You are on page 1of 3

Perakaunan Pengurusan dan Kos

STPM2017
Maklumat yang diperoleh daripada rekod perakaunan Syarikat Ceria Jaya bagi tahun 2016 adalah seperti yang berikut:
Butiran Amaun (RM)
Jualan 880,000
Inventori awal bahan mentah langsung 20,000
Inventori akhir bahan mentah langsung 30,000
Belian bahan mentah langsung 150,000
Buruh langsung 180,000
Overhed perkilangan 230,000
Gaji kakitangan pentadbiran 60,000
Gaji dan komisen jurujual 50,000
Belanja iklan 25,000
Belanja bekalan pejabat 5,000
Inventori awal kerja dalam proses 80,000
Inventori akhir kerja dalam proses 30,000
Inventori awal barang siap 120,000
Inventori akhir barang siap 100,000
Susut nilai peralatan pejabat 20,000
Insurans gudang simpanan barang siap 35,000
Insurans bangunan pejabat 15,000
Belanja penghantaran barang siap 20,000

Dikehendaki
(a) Hitung kos bahan mentah langsung yang digunakan dalam pengeluaran, kos penukaran, kos barang dijual, belanja
jualan dan agihan, belanja pentadbiran, dan untung bersih. [15]
(b) Lakar graf yang menggambarkan corak kelakuan kos bagi setiap situasi yang berikut:
(i) Jumlah belanja susut nilai bangunan [1]
(ii) Jumlah kos bahan mentah langsung [1]
(iii) Jumlah gaji seorang pekerja yang dibayar RM100 sejam dengan gaji minimum RM1,000 seminggu[1]
(iv) Jumlah yuran guaman yang dibayar RM150 sejam tertakluk kepada yuran maksimum RM2,000 [1]
(v) Jumlah gaji penyelia yang mana seorang penyelia bertanggungjawab ke atas 15 orang pekerja [1]
STPM2019
(a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan kelakuan kos? [1]
(ii) Huraikan pengelasan kos berasaskan kelakuan [3]
(b) Perniagaan Burger Bakar Rangup membuat dan menjual burger bersaiz besar. Setiap burger dijual dengan harga
RM5.00. Dalam bulan Julai 2018, Perniagaan Burger Bakar Rangup telah dapat menjual 10,000 biji burger.
PBBR mempunyai tukang masak dan tukang cuci yang bertugas di bahagian dapur. Seorang pelayan bertugas
mengambil pesanan dan menerima bayaran daripada pelanggan. Semua pesanan adalah secara pandu lalu.
Pemilik yang juga pengurus perniagaan bertanggungjawab menyediakan jadual kerja, membuka dan menutup
kedai, mengira tunai, mengiklan, mengambil dan memberhentikan pekerja.
Kos dan belanja yang dilibatkan dalam bulan Julai 2018 adalah seperti yang berikut:

Butiran RM
Daging burger 3,200
Salad 600
Tomato 500
Roti bun 600
Bahan mentah tak langsung 40
Upah tukang masak 5,100
Gaji pelayan 6,064
Gaji tukang cuci 240
Gaji pengurus 8,000
Kos utiliti (100% untuk kos operasi) 1,000
Susut nilai peralatan memasak 400
Susut nilai mesin daftar tunai 200
Pengiklanan 500
Bekalan cucian 880
Sewa bangunan (100% untuk kos operasi) 2,500

Dikehendaki
(i) Hitung kos bahan mentah langsung, kos buruh langsung, kos overhed perkilangan, dan belanja jualan dan
pentadbiran [9]
(ii) Hitung margin kasar dan pendapatan bersih bagi bulan berakhir 31 Julai 2018 [5]
(iii) Andaikan PBBR juga mengeluarkan produk ayam panggang dan sosej. Perihalkan dua asas yang boleh
digunakan untuk mengagihkan kos susut nilai peralatan memasak kepada setiap jenis produk. [2]
STPM2018 Kaedah tinggi-rendah
Dalam operasi Syarikat Orkid Sdn Bhd, kos bergerak turun naik mengikut tahap pengeluaran. Pengeluaran bagi sukuan
keempat bagi tahun 2017 adalah dianggarkan berjumlah 22,400 unit.
Data berkaitan kos penyelenggaraan dan jumlah pengeluaran untuk tujuh sukuan sebelum itu adalah seperti berikut:
Tahun Sukuan Produk dikeluarkan (unit) Kos Penyelenggaraan (RM)
2016 Pertama 8,000 4,800
Kedua 10,400 6,000
Ketiga 12,800 6,400
Keempat 16,000 7,600
2017 Pertama 20,800 8,400
Kedua 24,000 8,800
Ketiga 19,200 8,000

Dikehendaki
Dengan menggunakan kaedah tinggi-rendah, hitung anggaran kos penyelenggaraan sukuan keempat bagi tahun 2017 [6]

You might also like