You are on page 1of 8

TERHAD 948/2

Perakaunan kertas 2

STPM 2017U2
1(a) Tiga ciri kaedah pengekosan tempahan kerja
1. Produk yang dihasilkan bergantung kepada spesifikasi pelanggan.
2. Produk yang dikeluarkan adalah berbeza antara satu sama lain atau pelbagai
jenis.
3. Kos diukur mengikut setiap kerja atau kelompok yang disiapkan bukan
mengikut masa pemprosesan.

(b) Tiga dokumen sumber yang digunakan dalam pengekosan kerja:


1. Borang Permintaan bahan
Borang ini merekod kos bahan mentah yang diminta daripada inventori dan
akan diperuntukkan kepada sesuatu kerja. Kos bahan mentah yang dikeluarkan
kepada jabatan pengeluaran akan direkodkan dalam borang ini.
2. Kad Masa Kerja / Tiket masa kerja
Kad masa kerja ialah dokumen yang merekod jumlah masa yang diambil oleh
seorang buruh yang diperuntukkan kepada sesuatu kerja.
3. Lembaran Kos kerja
Lembaran kos kerja akan merekod kos bahan mentah langsung, buruh
langsung dan overhed perkilangan bagi sesuatu kerja atau tempahan kerja.
1( c)
(i)
Kos
Unit fizikal Bahan Penukaran
Kerja dalam proses
awal 52000
Unit dimulakan 158000
Unit untuk diakaunkan 210000

Unit siap dan dipindah


keluar 130000 130000 130000
Unit kerja dalam proses
akhir 80000 80000 16000
Unit untuk diakaunkan 210000
Unit Setara 210000 146000

Jadual kos
ii) Bahan Buruh Jumlah
Kos kerja dalam proses
awal RM80,000 RM110,000
Kos semasa/ kos
ditambah RM226,000 RM336,000
Jumlah kos RM306,000 RM446,000
Kos seunit setara RM306,000 RM446,000
210000 146000
RM1.457 RM3.055 RM4.512

1
TERHAD 948/2
Perakaunan kertas 2

iii) Kos Inventori akhir kerja dalam Proses:


Kos bahan mentah
langsung (RM1.457x80000) RM116,560
(RM3.055 x
Kos penukaran 16000) RM48,880
RM165,440
(RM4.512 x
Kos unit siap 130000) RM586,560

2 (a) Kos perkhidmatan telefon talian tetap dikatergorikan sebagai kos campuran kerana
kos ini mempunyai unsur kos tetap dan kos berubah. Kos tetap terdiri daripada caj tetap
dan bahagian kos berubahnya akan berubah mengikut bilangan panggilan telefon.
Belanja telefon( RM)

Masa/Bilangan panggilan telefon

(b) Tiga langkah yang perlu diikuti untuk mengasingkan kos campuran dengan menggunakan kaedah
tinggi-rendah.

1) Menentukan tahap aktiviti tertinggi dan tahap aktiviti terendah dan kos tertinggi dengan kos
terendah.

2) Menentukan kadar kos berubah seunit dengan menghitungkan kos tertinggi ditolak dengan kos
terendah kemudian dibahagikan dengan output tertinggi ditolak dengan output terrendah.

Kos tertinggi-kos terendah


Kos Berubah seunit= -------------------------------------
Output tertinggi-output terendah
3) Menentukan kos tetap dengan menggunakan jumlah kos pada tahap tertinggi ditolak dengan kos
berubah seunit didarabkan dengan output tertinggi.

Kos tetap = Jumlah kos pada titik tertinggi – (kos berubah seunit X output tertinggi)
@
Kos tetap = Jumlah kos pada titik terendah – (kos berubah seunit X output terendah)

Pengekosan Marginal

2
TERHAD 948/2
Perakaunan kertas 2

Syarikat Mutiara SP Berhad


Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2017
RM RM

Jualan 9,450,000
Tolak Kos barang dijual:
+ kos barang di kilang (RM12000 x 500) 6000000
Tolak Inventori Akhir(RM12000 x150) 1800000 4200000

5,250,000
Tolak Belanja jualan dan pentadbiran berubah 1260000

Margin caruman 3,990,000


Tolak kos tetap

Kos perkilangan tetap 2,400,000

Belanja jualan dan pentadbiran tetap 720,000

3,120,000

Untung Bersih 870,000


Pengekosan serapan
Syarikat Mutiara SP Berhad
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2017
RM RM

Jualan(RM27000 x350) 9,450,000


Tolak Kos barang dijual:

kos barang di kilang (RM2, 400,000+(RM12000 x500) 8,400,000

Tolak Inventori Akhir 2,520,000

5,880,000

Untung kasar 3,570,000


Tolak Belanja

Belanja jualan dan pentadbiran berubah(RM3600x350) 1,260,000

Belanja jualan dan pentadbiran Tetap 720,000

1,980,000

Untung Bersih 1,590,000

3
TERHAD 948/2
Perakaunan kertas 2

(ii)
Penyata menyesuaikan untung
RM

Untung bersih Pengekosan Marginal 870,000

+Overhed kilang tetap tertunda akhir 720,000

1,590,000
-Overhed kilang tetap tertunda awal 0

Untung bersih Pengekosan Serapan 1,590,000

Perbezaan Untung Bersih = Perubahan inventori x kadar overhed tetap


=150 x RM4800
= RM720,000
Perbezaan untung bersih disebabkan pertambahan unit inventori pada akhir tempoh
perakaunan dan menyebabkan sebahagian keluaran dalam tempoh semasa belum
terjual dan kosnya dicampurkan dalam nilai akhir. Dalam pengekosan Serapan,
sebahagian kos overhed kilang tetap akan termasuk dalam nilai inventori akhir. Oleh
itu pendapatan bersih mengikut pengekosan serapan lebih tinggi daripada pengekosan
marginal.

3(a) Empat perbezaan antara kaedah pengekosan berasaskan aktiviti dengan kaedah
tradisi dalam memperuntukkan kos overhed.

Pengekosan Tradisional Pengekosan Berasaskan Aktiviti

1. Melibatkan penentuan kadar kos 1. Melibatkan penentuan kadar pemacu


overhed bagi setiap pusat kos kos bagi setiap kelompok kos aktiviti .
pengeluaran, contohnya kos sejam Contohnya kos menyediakan mesin,
buruh langsung. kos membuat pesanan belian dan
mengendalikan bahan.
2. Kos akan diperuntukkan terlebih 2. Kos akan diperuntukkan terlebih
dahulu kepada jabatan sebelum dahulu kepada aktiviti sebelum
pengagihan dibuat kepada produk atau pengagihan dibuat kepada produk atau
perkhidmatan. perkhidmatan.
3. Pada tahap pertama pengagihan kos, kos 3. Pada tahap pertama pengagihan kos,
overhed akan diagihkan kepada satu kos overhed akan diagihkan kepada
pusat kos sahaja. banyak pusat kos yang diwujudkan
bagi setiap aktiviti.
4. Pada tahap kedua pengagihan kos , kos 4. Pada tahap kedua pengagihan kos ,
overhed akan diserap mengikut asas pemacu kos akan digunakan untuk
yang berkaitan dengan volum produk, mengesan aktiviti kepada produk
misanya jam mesin atau jam buruh berdasarkan kekerapan aktiviti
langsung dijalankan dan bukan berdasarkan
volum produk.

4
TERHAD 948/2
Perakaunan kertas 2

b) Empat andaian yang perlu diambil kira dalam analisis kos-volum -untung.
i) Kos berubah seunit adalah konstan dan tidak berubah pada semua tingkat
pengeluaran.
ii) Kos berubah berkadaran dengan aras aktiviti/ Kos berubah akan berubah
secara lansung dengan tingkat aktiviti.
iii) Kos tetap kekal konstan/ tidak berubah pada julat aktiviti yang relevan.
iv) Harga jualan seunit keluaran adalah sama dalam tempoh analisis.
v) Semua kos boleh diasingkan kepada kos tetap dan kos berubah.
vi) Tidak terdapat perubahan yang ketara dalam tingkat stok.Unit jualan dan
pengeluaran adalah sama

c) i) Margin caruman seunit= RM60-RM35


=RM25
RM25
Nisbah margin caruman = x 100
RM60

= 41.67%

RM1,650,000
ii) Titik Pulang Modal (unit) =
RM25
= 66,000 unit
Titik Pulang Modal (RM) = 66,000 x RM60
= RM3,960,000
iii) Margin Keselamatan (unit) = 120,000- 66,000
= 54,000 unit
Margin Keselamatan (RM) = 54,000 x RM60
= RM3,240,000
iv) Margin caruman seunit baru =RM60 – RM38
=RM22

RM1,650,000
ii) Titik Pulang Modal (unit) =
RM22

= 75,000 unit
Titik Pulang Modal (RM) = 75,000 x RM60
= RM4,500,000
Keputusan: Tidak wajar dibuat kerana TPM dalam unit dan TPM dalam ringgit telah
meningkat.

5
TERHAD 948/2
Perakaunan kertas 2

4. (a) Situasi 1: Kos bahan mentah adalah kos relevan kerana kos ini belum terlibat
dan bersifar masa hadapan.
Situasi 2: kos mesin adalah kos relevan kerana kos belian mesin baru adalah
kos yang belum terlibat dan bersifat masa hadapan dan berbeza antara pilihan.

(b)(i)

4
(i) Projek A
Aliran Tunai Faktor nilai
Tahun Bersih Kini(14%) Nilai kini
0 (140000) 1.000 (140000)
1 54500 0.8772 47807
2 67500 0.7695 51941
3 18000 0.6750 12150
4 16000 0.5921 9474
5 14000 0.5194 7272
6 12000 0.4556 5467
7 10000 0.3996 3996
Nilai kini Bersih (1892.95)

Projek B
Aliran Tunai Faktor nilai
Tahun Bersih Kini(14%) Nilai kini
0 (140000) 1.000 (140000.00)
1 20000 0.8772 17544.00
2 40000 0.7695 30780.00
3 60000 0.6750 40500.00
4 20000 0.5921 11842.00
5 (16000) 0.5194 (8310.40)
6 40000 0.4556 18224.00
7 60000 0.3996 23976.00
Nilai kini Bersih (5444.40)

Projek A:
(140000)+54500+67500+18000=0
Tempoh Bayar Balik = 3 tahun

Projek B:
(140000)+20000+40000+60000+20000=0
Tempoh Bayar Balik = 4 tahun

6
TERHAD 948/2
Perakaunan kertas 2

(ii) Projek A Projek B Pilihan


Nilai kini Bersih (1892.95) (5444.40) Projek A
Tempoh Bayar Balik 3 Tahun 4 tahun Projek A

Syarikat Tikado Berhad patut pilih Projek A kerana NKB lebih baik dan tempoh bayar balik
lebih singkat kerana risiko perniagaan lebih rendah.
5. i) Varians harga bahan mentah langsung
=(HP-HS) x QS dibeli
=(RM8-RM7.40) x 120,000
= RM72000(memuaskan)

Varians penggunaan bahan mentah langsung


=(QP-QS) xHP
=[(2x60000)-135,000] x RM8
= RM120,000 (Tidak Memuaskan)

ii) Varians kadar buruh langsung


=(KP-KS) x JS
=(RM7 x96000)- RM768000
=RM96000( Tidak memuaskan)

Varians Kecekapan buruh langsung


=(JP-JS) xKP
=[(1.5 x60000)-96,000] x RM7
= RM42,000 (Tidak Memuaskan)

iii) Varians perbelanjaan overhed berubah


=(KP-KS) x JS
=(RM4 x96000)- RM402000
=RM18000( Tidak memuaskan)

Varians Kecekapan overhed berubah


=(JP-JS) xKP
=[(1.5 x60000)-96,000] x RM4
= RM24,000 (Tidak Memuaskan)

iv) Varians volum overhed tetap


= (KPxJP) – Kos overhed tetap dibelanjawankan
=(RM2 x 1.5 x60000)- (RM2 x1.5 x 50000)
=RM180,000- RM150,000
=RM30,000

7
TERHAD 948/2
Perakaunan kertas 2

Tiga kepentingan kos piawai


i) Perancangan
Kos piawai boleh digunakan untuk merancang atau meramalkan jualan, keluaran, unit kos,
pusat kos dan prestasi organisasi secara keseluruhan.

ii) Kawalan
Kos piawai dapat digunakan untuk membandingkan kecekapan dan prestasi antara jabatan
dengan jabatan lain dalam sesuatu orgainsasi. Ini bertujuan untuk mengawal selia aktiviti
jabatan dan mengambil tindakan pembetulan terhadap jabatan yang lemah.

iii) Penilaian prestasi


Kos piawai dapat mewujudkan satu cabaran kepada individu atau perniagaan untuk
mencapai sesuatu objektif atau matlamat yang telah ditetapkan. Kos piawai boleh
dijadikan unsur motivasi yang penting untuk semua ahli dan jabatan dalam organisasi.

iv) Penentuan harga


Melalui penentuan kos piawai, organisasi dapat menentukan harga jualan sesuatu barang
atau perkhidmatan dengan lebih tepat.

v) Penyediaan belanjawan
Kos piawai dapat membantu pihak pengurusan membuat belanjawan atau matlamat yang
hendak dicapai.

You might also like