You are on page 1of 5

Forum Kitar semula

1)Pengerusi:
Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada Tuan
Pengerusi Majlis, barisan hakim serta warga dewan yang dihormati. Sebagai
pengerusi majlis forum ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
hadirin sekalian kerana sudi meramaikan majlis forum kami pada hari
ini.
Para hadirin sekalian,
Dewasa ini, program kitar semula telah mula diberi perhatian oleh kerajaan
kerana kawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad. Antara tujuan
program kitar semula adalah kerana kawasan pelupusan sampah yang semakin
kecil sedangkan sisa bahan buangan semakin hari semakin banyak. Keadaan
seperti ini jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan pencemaran serta
boleh menyebarkan wabak penyakit.
Pada pagi ini, marilah sama-sama kita mengupas tajuk forum mengapakah
pentingnya kitar semula.
Tanpa membuang masa, molek kiranya saya Rezam ak kunchi, selaku
pengerusi majlis forum ini, memperkenalkan dua orang ahli panel di sini terlebih
dahulu. Ahli panel kita yang pertama ialah Caroline,(Selamat pagi); dan ahli panel
kita yang kedua ialah Mohd Shahlan,(Salam sejahtera).
Sebagai pembuka tirai, saya dengan segala hormatnya mempersilakan
saudari Caroline untuk menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan program
kitar semula? Dipersilakan.

Caroline: Terima kasih, saudara pengerusi. Salam mesra panel 2 dan hadirin
sekalian. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, Program ialah rancangan yang
menentukan dasar-dasar yang akan dijalankan seperti dalam pembangunan
negara, perekonomian dan lain-lain. Kitar semula pula bermakna sampah-
sampah seperti sisa buangan atau sisa pepejal diolah semula melalui proses
pembuatan perkilangan yang akhirnya menukarkan rupa bentuk fizikal buangan
itu kepada produk yang sama ataupun produk lain. Contohnya bahan-bahan
mentah seperti tin aluminium, botol plastik, botol kaca dan kertas.
Pengerusi: Terima kasih, saudari Caroline. Program alam sekitar atau kitar
semula amat baik dan sesuai dijalankan bagi mengatasi masalah alam sekitar.
Oleh itu, langkah-langkah yang sesuai perlu dilakukan bagi menjayakan program
tersebut. Saya ingin mempersilakan saudara Mohd Shahlan memberitahu kita
bagaimana program kitar semula membantu menyelamatkan pencemaran alam?

Shahlan : Terima kasih, saudara pengerusi. Selamat pagi hadirin sekalian. Pada
pandangan saya, program kitar semula adalah bertujuan untuk menyedarkan
masyarakat supaya mencintai alam sekitar yang sentiasa bersih dan ceria. Oleh
itu, masyarakat haruslah berfikir dahulu sebelum membuang sampah-sampah
seperti yang dinyatakan oleh saudari Caroline tadi. Program sebegini dapat
dijalankan dengan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan
dan kepentingan mengitar semula bahan-bahan buangan. Kini, terdapat kira-kira
230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20
hingga 150 ekar. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah penuh, tapak
baru akan dibuka. Adakah kita terfikir, tapak-tapak ini lambat laun akan
berkembang dan menular mencerobohi ruang kita.

Pengerusi: Terima kasih, saudara Mohd Shahlan. Memang tidak dapat


disangkal bahawa kesedaran masyarakat tentang kebaikan dan kepentingan
mengitar semula bahan-bahan buangan penting sekali. Kita beralih kepada
saudari Caroline pula tentang cara program kitar semula menyelamatkan
pencemaran alam.

Caroline: Terima kasih, saudara pengerusi. Bertemu kembali kita para hadirin.
Pada pendapat saya, pencemaran sebenarnya berpunca daripada perbuatan
manusia sendiri. Sikap manusia yang suka membuang sampah dengan sewenang-
wenangnya di merata-rata menjadikan kawasan alam sekitar menjadi kotor dan
berbau busuk. Dengan hal ini, jadilah pencemaran udara akan berlaku. Sampah-
sampah yang dibuang ke dalam longkang ataupun sungai menyumbang kepada
pencemaran sungai. Hal ini demikian kerana sampah yang dibuang telah
menyekat aliran air yang sepatutnya deras dan lancar. Di samping itu, kualiti air
yang menjadi sumber minuman akan menurun dan membawa penyakit. Hal ini
akan mengakibatkan hidupan akuatik dalam sungai tercemar dan mati lalu
mengurangkan sumber rezeki dan kegunaan harian manusia.
Pengerusi: Terima kasih, saudari Chai. Sikap manusia yang pentingkan diri
sendiri akan membawa padah pada hakikatnya. Saudara Mohd Shahlan, apakah
pula pandangan saudara terhadap program kitar semula dalam menyelamatkan
pencemaran alam?

Shahlan: Terima kasih, saudara pengerusi. Program kitar semula berupaya


menangani masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah yang sememangnya
semakin sukar disediakan oleh Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya.
Sebanyak 1.5 kilogram sampah dibuang setiap hari oleh pengguna dan 15000 tan
metrik sampah dibuang dan dilupuskan dengan tidak betul dan sistematik boleh
menjejaskan kesihatan dan keselamatan orang ramai. Hal ini demikian kerana
sampah yang dibiarkan bersepah akan menjadi tumpuan haiwan pembawa
penyakit seperti tikus, lipas, anjing dan burung gagak. Apabila sampah semakin
bertambah, alam sekitar akan menjadi kotor. Sebaliknya alam sekitar yang bersih
akan menggamit kedatangan pelancong asing dan sekali gus mengelakkan
jangkitan penyakit. Oleh itu, tidak syak lagi bahawa program kitar semula dapat
menyelamatkan pencemaran alam dan mengurangkan kawasan tapak pelupusan.

Pengerusi: Kerja yang baik segerakan, janganlah ditimpa kerja buruk.

Shahlan: Ya, saudara pengerusi, izinkan saya menambah. Masalah pencemaran


di negara kita semakin berleluasa. Longgokan bahan buangan di dalam tong
sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan satu salah satu punca
pencemaran dalam iklim tropika. Untuk mengatasi masalah pencemaran di
negara kita, kitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti
pencemaran bawah tanah dan udara.

Pengerusi: Terima kasih. Saudari Chai, ada apa-apa yang ingin saudari tambah?

Shahlan: Ya, saudara pengerusi. Program kitar semula juga mendatangkan


kebaikan selain daripada menyelamatkan pencemaran alam. Dalam masa jangka
panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan kos berbanding dengan
usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah. Jika program kitar semula
bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini
seterusnya akan memanfaatkan kita kerana caj untuk pelupusan sampah dapat
dikurangkan.
Caroline: Saya setuju dengan saudara Mohd Shahlan. Dalam aspek yang lain
pula, kitar semula juga dapat menjimatkan sumber alam. Tahukah anda Malaysia
kini mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk
menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan pengguna tempatan?
Kita juga mengimport bahan buangan lain untuk industri pengeluaran yang lain.
Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 batang pokok terpaksa
ditebang. Penggunaan sumber seperti besi dan bijih timah negara kita dapat
dikurangkan dengan mengitar semula tin aluminium dan keluli.

Shahlan: Di samping itu, kitar semula juga menjimatkan tenaga, satu kaedah
yang selamat dan mesra alam. Contohnya, tenaga yang dapat dijimatkan untuk
mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang
digunakan untuk memasang televisyen selama 3 jam. Mengitar semula kaca
menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32%
tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

Pengerusi: Terima kasih. Nampaknya program kitar semula memainkan


peranan penting dari semua segi. Kalau boleh, saya minta saudari Caroline
memberitahu kita, apakah langkah yang efektif dan drastik yang boleh
diimplementasikan untuk menjayakan program kitar semula ini? Dipersilakan.

Caroline: Bagi menyokong program ini, pihak berkuasa tempatan perlu


menyediakan tong-tong kitar semula di semua kawasan, terutamanya di kawasan
sekolah-sekolah dan bandar serta di kampung. Tong-tong kitar semula ini
dibezakan dengan empat warna yang berbeza. Tong berwarna hijau untuk kaca,
tong berwarna merah untuk tin aluminium, dan tong berwarna kurning untuk
plastik, manakala tong berwarna biru untuk kertas. Tong-tong kitar semula
tersebut memudahkan masyarakat mengasingkan bahan buangan dan ini
mempercepat kerja-kerja pihak kilang kitar semula. Sebenarnya, dengan adanya
tong-tong kitar semula mengajar dan mendidik anak-anak supaya menyayangi
alam sekitar dan mengelak daripada berlakunya pembuangan sampah yang
berleluasa.

Pengerusi: Terima kasih, saudari Caroline. Memang betul tong-tong kitar


semula ini dapat membantu mengelakkan pembuangan sampah yang berleluasa.
Saudara Mohd Shahlan, apakah pula pandangan saudara?
Shahlan: Terima kasih, saudara pengerusi. Pusat-pusat kitar semula harus
disediakan dengan banyak dan sentiasa beroperasi bertujuan bagi menyalurkan
bahan-bahan kitar semula kepada pengilang-pengilang yang berkaitan. Pusat-
pusat kitar semula memudahkan pengilang mendapatkan input masing-masing.
Selain itu, dengan adanya pusat-pusat kitar semula yang beroperasi akan menarik
minat masyarakat untuk menghantar barang-barang kitar semula. Pemberian
insentif atau hadiah kepada sesiapa yang menghantar bahan-bahan buangan yang
boleh dikitar semula akan menggalakkan orang ramai untuk menghantar bahan
buangan terutamanya kanak-kanak. Contohnya dengar memberikan wang
sebanyak 10 sen untuk 3 atau 4 botol kaca, seekor anak patung yang sudah
dibersihkan untuk 10 kg kertas lama atau bermacam-macam lagi.

Pengerusi: Jelaslah bahawa progam kitar ini amat penting untuk Negara kita.
Oleh itu, kita mestilah mengamalkan amalan kitar semula agar dapat
mengekalkan keindahan alam semula jadi di Negara kita dan dapat dikekalkan
untuk dirasai generasi akan datang.
Oleh itu sekian saja, kupasan yang kami dapat kongsikan kepada
hadirin sekalian. Saya berharap kupasan yang kami kongsikan dapat mengubah
minda kita untuk terus mengamalkan amalan kitar semula.
Sekian terima kasih

You might also like