You are on page 1of 7

TAJUK : KAJIAN TENTANG PENGARUH PERSEKITARAN UMUM PERNIAGAAN

SERTA PERANAN INTERNET DALAM MELUASKAN PELUANG-PELUANG


PERNIAGAAN SYARIKAT RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD.
1.0 PENGENALAN
Ramly Food Processing Sdn Bhd, sebelum ini dikenali sebagai Perusahaan Burger Ramly
Mokni Sdn Bhd, sebuah syarikat industri makanan sejuk beku yang telah diasaskan pada tahun
1984 oleh pasukan suami isteri Dato' Dr Haji Ramly Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Abdul
Manap di atas landasan mulia untuk menghasilkan produk Halal, bersih. dan produk berkualiti.

Ramly Food Processing Sdn Bhd, menjalankan perniagaan sebagai Burger Ramly merupakan
produk makanan Malaysia milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi salah satu makanan
segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan di tepi
jalan dan restoran. Sehingga 2023, francais ini telah menyebar di pelbagai negara serantau Asia
Tenggara dan Asia Selatan. Di Singapura, Burger Ramly menjadi pesaing utama penjualan
francais makanan segera dan hamburger lain.

Beliau memulakan kerjaya perniagaannya dengan membuka sebuah stan kecil hamburger, salah
satu dari masakan jerman di sekitar rumahnya dengan modal awal sekitar RM 2000
Keputusannya berniaga kulinari apalagi masakan yang kurang lazim di lidah orang melayu pada
masa itu bukanlah tanpa sebab. Pada tahun 1978, negara Malaysia sedang kecoh dengan isu
halal haram berkenaan bahan dan minyak masak daripada patty burger yang diproses bagi
kebanyakan pasar raya. Sebahagian daripada pasar-pasar itu milik orang bukan Islam yang
diragui statusnya.

Secara ringkasanya, aspek yang diteliti dalam kajian ini termasuklah pengaruh persekitaran
umum terhadap operasinya seperti persekitaran ekonomi, persekitaran persaingan dan jaringan,
persekitaran sosiobudaya serta persekitaran teknologi. Seterusnya, pengkaji juga ingin meneliti
aspek iaitu peranan internet dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan organisasi tersebut
yang telah menjadikan syarikat tersebut mampu meluaskan perniagaannya hingga pesat.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk menjalankan dua objektif utama kajian bagi syarikat Ramly Food
Processing Sdn Bhd seperti yang berikut :
2.1 Menjelaskan pengaruh persekitaran umum perniagaan terhadap operasi syarikat Ramly
Food Processing Sdn Bhd dari aspek:
2.1.1 Persekitaran ekonomi
2.1.2 Persekitaran persaingan dan jaringan
2.1.3 Persekitaran sosiobudaya
2.1.4 Persekitaran teknologi

2.2 Menjelaskan pengaruh peranan internet dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan


syarikat Ramly Food Processing Sdn Bhd dari aspek :
2.2.1 E-dagang
2.2.2 E-pemasaran
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Ramly Food Processsing Sdn Bhd ialah industri yang terkenal dalam industri pembuatan produk
makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasil laut berjenama Ramly. Selain daripada
hamburger, francais ini juga menjual makanan segera lain seperti: nuget, frankfurter dan
drumet. Item-item menu itu ialah di antara yang paling popular.

Dalam kajian ini , pengkaji akan mengkaji pengaruh persekitaran umum perniagaan syarikat
Ramly Food Processing Sdn Bhd. Menurut Sabri Hussein (2002) beliau menyatakan bahawa
persekitaran umum perniagaan ialah persekitaran makro yang boleh memberi kesan secara
langsung kepada sesebuah perniagaan jika mengalami perubahan. Dalam kajian ini, pengkaji
akan mengkaji empat persekitaran umum yang mempengaruhi operasi syarikat Ramly Food
Processing Sdn Bhd iaitu persekitaran ekonomi, persekitaran persaingan dan jaringan,
persekitaran sosiobudaya serta persekitaran teknologi.

Menurut Ruenez (2001), beliau mendefinisikan ekonomi adalah ilmu yang mempelajari tingkah
laku manusia dalam menghadapi kebutuhan-kebutuhannya dengan sarana-sarananya yang
terbatas serta mempunyai pelbagai fungsi. Secara keseluruhannya persekitaran ekonomi ialah
sistem ekonomi yang yang diamalkan keadaan ekonomi dan ketidakpastian dalam ekonomi dan
pasaran dalam sesebuah organisasi. Menurut Robbins dan Coulter (2007), struktur organisasi
adalah rangkakerja rasmi organisasi yang mana tugas-tugas kerja dibahagikan,
dikumpulkan dandiselaraskan

Menurut Aini Hayati et.al (2012), beliau menyatakan bahawa persekitaran persaingan dan
jaringan berkait dengan struktur pasaran dan persaingan dalam pasaran domestik serta
antarabangsa kegagalan atau kejayaan perniagaan bergantung kepada sejauh mana peniaga
boleh bersaing dalam sesebuah pasaran peniaga perlu membentuk jaringan perniagaan yang luas
untuk meningkatkan daya saing perniagaan.

Menurut Norfazila Rahman (2019), sosiobudaya adalah amalan yang berupa gaya hidup dan
peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri
masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan.
Kepelbagaian sosiobudaya terdiri daripada bangsa, Bahasa, adat resam jantina, kaum, struktur
masyarakat dan kepercayaan.

Menurut Shanti Subramaniam (2013), menyatakan bahawa persekitaran teknologi merupakan


kaedah yang baharu untuk melakukan sesuatu kerja. Penggunaan teknologi canggih dapat
meningkatkan kemampuan daya saing sesebuah organisasi atau perniagaan yang dijalankan
untuk berkembang secara pesat.
Pengkaji juga ingin mengkaji peranan internet dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan
syarikat Ramly Food Processing Sdn Bhd yang terdiri daripada e-dagang dan e-pemasaran.
Menurut Kalakota dan Whinston (2003), mereka memberi pandangan dengan menjelaskan e-
dagang adalah satu perspektif komunikasi, perspektif perkhidmatan atau servis serta proses
perniagaan atas talian yang dipanggil atas talian atau online.

Menurut Strauss dan Frost (2012), mereka menjelaskan e-pemasaran merupakan pemanfaatan
teknologi informasi yang digunakan dalam proses membuat, berkomunikasi dan memberikan
nilai kepada konsumen atau pelanggan dari suatu produk.
4.0 KAEDAH KAJIAN
Bahagian ini menjelaskan cara pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini. Data
dapat memberi gambaran tentang sesuatu keadaan atau persoalan. data terbahagi kepada dua jenis
iaitu data primer dan data sekunder. Dalam kajian ini, pengkaji hanya menggunakan data sekunder
untuk mendapatkan maklumat dengan mudah dan cepat.

4.1 DATA SEKUNDER

Menurut Sabitha Marican (2005), data sekunder ialah data yang telah dikumpulkan oleh
pengkaji lain dari sumber yang telah disediakan melalui media perantaraan. Data sekunder memberi
manfaat kepada pengkaji kerana mampu memperoleh maklumat lain atau sampingan selain
daripada maklumat yang utama. Data sekunder kebiasaannya diperolehi daripada pelbagai sumber
seperti, jurnal, internet dan akhbar.

4.1.1 Jurnal

Jurnal digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih
terperinci berkaitan dengan syarikat yang dikaji. Karya daripada tokoh-tokoh telah
membantu untuk mendapatkan maklumat tentang definisi persekitaran umum serta
peranan internet.

4.1.2 Internet

Dalam kajian ini, sumber internet juga digunakan bagi mendapatkan maklumat
mengenai kajian yang dijalankan ini. Rujukan daripada sumber internet ini
membantu untuk memperolehi maklumat yang lebih luas dan terkini kerana segala
informasi mampu diperoleh menerusi internet tanpa had dan merentasi masa.
Sumber internet digunakan untuk mengakses laman web rasmi syarikat Ramly Food
Processing Sdn Bhd untuk memperoli maklumat yang sahih.

4.1.3 Keratan Akhbar

Keratan akhbar ialah bahagian yang dipotong daripada sesuatu halaman surat khabar.
Bahagian yang dipotong tersebut mengandungi berita, data, siaran tertentu dan
majalah. Penyelidik menggunakan keratan akhbar seperti Berita Harian untuk
mendapatkan maklumat berkaitan kajian bagi meyempurnakan kajian ini.

You might also like