You are on page 1of 1

Karangan Jenis Wawancara

Seorang murid sekolah kamu telah dianugerahi Tokoh Sukan peringkat sekolah. Sebagai pengarang
majalah sekolah, kamu telah ditugaskan untuk menemu ramahnya. Hasil temu ramah itu akan
dimuatkan dalam majalah sekolah.

Sediakan hasil temu ramah itu.

Pengarang : Selamat sejahtera, Ravindran. Saya Muhamad Lutfi, pengarang majalah sekolah. Saya

ingin menemu ramah saudara tentang anugerah yang diraih oleh saudara baru-baru

ini.

Ravindran : Selamat sejahtera.

Pengarang : Sebelum itu, tahniah diucapkan kerana saudara telah terpilih menerima anugerah

Tokoh Sukan bagi tahun ini.

Ravindran : Terima kasih.

Pengarang : Bagaimanakah perasaan saudara apabila diumumkan sebagai penerima anugerah ini?

Ravindran : Saya berasa gembira kerana saya tidak menyangka sama sekali akan menerima

anugerah ini. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana memilih saya.

Pengarang : Boleh saudara nyatakan, apakah kejayaan yang paling membanggakan saudara

sepanjang pembabitan saudara dalam bidang sukan?

Ravindran : Kejayaan paling manis saya ialah pencapaian saya dalam acara olahraga apabila saya

menerima anugerah olahragawan sukan peringkat daerah.

Pengarang : Apakah rahsia kejayaan saudara?

Ravindran : Latihan yang bersungguh-sungguh dan yakin akan kemampuan diri ialah rahsia

kejayaan saya.

Pengarang : Dalam kejohanan olahraga di peringkat daerah tempoh hari, berapakah pingat yang

saudara menangi?

Ravindran : Saya telah memenangi tiga pingat emas bagi acara individu, manakala satu pingat perak

bagi acara berpasukan.

Pengarang : Siapakah yang mendorong kejayaan saudara?

Ravindran : Mereka ialah ibu bapa saya, guru-guru dan rakan-rakan. Saya amat berterima kasih

kepada mereka. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak mencapai kejayaan ini.

Saya turut terhutang budi kepada abang saya kerana dialah yang melatih saya dalam

acara olahraga.

Pengarang : Baiklah, Saudara Ravindran. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kerana saudara

sudi ditemu ramah. Saya mendoakan saudara beroleh kejayaan yang lebih cemerlang

pada masa akan datang.

Ravindran : Terima Kasih.

You might also like