You are on page 1of 5

STPM P2 2016

1 (a) Nyatakan kegunaan setiap dokumen yang berikut bagi sebuah perniagaan perkilangan.
(i) lembaran kos kerja. [1]
(ii) nota permintaan bahan [1]
(iii) kad masa kerja [1]

(b) Syarikat Rabu Toy Berhad melibatkan kos yang berikut untuk melaksanakan kerja RT204 yang terdiri
daripada 1,000 unit anak patung yang boleh berjalan, bercakap dan menyanyi.
Bahan mentah langsung yang diminta dan digunakan:
Pada 1 April 2015:
Nombor permintaan 201
200 meter persegi kain pada harga RM8.00 semeter persegi.

Pada 4 April 2015:


Nombor permintaan 208
250 meter persegi plastik pada harga RM3.00 semeter persegi.

Pada 6 April 2015:


Nombor permintaan 212
50 meter bahan EF pada harga RM5.00 semeter.

Buruh langsung:
Pada 15 April 2015:
Nombor kad kerja P72
400 jam pada kadar RM6.00 sejam.

Overhed perkilangan:
Pada 15 April 2015:
Overhed diserap dengan asas jam buruh langsung pada kadar RM2.00 sejam.
Pada 30 April 2015, sebanyak 800 anak patung telah dihantar ke sebuah pasar raya.

Dikehendaki:
Sediakan lembaran kos kerja yang lengkap termasuk perincian kos bahan mentah langsung, buruh
langsung, overhed perkilangan, rumusan kos, kos seunit, kos barang dijual dan nilai inventori akhir, [17]

2 (a) Nyatakan tiga kelebihan pengekosan serapan dn tiga kelebihan pengekosan marginal. [6]
(b) Perniagaan Samba ialah sebuah perniagaan yang mengeluarkan pakaian kanak-kanak. Penyata
Pendapatan perniagaan (pengekosan serapan) bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 adalah seperti yang
berikut:
Perniagaan Samba
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015
RM RM

Jualan 1,200,000

Tolak: Kos barang dijual

Inventori awal 100,000


Kos pengeluaran 900,000

Tolak: Inventori akhir (250,000) (750,000)

Pendapatan kasar 450,000

Tolak: Belanja operasi

Belanja jualan dan pengedaran 130,000

Belanja pentadbiran 99,000 (229,000)

Pendapatan bersih 221,000

Belanja jualan dan pengedaran berubah ialah RM5.00 seunit. Belanja jualan dan pengedaran tetap ialah
RM55,000 setahun. Belanja pentadbiran dikategorikan sebagai belanja tetap. Pengeluaran produk dianggarkan
ialah 18,000 unit setahun.
Harga jualan dan kos seunit produk adalah seperti berikut
Item RM

Bahan mentah langsung 18.00

Buruh langsung 14.00

Overhed kilang berubah 8.00

Overhed kilang tetap 10.00

Harga jualan 80.00

Dalam tahun 2015, Perniagaan Samba telah mengeluarkan sebanyak 18,000 unit produk dan telah
menjaul sebanyak 15,000 unit. Inventori pada 1 Januari 2015 ialah 2,000 unit.

Dikehendaki:
(i) Hitung kos produk per unit dengan menggunakan kaedah pengekosan marginal dan kaedah
pengekosan serapan. [4]
(ii) Sediakan penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dengan menggunakan
kaedah pengekosan marginal. [7]
(iii) Selaraskan perbezaan pendapatan bersih yang diperoleh di (ii) dengan pendapatan bersih
daripada penyata pendapatan pengekosan serapan. Beri alas an mengapa perbezaan ini wujud.
[2]
(iv) Apakah situasi yang menyebabkan pendapatan bersih bagi kedua-dua kaedah adalah sama? [1]

3 (a) Nyatakan empat maklumat yang diperlukan untuk menyediakan graf kos-Volum-Untung (KVU). [2]
(b) Jelaskan dua maklumat yang diperoleh daripada graf KVU yang dapat menarik minat pihak
pengurusan syarikat dalam membuat sesuatu keputusan. [2]
(c) Syarikat Enak Sdn Bhd mengeluarkan produk makanan berjenama KEK. Anggaran jumlah kos untuk
3,000 unit produk KEK adalah seperti berikut:
Item Kos (RM)

Kos berubah:
Bahan Mentah langsung 15,000

Buruh langsung 12,000

Kos campuran:

Pembaikan dan penyelenggaraan 11,000

Overhed perkilangan 4,500

Kos tetap:

Susut nilai mesin 25,000

Maklumat tambahan
(1) Setiap unit produk memerlukan satu jam buruh langsung. Kos buruh langsung ialah RM4.00 sejam
(2) Kos berubah bagi pembaikan dan penyelenggaraan ialah RM3.00 seunit.
(3) Overhed perkilangan tetap ialah RM3,000.
(4) Harga jualan seunit ialah RM50.00.

Dikehendaki:
(i) Hitung margin caruman seunit, titik pulang modal dalam unit dan RM, dan margin keselamatan
dalam unit dan RM. [9]
(ii) Lakar graf KVU berdasarkan dapatan di (i)
(iii) Jika syarikat mensasarkan jualan produk sebanyak 3,000 unit, bahan mentah langsung dan kos
berubah pembaikan dan penyelenggaraan masing-masing akan bertambah sebanyak 20%.
Berapakah untung bersih yang disasarkan oleh syarikat itu? [3]

4 (a) Syarikat Buluhkabu Bhd bercadang untuk menutup Jabatan Pembungkusan syarikat itu. Pengurus
Besar syarikat telah meminta pengawal kewangan untuk menganalisisi kos Jabatan Pembungkusan sekiranya
jabatan itu ditutup.
Hasil daripada analisis kos Jabatan Pembungkusan, didapati RM15,500 sewa ruang bagi Jabatan
Pembungkusan adalah termasuk dalam keseluruhan sewa bangunan kilang. Jika Jabatan Pembungkusan ditutup,
ruang ini akan dijadikan ruang penyimpanan. Pada ketika ini Syarikah Buluhkabu Bhd menyewa sebuah gudang
simpanan yang berhadapan dengan bangunan kilang mereka dengan sewaan RM18,000 setahun. Gudang
simpanan ini tidak diperlukan lagi sekiranya Jabatan Pembungkusan ditutup.
Jika Jabatan Pembungkusan ditutup, pengurus jabatan ini akan dilantik sebagai Pengurus Jabatan
Pemotongan dengan gaji RM42,000 setahun. Sekiranya Pengurus Jabatan Pemotongan yang baharu diambil
bekerja, syarikat perlu membayar gaji RM48,000 setahun.

Dikehendaki:
Jelaskan kerelevanan belanja sewa dan belanja gaji jika syarikat menutup Jabatan Pembungkusan. [6]

(b) OBRA Berhad, baru sahaja mengeluarkan topi bayi yang memerlukan pelaburan RM1,000,000 dalam
asset syarikat. Kos mengeluar dan menjual 50,000 unit topi dianggarkan seperti yang berikut:
RM

Kos berubah seunit:

Bahan mentah langsung 3.60


Buruh langsung 9.75

Kos overhed perkilangan 1.35

Belanja jualan dan pentadbiran 0.30

Jumlah kos tetap:

Kos overhed perkilangan 90,000

Belanja jualan dan pentadbiran 210,000

OBRA Berhad kini sedang membuat kajian untuk menentukan harga jualan bagi topi bayi itu dengan
menggunakan kaedah tokok kos.

Dikehendaki:
(i) Hitung harga topi bayi per unit dengan menggunakan pendekatan jumlah kos dengan peratusan
tokokan 25% atas jumlah kos. [5]
(ii) Hitung harga topi bayi per unit dengan menggunakan pendekatan jumlah kos perkilangan dengan
peratusan tokokan 50% atas kos perkilangan. [6]
(iii) Andaikan syarikat menghendaki pulangan atas pelaburan sebanyak 12% dan kos sasaran topi bayi
ialah RM27.60. hitung harga sasaran bagi topi bayi per unit. [3]

5 (a) (i) Takrifkan pengekosan piawai. [1]


(ii) Jelaskan tiga kepentingan pengekosan piawai. [3]

(b) Mutiara Fesyen Bhd mengeluarkan blaus wanita yang dikeluarkan secara berkelompok untuk
memenuhi pesanan daripada pelanggan.
Kos piawai bahan mentah langsung dan buruh langsung bagi setiap dozen blaus adalah seperti yang berikut.
Bahan mentah langsung (24 meter kain pada harga RM11.00 semeter) RM264.00
Buruh langsung (3 jam pada kadar RM4.90 sejam) 14.70

Maklumat bagi menyiapkan tiga pesanan untuk sukuan kedua tahun 2014 adalah seperti yang berikut:
(1)
Nombor lot pesanan Unit dalam kelompok Bahan mentah langsung Jam kerja
(dozen) digunakan (meter)

P12 1,000 24,100 2,980

P13 1,700 40,440 5,130

P14 1,200 38,825 2,890

(2) Syarikat membeli 95,000 meter kain dengan kos RM1,064,000.


(3) Kos buruh langsung berjumlah RM55,000. Buruh pengeluaran dibayar pada kadar RM5.00 sejam.
(4) Pada 30 Jun, lot pesanan P12 danlot pesanan P13 telah disiapkan sepenuhnya. Bagi lot pesanan P14,
bahan mentah langsung telah dimasukkan sepenuhnya, manakala buruh langsung hanya 80% siap.

Dikehendaki:
(i) Hitung kos piawai bahan mentah langsung dan buruh langsung untuk lot pesanan P12, lot pesanan
P13 dan lot pesanan P14 bagi sukuan kedua berakhir 30 Jun 2014. [7]
(ii) Sediakan laporan prestasi bagi penggunaan bahan mentah langsung untuk lot pesanan P12, lot
pesanan P13 dan lot pesanan P14 bagi sukuan kedua berakhir 30 Jun 2014. [6]
(iii) Beri ulasan tentang prestasi yang disediakan di (ii). [3]

You might also like