You are on page 1of 7

SOALAN STPM

KERTAS 2/2004

Soalan 1 (a) Bagi kos keluaran seunit, kos tetap adalah berubah, dan kos berubah adalah tetap. Jelaskan penyataan ini dengan memberikan contoh. [7] (b) Yang berikut ialah data yang dipetik daripada rekod Syarikat Cepat Buat Sendirian Berhad untuk tahun berakhir 31 Disember 2003. (1) Data Inventori : Awal tahun RM 5,000 18,500 9,000 Akhir tahun RM 22,000 16,000 25,000

Bahan mentah Kerja dalam proses Barang siap

(2) Unit barang siap yang dihasilkan dalam tempoh ialah 51,000. (3) Kos dan belanja yang terlibat dalam tempoh : RM Kos belian bahan langsung 140,200 Kos belian bahan tak langsung 15,600 Kos buruh langsung 65,000 Kos buruh tak langsung 35,000 Insurans kilang 12,000 Susut nilai peralatan pejabat 18,000 Susut nilai peralatan kilang 20,000 Sewa premis kilang 52,000 Belanja iklan 45,500 Gaji pekerja syarikat 55,000 Kos penyenggaraan peralatan kilang 6,200 Belanja operasi lain 25,000 Dikehendaki : Hitung kos seunit keluaran tempoh berkenaan.

[4]

(c) Nyatakan unsur kawalan yang tidak ada bagi setiap kes dibawah. Cadangkan langkah yang patut dilaksanakan untuk mengatasi setiap masalah yang dinyatakan. (i) Seorang pelanggan telah mencuri barang yang diletakkan di atas rak di bahagian belakang di dalam sebuah pasaraya apabila tiada orang lain yang berdekatan. (ii) Seorang juruwang di sebuah kedai runcit, yang juga bertugas untuk merekodkan urus niaga dengan menggunakan sistem perakaunan berkomputer,telah mengambil wang perniagaan tersebut untuk kegunaan sendiri dengan membuat pelarasan kepada baki dalam akaun tunai. (iii) Perniagaan Tunas yang baru sahaja beroperasi merekodkan semua jualan kreditnya dalam buku rekod jualan tanpa mengeluarkan invois kepada pelanggan.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

SOALAN STPM

KERTAS 2/2004

(iv) Seorang kerani yang telah sepuluh tahun bertugas di bahagian penempahan tiket penerbangan di sebuah organisasi sering mendapat tiket penerbangan percuma dari agensi-agensi pelancongan tanpa disedari oleh pengurus pentadbiran. (v) Pegawai akaun sebuah syarikat perabot mengeluarkan cek berdasarkan baucar yang tidak ditandatangani. [10] (d) Dalam era IT, semua perniagaan, sama ada kecil atau besar, sepatutnya menggunakan sistem perakaunan berkomputer. Jelaskan empat sebab mengapa anda tidak bersetuju dengan pernyataan ini. [4]

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

SOALAN STPM

KERTAS 2/2004

Soalan 2 Syarikat Plastik Asli Berhad mengeluarkan plastik untu pasaran tempatan. Salah satu bahan mentah yang digunakan ialah bijian plastik yang diimport dari negara jiran. Harga belian bijian plastik ialah RM2,800 per tan metrik. Berdasarkan tahap keluaran syarikat sekarang, syarikat memerlukan bahan tersebut sebanyak 30 tan metrik sebulan. Untuk belian yang melebihi 20 tan metrik, syarikat diberi diskaun sebanyak 5% atas jumlah belian. Caj pengangkutan yang perlu dibayar oleh syarikat kepada agen ialah RM200 per tan metrik tidak termasuk belanja insurans pada kadar 2% daripada harga belian. Belian tersebut juga dikenakan cukai import pada kadar 15% daripada jumlah harga belian, tambang, dan insurans, manakala caj gudang ialah RM20 per tan metrik. Biasanya syarikat menerima bahan yang dibeli 14 hari dari tarikh pesanan belian dibuat. Pada 20 Jun, syarikat telah menerima hantaran sebanyak 40 tan metrik dan stok yang masih ada pada ketika itu ialah 5 tan metrik. Dikehendaki : (a) Hitung kos bahan yang diterima pada 20 Jun dan tunjukkan catatan jurnal untuk merekodkan urus niaga tersebut. [10] (b) Lakar graf untuk menunjukkan baki stok bahan pada bulan Jun dan Julai. Andaikan bahawa penggunaan bahan adalah pada kadar yang tetap dan kuantiti bahan yang ada semasa pesanan semula bahan sampai ialah 10 tan metrik. Hitung dan tandakan pada graf tersebut kuantiti stok bahan pada tarikh-tarikh yang berikut : (i) (ii) (iii) (iv) 1 Jun 20 Jun Tarikh pesanan semula Tarikh penerimaan pesanan semula [10] (c) Perihalkan lima langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kos pengurusan stok. [5]

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

SOALAN STPM

KERTAS 2/2004

Soalan 3 Kilang Syarikat Varia Berhad mempunyai dua jabatan perkhidmatan dan dua jabatan pengeluaran. Data berikut telah diperoleh pada awal tempoh kewangan 2003. Anggaran Jumlah Kos Overhed (RM) Perkhidmatan Jabatan Pentadbiran Kilang Jabatan Bangunan dan Lanskap Pengeluaran Jabatan Mesin Jabatan Pemasangan Jumlah Maklumat tambahan : Kos pentadbiran kilang diagihkan berasaskan anggaran jumlah jam buruh langsung, manakala kos pengurusan bangunan dan lanskap diagihkan berdasarkan keluasan pejabat. Jabatan pengeluaran menghitung kadar overhed berasaskan anggaran jam mesin, iaitu 30,000 bagi Jabatan Mesin dan 15,000 bagi Jabatan Pemasangan. Jam mesin sebenar dalam tahun kewangan 2003 ialah 31,000 bagi Jabatan Mesin dan 14,500 bagi Jabatan Pemasangan. Dikehendaki: (a) Agihkan kos jabatan-jabatan perkhidmatan kepada jabatan-jabatan pengeluaran dengan menggunakan kaedah terus. [4] (b) Hitung anggaran jumlah kos overhed yang dicaj kepada jabatan-jabatan pengeluaran dalam tahun tersebut dan tentukan kadar serapan bagi tiap-tiap jabatan berkenaan. [6] (c) Hitung amaun overhed terlebih atau terkurang serap pada akhir tahun kewangan. Nyatakan cara untuk mengakaunkan amaun overhed terlebih atau terkurang serap. Berikan alasan untuk menyokong jawapan anda. [6] (d) Andaikan anda dilantik menjadi pengurus kewangan dalam Syarikat Varia Berhad. Salah satu tanggungjawab anda adalah untuk mengawal belanja termasuk overhed. i. ii. Nyatakan dua kaedah yang digunakan dalam perakaunan dan pengurusan untuk mengawal kos overhed kilang. Bagi setiap kaedah pada (i), jelaskan cara kaedah tersebut dilaksanakan dan bagaimana perlaksanaan kaedah tersebut membantu mengawal kos overhed. [9] 129,000 100,500 Anggaran Keluasan Jumlah Jam Pejabat (meter Buruh Langsung persegi ) 9,000 11,000 120 150

416,000 380,000 1,025,500

20,000 16,000 56,000

190 320 780

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

SOALAN STPM

KERTAS 2/2004

Soalan 4 (a) Syarikat Makmal Jaya Sendirian Berhad menawarkan beberapa perkhidmatan kesihatan untuk pusat dan klinik perubatan swasta tempatan. Satu daripada perkhidmatan yang kerap diminta oleh pelanggannya ialah perkhidmatan sinar-X. Untuk memenuhi permintaan pelanggan yang meningkat, satu jabatan khas perlu diwujudkan. Akauntan syarikat telah menyediakan data dan maklumat yang berikut untuk membina sebuah jabatan khas bagi perkhidmatan sinar-X. (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) Susut nilai mesin dan peralatan sinar-X ialah RM15,000 setahun. Dua orang pakar radiologi menerima gaji tahunan sebanyak RM26,400 seorang. Jumlah upah buruh am ialah RM8,000 setahun, manakala jumlah gaji tahunan staf di bahagian pentadbiran ialah RM22,000. Caj bagi setiap kali perkhidmatan sinar-X diberikan ialah RM25.50. Kos satu filem sinar-X ialah RM5.00. Kos lain yang berkaitan bagi setiap kali perkhidmatan sinar-X diberikan dianggar RM2.20. Kos mencuci sekeping filem sinar-X ialah RM2.50. Permintaan untuk perkhidmatan sinar-X ialah 7,500 kali setahun. Dikehendaki: (i) (ii) (iii) Hitung bilangan kali perkhidmatan sinar-X yang perlu ditawarkan oleh jabatan perkhidmatan sinar-X untuk mencapai titik pulang modal. Jika permintaan bagi perkhidmatan sinar-X jatuh sebanyak 30%, apakah kesannya kepada untung yang akan diperoleh? Syarikat Makmal Jaya Sendirian Berhad mensasarkan untung minimum sebelum cukai sebanyak RM15,000 dari jabatan perkhidmatan sinar-X ini. Hitung bilangan perkhidmatan sinar-X yang perlu ditawarkan untuk mencapai sasaran tersebut. Akauntan syarikat mencadangkan agar seorang sahaja pakar radiologi bekerja sepenuh masa, manakala seorang lagi hanya bekerja separuh masa. Pekerja separuh masa akan dibayar daripada gaji tahunan seorang pakar yang bekerja sepenuh masa. Hitung bilangan perkhidmatan sinar-X yang perlu ditawarkan untuk mencapai titik pulang modal. Dengan mengandaikan bahawa caj perkhidmatan sinar-X yang dikenakan kepada pelanggan telah dinaikkan kepada RM30, hitung untung jabatan perkhidmatan sinar-X berdasarkan cadangan pada (iv). [17]

(iv)

(v)

(b) Jelaskan perbezaan antara kos berubah, kos tetap dan kos campuran. Lakar keluk kos berubah, kos tetap dan kos campuran. [8]

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

SOALAN STPM

KERTAS 2/2004

Soalan 5 (a) Setiap kes yang dibentangkan di bawah ini tidak berkaitan antara satu dengan yang lain. i. Syarikat Perkilangan Sinaran Berhad mengeluarkan dan menjual pelbagai jenis produk. Data kos per unit bagi satu produk yang dikeluarkan oleh syarikat adalah seperti yang berikut. RM 3.50 4.00 3.60 1.50

Bahan Mentah Buruh Langsung Kos overhed kilang berubah Kos overhed kilang tetap

Syarikat memerlukan 20,000 unit produk tersebut dan seorang pembekal telah menawarkan produk yang sama kepada syarikat pada harga RM12.00 per unit. Pengurus Besar syarikat ingin menerima tawaran pembekal itu. Berikan nasihat anda. ii. Syarikat Industri Syarmimi Berhad menjual 150,000 unit kipas angin meja dengan harga jualan RM125 per unit kepada pasaran tempatan. Kos membuat kipas angin meja ialah RM55 per unit. Perihalkan empat keadaan di mana Syarikat Industri Syarmimi Berhad boleh menerima pesanan khas sebuah firma yang ingin membeli 50,000 unit kipas angin dengan harga RM50 per unit. Cik Murni membuat tiga jenis kek mengikut tempahan pelanggan. Maklumat tentang kek tersebut adalah seperti yang berikut : Kek Coklat Harga jualan per unit ( RM ) Kos berubah per unit (RM ) Masa membakar ( minit ) 15.00 8.50 45 Kek Keju 13.00 7.30 60 Kek Buah

iii.

22.00 12.00 75

Pada masa cuti bulan Disember, Cik Murni telah mendapat tempahan yang banyak daripada pelanggan untuk ketiga-tiga jenis kek di atas. Cik Murni mempunyai hanya sebuah ketuhar yang boleh digunakan selama 6 jam pada hari minggu sahaja. Tentukan keutamaan penggunaan ketuhar mengikut margin caruman sejam. [21] (b) Pengurus Ladang Hijau ingin membuat pelaburan dalam sebuah mesin kilang yang bernilai RM75,000. Usia guna mesin ialah 15 tahun serta dijangka mesin itu tidak akan mempunyai nilai skrap pada akhir tempoh tersebut. Susut nilai mesin dihitung dengan menggunakan kaedah garis lurus. Mesin itu akan menyumbangkan pendapatan bersih setahun sebanyak RM12,000. Hitung tempoh bayar balik, dan nyatakan satu kelemahan utama kaedah tempoh bayar balik sebagai satu daripada teknik untuk membuat keputusan belanjawan modal. [4]

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

SOALAN STPM

KERTAS 2/2004

Soalan 6 (a) Jelaskan maksud belanjawan induk dan nyatakan komponennya. (b) Yang berikut ialah data yang digunakan dalam penyediaan belanjawan Syarikat Textra Berhad. Tahun 2003 Februari Mac 7,000 9,000 10,000 13,000

[5]

Januari Jangkaan jualan : Regular ( unit ) Superior (unit ) 11,000 14,000

April 9,000 7,000

Inventori awal : Bahan mentah ( kg ) 6,000 Barang siap : Regular ( unit ) Superior ( unit )

3,000 4,500 Keluaran

Amaun bahan mentah per unit ( kg ) Harga jualan per unit ( RM )

Regular 2.5 88.50

Superior 3.2 120.30

Kedua-dua keluaran syarikat menggunakan bahan mentah yang sama, kosnya dianggar RM4.00 sekilogram. Dasar syarikat adalah seperti yang berikut. (1) Bahan mentah pada setiap bulan adalah 20% daripada keperluan bulan berikutnya. (2) Barang siap : Regular 10% daripada jangkaan unit jualan bulan berikutnya. Superior 20% daripada jangkaan unit jualan bulan berikutnya. Dikehendaki : (i) Sediakan, bagi Syarikat Textra Berhad, belanjawan jualan dan belanjawan pengeluaran bagi produk regular dan superior mengikut bulan dan jumlah bagi suku tahun pertama tahun 2003. Hitung amaun bahan mentah, dalam kilogram, yang diperlukan untuk pengeluaran produk regular dan superior bagi suku tahun pertama. [20]

(ii)

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

You might also like