You are on page 1of 3

2

Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan

1. Huraikan tiga peranan pengurus sebagai pembuat keputusan menurut Teori Mintzberg [6]

2. Terangkan jenis perancangan mengikut peringkat dalam sesebuah organisasi [6]

3. Berikan empat kepentingan pengorganisasian [4]

4. Nyatakan unsur-unsur yang menyebabkan sesuatu kontrak boleh batal [4]

5. Jelaskan jenis barang di bawah Akta Jualan Barangan 1957 [6]

6. Berikan manfaat komunikasi mendatar [4]

7. Huraikan tiga teknik mendengar secara aktif [6]

8. Jelaskan dua prinsip berunding antara majikan dan pekerja dalam menyelesaikan masalah
berkaitan tuntutan kenaikan gaji [6]

9.Berikan dua kelebihan dan dua kelemahan alat membuat keputusan kuantitatif [4]

10.Huraikan faktor kecekapan pembuat keputusan dari aspek:


i) Kreativiti [2]
ii) Intuisi [2]

TERHAD*
3

Bahagian B [50 markah]

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

Farm Fresh Jadi Fenomena Dalam Industri Susu Negara.

11. Bermula dengan 60 lembu sahaja di Ladang Sedili, Johor, kini Farm Fresh terus gah
setanding jenama antarabangsa dan memiliki lebih 7,000 ekor lembu di Malaysia. Malah mereka
kini menjadi pengeluar nombor satu susu segar di dalam negara. Kekuatan jenama susu Farm Fresh
bukan sahaja terletak kepada perancangan rapi pihak pengurusannya, malah turut dipacu oleh
pekerja-pekerja yang berdedikasi sehingga berjaya memasarkan produk susu segar di seluruh
negara. Kini ladang-ladang tenusu milik The Holstein Milk Company Sdn Bhd itu telah
mengeluarkan 36 peratus daripada pengeluaran susu mentah negara. Selain Malaysia, produk Farm
Fresh mula menembusi pasaran negara jiran, Singapura sejak tahun lalu dan bakal menjengah
pasaran di Asia Tenggara sebelum meluaskan jenama itu ke negara-negara Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC) untuk memanfaatkan sijil halal yang dimiliki.

Dalam pada itu, Azmi atau lebih dikenali dengan jolokan ‘Bos Susu’ berkata, usaha
membangunkan lebih ramai usahawan dalam bidang tenusu sememangnya menjadi agenda
syarikatnya sejak dahulu lagi selain memasuki bidang peruncitan bagi memastikan produk Farm
Fresh berada di pasaraya. “Jualan melalui segmen usahawan ini sendiri memberi sumbangan
sebanyak 25 peratus daripada jualan kasar. “Malah jualan mereka juga mampu menjangkau 70
peratus bermula dengan menjual susu secara kecil-kecilan. “Kini kita telah bangunkan 600 orang
‘usahawan gabus’ dengan majoritinya adalah bumiputera dengan modal secara kecil-kecilan dan
kini Farm Fresh boleh didapati di semua rangkaian pasar raya dan juga pengedar di seluruh negara.
Ketua Pengurus Operasi iaitu En Azmi pada awalnya tidak mahir menggunakan media sosial .
Beliau hanya membuka akaun facebooknya pada tahun 2016 setelah beliau mewujudkan program
Usahawan Gabus.

Mengulas mengenai cabaran yang diharungi dalam industri tenusu, Azmi mengakui negara
beriklim khatulistiwa seperti Malaysia kurang sesuai untuk ternakan lembu berbanding dengan
negara-negara pengeluar susu seperti Australia, New Zealand dan juga di Timur Tengah.
Bagaimanapun ia menjadi pemangkin buat Farm Fresh dalam mencari jalan penyelesaian yang
sesuai termasuk menggunakan genetik yang dipanggil Australian Friesan Shahiwal (AFS) yang
mempunyai baka tropika dari Pakistan dan Australia. “Dengan genetik AFS, lembu-lembu ini lebih
tahan lasak, tahan cuaca dan tahan kepada serangan penyakit serta hampir 80 peratus daripada baka-
baka yang kita ada sekarang ini adalah baka-baka AFS. Selain cuaca, cabaran kedua kami adalah
daripada segi persaingan khususnya di pasar raya yang agak kompetitif kerana Farm Fresh terpaksa
bersaing dengan jenama-jenama produk yang lebih besar dan sudah lama berada di pasaran.”

Berpegang kepada ‘keaslian, semulajadi, berkualti tinggi dan segar’ , syarikat amat menjaga
kualiti dan kesegaran susu bermula dari rumput yang berkualiti serta bervitamin, kemahiran pekerja
yang tinggi,baka lembu yang baik serta teknologi terkini. Semasa proses perahan susu dibuat,
dipastikan lembu, lantai, peralatan dan pekerja sentiasa dalam keadaan bersih. Apabila produk telah

TERHAD*
4

siap diproses , kualiti susu akan diperiksa terlebih dahulu agar susu yang menepati piawai sahaja
sampai ke pasaran

Mendepani cabaran masa kini, Syarikat Farm Fresh telah menggunakan pelbagai kaedah
yang boleh menarik perhatian pelanggan dan bakal pelanggan mereka. Terkini, melalui Tagline
Farm Fresh With Love, pelanggan boleh membuat pesanan melalui
https://farmfreshmalaysia.avana.asia dan syarikat akan menghantar pesanan pelanggan bersama-
sama dengan mesej kepada yang tersayang. Baru-baru ini,melalui sedang media yang dibuat untuk
memperkenalkan produk dan pembungkusan terbaru iaitu ‘Farm Fresh new Look’, syarikat telah
mengadakan satu sidang media dengan wartawan untuk memperkenalkan wajah baru produk
syarikat iaitu ‘Farm Fresh New Look’. Pengarah Operasi Farm Fresh Milk Sdn Bhd, Azmi Zainal
berkata, dalam memperluaskan capaian maklumat syarikat dan produk, mereka telah menggunakan
pelbagai saluran komunikasi masa kini seperti capaian maklumat melalui saluran Facebook ,
Instagram dan Youtube.

(Disesuaikan daripada http://www.farmfresh.com.my).

Berdasarkan kes di atas,

(a) Bincangkan analisis Strengh,Weaknesses,Opportunities,Threats (SWOT) bagi Syarikat


Farm Fresh [15]
(b) Jelaskan kaedah kawalan yang terlibat dalam pengeluaran susu Farm Fresh [10]
(c) Terangkan media komunikasi yang digunakan oleh Syarikat Farm Fresh [10]

Jawab satu soalan sahaja.


12. Jelaskan lima elemen Kontrak Jualan Barang-barang menurut Akta Jualan Barang-Barang
1957. [15]

13. Terangkan lima alat membuat keputusan kualitatif. [15]

TERHAD*

You might also like