You are on page 1of 4

Soalan Fokus UJIAN 1

S1

(a)

Terangkan dua kesan pengangguran terhadap sosioekonomi.

i.

kesan kepada ekonomi

ii.

(b)

[4]

(a)

menghalang pertumbuhan ekonomi daya pengeluaran rendah pembaziran


faktor-faktor pengeluaran

(b)

mengurangkan KNK benar KNK benar

KNK potensi tidak capai GTP

kesan kepada sosial


(a)

bilangan keluarga miskin meningkat hilang keyakinan diri dan tekanan perasaan
kesejahteraan sosial terancam

(b)

menjejaskan ketenteraman sosial hilang punca pendapatan untuk mendapatkan barang


keperluan terdesak untuk melakukan jenayah spt meragut, mencuri dan merompak

Terangkan maksud upah benar.

[2]

Upah benar merupakan kuasa beli pengguna, iaitu keupayaan upah wang untuk memperoleh sejumlah
barang dan perkhidmatan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan pekerja.
Upah benar

Indeks harga tahun asas

upah wang

Indeks harga tahun semasa


S2

(a)

Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pengangguran?

[2]

Kadar pengangguran merupakan peratusan jumlah tenaga buruh yang tidak bekerja berbanding dengan
jumlah tenaga buruh yang terdapat di sesebuah ekonomi.
Kadar pengangguran = Jumlah pengangguran

X 100

Jumlah tenaga buruh


(b)

Jelaskan dua jenis pengangguran yang wujud dalam sesebuah negara.

[4]

Pengangguran kitaran wujud akibat daripada kemelesetan atau kemerosotan ekonomi dunia menyebabkan
permintaan agregat berkurangan. Ini mengakibatkan pengeluar mengurangkan pengeluaran barang dan
mengurangkan penggunaan tenaga buruh. Ramai tenaga buruh terpaksa menganggur. Pengangguran ini
sukar diramalkan dan wujud dalam jangka masa panjang.
Pengangguran struktur berlaku akibat perubahan struktur ekonomi negara misalnya negara mengalami
perubahan struktur pertanian kepada struktur perindustrian. Buruh di sektor pertanian tidak dapat
diserapkan ke dalam sektor perindustrian kerana tidak mempunyai kemahiran dan tidak mempunyai
mobiliti akan menganggur. Pengangguran ini sukar diatasi dan bersifat jangka panjang.
Pengangguran geseran wujud apabila pekerja-pekerja sukarela berhenti bekerja untuk mencari pekerjaan
yang lebih baik. Penganggur kurang mobiliti dan tiada maklumat tentang peluang pekerjaan.
Pengangguran ini bersifat jangka masa pendek dan sementara.
Pengangguran teknologi berlaku apabila penggantian buruh dengan penggunaan mesin dan alatan moden
dalam proses pengeluaran. Golongan yang paling ketara mengalami kesan daripada perubahan teknologi
ialah buruh tidak mahir dan separuh mahir kerana tugas mereka diambil alih oleh penggunaan teknologi.
Pengangguran ini bersifat jangka masa panjang kerana memerlukan latihan dan kemahiran baharu.
Pengangguran ini memberi kesan buruk kepada ekonomi.
S3

Terangkan tiga jenis inflasi dan punca inflasi tersebut berlaku.


(a)

[6]

Inflasi tarikan permintaan masalah kenaikan tingkat harga umum akibat pertambahan permintaan
agregat disebabkan oleh pertambahan bekalan wang, pertambahan pelaburan, pertambahan perbelanjaan
kerajaan dan penurunan cukai. Permintaan agregat yang berterusan dalam sesebuah ekonomi yang telah
mencapai guna tenaga penuh menyebabkan kenaikan dalam permintaan agregat tidak dipenuhi kerana
penawaran agregat adalah tetap. Ini bermakna walaupun terdapat kenaikan dalam permintaan agregat,

tingkat keluaran negara tidak berubah menyebabkan berlakunya kenaikan tingkat harga umum dan
akhirnya berlaku inflasi.

S4

(b)

Inflasi tolakan kos masalah kenaikan tingkat harga umum kos pengeluaran contoh: kenaikan kos
bahan api, kenaikan kos bahan mentah, kenaikan upah buruh kenaikan kos tidak diikuti dgn kenaikan
daya pengeluaran menyebabkan kenaikan kos pengeluaran lebih tinggi berbanding dengan pertambahan
output. Pengeluar mengurangkan penawaran barangan, Harga meningkat dan inflasi berlaku disebabkan
oleh tolakan kos.

(c)

Inflasi import masalah kenaikan tingkat harga umum akibat kenaikan harga input dan barang import
atau kenaikan mata wang asing. Kenaikan kos pengeluaran ini menyebabkan barang dijual pada harga
yang tinggi di pasaran tempatan.

(a)

Terangkan maksud inflasi tarikan permintaan.

[2]

Inflasi tarikan permintaan masalah kenaikan tingkat harga umum akibat pertambahan permintaan
agregat disebabkan oleh pertambahan bekalan wang, pertambahan pelaburan, pertambahan perbelanjaan
kerajaan dan penurunan cukai. Permintaan agregat yang berterusan dalam sesebuah ekonomi yang telah
mencapai guna tenaga penuh menyebabkan kenaikan dalam permintaan agregat tidak dipenuhi kerana
penawaran agregat adalah tetap. Ini bermakna walaupun terdapat kenaikan dalam permintaan agregat,
tingkat keluaran negara tidak berubah menyebabkan berlakunya kenaikan tingkat harga umum dan
akhirnya berlaku inflasi.
(b)

Huraikan kesan inflasi terhadap kos sara hidup dan agihan pendapatan.

[4]

Kesan kepada kos sara hidup kesan langsung kenaikan tingkat harga umum terutamanya harga
makanan, pakaian dan tempat tinggal akan menaikkan kos yang perlu ditanggung untuk memenuhi
keperluan asas. Kos sara hidup akan meningkat
Kesan kepada agihan pendapatan bagi golongan berpendapatan tetap, pendapatan benar mereka
semakin merosot semasa inflasi. Sebaliknya, pemilik aset tetap seperti tanah dan rumah, nilai kekayaan
mereka pula semakin bertambah. Maka, jurang agihan pendapatan golongan berpendapatan tetap dengan
golongan pemilik aset semakin besar.Begitu juga, jurang agihan pendapatan golongan miskin dengan
golongan kaya semakin besar.
S5

Terangkan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terhadap keluaran negara, guna tenaga serta eksport
dan import.
[6]
Sumbangan kepada Keluaran Negara Perkembangan PKS membuka peluang kepada masyarakat untuk
menceburi bidang perusahaan. Dengan memulakan skala perniagaan yang kecil, PKS menggunakan kebolehan,
daya cipat dann kreativiti untuk menghasilkan keluaran baharu. Pertambahan keluaran negara akan meningkatkan
pendapatan negara (KDNK) dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai bidang seperti
perkhidmatan, perkilangan dan pertanian. Peningkatan pendapatan negara akan meningkatkan penggunaan dan
tabungan.
Sumbangan kepada Guna Tenaga menyediakan peluang pekerjaan kepada pelbagai golongan dan
permintaan buruh meningkat. meningkatkan penggunaan tenaga buruh dan mengurangkan pengangguran
peluang latihan dan kemahiran sentiasa dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing PKS juga menawarkan
upah yang lebih tinggi kepada tenaga buruh menyebabkan pengagihan pendapatan menjadi lebih setara
Sumbangan kepada eksport dan import mengukuhkan struktur asas industri negara melalui penjalinan
dan pemindahan teknologi meningkatkan barang penggantian import mengurangkan import dan meningkatkan
eksport

S6

(a)

Nyatakan dua masalah yang sering dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia. [2]
- masalah kekurangan modal perniagaan dan sumber kewangan
- masalah pemasaran
- masalah lokasi
- tahap penggunaan teknologi rendah
- kekurangan kepakaran dan tenaga buruh mahir
- kekurangan bekalan bahan mentah

(b)

Jelaskan dua langkah kerajaan untuk memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. [4]
Memberi bantuan kewangan SMIDEC
Memberi latihan dan kemahiran MARA
Membantu dengan memasarkan industri di peringkat antarabangsa MATRADE barangan
dipromosikan di peringkat antarabangsa menerusi promosi, ekspo-ekspo dan kempen-kempen

S7

Jelaskan peranan institusi kewangan yang berikut:


(a)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


KWSP memberi pinjaman kpd kerajaan melalui membeli surat jaminan kerajaan, kpd sektor swasta
melalui pembelian debentur syarikat dan sekuriti korporat utk membiayai projek-projek pembangunan.
Pelaksanaan projek meningkatkan guna tenaga, KDNK dan pertumbuhan ekonomi negara

(b)

Bank Saudagar
Bank saudagar seperti Arab Malaysian Merchant Bank menanggung jaminan terbitan saham baharu
kepada syarikat-syarikat berhad bank sudagar menyediakan khidmat nasihat korporat tentang
penswastaan dan membantu dalam pengambilalihan dan penggabungan syarikat-syarikat berhad

(c)

S8

Bank Simpanan Nasional menggalakkan sikap berjimat- cermat dalam kalangan penduduk yang
berpendapatan rendah dan sederhana untuk menyimpan di bank tabungan BSN akan menggerakkan
deposit simpanan kecil melalui pelaburan dalam surat jaminan kerajaan
[6]

Huraikan tiga masalah yang dihadapi oleh peminjam untuk mendapatkan kredit daripada institusi kewangan. [6]
Masalah menyediakan cagaran geran tanah, geran rumah peminjam gagal mendapat kredit daripada
institusi kewangan kerana gagal menyediakan cagaran. Keadaan ini menyusahkan peminjam yang ingin mendapat
pinjaman untuk tujuan memulakan peniagaan baharu, mengembangkan perniagaan atau mendapatkan pembiayaan
untuk membeli hartanah
Masalah menyediakan kertas kerja peminjam gagal menyediakan kertas kerja yang dapat meyakinkan
pihak institusi kewangan kerana gagal mendokumenkan kertas kerjanya
Masalah prosedur memberi kredit peminjam gagal mengemukakan dokumen pendapatan dan beban
hutang serta simpanan untuk penilaian institusi kewangan institusi kewangan akan menyemak dan memastikan
bakal peminjam mempunyai sejarah kredit yang baik penarafan kredit dilakukan memastikan peminjam
mempunyai kebolehan membayar balik ansuran bulanan beban hutang peminjam yang tinggi tidak dapat
pinjaman penjamin diperlukan

S9

(a)

Nyatakan dua dasar kerajaan yang dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan dan ketidaksetaraan
pendapatan.
[2]
- Dasar Ekonomi Baru (DEB)
- Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
- Dasar Wawasan Negara (DWN)
- Dasar Pendidikan Negara (DPN)

(b)

Terangkan dua contoh program yang boleh membantu membasmi kemiskinan.

[4]

- Program Rancangan Makanan Tambahan bantuan makanan tambahan kepada murid golongan miskin
tegar. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan mengandungi
nutrisi seimbang kepada murid bagi membantu mereka memberikan tumpuan kepada pembelajaran di
dalam kelas.
- Pemberian pinjaman buku teks percuma pemberian pinjaman tanpa mengira status sosioekonomi
melalui SBPT (Skim Pinjaman Buku teks) meringankan beban ibu bapa atau penjaha terutamanya
mereka yang kurang mampu dan memastikan murid golongan kurang mampu tidak tercicir dalam
persekolahan mereka
S10

(a)

Apakah maksud kemiskinan mutlak dan kemiskinan tegar?

[2]

- Kemiskinan mutlak ialah satu keadaan dengan pendapatan kasar bulanan tidak mencukupi untuk
membeli keperluan minimum sesebuah isi rumah yang diukur berdasarkan kepada tahap perbelanjaan
minimum atau pendapatan garis kemiskinan (PGK)
- Kemiskinan tegar merujuk kepada isi rumah yang pendapatan bulanannya kurang daripada PGK
makanan.
(b)

Terangkan pekali Gini sebagai alat pengukuran agihan pendapatan.

[4]

Pekali Gini ialah ukuran pemusatan pendapatan, iaitu menunjukkan ketidaksamaan dalam pengagihan
pendapatan dengan menggunakan keluk Lorenz. Nilai pekali Gini berada antara 0 dengan 1 di mana nilai
0 menunjukkan agihan pendapatan yang saksama manakala nilai 1 menunjukkan agihan pendapatan yang
paling tidak saksama.
Pekali Gini mengukur ketidaksamaan dalam peratusan pendapatan yang diperoleh setiap peratus
penduduk. Jika setiap peratus penduduk menerima satu peratus pendapatan, tidak wujud ketidaksamaan
dan Pekali Gini adalah sifar. Sekiranya satu peratus menerima semua pendapatan wujud ketidaksamaan
dan Pekali Gini adalah 1.

You might also like