You are on page 1of 3

1

Bahagian A [ 50 markah]

Jawab semua soalan

1(a) Huraikan tiga tabii orang yang berjaya berdasarkan model Stephen Covey. [6]

(b) Jelaskan bagaimana pelanggan dan saluran pengedaran dapat membantu usahawan
mencetus idea perniagaan. [4]

(c) Dengan memberikan contoh, jelaskan

(i) program pembangunan vendor


(ii)program mentor mentee. [4]

(d) Huraikan tiga tujuan usahawan menyediakan rancangan perniagaan. [6]

(e) Terangkan tiga pihak yang memerlukan rancangan perniagaan. [6]

(f) Jelaskan risiko kredit dan risiko pemiliknegaraan yang dihadapi oleh sebuah syarikat
multinasional. [4]

(g) Huraikan tiga kaedah bukan tarif yang boleh dilaksanakan bagi melindungi pasaran
tempatan. [6]

(h) Terangkan tahap yang mempengaruhi keputusan etika seorang pengurus . [6]

(i) Huraikan dua tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan oleh pengusaha sebuah
pasaraya terhadap pekerjanya. [4]

(j) Berikan empat peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan
Kepenggunaan. [4]
2

Bahagian B[50 markah]


Jawab semua soalan
Syarikat Multinasional

2 (a) Syarikat Toyota Motor Corporation merupakan sebuah syarikat automotif antara
yang terbesar di dunia yang beribu pejabat di Toyota City, Aichi di Tokyo dan diasaskan oleh
Kiichiro Toyoda pada tahun 1937. Manakala dua cawangan lagi telah di bina di United Kingdom
di Burgh Heath dan cawangan di Malaysia berada di Shah Alam. Kiichiro Toyoda telah berjaya
menghasilkan kereta pertama mereka iaitu Model A1 dan kemudian semakin berkembang
sehingga wujudnya kereta Toyopet Crown dan Land Cruiser untuk jualan di negara Jepun.

Syarikat Toyota Motor Corporation juga telah mencipta kereta Corona di mana hanya
700 kereta berjaya dikeluarkan dalam tahun 1955 dan meningkat dengan mendadak sehingga
11,750 buah kereta pada 1958 dan mencecah 50,000 buah kereta setiap bulan pada 1964.
Kenderaan Toyota telah terjual di 160 buah negara termasuklah di Malaysia dan antara
kenderaan yang dihasilkan oleh syarikat tersebuat ialah Vios, Camry, Altis, Fortuner, Avanza,
dan Hilux. Syarikat ini telah membuka sebanyak 52 buah kilang bagi menghasilkan kenderaan
untuk pasaran tempatan mahupun negara-negara yang berhampiran. Selama lebih 50 tahun,
Toyota telah menemui cara mereka untuk memperluaskan pasaran untuk lebih daripada 170 buah
negara dan wilayah di seluruh dunia. Disebabkan oleh eksport mereka terus membangun mereka
akan terus mengeluarkan kenderaan di mana permintaan itu wujud.

Syarikat Toyota Motor Corporation terpaksa membina sebuah kilang trak di San Antonio,
Texas. Ini kerana permintaan dari pelanggan yang semakin tinggi sehingga mencecah 2 juta buah
kereta telah memaksa sebuah kilang lagi dibina. Ini memberikan impak yang positif kepada
Toyota kerana syarikat ini berjaya meluaskan pasaran serta membuka pasaran baru di Texas.

Syarikat Toyota Motor Corporation telah memperluaskan perniagaannya dengan


mengeksport kenderaan mereka keluar negara seperti di Asia dan Eropah. Laman web global
syarikat menyatakan bahawa di Malaysia, Toyota Tsusho Corporation membuat pelaburan baru
dalam UMW Toyota Motor Sdn. Bhd (UMWT) yang merupakan syarikat usahasama yang
ditubuhkan pada tahun 1982 telah mengambil langkah-langkah lain untuk mengukuhkan
hubungan modal.]Dengan pelancaran syarikat baru, hasil jualan kenderaan Toyota meningkat
sebanyak 2.7 kali dari tahun 1987 hingga 1989.

(Disesuaikan daripada http://www.toyoland.com/history.html)


Berdasarkan kes di atas,

(i) Huraikan maksud syarikat multinasional dan jelaskan empat tahap perniagaan
antarabangsa yang dijalankan oleh Syarikat Toyota Motor Corporation. [18]

(ii) Terangkan tiga konsep perniagaan antarabangsa yang wujud di dalam Syarikat
Toyota Motor Corporation. [12]
3

Pilih satu soalan sahaja

3 (a) Huraikan maksud kaedah memulakan sendiri dan mengambil alih perniagaan sedia ada.
Bincangkan kebaikan dan kelemahan setiap kaedah. [20]

Atau

3(b) Jelaskan format rancangan perniagaan yang lengkap yang perlu disediakan oleh
seseorang usahawan untuk memulakan perniagaan. [20]

*Kertas soalan tamat

You might also like