You are on page 1of 5

STPM U2 2013

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan bahan mentah langsung dan bahan mentah tak langsung? Berikan
dua contoh bagi setiap jenis bahan itu dalam industri pengeluaran perabot. [4]
(b) Syarikat Laman Hijau Sdn Bhd ialah pengedar alat ganti mesin pemotong rumput. Syarikat
menggunakan model kuantiti pesanan ekonomi dalam pengurusan inventori barang niaganya. Akauntan syarikat
sedang meneliti maklumat bagi sejenis alat ganti yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran.
Setiap tahun syarikat membeli 18,000 unit alat ganti itu dengan kos RM60.00 per unit. Syarikat telah
menetapkan pulangana tas pelaburan yang dikehendaki sebanyak 15% setahun. Kos penyimpanan ialah RM6.00
per unit setahun dan kos setiap pesanan belian ialah RM150.00. Masa menunggu tempahan adalah antara 8
hingga 12 hari. Andaikan syarikat beroperasi 30 hari sebulan dan 360 hari setahun.

Dikehendaki:
(i) Hitung kuantiti pesanan ekonomi, bilangan pesanan, jumlah kos pada tahap kuantiti pesanan
ekonomi dan titik pesanan semula. [12]
(ii) Lakar graf kuantiti pesanan ekonomi bagi alat ganti itu. [4]

2 (a) Bezakan antara nota permintaan bahan dengan borang pesanan belian. [2]
(b) Takrifkan unit setara dan kos dipindah-masuk. [2]
(c) Bezakan antara kos tersedia dengan kos kendalian berubah. Nyatakan satu contoh bagi setiap jenis
kos berkenaan dalam industri pengangkutan. [3]
(d) Syarikat Sinar Cerah Berhad mengeluar dan menjual lampu neon. Syarikat menggunakan kaedah
pengekosan tempahan kerja untuk menentukan kos produknya.
Ringkasan data operasi bgi bulan Disember 2012 adalah seperti yang berikut:
(1) Bahan mentah langsung yang diminta dan buruh langsung yang digunakan adalah seperti di bawah.
Bahan mentah langsung (RM) Buruh langsung (RM)

Kerja J1 2,750 1,700

Kerja J2 3,800 2,000

Kerja J3 2,990 1,450

Kerja J4 5,950 3,800

Kerja J5 3,250 1,900

Kerja J6 900 600

(2) Kadar overhed perkilangan ialah 60% atas kos buruh langsung.
(3) Kerja J1, J2, J4 dan J5 telah disiapkan sepenuhnya.
(4) Kerja J1, J2 dan J4 dengan harga masing-masing ialah RM7,900, RM10,500 dan RM18,100 telah dihantar
dan dibilkan kepada pelanggan.

Dikehendaki:
(i) Hitung kos kerja yang disiapkan sepenuhnya dalam bulan Disember 2012. [6]
(ii) Hitung kos kerja dalam proses bagi Kerja J3 dan Kerja J6 pada 31 Disember 2012. [3]
(iii) Sediakan catatan jurnal untuk merekod kerja barang siap, jualan secara kredit bagi kerja J1, J2 J4 dan
kos barang yang dijual. [4]

3 (a) Perihalkan empat kelebihan teknik pengekosan marginal berbanding dengan teknik pengekosan
serapan. [4]
(b) Syarikat Puah Sdn Bhd memberikan maklumat perakaunan tentang pengeluaran sejenis produk bagi
bulan Oktober 2012 adalah seperti yang berikut:
RM

Kos berubah per unit:

Bahan mentah langsung 15.00

Buruh langsung 6.00

Overhed perkilangan 4.00

Jualan dan pentadbiran 1.20

Kos tetap:

Gaji penyelia kilang 36,000

Gaji kakitangan pentadbiran pejabat 25,000

Insurans kilang 16,000

Utility kilang 14,000

Penyelenggaraan kilang 8,200

Susut nilai peralatan kilang 5,000

Harga jualan per unit 50.00

Unit

Inventori awal 200

Unit dikeluarkan 5,300

Jualan 5,000

Inventori akhir 500

Dikehendaki:
(i) Hitung kos produk per unit dengan menggunakan kaedah pengekosan marginal dan kedah pengekosan
serapan. [4]
(ii) Sediakan penyata pendapatan bagi bulan berakhir 31 Oktober 2012 dengan menggunakan kaedah
pengekosan marginal dan kedah pengekosan serapan. [10]
(iii) Jelaskan mengapa berlaku perbezaan untung atau rugi bersih yang ddiperoleh dalam (ii) di atas. [2]

4 (a) Nyatakan tiga kepentingan pengekosan piawai. [3]


(b) Syarikat Perkasa Sdn Bhd menggunakan system pengekosan piawai bagi produknya. Kos overhed
pengeluaran berubah diserap menggunakan asas jam buruh langsung. Maklumat perakaunan tentang produk
adalah seperti yang berikut:
RM

Kos piawai per unit:

Bahan mentah langsung (1.5 gram pada harga RM16.00 per gram) 24.00

Buruh langsung (0.75 jam pada kadar RM8.00 sejam buruh langsung 6.00

Overhed pengeluaran berubah (0.75 jam pada kadar RM3.00 sejam 2.25
buruh langsung)

Kos dan unit sebenar:

Belian bahan mentah langsung (21,000 gram pada harga RM17.00 per 357,000
gram)

Buruh langsung (16,750 jam pada kadar harga RM8.00 sejam buruh
langsung) 134,000

Unit dikeluarkan (unit)

Bahan mentah langsung digunakan (gram) 22,400

33,400

Dikehendaki:
Hitung varians dan tentukan sama ada varians tesebut memuaskan atau tidak memuaskan bagi yang
berikut:
(i) harga bahan mentah langsung dan penggunaan bahan mentah langsung. [4]
(ii) kadar buruh langsung dan kecekepan buruh langsung. [3]

(c) Syarikat Percetakan Media Sdn Bhd telah mencetak novel hasil karya seorang penulis terkenal. Novel
ini telah berada di pasaran selama sebulan dan sebanyak 2,800 naskhah novel telah terjual. Novel ini akan
dipasarkan menerusi rangkaian Kedai Buku Tekun. Harga jualan yang ditetapkan oleh Kedai Buku Tekun kepada
pelanggan ialah RM30.00 senaskhah. Caj pengedaran yang dikenakan kepada syarikat ialah 30% atas harga
jualan. Harga jualan bersih novel ialah harga yang akan dibayar oleh Kedai Buku Tekun kepada syarikat setelah
mengambil kira caj pengedaran.
Syarikat Percetakan Media Sdn Bhd telah membelanjakan kos tetap pengeluaran dan pemasaran
sebanyakRM30,000, manakala kos berubah pengeluaran dan pemasaran ialah RM4.00 senaskhah. Syarikat akan
membayar kepada penulis novel sebanyak RM5,000 sebagai bayaran khas di samping bayaran royalti pada kadar
15% atas harga jualan bersih senaskhah novel.

Dikehendaki:
(i) Hitung jumlah untung atau rugi Syarikat Percetakan Media Sdn Bhd pada tahap jualan semasa. [4]
(ii) Hitung bilangan novel yang perlu dijual oleh Syarikat Percetakan Media Sdn Bhd untuk mencapai
titik pulang modal dan untunh operasi RM20,000. [4]
(iii) Hitung jumlah margin keselamatan dalam ringgit. [2]

5 (a) Nyatakan empat faktor kualitatif yang perlu dipertimbangkan oleh sesebuah perniagaan apabila
membuat keputusan sama ada perlu menerima atau menolak pesanan khas. [2]

(b) Syarikat Maju Berhad mengeluarkan meja computer berjenama LAP. Operasi semasa adalah pada
tahap 80% kapasiti mesin. Keputusan operasi syarikat untuk enam bulan pertama bagi tahun 2013 adalah
seperti berikut:
RM

Jualan (30,000) 6,000,000

Tolak: kos barang dijual 3,240,000

Untung kasar 2,760,000

Tolak: belanja operasi 1,500,000

Untung bersih 1,260,000

Pada bulan Julai 2013, syarikat menerima pesanan khas bagi 6,000 unit LAP pada harga RM190 seunit.
Pesanan khas ini perlu disiapkan pada 31 Ogos 2013. Jika pesanan khas ini diterima, syarikat akan menanggung
kos tambahan pengangkutan sebanayk RM2,200.
Maklumat tambahan
(1) Kos berubah ialah 65% daripada kos barang dijual
(2) Belanja tetap ialah 40% daripada belanja operasi
(3) Mesin khas perlu disewa bagi bulan Julai dan Ogos 2013 untuk menyiapkan pesanan khas itu dengan
sewaan sebanyak RM1000 sebulan.
Dikehendaki:
(i) Dengan menunjukkan kesan keatas keuntungan syarikat, cadangkan sama ada Syarikat maju Berhad
perlu menerima atau menolak pesanan khas itu. [6]
(ii) Andaikan pesanan khas itu berjumlah 8,000 unit, cadangkan sama ada Syarikat maju Berhad perlu
menerima atau menolak pesanan khas itu. Tunjukkan penghitungan untuk menyokong cadangan
anda. [5]

(c) Syarikat Sehat Berhad mengeluarkan kasut sukan berjenama LASAK. Syarikat ini merancang untuk
meningkatkan pengeluaran produknya sebanyak 60% pada tahun hadapan. Bagi mencapai sasaran yang
ditetapkan, sayarikat bercadang untuk membeli sebuah mesin tambahan. Syarikat mempunyai dua pilihan
seperti yang berikut:
(1) Mesin PRO yang berharga RM180,000 dan mempunyai jangka hayat selama empat tahun.
(2) Mesin QUE yang berharga RM240,000 dan mempunyai jangka hayat selama enam tahun.
Kedua-dua mesin tidak mempunyai nilai skrap pada hujung jangka hayat.
Ramalan syarikat bagi aliran tunai operasi setelah mengambilkira kos penyelenggaraan untuk setiap
mesin adalah seperti yang berikut:
Tahun PRO (RM) QUE (RM)

1 30,000 60,000

2 80,000 100,000

3 90,000 120,000

4 110,000 80,000

5 70,000

6 40,000

Syarikat menjangkakan kos penyelenggaraan mesin PRO untuk setiap tahun ialah RM10,000.
Semsentara kos pelenggaraan mesin QUE dijangkakan sebanayak RM15,000 setiap tahun. Kos modal bagi
kedua-dua mesin ialah 12%.
Dikehendaki:
Berdasarkan penghitungan nilai kini bersih, cadangkan kepada pihak pengurusan syarikat, mesin yang
manakah yang patut dibeli. [7]

You might also like