You are on page 1of 8

UNIT EKONOMI MIKROEKONOMI AE015: BAB 3

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG (KEANJALAN PERMINTAAN dan PENAWARAN)

BAB 3: KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN

BAHAGIAN A: SOALAN OBJEKTIF

1. Keanjalan penawaran aiskrim adalah 2.5 pada harga RM 5.00 per liter, sejumlah 100 liter
aiskrim ditawarkan. Sekiranya harga aiskrim meningkat kepada RM 10.00 per liter, jumlah
aiskrim yang ditawarkan ialah sebanyak
A. 150 liter
B. 200 liter
C. 250 liter
D. 350 liter

2. Keanjalan pendapatan bagi permintaan untuk barang bawahan adalah


A. Kurang daripada sifar
B. Lebih daripada satu
C. Lebih daripada sifar
D. Sama dengan satu

3. Satu keluk penawaran yang bergaris lurus dan tegak tepat dengan paksi kuantiti mempunyai
keanjalan yang bernilai
A. sifar
B. satu
C. lebih daripada satu
D. negatif

4. Apabila nilai keanjalan silang antara barang X dengan barang Y bersamaan dengan sifar,
maka barang X dan barang Y adalah barang
A. biasa
B. pengganti
C. penggenap
D. yang tidak berkaitan

5. Andaikan bahawa fungsi permintaan untuk barang X ialah


Qx = 500 – 5Px + 4Pz – 0.3Y.
Dengan Qx = kuantiti barang X yang diminta
Px = harga barang X
Pz = harga barang Z
Y = tingkat pendapatan negara
Pada mulanya Px = 4, Pz = 5 dan Y = 1 000. Berapakah keanjalan pendapatan untuk barang
X apabila pendapatan negara meningkat 20%?
A. 1/5
B. –3/50
C. –15/7
D. –3/2

TARIKH: ............................................. 20
UNIT EKONOMI MIKROEKONOMI AE015: BAB 3
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG (KEANJALAN PERMINTAAN dan PENAWARAN)

6. Apabila harga purata kereta Proton Saga ialah RM 30 000 sebuah, kuantiti kereta yang
ditawarkan ialah 5 000 unit sebulan. Jika keanjalan penawaran kereta ialah 2.5, berapakah
harga purata sebuah kereta Proton Saga apabila kuantiti kereta yang ditawarkan ialah 7 500
unit sebulan?
A. RM 26 000
B. RM 34 000
C. RM 35 000
D. RM 36 000

7. Fungsi permintaan terhadap barang X diberikan oleh persamaan


Qx = 100 – 2Px + 5 Py – 0.5W.
Dengan Qx = kuantiti barang X,
Px = harga barang X,
Py = harga barang Y,
W = pendapatan negara.
Situasi I : Py1 = RM2, W1 = RM50, Qx1 = 55
Situasi II: Py2 = RM2, W2 = RM50, Qx2 = 65
Keanjalan permintaan harga bagi barang X daripada situasi I kepada situasi II ialah
A. 2.0
B. 1.0
C. 0.55
D. 0.09

8. Sekiranya keanjalan permintaan harga adalah anjal, perubahan harga sebanyak 30 peratus
akan menyebabkan kuantiti diminta
A. berubah lebih 30 peratus
B. berkurang lebih 30 peratus
C. meningkat lebih 30 peratus
D. berubah sebanyak 30 peratus

9. Keluk permintaan tidak anjal apabila


A. jumlah hasil bertambah dan harga meningkat
B. jumlah hasil berkurang tetapi harga meningkat
C. jumlah hasil tidak berubah tetapi harga berubah
D. jumlah untung bertambah walaupun harga turun

10. Andaikan fungsi permintaan individu ialah Q = 10 – P, dengan Q sebagai kuantiti yang
diminta dan P sebagai harga. Keanjalan permintaan harga apabila harga turun daripada
RM 5 kepada RM 4 ialah
A. infiniti
B. antara infiniti dengan satu
C. satu
D. antara satu dengan sifar

TARIKH: ............................................. 21
UNIT EKONOMI MIKROEKONOMI AE015: BAB 3
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG (KEANJALAN PERMINTAAN dan PENAWARAN)

11. Sesuatu barang dapat dikelaskan sebagai barang mewah atau barang normal melalui
pendekatan keanjalan
A. titik
B. permintaan silang
C. permintaan harga
D. permintaan pendapatan

12. Jika sesuatu keluk permintaan mempunyai nilai keanjalan lebih daripada satu tetapi kurang
daripada infiniti maka keluk permintaan tersebut boleh dikatakan
A. anjal B. tidak anjal C. anjal satu D. anjal sempurna

13. Sesuatu keluk permintaan yang dikatakan tidak anjal akan mempunyai nilai keanjalan
A. 1< Ed < α C. Ed = 1
B. 0 < Ed < 1 D. Ed = 0

14. Jika permintaan adalah anjal bagi sesuatu barang maka


A. kenaikan harga barang tersebut akan menyebabkan penurunan jumlah hasil
B. penurunan harga barang tersebut akan menyebabkan penurunan jumlah hasil
C. kenaikan harga barang tersebut akan menyebabkan kenaikan jumlah hasil
D. penurunan atau kenaikan harga barang tersebut tidak akan mengubah jumlah hasil
barang tersebut

15. Jika kenaikan pendapatan pengguna menyebabkan kuantiti permintaan sesuatu barang yang
bertambah, maka barang tersebut dikenali sebagai
A. barang mesti C. barang normal
B. barang bawahan D. barang pengganti

16. Manakah antara rajah-rajah berikut menunjukkan keluk permintaan bagi barang bawahan?
A. Pendapatan B. Pendapatan

Kuantiti Kuantiti

C. Pendapatan D. Pendapatan

Kuantiti Kuantiti

TARIKH: ............................................. 22
UNIT EKONOMI MIKROEKONOMI AE015: BAB 3
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG (KEANJALAN PERMINTAAN dan PENAWARAN)

17. Jika sesuatu barang mempunyai kesan keanjalan permintaan silang yang menunjukkan
permintaan sesuatu barang itu dengan harga barang lain berubah ke arah yang bertentangan,
maka barang itu adalah
A. Barang pengganti C. Barang ekonomi
B. Barang percuma D. Barang penggenap

18. I. Barang-barang pengganti


II. Jangka masa
III. Kesetiaan jenama
IV. Keperluan sesuatu barang
V. Besarnya bahagian pendapatan yang dibelanjakan terhadap sesuatu barang
Manakah antara di atas adalah penentu keanjalan permintaan?
A. I, II
B. I, III dan V
C. III, IV dan V
D. Semua di atas

19. Jadual di bawah menunjukkan hubungan di antara harga dengan kuantiti yang diminta untuk
roti dan beras.

ROTI BERAS
Tahun
Harga (RM/tan) Kuantiti (RM/tan) Harga (RM/tan) Kuantiti (tan)
1990 26 20,000 18 13,000
1995 26 15,000 16 18,000

Keanjalan permintaan silang antara roti dengan beras ialah


A. 2.25 B. 2.50 C. 2.75 D. 3.00

20. Rajah dibawah menunjukkan keluk-keluk penawaran S1, S2, S3 dan S4


Harga
S2 S3
S1

X
S4

Kuantiti ditawarkan
0
Pada titik X, pekali keanjalan penawaran
A. S1 lebih besar daripada S2
B. S2 lebih besar daripada S3
C. S3 sama dengan Satu
D. S4 kurang daripada S1

TARIKH: ............................................. 23
UNIT EKONOMI MIKROEKONOMI AE015: BAB 3
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG (KEANJALAN PERMINTAAN dan PENAWARAN)

BAHAGIAN B: SOALAN KUANTITATIF

1. a) Jika harga sesuatu barang bertambah dari RM10 ke RM12, kuantiti permintaan akan
menurun sebanyak 60%. Berapakah keanjalan permintaan harga? (2 markah)

b) Apabila harga sebiji telur jatuh daripada RM0.20 kepada RM0.15, kuantiti permintaan
seorang pengguna akan bertambah daripada 10 biji seminggu kepada 12 biji seminggu.
Berapakah keanjalan permintaan harga? (2 markah)

c) Jadual di bawah menunjukkan permintaan seorang pengguna terhadap suatu barang.

Harga ( RM ) Kuantiti diminta ( Unit )


1 20
2 15
3 10
4 10

Berapakah keanjalan permintaan harga:


i. Jika harga meningkat daripada RM3 kepada RM4. (2 markah)
ii. Jika harga turun daripada RM3 kepada RM2. (2 markah)
iii. Bila harga turun daripada RM2 kepada RM1. (2 markah)

d) Keanjalan permintaan harga bagi barang X diketahui bernilai -1.8. Jika kuantiti asal
yang diminta ialah 80 unit dan harga asal ialah RM0.50 per unit, berapakah kuantiti
diminta yang baru jika harga ialah RM 0.40 per unit. (2 markah)

e) Sekiranya keanjalan permintaan harga untuk gula ialah -0.50, berapa peratuskah
pertambahan permintaan untuk gula jika harga gula turun daripada RM2.20 kepada RM
1.80 sekilogram. (2 markah)

f) Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan D dan D1 yang selari.

Harga

D1

D
R T Qd1 = 30 – 2P
6 ● ●
S
5 ● ●U

Qd = 20 – 2P
Kuantiti
D D1

Antara titik R, S, T dan U di atas yang manakah paling anjal. (2 markah)

TARIKH: ............................................. 24
UNIT EKONOMI MIKROEKONOMI AE015: BAB 3
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG (KEANJALAN PERMINTAAN dan PENAWARAN)

2. a) Jika harga kopi meningkat daripada RM0.50 segelas kepada RM0.60, kuantiti
permintaan seorang pengguna terhadap teh bertambah daripada 3 gelas kepada 4 gelas
sehari. Berapakah keanjalan permintaan silang teh dan kopi? (2 markah)

b) Keanjalan permintaan silang beras dan jagung ialah 4, berapa peratus perubahan dalam
kuantiti permintaan beras jika harga jagung meningkat daripada RM200 kepada RM300
per tan. (2 markah)

c) Kenaikan harga minyak petrol daripada RM1 seliter kepada RM1.20 seliter akan
menyebabkan kuantiti permintaan kereta menurun daripada 4 500 unit kepada 3 000 unit
setahun. Berapakah keanjalan permintaan silang antara kereta dan petrol. (2 markah)

3. Jadual di bawah menunjukkan hubungan di antara harga bagi barang X dengan kuantiti yang
diminta untuk empat jenis barang P,Q,R dan S.

Harga Barang X Kuantiti diminta (unit)


(RM) Barang P Barang Q Barang R Barang S
10 80 60 121 34
8 160 50 121 24

Berdasarkan jadual di atas, jawab soalan-soalan berikut:


a) Tentukan nilai keanjalan permintaan silang antara barang X dengan barang P, Q, R dan
S apabila harga barang X jatuh. (8 markah)
b) Apakah hubungan antara barang X dengan barang P, Q, R dan S? (2 markah)

4. Jadual di bawah menunjukkan perhubungan di antara jumlah pendapatan yang diperolehi


oleh En. Mamat dengan kuantiti permintaan untuk barang A,B dan C.

Kuantiti diminta (unit)


Barang A Barang B Barang C
240 175 144
350 150 144

Berdasarkan jadual di atas, jawab soalan-soalan berikut. Andaikan jumlah pendapatan


meningkat dari RM 7 500 kepada RM 9 950.

a) Tentukan barang yang mempunyai nilai keanjalan permintaan pendapatan yang positif,
negatif dan sifar. (2 markah)
b) Nyatakan jenis barang A, barang B dan barang C berdasarkan jawapan (a) di atas.
(2 markah)

TARIKH: ............................................. 25
UNIT EKONOMI MIKROEKONOMI AE015: BAB 3
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG (KEANJALAN PERMINTAAN dan PENAWARAN)

5. Berikut adalah jadual harga dan kuantiti penawaran.

Harga (RM) Kuantiti penawaran (unit)


10 100
15 150
20 180
25 190
30 190

a) Berdasarkan jadual di atas berapakah nilai keanjalan penawaran harga jika harga
i. meningkat dari RM 10 ke RM 15. (2 markah)
ii. meningkat dari RM 25 ke RM 30. (2 markah)
iii. menurun dari RM 20 ke RM 15. (2 markah)
b) Apakah bentuk keluk penawaran apabila harga meningkat dari RM 25 ke RM 30 ?
(2 markah)

6. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan dimana fungsinya dinyatakan sebagai


Qd = 10 – 2P. Berdasarkan rajah tersebut, tentukan nilai keanjalan permintaan harga pada
titik Z.
Harga

4 Z

0 X1 X2 Kuantiti

a) Berdasarkan rajah di bawah, berapakah jumlah hasil yang akan diperolehi oleh pengeluar
apabila harga keluarannya mengalami penurunan harga seperti berikut:
i. RM 6 kepada RM 4. (2 markah)
ii. RM 4 kepada RM 2. (2 markah)

Harga

8
6

0 10 20 30 40 Kuantiti
b) Berdasarkan jawapan (b) jelaskan perkaitan antara jumlah hasil dan keanjalan
permintaan. (2 markah)

TARIKH: ............................................. 26
UNIT EKONOMI MIKROEKONOMI AE015: BAB 3
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG (KEANJALAN PERMINTAAN dan PENAWARAN)

BAHAGIAN C: SOALAN ESEI

1. Dengan bantuan rajah, jelaskan kaitan antara keanjalan permintaan harga dan jumlah hasil.
(8 markah)

2. Mengapakah permintaan sesetengah barang adalah lebih anjal berbanding barang lain.
Jelaskan. (8 markah)

3. Apakah maksud keanjalan penawaran? Mengapa keanjalan penawaran sesetengah jenis


barang adalah anjal berbanding dengan barang lain? (10 markah)

4. Apakah yang anda faham dengan keanjalan pendapatan? Dengan contoh yang sesuai,
kaitkan pertalian antara keanjalan pendapatan dengan penjenisan barang.
(6 markah)

TARIKH: ............................................. 27

You might also like