You are on page 1of 7

Temu bual kerja kursus Pengajian perniagaan

Kajian terhadap ciri-ciri usahawan, peranan, kaedah memulakan perniagaan dan


cabaran perniagaan bagi Syarikat Seng Huat Kopitiam
 

Sifat-sifat peribadi usahawan berjaya


1. Bagaimana encik menambah baik produk yang sedia ada untuk menarik perhatian
pelanggan?
= saya dan isteri saya telah membuat keputusan untuk menambah menu makanan
dengan menyewakan tempat kosong kepada penjaja. Jadi, lebih banyak jenis makanan
dapat ditawarkan sekaligus dapat memenuhi citarasa pelanggan yang berbeza.

2. Apakah pengorbanan yang encik lakukan untuk menjalankan perniagaan ini?


= -saya dan abang saya tidak mempunyai ilmu asas dalam bidang perniagaan dan
tiada pengalaman dalam menguruskan kedai. kami juga tidak mampu untuk membuka
sebuah kedai kopi. Disebabkan oleh kekurangan wang dan modal, kami terpaksa
menggunakan wang sebanyak RM 5000 untuk memperbaiki rumah datuk moyangnya
untuk memulakan perniagaan kedai kopi. Selain itu, saya juga berkorban dari segi
masa dan tenaga dimana saya akan bangun seawal jam 5 pagi setiap hari untuk
menjalankan perniagaan ini Bersama abang saya.
-Selepas isteri saya turut sama membantu saya di kedai, kami kurang meluangkan
masa Bersama anak-anak dan keluarga kami. kesulitan ini telah menyebabkan
keluarga kami mempunyai masa bersama keluarga yang sangat terhad. Oleh sebab itu,
anak kami perlu tinggal bersama dengan nenek mereka sahaja. Saya dan isteri saya
sangat beremosi kerana terpaksa menghadkan masa dengan anaknya
3. Bilakah waktu perniagaan encik beroperasi?
= Untuk menambahkan untung, saya telah membuat pembahagian waktu perniagaan
kepada pagi dan malam. Pada waktu pagi, saya akan bangun seawal jam 5 pagi dan
membuka kedai serta menyediakan barang untuk memulakan perniagaan pada setiap
hari. Pada pukul 4 petang, saya akan membersihkan tempat berniaga dan urusan
perniagaan akan disambung oleh abang saya hingga jam 2 pagi.
4. Bagaimanakah encik menjana idea untuk mempelbagaikan menu atau pilihan dalam
perniagaan ini?
= hasil perbincangan saya bersama isteri saya. Isteri saya bercadang untuk menambah
menu air kepada 12 jenis iaitu kopi, kopi o, kopi c, teh, teh o,teh c, milo, air bali, teh
cina dan nescafe. Saya juga telah membuat tempahan daripada syarikat Yeos untuk
mendapatkan air tin. Air tin termasuklah air bunga, cola, peksi, ais lemon tea dan
banyak lagi. selain itu, saya juga membuat tempahan daripada kedai kopitiam San
Ping untuk menempah pau. Antara jenis-jenis pau yang ada ialah pau char siu, pau
besar, pau daging dan pau sayur. Idea menempah pau ini dilaksanakan kerana
kebanyakkan orang cina memang gemar membeli pau dan menikmatinya sebagai
sarapan pagi.

Tabii orang yang berjaya

1. Apakah Tindakan yang diambil untuk mengekalkan perniagaan ini?


= saya sentiasa fokus kepada kualiti produk yang dikeluarkan. Untuk mendapatkan
kopi yang berkualiti dan sedap, bahan mentah yang digunakan haruslah berkualiti.
Bahan mentah untuk menghasilkan kopi di kedai saya ditempah daripada syarikat
Singsing. Syarikat Singsing ini adalah sesebuah syarikat yang menanam pokok kawa
iaitu bahan mentah yang menghasilkan kopi. Walaupun harga serbuk kopi tersebut
agak mahal, tetapi saya tetap menempah bahan mentah daripada syarikat tersebut.
Saya juga menjadi pelanggan tetap syarikat tersebut bagi memberi keuntungan kepada
syarikat itu juga.
2. Bagaimanakah encik mendapat Kerjasama daripada pembekal untuk jangka masa
Panjang?
= saya juga membuat tempahan air tin daripada syarikat Yeos. Syarikat tersebut juga
banyak memberi potongan harga serta promosi kerana saya membeli produk mereka
dalam kuantiti yang banyak. Ini merupakan satu strategi untuk saya menjadi
pelanggan tetap mereka sekaligus dapat menguntungkan kedua-dua pihak. Saya masih
membuat tempahan dari syarikat tersebut hingga kini.
3. Bagaimana encik dapat mengetahui kehendak pelanggan?
= dengan menu yang sedia ada, saya sedar yang pelanggan tidak mempunyai banyak
pilihan makanan. Jadi saya membuat keputusan untuk membuka peluang penyewaan
tempat kepada orang lain supaya menambah lagi jenis makanan di kedai saya. Ada 2
penjaja yang berjaya menyewa tempat tersebut. Antara menu yang ditambah ialah mi
sup, kuey teow sup,nasi ayam penggang, nasi char siu dan banyak lagi. pada sebalah
malam, abang saya juga telah menyewakan tempatnya kepada seorang penjaja yang
menjual hokkien mee, mee goreng mamak,mee hoon goreng, mee udang hokkien,
nasi goreng yong chow, nasi goreng ikan masin, asam nasi goreng. Idea ini telah
membuahkan hasil apabila pelanggan mula tertarik dengan kedai saya dan keuntungan
perniagaan saya semakin meningkat.

Kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan perniagaan

Memulakan sendiri

1. Apakah yang membuatkan encik ingin memulakan perniagaan sendiri?

= saya ada minat yang tinggi dalam membuka kedai Kopitiam sendiri dan saya ialah
orang pertama dalam keluarganya yang membuka kedai Kopitiam sendiri. Saya tidak ada
pengalaman atau ilmu menguruskan perniagaan. Tetapi saya ada sokongan keluarga dan
kawan-kawan dalam membuka kedai ini.

2. Mengapakah encik memilih untuk menceburi perniagaan bidang ini?

= saya sangat minat bidang perniagaan. Pada awalnya saya takut kerana latar belakang
keluarga saya tiada yang berniaga. Tetapi keluarga dan kawan-kawan sokong keputusan
saya dan membantu dalam membuka perniagaan ini. Saya menamakan perniagaan
tersebut Seng Huat Kopitiam sempena nama datuk moyangnya iaitu Lim Seng Huat.

3. Mengapakah encik memilih lokasi ini untuk berniaga?

= Lokasi kedai ini sangat strategik. kedudukan kedai ini adalah berhampiran dengan jalan
utama Ulu Tiram serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kadang kala ada orang yang akan
singgah beli sarapan selepas menghantar anak mereka ke sekolah. Disebabkan saya
tinggal di Kawasan kampung, saya juga banyak kenal orang-orang disini. Jadi, ramai
yang akan dating membeli makanan di kedai saya.

Sumber pembiayaan bagi memulakan perniagaan

1. Apakah sumber modal yang digunakan untuk memulakan perniagaan?


= saya menggunakan simpanan sendiri sebagai modal. Disebabkan oleh kekurangan wang
dan modal, saya terpaksa menggunakan wang untuk memperbaiki rumah datuk
moyangnya untuk memulakan perniagaan kedai kopi. Ini merupakan langkah terakhir
saya untuk membuka kedai ini.

2. Berapakah jumlah keseluruhan modal yang digunakan untuk membuka perniagaan


tersebut?

= RM 6000.

3. Apakah yang dilakukan oleh encik menggunakan wang tersebut?

= RM5000 digunakan untuk membaiki rumah moyang saya untuk dijadikan kedai.
Menggunakan wang selebihnya, saya menyediakan 5 buah meja dan 30 buah kerusi untuk
pelanggan. 1 meja 6 orang boleh duduk.

4. Adakah dengan sumber pembiayaan ini, anda mendapat pulangan?

= saya tidak dapat keuntungan pada awal perniagaan kerana tidak ramai orang yang tahu
tentang kewujudan kedai saya. Saya hanya mendapat untung yang sedikit sahaja iaitu RM
2000 hingga RM 3000 sebulan. Lama- kelamaan, keuntungan Kedai Seng Huat Kopitiam
semakin meningkat kepada RM 8000 hingga RM 10000 sebulan.

5. Apakah yang dilakukan oleh encik menggunakan wang keuntungan tersebut?

= saya menggunakan keuntungan tersebut untuk mengembangkan lagi perniagaan saya.


Saya juga berjaya meluaskan lagi tapak kedai saya dari 200meter persegi kepada
350meter per segi. Saya menambah lagi 3 buah meja makan didalam kedai. Saya juga
memasang peralatan baru dan menukar mesin-mesin canggih seperti memasang 2 buah
televisyen 40inci dan memasang Astro. Antara mesin yang digunakan ialah mesin
membungkus pau dan mesin membakar roti.

Fungsi pengurusan

1. Apakah matlamat organisasi dan Tindakan yang diambil untuk mencapai matlamat
tersebut?
= saya memerlukan banyak penolongan untuk melicinkan proses operasi kedai. Oleh itu,
saya telah menyampaikan mesej mencari pekerja kepada rakyat tempatan untuk
mendapatkan pekerja yang baik dan rajin.

2. Bagaimana encik memastikan pekerja melakukan tugasnya dengan cekap dan


berkesan?

= Isteri saya yang bertanggungjawab dalam menghasilkan minuman yang sedap telah
mengajarkan pelbagai teknik dan cara menghasilkan sesuatu kopi yang sedap, manis, dan
wangi. Cara pembuatan minuman dan makanan lain juga diajarkan. Oleh sebab
mementingkan kualiti makanan dan minuman, mereka diminta tidak boleh melakukan
sesuatu kesalahan dalam pemprosesan makanan. Jika berlaku kesalahan, minuman dan
makanan tersebut akan dibuang dan dibuat semula. Mereka juga diberi gaji RM 1700
seorang.

Cabaran persekitaran luaran

Politik dan perundangan

1. Adakah pandemik covid-19 memberi kesan kepada perniagaan encik?

= kerajaan telah menetapkan beberapa undang-undang baru. Perintah Kawalan


Pergerakan yang ditetapkan oleh kerajaan telah menyebabkan kedai saya kekurangan
pelanggan. jumlah pelanggan yang boleh makan di kedai dihadkan. pelanggan juga tidak
suka makan di kedai kerana takut akan virus Covid-19. permintaan terhadap minuman
semakin kurang. Kesan terbesar yang pernah saya hadapi ialah apabila saya terpaksa
menutup kedai untuk beberapa minggu apabila kes Covid-19 meningkat. Ini
menyebabkan perniagaan saya mengalami kerugian.

2. Apakah kesan yang dihadapi oleh perniagaan encik semasa pandemik?

= keuntungan yang diperoleh tidak tinggi tetapi saya terpaksa membuka juga kedai bagi
mendapat sumber pendapatan untuk meneruskan perniagaan dan mengurus keluarga saya.

Persaingan dan jaringan

1. Siapakah pesaing-pesaing bagi perniagaan encik?


= peniaga-peniaga kopitiam lain yang membuka kedai berhampiran kedai saya.

2. Apakah kesan kewujudan pesaing tersebut?

=Pada mulanya, saya tidak mengambil berat terhadap isu ini kerana saya menganggap
penubuhan kedai kopitiam lain tidak akan mempengaruhi perniagaan beliau. Tapi,
penubuhan kedai kopitiam lain telah menyebabkan saya kehilangan ramai pelanggan.

3. Bagaimana encik bersaing dengan pesaing perniagaan ini?

= Untuk menarik balik minat pelanggan, saya melakukan sedikit penambahbaikan ke atas
menu, tempat, kemudahan dan kualiti pekerja.

Cabaran persekitaran dalaman

Pekerja

1. Sebagai seorang pemilik kedai ini apakah masalah yang dihadapi oleh encik?

= saya mengalami masalah kekurangan modal kerana modalnya hanya ada RM5000. Saya
tidak berupaya membayar upah orang lain untuk membaharukan rumah yang diwarisi
oleh datuk moyang. Saya telah membeli cat yang murah dan mengecat rumah tersebut
dengan bantuan abang saya Encik Lim Kim Khee.

2. Bagaimana encik menghadapi masalah ini?

= saya telah membuat kajian terhadap kedai kopitiam lain dahulu supaya tidak melakukan
sebarang pembaziran atas pembelian alat. Saya menanya pemilik kopitiam lain tentang
cara pengurusan dan cara berniaga.
Pelanggan

1. Bagaimana cara encik untuk mengekalkan pelanggan sedia ada sebagai pelanggan
tetap?

= saya akan memastikan pelanggan yang dating dilayan dengan baik. Selain itu, saya juga
menjual makanan dan minuman dengan harga yang rendah untuk mengekalkan
pelanggan.

2. Apakah cara encik untuk menarik lebih ramai pelanggan pada masa akan datang?
= saya telah menambah menu minuman untuk memenuhi cita rasa pelanggan. Selain itu,
saya juga memberi penyewaan tempat kepada penjaja untuk meningkatkan menu
makanan.

3. Apakan masalah yang dihadapi oleh encik untuk menarik pelanggan?

= Pengalaman dalam pembuatan kopi yang sederhana,telah menyebabkan pelanggan


membuat aduan. Teknik pembuatan kopi yang tidak konsisten telah mengakibatkan
kerugiaan. Oleh itu, dalam masa yang telah menambah kemahiran yang sedia ada kepada
tahap yang lebih baik. Seterusnya, menu makanan yang terhad menyebabkan kekurang
pelanggan.

You might also like