You are on page 1of 8

LATIHAN PEMBUATAN KEPUTUSAN - KOS RELEVAN

A. MEMBELI ATAU MEMBUAT SENDIRI

1. Syarikat BMX mengeluarkan basikal dengan menggunakan beberapa jenis komponen. Kini
syarikat sedang mempertimbangkan sama ada tayar yang digunakan patut dibuat oleh
kilang sendiri atau dibeli daripada pembekal luar. Jumlah tayar yang diperlukan setiap tahun
adalah 20 000 unit. Kos-kos untuk membuat tayar ini dalam kilang syarikat adalah seperti
berikut:

Bahan mentah RM5.50 per unit


Upah langsung RM4.80 per unit
Overhed berubah RM1.20 per unit
Overhed tetap :
Gaji RM11 200 setahun
Insurans RM6 800 setahun
Utiliti RM3 900 setahun
Belanja am RM2 400 setahun
Susut nilai RM8 000 setahun
Sewa RM6 000 setahun

Jika tayar yang diperlukan dibeli daripada pembekal luar, semua overhed tetap boleh
dielakkan oleh syarikat kecuali susut nilai dan sewa. Ruang kilang yang tidak digunakan
untuk memproses tayar boleh disewakan kepada syarikat lain pada kadar sewa sebanyak
RM3 600 setahun. Harga belian tayar adalah RM13.50 per unit tetapi kos untuk
mengangkut tayar yang dibeli daripada pembekal luar sebanyak RM5 200 setahun
ditanggung oleh Syarikat BMX.
Dikehendaki: Nasihatkan sama ada tayar yang diperlukan oleh Syarikat BMX patut dibuat
atau dibeli.

2. Syarikat ZEE mengeluarkan dua jenis produk Zaa dan Zie. Untuk memproses Zaa, Syarikat
ZEE memerlukan sejenis komponen V yang kini dibuat oleh kilangnya sendiri. Jumlah V
yang diperlukan setiap tahun adalah 50 000 unit. Kos-kos untuk membuat 50 000 unit
komponen V adalah seperti berikut :
Bahan RM2.50 per unit
Buruh langsung RM3.00 per unit
Overhed berubah RM1.30 per unit
Overhed tetap:
Sewa RM0.40 per unit
Insurans RM0.30 per unit
Gaji RM0.50 per unit
Susut nilai mesin RM0.25 per unit
Lain-lain RM0.15 per unit
Sebuah syarikat asing boleh membekal komponen V ini pada harga RM7.60 per unit. Jika
komponen ini dibeli, bukan semua overhed tetap boleh dielakkan. Hanya insurans dan gaji
sahaja boleh dielakkan. Walau bagaimanapun, kilang yang digunakan untuk memproses V
dahulu boleh digunakan untuk memproses komponen Y yang digunakan untuk membuat
produk Zie. Ini akan menyebabkan Syarikat ZEE menjimatkan kos sebanyak RM24 000.
Sewa lori sebanyak RM4 300 setahun untuk mengangkut komponen yang dibeli ditanggung
oleh Syarikat ZEE.
Dikehendaki : Nasihatkan sama ada komponen V patut dibuat atau dibeli.

3. Syarikat Wangi Segar mengeluarkan produk kosmetik wanita memerlukan bahan mentah
Cty bagi menghasilkan bedak muka. Maklumat kos yang telah dikumpulkan bagi membuat
30 000 gm bahan Cty adalah seperti berikut:
RM
Bahan mentah 1 500
Buruh langsung 1 800
Overhed kilang berubah 1 200
Overhed kilang tetap 2 100

Syarikat Wangi Segar boleh membeli Cty daripada firma luar dengan harga RM200 sekg.
Jika syarikat membeli Cty dari firma luar, kos overhed kilang tetap sebanyak RM900 dapat
dijimatkan. Di samping itu, syarikat boleh menyewakan kemudahan yang digunakan untuk
menghasilkan Cty kepada firma lain dengan sewa RM900.
Dikehendaki: Nasihatkan Syarikat Wangi Segar sama ada patut terus mengeluarkan Cty
atau membeli Cty dari pihak luar.

4. Sui Sui Sdn Bhd mengeluarkan alat kosmetik wanita memerlukan bahan mentah Vit-C bagi
menghasilkan losen muka. Maklumat kos yang telah dikumpulkan bagi membuat 20,000 g
bahan Vit-C adalah seperti berikut :
RM
Bahan mentah 2 600
Buruh langsung 3 000
Overhed kilang berubah 2 400
Overhed kilang tetap 4 000

Sui Sui Sdn Bhd boleh membeli Vit-C daripada firma luar dengan harga RM400 sekg. Jika
syarikat membeli Vit-C dari firma luar, kos overhed kilang tetap sebanyak RM1,800 dapat
dijimatkan. Di samping itu, syarikat boleh menyewakan kemudahan yang digunakan untuk
menghasilkan Vit-C kepada firma lain dengan sewa RM1,600.

Dikehendaki:
a. Nasihatkan Sui Sul Sdn Bhd sama ada patut terus mengeluarkan Vit-C atau membeli dari
pihak luar.
b. Berikan dua faktor kualitatif yang perlu dipertimbangkan semasa membuat keputusan di
atas.
B. MENERIMA ATAU MENOLAK PESANAN KHAS

5. Syarikat Alam Megah mengeluarkan sejenis produk yang dijual dalam pasaran tempatan
pada harga RM20.00 per unit. Jumlah unit yang dibuat dan dijual setiap tahun adalah 40
000 unit. Kos-kos untuk memproses produk ini adalah seperti berikut:

Bahan mentah RM5.50 per unit


Upah langsung RM5.80 per unit
Overhed berubah RM1.60 per unit
Overhed tetap:
Gaji RM12 600 setahun
Utiliti RM8 400 setahun
Insurans RM4 800 setahun
Belanja am RM2 400 setahun
Susut nilai mesin RM20 000 setahun
Belanja penyelenggaraan mesin RM2 500 setahun

Baru-baru ini, satu tempahan khas telah diterima daripada seorang pelanggan asing untuk
membekal 10,000 unit produk tersebut pada harga RM15.00 per unit.
Dikehendaki:
Nasihatkan sama ada tempahan khas ini patut diterima atau ditolak.

6. Syarikat FOX mengeluarkan 40 000 unit produk bernama Fifi dan menjualkannya pada
harga RM7.80 seunit dalam pasaran tempatan. Kos-kos terlibat dengan proses pengeluaran
dan jualan produk ini adalah seperti berikut:

Bahan RM1.80 per unit


Buruh langsung RM2.50 per unit
Overhed berubah RM0.85 per unit
Overhed tetap RM0.80 per unit

Seorang pelanggan asing telah membuat satu tempahan khas untuk membeli 10 000 unit
Fifi pada harga 20% lebih rendah dari harga pasaran biasa. Jika tempahan ini diterima,
Syarikat Fox perlu membuat 50,000 unit Fifi pada tahun akan datang termasuk 40 000 unit
untuk pasaran tempatan.
Berikut adalah maklumat kos tentang pengeluaran produk Fifi pada tahun akan datang:
a. Pengeluaran tiap-tiap unit Fifi memerlukan satu unit bahan mentah. Harga bahan ini
akan turun sebanyak 10 sen seunit jika jumlah bahan yang dibeli adalah lebih daripada
45 000 unit setahun.
b. Syarikat FOX perlu mengambil beberapa orang pekerja sambilan untuk mengeluarkan
10 000 unit tambahan ini. Upah yang dianggarkan perlu dibayar untuk pekerja sambilan
adalah RM2.80 per unit.
c. Untuk mengeluarkan 10 000 unit tambahan ini, beberapa alat perkakas baru hendaklah
dibeli. Kos alat-alat ini adalah RM5 000 tetapi alat-alat ini tidak akan mempunyai
sebarang nilai pasaran selepas digunakan.

Dikehendaki: Nasihatkan sama ada pesanan khas ini patut diterima atau ditolak

7. Berikut merupakan Penyata Kos Keluaran bagi Syarikat Tecno Berhad untuk 2 tempoh
perakaunan.
Tahun 1 Tahun 2

Unit keluaran 10 000 20 000


Bahan mentah langsung (RM) 20 000 40 000
Buruh langsung (RM) 50 000 100 000
Jumlah overhed (RM) 50 000 70 000

Syarikat Tecno mengeluar dan menjual komponen alat elektronik pada harga RM15 seunit.
Dikehendaki:
i. Hitung unit dan nilai titik pulang modal.
ii. Syarikat Tecno Berhad bercadang untuk menjalankan kempen promosi untuk melariskan
jualan. Belanja-belanja yang terlibat ialah belanja pengiklanan RM20 000 dan komisen
jurujual RM1 Seunit. Kira unit titik pulang modal yang baru dan unit yang perlu dijual
untuk mendapat untung sebanyak RM15 000.
iii. Sekiranya nilai jualan ialah RM150 000, berapakah peratus margin keselamatan
Syarikat Tecno Berhad dalam situasi (1) di atas.
iv. Syarikat Tecno Berhad menerima satu pesanan khas dari pelanggan luar negeri untuk
membekalkan 2 000 unit komponen alat elektronik pada harga pesanan RM12 seunit.
Jika pesanan ini diterima, belanja tambahan angkutan sebanyak RM1 seunit dan cukai
eksport RM5 000 perlu ditanggung oleh Syarikat Tecno Berhad.
v. Pertimbangkan sama ada pesanan khas ini patut diterima atau ditolak oleh Syarikat
Tecno Berhad.
vi. Nyatakan dua faktor kualitatif yang perlu diambil kira sebelum keputusan dibuat.

8. a. Nyatakan dua ciri kos relevan dan berikan satu contoh bagi setiap ciri.
b. Jelaskan empat faktor yang diambilkira oleh sesebuah perniagaan dalam membuat
keputusan “menerima atau menolak pesanan khas".
c. Syarikat Suria Berhad mengeluarkan 18 000 unit komponen MC setiap tahun yang akan
digunakan untuk mengeluarkan satu produk syarikat. Kos mengeluarkan seunit
komponen MC adalah seperti berikut :
RM
Bahan langsung 3.60
Buruh langsung 5.40
Overhed kilang berubah 2.50
Overhed kilang tetap 7.60
Kos seunit 19.10
Seorang pembekal luar menawarkan 18 000 unit komponen MC kepada Syarikat Suria
Berhad setiap tahun dengan harga RM18.50 seunit. Jika Syarikat Suria Berhad menerima
tawaran ini, ruang kilang yang digunakan untuk membuat komponen MC boleh disewakan
kepada perniagaan lain pada sewa RM105 000 setahun. Walaupun begitu, kos overhed
kilang tetap sebanyak RM5 seunit masih perlu ditanggung oleh syarikat jika komponen MC
dibeli daripada pembekal luar.
Berdasarkan pengiraan anda, nasihatkan Syarikat Suria Berhad sama ada patut atau tidak
menerima tawaran pembekal luar tersebut.

9. Syarikat Megah mengeluarkan sejenis produk berjenama Gama yang dijual dalam pasaran
tempatan pada harga RM14.00 per unit. Volum Gama yang dibuat dan dijual setiap tahun
adalah 50 000 unit kos-kos terlibat dengan pengeluaran dan jualan 50 000 unit produk ini
adalah seperti berikut:
RM
Bahan mentah 3.50 per unit
Buruh langsung 2.75 per unit
Overhed berubah 0.90 per unit
Overhed tetap 0.80 per unit
Belanja jualan dan pentadbiran:
Berubah (termasuk komisen jualan 15 sen seunit dan sewa
lari 25 sen seunit) 0.65 per unit
Tetap 0.35 per unit

Seorang pelanggan asing telah membuat satu tempahan khas untuk 14 000 unit pada
harga RM9.50 per unit. Jika tempahan khas ini diterima, komisen jualan tidak perlu dibayar
dan sewa lori untuk RM10.50 mengangkut 14 000 unit ditanggung oleh pelanggan
berkenaan tetapi jumlah overhed kilang tetap syarikat akan meningkat sebanyak 25%.
Dikehendaki:
Berdasarkan pengiraan, nasihatkan sama ada tempahan khas ini patut diterima atau
ditolak.
C. MENERUS ATAU MENGGUGURKAN KELUARAN /JABATAN

10. Syarikat BBB mengeluarkan beberapa jenis produk melalui beberapa jabatan. Prestasi
sesuatu jabatan iaitu Jabatan C adalah tidak memuaskan bagi beberapa tempoh yang lepas
dan keadaan ini dijangka akan berterusan. Pengurus syarikat sedang menimbangkan untuk
menutup jabatan tersebut sehingga pasaran untuk produknya bertambah baik. Jika jabatan
ini ditutup, semua kos berubah, semua gaji, utiliti dan 40% dari jumlah susut nilai boleh
dielakkan tetapi kos tetap yang lain tidak boleh dielakkan

Berikut adalah Penyata Pendapatan yang telah disediakan untuk Jabatan C:


RM
Jualan 75 000
Tolak:
Kos Berubah:
Bahan mentah 12 600
Upah langsung 38 400
Overhed berubah 6 800

Kos Tetap:
Sewa 6 000
Gaji 4 200
Insurans 3 200
Utiliti 3 900
Susut nilai 4 500
Rugi (4 600)

Dikehendaki: Nasihatkan sama ada Jabatan C patut diteruskan atau ditutup.

D. SITUASI FAKTOR TERHAD

11. Syarikat Permata Hati Berhad mengeluarkan dua jenis komponen yang boleh menjadi
sebahagian barang siapnya. Pengurusan sedang menimbangkan cadangan sama ada
untuk membuat sendiri atau membeli komponen tersebut kerana kedua-duanya boleh
diperolehi di pasaran pada harga RM60.00 seunit untuk komponen X dan pada harga
RM25.00 seunit untuk komponen Y.
Berikut adalah kos pengeluaran seunit untuk komponen-komponen tersebut.

Komponen X (RM) Komponen Y (RM)

Bahan langsung 20 22
Buruh langsung 16 6
Overhed berubah 8 2
Overhed tetap 15 5
Syarikat Permata Hati Berhad juga mengeluarkan dua barang siap yang lain iaitu jenama
Bagus dan jenama Hebat. Walau bagaimanapun, kedua-dua keluaran ini tidak
menggunakan komponen X dan Y. Syarikat Permata Hati Berhad boleh meneruskan atau
menghentikan jualan mana-mana jenama ini jika difikirkan perlu. Maklumat mengenai kos
pengeluaran dan harga jualan untuk setiap jenama adalah seperti berikut :
Jenama Bagus (RM) Jenama Hebat (RM)

Bahan langsung 10 25
Buruh langsung 10 22
Overhed berubah 6 14
Overhed tetap 15 30
Harga jualan 35 85

Dikehendaki :
a. Jika Syarikat Permata Hati Berhad ingin memaksimumkan untung, apakah pilihan yang
patut dilaksanakan? Tunjukkan semua penghitungan.
b. Komponen dan jenama di atas menggunakan mesin yang sama dan keupayaan mesin
terhad kepada 40,000 jam mesin setahun. Maklumat lain yang berkenaan dengan unit
pengeluaran tahunan dan penggunaan jam mesin seunit adalah seperti berikut:
Komponen Komponen Jenama Jenama
X Y Bagus Hebat

Unit pengeluaran 6,000 5,000 4,000 4,000


Jam mesin seunit 4 2 4 5

Dengan jam mesin yang terhad ini apakah keputusan yang patut diambil untuk
meningkatkan keuntungan? Tunjukkan semua penghitungan.

12. Kilang komputer Montell yang mengeluarkan tiga jenis produk sedang menghadapi
masalah kekurangan jurutera dan juruteknik yang telah berpindah ke cawangan baru dibuka
di kawasan perindustrian di tempat lain. Maklumat berkenaan dengan masalah faktor terhad
akibat perpindahan kakitangannya ke tempat lain ditunjukkan di bawah ini.

Butiran Komputer riba Mesin cetak Mesin faks


(RM) (RM) (RM)

Hasil 144,000 68,000 80,000


Bahan mentah 12,000 16,800 15,900
Buruh langsung 33,000 25,000 15,000
Overhed berubah 18,000 12,000 14,000

Dikehendaki: Kirakan caruman per buruh bagi setiap produk dan keutamaan pengeluaran
13. Firma Sakura memproses 3 komponen dengan maklumat berikut :
A B C

Unit keluaran 1,000 2,000 1,000


Hasil Jualan RM5,000 RM12,000 RM7,000
Kos berubah 3,000 8,000 5,750
Kos tetap 500 2,000 1,000
Unit keluaran sejam 2 unit 5 unit 4 unit
Permintaan tahunan 2,000 unit 4,000 unit 3,000 unit
Harga belian seunit RM2.50 RM5.00 RM5.80

Jam mesin maksimum setahun adalah 1,150 jam.


Dikehendaki:
i. Kirakan caruman per jam bagi setiap komponen dan keutamaan pengeluaran.
ii. Tunjukkan komponen mana yang patut dibuat sendiri atau dibeli dari pihak luar.

You might also like