You are on page 1of 11

www.kvk-perakaunan.

com

SOALAN LATIHAN PEPERIKSAAN

STPM

KERTAS 2

(PERAKAUNAN PENGURUSAN)

SET 1

DISEDIAKAN OLEH:

KALAITHASAN KUPPUSAMY

KVK Tutorial Centre 1


www.kvk-perakaunan.com
SOALAN 1

(a) Perihalkan dua kepentingan perakaunan pengurusan kepada sesebuah organisasi.

(3 markah)

(b) Daripada penerangan mengenai tugasan yang diberikan di bawah, tentukan sama ada
tugasan itu berkaitan dengan perakaunan kos, perakaunan pengurusan atau
perakaunan kewangan.
(i) Menggunakan kaedah nilai kini bersih bagi tujuan membuat keputusan mengenai
pembelian mesin baru.
(ii) Menyediakan penyata pendapatan dan penyata kedudukan kewangan perniagaan
pada akhir tempoh perakaunan.
(iii) Mengenal pasti semua aktiviti-aktiviti yang tidak menambahkan nilai kepada
produk yang dikeluarkan oleh perniagaan.
(iv) Mengumpul, mengesan, mengalokasi dan mengagihkan kos-kos kepada jabatan-
jabatan pembelian, stor, pemasangan, pemeriksaan, penyiapan dan
pembungkusan.
(v) Menyediakan analisa kos-manfaat bagi menentukan keperluan penyiasatan
varians kecekapan buruh langsung yang tidak memuaskan.
(vi) Menggunakan kaedah pengekosan tempahan kerja supaya pihak pengurusan
sebuah firma perakaunan dapat menentukan harga jualan perkhidmatannya.

(3 markah)

(c) Lee Teng Choon memulakan sebuah kilang pakaian yang kecil. Kilang ini didaftarkan
dengan nama Lee Clothing Sdn Bhd (LCSB) pada 1 Julai 2014. Modal saham syarikat
ini adalah RM50,000. Bagi enam bulan yang pertama, urusniaga-urusniaga berikut
telah berlaku:
(i) Perjanjian penyewaan bagi sebuah bangunan telah ditandatangani. Sewa bulanan
sebanyak RM5,000 telah ditetapkan. LCSB telah membayar dua bulan sewa
sebagai bayaran pendahuluan. Sewa bulanan dibayar pada setiap awal bulan
bermula daripada Julai 2014. Dua puluh peratus daripada ruang bangunan
digunakan bagi pentadbiran pejabat.
(ii) Pinjaman dari Bank Industri Kecil berjumlah RM100,000 telah diperolehi pada 1
September 2014 dengan kadar faedah sebanyak 4.8% setahun.
(iii) Beberapa pembelanjaan aset bukan semasa telah dibuat:
a. Kos papan tanda bernilai RM8,000 telah dipasang pada 1 Oktober 2014.
b. Peralatan pejabat berjumlah RM10,000 telah dibeli pada 1 Julai 2014.
Empat puluh peratus daripadanya telah dikhaskan untuk kegunaan
dikilang.
c. Dua mesin pengeluaran telah diperolehi melalui pajakan kewangan pada 1
Julai 2014. Harga kedua-dua mesin ini adalah RM80,000. Sewa pajakan
tahunan berjumlah RM10,000, termasuk faedah sebanyak RM1,200.

KVK Tutorial Centre 2


www.kvk-perakaunan.com
Polisi susutnilai syarikat ini adalah memperuntukkan susutnilai pada kadar 20%
setahun atas kos bagi semua aset bukan semasanya.

(iv) Syarikat ini menggunakan kain putih dan pewarna sebagai bahan mentahnya.
Belian bahan mentah bagi enam bulan pertama adalah:
Kain putih: 5,000 meter pada RM1.20 semeter
Pewarna: 600 tin pada RM5 setin
Nota permintaan bahan menunjukkan bahawa 4,000 meter kain putih dan 460 tin
pewarna telah dikeluarkan daripada stor.
(v) Maklumat penggajian bagi enam bulan pertama menunjukkan seperti berikut:
Jabatan pengeluaran:
Buruh langsung RM60,000
Penyelia RM12,000
Pengurus RM18,000
Jabatan-jabatan lain:
Pekerja kilang RM16,000
Pekerja pejabat RM14,000
Pengurus pejabat RM18,000
(vi) Belanja-belanja lain:
Utiliti kilang (20% untuk pejabat) RM 4,000
Bahan tak langsung RM 2,800
Belanja pemasaran dan pengiklanan RM12,400
Belanja am dan pentadbiran RM 1,320
(vii)Kerja dalam proses akhir telah dianggarkan sebanyak RM4,100 pada 31
Disember 2014.
(viii) Unit keluaran bagi tempoh enam bulan adalah 5,000 unit pakaian. Syarikat ini
telah menjual 4,200 unit pada harga RM42 seunit.

Dikehendaki:

Sediakan penyata perkilangan dan penyata pendapatan untuk Lee Clothing bagi enam
bulan berakhir 31 Disember 2014.

(14 markah)

KVK Tutorial Centre 3


www.kvk-perakaunan.com
SOALAN 2

(a) Bapa saudara anda menguruskan sebuah kilang pembuatan kertas. Output pengeluaran
kilangnya adalah gulung kertas yang dijual kepada kilang-kilang percetakan. Beliau
telah memberitahu anda bahawa kilangnya mengalami masalah menetapkan harga
dengan betul. Sebab utama yang dikenal pasti adalah kesukaran mengukur kos
pengeluaran. Berdasarkan kepada pembelajaran anda mengenai sistem-sistem
pengekosan, nyatakan sistem pengekosan yang sesuai untuk kilang bapa saudara anda
dan jelaskan bagaimana ia dapat mengatasi masalah pengukuran kos.
(5 markah)

(b) Syarikat KKB Sdn Bhd mengamalkan kaedah pengekosan tempahan kerja bagi
keluarannya, iaitu sejenis jentera berat yang dibuat mengikut spesifikasi pelanggan.
Bagi bulan Januari 2015, maklumat berikut telah dipetik daripada sistem
pengekosannya:
Kos / No. Kerja JB712 JB713 JB714
Kerja dalam proses awal 28,560 - -
Kos bahan mentah 8,400 23,650 11,220
Kos buruh langsung 18,420 30,000 16,000

Maklumat tambahan:
1. Kos overhed diserap pada kadar 150% atas kos buruh langsung.
2. Kerja No. JB712 dan JB713 telah disiapkan. Kerja No. JB714 belum lagi
disiapkan.
3. Kerja No. JB712 telah dijual pada harga RM120,000.

Dikehendaki:
Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan semua urusniaga yang berkaitan dengan
tempahan kerja No. JB712, JB713 dan JB714.
(7 markah)

(c) Firma Perundingan Pengurusan Suhaila telah menyediakan maklumat berikut bagi
tahun berakhir 31 Mac 2015:

RM
Fi Perkhidmatan Perundingan 515,600
Gaji Jururunding-jururunding 240,000
Invois dari Hakimi 48,900
Belanja tambang perjalanan 5,680
Kos kerja kesetiausahaan 3,240
Belanja keraian pelanggan 8,950
Belanja seminar 12,000
Belanja promosi dan pengiklanan 27,500
Susutnilai peralatan pejabat 7,500
Sewa pejabat 60,000
Kos kerja dalam proses awal 32,800
Kos keja dalam proses akhir 26,740
Belanja am dan pentabiran pejabat 41,400

KVK Tutorial Centre 4


www.kvk-perakaunan.com
Maklumat tambahan:
1. Hakimi adalah seorang pakar pengurusan yang berkerja secara bebas. Firma ini
menggunakan khidmatnya mengikut keperluan kerja perkhidmatan.
2. Belanja tambang, kos kerja kesetiausahaan dan belanja keraian pelanggan adalah
berkaitan dengan kerja-kerja perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan.
3. Belanja seminar merujuk kepada seminar-seminar yang dikendalikan secara
percuma bagi tujuan promosi firma ini.
4. Susutnilai peralatan pejabat dan sewa diagihkan sebanyak 40% kepada kerja-kerja
perkhidmatan.

Dikehendaki:

Sediakan penyata kos perkhidmatan dan penyata pendapatan untuk Firma


Perundingan Pengurusan Suhaila bagi tahun berakhir 31 Mac 2015.

(8 markah)

KVK Tutorial Centre 5


www.kvk-perakaunan.com
SOALAN 3

Sam dan Khairy adalah rakan kongsi dalam perniagaan perkilangan Coconut Delight
Manufacturing. Perniagaan ini mengeluarkan kotak minuman air kelapa. Maklumat berikut
telah diperolehi mengenai kos pengeluarannya bagi satu bungkusan yang mengandungi 24
kotak minuman air kelapa:

% atas harga
jualan
Kos bahan mentah 10
Kos buruh langsung 30
Kos overhed perkilangan berubah 20
Kos overhed perkilangan tetap 20

Maklumat tambahan:
1. Kos pemasaran dan pentadbiran berubah berjumlah RM2 seunit bungkusan dan kos
pemasaran dan pentadbiran tetap adalah RM50,000.
2. Pada tempoh berkenaan 80,000 unit bungkusan telah dijual dan kutipan jualan
berjumlah RM3,200,000.

Dikehendaki:
(i) Hitungkan titik pulang modal bagi perniagaan ini dalam unit bungkusan dan ringgit
jualan.
(3 markah)

(ii) Hitungkan margin keselamatan dalam ringgit jualan bagi perniagaan ini.
(1 markah)

(iii) Pengurus pengeluaran mencadangkan bahawa kos buruh langsung dapat


dikurangkan sebanyak RM2 seunit bungkusan jika sebuah mesin lama digantikan
dengan mesin baru. Mesin baru ini berharga RM180,000 dan dijangka digunakan
selama lima tahun tanpa nilai skrap pada akhir usia gunanya. Polisi susutnilai
perniagaan ini mengirakan susutnilai mengikut kaedah garis lurus. Mesin lama telah
disusutnilaikan secara sepenuhnya. Hitung titik pulang modal dalam unit bungkusan
bagi cadangan pengurus pengeluaran ini. Dengan menggunakan pengiraan yang
relevan, nasihatkan pihak pengurusan berkaitan dengan pelaksanaan cadangan ini.
Nyatakan dua faktor kualitatif yang harus dipertimbangkan semasa membuat
keputusan penggantian mesin lama.
(6 markah)

KVK Tutorial Centre 6


www.kvk-perakaunan.com
(b) Syarikat Kay Toys Sdn Bhd mengeluarkan sejenis alat mainan kereta yang dijual di
pasaran tempatan. Kilang syarikat ini beroperasi pada 100% kapasiti, iaitu memenuhi
permintaan maksima produk ini yang berjumlah 500,000 unit setiap tahun. Maklumat
harga dan kos pengeluaran bagi seunit produk ini adalah:

RM
Harga 18
Bahan mentah 5
Buruh langsung (0.5 jam seunit) 4
Overhed berubah 2
Overhed tetap 3

Overhed berubah dan overhed tetap diserapkan berdasarkan kepada jam buruh langsung.
Jabatan penyelidikan dan pembangunan telah mencipta satu alat mainan innovatif yang
dipanggil kereta hidro. Pengurus pemasaran menjangka bahawa permintaan tahun
pertama bagi kereta hidro ini akan mencapai 50,000 unit. Pengeluaran produk ini juga
tidak memerlukan penambahan dalam modal atau peralatan baru. Walau bagaimanapun,
sebahagian daripada keluaran produk sekarang perlu dikorbankan bagi mengeluarkan
produk baru ini. Pengurus pengeluaran telah menganggarkan kos keluaran produk kereta
hidro seperti berikut:

RM
Harga 25
Bahan mentah 3
Buruh langsung (0.8 jam seunit) 6.4
Overhed berubah 3.2
Overhed tetap 4.8

Dikehendaki:

(i) Nyatakan sama ada wajar atau tidak bagi syarikat ini mengeluarkan produk kereta
hidro dengan mengambil kira keadaan kapasiti pengeluaran yang sedia ada. Jelaskan
dengan pengiraan yang relevan.
(4 markah)

(ii) Sediakan satu jadual pengeluaran mengikut tertib keutamaan pengeluaran yang
dapat memaksimakan keuntungan syarikat ini.
(3 markah)

(iii) Sediakan penyata pendapatan berdasaarkan kepada jadual pengeluaran yang


disediakan di (ii) di atas.
(3 markah)

KVK Tutorial Centre 7


www.kvk-perakaunan.com
SOALAN 4

(a) Jelaskan kaedah tokokan kos dalam proses penentuan harga.


(2 markah)

(b) Syarikat KVK Sdn Bhd mengeluarkan sejenis produk yang dijual laris di pasaran.
Pada masa sekarang, harga seunit produk ini adalah RM24 dan jumlah unit jualan
adalah 80,000 unit. Produk ini mempunyai nisbah margin caruman sebanyak 45%.
Kos tetap seunit adalah RM5, termasuk RM2 untuk kos tetap bukan perkilangan.
Jumlah kos bukan perkilangan adalah RM200,000.

Dikehendaki:

(i) Tentukan harga jualan baru jika polisi syarikat menetapkan harga berdasarkan
kepada tokokan 60% atas kos berubah.
(2 markah)

(ii) Tentukan harga jualan baru jika polisi syarikat menetapkan harga adalah
berdasarkan kepada tokokan 25% atas kos pengeluaran produk ini.
(3 markah)

(iii) Jika margin keuntungan yang diinginkan oleh syarikat ini adalah 30%, tentukan
harga baru yang patut ditetapkan untuk produk ini. (Bundarkan jawapan anda
kepada dua angka perpuluhan, jika perlu).
(3 markah)

(c) Syarikat JJ Bhd mempunyai wang lebihan untuk membuat pelaburan. Pengurus
kewangannya telah mengenal pasti dua jenis pelaburan, A dan B. Maklumat aliran
tunai berishnya adalah seperti di bawah:

Aliran tunai bersih


Tahun Pelaburan A Pelaburan B
0 (120,000) (120,000)
1 25,400 28,340
2 25,400 26,200
3 25,400 30,600
4 25,400 32,000
5 25,400 28,600
6 25,400 20,000

Kos modal syarikat ini telah ditetapkan sebanyak 12%.

Dikehendaki:

(i) Hitungkan tempoh bayar balik bagi kedua-dua pelaburan ini.


(3 markah)

(ii) Hitungkan nilai kini bersih bagi kedua-dua pelaburan ini.


(5 markah)

KVK Tutorial Centre 8


www.kvk-perakaunan.com
(iii) Syarikat JJ Bhd adalah sebuah syarikat yang besar yang mempunyai reputasi
yang baik dengan institusi-institusi kewangan tempatan. Ia tidak pernah
mengalami keadaan kekurangan tunai kerana kebanyakan daripada urusniaganya
dilakukan secara tunai. Berdasarkan kepada maklumat diberikan, nyata dan
jelaskan kaedah belanjawan modal yang sesuai, tempoh bayar balik atau nilai kini
bersih, bagi tujuan pemilihan pelaburan.
(2 markah)

KVK Tutorial Centre 9


www.kvk-perakaunan.com
SOALAN 5

(a) Maklumat berikut telah diperolehi daripada Syarikat Perkilangan KK Sdn Bhd:

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4


(unit) (unit) (unit) (unit)
Unit jualan 152,000 182,000 200,000 204,000
Unit pengeluaran 145,000 200,000 200,000 191,000

Inventori awal pada tahun 1 adalah 12,000 unit. Kos pengeluaran dan harga jualan
adalah konstan bagi keempat-empat tahun berkenaan.

Dikehendaki:

Berdasarkan kepada maklumat yang diberikan di atas, nyatakan perbezaan


keuntungan (lebih kurang atau tinggi) antara kaedah pengekosan serapan dan
pengekosan marginal bagi setiap tahun berkenaan. Jelaskan sebab mengapa
berlakunya perbezaan ini bagi setiap tahun berkenaan.
(6 markah)

(b) Bagi tahun berakhir 31 Disember 2014, Syarikat KVK Sdn Bhd mencatatkan
urusniaga-unursniaga berikut:

RM
Jualan (RM28 seunit) 3,976,000
Kos pengeluaran (RM20 seunit) 3,000,000
Kos jualan dan pengagihan:
Berubah 32,000
Tetap 60,000
Kos pentadbiran am:
Berubah 40,000
Tetap 148,000

Maklumat tambahan:
1. Inventori awal berjumlah 6,000 unit yang berkos RM108,000, termasuk kos
overhed tetap RM3 seunit.
2. Kos overhed pengeluaran tetap bagi tempoh semasa telah bertambah kepada RM5
seunit.

Dikehendaki:

Sediakan penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 untuk Syarikat
KVK Sdn Bhd mengikut:
(i) Kaedah pengekosan serapan
(ii) Kaedah pengekosan marginal
(8 markah)

KVK Tutorial Centre 10


www.kvk-perakaunan.com
(c) Syarikat KK Sdn Bhd mengamalkan sistem pengekosan piawai. Maklumat di bawah
telah diambil daripada sistem pengekosannya:

RM
Inventori awal bahan mentah (620 kg) 6,696
Kos belian bahan mentah (8,000 kg) 83,200
Harga piawai bahan mentah sekg 10.50
Kg
Bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran 7,800
Pengunaan piawai bahan mentah seunit keluaran 0.6
Maklumat tambahan: Unit keluaran bagi tempoh berkenaan adalah 12,820 unit.

Dikehendaki:

(i) Daripada maklumat di atas, sediakan Akaun Kawalan Bahan Mentah dan
Akaun-akaun varians yang berkaitan.
(4 markah)

(ii) Bagi setiap varians yang dikenal pasti di (i) di atas, nyatakan dua sebab
mengapa berlakunya varians berkenaan.
(2 markah)

KVK Tutorial Centre 11

You might also like