You are on page 1of 3

BAHAGIAN B (SOALAN STRUKTUR)

JAWAB SEMUA SOALAN


16. Senaraikan tiga sumber kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
3 markah
a)
b)
c)
cukai taksiran
bayaran pelan bangunan
cukai pintu
lesen penjaja
pinjaman khas persekutuan
sewa balai rakyat
faedah simpanan tetap
bantuan kewangan kerajaan negeri
17. Jelaskan dua cara tertuduh boleh memberi keterangan di mahkamah.
4 markah
a)
b)

a.

Tertuduh memberi keterangan di kandang orang salah tertuduh tidak


boleh dikenakan pemeriksaan balas oleh pendakwa.

b.

Tertuduh memberi keterangan bersumpah tertuduh boleh diperiksa balas


oleh pendakwa.

c.

Tertuduh berdiam diri di mahkamah pendakwa perlu membuktikan yang


tertuduh bersalah sehingga tiada keraguan yang munasabah.

18. Terangkan dua jenis Rang Undang-Undang yang terdapat di Malaysia


4 markah
a)

b)

i.

Rang Undang-Undang Awam atau Kerajaan


Melibatkan keseluruhan undang-undang yang berkaitan dengan dasar
awam, negara dan rakyat dan dikemukakan oleh pihak kerajaan dan

ii.

kabinet.
Rang Undang-Undang Persendirian
Melibatkan rakyat, pertubuhan, persatuan atau perbadanan yang
bersifat tempatan atau persendirian dan tidak melibatkan semua

iii.

lapisan masyarakat.
Rang Undang-Undang Ahli Persendirian
Boleh dibentangkan oleh mana-mana ahli Dewan Rakyat dan bukan
pihak kerajaan. Undang-undang ini boleh meliputi seluruh negara atau

iv.

pihak-pihak tertentu sahaja.


Rang Undang-Undang Hibrid
Merupakan rang undang-undang campuran yang dikemukakan sama
ada oleh ahli kerajaan atau bukan kerajaan yang pada pandangan Yang
Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kepentingan awam.

19. Terangkan dua aspek yang diberi penekanan oleh kerajaan untuk

meningkatkan sistem penyampaian kerajaan dalam sektor awam yang


cekap dan terbaik

4 markah
a)
b)

i.

Pembangunan sumber manusia


Pembangunan sumber manusia dari segi ilmu, kemahiran, kesihatan,
etika, dan akhlak seseorang individu, pekerja atau rakyat sesebuah
negara akan berupaya menghasilkan manfaat kepada negara
keseluruhannya.

ii.

Pemantapan sistem dan prosedur kerja


Beberapa masalah yang dihadapi hendaklah diselesaikan segera
dengan cara membudayakan kreativiti dan inovasi, mementingkan
kepantasan bertindak dan membuat keputusan, nilai untuk wang dan
penerapan nilai integriti dalam keseluruhan sistem penyampaian
kerajaan.

iii.

Pengemaskinian undang-undang dan akta

mengkaji semula dan memperkemas syarat dan keperluan kawal atur


iaitu kajian semula akta dan statut untuk mempermudah dan
menghapuskan undang-undang dan peraturan urusan dengan kerajaan
supaya pemberian kelulusan permit dan lesen perniagaan yang lebih
cepat serta menggalakkan ketelusan.
iv.

Penggunaan ICT dalam penyampaian perkhidmatan


Teknologi maklumat ialah teknologi yang berhubung dengan
penyebaran, penyimpanan, pemprosesan, dan penghantaran maklumat
melalui pelbagai alat teknologi elektronik, alat telekomunikasi serta
perkakasan berkaitan.

v.

Pelaksanaan transformasi organisasi yang menyeluruh


Kerajaan telah melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (PTK)
dengan menggunakan kaedah pengurusan pencapaian yang baharu
dan berkesan seperti Makmal Pengurusan dan Petunjuk Prestasi Utama
(KPI).

You might also like