You are on page 1of 2

Pendahuluan – kitar semula dinegara maju

-Tahap kesedaran dalam mengurangkan bahan buangan menerusi kaedah kitar semula dan penggunaan semula masih
rendah dalam kalangan rakyat

-hanya 15 peratus rakyat negara ini mengamalkan kaedah kitar semula walaupun kerajaan memperkenalkan program
mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori.

terdapat keperluan untuk mendidik rakyat mengenai kepentingan kitar semula bahan buangan.

Rakyat Malaysia harus mengikuti langkah penduduk di negara-negara maju di mana amalan kitar semula telah
menjadi satu cara hidup, katanya, sambil menambah bahawa kadar kitar semula di Jerman adalah 62 peratus, Austria
(68), Taiwan (60) dan 59 peratus di Singapura.

bimbang dengan jumlah sampah yang dihasilkan oleh rakyat kerana Jabatan Pengurusan Sisa Pepal Negara
memerlukan sekurang-kurangya RM2 bilion setahun untuk menguruskan sisa pepejal dan menjalankan kerja-kerja
pembersihan awam di dua wilayah persekutuan dan tujuh negeri .

Kerajaan memperkenalkan program pengasingan sisa pepejal pada 1 Sept tahun lepas 2015 dengan mewajibkan semua
isi rumah dan pemilik perniagaan di dua wilayah persekutuan dan tujuh negeri mengasingkan sisa pepejal mereka
mengikuti komposisi bahan kitar semula dan bukan kitar semula.

Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Johor, Pahang, Selangor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis terlibat dalam
inisiatif tersebut.

Mulai 1 Jun 2016 ini, kerajaan akan melaksanakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta
672) di mana mereka yang gagal mematuhi peraturan di bawah undang-undang ini akan dikenakan tindakan.

1. mengurangkan pencemaran alam

-bahan-bahan buangan seperti kertas, kaca dan plastik akan dikumpulkan dan dihantar ke kilang kitar semula.

-alam sekitar akan menjadi bersih kerana bahan buangan tidak dibuang sesuka hati ke dalam sungai, laut atau semak.

2. menjana pendapatan sampingan

kitar semula boleh memberikan keuntungan.

Kebanyakan penduduk yang kurang pendapatan, boleh mengasah bakat mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru
dan kreatif daripada bahan terbuang.

-surat khabar boleh diinovasikan menjadi sebuah bakul yang cantik dan menarik sekali. Berbagai-bagai kraf tangan
lain yang boleh dihasilkan daripada surat khabar mahupun tayar-tayar lama.

-kraf-kraf tangan yang dihasilkan boleh dipasarkan dengan harga yang berpatutan.

-bahan--bahan buangan seperti plastik, kertas dan besi ada harganya di pasaran.

-memperolehi wang apabila menjual barang-barang ini kepada pihak kilang kitar semula. Wang yang kita perolehi ini
boleh digunakan untuk membeli barang-barang keperluan harian kita.

-Surat khabar lama-0.20/kg,Aluminium mengikut jenis-3.50-4.00,Buku-buku dan kertas bercampur (berwarna)-0.10

-Biasanya pakaian lama atau baju terpakai berakhir dalam tong sampah atau setidak-tidaknya pun dijadikan kain perca
atau kain lap, selain alas kaki.

Mula berkecimpung dalam seni jahitan kreatif sejak setahun lalu, Norjati menyahut saranan Persatuan Seni Jahitan
Kreatif (PSJK) melalui kempen 'We Share We Care - Dari Kesedaran Kepada Tindakan, Dari Sisa Buangan Kepada
Sumber Kekayaan.'

3.menyelamatkan sumber hutan

-Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang.
-Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang.

-Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.

-Aluminium merupakan bahan yang boleh dikitar semula 100%. aluminium boleh digunakan semula dalam tempoh 60
hari selepas dikitar semula Selain itu, Anda boleh mengitar semula semua bahan yang diperbuat daripada aluminium,
seperti tin minuman ringan.

Plastik -dikitar semula- penggunaannya meluas di Malaysia.

-banyak yang dikitar semula,- berkurangan plastik yang terkumpul di tempat pembuangan sampah.

- Contohnya seperti surat khabar, majalah dan surat. Mengitar semula bahan yang diperbuat daripada kertas ini dapat
memelihara sumber (pokok), menjimatkan tenaga dan mengurangkan keluasan kawasan pelupusan sampah.

4.mengurangkan kos, sumber dan tenaga/jimat

- Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi
menampung permintaan tempatan

-Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan.

-Ini seterusnya akanmemanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusansampah akan dikurangkan.

kitar semula ini juga dapat mengurangkan kos yang harus ditanggungkan oleh penguasa-penguasa dan akhirnya sudah
tentu harga barangan buatan aluminium yang dijualkan kepada pengguna juga dapat dikurangkan.

-Jimatkan Sumber,

-Selain barangan kertas, tin-tin aluminium juga boleh dikitar semula. Ini dapat mengatasi masalah pengusutan logam
besi atau bijih timah di negara kita. Secara tidak langsung dapat meneruskan proses pengeluar tin-tin contohnya untuk
minuman ringan.

penghasilan barang baru daripada bahan mentah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding menghasilkan barang
baru daripada barang terbuang. aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika dibandingkan
penghasilan aluminium dengan bahan yang baru. Tenaga yang digunakan untuk menghasilkan plastik daripada kitar
semula hanya 2/3 daripada menghasilkan plastik yang baru.

5. menimbulkan kesedaran kpd diri sendiri

-dapat mendidik masyarakat supaya mementingkan kebersihan alam sekitar.

penduduk Malaysia dapat memainkan peranan masing-masing untuk menjaga alam sekitar setiap masa.

- Orang ramai harus mengetahui tempat pembuangan sampah yang betul.

-Mereka hendaklah membuang sampah di tempat yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Alam sekitar
yang bersih akan menjamin keselesaan hidup di mana-mana juga kita berada di negara ini.

6.masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan melalui kitar semula.

- Gas-gas yang dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida , sulphur oksida dan metana marupakan punca kesan
rumah hijau sekali gus menjurus kepada pemanasan global. Hal ini terjadi apabila banyak tenaga yang digunakan
ketika menghasilkan sesuatu barang.

You might also like