat persetujuan dari para pekongsi. Syarikat
berhad merupakan organisasi perniagaan yang kekal dan berterusan. Organisasi koperasi juga
kekal dan berterusan.

Perniagaan milikan tunggal diuruskan oleh pemilik sendiri atau dibantu oleh beberapa orang
ahli keluarga atau pekerja. Bagi perkongsian, ahli-ahli aktif akan mengambil bahagian dalam
perjalanan perniagaan. Kawalan dan pentadbiran syarikat berhad diserahkan kepada satu
jawatankuasa iaitu Lembaga Pengarah yang dipilih oleh pemegang-pemegang saham di dalam
satu mesyuarat agung tahunan. Dalam perniagaan koperasi, Anggota Lembaga Koperasi (ALK)
yang bertanggungjawab dalam mengawal dan mentadbir organisasi berdasarkan sistem
demokrasi, berasaskan kepada satu anggota satu undi.

Pembentukan perniagaan milikan tunggal mudah ditubuhkan kerana tidak ada banyak
peraturan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Pembentukan perkongsian adalah lebih rumit
berbanding milikan tunggal tetapi mudah daripada syarikat berhad. Pembentukan syarikat berhad
rumit kerana perlu didaftar mengikut Akta Syarikat 1965. Banyak syarat dan undang-undang
yang perlu dipatuhi semasa pembentukan syarikat berhad. Pertubuhan koperasi adalah tertakhluk
kepada Akta Koperasi.

Cukai yang dikenakan terhadap keuntungan milikan tunggal adalah berdasarkan cukai
pendapatan individu. Cukai pendapatan bagi perniagaan perkongsian juga sama seperti
perniagaan milikan tunggal. Cukai yang dikenakan terhadap keuntungan perniagaan adalah
berdasarkan cukai syarikat. Cukai yang dikenakan terhadap koperasi adalah berdasarkan
keuntungan koperasi.

Milikan tunggal terikat dengan Akta Perniagaan 1956. Perniagaan perkongsian terikat dengan
Akta Perniagaan 1956 dan 1961. Perniagaan syarikat berhad terikat kepada Akta Syarikat 1965.
Perniagaan koperasi terikat dengan Akta Koperasi 1993.

Laporan kewangan milikan tunggal tidak perlu didedahkan kepada sesiapa dan hanya untuk
kegunaan pemilik sendiri sahaja. Laporan kewangan perkongsian hanya perlu didedahkan
kepada rakan kongsi sahaja. Laporan kewangan syarikat sendirian berhad didedahkan kepada
pelabur sahaja dan untuk syarikat berhad ianya didedahkan kepada pelabur dan kepada umum.
Laporan kewangan perniagaan koperasi didedahkan kepada ahli-ahli sahaja.

10
RUJUKAN

Dr.Hooi Lai Wan, Tee Kok Bin & Lena Lim Lai Leng (2014). Prinsip Perakaunan dan
Bisnes. ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Shanti Subramaniam, Mah Boon Kiet (2018). Pra-U Teks STPM Pengajian Perniagaan
(Keusahawaan)Penggal 1. ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Shanti Subramaniam, Mah Boon Kiet (2018). Pra-U Teks STPM Pengajian Perniagaan
(Keusahawaan)Penggal 3. ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Aini Hayati Mohamed, Faridahwati Mohd. Shamsudin & Hasni Che Ismail (2018). Super
Skills Teks Pra-U STPM:Pengajian Perniagaan(Penggal 1). ©Penerbitan SASBADI Sdn.
Bhd.

Mokhtar PET (2018). Ace Head Teks STPM Pengajian Perniagaan:Perniagaan Penggal 1.
©Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zanimat (3 June 2015). Pengurusan Perniagaan Matrikulasi Bab 1. Dimuat turun


daripada[pengurusanmatrik.blogspot.com/2015/06/nota-pengurusan-perniagaan.html?m=1]

Zanimat (17 July 2017). Nota Bab 1. Dimuat turun daripada


[pengurusanmatrik.blogspot.com/2017/07/nota-bab-1.html?m=1]

Harith Zulkifli (2017). Bab 1 Perniagaan dan Persekitaran. Dimuat turun daripada
[https://www.academia.edu/4441105/bab1_PERNIAGAAN_DAN_PERSEKITARAN]

Cikgu Shafie (27 Februari 2011). Perniagaan Pengajian STPM. Dimuat turun daripada
[cikgushafie.blogspot.com/2011/02/notabab-1-perniagaan-persekitarannya.html?m=1]

Cikgu Hairul Nizam Hassan. (1 Mac 2016). Bab 1 Pengurusan. Dimuat turun daripada
[https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1-pengurusan/]

11

You might also like