You are on page 1of 1

Buat rumusan tentang insentif-insentif menyimpan dalam Skim Pendidikan Nasional

(SSPN) dan kekangan-kekangannya.

Rumusan membincangkan kepentingan-kepentingan menyimpan dalam Skim Simpanan


Pendidikan Nasional (SSPN) dan kekangan-kekangannya.

Kepentingan kepentingannya adalah pelan tabungan pendidikan patuh syariah serta


menawarkan dividen simpanan kompetif pada setiap tahun dengan kadar 4 peratus. Seterusnya
skim ini dijamin oleh kerajaan dan menawarkan manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal serta
khairat kematian kepada penyimpan pasangan dan sehingga tiga orang anak. Selepas itu,
pelepasan taksiran cukai pendapatan pada setiap tahun kepada penyimpan sehingga
RM8,000.00. Akhir sekali, skim ini menawarkan manfaat perlindungan kemalangan sehingga
RM1 juta.

Kekangan-kekangannya ialah masyarakat tiada pendedahan terhadap skim ini dan


amalan menabung tidak lagi diamalkan oleh masyarakat pada zaman sekarang. Seterusnya,
masyarakat juga tidak mampu untuk menabung.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan


Nasional (SSPN) agar masa depan lebih cerah.

(117 patah perkataan)

Latihan pemahaman

(i) ​Maksud rangkai kata mempunyai risiko adalah menimbulkan kerugian.

(ii) ​Masalah-masalah yang difikirkan oleh ibu bapa apabila anak-anak mendapat tawaran
melanjutkan pelajaran di universiti ialah kos yang tinggi untuk membiayai pengajian dan kos
sara hidup anak-anak di universiti.

(iii) ​Persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk menjamin kehidupan
anak-anak pada masa hadapan ialah menyimpan bekalan duit untuk anak-anak supaya tiada
masalah yang dihadapi ketika anak-anak hendak melanjutkan pelajaran. Seterusnya, ibu bapa
hendaklah memberikan pendidikan yang terbaik dari segala aspek supaya anak-anak dapat
menjadi insan yang berguna dan dihormati ramai. Akhir sekali, ibu bapa hendaklah
menyediakan tempat tinggal seperti menyediakan rumah supaya anak-anak mempunyai tempat
untuk berteduh.

You might also like