You are on page 1of 27

KAJIAN TERHADAP STRATEGI KEMASUKAN KE MALAYSIA, CABARAN-

CABARAN PERNIAGAAN, LINI PRODUK, DAN KITARAN HAYAT PRODUK


BAGI SYARIKAT SCHWAN STABILO.

ABSTRAK

Tajuk kajian yang dijalankan adalah kajian terhadap startegi kemasukan ke Malaysia,
cabaran-cabaran perniagaan, lini produk, dan kitaran hayat produk bagi Syarikat Schwan
Stabilo. Pengkaji telah memilih sebuah perniagaan iaitu Syarikat Schwan Stabilo yang
berasal dari Jerman. Pengkaji juga telah mengkaji dan menganalisis strategi kemasukan
perniagaan antarabangsa dan juga cabaran perniagaan yang dihadapi oleh Syarikat Schwan
Stabilo. Oleh itu, kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis data dan
maklumat tentang Syarikat Schwan Stabilo adalah pengkaji menggunakan rujukan dari
internet iaitu laman sesawang rasmi syarikat tersebut. Dalam pada itu, pengkaji mendapat
maklumat-maklumat yang akan disenaraikan dalam dapatan kajian yang berdasarkan strategi
kemasukan syarikat, cabaran perniagaan dan pemilihan struktur organisasi. Kesimpulannya,
pengkaji mengharapkan bahawa syarikat-syarikat besar yang menjalani perniagaan mereka ke
seluruh dunia dapat menangani setiap cabaran perniagaan yang akan dihadapi.
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


.
ABSTRAK I

ISI KANDUNGAN II

PENGHARGAAN III

1.0 PENGENALAN

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

4.0 KAEDAH KAJIAN

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1

6.0 RUMUSAN, CADANGAN, DAN PENUTUP

7.0 SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah, SMK
Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal, Pulau Pinang kerana telah memberi sokongan dan
kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Puan Rosmaliza Binti Saipi selaku guru Pengajian Perniagaan. Beliau
telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing untuk
menyempurnakan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada ibu saya iaitu Tungku
Zurina Binti Tungku Sulaiman dan bapa saya Md Fauzi Bin Md Puranji yang banyak
menyokong saya dan membantu saya dalam melaksanakan Kerja Kursus Pengajian
Perniagaan Kertas 4 (946/4) yang bertajuk kajian terhadap strategi kemasukan ke Malaysia,
cabaran-cabaran perniagaan, lini produk, dan kitaran hayat produk bagi Syarikat Schwan
Stabilo.

Yang benar,

WAN NURIN FARAHANA BINTI MD FAUZI


1.0 PENGENALAN

Pengkaji akan menjalankan kajian terhadap strategi kemasukan ke Malaysia, cabaran-


cabaran perniagaan, lini produk, dan kitaran hayat terhadap Syarikat Schwan-Stabilo.
Syarikat Schwan-Stabilo merupakan pengeluar alat tulis yang mengfokuskan kepada pen
untuk menulis, pewarna, dan kosmetik. Syarikat ini berasal dari Heroldsberg, Bavaria,
Jerman. Syarikat ini mengeluarkan barangan yang dikhususkan untuk kegunaan sekolah dan
pejabat. Pengasas bagi syarikat ini ialah Gustav Schwanhäußer, beliau datang daripada
keluarga yang terkenal iaitu keluarga Schwanhäußer. Syarikat ini telah berkembang dengan
pesat di seluruh dunia iaitu di negara Eropah, Asia, Afrika, Australia, dan Amerika Syarikat.

Pada mulanya syarikat ini dikenali sebagai Grossberger & Kurz Bleisfitfabrik yang
ditubuhkan di Nuremberg, Jerman. Pada tahun 1865, Gustav Adam Schwanhausser, adalah
seorang kerani yang berusia 25 tahun, beliau telah membeli sebuah syarikat itu yang telah
dibelenggu masalah hutang ketika itu. Bagaimanapun, dalam beberapa tahun, Gustav berjaya
memulihkan perniagaan tersebut dan menamakan semula syarikat sebagai “Schwan
Bleisfitfabrik” sempena dengan singkatan pertama dalam nama keluarganya. Sejak itu, logo
yang berbentuk angsa menjadi tanda niaga yang mula digunakan sehingga kini.

Kini, syarikat tersebut mengaut keuntungan sebanyak €373,000,000 (2008) iaitu


sebanyak RM16,933,454,009,115.92. Sejurus itu, syarikat swasta ini juga mempunyai
seramai 3335 orang bilangan kakitangan di dalam syarikat. Setelah itu, perkhidmatan
barangan yang telah dihasilkan akan dieksport ke seluruh dunia termasuk Malaysia. Hal ini
dikatakan demikian kerana, di Malaysia juga mempunyai dua buah cawangan daripada
syarikat tersebut yang ditubuhkan iaitu di Schwan Stabilo Marketing Sdn. Bhd. Stationery
Manufacturer, Seri Kembangan, Selangor dan Schwan-Stabilo Marketing Sdn. Bhd. Portable
Building Manufacturer Senai, Johor.

Prinsip yang ingin dicapai bagi memperkembangkan dan meluaskan lagi syarikat ini
adalah dengan mengeratkan silaturahim dan mempunyai prinsip untuk mempercayai
kakitangan yang bekerja di dalam syarikat tersebut supaya dapat bergantung dan bekerjasama
antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian, dengan prinsip tersebut boleh menjadikan
syarikat ini kuat dan yakin dan pada masa yang sama akan memberikan mereka jaminan
untuk terus berjaya. Salah satu keistimewaan syarikat ini adalah kakitangan yang berada di
bawah syarikat tersebut mengamalkan nilai-nilai kerjasama dan bersatu hati untuk
memajukan syarikat.

Syarikat ini telah mendapat pengiktirafan sijil daripada Majlis Pengawasan Hutan,
Jerman PEPFC/04-31-1728 dan “1996 Forest Stewardship Council- Cert No. SCS-COC-
00213”. Hal ini menunjukkan syarikat ini berkembang dengan pesat dan mendapat anugerah
di peringkat antarabangsa. Syarikat ini menggunakan barangan kitar semula untuk
menghasilkan produk-produk. Hal ini dapat memelihara dan memulihara pelbagai sisa-sisa
yang terbuang sebagai bahan mentah dalam proses pengeluaran sesuatu produk.

Produk Schwan Stabilo digunakan oleh pengguna di seluruh dunia. Produk yang
dikeluarkan oleh syarikat tersebut adalah “Stabilo Boss” iaitu sejenis “highlighter”, disebut-
sebut sebagai salah satu pen penyerlah yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Tidak
mudah bagi syarikat untuk memastikan bahawa produk mereka mesra alam sekitar, tanpa
mengambil risiko kualiti atau perlu meningkatkan kos produk mereka, tetapi Stabilo telah
menjadikan barisan produk hijaunya digemari dan pada masa yang sama mesra alam.

Antara produk-produk keluaran dari Syarikat Schwan-Stabilo iaitu “Original Stabilo


Boss Highlighter, Stabilo Move, Stabilo Point 88, Stabilo Markers, dan Stabilo Fineliners”.
Hal ini kerana, produk keluaran syarikat ini amat terkenal di seluruh dunia dan menjadi
kegilaan ramai dengan produknya yang berkualiti dan berkesan kepada pengguna.
Penggunanya kebanyakan adalah dari pelbagai peringkat usia bermula awal usia kanak-kanak
sehinggalah orang dewasa.

Pengkaji akan menggunakan kaedah sekunder iaitu buku, majalah, akhbar, dan laman
sesawang. Kajian yang akan dijalankan adalah bagi memenuhi sebahagian daripada kerja
kursus yang dikaji oleh pengkaji bagi memenuhi kerja kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4,
946/4 Semester 3, 2022.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan untuk mencapai empat objektif utama berkaitan strategi kemasukan,
cabaran, lini produk dan kitaran hayat produk yang dihadapi oleh Syarikat Schwan Stabilo.

Objektif-objektif tersebut ialah:

2.1 Mengkaji startegi kemasukan Syarikat Schwan Stabilo yang memasuki ke pasaran
Malaysia.

2.2 Membincangkan lima cabaran perniagaan yang dihadapi oleh Syarikat Schwan
Stabilo dari aspek:

2.2.1 Struktur Organisasi

2.2.2 Kawalan Pengurusan

2.2.3 Politik dan Perundangan

2.2.4 Ekonomi

2.2.5 Sosiobudaya

2.3 Menganalisis lini produk Syarikat Schwan Stabilo dari aspek:

2.3.1 Kedalaman Produk

2.3.2 Kelebaran Produk

2.4 Menganalisis kitaran hayat produk “Stabilo Boss” keluaran Syarikat Schwan
Stabilo.
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Syarikat Schwan Stabilo adalah syarikat yang sedang berkembang maju dengan keluaran
produk-produk yang terkenal iaitu peralatan tulis. Oleh itu, syarikat ini juga mempunyai
matlamat yang tersendiri iaitu sangat mementingkan perkhidmatan terhadap pelanggan yang
membeli produk keluaran mereka, juga usahawan syarikat tersebut mengetahui bahawa
pelanggan merupakan salah satu pihak berkepentingan terhadap sesebuah perniagaan.
Dengan itu, Syarikat Schwan Stabilo akan sentiasa mementingkan pelanggan mereka dan
juga kualiti terhadap sesuatu produk yang mereka hasilkan agar perniagaan mereka dapat
berkembang dengan pesat. Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan strategi
kemasukan ke perniagaan antarabangsa dan juga cabaran-cabaran perniagaan, lini produk,
dan kitaran hayat terhadap Syarikat Schwan-Stabilo.

Menurut John Riesenberger (2011), perniagaan antarabangsa merujuk kepada


perdagangan barangan, perkhidmatan, teknologi, modal atau pengetahuan sempadan negara
dan dalam skala global atau transnasional. Ini melibatkan transaksi barangan dan
perkhidmatan rentas sempadan antara dua negara atau lebih. Transaksi sumber ekonomi
mencakupi modal, keterampilan, dan orang untuk tujuan pengeluaran antarabangsa barangan
dan perkhidmatan fizikal seperti kewangan, perbankan, insurans, dan pembinaan. Perniagaan
antarabangsa juga dikenali sebagai globalisasi. Untuk menjalankan perniagaan di luar negeri,
syarikat multinasional perlu menembusi pasaran nasional yang terpisah menjadi satu pasaran
global. Oleh itu, cabaran dalam menjalankan perniagaan antarabangsa adalah dari segi
struktur organisasi, kawalan pengurusan, politik dan perundangan, ekonomi, dan
sosiobudaya.

Definisi strategi-strategi kemasukan ke perniagaan antarabangsa yang difokuskan oleh


pengkaji iaitu eksport, menurut Sudono Sukirno (2013), eksport adalah pembelian dari negara
lain atas barang buatan perusahaan-perusahaan yang dihasilkan di dalam negeri. Selain itu,
menurut Abdul Rahman A Samad (2019), definisi francais adalah hak atau kebenaran
istimewa yang diberikan dengan syarat atau bayaran yang tertentu oleh syarikat induk iaitu
pemilik kepada pengusaha untuk memasarkan sesuatu barangan atau perkhidmatan,
memfrancaiskan memberikan francais sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada seseorang
atau syarikat. Sejajar dengan itu, menurut Abdul Rahman A Samad juga, definisi usaha sama
adalah perusahaan iaitu dari segi kegiatan, penghasilan, dan perniagaan yang diusahakan
bersama oleh dua atau beberapa pengusaha syarikat sebagai suatu perkongsian bagi syarikat
tersebut dengan syarikat yang lain.

Oleh itu, syarikat yang akan dikaji iaitu Syarikat Schwan Stabilo menggunakan salah
satu strategi terhadap kemasukan ke Malaysia iaitu strategi kemasukan eksport. Syarikat
tersebut menggunakan strategi eksport untuk mengeksport barangan buatan mereka ke negara
yang lain seperti Asia iaitu Malaysia, Afrika, England, dan di serata dunia. Selain itu, syarikat
ini berjaya menghasilkan keuntungan yang banyak hasil dari permintaan dari pihak ramai dari
seluruh dunia.

Seterusnya, cabaran-cabaran yang yang terdapat dalam syarikat merujuk kepada masalah
yang dihadapi oleh usahawan yang menubuhkan syarikat tersebut. Menurut Zikri Husaini
(2010), di dalam setiap keusahawanan semestinya mempunyai cabaran. Cabaran tersebut
terbahagi kepada dua iaitu cabaran dalaman dan cabaran luaran. Cabaran dalaman merupakan
unsur-unsur yang mencabar kewibawaan seseorang dalam merealisasikan impian seseorang.
Unsur-unsur ini boleh memberi rangsangan positif atau negatif bergantung kepada tanggapan
atau cara bagaimana kita mengatasinya. Manakala cabaran luaran pula merupakan perkara
yang mempengaruhi persekitaran aktiviti yang dijalankan iaitu seperti ekonomi, politik dan
perundangan, dan sosiobudaya.

Di samping itu, menurut Kotler dan Keller (2009), lini produk merupakan kelompok
produk yang berada di dalam kelas produk yang berkaitan dengan memiliki fungsi yang
serupa, dipasarkan melalui kedai-kedai runcit atau saluran yang sama atau dalam kisaran
harga tertentu, dan akan dijual dalam sekelompok pelanggan yang sama. Lini produk juga
merupakan bahagian daripada strategi pemasaran perusahaan dalam menjual beberapa jenis
produk. Menurut Ronadaza Zainorin (2016), lini produk merupakan barisan produk yang
mengeluarkan beberapa jenis produk, malah mempunyai fungsi dan harga yang sama, dan
digunakan dalam kumpulan pengguna yang sama serta menggunakan saluran pengagihan
yang sama. Oleh itu, lini produk terbahagi kepada dua iaitu kelebaran dan kedalaman produk.
Kelebaran produk merujuk kepada bilangan lini produk yang dipasarkan kepada pengguna
dalam sesuatu pasaran. Manakala kedalaman produk merujuk kepada bilangan item produk
yang dihasilkan dan bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap produk tersebut.

Menurut Zara Lumina (2012), kitaran hayat produk merupakan satu konsep yang
menunjukkan sejarah jualan sesuatu produk yang meliputi empat peringkat iaitu peringkat
pengenalan, pertumbuhan, kematangan, dan penurunan. Oleh itu, peringkat pengenalan
dikategorikan produk baharu, bentuk produk baru atau jenama yang dilancarkan semasa
peringkat pengenalan. Jualan pada peringkat ini sangat rendah dan matlamat utama syarikat
pada tahap ini adalah untuk mendapatkan tempat di pasaran bagi produk baharu. Peringkat
yang kedua iaitu pertumbuhan. Peringkat pertumbuhan merujuk kepada pesaing-pesaing yang
memasuki pasaran dan menawarkan produk yang sama tetapi menggunakan jenama yang
berbeza. Manakala terdapat ramai pesaing dalam pasaran, begitu juga pemasar terpaksa
melakukan sedikit perbezaan dari segi bahan kandungan atau jenama produk. Bagi peringkat
kematangan pula, peringkat ini mempunyai jualan yang mendatar dan kemudian menurun di
mana ia merupakan peringkat yang terpanjang dalam kitaran hayat produk, dan peringkat
yang terakhir iaitu peringkat penurunan merujuk kepada pemasar-pemasar yang
menghasilkan produk yang sama akan memperoleh peruntukkan promosi untuk produk iaitu
produk yang lebih baik yang terdapat dalam pasaran atau produk tersebut tidak lagi menerima
permintaan daripada pelanggan.
4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan
penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan kajian.
Kaedah kajian yang digunakan termasuklah pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif.
Sumber data yang diperolehi melalui sumber data primer dan data sekunder.

Menurut Prof. Madya Dr Kntayya (2014), data primer adalah data yang datang dari sumber
asli atau yang pertama. Oleh itu, menurut Nur Suriana (2014) yang berpendapat bahawa data
primer adalah data asal yang dikumpul secara khususnya untuk menjawab persoalan kajian
penyelidikan. Seterusnya, oleh hal yang dikatakan demikian, data primer secara umumnya
bermaksud data yang diperolehi atau dikumpul daripada sumber yang asal seperti alam
semulajadi, persekitaran, masyarakat, atau individu. Oleh itu, data primer terbahagi kepada
dua iaitu dari segi pemerhatian, pencerapan, borang soal selidik, dan temu bual. Pengkaji
telah menggunakan dua kaedah iaitu temu bual dan juga kaedah soal selidik.

Seterusnya, menurut Sabitha Marican (2005), data sekunder adalah data yang telah
dikumpul oleh pengkaji yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, secara umumnya, data
sekunder adalah data yang diolah daripada sumber yang sedia ada iaitu data primer yang telah
dianalisis. Oleh itu, contoh bagi data sekunder adalah seperti dari kaedah kepustakaan, laman
sesawang, buku, majalah, atau surat khabar yang berkenaan. Data sekunder juga merupakan
data yang diperoleh secara tidak langsung, atau melalui media perantara. Pengkaji memilih
kaedah laman sesawang untuk penyelidikan tentang kajian yang dipilih.

4.1 Laman Sesawang

Menurut Zakirah (2013), strategi perniagaan melalui pendekatan laman sesawang


merupakan satu kaedah perniagaan di mana ia menggunakan pelayar Internet sebagai satu
platform untuk mengkaji dengan lebih dalam tentang syarikat, produk, khidmat dan lain-lain
kepada umum. Namun begitu terdapat cabaran dalam membangunkan laman sesawang yang
memenuhi ciri-ciri laman sesawang yang baik. Dengan itu objektif kajian ini adalah untuk
mengenal pasti kerangka laman sesawang untuk sesebuah syarikat. Seterusnya, kaedah ini
dapat membantu pengkaji untuk mengkaji dan membuat penyelidikan tentang sebuah
syarikat.

4.2 Buku Ilmiah

Menurut Esti Komalasari (2021), buku ilmiah adalah buku yang menghuraikan sesuatu
bidang ilmu, dan buku ilmiah juga lebih diarahkan kepada karya dalam bidang ilmiah. Karya
ilmiah merupakan karya yang menunjukkan penggunaan isi yang memaparkan sesuatu
pembahasaan secara ilmiah yang dilakukan oleh seorang penulis atau penyelidik. Oleh itu,
buku ilmiah juga digunakan untuk menyampaikan sesuatu hal secara logik dan sistematik
kepada para pembaca. Oleh hal yang demikian, karya ilmiah ditulis untuk mencari jawapan
mengenai setiap hal dan untuk membuktikan kebenaran tentang sesuatu yang terdapat dalam
objek tulisan.
5.0 DAPATAN KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005), dapatan kajian
bermaksud sesuatu yang didapati atau diketahui hasilnya daripada kajian, penyelidikan dan
penemuan seperti menyediakan laporan tentang beberapa kajian yang telah dikaji yang
berkaitan dengan penyelidikan tersebut. Pada bahagian ini, pengkaji akan menganalisis
strategi kemasukan, cabaran perniagaan lini produk dan kitaran hayat produk bagi menjawab
objektif yang telah ditetapkan.

5.1 Strategi kemasukan Syarikat Schwan Stabilo ke perniagaan antarabangsa iaitu


eksport.

Menurut Prinsip Pemasaran Perspektif Global (2004) menyatakan bahawa strategi


kemasukan perniagaan antarabangsa ialah setelah sesebuah perniagaan tersebut membuat
keputusan untuk memasuki pasaran antarabangsa, syarikat atau perniagaan tersebut perlu
menentukan bagaimana cara yang akan digunakan untuk memasuki pasaran tersebut.
Terdapat empat strategi kemasukan ke pasaran antarabangsa yang boleh dipilih iaitu secara
pengeksportan, internet, usahasama, dan pelaburan asing. Strategi kemasukan yang
digunakan oleh Syarikat Schwan Stabilo ke perniagaan antarabangsa adalah eksport. Menurut
Adam (2017), beliau menyatakan bahawa eksport merupakan suatu kegiatan pemindahan
barang dari tempat asal ke tempat lain. Dalam dunia perdagangan, pengertian eksport adalah
proses pengiriman atau penjualan barang dari dalam negeri dengan tujuan luar negeri. Kajian
didapati bahawa, Syarikat Schwan Stabilo mengeksport hasil produk mereka ke seluruh dunia
seperti di Asia iaitu Malaysia, Amerika Syarikat, Afrika, Australia, dan negara Timur
Tengah. Hal ini dikatakan demikian kerana, untuk koleksi Stabilo Boss, Syarikat Schwan
Stabilo telah mengeluarkan sekitar 60 juta unit setiap tahun dan dua unit produk tersebut
dijual setiap saat. Oleh itu, Syarikat Schwan Stabilo mengeksport produk yang mendapat
permintaan ramai ke seluruh negara terutamanya di Malaysia.
5.2 Cabaran perniagaan yang dihadapi oleh Syarikat Schwan Stabilo.

Cabaran dalam sesebuah perniagaan atau struktur organisasi syarikat sesebuah negara
berbeza dengan struktur organisasi syarikat di negara luar. Oleh itu, pemilihan struktur
organisasi bergantung kepada persekitaran perniagaan, pasaran sasaran, kemahiran pekerja,
dan kaedah operasi yang diamalkan di setiap negara. Antara cabaran perniagaan yang
dihadapi oleh Syarikat Schwan Stabilo adalah dari segi struktur organisasi, kaedah
pengurusan, politik dan perundangan, ekonomi, dan sosiobudaya.

5.2.1 Struktur Organisasi

Menurut Firda Nur Asmita (2020), struktur organisasi membawa maksud kepada
struktur organisasi yang berdasarkan fungsi struktur organisasi jenis ini menggabungkan
kepada semua orang yang terlibat dalam suatu kegiatan atau beberapa kegiatan terkait
menjadi satu bahagian. Sebagai contoh sebuah organisasi dibahagi berdasarkan fungsi apabila
mempunyai bidang-bidang dari segi aspek produksi, pemasaran, dan penjualan yang secara
terpisah. Struktur organisasi di Malaysia yang berbeza dengan struktur organisasi di negara
asal. Oleh itu, pemilihan struktur organisasi di Malaysia bergantung kepada persekitaran
perniagaan, pasaran, produk yang dihasilkan, keupayaan dan kemahiran pekerja, dan kaedah
operasi yang diamalkan oleh syarikat di setiap negara. Pengkaji akan mengkaji keupayaan
dan kemahiran pekerja dalam Syarikat Schwan Stabilo. Keupayaan dan kemahiran pekerja di
dalam syarikat tersebut, syarikat telah menghasilkan pekerja yang bertanggungjawab,
sepasukan, kepercayaan antara satu sama lain dan bergantung terhadap satu sama lain.
Dengan adanya struktur organisasi dari segi keupayaan dan kemahiran pekerja dalam
syarikat, terdapat juga enam nilai teras yang diterapkan dalam syarikat tersebut iaitu
persetujuan mengenai matlamat mereka, kekuatan melalui kepercayaan bersama, kerja
berpasukan, kritikan diri, kejayaan dan keyakinan. Antara cabaran yang dihadapi oleh
Syarikat Schwan Stabilo adalah dari segi pemilihan para pekerja, para pekerja yang ingin
bekerja di bawah syarikat tersebut hendaklah menunjukkan kemahiran dalam menguruskan
perniagaan tersebut. Jelaslah bahawa, dengan nilai yang diterapkan oleh Syarikat Schwan
Stabilo dapat mempunyai pengaruh besar terhadap rutin harian dan budaya syarikat mereka.
Syarikat Schwan Stabilo menyatakan bahawa syarikat mereka amat mementingkan
kemahiran diantara pekerja yang akan menguruskan sektor perniagaan mereka. Hal ini
dikatakan kerana, syarikat telah menapis pekerja yang ingin bekerja dalam syarikat tersebut
atas kebolehan diantara mereka. Syarikat Schwan Stabilo berharap hubungan silaturahim
bersama pekerja adalah sentiasa baik supaya para pekerja dalam syarikat tersebut
bersemangat dan ingin mahir dalam pelbagai bidang untuk menguruskan perniagaan mereka
sehingga masa hadapan kelak.

Rajah 1: Struktur Organisasi Syarikat

5.2.2 Kawalan Pengurusan

Menurut Hamali Yusuf (2019), beliau mengatakan bahawa kawalan pengurusan


merupakan kaedah kawalan yang berbeza. Oleh itu, lokasi yang jauh menyukarkan penetapan
kepada satu bentuk struktur organisasi sama ada pentadbiran berpusat atau tidak berpusat.
Pentadbiran berpusat bermakna syarikat induk dapat mengawal anak syarikat, keputusan
yang diperoleh mungkin kurang tepat kerana syarikat induk tidak mahir dalam selok belok
perniagaan yang dijalankan di luar. Manakala pentadbiran tidak berpusat pula, anak syarikat
membuat keputusan walaupun keputusan tersebut telah tepat kerana anak syarikat lebih tahu
selok belok perniagaan di negara luar, namun syarikat induk sukar mengawal aktiviti anak
syarikat. Menurut Nizam Mohamad (2012), beliau menyatakan bahawa kawalan merupakan
proses untuk memantau prestasi dan mengambil tindakan untuk memastikan pencapaian hasil
yang diingini oleh sesebuah syarikat. Manakala bagi pengurusan, menurut beliau juga,
pengurusan merupakan perlaksanaan sesuatu kerja melalui sumber-sumber organisasi iaitu
seperti manusia, kewangan, bahan mentah, dan juga modal ke arah mencapai matlamat dan
objektif yang telah ditetapkan secara cekap dan berkesan. Dalam pada itu, Syarikat Schwan
Stabilo telah mengubah keserasian untuk menjalankan proses untuk menghasilkan produk
mereka dengan menggunakan bekalan elektrik yang neutral iklim ke semua kemudahan
pengeluaran dan juga pengurusan. Hal ini dikatakan begitu kerana, syarikat tersebut hendak
mengoptimumkan proses dalam pembuatan dan logistik dalam kawalan pengurusan. Selain
itu, syarikat ini telah menggunakan bahan kitar semula dalam menghasilkan produk mereka.
Sebagai contoh bahan kitar semula iaitu seperti kayu dan plastik. Jelaslah bahawa, Syarikat
Schwan Stabilo percaya dan berharap, dengan menggunakan bahan kitar semula dapat
menjaga alam sekitar dan memberikan kebaikan kepada manusia dan juga negara.

5.2.3 Politik dan Perundangan

Menurut M. Prawiro (2020), beliau menyatakan bahawa politik adalah sesuatu proses
pembentukan dan pembahagian kekuasaan dalam masyarakat di mana wujudnya adalah
proses pembuatan keputusan, khususnya dalam negara. Hal ini dikatakan begitu kerana,
apabila wujudnya kestabilan politik dalam sesebuah negara tersebut, maka kekuatan sistem
politik yang terhasil akan terlindung dari ancaman luar. Selaras dengan itu, bukan sahaja
kekuatan sistem politik dari dalaman malah juga dari luar. Oleh itu, dengan kekuatan sistem
politik yang wujud, pelaburan asing dapat dijamin tidak terancam malah berterusan. Dari
aspek perundangan, menurut Pn. Hajah Norazinah (2013), beliau menyatakan bahawa
perundangan adalah sesuatu syarat yang menerangkan tentang kontrak dan elemen yang akan
diwujudkan dalam sesebuah perniagaan yang akan dijalankan. Dalam pada itu, peraturan-
peraturan perdagangan juga ketat malah berbeza di antara negara-negara lain. Syarikat
Schwan Stabilo juga mempunyai cabaran terhadap politik dan perundangan. Syarikat Schwan
Stabilo juga menginginkan kestabilan politik disesebuah negara bagi mempengaruhi syarikat.
Oleh hal yang dikatakan demikian, syarikat tersebut juga pernah terjejas atas masalah
peraturan perdagangan yang ketat sehingga menjejaskan keuntungan kepada syarikat mereka.
Oleh itu, syarikat perlu memahami undang-undang di sesebuah negara sebelum mengimport
produk hasilan mereka dan memahami syarat pelaburan yang dikawal oleh pihak berkuasa
tempatan. Hal ini dikatakan begitu kerana, sistem perundangan antara negara adalah berbeza.
Sebagai contohnya, produk yang dihasilkan oleh syarikat atau anak syarikat multinasional
mestilah berasaskan bahan mentah atau-atau komponen-komponen tempatan mengikut
kehendak negara dan permintaan dari pelanggan dalam negara tersebut.

5.2.4 Ekonomi

Menurut Abraham Maslow (1956), beliau menyatakan teori yang berkaitan dengan
perekonomian, iaitu ekonomi adalah bidang saintifik yang dapat menyelesaikan pelbagai
masalah dalam kehidupan manusia melalui semua sumber ekonomi yang wujud berdasarkan
teori dan prinsip dalam sistem ekonomi yang dianggap berkesan dan cekap. Dalam pada itu,
sistem ekonomi berbeza antara sesebuah negara dan ini mempengaruhi aktiviti perdagangan
antarabangsa. Sebagai contoh, sistem ekonomi dan perancangan pusat, kerajaan akan
menentukan dan mengawal kegiatan ekonomi negaranya seperti harga, cukai, jenis produk,
dan sebagainya. Dalam pada itu, dalam sesebuah perniagaan juga akan berlakunya
kemelesetan ekonomi seperti berlakunya pengangguran, hilang pekerjaan, maka dengan
berlakunya kemelesetan ekonomi maka permintaan terhadap produk multinasional akan
kurang. Oleh hal yang demikian kerana, Syarikat Schwan Stabilo mempunyai ekonomi yang
stabil. Syarikat Schwan Stabilo juga mengalami kemerosotan walaubagaimanapun
kemerosotan tersebut hanya sementara. Sejajar dengan itu, kemerosotan tersebut berlaku pada
tahun 2020 dan tahun awal tahun 2021. Penjualan hasil perniagaan mereka meningkat dengan
baik pada 24 November 2021. Pada tahun tersebut, hasil jualan produk mereka meningkat
kerana terdapat banyak permintaan produk jualan mereka dari penduduk di seluruh dunia.
Peningkatan hasil jualan tersebut meningkat sehingga memperoleh EUR623.2 juta, manakala
EUR609.08 juta pada tahun kejatuhan perniagaan tersebut iaitu pada tahun 2020 sehingga
awal tahun 2021. Syarikat Schwan Stabilo juga berjaya menarik minat pelanggan atas produk
penghasilan mereka yang diminati ramai dan menjadi kegunaan harian kepada para penduduk
di seluruh negara. Oleh hal yang dikatakan demikian kerana, syarikat tersebut juga pernah
mengalami kemelesetan ekonomi hanya pada tahun 2020 dan tahun awal 2021.

5.2.5 Sosiobudaya
Tanggapan sosio-budaya adalah susunan dan interaksi dalam kehidupan masyarakat
yang merangkumi unsur-unsur seperti adat istiadat, pengetahuan, kepercayaan, serta moral.
Sosio-budaya yang berkembang dalam masyarakat boleh mengalami perubahan yang
didorong oleh faktor-faktor seperti globalisasi dan pengaruh luar yang, antara lain,
mengakibatkan pembudayaan dan asimilasi. Dalam pada itu, perbezaan sosial dan budaya
diantara negara di mana ia beroperasi “host country” dan negara asalnya “home country”.
Walaupun faktor yang menghalang perubahan sosio-budaya adalah keadaan terpencil
masyarakat serta sifat konservatif. Dari pandangan sosiobudaya selepas keluaran produk yang
dihasilkan iaitu alat tulis yang telah mendapat sambutan ramai di seluruh negara terutamanya
negara Malaysia. Oleh hal yang demikian kerana, alat-alat tulis yang dikeluarkan dari
Syarikat Schwan Stabilo bukan sahaja digunakan oleh golongan di awal usia, malah golongan
dewasa juga sama. Mereka beranggapan bahawa alat tulis tersebut sangat berkesan dan
berkualiti juga senang digunakan. Oleh itu, Syarikat Schwan Stabilo telah memenuhi citarasa
pelanggan dan juga halal digunakan oleh kerana produk hasilan mereka menggunakan bahan
semula jadi dan kitar semula. Jelaslah bahawa, apabila syarikat tersebut mengeluarkan
produk hasil mereka dengan mengikut citarasa pelanggan yang berada di seluruh negara,
syarikat tersebut akan terhindar dari sebarang konflik atau masalah komunikasi antara
syarikat multinasional dan pekerja-pekerja tempatan.

5.3 Lini produk Syarikat Schwan Stabilo.

Menurut Philip Kotler, lini produk dapat didefinisikan sebagai “sekelompok produk yang
terkait erat kerana berfungsi dengan cara yang sama, dan dijual kepada kelompok pelanggan
yang sama, dipasarkan melalui jenis gerai yang sama, dan berada dalam harga yang telah
diberikan. Lini produk merupakan bahagian dari strategi pemasaran perusahaan dalam
menjual beberapa jenis produk. Oleh itu, setiap satu lini atau barisan produk mempunyai ciri-
ciri, pengguna dan kegunaan yang sama. Item produk tersebut mungkin menggunakan
teknologi, pengedaran, harga, dan promosi yang sama.

5.3.1 Kedalaman Produk


Kedalaman produk merupakan bilangan item produk yang terdapat dalam sesuatu lini
atau barisan produk. Sebagai contoh, Syarikat Schwan Stabilo mengeluarkan sejenis alat tulis
yang ditawarkan dalam tiga jenis alat tulis yang berbeza iaitu seperti “Gel Pens, Fountain
Pens, Ballpoint Pens, dan sebagainya.” Dalam pada itu, bilangan item yang lebih dalam dapat
memberi pilihan yang lebih luas kepada pengguna.

Kelebaran produk

Alat tulis Pensel warna “Highlighter”


Fineliner & Felt-tip Pens Coloring Felt-tip Pens Stabilo Boss Original
Gel Pens Pensel Warna -
Fountain Pens Wax Crayons -
Ballpoint Pens Watercolor Pencils -
Pen Grafik Pastel Pencils -
Marker & OHP Pens - -

Jadual 1: Kedalaman produk Syarikat Schwan Stabilo.

Jadual 1 di atas menunjukkan bahawa Syarikat Schwan Stabilo telah mengeluarkan hasil
jualan produk iaitu peralatan tulis yang kepelbagaian. Oleh itu, kedalaman produk yang
menunjukkan bahawa Syarikat Schwan Stabilo telah mengeluarkan sejenis alat tulis seperti
“Fineliner & Felt-tip Pens, Gel Pens, Fountain Pens, Ballpoint Pens, Pen Grafik, dan Marker
& OHP Pens.” Manakala pensel warna yang dikeluarkan oleh Syarikat Schwan Stabilo
adalah seperti “Coloring Felt-tip Pens, Pensel Warna, Wax Crayons, Watercolor Pencils, dan
Pastel Pencils.” Akhir sekali, sejenis peralatan tulis yang telah menghasilkan permintaan
ramai iaitu sejenis “Highlighter” yang dinamakan sebagai “Stabilo Boss Original”.

5.3.2 Kelebaran Produk

Kelebaran produk merujuk kepada bilangan lini atau barisan produk yang berlainan yang
ditawarkan oleh pengeluar kepada pelanggan. Contohnya, Syarikat Schwan Stabilo
menawarkan banyak lini atau barisan produk iaitu alat tulis, pensel warna, dan “highlighter”.
Oleh itu, bilangan barisan yang lebih banyak atau lebar dapat menarik pelbagai segmen
pasaran.
5.4 Kitaran hayat produk Stabilo Boss, Syarikat Schwan Stabilo.

Kitaran hayat produk merujuk kepada suatu konsep kitaran yang menunjukkan peringkat
kitaran produk dalam aspek jualan dan keuntungan yang berlainan tahap bermula daripada
pengenalan, pertumbuhan, matang, dan penurunan. Oleh itu, jangka masa sesuatu produk
berada dalam pasaran bergantung pada tahap penerimaan dan permintaan pengguna terhadap
produk yang dikeluarkan tersebut. Selaras dengan itu, kitaran hayat produk boleh
dibahagikan kepada empat peringkat utama seperti peringkat pengenalan, peringkat
pertumbuhan, peringkat kematangan, dan peringkat kemerosotan. Dalam pada itu, produk
yang dikaji iaitu “Stabilo Boss Original” hanya berlaku tiga peringkat iaitu pengenalan,
pertumbuhan, kematangan, dan kemerosotan.

Rajah 1: Kitaran hayat produk Stabilo Boss dari Syarikat Schwan Stabilo

5.4.1 Peringkat Pengenalan


Kitaran hayat produk yang terbahagi kepada aspek peringkat pengenalan merujuk
kepada produk baharu yang disediakan oleh pengeluar untuk dibeli oleh pengguna. Selain itu,
kuantiti jualan produk pada peringkat ini sangat rendah kerana produk belum dikenali ramai.
Pada peringkat ini, kos yang dihadapi oleh pengeluar adalah tinggi disebabkan kuantiti
keluaran sangat rendah. Kesannya, loji pengeluaran tidak digunakan dengan cekap dan kos
per unit produk meningkat dan menyebabkan pemasar mengalami kerugian. Kerugian yang
dialami oleh pemasar bersifat sementara jika kuantiti pengeluaran dapat ditingkatkan pada
masa hadapan untuk mengecilkan kesan kos tetap. Dalam pada itu, persaingan yang dihadapi
oleh pemasar boleh dikatakan tiada kerana produk yang dipasarkan merupakan produk
baharu. Oleh itu, persaingan lain tidak yakin untuk memasuki pasaran kerana bilangan
pelanggan yang sedikit. Tegasnya, cabaran utama kepada pemasar pada peringkat ini adalah
untuk meningkatkan jualan pada masa akan datang.

5.4.2 Peringkat Pertumbuhan

Merujuk kepada peringkat pertumbuhan pula, peringkat pertumbuhan menunjukkan


kepada kuantiti jualan meningkat disebabkan pengguna mula mengetahui kewujudan produk
dalam pasaran. Oleh itu, disebabkan kuantiti keluaran telah bertambah, kapasiti penggunaan
asset kilang yang mulai cekap telah menyebabkan kos per unit menurun. Dalam pada itu,
hasil jualan yang mula bertambah dan mengatasi jumlah kos yang ditanggung. Pada peringkat
ini, produk yang dipasarkan mula dikenali oleh pengguna. Selaras dengan itu, pemasar juga
mula berhadapan dengan pesaing lain yang mula masuk pasaran untuk mendapatkan peluang
pasaran. Tegasnya, cabaran yang mula dihadapi oleh pemasar untuk mengekalkan syer
pasaran yang diperoleh.

5.4.3 Peringkat Kematangan


Pada peringkat kematangan pula, jualan pada peringkat ini adalah perlahan. Peringkat
kematangan menunjukkan jualan meningkat sehingga mencapai kuantiti jualan maksimum.
Selepas itu, jualan produk akan mengalami penurunan. Walau bagaimanapun, jumlah jualan
secara puratanya adalah stabil. Kos jualan yang dihadapi oleh pemasar adalah pada tahap
minimum. Kombinasi penggunaan aset tetap dengan aset semasa yang berada pada tahap
cekap telah menyebabkan kos per unit keluaran paling rendah. Oleh itu, perniagaan ini
memperoleh ekonomi bidangan kerana kuantiti produk yang dihasilkan adalah yang tertinggi.
Dalam pada itu, pemasar dapat memaksimumkan kadar keuntungan dengan memperoleh
untung yang tertinggi disebabkan faktor hasil jualan yang terbesar dengan jumlah kos yang
minimum. Keuntungan yang tertinggi yang diperoleh dala peringkat ini telah menjadi daya
penarik kepada pemasar baharu untuk memasuki pasaran. Hal ini menyebabkan jumlah
pesaing menjadi semakin banyak dan menuju ke arah stabil. Pada peringkat ini, pemasar
mula mendapat pelanggan setia yang membeli produk secara berulangan. Tegasnya, bagi
mengekalkan kelangsungan aktiviti pemasaran, pemasar harus mengekalkan kewujudan
pelanggan setia.

5.4.4 Peringkat Kemerosotan

Akhir sekali, pada peringkat kemerosotan, tahap jualan produk mulai berkurangan
kerana terdapat sebilangan pengguna mula terpengaruh dengan produk pesaing yang mula
menawarkan pelbagai produk yang mempunyai ciri yang lebih menarik berbanding ciri
produk sedia ada. Oleh itu, penggunaan mesin yang telah lama menyebabkan berlakunya
kesan pengeluaran yang tidak cekap. Hal ini meningkatkan kos pengeluaran per unit. Dalam
pada itu, jumlah kos pengeluaran yang semakin meningkat akan menyebabkan firma yang
mengalami kerugian keluar daripada pasaran. Secara relatifnya, harga produk dalam pasaran
semakin murah disebabkan persaingan yang sengit. Walau bagaimanapun, pemasar yang
ingin terus bersaing perlu melaksanakan strategi pemasaran yang terbaik untuk kekal dalam
pasaran supaya kewujudan pemasar dalam pasaran dapat dikekalkan dalam kalangan
pengguna terutama pengguna setia. Selain itu, keuntungan yang diperoleh firma sebelum
peringkat kemerosotan boleh digunakan sebagai modal pusingan untuk terus berada di dalam
pasaran. Tegasnya, pemasar perlu mendapatkan semula pelanggan yang telah beralih kepada
pesaing dengan membuat inovasi terhadap produk yang sedia ada.

6.0 RUMUSAN, CADANGAN, DAN PENUTUP

Pengkaji telah memilih sebuah perniagaan iaitu Syarikat Schwan Stabilo yang berasal dari
Jerman. Pengkaji telah mengkaji dan menganalisis strategi kemasukan perniagaan
antarabangsa dan juga cabaran perniagaan yang dihadapi oleh Syarikat Schwan Stabilo.
Berdasarkan dapatan yang diperoleh, Syarikat Schwan Stabilo telah mengamalkan strategi
kemasukan ke perniagaan antarabangsa juga cabaran perniagaan yang dihadapi meliputi
cabaran dari segi struktur organisasi, kawalan pengurusan, politik dan perundangan, ekonomi,
dan sosiobudaya.

Dari penyelidikan yang dikaji oleh pengkaji, strategi kemasukan Syarikat Schwan Stabilo
ke perniagaan antarabangsa adalah eksport. Hal ini dikatakan demikian kerana, Syarikat
Schwan Stabilo telah berjaya mengeksport produk hasil mereka ke seluruh negara iaitu
Malaysia, Amerika Syarikat, Afrika, Australia, dan negara Timur Tenggara. Sejajar dengan
itu, produk yang dihasilkan oleh syarikat tersebut berjaya menjadi salah satu kegunaan alat
tulis yang amat penting kepada ramai pihak.

Syarikat Schwan Stabilo telah mengaut keuntungan yang banyak setelah mengalami
kemerosotan hanya selama setahun iaitu pada hujung tahun 2020 dan awal tahun 2021. Oleh
hal yang demikian pula, dengan keuntungan yang diperoleh, hasil keuntungan juga daripada
kemahiran terhadap pekerja-pekerja yang bekerja dalam syarikat tersebut. Hal ini dikatakan
begitu kerana, kemahiran pekerja adalah keutamaan penting dalam sesebuah syarikat yang
dibangunkan.
Dengan itu, dari segi produk yang dihasilkan telah memenuhi citarasa para pelanggan di
seluruh dunia. Hal ini dikatakan begitu kerana, Syarikat Schwan Stabilo amat
menitikberatkan citarasa dan sosiobudaya pelanggan di seluruh dunia. Sebagai contoh,
produk yang mereka hasilkan semuanya adalah dari bahan kitar semula dan juga pokok-
pokok yang berkualiti. Tegasnya, Syarikat Schwan Stabilo telah berjaya menarik ramai
pelanggan untuk membeli produk yang mereka hasilkan kerana telah memenuhi citarasa para
pelanggan.

Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa semua yang dikaji dalam setiap strategi
kemasukan syarikat ke perniagaan antarabangsa dan juga cabaran yang dihadapi terhadap
sesebuah syarikat boleh menjadi pendorong terhadap kesalahan yang telah menjadi
pengajaran kepada syarikat tersebut. Oleh itu, cabaran perniagaan yang dihadapi oleh syarikat
kemungkinan menjadi satu iktibar kepada usahawan mereka yang sedang kea rah memajukan
perniagaan ke seluruh dunia. Jelaslah bahawa, pengkaji juga menyarankan agar Syarikat
Schwan Stabilo menaiktarafkan produk hasilan mereka dengan sentiasa menepati citarasa dan
budaya rakyat seluruh dunia.
7.0 SENARAI RUJUKAN

https://www.jagadita.com/2020/07/cerita-disebalik-jenama-stabilo.html, diakses pada 19


September 2022.

https://my.linkedin.com/company/schwan-stabilo-marketing-sdn-bhd, diakses pada 19


September 2022.

https://www.stabilo.com/com/about-stabilo/press/press-articles/detail/News/pen-68-metallic-
time-to-shine/, diakses pada 19 September 2022.

https://www.newsmagnify.com/business/stationery-companies/, diakses pada 19 September


2022.

https://tajria.com/20212085, diakses 26 Oktober 2022.

https://docplayer.info/38842158-Highlighter-writing-instrument-stabilo-point-88-ref-no-88-
6-opp-bag-ref-no-pencil-10-case-ref-no-twin-pack-10-ref-no.html, diakses pada 26 Oktober
2022.
LAMPIRAN

Lampiran 1: Logo Syarikat Schwan Stabilo

Lampiran 2: Laman Web Rasmi Syarikat Schwan Stabilo


Lampiran 3: Salah satu produk Stabilo Schwan Stabilo

Lampiran 4: Pengasas Syarikat Schwan Stabilo


Lampiran 5: Pengurus-pengurus di Syarikat Schwan Stabilo, Jerman

You might also like