You are on page 1of 11

Pengantar Pengurusan BPMN 1013

PENGENALAN

Petronas, ringkasan nama bagi Petroliam Nasional Berhad, adalah syarikat minyak dan gas
Malaysia yang telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Dimiliki oleh kerajaan Malaysia
sepenuhnya, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan
gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab membangunkan dan menambah nilai
kepada sumber-sumber tersebut. Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai
sebuah syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke-80 terbesar pada tahun 2009.
Ia juga meletakkan Petronas sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat
keuntungan di dunia dan yang paling banyak keuntungan di Asia.

Semenjak diperbadankan, Petronas sudah membesar menjadi syarikat minyak dan gas dengan
kepentingan perniagaan di dalam 31 negara. Sehingga akhir bulan Mac 2005, Kumpulan
Petronas mengandungi 103 milik sendiri subsidiari-subsidiari, 19 syarikat kelengkapan-
kelengkapan milik sebahagiannya dan yang dipunyai separuhnya dan 57 syarikat bersekutu.
Bersama-sama ini, membuatkan Kumpulan Petronas, yang terlibat di dalam pelbagai aktiviti-
aktiviti berasaskan minyak dan gas. Majalah Financial Times telah mengenal pasti Petronas
sebagai satu daripada "seven sisters" yang baru" syarikat minyak dan gas milik kerajaan yang
paling berpengaruh di luar OECD (Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi).

Syarikat ini telah memberikan tumpuan kepada satu spectrum aktiviti petroleum yang luas,
termasuklah eksplorasi haluan dan penghasilan minyak dan gas kepada aliran penapisan
minyak, pemasaran dan pengagihan produk petroleum, perdagangan, pemprosesan gas dan
pencecairan, operasi rangkaian penghantaran gas talian paip, pemasaran gas cecair
semulajadi, pengilangan dan pemasaran petrokimia, perkapalan, kejuruteraan automotif, dan
pelaburan hartanah.

Sejarah sebelum penubuhan petronas. Operasi petroleum di Malaysia hanya dijalankan oleh
syarikat minyak multinasional menerusi sistem konsesi untuk mencarigali petroleum di perairan
Sarawak, Sabah dan Terengganu. Antara syarikat-syarikat mencari dan mengali minyak yang
memegang konsesi ialah Shell dan ExxonMobil. Kilang penapisan minyak Shell di Port Dickson
dibuka pada tahun 1962. Ketika itu minyak dibeli dari luar negara.

1
Pengantar Pengurusan BPMN 1013

Pada 6 September 1974 Petronas mula di tubuhkan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun
Abdul Razak yang mana beliau telah mengumumkan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah
sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas (Petroleum Nasional Berhad). Setelah Tengku
Razaleigh dilantik sebagai pengerusi dan ketua eksekutif beliau telah merangka usul akta
kemajuan petroleum untuk memajukan industrian petroleum negara. Setelah mendapat
persetujuan dan restu dari Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak dan kabinet
mengenai usul Akta Kemajuan Petroleum untuk dibawa ke parlimen.

Pada 1 Oktober 1974, Akta Kemajuan Petroleum 1974 telah diluluskan oleh parlimen. Petronas
telah diberi hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan untuk mengendalian dan memajukan
sumber petroleum di Malaysia. Susulan dari itu, petronas telah menandatangani Production
Sharing Agreements dengan syarikat-syarikat petroleum yang lain untuk meneroka dan
membangunkan industri petroleum di Malaysia.

Selain itu, antara sebab penubuhan petronas adalah krisis minyak pada tahun 1973 ia
menyedarkan kerajaan betapa perlunya mengawal sebuah industri yang mempunyai
kepentingan ekonomi. Peranan petroleum merupakan sumber tukaran wang asing kepada
negara. Petroleum juga merupakan daya penggerak kepada pembangunan negara dan nadi
kepada pembangunan kawasan setempat seperti di Miri, Sarawak, Kerteh di Terengganu dan
Port Dickson di Negeri Sembilan. Dimana peluang pekerjaan dan perniagaan telah dapat
diwujudkan hasil daripada industri petroleum disana.

Selain daripada itu , teknologi dan kepakaran berkaitan Petroleum telah dapat dipindahkan ke
Malaysia hasil kerjasama dengan syarikat multinasional dari Belanda, Britain dan Amerika
Syarikat. Dengan adanya petroleum peluang pekerjaan yang membabitkan jutaan penduduk
Malaysia dapat diwujudkan. Oleh itu, penubuhan petronas merupakan titik tolak kepada
kawalan dan penglibatan industri petroleum negara yang lebih mendalam.

Prestasi perniagaan dan tahap perkembangan petronas, petronas meraih keuntungan sebelum
cukai sebanyak RM76.3 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007. Peningkatan kira-
kira 10 peratus daripada RM69.4 bilion pada tahun kewangan sebelumnya. Keuntungan itu
diraih daripada pendapatan berjumlah RM184.1 bilion, juga meningkat 10 peratus daripada
RM167.4 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, dengan operasi antarabangsa, tidak
termasuk pendapatan eksport yang menyumbang RM67.6 bilion atau kira-kira 40 peratus.

2
Pengantar Pengurusan BPMN 1013

Sumbangan operasi antarabangsa Petronas meningkat 19.4 peratus daripada RM56.6 bilion
pada tahun kewangan sebelum ini, sekali gus menunjukkan kehadirannya yang lebih kukuh
dalam industri minyak dan gas dunia. Selepas ditolak cukai dan kepentingan minoriti,
keuntungan bersih syarikat minyak negara itu adalah sebanyak RM46.4 bilion, peningkatan 7.7
peratus daripada RM43.1 bilion. Dengan pencapaian itu, jumlah pembayaran Petronas kepada
kerajaan dalam tahun kewangan meningkat kepada RM48.3 bilion daripada RM41.7 bilion pada
tahun kewangan sebelumnya dimana mewakili 35.4 peratus daripada pendapatan keseluruhan
Kerajaan Persekutuan. Ia adalah termasuk sumbangan kepada kerajaan dalam bentuk cukai
sebanyak RM21.8 bilion, dividen RM16 bilion, royalti RM8.5 bilion dan duti eksport RM2 bilion.
Ini menjadikan jumlah pembayarannya kepada kerajaan sejak penubuhannya 33 tahun lalu
sebanyak RM336 bilion. Nilai aset Petronas juga terus mengukuh kepada RM294.6 bilion,
sementara dana pemegang sahamnya berkembang kepada RM170.9 bilion.

Menurut akhbar tempatan, Berita Harian bertarikh 11 Julai 2008 menyiarkan bahawa
PETRONAS berada pada kedudukan kelapan syarikat paling untung di dunia pada tahun lalu
dalam senarai Fortune Global 500 majalah perniagaan Fortune. Manakala di Asia pula,
PETRONAS muncul sebagai syarikat paling untung dan mengambil alih tempat pengeluar
kereta terbesar dunia Toyota Motor dari Jepun, yang mendahului senarai itu pada 2006.

Rajah 1. Logo syarikat petroliam nasional berhad (PETRONAS)

3
Pengantar Pengurusan BPMN 1013

MISI DAN VISI PETRONAS

MISI

“A Leading Oil and Gas Multinational of Choice” merujuk kepada hasrat petronas untuk menjadi
peneraju pembekal minyak yang terkemuka di seluruh Negara bukan sahaja terkemuka di
dalam Negara Malaysia, malahan di peringkat Antarabangsa. Disini jugak pertonas berhasrat
menjadi peneraju pilihan dalam sektor minyak dan gas demi menjadi masa depan yang lebih
baik kepada masyarakat.

VISI

Terdapat 4 garis visi syarikat petronas, berikut merupakan visi syarikat :


 Kami adalah sebuah entiti perniagaan.
 Minyak dan gas adalah perniagaan teras kami.
 Kami menambah nilai kepada sumber.
 Kami menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

Garis-garis visi syarikat di atas merujuk kepada aktiviti dagangan petroleum merupakan
perniagaan utama petronas dimana misi syarikat ini adalah untuk menjadi pembekal minyak
yang bersih, paling selamat, dan kos yang efektif bagi pengguna seluruh negara. Petronas juga
adalah sebuah entiti perniagaan. Tanggungjawab utama kami adalah untuk membangunkan
serta menambahkan nilai kepada sumber kepada Negara. petronas juga ingin menjadi daya
penggerak kepada pembangunan Negara iaitu dari segi ekonomi. Petronas juga berhasrat
menjadi sebuah perniagaan yang dapat memberi keuntungan dan pendapatan kepada Negara.
Selain itu, petronas juga berhasrat menjadi sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan,
jualan yang paling terbaik kepada pelanggan-pelanggannya.

4
Pengantar Pengurusan BPMN 1013

PRODUK

Petronas telah memasarkan beberapa produk berasaskan minyak dan gas menerusi anak
syarikatnya iaitu PETRONAS DAGANGAN BERHAD (PDB) yang telah diperbadankan di
Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 pada 5 Ogos 1982. Ia menjadi sebuah syarikat awam
pada 21 Ogos 1993. PETRONAS Dagangan Berhad merupakan cabang pemasaran domestik
utama petronas, syarikat minyak negara, yang memegang 69.86% ekuitinya. PDB memasarkan
pelbagai jenis produk petroleum bermutu tinggi termasuk gas, bahan bakar penerbangan,
kerosin, diesel, minyak bahan bakar, bahan bakar perkapalan, minyak pelincir, gas petroleum
cecair (LPG) dan asfalt di Malaysia.

Pasaran untuk produk petroleum begitu kompetitif, dengan syarikat multinasional utama
bersaing untuk mendapatkan pasaran bagi jualan bahan bakar kepada pelanggan termasuk
pemandu kenderaan, isi rumah, syarikat penerbangan, syarikat perkapalan, syarikat
pengangkutan, ladang, loji pemprosesan dan pengilangan, stesen jana elektrik dan syarikat
komersial. Produk PDB telah mendapat sambutan pasaran dan keyakinan pelanggan, seperti
yang terbukti daripada peningkatan pesat jualan PDB sejak diperbadankan. PDB memasarkan
produknya ke seluruh negara terus kepada pelanggan serta menerusi rangkaian stesen
servisnya, wakil penjual LPG dan wakil penjual industri. Aktiviti pemasarannya disokong dengan
baik oleh sistem logistik dan pengedaran yang komprehensif yang terdiri daripada depot pukal,
depot penerbangan, kemudahan mengisi bahan bakar perkapalan dan loji pengisian LPG,
kesemuanya terletak di lokasi yang strategik untuk memastikan pembekalan produk yang
mencukupi pada setiap masa. Antara produk yang dipasarkan oleh petronas dengan ada
seperti berikut :

1. RON 95
Minyak petrol ron 95 adalah petrol yang 95 peratus kandungannya adalah oktana dan
selebihnya pentana. Baru baru ini petronas telah melancar jenis RON 95 yang baru iaitu
PETRONAS PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula , yang mana minyak petrol
jenis ini dapat mengurangkan geseran untuk meminimumkan kehilangan tenaga,
mencuci enjin sekali gus meningkatkan penjimatan petrol. Minyak jenis ini sesuai
dengan kenderaan yang diciptakan keupayaan enjin pembakar RON95.

5
Pengantar Pengurusan BPMN 1013

2. RON 97
Sama seperti RON 95 cuma perbezaan RON97 ialah hanya tiga peratus pentana dan
selebihnya oktana.

3. MINYAK PELINCIR
Minyak pelincir (minyak enjin) berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh
menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain berfungsi sebagai cecair
penyejuk dan mengawal pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan
peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada
operasi sesebuah enjin. Petronas telah mengeluarkan beberapa jenis minyak pelincir
seperti Syntium 800, Syntium 3000, Syntium 7000 dan lain-lain. Setiap keluaran
mempunyai gred masing-masing dan sesuai dengan jenis enjin dan jarak pengguna .

4. GAS LPG/NGV
LPG (Liquified Petroleum Gasses) adalah bahan bakar berbentuk cecair gas yang
digunakan pada kenderaan yang enjin nya dicipkan khas bagi membolehkan kenderaan
itu mengunakan bahan bakar jenis ini.

5. GAS MASAK
Gas masak juga merupakan bahan bakar yang berbentuk cecair yang digunakan dalam
isi rumah untuk kegunaan tertentu. Gas masak petronas jugak turut digunakan oleh
sektor komesial seperti restoran dan kedai makan.

Rajah 2 : antara produk yang dikeluarkan oleh PETRONAS.

6
Pengantar Pengurusan BPMN 1013

ANALISIS SWOT

Analisis S.W.O.T adalah satu kaedah atau proses yang biasa digunakan dalam perancangan
dan persediaan dalam sesuatu perniagaan. S.W.O.T adalah merupakan singkatan kepada ayat
Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats. Objektif pembentukan S.W.O.T ini adalah
bertujuan untuk menilai analisis dalaman dan luaran yang dapat membantu pembentukan atau
mempengaruhi sesuatu kejayaan. Strength dan Weaknesses adalah merupakan analisis
dalaman manakala Opportunities dan Threats adalah analisis luaran. Sebagai sebuah
organisasi yang mempunyai kedudukan yang kukuh seperti petronas pastinya analisis SWOT
akan diguna pakai untuk mengenalpasti tahap pencapaian. Analisis SWOT akan membantu
pihak pengurusan untuk membuat perancangan masa depan petronas. Berikut adalah analisis
SWOT bagi petronas ;

KEKUATAN (Strengths)

JENAMA SYARIKAT YANG KUAT


Petronas mempunyai jenama syarikat yang kuat setanding dengan syarikat minyak di
antarabangsa. Majalah kewangan Fortune Global 500 merupakan sebuah majalah yang
menyenaraikan kedudukan organisasi dan syarikat berdasarkan beberapa elemen tertentu
seperti keuntungan, sumber manusia, tahap pencapaian dan lain-lain telah meletakkan
Petronas sebagai syarikat terbesar ke-95 di dunia pada tahun 2008 dan ke-80 pada tahun
2009. Menurut Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata Petronas telah
berjaya berada di kedudukan ke-12 syarikat paling mendatangkan keuntungan di dunia. Malah,
syarikat berjaya meletakkan kedudukan ke-68 daripada 500 syarikat paling kaya di dunia yang
disenaraikan dalam majalah kewangan, Fortune pada tahun 2012

SUMBER MANUSIA YANG BAIK


Kekuatan Petronas dan imejnya di mata dunia pada waktu ini adalah berpunca daripada
kekuatan sumber manusia yang baik. Melalui sumber manusia yang kuat, Petronas mampu
berdiri sama tinggi dengan syarikat-syarikat minyak dan gas yang lain. kejayaan petronas
mendapatkan projek cari gali minyak dan gas di Kanada dan Brazil juga membuktikan kekuatan
bakat-bakat tenaga dalam sumber manusia yang baik. Sumber manusia merupakan aset
terpenting dalam sesebuah organisasi. Kekuatan Sumber manusia yang baik akan

7
Pengantar Pengurusan BPMN 1013

membezakan sesebuah organisasi yang cemerlang atau lemah. Oleh itu. sumber manusia
merupakan menyebabkan Petronas menyerlah sehingga ke hari ini.

KELEMAHAN (Weaknesses)

KESAN KEPADA ALAM SEKITAR


industri perlombongan minyak merupakan salah satu factor yang mengakibatkan pencemaran
air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata.
Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini.
Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar.
Ini memberi kesan negatif kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik
dan seterusnya menjejaskan sumber makanan manusia.

KEKURANGAN KILANG PENAPISAN


Petronas juga mengalami kekurangan kilang penapisan yang mana jika dibandingikan dengan
syarikat pengeluar minyak jenama dunia yang lain seperti shell dan lain lain.

PELUANG (Opportunities)

PENEMUAN TELAGA MINYAK YANG BARU


Pada 2011 petronas mengumumkan telah menemui dua lagi telaga minyak dan gas yang baru
di Sarawak yang dipercayai mampu mengeluarkan sehingga 100 juta tong minyak mentah.
Penemuan ini sekali gus akan menyokong strategi Petronas untuk mempergiatkan lagi aktiviti
eksplorasi di Malaysia. Menurut akhbar harian metro pada tahun lalu sekurang-kurangnya 206
telaga gas dan minyak baru di dalam negara telah ditemui.

PENINGKATAN PERMINTAAN BAHAN API


Sebagai sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat. Sektor pengangkutan
semakin bertambah dan meyebabkan peningkatan permintaan bahan bakar seperti minyak dan
gas. Ini memberi peluang kepada petronas untuk memenuhi permintaan tersebut melalui
pengeluaran minyak dan gas yang lebih dan secara tidak langsung petronas mampu meraih
keuntungan yang lebih besar.

8
Pengantar Pengurusan BPMN 1013

ANCAMAN (Threats)

PENURUNAN HARGA MINYAK DUNIA SECARA MENDADAK


kemerosotan harga minyak dunia yang sehingga 28 USD (RM113) setong, antara yang
terendah dalam tempoh 13 tahun, sudah pasti memberi kesan kepada Malaysia sebagai
sebuah daripada pengeluar komoditi itu di dunia. Secara tidak langsung petronas telah
kehilangan keuntungan dari hasil pengeluaran minyak mentah. Malah kesan itu turut dirasai
oleh kerajaan di penurun kadar bayaran deviden kepada kerajaan. Ini merupakan kesan dari
fenomena kemerosotan harga minyak

RASUAH
Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa kes rasuah yang melibatkan pegawai petronas
terlibat dalam gejala rasuah kerana menerima suapan bagi meluluskan dokumen rasmi.
Susulan dari kejadian itu maka imej dan krebiliti petronas serba sikit akan tercalar. Jika tidak
ditangani dengan baik ia boleh mengurangkan keyakinan para pelabur dan akhirnya membawa
kepada kerugian petronas sendiri.

9
Pengantar Pengurusan BPMN 1013

HALATUJU PETRONAS

Petronas merupakan sebuah organisasi yang menguasai hasil minyak dan gas di Malaysia.
Dengan tertubuhnya petronas pada tahun 1974, ia memberi peluang kepada malaysia untuk
menguruskan hasil minyak dan gas di malaysia untuk membantu meningkatkan hasil
pendapatan negara. Berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh petronas dalam kedudukan
kewangan setiap tahun menunjukkan peningkatan dalam hasil keuntungan yang diperolehi
sehingga mampu mmberikan pulangan yang lumayan kepada malaysia. Ini menunjukkan
barisan kepimpinan dalam organisasi petronas yang berjaya meningkatkan penguasaan
petronas di serantau dan antarabangsa. Sehingga kini petronas telah menarik perhatian bukan
sahaja daripada pesaing syarikat-syarikat petroleum antarabangsa malah meliputi institusi
kewangan dan pelaburan antarabangsa. Ada yang berpendapat bahawa petronas adalah di
antara satu-satunya institusi perniagaan global yang dipimpin dan diuruskan oleh pasukan
kepimpinan, pengurusan dan tenaga kerja muslim yang setakat ini berjaya mendapatkan
tempat di arena antarabangsa. Oleh itu, dengan penuh kesyukuran dan kesedaran petronas
dan kakitangannya sentiasa berusaha untuk terus maju dan mempertahankan pencapaian ini
dari satu generasi ke satu generasi akan datang.

Walaupun terdapat banyak cabaran-cabaran yang perlu diharungi, petronas yakin dapat
menguasai cabaran-cabaran di dalam dan luar negara berdasarkan kepada faktor-faktor seperti
kepimpinan yang teguh dan berwawasan, pembangunan tenaga pengurusan yang efektif dan
kakitangan yang berkeupayaan dan berkemahiran untuk mengerakan petronas ke hadapan
yang lebih baik. Bagi tujuan membina masa depan yang lebih kukuh pastinya pusingan ganti
tenaga kerja merupakan satu factor yang penting. Oleh itu university teknologi petronas telah
ditubuhkan untuk melahirkan tenaga pekerja yang mahir khususan dalam sector minyak dan
gas, malahan petronas juga mempunyai Institut teknologi petroleum petronas (instep) di
terengganu dan pusat kepemimpinan petronas di bangi bagi melahirkan tenaga pekerja.

Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai matlamat dan wawasan yang tinggi. Beberapa
projek dan perniagaan baru telah diwujudkan untuk menjamin dan menjana masa depan yang
lebih baik. Projek-projek dan perniagaan baru meluputi projek RAPID di pengerang, Johor yang
mana projek itu merupakan projek mega petronas. Projek Rapid merupakan kilang penapisan
seluas 2,000 hektar yang akan mencetuskan dan merancakan aktiviti ekonomi tempatan,
sambil mewujudkan ribuan pekerjaan berikutan limpahan perkhidmatan bantuan dan sokongan.

10
Pengantar Pengurusan BPMN 1013

kompleks integrasi petroleum yang terbesar di asia kepunyaan Petronas itu akan beroperasi
penapisan yang akan mula operasi menjelang akhir 2016, yang boleh menapis 300,000 tong
minyak mentah sehari, manakala loji petrokimia akan mula beroperasi pada 2017.

Selain pada melaksanakan projek dalam negara. Petronas juga telah membuat pelaburan di
luar negara dalam sektor minyak dan gas seperti di asia tengah, Sudan, Turkmenistan dan lain-
lain negara yang terdapat banyak kawasan minyak dan gas. Pelaburan yang dibuat oleh
petronas ini akan menjadi lebih strategik pada masa akan datang. Kini Petronas telah terokai
lebih dari 30 negara dalam pelbagai aktiviti huluan dan hiliran termasuk pemerolehan pengeluar
gas asli. Menurut Naib Presiden Eksekutif Petronas Datuk Wee Yiaw Hin berkata, perniagaan
antarabangsa menyumbang RM114.1 bilion kepada perolehan Petronas pada 2012 dan
syarikat itu akan terus mencari peluang yang membawa nilai dan menepati kriteria pelaburan
ketat.

Justeru, demi memastikan petronas terus maju dan menjadi sebuah organisasi yang mantap
dan kukuh di persada dunia, pihak pengurusan petronas perlulah berfikir dan mencari peluang
untuk mengembangkan petronas dan mengkekalkan jenama kebanggaan rakyat Malaysia dari
genarasi kepada genarasi.

Rajah 3 : Gambar projek rapid pengerang dan university teknologi petonas

11

You might also like