You are on page 1of 11

Bab 6 (ii) Pasaran Monopoli (A) Definisi: Pasaran monopoli merupakan sebuah pasaran yang mengandungi seorang penjual

sahaja yang sedang menghasilkan sesuatu keluaran yang tidak mempunyai pengganti hampir dan wujudnya halangan bagi penjual lain untuk memasuki ke dalam pasaran. (B) Ciri-ciri 1. Terdapat satu firma sahaja dalam pasaran Firma merupakan pengeluar tunggal untuk sesuatu output. Oleh itu, keluk permintaan pasaran juga merupakan keluk permintaan firma. 2. Tidak mempunyai pengganti yang hampir Barangan yang dikeluarkan oleh firma pasaran monopoli tidak mempunyai pengganti yang hampir. Pilihan adalah terbatas kerana output firma monopoli tidak dapat digantikan oleh barang yang lain dan tidak wujud firma lain yang menawarkan produk tersebut. 3. Terdapat sekatan keluar masuk Terdapat pelbagai sekatan seperti perlindungan undang-undang dan penguasaan teknologi yang menghalang kemasukan firma-firma ke dalam pasaran. Kuasa sekatan yang ada ialah kuasa halangan sempurna. Firma monopoli yang mengalami kerugian juga sukar untuk keluar dari pasaran kerana proses pembubaran melibatkan prosedur yang rumit dan barangan yang dikeluarkan mungkin merupakan keperluan asas masyarakat. 4. Firma merupakan penentu harga Firma monopoli mempunyai kuasa menentukan harga outputnya. Ini adalah kerana keluaran firma tiada pengganti. Walau bagaimanapun kuasa menentukan harga bukanlah mutlak kerana firma hanya dapat mengawal kuantiti output dan membiarkan harga output ditentukan di pasaran atau sebaliknya. Ini kerana firma tidak boleh mengawal kuantiti dan harga output secara serentak.

(c) Faktor yang menghalang kemasukan firma baru 1. Perlindungan undang-undang Perlindungan undang-undang terhadap keluaran firma seperti hak paten dan hak cipta menghalang firma lain daripada meniru dan menghasilkan firma yang sama. Kerajaan juga boleh memberikan hak eksklusif kepada firma tertentu untuk membekalkan perkhidmatan awam. Contohnya, bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional. 2. Keperluan saiz modal yang besar Kegiatan pengeluaran sesetengah barang dan perkhidmatan memerlukan saiz modal yang besar untuk beroperasi dengan cekap dan menghasilkan output dalam kuantiti yang banyak. Contohnya, bekalan air dan elektrik memerlukan modal yang besar untuk pembinaan empangan. Amat sukar untuk firma yang baru masuk bersaing dengan firma yangsedia ada kerana saiz modal yang diperlukan besar dan risiko pelaburan adalah tinggi. 3. Keupayaan teknologi Pengeluaran barangan tertentu memerlukan teknologi yang canggih. Contohnya, pembuatan kapal terbang penumpang oleh syarikat Boeing. Firma baru dihalang daripada memasuki pasaran kerana tidak mempunyai teknologi yang diperlukan. 4. Pemilikan sumber Firma yang sedia ada dapat menghalang kemasukan firma baru apabila firma itu dapat mengawal atau memiliki sebahagian besar daripada sumber-sumber pengeluaran yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu barang. Firma lain tidak dapat menghasilkan barang berkenaan kerana kekurangan sumber. Contohnya, sehingga 1940-an, ALCOA merupakan pengeluar tunggal aluminium di Amerika Syarikat kerana menguasai hampir segala simpanan bauksit.

Syarat-syarat diskriminasi harga 1. Penjual seorang monopoli. Dasar diskriminasi harga hanya boleh dijalankan oleh firma monopoli kerana ia boleh mempengaruhi tingkat harga atau keluaran. Untuk menjual barangan yang sama tetapi mengenakan harga yang berbeza hanya mungkin dilakukan oleh penjual yang berupaya menguasai atau mempengaruhi pasaran melalui kuasa monopolinya. 2. Wujud lebih daripada satu pasaran. Firma monopoli haruslah memisahkan penggunanya kepada beberapa pasaran tertentu supaya pengguna yang membayar harga tinggi tidak dapat berpindah ke pasaran yang lebih murah atau sebaliknya. Pengguna boleh diasingkan kepada beberapa kumpulan tertentu mengikut jantina, umur, jarak, atau kawasan penempatan, serta kedudukan sosial ekonomi. 3. Setiap pasaran mempunyai keanjalan permintaan harga yang berbeza. Dasar diskriminasi hanya boleh dilaksanakan jika setiap pasaran mempunyai kenjalan permintaan harga yang berbeza iaitu bagi pasaran yang mempunyai permintaan anjal, harga yang lebih rendah dikenakan dan sebaliknya, .

4. Keuntungan daripada diskriminasi harga haruslah melebihi kos untuk melakukan dasar tersebut. Tujuan menjalankan dasar diskriminasi harga adalah supaya untung yang diperoleh semakin besar. Oleh yang demikian, kos yang terlibat untuk memisahkan pasaran itu mestilah tidak melebihi hasil yang diperoleh.Kos yang terlibat adalah seperti perbelanjaan atas pengangkutan semasa memisahkan pasaran melalui jarak, perbelanjaan atas kemudahan, dan lain-lain.
Diskriminasi harga darjah pertama (diskriminasi harga sempurna): berdasarkan kemampuan. dilakukan oleh golongn profesional. Diskriminasi harga darjah kedua: berdasarkan blok penggunaan Diskriminasi harga darjah ketiga: berdasarkan pasaran

Penentuan keseimbangan diskriminasi harga

1. Andaikan firma monopoli dapat mengasingkan pasarannya kepada pasaran A dan pasaran B berdasarkan keanjalan permintaan. 2. Pasaran A mempunyai keanjalan permintaan yang tidak anjal manakala pasaran B adalah anjal permintaan. 3. Keluk hasil purata (ARA+B) dan hasil sut (MRA+B) pasaran keseluruhan diperoleh dengan mencampurkan hasil purata dan hasil sut pasaran A dan pasaran B secara mendatar. 4. Keseimbangan firma tercapai pada titik E di mana hasil sut menyamai kos sut. Output firma ialah QA+B. 5. Firma menyamakan kos sut pasaran (MC) dengan hasil sut setiap pasaran. Dengan itu pasaran A akan menetapkan harga jualan pada PA dengan jualan QA, manakala pasaran B akan menetapkan harga PB dengan jualan QB. 6. Harga pasaran di pasaran yang tidak anjal permintaan adalah lebih tinggi berbanding dengan pasaran yang permintaannya adalah anjal.

Kebaikan pasaran monopoli 1. Monopoli membolehkan firma yang mengalami kos menurun menghasilkan lebih output dengan harga yang lebih rendah. Pertambahan output akan menyebabkan kos per unitnya semakin rendah. Firma monopoli akan menghasilkan tingkat output yang banyak dengan mengenakan harga yang rendah seperti ditunjukkan oleh rajah di bawah.

Apabila firma menikmati ekonomi bidangan, keluk kos sut beralih ke bawah dari MC 1 ke MC2 di mana firma dapat menghasilkan tingkat output yang lebih banyak dengan harga yang semakin rendah. Dengan keluk MC yang baru dan titik keseimbangan baru di E2, tingkat harga keseimbangan telah merosot daripada P1 kepada P2, manakala jumlah keluaran bertambah daripada Q1 kepada Q2. 2. Kebaikan diskriminasi harga. Meluaskan pasaran dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan. Firma monopoli yang membahagikan pasaran kepada beberapa pasaran yang kecil akan dikenakan harga yang berbeza mengikut kemampuan mereka untuk membayar. Oleh yang demikian, pasaran tersebut dapat diperluas kerana semakin ramai pengguna yang mampu memperoleh barangan tersebut dan dapat mengagihkan pendapatan dengan lebih serata.

Meningkatkan tingkat kebajikan masyarakat. Melalui dasar diskriminasi harga, pengguna yang berpendapatan rendah dapat menikmati sesuatu barang berdasarkan keupayaan untuk membayarnya. 3. Firma monopoli boleh menjalankan perkhidmatan awam dengan cekap. Firma monopoli dapat menguasaai hampir keseluruh pasaran dan dapat beroperasi dengan semakin cekap apabila tingkat outputnya bertambah. Jika wujudnya persaingan, maka masyarakat perlu membayar perkhidmatan ini dengan harga yang lebih tinggi dan mungkin mewujudkan pembaziran kapasiti.Beberapa perkhidmatan awam seperti bekalan air, dan elektrik hanya sesuai dijalankan oleh firma monopoli supaya ia akan menikmati ekonomi bidangan dan mampu menghasilkan tingkat keluaran dengan banyak. 4. Monopoli boleh menggalakkan perkembangan teknologi. Firma monopoli akan digalakkan untuk menjalankan R&D atas keluarannya supaya dapat mempertahankan kuasa monopolinya dan untung lebih normalnya. R&D akan memperkembangkan teknologi, mengurangkan kos pengeluaran, memperbaiki kualiti keluaran, dan mewujudkan keluaran baru di pasaran. Ini secara tidak langsung juga meningkatkan kebajikan masyarakat melalui pilihan yang semakin banyak dan menikmati barang yang lebih baik kualitinya.

Keburukan pasaran monopoli

1. Tidak mencapai kecekapan pengeluaran. Pada tingkat keluaran Q1, kos puratanya adalah BQ1. Ia ditunjukkan pada titik B iaitu pada bahagian keluk kos purata yang sedang menurun. Ini bermakna firma monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana tidak beroperasi pada titik minimum kos purata, iaitu pada titik C. 2. Pembaziran kapasiti. Tingkat keluaran Q1 bukan jumlah pengeluaran yang maksimum. Oleh itu, wujudnya pembaziran atau lebihan kapasiti sebanyak Q1Q2. Ini bermakna firma monopoli sebenarnya boleh menurunkan lagi kos puratanya jika ia meningkatkan tingkat output. Ini ditunjukkan oleh keluk AC yang sedang menurun di antara output Q1Q2. Walau bagaimanapun, hanya Q1 dihasilkan kerana selepas Q1, keluk MC lebih besar daripada MR. 3. Tidak mencapai kecekapan peruntukan. Ini kerana pada output keseimbangan, tingkat harganya melebihi MC. Oleh itu, ia gagal memperuntukkan faktor pengeluaran secara cekap.

4. Agihan pendapatan tidak rata. Kuasa monopoli telah menyebabkan firma monopoli menikmati untung lebih normal. Ini ditunjukkan oleh kawasan yang berlorek. Pengguna terpaksa membayar tingkat harga yang

tinggi dan menikmati jumlah keluaran yang sedikit. Ini menyebabkan untung monopoli semakin bertambah dan jurang pendapatan semakin besar atau agihan pendapatan semakin tak adil. 5. Monopoli tidak menggalakkan perkembangan teknologi. Monopoli menghadkan perkembangan teknologi dan pembaharuan. Oleh sebab tiadanya kebebasan keluar masuk, maka firma monopoli tidak mengahadapi persaingan. Dengan itu, perbelanjaan untuk menjalankan R&D dirasakan tidak perlu. Tanpa usaha inovasi, kualiti barang tidak dapat diperbaiki, menyebabkan kebajikan masyarakat juga tidak dapat dipertingkatkan. 6. Keburukan akibat dasar diskriminasi harga Dasar diskriminasi harga akan merugikan masyarakat tempatan kerana dengan sifat permintaan yang kurang anjal, pengguna terpaksa membayar dengan harga yang lebih tinggi. Jika firma monopoli mengenakan harga maksimum yang mampu dibayar oleh pengguna di mana tingkat harga yang sanggup dibayar adalah sama dengan tingkat harga sebenar dibayar, ia mengurangkan lebihan pengguna. Ini menyebabkan tingkat kepuasan mengguna yang rendah.

Monopoli dengan kerajaan: (i) Dasar harga pulangan adil

Ciri Syarat keseimbangan Titik keseimbangan Harga keseimbangan Output keseimbangan Jumlah hasil Jumlah kos Keuntungan

Sebelum dasar

Selepas dasar

Monopoli dengan kerajaan: (i) Dasar harga optima sosial

Ciri Syarat keseimbangan Titik keseimbangan Harga keseimbangan Output keseimbangan Jumlah hasil Jumlah kos Keuntungan

Sebelum dasar

Selepas dasar

Perbandingan pasaran persaingan sempurna dengan pasaran monopoli

Ciri Harga keseimbangan Output keseimbangan Keuntungan Kecekapan pengeluaran Kecekapan peruntukan Lebihan kapasiti

PPS

Monopoli

You might also like