You are on page 1of 2

LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2017

Pada 21 Julai 2017, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Min telah
mengadakan Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017. Program ini bertempat di Taman
Rekreasi Tasik Darul Aman, Jitra dan dijalankan bermula dari pukul 7 pagi sehingga
10 pagi. Kumpulan murid yang terlibat ialah murid Tahun 3, 4, 5 dan 6.

Bagi memastikan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar, satu mesyuarat telah
diadakan bersama pentadbir sekolah dan guru-guru sekolah. Setiap guru yang terlibat
telah dibahagikan tugas dan saya telah diberi amanah sebagai guru gambar dan
penjaga stesen larian.

Pada hari kejadian program, saya sampai di sekolah pada pukul 6.45 pagi.
Selepas menanda kedatangan murid, saya bertolak bersama murid-murid ke Taman
Rekreasi Tasik Darul Aman, Jitra. Selepas semua murid tiba di tapak perhimpunan,
saya dan rakan-rakan saya telah memimpin murid-murid untuk melakukan aktiviti
memanaskan badan dan regangan otot. Larian bermula pada jam 8 dan terdapat 6
stetsen larian yang mesti murid lalui. Keseluruhan larian mengambil masa 30 minit
untuk murid yang terakhir untuk sampai di checkpoint terakhir.

Selepas program, kami telah menyimpan dan mengira semua peralatan yang
telah digunakan. Murid-murid dijemput menjamu selera dan hadiah telah diberi kepada
pemenang-pemenang kejohanan. Pada jam 10 pagi, murid-murid pulang semula ke
sekolah dengan bas yang disediakan oleh pihak sekolah.

Program ini telah dijalankan dengan lancar dan baik. Kejohanan ini juga telah
memberi satu pengalaman berharga kepada saya sebagai seorang guru pelatih yang
bakal menghadapi cabaran dalam pengenadali kejohanan sekolah suatu hari nanti.
Sepanjang masa kejohanan ini, saya berpeluang mempelajari pengurusan sesuatu
kejohanan yang merupakan satu aktiviti rutin bagi sekolah-sekolah di Malaysia. Sikap
guru-guru dan rakan-rakan juga boleh dijadikan sabagai teladan kepada saya untuk
menjadi seorang guru yang bertanggungjawab serta minat kepada pekerjaan ini.
Mereka juga telah menunjukkan nilai-nilai yang perlu ada pada seorang guru seperti
kerjasama, prihatin, bertanggungjawab, saling menghormati dan sebagainya.

Harapan saya adalah semoga saya dapat memanfaatkan segala ilmu serta
pengalaman yang diperolehi dan seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan
mahupun alam pekerjaan guru pada suatu hari nanti.
Gambar 1: Murid berkumpul di sekolah Gambar 2: Perjalanan ke Taman
sebelum bertolak ke Taman Rekreasi Rekreasi Tasik Darul Aman, Jitra.
Tasik Darul Aman, Jitra.

Gambar 3: Checkpoint 3. Gambar 4: 3 adik beradik yang memberi


sokongan kepada program.

Gamabar 5: Aktiviti regangan otot yang Gambar 6: pemenang kategori tahun 6


dipimpin oleh cikgu Tan Yi Xuan. perempuan.

You might also like