You are on page 1of 13

Krisis bekalan makanan

kepada negara dunia


ketiga dan
langkah-langkah mengatasi
masalah ini
Oleh Mohd. Shahlan Bin Wahid
Isu soalan:
• Krisis Bekalan Makanan

Kombinasi Jawapan:
• 3+2/2+3

Kehendak Soalan:
Punca-punca
Langkah-langkah mengatasi
Pendahuluan:
Makanan merupakan salah satu
keperluan asas manusia bagi
meneruskan hidup. Baru-baru ini
terdapat beberapa isu mengenai
bekalan makanan telah menarik
perhatian penduduk dunia. Krisis ini
secara tidak langsung akan
memberikan kesan kepada negara
dunia ketiga seperti Malaysia,
Indonesia dan India. Berikut
merupakan punca berlakunya krisis
bekalan makanan menyebabkan
bekalan makanan semakin
berkurangan.
Isi 1: Pertambahan Penduduk Dunia
Pakar ekonomi dunia berpandangan bahawa masalah
Punca: pertambahan penduduk di dunia yang tidak seimbang dengan
pengeluaran makanan ialah antara alasan yang telah dijadikan
sebagai punca berlakunya kekurangan makanan di dunia hari ini.
Dianggarkan bahawa penduduk dunia akan bertambah melampaui
tahap 9 billion orang menjelang tahun 2050. Unjuran pertambahan
ini dikatakan akan mendesak kepada keperluan bahan makanan
yang mendadak yang pastinya tidak mampu ditampung oleh tahap
pengeluaran makanan dunia kerana kelangkaan (kekurangan)
sumber-sumber yang ada seperti tanah untuk bercucuk tanam dan
juga bekalan air yang bersih untuk pengairan penanaman.
Kepesatan permintaan secara mendadak dari kawasan ekonomi
yang sedang pesat membangun seperti di China dan India juga telah
dikatakan sebagai faktor penambah kepada ketidakseimbangan
antara pengeluaran makanan dunia dan juga permintaan bahan
makanan dunia.
Isi 2: Kebolehan pengeluaran terhad
Keadaan ini juga telah dikatakan
menjadi bertambah rumit lagi apabila faktor
kebolehan pengeluaran juga telah terjejas akibat
bencana alam seperti El Nino dan La Nina,
pencemaran alam sekitar dan perubahan yang
ketara pada iklim “rumah hijau” dunia secara
keseluruhan. Australia telah dikatakan
mengalami kemarau terburuk pada tahun 2007
dan telah menyebabkan hasil pengeluaran
gandumnya menyusut sebanyak 55%. Hasil
penuaian daripada China juga telah
menyaksikan penurunan sebanyak 15%
sepanjang pemantauan daripada Januari 2000.
Faktor-faktor ini adalah dikatakan menjadi
penyebab secara langsung kurangnya bekalan
makanan yanag boleh diperolehi oleh
penduduk dunia pada hari ini.
Isi 3: Kenaikan Harga Barang
Pada masa yang sama, faktor
kenaikan harga barangan makanan juga
telah dikaitkan dengan “kesan
penggandaan” kepada beban yang telah
pun sedia terhasil akibat daripada
kemelut ini. Hal ini adalah kerana,
apabila harga barangan makanan
meningkat, maka akan menjadi semakin
sukar bagi kebanyakan penduduk dunia
secara amnya untuk mendapatkan
bekalan makanan tersebut selari
dengan sistem ekonomi kapitalis dunia
yang digunapakai pada hari ini.
Kenaikan harga barangan ini telah
dikaitkan dengan kenaikan harga
minyak dunia dan juga bahan tenaga
yang lain yang menjadi keperluan untuk
memproses daripada bahan mentah
asalnya, mengilang produk dan kos
pengangkutan barangan makanan
tersebut kepada penjual dan pengguna.
Isi 4: Kemerosotan Stok Bekalan Makanan
Tambahan pula,kemerosotan simpanan stok makanan
sedunia juga menyebabkan masalah ini berlaku.Dahulunya,
stok makanan adalah melebihi permintaan sedunia.Namun
demikian,setiap negara termasuk negara kita mengalami
kekurangan simpanan stok makanan.Menurut statistik Bank
Dunia,kadar simpanan bjirin dunia adalah pada paras
terendah sejak 30 tahun.Dengan itu, kekurangan bekalan
stok akan menyebabkan harga makanan seperti beras dan
sayur-sayuran meningkat.Sebagai contohnya,harga pasaran
global secara purata telah meningkat sebanyak 75 peratus
sejak tahun 2000.Hal ini amat membebankan negara
membangun dan rakyatnya kerana terpaksa menanggung
kos perbelanjaan yang tinggi.Oleh itu,jelaslah bahawa
kekurangan stok makanan mendasari masalah ini.
Langkah-langkah;-

Isi 5: Memajukan Sektor Pertanian


Dengan itu,salah satu langkah yang
boleh dijalankan ialah memajukan sektor
pertanian.Sektor pertanian yang dahulunya
diabaikan harus dibangunkan untuk
menghasilkan bekalan makanan seperti beras
dalam kuantiti yang banyak.Kerajaan
haruslah mengusahakan aktiviti ini ke arah
produktiviti yang berskala besar.Hal ini
supaya keperluan tempatan dan eksport
dapat ditampung di samping mengelakkan
berlakunya peningkatan harga
makanan.Perkongsian pintar dan
penyelarasan operasi seperti jentera dan
infrastruktur dapat dikongsi antara petani
untuk memajukan aktiviti pertanian yang
diusahakan oleh mereka.Ternyatalah bahawa
perkembangan sektor pertanian mampu
mengatasi masalah ini.
Isi 6: Membangunkan Tanah Terbiar.
Di samping itu, pembangunan tanah
terbiar juga menangani masalah ini.Terdapat
banyak kes tentang tanah yang terbiar
terutamanya di Kelantan.Jika tanah terbiar ini
tidak diusahakan,maka negara kita akan
menghadapi masalah kekurangan tanah untuk
penanaman padi,kelapa sawit dan sayur-
sayuran.Oleh itu,jika tanah inii diusahakan dengan
betul,maka kawasan tersebut tidak akan menjadi
kawasan yang tidak berguna.Menurut
kajian,selepas usaha ini dijalankan,negeri Kelantan
mengalami peningkatan lebih 1000 hektar
kawasan tanaman padi.Hal ini bukan sahaja
mampu meningkatkan hasil pengeluaran bekalan
makanan,malahan mengurangkan import
negara.Jelaslah bahawa pembangunan tanah
terbiar mampu mengatasi kemelut ini.
Isi 7: Peranan Pihak Bank
Tambahan pula,peranan pihak bank
juga penting dalam mengatasi masalah
ini.Pihak bank seharusnya membantu para
petani dengan melonggarkan syarat
pinjaman kepada mereka.Kebanyakan para
petani terdiri daripada golongan miskin.Oleh
itu,dengan melonggarkan syarat
pinjaman,mereka mampu mempunyai modal
untuk mengusahakan hasil tanaman
mereka.Skim pembayaran balik pinjaman
pula haruslah dilakukan pada waktu menuai
kerana pada masa inilah petani memperoleh
keuntungan daripada hasil tuaian.Dengan
itu,para petani tidak akan terasa tertekan
dengan pinjaman mereka.Bukan itu
sahaja,dengan keuntungan yang
diperoleh,mereka dapat membeli jentera yang
canggih,seterusnya meningkatkan
produktiviti mereka.Ternyatalah bahawa
masalah ini dapat diatasi melalui peranan
pihak bank.
Kesimpulan:
Kesimpulannya,krisis
kekurangan bekalan makanan
sememangnya membimbangkan
kerajaan dan juga rakyat.Hal
ini kerana kemelut ini amat
merugikan negara dari segi
ekonomi dan social khasnya
negara dunia ketiga.Makanan
seperti beras amatlah penting
kepada kehidupan manusia dan
negara kita.Makanan
membekalkan zat kepada
manusia dan menjana
pendapatan kepada
negara.Oleh itu,krisis
kekurangan bekalan makanan
haruslah diatasi secara
kolektif demi kepentingan
bersama.
• permindahan teknologi
• Pembukaan lading baharu
• Fao bantuan pertubuhan antarabangsa

You might also like