You are on page 1of 26

PENGAJIAN PERNIAGAAN SEMESTER 3 STPM 2023

PERNIAGAAN ANTARABANGASA
DISEDIAKAN OLEH CIKGU KARTHIK
GURU PP ANDA
KPU KTEDM

SUKATAN PELAJARAN
12.1 Skop perniagaan antarabangsa
12.1.1 Peranan dan kepentingan
(a) mentakrif maksud perniagaan antarabangsa;
(b) menjelaskan kepentingan perniagaan antarabangsa dalam ekonomi merangkumi tukaran asing,pasaran luas, guna tenaga,
pemindahan teknologi;
12.1.2 Tahap perniagaan antarabangsa
(c) menjelaskan tahap perniagaan antarabangsa termasuk domestik, antarabangsa, multinasional, dan global;
12.1.3 Strategi memasuki perniagaan antarabangsa
(d) menjelaskan strategi memasuki perniagaan antarabangsa termasuk import, eksport, kontrak pengeluaran, pelesenan, francais, usaha
sama, subsidiari, dan operasi serah kunci.
12.2 Konsep-Konsep Penting
(a) mentakrifkan konsep-konsep berikut:
(i) Dunia tanpa sempadan
(ii) Pasaran menimbul (emerging market)
(iii) Selatan-Selatan
(iv) Globalisasi
(v) Lokalisasi
(vi) Nasionalisasi
(vii) Penswastaan
12.3 Syarikat multinasional
12.3.1 Cabaran syarikat multi-nasional
(a) menjelaskan maksud syarikat multinasional dan tujuan organisasi menjadi syarikat multinasional;
(b) menjelaskan cabaran yang dihadapi oleh syarikat multinasional dari aspek:
(i) Struktur organisasi
(ii) Kawalan pengurusan
(iii) Politik dan perundangan
(iv) Ekonomi
(v) Sosiobudaya
12.3.2 Risiko syarikat multi-nasional
(c) menerangkan jenis risiko antaranya risiko ekonomi, politik, kredit, pemilikan negara, penghantaran balik modal dan dividen, dan kadar
pertukaran wang.
12.4 Pembayaran perdagangan dan pertukaran mata wang asing
12.4.1 Dokumen penghantaran
(a) menjelaskan kegunaan dokumen penghantaran: Surat Pengesahan Penghantaran Laut (Bill of Lading), Surat Pengesahan
Penghantaran Udara (Airway Bill), Sijil Pengesahan Tempat Asal (Certificate of Origin);
12.4.2 Kaedah pembayaran dan penyelesaian perdagangan
(b) menjelaskan kaedah penyelesaian perdagangan iaitu perdagangan barter dan perbankan koresponden;
(c) menjelaskan kegunaan dokumen pembayaran perdagangan antarabangsa berikut: Surat Kredit (Letter of Credit), Tuntutan Ikut
Perintah (Sign/Demand Order), dan lain-lain;
12.4.3 Peranan mata wang asing
(d) menjelaskan kesan kadar pertukaran mata wang asing terhadap perniagaan antarabangsa;
12.5 Galakan dan perlindungan perdagangan
12.5.1 Galakan
(a) menjelaskan peranan MATRADE dalam menggalakkan pemasaran antarabangsa;
(b) menjelaskan galakan perniagaan antarabangsa berikut:
(i) Blok perdagangan termasuk AFTA, NAFTA, EU, ASEAN.
(ii) Perdagangan timbal balas.
(iii) Kempen Kerajaan (zon perdagangan bebas, Koridoraya Multimedia (MSC), galakan cukai, pengecualian cukai, pembiayaan
eksport, taraf perintis, subsidi, dan kempen belilah barangan Malaysia).
(iv) Promosi pelaburan
(c) menjelaskan fungsi, peranan, dan kesan pakatan perniagaan antarabangsa, seperti WTO, AFTA, NAFTA, EU, APEC, ASEAN (IMT-
GT, IMS-GT, BIMP-EAGA), dan lain-lain;
12.5.2 Perlindungan perdagangan
(d) menerangkan objektif perlindungan perdagangan;
(e) menerangkan kaedah melindungi pasaran domestik termasuk tarif dan bukan tarif.
1. Maksud perniagaan antarabangsa
 Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sebuah negara dengan negara lain
 Dijalankan merentasi sempadan sesebuah negara untuk mencapai objektif sesebuah organisasi.

2. Kepentingan perniagaan antarabangsa


Kepentingan Huraian Contoh
a) Pemindahan  pemindahan teknolog berlaku apabila berlaku  Contohnya, sebuah syarikat
teknologi perkongsian kepakaran, peralatan dari negara percetakan mengimport
luar dibawa masuk ke dalam sesebuah negara peralatan percetakan moden
 Pekerja tempatan dilatih untuk menggunakan dari Jepun dan pekerjanya
peralatan yang diimport menyebabkan mendapat kemahiran baharu
pemindahan teknologi ke negara yang menggunakan mesin tersebut
menggunakan peralatan tersebut.
b) Gunatenaga  Aktiviti perniagaan seperti eksport dan import  Contohnya: sebuah syarikat
memerlukan ramai pekerja sebab pengeluar perlu perabot menambah bilangan
mengeluarkan lebih banyak barang pekerja kerana peningkatan
 Ini mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan pengeluaran disebabkan aktiviti
dan kadar pengangguran dalam negara dapat eksport perabot ke pasaran
dikurangkan Eropah
c) pasaran luas  Keadaan pasaran yang tepu dalam negara  Contohnya: Jualan sebuah
menyebabkan sesebuah syarikat menjual syarikat perabot meningkat
produknya ke luar negara kerana lebihan sebanyak 40% kerana berjaya
penduduk di luar negara perabot ke pasaran Eropah
 Hasil jualan dan keuntungan syarikat bertambah
dan ini menyebabkan syarikat mampu
mengembangkan lagi perniagaan di peringkat
antarabangsa
d) tukaran  Aktiviti jualan barang dan perkhidmatan ke luar  Contohnya: Eksport kereta ke
asing negara melalui aktiviti eksport menyebabkan Brunei menyebabkan Malaysia
pengaliran masuk pertukaran asing ke dalam menerima matawang asing
negara berbentuk dolar Brunei eksport
 Ini menyebabkan pendapatan negara meningkat
dan pendapatan perkapita penduduk meningkat
e) Memperoleh  Mendapat sumber bermutu, banyak dan murah  Contohnya: Sebuah syarikat
sumber seperti bahan mentah , modal dan pekerja dari perabot mendapat bekalan kayu
pengeluaran luar negara jati berkualiti dari Indonesia

f) Meningkatkan  Menambah kemahiran dalam pengurusan sumber  Contohnya: Sebuah syarikat


pengetahuan manusia , pengurusan pemasaran atau teknikal perabot mendapat maklumat
pengurusan/ dengan menyertai seminar , ekspo atau pameran tentang aspek pemasaran dan
kepakaran antarabangsa pengurusan sumber dengan
menyertai pameran perabot
antarabangsa

3. Tahap perniagaan antarabangsa


Tahap Huraian Contoh
Dometik  Perniagaan yang beroperasi dalam negara dan dalam  Contohnya sebuah syarikat
lingkungan sempadan sesebuah negara. pengeluaran susu kambing
 Hanya mengeluarkan dan memasarkan barangan memasarkan produk ke seluruh
untuk pasaran tempatan sahaja negara
 Guna matawang tempatan dan tidak tertakluk kepada
sekatan perdagangan seperti tarif dan kuota
Antarabangsa  Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai  Contohnya sebuah syarikat
pihak antara sesebuah negara dengan negara lain. tekstil Malaysia mengekport
kain ke negara Jepun
 Syarikat menggunakan keupayaan semasa untuk
berkembang di pasaran luar.
 Pasaran tempatan tepu menyebabkan perniagaan
meluaskan pasaran ke negara luar
 tahap antarabangsa menggunakan matawang asing,
tertakluk kepada pelbagai sekatan, guna sistem
sukatan dan timbangan berbeza serta melibatkan
banyak dokumen
Multinasional  Syarikat mempunyai subsidiari/cawangan/anak  Contoh: Syarikat Nestle
syarikat beroperasi sebagai entiti tersendiri di luar membuka subsidiari di Malaysia
negara untuk mengeluarkan dan
 Syarikat mempunyai pemasaran dan pengeluaran di memasarkan produk Nestle di
beberapa negara Malaysia
 Lebih daripada 25% hasil jualan syarikat adalah
daripada luar negara
Global  Melihat dunia sebagai pasaran tunggal  Contohnya syarikat Samsung
 Perniagaan yang beroperasi di seluruh dunia, merata beroperasi 74 buah negara
dunia, persada dunia dengan kakitangan seramai
 Pemilikan, kawalan dan pengurusan peringkat atasan 290 000 orang
melibatkan kakitangan beberapa negara
 Beroperasi secara global dengan mementingkan
jualan dan pembelian sumber dari mana-mana negara
yang menawarkan pada harga yang rendah

4. Strategi memasuki perniagaan antarabangsa

Strategi Huraian Contoh


a) Import  Sebarang aktiviti perniagaan yang membabitkan pembelian  Contoh: Malaysia
produk atau perkhidmatan dari negara luar mengimport
 Negara yang mengalami kekurangan sesuatu jenis produk atau bawang dari negara
perkhidmatan membeli daripada negara luar dan boleh India untuk
mempelbagaikan produk untuk memenuhi citarasa pengguna. kegunaan dalam
 Kegiatan ini mungkin membawa kepada imbangan pembayaran negara
defisit kerana ia mengakibatkan wang mengalir ke luar negara
b) Eksport  Penghasilan produk di sebuah negara untuk dijual ke negara  Contoh: Malaysia
luar. mengeksport
 Tidak perlu membina kilang atau kemudahan pengeluaran di minyak sawit ke
negara lain negara India
 Boleh memperbaiki imbangan pembayaran sebab ada aliran
masuk wang.
 Disebabkan ada keluaran berlebihan atau pasaran dalam
negara sudah tepu
 Boleh jual secara langsung /lantik ejen /lantik wakil penjual
 Kurang berisiko memasuki pasaran antarabangsa
c) Kontrak  Pemberian kebenaran daripada syarikat asing kepada syarikat  Contohnya,
pengeluaran tempatan untuk mengeluarkan dan memasarkan sesuatu produk Syarikat Adidas
mengikut spesifikasi yang ditetapkan membuat perjanjian
 Pengeluaran produk oleh sesebuah syarikat dengan dengan sebuah
menggunakan label atau jenama syarikat lain syarikat di negara
China untuk
menghasilkan kasut
 Produk tersebut akan dibeli semula oleh syarikan pemberi sukan mengikut
kontrak atau syarikat yang menerima kontrak boleh spesifikasi yang
memasarkannya di negara berkenaan ditetapkan

d) Francais  Satu bentuk perniagaan di mana francaisor memberi kebenaran,  Contohnya:


hak atau keistimewaan seperti nama perniagaan dan cop Pembukaan
dagangan kepada seseorang individu atau syarikat tertentu francaisi McDonald
(francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut peraturan dn di Malaysia.
tatacara yang telah ditetapkan oleh francaisor.
 Francaisi membayar royalti atau yuran tertentu kepada syarikat
induk.
 Francaisor menawarkan berbagai bantuan kepada francaisi.
e) Usahasama  Dua atau lebih perniagaan bersetuju untuk bergabung bagi  Contoh: Penubuhan
sama-sama menembusi pasaran antarangsa atau membentuk Mazda Malaysia
entiti perniagaan baharu. Sdn Bhd yang
 Gabungan syarikat antarabangsa dengan syarikat luar yang merupakan hasil
bertujuan untuk memperoleh pengetahuan rakan kongsi tentang usahasama antara
persaingan, budaya dan sistem politik. Mazda Motor
 Syarikat yang bergabung akan berkongsi bersama modal, risiko, Corporation Jepun
kepakaran dan untung diagihkan berdasarkan jumlah modal dan Bermaz Auto
yang dilaburkan. Berhad dari
Malaysia
f) Pelesenan  Pemberian kebenaran oleh licensor kepada licensi untuk  Contohnya,
mengeluarkan atau memasarkan jenama produk atau Syarikat Microsoft
perkhidmatannya bagi satu tempoh tertentu membuat perjanjian
 Licensor memberi hak menggunakan proses pengeluaran, cap dengan sebuah
dagang, paten. rahsia niaga dan sebagainya yang berkaitan syarikat pengeluar
dengan produk atau perkhidmatannya kepada licens komputer tempatan
 Penerima lesen akan memberi royalti atau yuran kepada membenarkannya
pemegang lesen. menggunakan
 Penerima lesen mencari sumber modal untuk menjalankan perisian Windows
pengeluaran di negaranya tanpa bantuan daripada pemegang dan meletakkan
lesen. logo Windows
g) Operasi  Syarikat asing merekabentuk, membina, menyiapkan  Contoh: syarikat
serah kunci kemudahan dan melatih pekerja tempatan untuk mengambil alih Gamuda Berhad
kemudahan yang dibina membina lebuhraya
 Projek yang telah siap untuk beroperasi diserahkan kepada Palsit dan Durgapur
pembeli. di India sepanjang
 Yuran dan wang pendahuluan akan dikenakan ke atas syarikat 130 km melalui
tempatan yang terbabit dalam operasi tersebut konsep operasi
serah kunci .
h) Subsidiari  Operasi tempatan yang dimiliki penuh dan dikawal oleh syarikat  Contohnya
asing. subsidiari CIMB di
 Melalui pelaburan langsung bagi syarikat baru atau melalui Thailand iaitu CIMB
pembelian ekuiti bagi syarikat sedia ada. Thai dan CIMB
niaga di Indonesia
5. Konsep perniagaan antarabangsa
Konsep Huraian Contoh
a) Dunia tanpa  Pergerakan dan perkembangan sesebuah perniagaan  Contohnya
sempadan merentasi sempadan Negara. Syarikat perabot
 Blok perdagangan bebas ditubuhkan bagi membebaskan Malaysia boleh
Negara terbabit daripada belenggu yang diwujudkan oleh mengeksport
sempadan politik terhadap perdagangan antarabangsa. produk ke
 Urusan eksport dan import boleh berlaku tanpa halangan dari Amerika Syarikat
segi tarif dan bukan tarif tanpa sebarang
 Wujud apabila terdapat persepakatan antara negara yang sekatan
terlibat untuk melaksanakan konsep ini
a) Pasaran  Pasaran baharu yang muncul ekoran peningkatan kuasa beli  Contohnya –
menimbul pengguna dalam pasaran tersebut. negara Vietnam ,
 Usaha dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara untuk India, Indonesia
mengubah dan meningkatkan taraf ekonomi di negara itu supaya
setanding dengan negara membangun yang lain melalui
pembukaan pasarannya kepada pelabur antarabangsa.
 kawasan atau negara baru yang dikenali sebagai kawasan
berpotensi yang boleh menyediakan pasaran bagi keluaran
dunia dan perniagaan antarabangsa
b) Selatan-  Pembentukan kumpulan negara-negara selatan hemisfera  Contohnya
selatan selatan untuk membangunkan ekonomi dan kerjasama teknikal, kerjasama negara-
menjaga kepentingan social negara ASEAN,
 Merujuk kepada kerjasama antara negara-negara yang sedang Indonesia,
membangun. Amerika selatan
 Negara-negara ini bersepakat mengatasi masalah harga bahan dan negara-
mentah, membaiki keadaan ekonomi dan memecahkan negara Afrika.
monopoli peluang perniagaan negara maju.
c) Globalisasi • Suatu proses dimana ekonomi dunia bergerak ke arah menjadi • Contoh – Operasi
satu ekonomi yang saling bergantung iaitu tidak terasing lagi. perniagaan
• Oleh itu, produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikat Nike di
sesuatu negara itu dapat dipasarkan secara menyeluruh seluruh dunia/
melampaui sempadan geografi dan budaya di seluruh dunia. buka cawangan
• Proses di mana ekonomi dunia menjadi satu ekonomi yang di seluruh dunia.
saling bergantung dan tidak terasing lagi.
• Usaha meluaskan penglibatan perniagaan ke pasaran dunia,
mempiawai operasi secara meluas (operasi perniagaan yang
seragam) dan mengintegrasi pengeluaran firma (komponen
dibuat di Mexico dan Afrika selatan dan kereta di pasang di
negara China dan Malaysia)
d) Lokalisasi  Proses mengubahsuai fungsi tertentu seperti bahasa, budaya,  Contoh McD
ciri produk mengikut perubahan citarasa pasaran ia beroperasi. Malaysia
 Ubah pengurusan syarikat asing kepada organisasi tempatan memperkenalkan
untuk menyesuaikan dengan ciri-ciri negara di mana syarikat itu nasi lemak McD
beroperasi.
 Terdiri dpd lokalisasi produk, lokalisasi laba, lokalisasi
pengurusan dan lokalisasi pengeluaran
e) Nasiolisasi  merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan mengambil-alih  Contoh – sebuah
pemilikan sesebuah firma asing dan menjadikan firma tersebut kerajaan
sebagai milik negara. memiliknegarakan
 boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu “expropriation”- kilang memproses
pengambilalihan firma asing dilakukan dengan pemberian tenaga nuklear.
pampasan dan “confiscation” - pengambilalihan firma asing
dijalankan tanpa sebarang pampasan
 Kebiasaanya melibatkan perniagaan penting/ menghasilkan
keluaran yang penting/ menjadi kebanggaan negara
f) Penswastaan  Satu proses pemindahan pemilikan daripada sektor awam  Contoh –
kepada sektor swasta di mana bukan lagi hak milik kerajaan. penswastaan
 kerajaan menarik diri secara keseluruhan atau sebahagian dpd jabatan telekom
aktiviti pengeluaran barang atau perkhidmatan kpd syarikat TM
 Tujuan: meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan Berhad dan
meningkatkan kualiti serta untuk mengurangkan beban lembaga letrik
kewangan dan pendtadbiran kerajaan. negara kpd TNB
syarikat Tenaga
Nasional Berhad

6. Maksud syarikat multinasional dan tujuan menjadi syarikat multinasional


Maksud: Contoh
 Merujuk kepada sebuah syarikat yang mempunyai cawangan  Contohnya Maybank ialah sebuah
atau anak syarikat di lebih daripada satu negara asing. buah syarikat multinasional yang
negara mempunyai cawangan dan anak
 Semua cawangan /anak syarikat dikawal oleh syarikat induk syarikat di luar negara seperti PT
tetapi bebas bertindakbalas mengikut perubahan persekitaran Bank Internasional Indonesia Tbk,
 Menerima pendapatan 25% atau lebih daripada operasi Maybank Philippines Incorporated,
perniagaan di pasaran antarabangsa Maybank (Cambodia) Plc, Maybank
(PNG) Ltd di Papua New Guinea
Tujuan:
 Meluaskan pasaran- pasaran domestik sudah tepu dan syarikat meneroka pasaran baharu
 Meningkatkan keuntungan organisasi- peningkatan permintaan pasaran baharu meningkatkan jualan dan
hasil syarikat
 Mendapatkan sumber pengeluaran yang murah – memperoleh bahan mentah yang banyak, murah dan
berkualiti, boleh atasi masalah kekurangan sumber
 Mengelakkan sekatan perdagangan seperti tarif - syarikat tidak dikenakan cukai import apabila beoperasi
di negara berkenaan- menjimatkan kos pengeluaran
 Pemindahan teknologi- kongsi kepakaran daripada syarikat asing yang boleh meningkatkan produktiviti dan
menjimatkan kos
 Meningkatkan imej organisasi- syarikat dipandang tinggi oleh pelabur tempatan atau pelabur asing
 Mendapatkan guna tenaga- memperoleh sumber buruh yang murah dan mahir
 Menambah cawangan baharu di luar negara- boleh meningkatkan keuntungan

7. Cabaran syarikat multinasional

Cabaran Huraian Contoh


a) Struktur  Struktur organisasi berbeza antara satu negara  Contohnya persekitaran
organisasi dengan negara lain perniagaan berbeza antara
 Pemilihan jenis struktur organisasi bergantung negara Jepun dan Malaysia
kpd persekitaran perniagaan, pasaran, produk menyebabkan syarikat MNC
 syarikat sukar memilih sturktur organisasi yg Jepun menghadapi masalah
sesuai untuk menentukan jenis
 syarikat sukar menentukan pengagihan penjabatanan yang sesuai.
autonomi kepada subsidiari
b) Kawalan  Kawalan pengurusan sukar kerana syarikat  Contoh : Sebuah syarikat
pengurusan multinasional ada banyak cawangan. pakaian Malaysia
 lokasi jauh menyebabkan keputusan dibuat menghadapi masalah konflik
sama ada pentadbiran berpusat atau tidak antara pekerja apabila
berpusat menggunakan pentadbiran
 Pentadbiran berpusat – syarikat induk buat berpusat untuk mengawal
segala keputusan, dapat mengawal aktiviti lima cawangan di luar
syarikat induk tetapi mungkin buat keputusan negara.
kurang tepat kerana tidak memahami selok
belok perniagaan di negara asing
 Pentadbiran tidak berpusat.- setiap cawangan
membuat keputusan sendiri, keputusan lebih
tepat kerana memahami selok belok perniagaan
di negara berkenaan tetapi kurang kawalan dari
syarikat induk
c) Politik dan (i) Politik  Contohnya : produk yang
perundangan  Kestabilan politik - kekuatan sistem politik dikeluarkan oleh anak syarikat
dalaman tetapi juga ancaman dari luar multinasional mestilah
 dapat menjamin supaya pelaburan asing tidak berasaskan bahan mentah
terancam malah berterusan. atau komponen tempatan.
 Ketidakstabilan politik sering mengganggu
operasi syarikat multinasional.
(ii) Undang-undang
 Sistem perundangan antara negara berbeza.
 Peraturan-peraturan perdagangan yang ketat
boleh menjejaskan keuntungan syarikat
mulitinasional
d) Ekonomi  Sistem ekonomi - Sistem ekonomi berbeza  Contoh: kenaikan kadar
antara sesebuah negara dan ini mempengaruhi faedah di Malaysia
aktiviti perniagaan antarabangsa menyebabkan jualan kereta
 Keadaan ekonomi - semasa keluaran syarikat multinasional
kemelesetan ,masalah pengangguran akan di Malaysia merosot
berlaku, hilang pekerjaan, maka permintaan
terhadap produk multinasional kurang
e) sosiobudaya  Perbezaan sosial dan budaya diantara negara di  Contohnya majoriti penduduk
mana ia beroperasi (host country) dan negara Malaysia beragama Islam dan
asalnya (home country). syairkat multinasional yang
 Syarikat multinasional perlu mengubahsuai mengeluarkan produk
amalan dan gaya pengurusan bagi menangani makanan di Malaysia perlu
persekitaran kebudayaan di negara di mana memastikan pengeluaran
mereka beroperasi. produk makanan mematuhi
 Syarikat multinasional juga perlu mengelakkan syariah dan ada status halal
konflik masalah komunikasi antara syarikat
multinasional dan pekerja-pekerja tempatan.
8. Risiko syarikat multinasional
Risiko Huraian Contoh
a) ekonomi  Pengamalan sistem ekonomi yang berbeza, seperti sistem  Contoh: keadaan
ekonomi perancangan pusat, campuran, dan kapitalis akan ekonomi meleset di
mempengaruhi kuasa beli penduduk setiap negara. Malaysia menjejaskan
prestasi perniagaan
 Perubahan kitaran ekonomi seperti masalah kemelesetan
syarikat multinasional
ekonomi akan menjejaskan permintaan dan keuntungan pengeluaran makanan
syarikat multinasional segera
 Kenaikan kadar inflasi akan menaikkan kos dan harga
barang yang akan menjejaskan permintaan produk syarikat
multinasional
b) politik  Ketidakstabilan politik memberi kesan kepada perniagaan  Contohnya kenaikan
antarabangsa . peristiwa seperti rampasan kuasa, rusuhan gaji minimum di
kaum menyebabkan negara dianggap tidak selamat untuk Malaysia menyebabkan
pelaburan kos operasi syarikat
 Perubahan undang-undang , peraturan dan penetapan multinasional di
kadar cukai memberi kesan kepada operasi syarikat Malaysia meningkat.
multinasional.
c) kredit  Risiko yang dihadapi oleh syarikat multinasional apabila  contohnya,sebuah
pengimport tidak membayar bagi barang yang diterima syarikat multinasional
 Kemungkinan kegagalan bayaran disebabkan muflis, menghadapi masalah
untuk mendapatkan
kemelesetan ekonomi atau pergolakan politik di negara
bayaran daripada sebuah
pengimport syarikat pengimport yg
beroperasi di negara
Syria yang mengalami
peperangan
d) Risiko  Pemiliknegaraan merujuk kepada pengambilalihan  contohnya, perubahan
pemilikan sesebuah perniagaan asing oleh kerajaan tempatan yang pemerintahan
negara memerintah sesebuah negara. demokrasi kepada
 Disebabkan kemungkinan berlakunya perubahan pemerintahan
pemerintah negara tersebut komunisme
 Pengambilalihan aset boleh berlaku dengan pampasan menyebabkan negara
(expropriation) atau tanpa pampasan (confiscation) tuan rumah akan
 Risiko ini cenderung berlaku di negara yang mengamalkan mengambilalih syarikat
sistem komunisme seperti Cuba dan Korea Utara multinasional tanpa
 Syarikat asing dipaksa menyerahkan sebahagian besar membayar sebarang
modal atau keseluruhan operasi pampasan.
e) Peng  Menyekat atau menghadkan pengaliran keluar keuntungan  Contohnya semasa
hantaran dari operasi anak syarikat multinasional ke negara asal krisis kewangan tahun
balik syarikat induk 1998, Malaysia
modal dan mengenakan sekatan
dividen  Bertujuan untuk melindungi industri tempatan dan syarikat
aliran keluar modal
asing dapat melabur semula keuntungan dalam negara
tuan rumah semula
 Bagi mengelakkan pengaliran mata wang asing ke luar
negara
 Contohnya kerajaan sebuah negara melaksanakan
kawalan tukaran asing menyebabkan subsidiari syarikat
Sony menghadapi masalah untuk memindahkan
keuntungan ke syarikat induk Sony di Jepun
f) kadar  Nilai mata wang yang sentiasa berubah memberi kesan  Contohnya kenaikan
pertukaran kepada harga barangan eksport atau import. dolar Amerika
wang  Perubahan kadar pertukaran akan mempengaruhi kos berbanding dengan
pengeluaran dan harga ringgit Malaysia
 Syarikat yang terpaksa bergantung pada import terpaksa meningkatkan kos
menanggung kos operasi perniagaan antarabangsa yang pengeluaran syarikat
lebih tinggi multinasional
 Syarikat multinasional perlu meramal pergerakan tukaran pengeluaran barang
mata wang pada masa hadapan yang akan memberi kesan elektrik di Malaysia
kepada perniagaan yang mengimport
komponen dari luar
negara

9. Dokumen penghantaran PAB


Dokumen Huraian
Surat  Merupakan dokumen hak milik penama terhadap barang- barang terlibat dalam
pengesahan perniagaan antarabangsa
penghantaran  Dokumen ini diperlukan apabila penghantaran barang di buat melalui kapal.
laut (Bill of  Dihantar kepada pengimport sebelum ketibaan barangan.
lading)  Boleh dicagarkan untuk mendapatkan pinjaman atau kemudahan overdraf
 Boleh dipindah milik dengan cara endorsan.
Surat  dokumen tentang barang yang diterima oleh syarikat penerbangan untuk dihantar kepada
pengesahan penama yang dinyatakan dalam dokumen itu.
penghantaran  Dokumen ini diperlukan apabila penghantaran barang di buat melalui kapal terbang.
udara (airway  Bertindak sebagai pengakuan penerimaan barang- barang atas kapal terbang yang
bill) dikeluarkan oleh syarikat penerbangan atau ejennya.
 Bukan dokumen hak milik ini sebagai bukti penerimaan apabila barang sampai.
 Tidak boleh dipindah milik kerana bukan dokumen hak milik dan tidak boleh di cagarkan
untuk mendapatkan pinjaman.
Sijil  Satu pengakuan yang ditandatangani oleh pengeksport dan disahkan oleh pegawai
pengesahan jabatan perdagangan/agensi kerajaan negara pengeksport bahawa barang itu dibuat di
tempat asal negara pengeksport.
 la diperlukan oleh pihak kastam negara pengimport untuk memberi tarif keistimewaan atau
mengenakan kuota atau dasar lain terhadap barangan import
 Syarat pengeluaran sijil pengesahan tempat asal Malaysia ialah dibuat di Malaysia dan
menggunakan 100% bahan tempatan, dibuat di Malaysia melalui proses transformasi

10. Kaedah pembayaran & penyelesaian perdagangan


Kaedah Huraian
a) Perdagangan  merujuk kepada pertukaran barang eksport tanpa melibatkan penggunaan wang
barter
b) perbankan  Pengeksport melantik sebuah bank sebagai ejen untuk bertindak bagi pihaknya- Bank
koresponden yang dilantik oleh pengeksport akan menerima bayaran daripada pengimport bagi
pihak pengeksport

11. dokumen pembayaran PAB


Dokumen Huraian
a) Surat  dokumen yang dikeluarkan oleh bank pengimport kpd pengeksport menyatakan jaminan
Kredit bank buat bayaran bagi pihak pengimport setelah pengeksport serah dokumen lengkap
serta menghantar barang kepada pengimport
b) Tuntutan  arahan bertulis tidak bersyarat pengeksport kepada pengimport bayar sejumlah wang
Ikut dalam tempoh yang ditetapkan.
Perintah-
12. Kesan kenaikan atau penurunan kadar pertukaran asing

 Kadar pertukaran asing bermaksud nilai/ harga sesuatu matawang dalam sebutan matawang negara lain

Situasi 1 Situasi 2
Kenaikan kadar pertukaran asing- menunjukkan Penurunan kadar pertukaran asing-
nilai ringgit naik manakala nilai dollar Amerika menunjukkan nilai ringgit jatuh manakala
jatuh. Contohnya (USD1=RM4 kpd USD1-RM3) nilai dollar Amerika meningkat (USD1=RM2
kpd USD1-RM4)
 Harga barang eksport Malaysia ke Amerika  Harga barang eksport Malaysia ke Amerika
meningkatpermintaan eksport Malaysia menurunpermintaan eksport Malaysia
menurun jumlah nilai eksport turun meningkatjumlah nilai eksport meningkat
 Harga barang import dari Amerika di Malaysia  Harga barang import dari Amerika di Malaysia
lebih murah permintaan barang import lebih mahalpermintaan barang import
naikjumlah nilai import naik menurunjumlah nilai import berkurang
 imbangan dagangan cenderung jadi defisit (nilai  imbangan dagangan cenderung jadi lebihan
import lebih daripada nilai eksport) (nilai eksport lebih daripada nilai import)

13. Galakan
a) Peranan MATRADE
Peranan (i) Untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia
MATRADE dalam dengan memberi penekanan ke atas eksport produk perkilangan dan separa kilang
menggalakkan serta menjalankan import secara terpilih;
pemasaran (ii) Untuk merangka dan melaksanakan satu strategi pemasaran eksport negara
perniagaan bagi menggalakkan eksport produk terkilang dan separa kilang;
antarabangsa (iii) Untuk menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta
mewujudkan satu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi peningkatan
dan pembangunan perdagangan;
(iv) Untuk mengelolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran
pengeksport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa
(v) Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan-kepentingan perdagangan
antarabangsa Malaysia di luar negara;
(vi) Untuk mewakili Malaysia di mana-mana forum antarabangsa yang berkaitan
dengan perdagangan;
(vii)Untuk membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam
perkhidmatan yang berkaitan dengan perdagangan
(viii) Untuk menasihati Kerajaan tentang perkara-perkara yang mempengaruhi atau
sebarang cara yang berkaitan dengan perdagangan dan bertindak sebagai ejen
kepada Kerajaan atau seseorang individu, badan atau organisasi mengenai perkara
tersebut.

b) Galakan perniagaan antarabangsa


Blok perdagangan (i) AFTA: kerjasama antara negara negara ASEAN untuk mewujudkan perdagangan
bebas di kalangan negara negara ASEAN- Matlamat AFTA ialah menghapuskan
tarif, kuota, dan lain-lain sekatan perdagangan dalam kalangan negara anggota,
mengenakan tarif yang seragam kepada negara bukan anggota serta menggalakkan
mobiliti buruh, modal, syarikat yang bebas, mewujudkan polisi-polisi pengangkutan,
pertanian, pendidikan persaingan dan perilaku perniagaan bersama.
(ii) NAFTA: Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara hasil pakatan kerjasama
ekonomi dan perdagangan antara negara Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico-
matlamat untuk memansuhkan tarif dan halangan bukan tarif dalam perdagangan
antara negara anggota
(iii) EU: Dianggotai oleh 28 negara, antaranya ialah Belgium, Perancis, Itali, Luxembourg,
Belanda, Jerman, Denmark, Ireland, United Kingdom, Portugal, Greek, Sepanyol,
Austria, Finland dan Sweden- tujuan penubuhan untuk mengimbangi kekuatan
ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang sukar digugat oleh mana-mana negara
waktu itu
(iv) ASEAN: Dianggotai oleh sepuluh buah negara yang terletak di rantau Asia Tenggara
iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Laos, Vietnam,
Kemboja, dan Myanmar- antara tujuan penubuhan ialah menggalakkan
pembangunan ekonomi, sosial dan kebudayaan menerusi program-program
kerjasama serantau serta mengukuhkan kestabilan politik dan ekonomi serantau agar
dapat menghadapi kuasa-kuasa besar
Perdagangan  urusniaga di mana pengeksport menerima keseluruhan bayaran atau sebahagian
timbal balas bayaran dalam bentuk barangan yang dikeluarkan oleh pengimport
Kempen Kerajaan (i) zon perdagangan bebas kawasan yang diwujudkan oleh kerajaan dimana aktiviti
perdagangan boleh dijalankan tanpa sebarang cukai dan pergerakan keluar barang
daripada zon ini dengan kebenaran kastam
(ii) Koridoraya Multimedia (MSC)- Ditubuhkan untuk mempercepat pertumbuhan
ekonomi digital negara. Ia adalah zon ekonomi khas yang dirancang untuk
menyokong ekosistem IT dan industri yang digerakkan oleh IT yang inovatif dan
pertumbuhan ekonomi digital negara.
(iii) Galakan cukai: satu insentif dalam peruntukan Akta Penggalakan Pelaburan 1986
yang memberi pengecualian cukai atas sebahagian atau kesemua pendapatan
berkanun perniagaan yang berkaitan diberi kepada syarikat yang merancang untuk
menjalankan aktiviti yang digalakkan atau keluaran yang digalakkan di Malaysia
(iv) Pengecualian cukai: sesebuah syarikat tidak perlu membayar cukai sehingga 15
tahun sekiranya menjalankan operasi perniagaan di zon yang ditentukan oleh
kerajaan atau kegiatan pengeluaran yang ditetapkan oleh kerajaan
(v) pembiayaan eksport: Pembiayaan pra dan pasca penghantaran alternatif jangka
pendek kepada pengeksport Warganegara Malaysia secara langsung/tidak langsung
untuk menggalakkan eksport produk perkilangan, pertanian dan komoditi utama
(vi) taraf perintis: Insentif ini memberi pengecualian cukai atas sebahagian atau kesemua
pendapatan berkanun perniagaan yang berkaitan diberi kepada syarikat yang
merancang untuk menjalankan aktiviti yang digalakkan atau keluaran yang digalakkan
di Malaysia
(vii)subsidi: satu bentuk bantuan kewangan kepada industri tempatan bertujuan untuk
melindungi industri tempatan daripada pesaing-pesaing luar negara- subsidi dapat
mengurangkan kos pengeluaran dan seterusnya harga barangan tempatan
berbanding dengan barang import dan memberi kelebihan kepada industri tempatan
untuk bersaing dengan industri luar
(viii) kempen belilah barangan Malaysia: meningkatkan tarikan dan minat pembeli
domestik dan antarabangsa terhadap barangan yang dikeluarkan oleh rakyat
Malaysia

Promosi  Malaysia menawarkan insentif untuk pelaburan dalam keluaran dan aktiviti yang
pelaburan digalakkan dalam industri perkilangan, pertanian, hotel dan pelancongan,
penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan latihan.
 Insentif ini diperuntukkan di dalam Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dan Akta Cukai
Pendapatan 1967.
 Insentif tersebut disediakan untuk memberi pelepasan sebahagian/ secara terhad
atau sepenuhnya dari bayaran cukai pendapatan.
 Di antaranya ialah taraf perintis, elaun cukai pelaburan, elaun penyelarasan
perindustrian dan potongan dua kali bagi penggalakan eksport

c) fungsi, peranan, dan kesan pakatan perniagaan antarabangsa


(i) WTO  Ditubuhkan di Geneva menggantikan GATT dan melaksanakan kesemua perjanjian & hasil
rundingan dibawah pusingan Uruguay.
 Fungsi WTO termasuklah menguruskan perjanjian perdagangan WTO dan mengadakan
forum perundingan perdagangan
(ii) AFTA  kerjasama antara negara negara ASEAN untuk mewujudkan perdagangan bebas di kalangan
negara negara ASEAN.
 Matlamat AFTA ialah menghapuskan tarif, kuota, dan lain-lain sekatan perdagangan dalam
kalangan negara anggota, mengenakan tarif yang seragam kepada negara bukan anggota
serta menggalakkan mobiliti buruh, modal, syarikat yang bebas, mewujudkan polisi-polisi
pengangkutan, pertanian, pendidikan persaingan dan perilaku perniagaan bersama.
(iii) NAFTA  Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara hasil pakatan kerjasama ekonomi dan
perdagangan antara negara Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico.
 Matlamat penubuhan :untuk memansuhkan tarif dan halangan bukan tarif dalam
perdagangan antara negara anggota
(iv) EU  Dianggotai oleh 28 negara, antaranya ialah Belgium, Perancis, Itali, Luxembourg, Belanda,
Jerman, Denmark, Ireland, United Kingdom, Portugal, Greek, Sepanyol, Austria, Finland dan
Sweden-
 Tujuan penubuhan untuk mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang
sukar digugat oleh mana-mana negara waktu itu
(v) APEC  Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ini ditubuhkan pada tahun 1989 yang dianggotai oleh 21
negara yang bersidang untuk membincangkan serta mempromosikan perdagangan terbuka
dan kerjasama ekonomi secara praktikal.
 Tujuan APEC mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Pasifik dan memupuk
semangat kerjasama di kalangan negara-negara anggota serta mengembangkan kegiatan
ekonomi serta kerjasama dalam bidang teknikal demi mengekal dan menggalakkan
pertumbuhan ekonomi serantau yang lebih cepat dan seimbang di kalangan negara anggota.
(vi) ASEAN  ASEAN: Persatuan negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN ditubuhkan pada 1967 yang
(IMT- dianggotai oleh sepuluh buah negara yang terletak di rantau Asia Tenggara iaitu, Malaysia,
GT, Thailand. Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Laos, Vietnam, Kemboja dan Myanmar.
IMS-  IMT-GT:Satu bentuk kerjasama serantau dengan polisi yang inovatif dan bermanfaat untuk
GT, semua pihak yang terlibat. Kawasan pertumbuhan ini berkembang untuk membentuk dan
BIMP- mengukuhkan hubungan yang sedia ada dalam usaha menggunakan kepakaran, kemahiran
EAGA) dan tenaga penduduk yang ada dalam kawasan ini bagi membangunkan kuasa ekonomi
serantau.
 IMS-GT:Ditubuhkan pada tahun 1995 dan satu konsep kerjasama antara serantau yang
mengambil kesempatan ke atas zon-zon ekonomi yang berkembang pesat membangun di
dalam wilayah ASEAN. Ia dibangunkan bagi membolehkan anggota-anggotanya
menggabungkan segala kekuatan dan kelebihan yang ada untuk digunakan secara optimum.
 BIMP-EAGA:BIMP-EAGA ditubuhkan pada 1994 adalah merupakan satu usaha untuk
membangunkan kawasan-kawasan yang kurang membangun tetapi berpotensi untuk
dimajukan. Objektif penubuhan adalah untuk mengintegrasi dan mempertingkat
pembangunan ekonomi empat negara berkenaan.

(14) Perlindungan perdagangan


(a) Objektif (i) Untuk melindungi industri tempatan
perlindungan  Pengeluar tempatan belum mampu untuk bersaing dengan dengan
firma asing terutama daripada segi modal
(ii) Mengurangkan kadar pengaliran keluar mata wang negara
 mengelakkan berlaku defisit dalam imbangan pembayaran dengan
mengawal jumlah import
(iii) Dapat memastikan wujudnya peluang-peluang pekerjaan kepada
rakyat tempatan
 Perlindungan ke atas industri tempatan menyebabkan pengeluaran
meningkat dan menambah keperluan tenaga kerja
(iv) Menggalakkan perkembangan industri baharu
 Industri baharu menghadapi kos pengeluaran yang tinggi dan
perlindungan perdagangan bantu bersaing di pasaran tempatan
(v) Mempelbagaikan ekonomi
 tumpuan kepada sektor perkilangan tetapi ada persaingan sengit.
Perlindungan perdagangan dapat mengembangkan sektor perkilangan
(vi) Membantu meningkatkan pendapatan negara
 kutipan cukai seperti cukai import
(vii)Menghalang kemasukan keluaran tidak sesuai dengan pegangan
agama dan budaya rakyat tempatan
 Mengawal keluaran seperti bahan lucah dan minuman keras
(b) Kaedah (i) Tariff Tax
perlindungan  cukai langsung atau duti yang dikenakan ke atas produk atau
perkhidmatan yang diimport masuk ke sesebuah negara
 Meningkatkan kos produk atau perkhidmatan yang diimport 
meningkatkan harga produk tersebut mengurangkan minat pembeli
untuk membeli produk tersebut
 Tindakan ini bertujuan supaya usahawan di negara berkenaan dapat
bersaing dengan pesaing-pesaing mereka dari luar negara selain
menjaga kepentingan usahawan negara tersebut
 Dua kaedah tariff:
a. Tarif Ad valorem - cukai ikut nilai atau harga barang import
b. Tarif khusus (spesifik) - cukai ikut kuantiti/ berat barang import

(ii) Bukan tariff


(a) Kuota
 dikenakan untuk mengehadkan kuantiti sesuatu barang yang boleh
diimport untuk suatu tempoh tertentu
(b) Embargo
 satu bentuk sekatan perdagangan atau sekataan ke atas produk yang
dikenakan oleh sesebuah negara terhadap negara lain sama ada dari
segi eksport atau import.
(c) Kempen belilah barangan tempatan:
 satu kempen yang dijalankan oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat
membeli produk tempatan
(d) Subsidi Eksport atau subsidi:
 merupakan satu jenis bayaran bayaran yang dibuat oleh kerajaan
kepada pengeksport agar dapat mengurangkan kos pengeluaran bagi
meningkatkan keupayaan bersaing pengeluar tempatan
(e) Kawalan Pertukaran Asing:
 merupakan campur tangan kerajaan dalam pasaran pertukaran asing
untuk mengurangkan kemasukan barangan import.
(f) Polisi Bekalan Kerajaan
 Kerajaan mengutamakan pembelian barangan tempatan oleh agensi
kerajaan dengan menetapkan pembelian sejumlah minimum barangan
yang mempunyai kandungan bahan tempatan untuk kegunaan agensi
tempatan.
(g) Prosedur Kastam
 Polisi kerajaan yang menetapkan keperluan tertentu barangan import
seperti aspek keselamatan barangan import atau memenuhi syarat
dokumentasi yang rumit
(h) Standard dan Piawai
 Kerajaan dan pihak swasta menetapkan piawaian yang tertentu bagi
melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat.

Latihan 1
1. Berikan maksud perniagaan antarabangsa dan nyatakan tiga kepentingannya [4]
2. Huraikan tiga kepentingan perniagaan antarabangsa [6]
3. Huraikan kepentingan perniagaan antarabangsa dari aspek berikut
a. tukaran asing [2]
b. gunatenaga [2]
4. Huraikan kepentingan perniagaan antarabangsa dari aspek berikut:
a. Pasaran luas [2]
b. Memperoleh sumber pengeluaran [2]
5. Nyatakan empat tahap perniagaan antarabangsa [4]
6. Huraikan tiga tahap perniagaan antarabangsa [6]
7. Nyatakan empat strategi memasuki perniagaan antarabangsa [4]
8. Huraikan tiga strategi memasuki perniagaan antarabangsa [6]
9. Jelaskan dua strategi memasuki perniagaan antarabangsa [6]
10. Jelaskan strategi memasuki perniagaan antarabangsa yang berikut:
a. Operasi serah kunci [3]
b. Subsidiari [3]
11. 5. Jelaskan strategi memasuki perniagaan antarabangsa yang berikut:
a. Pelesenan [3]
b. Kontrak pengeluaran [3]
12. 6. Jelaskan bagaimana syarikat Zaiton Berhad, sebuah syarikat pengeluaran pakaian sukan
tempatan boleh menceburi perniagaan antarabangsa melalui
a. Kontrak pengeluaran [3]
b. Subsidiari [3]
13. Nyatakan lima konsep perniagaan antarabangsa [5]
14. Huraikan konsep globalisasi dan lokalisasi dalam perniagaan antarabangsa [4]
15. Terangkan konsep perniagaan antarabangsa yang berikut:
i. Dunia tanpa sempadan [3]
ii. Pasaran menimbul [3]
16. Huraikan konsep perniagaan antarabangsa yang berikut:
i. Penswastaan [2]
ii. Selatan-selatan [2]
iii. Nasionalisasi [2]

Soalan esei panjang


Jelaskan lima strategi memasuki perniagaan antarabangsa

Latihan 2
1. Berikan maksud syarikat multinasional dan nyatakan tiga cirinya [4]
2. Nyatakan empat tujuan sesebuah syarikat mengembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa
[4]
3. Huraikan tiga tujuan sesebuah syarikat menjadi syarikat multinasional [6]
4. Nyatakan lima cabaran syarikat multinasional [5]
5. Huraikan tiga cabaran syarikat multinasional [6]
6. Selain cabaran politik dan perundangan, huraikan tiga cabaran lain yang dihadapi oleh sebuah
syarikat multinasional
7. Nyatakan lima risiko syarikat multinasional [5]
8. Huraikan tiga risiko syarikat multinasional [6]
9. Selain cabaran politik dan risiko kredit, huraikan tiga risiko lain yang dihadapi oleh sebuah syarikat
multinasional
10. Huraikan tiga jenis dokumen penghantaran dalam perniagaan antarabangsa [6]
11. Jelaskan sijil pengesahan tempat asal sebagai dokumen penghantaran dalam perdagangan
antarabangsa [4]
12. Jelaskan sijil pengesahan penghantaran laut sebagai dokumen penghantaran dalam perdagangan
antarabangsa [4]
13. Jelaskan sijil pengesahan penghantaran udara sebagai dokumen penghantaran dalam
perdagangan antarabangsa [4]
14. Jelaskan maksud perniagaan barter dalam perniagaan antarabangsa [4]
15. Berikan maksud perbankan koresponden dan huraikan dua kaedah dalam penyelesaian
perdagangan antarabangsa [6]
16. Huraikan dua dokumen pembayaran dalam perniagaan antarabangsa [6]
17. Huraikan dua kaedah penyelesaian perdagangan [4]
Esei panjang
1. Jelaskan lima cabaran syarikat multinasional [20]
2. Jelaskan lima risiko syarikat multinasional [20]

Latihan 3
1. Jelaskan kesannya kepada eksport dan import Malaysia sekiranya kadar pertukaran antara dolar
singapura dengan ringgit Malaysia telah berubah dari SGD1=RM3.50 kepada SGD1=RM3.10. [6]
2. Jelaskan kesannya kepada eksport dan import Malaysia sekiranya kadar pertukaran antara dolar
singapura dengan ringgit Malaysia telah berubah dari SGD1=RM3.10 kepada SGD1=RM3.50. [6]
3. Huraikan tiga peranan MATRADE [6]
4. Huraikan tiga blok perdagangan [6]
5. Nyatakan empat kempen kerajaan dalam galakan perniagaan antarabangsa [4]
6. Huraikan tiga kempen kerajaan dalam galakan perniagaan antarabangsa [6]
7. Nyatakan empat insentif di bawah promosi pelaburan kerajaan Malaysia [4]
8. Huraikan tiga pakatan perniagaan antarabangsa [6]
9. Nyatakan empat objektif perlindungan [4]
10. Huraikan tiga objektif perlindungan [6]
11. Jelaskan dua kaedah perlindungan perdagangan [6]
12. Berikan maksud tarif dan huraikan dua jenis tariff [5].
13. Huraikan tiga kaedah perlindungan perdagangan bukan tarif [6]
14. Jelaskan kaedah perlindungan perdagangan bukan tarif yang berikut :
i. Kuota [2]
ii. subsidi eksport [2]
iii. kawalan tukaran asing [2]

KOLEKSI KAJIAN KES PAB


kajian kes 1
Konsep:
a. kepentingan perniagaan antarabangsa
b. tahap perniagaan antarabangsa
Syarikat Nusantara Berhad
Syarikat Nusantara Berhad (SNB) merupakan sebuah syarikat pengeluaran pelbagai produk 1
makanan segera di Malaysia. SNB ditubuhkan pada tahun 1986 di Ipoh, Perak dan pada 2
peringkat permulaan syarikat ini mengeluarkan bebola ikan dan bebola sotong jenama Tasty 3 D
yang dipasarkan di seluruh negara. Pada tahun 1990, produk SNB mula dipasarkan di 4 A
Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini produk SNB boleh dipasarkan di seluruh dunia 5 G
menggunakan jenama popular seperti Tasty, DollarValue, Smartyconsumer dan Welly. Produk 6
SNB merupakan jenama no satu di negara seperti India dan Amerika Syarikat dengan 7
anggaran jualan hampir USD 1 bilion. Sos cili dan sos tomato jenama tasty keluaran SNB 8
dijual di 120 negara di seluruh dunia dengan anggaran jualan USD3 bilion.SNB membelanjakan 9
hampir 500 juta ringgit setiap tahun untuk program promosi agar produk syarikatnya mendapat 10
sambutan dikalangan pengguna di seluruh dunia. Penembusan ke pasaran menimbul seperti 11
Brazil dan Mexico dijangka menyumbang hampir 7% daripada hasil jualan SNB. Lokalisasi 12
produk juga membantu SNB menembusi pasaran baharu seperti Pakistan dan Eropah timur.

SNB membuka subsidiari pertama di Vietnam dan kini mempunyai hampir 30 cawangan di 13
seluruh dunia. Pembukaan pusat pengeluaran SNB di seluruh dunia kini menggajikan hampir 14
160 000 orang kakitangan di pelbagai peringkat pengurusan. Aktiviti huluan dan hiliran daripada 15
aktiviti perniagaan SNB juga mencipta banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di negara 16
SNB beroperasi. Keuntungan SNB pada tahun 2021 ialah RM10.8 bilion dan ini secara tidak 17
langsung meningkatkan pendapatan negara Malaysia melalui aliran masuk pertukaran asing. 18
Sebagai syarikat yang mempunyai pusat pengeluaran di seluruh dunia, SNB mendapatkan 19
bahan mentah untuk aktiviti pengeluarannya dari pelbagai negara. Kilang pengeluaran sos di 20
Indonesia mendapat bahan mentah daripada petani di Indonesia yang membekalkan hamper 21
1 500 tan cili dan 1000 tan tomato setiap bulan. Botol dan pek bungkusan pula diperoleh 22
daripada syarikat pembekal di Thailand. Kilang pemprosesan produk berasaskan makanan laut 23
di Filipina memperoleh bahan mentah seperti ikan, sotong dan udang segar dari Sri Langka. 24
SNB merupakan peneraju dalam teknologi makanan dengan menggunakan tenaga pakar dari 25
seluruh dunia.

SNB menjadi pemegang saham utama dalam Cellular Food technologies dan HDD food 26
technologies pada tahun 2009. Dua syarikat ini merupakan dua syarikat penyelidikan teknologi 27
makanan terkemuka di Australia. SNB sentiasa membantu pembekal bahan mentahnya dengan 28
menyediakan program latihan tentang kaedah pengeluaran moden. Usaha ini membantu SNB 29
mendapat bahan berkualiti dan pada masa yang sama membantu pembekal mengawal kos 30
pengeluaran dengan menggunakan kaedah pengeluaran moden. Subsidiari SNB di Indonesia 31
iaitu PT SN Madura merupakan pengeluar sos cili dan sos tomato terbesar di Asia Tenggara 32
dengan jualan tahunan mencecah USD2.4 bilion. Kejayaan PT SN Madura disebabkan 33
penubuhan makmal penyelidikan dan pembangunan khusus dalam pengeluaran sos yang 34
mampu menghasilkan pelbagai produk inovatif. 35

Berdasarkan kes di atas


a. jelaskan tahap perniagaan antarabangsa SNB
b. jelaskan kepentingan perniagaan antarabangsa kepada negara

a. tahap perniagaan antarabangsa SNB ialah


Fakta Huraian Kaitan kes
Domestik
Antarabangsa -
Multinasional -
Global -

Kepentingan perniagaan antarabangsa kepada negara ialah


Fakta Huraian Kaitan kes
tukaran asing -
pasaran luas -
Gunatenaga -
Pemindahan teknologi
Memperoleh sumber pengeluaran -

kajian kes 2
Konsep:
a. Strategi memasuki PAB

Berjaya Resources Berhad


Berjaya Resources Berhad (BRB) merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pelbagai 1
aktiviti pengeluaran termasuklah pemprosesan makanan, pembinaan, pengeluaran pakaian, 2
peruncitan dan automatif. Pada tahun 2021, BRB mempunyai modal terkumpul sebanyak 3
RM145 bilion dengan untung bersih sebanyak RM7.3 bilion. Pada peringkat awal penubuhan, 4
BRB merupakan pengedar pelbagai produk makanan dari luar negara. BRB juga merupakan 5
I
ejen tunggal untuk produk keluaran Kellog dari Amerika Syarikat di Malaysia. Pada tahun 2001, 6 E
BRB membuka kilang pemprosesan makanan pertama di Malaysia dan mengeluarkan pelbagai 7 U
produk makanan segera seperti mee segera, makanan ringan dan makanan dingin beku. 8 OSP
Jenama mee segera H&S mula dipasarkan di Asia Tenggara dan Asia Barat pada tahun 2005. 9
Produk makanan dingin beku syarikat ini juga dipasarkan di Vietnam, Indonesia , Brunei dan 10
Thailand. Anak syarikat BRB iaitu BRB construction Sdn Bhd merupakan penaraju dalam 11
pembinaan terowong. Syarikat Wendier iaitu syarikat pembinaan terowong terkemuka di 12
Jerman merupakan pemegang saham utama dalam BRB construction dengan pegangan 13
saham sebanyak 45%. Setakat ini BRB construction telah menyiapkan empat projek pembinaan 14
terowong di Malaysia. Pada tahun 2021, syarikat ini berjaya mendapat tender daripada kerajaan 15
Pakistan untuk merekabentuk dan menyiapkan dua terowong di bandar Karachi bernilai RM1.2 16
17
bilion. Syarikat ini juga perlu melatih pekerja tentang aspek pengurusan keselamatan terowong 18
sebelum serahkan projek kepada kerajaan Pakistan.
19 S
PT BRB Automatif merupakan anak syarikat BRB di Indonesia yang terlibat dalam pengeluaran 20
komponen automatif. Syarikat ini membekalkan komponen seperti pintu dan kusyen kereta 21 F
untuk beberapa pengeluar kereta Jepun. Pada tahun 2005, BRB telah menandatangani 22 L
perjanjian dengan Lee Jones dari Kanada untuk membuka rangkaian restoren jenama Lee 23 P
Jones di Malaysia. BRB perlu menggunakan jenama Lee Jones dan segala proses penyediaan 24
makanan, jenis makanan dan rekabentuk kedai mengikut spesifikasi Lee Jones. Kini BRB 25
mengendalikan 12 cawangan Lee Jones di Malaysia dan bercadang untuk membuka 20 lagi 26
cawangan di seluruh negara. Walaupun BRB terpaksa membayar royalti dan yuran tahunan 27
yang tinggi, Lee Jones menyediakan pelbagai bantuan termasuklah pemasaran dan latihan
penyediaan makanan. 28
29
Dalam bidang pengeluaran pakaian pula, BRB mengeluarkan pelbagai pakaian sukan, pakaian 30
kanak-kanak dan pakaian wanita untuk pasaran tempatan. BRB juga menandatangani 31
perjanjian dengan syarikat Walt Disney untuk menggunakan pelbagai jenama watak popular 32
Disney termasuklah Mickey Mouse, Winnie-the -poo, Mulan, Goofy dan Daisy Duck untuk 33
pakaian kanak-kanak keluaran BRB. Pakaian kanak-kanak menggunakan watak popular ini 34
mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengguna Malaysia. Untuk menggunakan 35
nama watak ini, BRB perlu bayar royalti kepada syarikat Walt Disney. Disebabkan keupayaan 36
pengeluaran yang terhad, BRB telah melantik syarikat Akarat Textile Industry Co.Ltd di Thailand 37
untuk mengeluarkan pakaian sukan dan pakaian wanita mengikut spesifikasi yang ditetapkan
oleh BRB. Hasil keluaran ini akan dibeli semula oleh BRB untuk dipasarkan di Malaysia.

Berdasarkan kes di atas, jelaskan strategi yang digunakan oleh BRB untuk memasuki
perniagaan antarabangsa

strategi yang digunakan oleh BRB untuk memasuki perniagaan antarabangsa ialah
Fakta Huraian Kaitan kes
Import -
Eksport -
Kontrak pengeluaran -
Pelesenan -
Francais -
Usaha sama -
Subsidiari -
Operasi serah kunci

Kajian kes 3
Konsep
a. Konsep utama PAB
b. Kaedah melindungi pasaran domestik

KTK Berhad
KTK berhad merupakan sebuah syarikat konglomerat yang beroperasi di lapan buluh buah 1
negara di seluruh dunia dengan pekerja hampir 300 000 orang. KTK terlibat dalam aktiviti 2
perniagaan seperti perkilangan, perladangan, peruncitan, perbankan dan pendidikan di benua 3
Afrika, Eropah, Amerika Selatan dan Asia. Sebahagian besar aktiviti perniagaan KTK tertumpu 4
di benua Afrika. Di samping memiliki hampir 1.6 juta hektar ladang sawit di beberapa buah 5
negara di Afrika, KTK juga membeli syarikat pengurusan air milik kerajaan Afrika Selatan 6
dengan harga USD400 juta. Kini syarikat KTK menguruskan pemprosesan, penyelenggaran 7
sistem paip dan juga pembekalan air bersih di negara Afrika Selatan. Ekoran kejayaan KTK 8
dalam pengurusan air, kerajaan Afrika Selatan sedang mengadakan rundingan dengan 9
beberapa syarikat swasta untuk menjual beberapa syarikat milik kerajaan seperti perbedanan 10
pembetungan dan perkhidmatan pos untuk diuruskan. Penjualan syarikat milik kerajaan telah 11
mula dilaksanakan oleh United Kingdom pada tahun 80 an dan negara lain seperti Malaysia 12
juga turut melaksanakan dasar tersebut pada tahun 90an 13

Disebabkan peningkatan pendapatan dan kuasa beli pengguna di negara seperti Indonesia 14
dan Vietnam, KTK telah membuka dua kolej pengurusan dan perakaunan di negara berkenaan. 15
Kerajaan negara Vietnam ada memberi kelonggaran kepada kolej pendidikan asing untuk 16
membuka cawangan kerana pertumbuhan ekonomi negara yang rancak di negara berkenaan 17
memerlukan lebih ramai pekerja mahir dalam bidang pengurusan dan perakaunan. Pasukan 18
pengurusan kolej berkenaan terdiri daripada rakyat tempatan dan juga beberapa eksekutif 19
daripada Malaysia. KTK juga memiliki rangkaian restoren makanan di Thailand dan Indonesia. 20
Restoren ini menyediakan menu makanan barat yang diubahsuai mengikut citarasa pengguna 21
tempatan. Contohnya restoren KTK di Thailand ada menyediakan chicken chop perisa tomyam. 22
KTK memiliki ladang sawit di Indonesia, Gabon, Brazil , Nigeria dan Columbia dan Ecuador. 23
Buah sawit diproses di kilang pemprosesan minyak sawit di negara berkenaan dan dibawa ke 24
kilang pemprosesan pelbagai produk berasaskan sawit di Vietnam, India dan Sri Lanka. 25
Pergerakan bahan mentah dipermudahkan dengan sistem pengangkutan yang efisien serta 26
kelonggaran sekatan perdagangan di negara berkenaan. Baru -baru ini dua kilang 27
pemprosesan sawit di Nigeria telah diambil alih oleh kerajaan Nigeria atas sebab keselamatan 28
negara dan untuk memastikan bekalan minyak masak dalam negara mencukupi. Walaupun 29
KTK dibayar pampasan oleh kerajaan Nigeria, nilai saham KTK jatuh hampir 9% disebabkan 30
perkara tersebut.

Jelaskan konsep perniagaan antarabangsa dalam kes di atas

Konsep perniagaan antarabangsa dalam kes di atas ialah


Fakta Huraian Kaitan kes
Globalisasi -
Pasaran menimbul -
Lokalisasi
Nasionalisasi
Penswastaan
Dunia Tanpa sempadan -

Kajian kes 4
Konsep :
a. cabaran syarikat multinasional
b. konsep PAB

Lenovo Group Limited


Lenovo Group Limited (LGL) merupakan sebuah syarikat milik negara China yang beroperasi 1
di 60 buah negara dan produk syarikat ini dipasarkan di hampir 160 buah negara. Pada tahun 2
2014, Lenovo merupakan pengeluar terbesar di dunia untuk komputer peribadi. Hampir 45 % 3
pendapatan syarikat ini diperoleh daripada operasi di luar negara. Disebabkan syarikat ini 4
terlibat dalam perniagaan antarabangsa, operasi perniagaan ini menghadapi pelbagai cabaran. 5

Pada tahun 2004, LGL telah membeli unit PC-ThinkPad IBM dan seterusnya menjadi 6
pemegang saham utama MEDION di Jerman CEE di Brazil. Untuk mengukuhkan kedudukan 7
di pasaran antarabangsa, LGL telah memilih untuk melabur di negara seperti Brazil dan Rusia 8
yang mencatat kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi yang dianggap pasaran yang paling 9
sesuai untuk Lenovo. LGL juga telah menjadi rakan kongsi dalam syarikat teknologi Jepun iaitu 10
NEC dan EMC di Amerika Syarikat . Perjanjian dengan NEC adalah penting untuk menjadi lebih 11
berdaya saing dalam pasaran Jepun. EMC merupakan firma teknologi penyimpanan yang 12
berpangkalan di Amerika yang giat menjalankan R&D dalam teknologi penyimpanan. Lenovo 13
14
15
memegang lebih daripada 50 peratus saham EMC dan ini memberi peluang kepada Lenovo
untuk akses kepada inovasi dan ciptaan baru. 16
17
Lenovo sentiasa berusaha untuk menyesuaikan produk mereka ke pasaran tempatan, yang 18
merupakan sebahagian daripada strategi teras mereka. Mewujudkan kilang pengeluaran baru 19
di negara-negara mereka beroperasi dan dengan itu mewujudkan rantaian bekalan hibrid 20
berasaskan pengeluaran tempatan. Berbanding dengan syarikat Multinasional milik Jerman 21
dan Amerika Syarikat, Lenovo menggajikan lebih ramai penduduk tempatan sebagai eksekutif. 22
Ini dapat mengurangkan jurang budaya dan seterusnya mengukuhkan kedudukan Lenovo di
pasaran antarabangsa. Pengurusan Lenovo berpendapat, diversiti budaya dalam organisasi 23
amat penting untuk Lenovo menghadapi persaingan di peringkat antarabangsa. 24
25
Lenovo juga menghadapi pelbagai rintangan dan masalah apabila memasuki perniagaan 26
antarabangsa. Ekonomi global yang tidak menentu memberi kesan kepada prastasi syarikat 27
ini. Pada tahun 2015, LGL terpaksa mengurangkan kos operasi sebanyak USD650 juta dan 28
memberhentikan hampir 5% daripada jumlah pekerjanya. Pengambilalihan IBM oleh Lenovo 29
pula menyebabkan Tentera Laut Amerika bercadang untuk menghentikan penggunaan 30
komputer IBM dalam operasinya disebabkan risiko keselamatan. Lenovo masih mengadakan 31
perbincangan dengan kerajaan Amerika berkaitan dengan isu ini. Lenovo juga menghadapi 32
masalah dengan subsiadiari di luar negara yang mempunyai latarbelakang budaya yang 33
berbeza. Misalnya pekerja di Amerika suka mencelah dan memberi pendapat semasa 34
perbincangan dan ini berbeza dengan budaya orang cina yang suka mendengar sampai habis 35
sebelum memberi pendapat. Kawalan menjadi semakin rumit disebabkan faktor jarak dan 36
komunikasi. Misalnya jarak antara ibu pejabat di China dan New York mengambil masa 12 jam 37
perjalanan dan merentasi 12 zon masa. Adalah sukar untuk mengadakan perbincangan atau
mesyuarat tanpa perancangan teliti kerana kekangan ini. Tambahan pula, Lenovo menghadapi 38
masalah untuk menggabungkan pegawai dari Eropah dan Amerika untuk perbincangan 39
bersama kerana masalah jarak.

Sebagai syarikat global, LGL perlu peka terhadap persekitaran luaran yang dihadapi agar terus
kekal sebagai syarikat yang berjaya menguasai pasaran IT dunia.

Berdasarkan kes di atas,


a. Jelaskan tiga konsep perniagaan antarabangsa dalam kes di atas.
b. Jelaskan empat cabaran yang dihadapi oleh LGL

tiga konsep perniagaan antarabangsa dalam kes di atas. [9]

Fakta Huraian Kaitan kes


Lokalisasi
Pasaran menimbul
Globalisasi

empat cabaran yang dihadapi oleh LGL

Fakta Huraian Kaitan kes

Cabaran Kawalan pengurusan -

Cabaran Politik dan -


perundangan

Cabaran ekonomi -

Cabaran Sosio budaya -


Kajian kes 5
Konsep: risiko syarikat multinasional

KTK Berhad
KTK berhad merupakan sebuah syarikat konglomerat yang beroperasi di lapan buluh buah 1
negara di seluruh dunia dengan pekerja hampir 300 000 orang. KTK terlibat dalam aktiviti 2
perniagaan seperti perkilangan, perladangan, peruncitan, perbankan dan pendidikan di benua 3
Afrika, Eropah, Amerika Selatan dan Asia. Sebahagian besar aktiviti perniagaan KTK tertumpu 4
di benua Afrika. Pada tahun 2021, KTK Berhad mencatat untung perolehan bersih sebanyak 5
RM5.3 bilion. Sebagai sebuah syarikat multinasional, KTK Berhad menghadapi pelbagai 6
rintangan dan pasukan pengurusan KTK berhad sentiasa berusaha untuk mengurangkan impak 7
daripada rintangan tersebut. 8

KTK Berhad mempunyai kilang komponen auotmatif di Afrika Selatan dan Sri Lanka. 9
Perubahan parti memerintah di Afrika Selatan menyebabkan beberapa dasar baharu 10
diperkenalkan termasuklah kenaikan cukai korporat dan dasar gaji minimum. Kedua -dua polisi 11
ini memberi kesan besar kepada prestasi perniagaan KTK Berhad di Afrika Selatan. Di Sri 12
Lanka pula pergolakan politik menyebabkan ada kemungkinan pihak tentera mengambil alih 13
pemerintahan negara dan ini mungkin menyebabkan operasi perniagaan KTK terganggu. 14
Sepanjang tahun 2021, kilang KTK di Sri Lanka terpaksa tutup 14 kali disebabkan rusuhan dan 15
pemberontakan dan KTK mengalami kerugian hamper USD45 juta. Masalah yang sama 16
berlaku di Nigeria di mana, dua kilang pemprosesan sawit telah diambil alih oleh kerajaan 17
Nigeria atas sebab keselamatan negara dan untuk memastikan bekalan minyak masak dalam 18
negara mencukupi. Walaupun KTK dibayar pampasan oleh kerajaan Nigeria, nilai saham KTK 19
jatuh hampir 9% disebabkan perkara tersebut.

Kadar pertukaran matawang utama yang tidak menentu juga memberi kesan kepada prestasi
perniagaan KTK. Kejatuhan nilai Dolar Amerika berbanding Peso Mexico menyebabkan nilai 20
jualan komponen automatif subsidiari KTK di Mexico merosot sebanyak 11%. Keadaan 21
bertambah buruk apabila beberapa syarikat pengeluaran kereta di China mengurangkan 22
pembelian komponen automatif yang mengalami kenaikan harga disebabkan kadar pertukaran 23
asing yang tinggi. Keadaan menjadi lebih runcing apabila harga bahan mentah seperti minyak 24
dan besi mengalami kenaikan harga hampir 36%. Kos operasi KTK di Mexico juga meningkat 25
disebabkan kenaikan kadar inflasi. Kenaikan kadar faedah pinjaman di beberapa negara 26
menyebabkan jualan kenderaan merosot dan ini memberi kesan kepada permintaan komponen 27
automatif. Keadaan jerebu yang teruk dan bencana alam seperti gempa bumi yang memberi 28
kesan kepada pertumbuhan ekonomi pulau Sumatera, Indonesia dan operasi dua belas kilang 29
pemprosesan minyak sawit milik KTK turut menerima kesan daripada keadaan tersebut. 30
31
Di Brazil pula, pelaksanaan kawalan pertukaran asing menyebabkan subsidiari KTK Berhad di
Brazil menghadapi masalah untuk menghantar pulang keuntungan ke Malaysia. Ekoran 32
daripada tindakan kerajaan Brazil, syarikat induk KTK di Malaysia hanya menerima 40% 33
keuntungan subsidiari di Barazil berbanding jumlah sebenar sebanyak USD700 juta. Usaha 34
pihak pengurusan KTK untuk berunding juga gagal dan syarikat KTK perlu membentuk strategi 35
untuk melabur semula keuntungan di negara berkenaan. Syarikat KTK juga mengalami 36
kerugian sebanyak USD42 juta apabila sebuah syarikat pembekal komponen automatif gagal 37
buat bayaran untuk barangan yang dibekalkan oleh KTK Berhad akibat keadaan peperangan 38
yang dilanda negara tersebut. Walaubagaimana pun, pihak pengurusan KTK sedang berusaha 39
untuk mendapatkan semula bekalan komponen automatif yang terbengkalai di pelabuhan 40
Latakia di Syria 41

Jelaskan risiko syarikat multinasional yang dihadapi oleh KTK Berhad

Risiko syarikat multinasional yang dihadapi oleh KTK Berhad ialah


Fakta Huraian Kaitan kes
Risiko politik -
Risiko ekonomi -
Risiko kredit
Risiko penghantaran balik modal -
dan dividen
Risiko kadar pertukaran wang -
Risiko pemilikan negara

Kajian kes 6
Konsep: Peranan MATRADE

Peranan MATRADE dalam kemajuan perniagaan SSB

Kejayaan SSB menembusi pasaran luar negara adalah hasil kerjasama dengan MATRADE 1
iaitu sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membangunkan industri eksport 2
Malaysia.SSB sering menghadiri ekspo yang dianjurkan oleh MATRADE untuk pengeksport 3
Malaysia. Penyertaan dalam ekspo seperti Gulfood, Foodex dan Finefood memberi peluang 4
kepada SSB untuk bertemu dengan bakal pembeli di negara asia timur, Jepun dan Australia. 5
MATRADE juga membantu SSB memperomosian produk di Ekspo Dunia Dubai 2020 yang 6
membawa perjanjian perdagangan dengan beberapa syarikat di Timur Tengah bernilai RM1.6 7
juta. SSB juga dapat memahami kehendak dan citarasa pengguna negara berkenaan dan dapat 8
menyesuaikan produk mengikut keperluan pasaran berkenaan. Penyertaan di Gulfood 9
membolehkan SSB memeterai perjanjian dengan sebuah rangkaian pasar raya di Arab 10
Emirates Bersatu (UAE) untuk bekalan produk bernilai USD60 juta setahun. 11

Penyertaan SSB dalam SIAL PARIS 2010 anjuran MATRADE menghasilkan jualan bernilai 12
RM3.5 juta dalam masa lima hari. Penyertaan SSB dalam Misi Pemasaran Khusus anjuran 13
MATRADE di Moscow dan Kazan pada tahun yang sama juga menghasilkan jualan sebanyak 14
RM6 juta. Bukan mudah untuk syarikat Malaysia menembusi pasaran Rusia dan kejayaan SSB 15
memasuki pasaran Rusia adalah kerana produknya yang berkualiti dan halal serta dibantu oleh 16
MATRADE. SSB juga memanfaatkan geran promosi jenama yang disediakan oleh MATRADE 17
untuk menaiktaraf jenama produk SSB serta pembungkusan menarik untuk memenuhi citarasa 18
pengguna elit di Arab Saudi dan Qatar. 19

Kejayaan memasuki pasaran UAE juga disumbangkan oleh penyertaan syarikat ini dalam 20
program latihan anjuran MATRADE iaitu bengkel berkaitan berniaga di UAE di Johor Bahru 21
pada tahun 2010. SSB juga bergantung kepada maklumat pasaran yang disampaikan oleh 22
Matrade. Maklumat dagangan diperoleh oleh MATRADE melalui pejabat cawangan di seluruh 23
dunia meliputi statistik dagangan, kajian pasaran tentang produk dan perkhidmatan, direktori 24
perdagangan serta garis panduan bantuan dan geran. SSB telah mendapat tender untuk 25
bekalan barang di sebuah negara Asia Timur melalui maklumat notis tender antarabangsa 26
yang diperoleh di laman web rasmi MATRADE. Disebabkan persaingan sengit dalam industri 27
minuman ringan, SSB menghadapi pelbagai rintangan seperti kekurangan modal dan 28
kepakaran pemasaran. Program Go-Ex anjuran MATRADE membuka peluang kepada SSB 29
untuk memasuki pasaran baru seperti Turki dan United Kingdom. Program ini menyediakan 30
khidmat pakar berkaitan dengan pemasaran dan melalui khidmat pakar ini SSB sedang 31
berunding dengan dua buah syarikat di United Kingdom untuk mengeluarkan dan memasarkan 32
produk Segaria di negara berkenaan. 33

Penyertaan SSB di pasaran antarabangsa bukanlah mudah kerana pelbagai masalah dan 34
kekangan perlu dihadapi oleh syarikat ini. Walau bagaimanapun khidmat help desk yang 35
disediakan oleh MATRADE amat membantu SSB untuk mendapatkan nasihat dan rujukan. 36
Misalnya penghantaran barang ke negara Syria yang terganggu kerana keadaan politik yang 37
tidak stabil dapat diselesaikan melalui khidmat nasihat yang diberikan oleh pegawai MATRADE 38
yang dapat mengurangkan risiko kerugian yang besar. SSB mendapat bimbingan dan latihan 39
melalui program pembangunan syarikat peringkat pertengahan (MTCDP) anjuran MATRADE 40
yang membantu SSB mencatat peningkatan jualan sebanyak 3% dalam pasaran antarabangsa. 41

MATRADE juga memberi peluang kepada SSB untuk menyertai program E-TRADE 2.0, yang 42
menawarkan dua skim inisiatif pemudah cara eksport iaitu Skim Onboarding dan Skim 43
Pemasaran Digital dan Latihan (DMT). Platform e-dagang ini bantu SSB mempromosikan 44
produk SSB dengan lebih baik. Keluaran SSB juga dipaparkan dalam direktori produk 45
MATRADE yang boleh diakses dengan mudah melalui lamanwebnya.SSB mempunyai anak 46
syarikat yang menyediakan perkhidmatan rundingan produk halal untuk syarikat tempatan dan 47
antarabangsa. Perkhidmatan rundingan produk halal SSB mendapat permintaan tinggi di 48
kalangan negara -negara Islam disebabkan usaha MATRADE menyenaraikan perkhidmatan ini 49
dalam direktori perkhidmatan Malaysia. SSB telah memanfaatkan geran MATRADE bernilai 50
RM200 000 untuk mempromosikan perkhidmatan rundingan produk halal di ekspo halal 51
antarabangsa seperti MIHAS, The saudi International Halal Expo dan World Halal Expo. 52

MATRADE juga membantu SSB mendapatkan sijil CFS dan sijil ini yang penting untuk 53
menyatakan negara pengeluaran asal dan juga kesesuaian produk. Pemilikan Sijil CFS 54
merupakan satu lebihan kepada SSB untuk memasarkan produk ke pasaran antarabangsa. 55
Melalui kemudahan pertanyaan perdagangan MATRADE memberi maklum balas kepada 56
pertanyaan berkaitan perdagangan daripada pembeli asing, persatuan perdagangan, dewan 57
perdagangan, misi asing di Malaysia termasuklah peniaga asing yang melawat Malaysia. 58

Jelaskan peranan MATRADE dalam kemajuan perniagaan SSB

Peranan MATRADE Kaitan kes


Untuk mempromosi, membantu dan membangunkan -
perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke
atas eksport produk perkilangan dan separa kilang serta
menjalankan import secara terpilih;

Untuk menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan -


pasaran serta mewujudkan satu pangkalan data maklumat
yang komprehensif bagi peningkatan dan pembangunan
perdagangan

Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan-


kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar
negara
Untuk mengelolakan program-program latihan bagi -
meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam
pemasaran antarabangsa

Untuk membangun, mempromosi, memudahkan dan -


membantu dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan
perdagangan; dan

Kajian kes 9: TAHAP PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Kumpulan Wen Ken

Kumpulan Wen Ken terkenal dengan pengeluaran produk kesihatan berjenama Cap 1
Kaki Tiga telah 80 tahun beroperasi.Berdasarkan resipi tradisional dari China, syarikat ini 2
memperkenalkan ubat-ubatan di Malaysia dapat memenuhi keperluan penjagaan kesihatan 3
asas rakyat pada harga berpatutan. Produk Cap Kaki Tiga mengalihkan pengeluarannya dari 4
Singapura pada tahun 1937 ke sebuah kilang baharu di Johor Bahru pada 1945 dan 5
kemudiannya pada 1950-an menembusi pasaran Brunei, Malaysia Timur dan Indonesia, dan 6
terus meningkat apabila kilang kedua ditubuhkan di Petaling Jaya, Selangor untuk pengeluaran 7
air penyejuk badan pada 1968. Kini, Wen Ken telah membangun menjadi sebuah perusahaan 8
antarabangsa yang berjaya menembusi pasaran di 20 negara seluruh dunia termasuk 9
mempunyai cawangan di Singapura. Sehingga kini terdapat lebih 30 jenis produk yang 10
dipasarkan di dalam Malaysia serta di luar negara.
Kebanyakan produk Wen Ken dibangunkan oleh Jabatan Penyelidikan dan 11
Pembangunannya sendiri. Syarikat ini memiliki makmal sijil ISO/IEC 17025, Perkhidmatan 12
Makmal MasterChem dan mempunyai kilang di Johor dan Indonesia yang memperoleh amalan 13
pengilangan baik (GMP) dengan lesen untuk menghasilkan perubatan Cina, herba dan produk 14
farmaseutikal di Asia Tenggara. Di samping itu, syarikat ini juga turut menubuhkan rangkaian 15
pemasaran dan pengedaran utama di benua Asia. Setiap anak syarikat Wen Ken sama ada di 16
dalam atau di luar negara, berfungsi sebagai unit perniagaan yang dikendalikan secara bebas. 17
Para pekerja juga berdedikasi dalam menghasilkan produk kesihatan berkualiti tinggi, selamat 18
dan berkesan yang memenuhi keperluan pelanggan. Bahan aktif digunakan dalam produk Wen 19
Ken dipilih berdasarkan keaslian dan mengandungi ciri keselamatan. Bahan mentah dibeli 20
secara eksklusif daripada vendor yang mempunyai sijil analisis (COA) untuk setiap bahan 21
mentah. Rumusan produk berdasarkan kepada dos keselamatan dalam Pharmacopoeia Cina 22
yang mana semua produk mematuhi peraturan KKM dan keperluan pendaftaran. 23

Antara usaha korporat, Wen Ken juga berusaha untuk berkhidmat dengan hati ikhlas bagi 24
mewujudkan kesan positif kepada masyarakat. Selain menjadi penaja seminar perubatan dan 25
aktiviti di sekolah, Wen Ken juga secara aktif menyumbang kepada organisasi amal. Selama 26
bertahun-tahun juga, syarikat menjalankan pelbagai projek tanggungjawab sosial korporat 27
(CSR) yang bertujuan meningkatkan dana dan kesedaran orang ramai terhadap golongan yang 28
berkeperluan serta kurang bernasib baik. Juga menjadi penaja aktif dalam pelbagai badan amal 29
termasuk Yayasan Perubatan Home Nursing Foundation, Rumah Johor Cheshire, Yayasan 30
Kanser Kanak-kanak dan Persatuan Kanak-kanak Spastik Johor, menganjurkan pelbagai 31
kegiatan penjanaan dana secara berkala seperti pembersihan dan mengecat semula premis 32
rumah amal. Selain membantu golongan memerlukan, syarikat juga menggalakkan kakitangan 33
mereka mengambil bahagian dalam aktiviti mulia ini sekaligus menanamkan budaya korporat 34
dengan penuh kasih sayang. 35

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/wen-ken-80-tahun-dalam-pasaran-1.727673

Berdasarkan kes di atas:, jelaskan tahap perniagaan antarabangsa yang dilalui oleh
Kumpulan Wen Ken.

Tahap perniagaan antarabangsa yang dilalui oleh Kumpulan Wen Ken.

Fakta Huraian Kaitan kes


Domestik
Antarabangsa
Multinasional

Kajian kes 10

YTC Berhad

YTC Berhad merupakan sebuah syarikat perladangan terbesar di Malaysia. Selain operasi di Malaysia, 1
syarikat ini mempunyai 30 anak syarikat di Gabon dan Nigeria , benua Afrika, Indonesia, Sri Lanka, Vietnam, 2
Thailand, Indonesia, Papua New Guinea yang menghasilkan pelbagai komoditi pertanian seperti koko, 3
getah, kelapa sawit, kelapa dan kopi. YTC diiktiraf sebagai syarikat perladangan terbesar di dunia dengan 4
hasil jualan tahunan sebanyak RM40 bilion. YTC meneruskan usaha untuk mengembangkan operasi di 5
negara Indonesia walaupun menghadapi pelbagai risiko seperti turun naik nilai matawang asing serta harga 6
komoditi yang tidak stabil di pasaran dunia. 7

YTC memulakan operasi di luar negara melalui pembukaan dua ladang kelapa di Sri Lanka pada tahun 8
1980. Aktiviti pemberontakan oleh kumpulan pemisah di utara Sri lanka telah menjejaskan operasi ladang 9
tersebut dan YTC terpaksa menjual kepentingannya dan membuka ladang sawit di Indonesia pada tahun 10
1990. Seterusnya YTC membuka ladang kopi di Vietnam, ladang getah di Thailand serta ladang sawit di 11
Papua New Guinea. Operasi ladang di Nigeria menghadapi risiko pengambilalihan oleh pemerintah. 12
Perubahan pemerintahan di Nigeria mungkin menyebabkan ladang milik YTC diambil oleh syarikat milik 13
kerajaan Nigeria. 14

Perubahan polisi disebabkan perubahan pemerintahan juga menjejaskan pelaksanaan rancangan 15


strategik YTC di negara berkenaan. Di negara Indonesia pula, gempa bumi yang menimpa negara itu 16
menyebabkan aktiviti pengeluaran diberhentikan selama 6 bulan menyebabkan kerugian hampir 300 juta 17
ringgit. Pembukaan ladang baharu juga melibatkan kos yang tinggi. Walau bagaimanapun kedapatan buruh 18
yang murah di negara Indonesia dan negara-negara di benua Afrika dapat meningkatkan daya saing 19
syarikat YTC. 20

YTC memperoleh pendapatan daripada teknologi pertanian dimilikinya yang digunakan oleh syarikat 21
perladangan di seluruh dunia yang dihasilkan oleh pusat penyelidikan pertanian YTC di Sri Lanka. Produk 22
hiliran yang dihasilkan oleh subsidiari YTC di pasarkan di negara berkenaan dan juga dipasarkan ke negara 23
lain . Pendapatan YTC daripada operasi luar negara dijangka meningkat lagi kerana, pada tahun 2019 24
kerajaan Brazil telah memberi lesen pembukaan ladang sawit dengan tempoh pajakan tanah yang panjang 25
serta pengecualian cukai pendapatan. Operasi YTC di luar negara telah menjana pendapatan sebanyak 26
RM23 bilion pada tahun 2019 meningkat 22% berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan keuntungan ini 27
disumbangkan oleh kenaikan harga beberapa komoditi iaitu kopi, koko dan kelapa di pasaran dunia serta 28
pengukuhan nilai ringgit berbanding matawang utama dunia. 29

Kilang coklat yang dimiliki oleh YTC di Malaysia menggunakan bahan mentah yang dihasilkan oleh 30
ladang koko milik YTC di Indonesia dan ini menyediakan bahan mentah berkualiti yang konsisten serta 31
mengurangkan pergantungan bahan mentah dari sumber luar yang melibatkan kos yang tinggi. 32
33
Berdasarkan kes di atas,
a. Jelaskan tujuan YTC menjadi syarikat multinasional
b. Jelaskan risiko syarikat multinasional yang dihadapi oleh YTC

Tujuan YTC menjadi syarikat multinasional

Fakta Huraian Kaitan kes


Mendapatkan sumber buruh

Memperoleh sumber bahan mentah

Meluaskan pasaran

Meningkatkan keuntungan

Mengelak tarif dan kuota

Meningkatkan imej organisasi

Risiko syarikat multinasional yang dihadapi oleh YTC Berhad ialah


Fakta Huraian Kaitan kes
Risiko politik -
Risiko ekonomi -
Risiko kadar -
pertukaran wang
Risiko pemilikan
negara

Kajian kes 9
Bata
Bata merupakan pengeluar kasut nombor satu dunia, mula beroperasi di sebuah ruang kecil dengan
tenaga kerja seramai empat orang di Czechoslovakia. Kini, syarikat telah menjual sebanyak satu juta
kasut sehari, mempunyai pekerja seramai 40,000 orang, mempunyai 4,600 kedai di seluruh dunia di lebih
50 negara serta memiliki 40 kilang di 26 buah negara termasuk negara-negara yang membangun.

Perniagaan Bata semakin menguntungkan dengan tercetusnya perang dunia pertama. Bagaimanapun
akibat perang ini, keluarga Bata terpaksa melarikan diri ke Kanada selepas tentera Nazi menjajah
Czechoslovakia dan Antonin Bata ditahan oleh tentera. Ke semua industri Bata dimiliknegarakan oleh
kerajaan komunis mengakibatkan syarikat Bata terpaksa memulakan semula perniagaannya melalui
syarikat milik mereka di luar negara. Keadaan ini telah memaksa anak kepada pengasas Bata iaitu
Thomas J. Bata memulakan operasi perniagaan mereka di Kanada. Selepas dunia mengalami
perubahan dalam pelaksanaan ekonomi sekitar tahun 1990-an, Bata turut menutup hampir kesemua
kilangnya yang beroperasi di negara-negara maju seperti di Amerika, Perancis, dan England. Mereka
hanya mengekalkan operasi di negara-negara membangun seperti di India dan Zimbabwe. Syarikat ini
juga mempunyai 1500 rangkaian kedai dan 150 kedai francais di negara India.

Bata juga mempunyai 1500 kedai francais di seluruh dunia. Bata mempunyai pengalaman sebagai
francaisor dalam membantu francaisi dalam menganalisa lokasi, pasaran, pesaing dan juga kemahiran
dalam perniagaan peruncitan. Syarikat Bata di India telah banyak melabur dalam mengembangkan kilang
supaya lebih canggih dan berdaya saing. Di samping itu, 50% dari produk syarikat ini, dihasilkan dari
usaha kontrak pengeluaran. Bata mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 1935, yang sehingga
kini mempunyai lebih 240 rangkaian kedai di seluruh negara. Bata telah melancarkan barisan koleksi
baharu kasutnya dikenali sebagai “Bata Red Label” di Malaysia serentak di seluruh dunia. Koleksi baharu
ini adalah rekaan hasil kerjasama di antara Bata dan pengeluar kasut dan aksesori dari Kanada, Aldo
Group. Kerjasama di antara Bata dengan pengeluar kasut lain itu bertujuan memberi nafas baharu yang
lebih segar dalam rekaan kasut keluarannya. Prinsip Bata ialah mengenali pelanggan dan menghasilkan
produk yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan. Dengan itu, koleksi produk Bata sentiasa
berfesyen dan mengikuti trend terkini dan mengikut musim bergantung kepada kesesuaian negara.

Bata juga telah melancarkan laman web secara atas talian iaitu Bata Home untuk memudahkan pembeli
membeli produk Bata dari rumah dan dihantar terus ke rumah secara percuma. Dengan cara ini,
pelanggan bebas untuk membeli kasut dari mana-mana kawasan pada setiap masa. Ini disebabkan
terdapat peningkatan penggunaan internet di Malaysia dan trend ke arah membeli belah atas talian.

Terdapat pelbagai koleksi kasut yang dikeluarkan Bata mewakili semua golongan dan peringkat usia
antaranya Power untuk aktiviti sukan, Marie Claire untuk wanita, Bubblegummers untuk kanak-kanak
serta pelbagai keluaran lain.

(Disesuaikan daripada https://www.bata.com.my dan https://www.bharian.com.my/bisnes)

Berdasarkan kajian kes di atas


(a) jelaskan strategi memasuki pasaran antarabangsa yang digunakan oleh Bata
(b) jelaskan konsep perniagaan antarabangsa yang diamalkan oleh Bata.

(a) strategi memasuki pasaran antarabangsa yang digunakan oleh Bata.

Fakta Huraian Kaitan kes


Subsidiari
Francais
Kontrak pengeluaran
Usahasama
(b) konsep perniagaan antarabangsa yang diamalkan oleh Bata ialah

Fakta Huraian Kaitan kes


Globalisasi
Dunia tanpa sempadan
Pasaran menimbul
Lokalisasi
Nasionalisasi

You might also like